SDP 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SENI DALAM PENDIDIKAN

Citation preview

Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan

1.0 Pengenalan

Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

2.0 Peranan Seni dalam Pendidikan Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara peranan-peranan Seni dalam Pendidikan adalah :a. Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.b. Memupuk nilai kerjasama secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui rangsangan deria .c. Memenuhi keperluan sosial yang asas apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.d. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. e. Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Sebagai kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti.Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka dengan apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan dan emosi secara bebas dan kreatif. Guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka di samping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif.

********************************************

Refleksi Pelajar Refleksi kendiri pengalaman menghasilkan tugasan.

Assalamualaikum , Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan (SDP)saya ini. Saya berharap agar tugasan yang saya sediakan ini menepati dengan kehendak tugasan. Saya percaya semua ini tidak akan berlaku jika tiada kerjasama dan perkongsian idea daripada kawan-kawan, tunjuk ajar daripada pensyarah dan saling tolak ansur dalam keluarga yang begitu memahami tuntutan masa yang perlu saya korbankan demi menghasilkan tugasan semampu kami. Buat pensyarah kami, Encik Suhaimi bin Zakaria , ingin saya rakamkan penghargaan terima kasih di atas ilmu dan bimbingan kuliah yang tidak menjemukan, disoroti dengan unsur humor dan juga seorang yang begitu komited dan sering berkongsi pengalaman berkaitan profesion keguruan bersama te kumpulan kami ke arah menghasilkan satu tugasan yang memenuhi kritirea-kritirea yang diperlukan. Beliau tidak jemu memberi tunjuk ajar dan pandangan apabila diajukan soalan yang berkaitan dengan kursus dan tugasan. Pengalaman pertama kali mendapat tugasan ini , saya rasa ianya tidaklah membebankan sangat kerana kami dikehendaki menyediakan RPH salah satu matapelajaran yang terdapat 3 unsur seni di dalamnya. Seterusnya kami diminta untuk melaksanakan pengajaran makro ataupun pembentangan secara berpasangan tentang aktiviti yang telah dirancangkan dalam RPH itu. Akhir sekali kami dikehendaki membina refleksi pengalaman kendiri masing-masing dalam menghasilkan tugasan ini kerana tugasan ini dijalankan secara berpasangan. Langkah pertama yang saya lakukan adalah mencari apa maksud yang tersirat di dalam ungkapan Seni dalam Pendidikan ini. Melalui kuliah yang diberi dan penerokaan melalui internet, barulah saya faham bahawa Seni dalam Pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen itu penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam seni ivisual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna dan kita akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.Dengan ilmu yang didapati daripada penerokaan ini, saya mula merancang untuk membuat rancangan pengajaran harian sepertimana yang disarankan dalam tugasan. Sebagai guru Bahasa Melayu maka semestinya saya memilih unutk membuat RPH Bahasa Melayu tahun 3. Ini kerana saya berpendapat tahun 3 adalah peringkat kanak-kanak yang baru meningkat pemahaman terhadap sesuatu aspek yang diajar. Mereka boleh dikatakan sudah cerdik dan lebih memberi respon terhadap aktiviti pengajaran guru. Sehubungan dengan itu saya telah memilih tajuk mengenai kesihatan di mana kandungan isi pelajarannya terdapat 3 unsur seni dalam pendidikan yang boleh digarapkan di sini. Langkah pertama saya meminjam buku teks dan RPT Bahasa Melayu tahun 3 dari rakan setugas saya untuk saya meneliti huraian standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dan cuba untuk menyesuaikan dalam aktiviti yang saya rancangkan. Saya juga perlu memuatkan bahan dan media yang saya fikirkan boleh menarik perhatian murid-murid. Untuk set induksi, saya memilih untuk membuat kejutan daripada kebiasaan murid dengan mengarahkan mereka menunjukkan aksi akticiti regangan yang melibatkan kepala, tangan dan kaki, Setelah beberapa ketika guru bersoaljawab tentang kebaikan melakukan aktiviti tersebut. Seterusnya untuk menambahkan lagi keceriaan murid, guru menayangkan tayangan video nyanyian Senaman Si Tommy dan meminta murid untuk beraksi bersama-sama mengikut aksi yang dipamerkan. Di sini rentak dan irama adalah salah satu elemen dalan seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Seterusnya menerusi langkah-langkah yang berikutnya, saya dapat pengalaman bagaiamana untuk membina hubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Penghubung kaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial. Tujuannya agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati serta menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ini didapati dalam aktiviti seperti perbincangan berkumpulan. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Dalam pengajaran berasaskan seni dalam pendidikan, pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dalam pergerakan nyanyian Senaman si tommy yang saya masukkan dalam RPH ini, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut. Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya pembelajaran murid meningkat maju atau terdapat perubahan tingkahlaku yang lebih positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Contohnya dalam RPH yang saya sediakan, selain guru memberi latihan membina ayat berdasarkan gambar, sebagai pengukuhannya pula guru cuba mencungkil bakat seni murid melalui aktiviti mewarnakan poster dengan pilihan warna yang harmoni serta sesuai. Aktiviti berasaskankan 3 unsur seni ini, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak menjemukan dan ini juga dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap aspek atau kemahiran yang diajar. Seni dalam Pendidikan memberi kesedaran kepada saya sebagai seorang guru kira harus sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, yang paling penting, Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Akhir sekali sebagai seorang guru kita haruslah bijak mengaplikasi unsure-unsur seni dalam pendidikan dalam mata pelajaran yang ingin diajar kepada murid. Dapatlah dikatakan setiap mata pelajaran memainkan peranan penting dalam mencorakkan keterampilan pelajar dalam banyak aspek. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kondusif mampu melahirkan daya kreativiti, persepsi, estetika, inovatif dan semangat jati diri murid. Justeru, SDP adalah wadah yang tidak kurang pentingnya dalam mencanangkan warisan bangsa serta menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.