Sebenarnya PEERS Dilaksanakan Kementerian Sejak 1989 Di Sekolah Menengah Dan Mulai 1994 Di Sekolah Rendah Khususnya Menerusi Subjek Pendidikan Kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PEERS

Citation preview

Sebenarnya PEERS dilaksanakan kementerian sejak 1989 di sekolah menengah dan mulai 1994 di sekolah rendah khususnya menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Kurikulum Pendidikan Kesihatan merangkumi 75 peratus elemen PEERS, 15 peratus pemakanan dan 10 peratus pertolongan cemas. PEERS disasarkan kepada semua murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima. Ia mencakupi pengetahuan secara menyeluruh dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologi dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku sihat dalam kehidupan dan tidak hanya fokus kepada isu berkaitan seksual semata-mata. PEERS adalah proses pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan secara komprehensif dari sekolah rendah hingga menengah untuk meningkatkan kesedaran serta membantu murid memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan serta memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab terutama dalam menangani situasi berisiko. Pengisian PEERS seperti berikut: Tahap Satu Sekolah Rendah perbezaan fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata tidak kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Tahap Dua Sekolah Rendah pengurusan konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran berkata tidak kepada rokok, alkohol dan dadah.Wajarkah dikatakan sesi kali ini permulaan ke arah transformasi pendidikan itu sendiri yang menjadi platform melahirkan modal insan cemerlang dan selaras Program Transformasi Kerajaan.

Pendidikan ialah proses yang sentiasa berubah dan mengalami penambahbaikan seiring keperluan serta perkembangan pesat negara dan dunia. Sejak dulu, kerajaan mengutamakan bidang pendidikan dalam usaha membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara. Kementerian sentiasa melakukan usaha berterusan bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan serta menambah baik sistem pendidikan. Sebarang penambahbaikan tentu selaras dengan perkembangan atau program yang diperkenalkan kerajaan.

Bagaimana Tan Sri melihat usaha mengatasi kekurangan guru dan ketidaksesuaian nisbah guru dan murid.

Kementerian sentiasa berusaha memenuhi keperluan sekolah dan mengisi jawatan guru berdasarkan opsyen dan perjawatan. Bagi memastikan keperluan opsyen dipenuhi di setiap sekolah, kementerian melaksanakan Penempatan Semula Guru Dalam Negeri bagi meminimumkan ketidaksepadanan guru dan opsyen berdasarkan keperluan sekolah.

Anggaran perjawatan guru sekolah rendah bagi 2011 adalah 229,705 dan pengisian pada Januari 2011 adalah 225,052. Justeru, kekosongan jawatan pada 1 Januari adalah 4,653 yang akan diisi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) sehingga penempatan guru baru dijalankan pada tahun itu. Anggaran perjawatan guru sekolah menengah adalah 164,824 dan pengisian Januari adalah 1