6
SOALAN 2 : KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA. KRITIK KENYATAAN Pendahuluan: Secara luaran, hubungan antara kaum di negara kita tampak baik. Tiada rusuhan dan rakyat tenang menjalankan kegiatan harian. Setiap kali perayaan, pemimpin pelbagai bangsa raya bersama. Negara dipromosi sebagai berbilang budaya. Di dada-dada iklan, model-model jelita pelbagai kaum berpakaian tradisional segak beratur sambil tersenyum mendepa tangan mengalu-alukan kehadiran pelancong asing. Imej toleransi yang ditonjolkan sangat memikat. Isi-isi (pilih mana-mana 3 isi): Namun, jika diteliti, hubungan antara kaum di negara kita tidaklah seharmoni mana. Anak-anak kecil di Sekolah Kebangsaan berkawan dengan rakan sebangsanya sahaja. Apatah lagi di sekolah vernakular? Peluang pelajar sekolah berjenis ini untuk bergaul dengan bangsa lain adalah terhad. Persepsi mereka terhadap kaum lain tersandar kepada persepsi dan prejudis ibu bapa mereka. Pembentukkan minda begini berterusan selagi anak itu membesar dikalangan kaum sendiri. Tidak hairanlah di universiti, kelompok rakan bersempadankan bangsa. Kecenderungan berkelompok mengikut kaum berterusan ke alam pekerjaan. Sektor awam didominasi orang Melayu. Peratusan bukan Melayu di perkhidmatan awam adalah kecil. Kepada bukan Melayu yang berjaya menembusi kedudukan kuasa, akan dipastikan bangsanya memolusi jabatan. Perhatikan universiti dan hospital awam. Jika ketua jabatan, contohnya Cina, jawatan-jawatan penting akan diberikan kepada bangsa Cina. Jika ada, contohnya bangsa India pada jabatan tersebut, orang India itu akan sukar naik pangkat, atau diberikan jawatan picisan. Sektor swasta tiada banyak bezanya. Syarikat-syarikat Melayu dipenuhi orang Melayu. Koperat-koperat Cina mengambil graduan-graduan Cina. Begitu juga firma-firma India. Tiada meritokrasi. Peluang tidak terbuka. Ciri yang diteliti cumalah warna kulit. Kelompok-kelompok kaum juga terlihat pada aktiviti sosial. Pasukan futsal, badminton, bola keranjang dan lain-lain, jarang yang

Secara luaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Secara luaran

Citation preview

SOALAN 2 : KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA. KRITIK KENYATAANPendahuluan:

Secara luaran, hubungan antara kaum di negara kita tampak baik. Tiada rusuhan dan rakyat tenang menjalankan kegiatan harian. Setiap kali perayaan, pemimpin pelbagai bangsa raya bersama. Negara dipromosi sebagai berbilang budaya. Di dada-dada iklan, model-model jelita pelbagai kaum berpakaian tradisional segak beratur sambil tersenyum mendepa tangan mengalu-alukan kehadiran pelancong asing. Imej toleransi yang ditonjolkan sangat memikat.

Isi-isi (pilih mana-mana 3 isi):

Namun, jika diteliti, hubungan antara kaum di negara kita tidaklah seharmoni mana. Anak-anak kecil di Sekolah Kebangsaan berkawan dengan rakan sebangsanya sahaja. Apatah lagi di sekolah vernakular? Peluang pelajar sekolah berjenis ini untuk bergaul dengan bangsa lain adalah terhad. Persepsi mereka terhadap kaum lain tersandar kepada persepsi dan prejudis ibu bapa mereka. Pembentukkan minda begini berterusan selagi anak itu membesar dikalangan kaum sendiri. Tidak hairanlah di universiti, kelompok rakan bersempadankan bangsa.

Kecenderungan berkelompok mengikut kaum berterusan ke alam pekerjaan. Sektor awam didominasi orang Melayu. Peratusan bukan Melayu di perkhidmatan awam adalah kecil. Kepada bukan Melayu yang berjaya menembusi kedudukan kuasa, akan dipastikan bangsanya memolusi jabatan. Perhatikan universiti dan hospital awam. Jika ketua jabatan, contohnya Cina, jawatan-jawatan penting akan diberikan kepada bangsa Cina. Jika ada, contohnya bangsa India pada jabatan tersebut, orang India itu akan sukar naik pangkat, atau diberikan jawatan picisan. Sektor swasta tiada banyak bezanya. Syarikat-syarikat Melayu dipenuhi orang Melayu. Koperat-koperat Cina mengambil graduan-graduan Cina. Begitu juga firma-firma India. Tiada meritokrasi. Peluang tidak terbuka. Ciri yang diteliti cumalah warna kulit.

Kelompok-kelompok kaum juga terlihat pada aktiviti sosial. Pasukan futsal, badminton, bola keranjang dan lain-lain, jarang yang multiracial. Jika ke kedai mamak; orang Melayu duduk bersama orang Melayu, Cina dengan Cina, dan India dengan India. Pertubuhan-pertubuhan sosial pun sama. Orang Melayu dengan pertubuhan ke-Melayu-annya dan orang Cina dengan pertubuhan ke-Cina-annya. Pertubuhan kaum India pun sama. Sedikit sekali initiatif sosial dan kebajikan yang merentasi sempadan perkauman. Walhal, kemiskinan tidak mengenal erti perkauman.Segregasi ini dilihat sangat ketara pada institusi perkahwinan. Perkahwinan antara kaum yang lazimnya berleluasa dalam masyarakat berbilang kaum seperti kita, sedikit sekali. Malah, menurut pemerhatian penulis, peratusan perkahwinan antara kaum menurun sejak sedekat-dua ini. Pada generasi terdahulu, perkahwinan antara kaum adalah lebih biasa.

Politik perkauman cukup membarah. Barisan Nasional yang asalnya dibina atas semangat keharmonian kaum kini ibarat segerombolan rasis yang tinggal sebumbung. Sejak era Tun Mahathir, UMNO yang dahulunya berpewatakan, kini jelek dan tidak beradab. Martabatnya dicemari tingkah laku pemimpin yang bukan sahaja tidak berkebolehan dan korup, tetapi gemar bermain api perkauman. MCA dan MIC yang terkial-kial mengimbangi perwatakan ekstrem tersebut turut berlaku kurang ajar. Kredibiliti mereka hilang dan pengaruh yang ada lesap.

Penutup:Polarisasi kaum sudah sebati dalam masyarakat kita. Ia berpunca dari prejudis dan politik perkauman yang tidak dipantau. Situasi ini tidak boleh berterusan. Jika ia berterusan, masyarakat kita akan mundur dan ketinggalan di persada global. Penyatuan masyarakat adalah sebuah initiatif yang memerlukan kreativiti, keazaman dan ketabahan. Ia tidak mampu dikecapi sekelip mata. Perubahan yang ditagih juga tidak boleh dicapai melalui slogan atau label superfisial seperti 1Malaysia. Ia (perubahan) hendaklah substansial dan konkrit, meliputi segenap peringkat masyarakat, dari pembentukkan modal insan ke dasar-dasar pentadbiran negara.

SOALAN 4 : HUBUNGAN ETNIK. CABARAN DAN HALANGAN. ISU LOW YATPendahuluan:

Isu pergaduhan di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur pada July 2015 sering diuar-uarkan antara masyarakat Malaysia dan dipaparkan dada akhbar hari ini. Hal ini telah mencetuskan isu rusuhan kaum akibat kes ini melibatkan kelompok kaum Cina dan Melayu. Insiden itu, dipercayai berpunca daripada dakwaan kes curi, telah membawa kepada pergaduhan di plaza itu, dan video kejadian disebar luas di Internet. Akhirnya, pihak media massa dan masyarakat media sosial seperti Facebook telah menambah garam pada insiden ini dengan elemen negatif dan kebencian kaum. Oleh itu, keharmonian kaum telah dicemari dan wujudlah pelbagai pergaduhan antara kaum pada minggu tersebut. Apakah yang boleh kita mempelajari dari insiden ini? Kes ini telah menjelaskan terdapat banyak cabaran dan halangan untuk mengekalkan hubungan etnik di Malaysia pada moden era ini.

Isi-isi (pilih mana-mana 3 isi):Kita perlu menerima hakikat bahawa masyarakat kita berpecah mengikut sempadan perkauman. Pendekatan idealistik seperti mengambil model negara maju secara bulat-bulat adalah tidak bijaksana dan akan mengundang kegagalan. Ketahuilah bahawa masyarakat negara maju melalui proses evolusi yang panjang melibatkan pengorbanan berterusan demi mengecapi keterbukaan sedia ada. Maka, kita haruslah pragmatik dan berpandangan jauh. Evolusi penyatuan masyarakat kita bakal mengambil masa yang panjang, beberapa generasi. Namun, putik-putik toleransi yang ada harus dipelihara dan dipupuk supaya subur dan mekar satu hari nanti.

Polarisasi kaum yang menegar dalam masyarakat kita wajib dibalikkan. Jika tidak, masyarakat kita akan mundur dan ketinggalan dalam persaingan global. Dari sudut politik, Barisan Nasional yang membawa politik perkauman harus ditolak. Bukan sahaja ia memecah belahkan masyarakat, prestasi pentadbirannya lemah dan tiada tanda-tanda menunjukkan perubahan sikap. UMNO dan Barisan Nasional, serta pertubuhan-pertubuhan, syarikat perniagaan dan individu-individu yang bersekutu dengannya pasti akan memberi tentangan. Status quo, iaitu polarisasi kaum sedia ada mendatangkan banyak keuntungan dari sudut politik dan ekonomi kepada mereka.

Initiatif menyatukan masyarakat hendaklah menyeluruh. Semangat toleransi harus diserapkan ke setiap peringkat masyarakat, iaitu individu, masyarakat dan struktur (pemerintahan). Di peringkat individu, keterbukaan minda harus digilap dari kecil. Pembentukkan minda perlu bermula di rumah. Ibu bapa seharusnya mencampurkan anak-anak mereka dengan anak-anak bangsa lain. Ibu bapa sendiri akan meraih manfaat dari percampuran tersebut, seperti mempelajari kaedah membesarkan anak dari perspektif yang baru tidaklah hanya menurut petua turun-temurun yang sempit. Hubungan antara ibu bapa tersebut akan turut menghakis prejudis, lantas meningkatkan semangat toleransi antara mereka.

Sistem pendidikan harus diselaras. Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan perlu ditutup. Akuilah bahawa sekolah-sekolah ini secara langsung memisahkan masyarakat. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan Sekolah Kebangsaan harus ditingkatkan. Ini kerana, kualiti pendidikan Sekolah Kebangsaan dipandang inferior (rendah) di mata sesetengah kaum. Justeru, silibus pembelajaran haruslah progresif dan terkini mengikut standard antarabangsa. Penyelarasan kepada satu sistem sekolah membuka peluang anak-anak untuk bergaul sesama sendiri. Walaupun di permulaan kelompok-kelompok pasti terlihat, sedikit demi sedikit, tembok perkauman itu bakal tumbang. Mungkin juga akan terjadi pergaduhan dan pilih kasih di peringkat awal. Tetapi, kita tidak boleh patah semangat dan mudah melenting. Sistem satu aliran persekolahan ini telah berulang-kali membuahkan kejayaan (menyatukan masyarakat) di negara-negara lain. Ingatlah, ketabahan dan kesabaran sentiasa ditagih dalam apa-apa initiatif perubahan.

Di sektor pekerjaan, keterbukaan adalah penting kepada pekembangan ekonomi. Kaum pekerja kita haruslah mempunyai kebolehan berkomunikasi, bekerjasama dan bersaing di peringkat global. Dasar memilih kaum sendiri untuk lantikan dan kenaikkan pangkat harus dinyahkan. Apabila sesebuah intitusi itu dipenuhi oleh satu jenis kaum, perspektifnya sempit dan tertutup. Untuk maju di era ini, keterbukaan kepada kepelbagaian idea, walau dari apa jenis manusia atau sumber sekali pun, adalah esensial.

Dalam bermasyarakat, kita hendaklah toleran terhadap budaya, kepercayaan dan sensitiviti satu sama lain. Janganlah terlalu sensitif terhadap perilaku pelik kaum lain. Pelajari dan fahami budaya mereka. Penulis pasti, jika kita cuba memahami antara satu sama lain, tiada apa yang pelik antara kita. Kita semua adalah manusia yang mempunyai perasaan, cita-cita dan aspirasi untuk berjaya.

Di peringkat politik, buat masa ini, Pakatan Rakyat menawarkan perspektif yang lebih terbuka dan bertanggungjawab. Tindak tanduk mereka mempuyai iras-iras pentadbiran Tunku dan Tun Razak, serta semangat persahabatan antara kaum dalam Perikatan dan Barisan Nasional di awal penubuhannya. Namun, banyak aspek yang perlu diperbaiki. Cabaran yang mendatang juga menggunung.

Penutup: