4
Berikut adalah sinopsis senarai kronologi kepada sejarah era penjajahan yang telah berlaku di Tanah Melayu sehingga kepada Pembentukan Malaysia. Tahun 1400an - Zaman Kesultanan Melayu Melaka Tahun 1511 - Pemerintahan Portugis Tahun 1641 - Permerintahan Belanda Tahun 1824 - Pemerintahan British (Inggeris) Tahun 1941 - Pemerintahan Jepun Tahun 1945 - Jepun Menyerah Kalah - Pemerintahan British kembali. Tahun 1948-1960 - Darurat di Tanah Melayu (Komunis Menguasai Tanah Melayu) Tahun 31 Ogos 1957 - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tahun 16 September 1963 - Penubuhan Negara Malaysia

Sejarah Dan Latar Belakang Kemerdekaan Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

- Sejarah ringkas mengenai kemerdekaan Malaysia- Maklumat diperoleh melalui pelbagai laman web dan diedit supaya senang dibaca.

Citation preview

Page 1: Sejarah Dan Latar Belakang Kemerdekaan Malaysia

Berikut adalah sinopsis senarai kronologi kepada sejarah era penjajahan yang telah berlaku di Tanah Melayu sehingga kepada Pembentukan Malaysia.

Tahun 1400an                    - Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Tahun 1511                        - Pemerintahan Portugis

Tahun 1641                        - Permerintahan Belanda

Tahun 1824                        - Pemerintahan British (Inggeris) 

Tahun 1941                        - Pemerintahan Jepun

Tahun 1945                        - Jepun Menyerah Kalah  - Pemerintahan British kembali.

Tahun 1948-1960               - Darurat di Tanah Melayu (KomunisMenguasai Tanah Melayu)

Tahun 31 Ogos 1957          - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

Tahun 16 September 1963 - Penubuhan Negara Malaysia

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Page 2: Sejarah Dan Latar Belakang Kemerdekaan Malaysia

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat.

Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

Semangat Nasionalisme

Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur

Page 3: Sejarah Dan Latar Belakang Kemerdekaan Malaysia

Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya, muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaansendiri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Page 4: Sejarah Dan Latar Belakang Kemerdekaan Malaysia

Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya

Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melaya akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.