10
1.0 Gamelan di Malaysia Gamelan adalah ensemble muzik yang berasal daripada kepulauan Jawa, Indonesia telah dibawa masuk ke istana Riau, Lingga sejak kurun ke-17. Gamelan ini kemudiannya diperkenalkan di Pahang pada tahun 1811 apabila Tengku Hussain, anak kepada Sultan Abdul Rahman, Raja Lingga pada ketika itu berkahwin dengan Wan Esah, adik perempuan kepada Bendahara Ali di Pekan, Pahang. Ianya dipersembahkan dengan tarian joget beserta alunan muzik ensemble gamelan. Justeru, tarian tersebut dinamakan sebagai joget gamelan. Perkembangan gamelan di Pahang berterusan terutamanya semasa pemerintahan Sultan Ahmad pada kurun ke-19. Namun, kemangkatan Sultan Ahmad telah membantutkan perkembangan gamelan di Pahang kerana keengganan penggantinya untuk meneruskan penggunaan gamelan sebagai muzik istana. Mujurlah anak perempuan Sultan Ahmad iaitu Tengku Mariam membawa muzik gamelan ini ke istana Terengganu selepas mengahwini Tengku Sulaiman dari Terengganu. Tengku Mariam membawa bersama beberapa alat-alat muzik gamelan dan penari-penarinya ke Terengganu, justeru menubuhkan kumpulan gamelan yang dikenali sebagai Joget Gamelan Terengganu di Terengganu. Dengan demikian, muzik gamelan yang dibawa oleh Joget Gamelan Terengganu dikenali sebagai Gamelan Terengganu. Muzik gamelan ini semakin berkembang selepas Tengku Sulaiman menaiki takhta sebagai Sultan pada tahun 1920. 1

Sejarah Gamelan Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment for Ko-K WSC105 Gamelan

Citation preview

Page 1: Sejarah Gamelan Di Malaysia

1.0 Gamelan di Malaysia

Gamelan adalah ensemble muzik yang berasal daripada kepulauan Jawa, Indonesia telah

dibawa masuk ke istana Riau, Lingga sejak kurun ke-17. Gamelan ini kemudiannya diperkenalkan di

Pahang pada tahun 1811 apabila Tengku Hussain, anak kepada Sultan Abdul Rahman, Raja Lingga

pada ketika itu berkahwin dengan Wan Esah, adik perempuan kepada Bendahara Ali di Pekan,

Pahang. Ianya dipersembahkan dengan tarian joget beserta alunan muzik ensemble gamelan.

Justeru, tarian tersebut dinamakan sebagai joget gamelan.

Perkembangan gamelan di Pahang berterusan terutamanya semasa pemerintahan Sultan

Ahmad pada kurun ke-19. Namun, kemangkatan Sultan Ahmad telah membantutkan perkembangan

gamelan di Pahang kerana keengganan penggantinya untuk meneruskan penggunaan gamelan

sebagai muzik istana. Mujurlah anak perempuan Sultan Ahmad iaitu Tengku Mariam membawa

muzik gamelan ini ke istana Terengganu selepas mengahwini Tengku Sulaiman dari Terengganu.

Tengku Mariam membawa bersama beberapa alat-alat muzik gamelan dan penari-penarinya ke

Terengganu, justeru menubuhkan kumpulan gamelan yang dikenali sebagai Joget Gamelan

Terengganu di Terengganu. Dengan demikian, muzik gamelan yang dibawa oleh Joget Gamelan

Terengganu dikenali sebagai Gamelan Terengganu. Muzik gamelan ini semakin berkembang selepas

Tengku Sulaiman menaiki takhta sebagai Sultan pada tahun 1920.

Meskipun sedemikian, Gamelan Terengganu mengalami zaman gelap semasa penaklukan

Jepun di Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu pada ketika itu) pada tahun 1941. Tambahan pula,

Sultan Sulaiman mangkat pada tahun 1942, menyebabkan Tengku Mariam berpindah ke Istana

Kolam, Kuala Terengganu dengan membawa bersama set muzik gamelan kesayangannya.

Muzik gamelan menyepi sehinggalah pada tahun 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji

seni bina Melayu menemui set gamelan semasa berkunjung ke Istana Kolam. Sheppard kemudiannya

memohon Tengku Mariam untuk menghidupkan semula Gamelan Terengganu. Maka, Tengku

1

Page 2: Sejarah Gamelan Di Malaysia

Mariam bersama bekas penari istana, Che Adnan Abdullah dan bekas pemuzik istanah, Muhammad

Ismail mencari dan melatih pelapis muzik Gamelan Terengganu. Kumpulan pelapis tersebut terus

dikenali sebagai Orkes Gamelan Diraja Terengganu dan membuat kemunculan kali pertama di

khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang berlansung di Universiti Malaya, Kuala

Lumpur pada 1969.

Pada 1973, set Gamelan Terengganu di Istana Kolam dikembalikan kepada kerajaan Pahang

oleh Tengku Mariam. Kini, set tersebut dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Set gamelan ini telah menjadi rujukan bagi instrumentasi asas muzik gamelan, iaitu boning,

gambang, saron barong, saron penerus, gendang, gong suwukan, gong agung dan kenong. Muzik

gamelan semakin berkembang dan diajar di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi dan

akhirnya dikenali sebagai Gamelan Melayu atau Gamelan Malaysia.

2.0 Alat-Alat Muzik dalam Ensemble Gamelan Malaysia

Muzik gamelan khususnya gamelan Malaysia tidak menggunakan nota muzik yang sama

seperti muzik daripada Barat. Gamelan Malaysia menggunakan sistem nombor untuk menamakan

nota-nota muzik. Nombor yang digunakan adalah 1, 2, 3, 5, dan 6 sahaja. Selain itu, apabila tanda

titik (.) berada di atas sesebuah nombor itu, ia menandakan bahawa nota tersebut mempunyai pic

yang lebih tinggi berbanding nombor yang tidak mempunyai tanda titik. Sebagai contoh, nota 1

mempunyai pic yang lebih tinggi berbanding nota 1. Selain itu, tanda sengkang (-) adalah simbol nota

rehat (rest), dan garisan di atas dua nombor atau nota bermaksud kedua-dua nombor itu

digabungkan dalam satu bit (beat).

2.1 Bonang

Bonang yang turut dikenali sebagai Keromong yang mengandungi sepuluh buah gong kecil

ataupun canang yang mempunyai nada yang berbeza-beza. Terdapat dua jenis bonang, iaitu bonang

2

.

Page 3: Sejarah Gamelan Di Malaysia

barung dan bonang penerus. Perbezaan antara kedua-dua bonang tersebut adalah saiz dan nada

canang. Canang-canang yang terdapat di bonang penerus adalah bersaiz lebih kecil dan setiap

satunya bernada tinggi berbanding canang-canang di bonang barung. Rajah 1 menunjukkan susunan

canang dengan nota yang berlainan bagi sesebuah bonang.

Rajah 1: Susunan nota bonang

2.2 Saron

Saron adalah sebuah alat muzik yang menyerupai zailofon (xylophone). Ianya mengandungi

enam kepingan logam yang diletakkan di atas susunan kayu. Terdapat tiga jenis saron, yakni saron

barung, saron penerus dan saron demung. Seperti bonang, perbezaan antara ketiga-tiga saron

tersebut adalah saiz dan nada. Saron demung adalah saron yang bersaiz terbesar, diikuti dengan

saron barung dan saron penerus. Manakala, saron penerus adalah saron yang bernada paling tinggi,

diikuti saron barung dan saron demung. Rajah 2 menunjukkan susunan nota yang berbeza mengikut

kepingan logam saron.

Rajah 2: Susunan nota saron

3

6

1

1

2 3 5 6

2356

.

. . . . ..

1 2 3 5 6 1.

Page 4: Sejarah Gamelan Di Malaysia

2.3 Gambang

Gambang juga menyerupai zailofon, namun mengandungi 20 kepingan kayu yang berbeza

saiz dan ketebalan. Ianya berfungsi sebagai alat yang memainkan bunga-bunga melodi dengan dua

kali ganda kelajuan daripada bunyi muzik daripada saron. Rajah 3 menunjukkan nota muzik

gambang.

6 5 3 2

1

6 5 3 2

1

6 5 3 2

1

6 5 3 2 1

Rajah 3: Susunan nota gambang

2.4 Kenong

Kenong mengandungi lima buah canang yang jauh lebih besar berbanding kenung. Untuk

memainkan nota kenong, sesebuah skor muzik itu perlu meletakkan tanda (^) di atas sesuatu

nombor. Jika di atas nombor itu tidak mempunyai tanda (^) , maka pemain kenong tidak perlu

membunyikan not tersebut. Rajah 4 menunjukkan dua susunan nota kenong mengikut keselesaan

pemain.

Rajah 4: Dua susunan nota kenong berbeza yang boleh diubah mengikut keselesaan si pemain

4

. . .

22

1

35

6

2 6

1

3

2

5

Page 5: Sejarah Gamelan Di Malaysia

2.5 Gendang

Gendang dalam muzik gamelan mempunyai dua muka yang menyediakan rentak irama

dalam sesebuah muzik gamelan. Berbeza dengan alat muzik gamelan yang lain, gendang hanya

mempunyai dua nota, iaitu C yang mewakili bunyi ‘Chak’ dan D yang mewakili bunyi ‘Dum’. Nota C

dibunyikan apabila muka gendang yang lebih kecil dipalu, manakala nota D dibunyikan apabila muka

genadang yang lebih besar dipalu.

2.6 Kempul, Gong Suwukan dan Gong Agung

Terdapat tiga jenis gong bergantung dalam ensemble muzik gamelan. Gong yang paling kecil

adalah kempul, seterusnya adalah gong suwukan dan gong bergantung yang terbesar sekali adalah

gong agung. Meskipun demikian, gong agung tidak selalunya digunakan dalam sesebuah skor muzik

gamelan. Gong yang sering digunakan adalah kempul dan gong suwukan. Selalunya, terdapat 5 buah

kempul yang terdiri daripada nota 1, 2, 3, 5 dan 6, manakala hanya sebuah gong suwukan dan

sebuah gong agung digunakan. Namun, untuk membunyikan kempul, di atas sesebuah nombor itu

perlu mempunyai tanda (v), manakala untuk membunyikan gong suwukan, sesebuah nombor itu

perlu dibulatkan. Rajah 5 menunjukkan susunan nota bagi kempul, gong suwukan dan gong agung.

Rajah 5: Kempul, gong suwukan dan gong agung.

5

1 2 3

4 5

Gong Suwukan

Gong Agung

Page 6: Sejarah Gamelan Di Malaysia

2.7 Slentem dan Gender

Slentem dan gender adalah dua alat tambahan dalam muzik gamelan Malaysia. Nota muzik

slentem adalah sama seperti saron, namun kepingan logam pada slentem adalah lebih nipis

berbanding saron, di samping mempunyai nada yang lebih rendah daripada saron. Bentuk gender

pula adalah lebih kurang sama seperti slentem, namun mempunyai kepingan logam yang lebih

banyak berbanding slentem.

3.0 Muzik Gamelan

Salah satu contoh skor muzik gamelan Malaysia adalah seperti berikut:

Tajuk: Perang SelinanAlat Muzik: Saron, Slentem, Gender, Gambang, Kenong, Kempul dan Gong Suwukan

– 5 5 5 – 5 5 ⑤

3 5 6 5 3 5 6 ⑤

3 3 3 3 – 3 3 ③

2 3 5 3 2 3 5 ③

2 2 2 2 – 2 2 ②

1 2 3 2 1 2 3 ②

1 1 1 1 – 6 6 ⑥

5 6 1 6 5 6 1 ⑥

5 5 5 5 3 5 6 ⑤Petunjuk^ : Kenongv : Kempul⃝H : Gong Suwukan : Ulang– : Rehat¯̅J¯̅J : dua nota dalam satu bit

6

Page 7: Sejarah Gamelan Di Malaysia

Alat Muzik: Bonang

– 5 5 5 – 5 5 5

33 55 66 55 33 55 6655

3 3 3 3 – 3 3 3

22 33 55 33 22 33 5533

2 2 2 2 – 2 2 2

11 22 33 22 11 22 3322

1 1 1 1 – 6 6 6

55 66 11 66 55 66 1166

5 5 5 5 33 55 66 5

Alat Muzik: Gendang

– D D D – D D D

CDCD

CD D CDCD

CD D

– D D D – D D D

CDCD

CD D CDCD

CD D

– D D D – D D D

CDCD

CD D CDCD

CD D

– D D D – D D D

D D D D CDCD

CD D

7

Page 8: Sejarah Gamelan Di Malaysia

4.0 RUJUKAN

Mohd. Ghouse Nasuruddin, 1989. Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pesona Terengganu, 2010. Sejarah Gamelan Melayu. PESONA TERENGGANU DI HATIKU. [Blog], 29

Oktober. Terdapat di: <http://pesonaterengganu.blogspot.com/2010/10/sejarah-gamelan-

melayu.html> [Diakses 22 April 2014]

5.0 LAMPIRAN

Foto 1: Set gamelan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

8