26
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’. Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.

Sejarah Olahraga Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah Olahraga Di Malaysia

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

           Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan

Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan

‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919  Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia

Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk

mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang

pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic

of British Malaya’.

Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of

Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940

hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.

Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya

Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik

Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan

peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan

telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-

peserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada

‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah

Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah

MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/sejarah-olahraga-di-malaysia.htm

Page 2: Sejarah Olahraga Di Malaysia

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan (lelaki) dan olaragawati (perempuan).

SEJARAH AWALBerdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

PERKEMBANGAN AWALOlaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada

Page 3: Sejarah Olahraga Di Malaysia

tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebena. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga

Page 4: Sejarah Olahraga Di Malaysia

merupakan acara yang pertama dipertandingkan.Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini, walaupun mendapat tentangan, namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh eseorang atlet.Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.

Page 5: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Olahraga WanitaSejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia, maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :1. Acara balapan2. Acara-acara padang

Acara BalapanSemua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.Acara balapan ialah :-1. Lari Pecuta) 100 meterb) 200 meterc) 400 meter

2. Lari berganti-gantia) 4 x 100 meterb) 4 x 200c) 4 x 400

Page 6: Sejarah Olahraga Di Malaysia

3. Lari berpagara) 100 meter wanitab) 110 meter lelakic) 400 meter

4. Steeplechasea) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauha) 800 meterb) 1,500 meterc) 3000 meterd) 5000 metere) 10,000 meter

6. Berjalan kakia) 20 kmb) 50 km

Acara-acara Padang1. Acara lompatan2. Acara balinganTerdapat dua jenis acara lompatan:a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalahb) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :a) lempar cakerab) rejam lembingc) lempar tukuld) lontar peluru.Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a) Decathlonb) Penthathlonc) Marathond) Merentas desa

Page 7: Sejarah Olahraga Di Malaysia

DecathlonIni merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut :1. lari 100 meter2. lompat jauh3. lontar peluru Hari pertama4. lompat tinggi5. lari 400 meter6. 110 meter lari berpagar7. lemper cakera8. lompat bergalah Hari kedua9. merejam lembing10. lari 1500 meter

PentathlonAcara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya1) lari berpagar 100 meter2) ontar peluru3) lompat tinggi4) lompat jauh5) acara 800 meter.

MarathonMarathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas desaAcara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti :1) Lari pecuta) 100 meterb) 200 meterc) 400 meterd) 4 x 100 meter lari berganti-ganti

Page 8: Sejarah Olahraga Di Malaysia

e) 4 x 200 meterf) 4 x 400 meter2) Lari Berpagara) 100 meter lari berpagarb) 110 meter lari berpagarc) 400 meter lari berpagar.3) Jarak sedarhanaa) 800 meterb) 1500 meterc) 3000 meterd) 5000 meter4) Jarak jauha) 10 000 meterb) Marathonc) Merentas desa5) Berjalan kakia) 20 kmb) 50 km6) Lompatana) lompat jauhb) lompat tinggic) lompat kijangd) lompat bergalah

7) Balingana) lontar pelurub) lempar cekerac) rejam lembingd) lempar tukul

8) Acara beranekaa) Decathlonb) Pentathlon

http://olahragaardt.blogspot.com/

Page 9: Sejarah Olahraga Di Malaysia

http://anakjelapang10.blogspot.com/2010/02/sejarah-sukan-olahraga.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.

Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh

pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di

Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun

kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh

dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang

menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen

hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat

antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great

Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games

atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain

mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita

menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun

1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat

kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat

antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP,

Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991.

Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan

rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu

pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu,

Page 10: Sejarah Olahraga Di Malaysia

kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara

semua negeri di Malaysia.

http://balapanpadangmssns.blogspot.com/2011/06/sejarah-olahraga-di-malaysia.html

SEJARAH OLAHRAGA (History of Sport)

Sejarah olahraga dapat mengajarkan kepada kita arti mengenai perubahan masyarakat dan mengenai olahraga itu sendiri.

Olahraga sepertinya melibatkan kemampuan dasar manusia yang dikembangkan dan dilatih untuk kepentingannya sendiri, yang sejalan dengan dilatih demi kegunaannya. Ini menunjukkan bahwa olahraga itu mungkin sama tuanya dengan keberadaan manusia itu sendiri, yang memiliki tujuan, dan adalah cara yang berguna untuk meningkatkan kemampuan mereka dalam menaklukkan alam dan lingkungan.

Namun, jika kita melihat jauh ke belakang bukti-bukti yang makin sedikit kurang mendukung.

Isi [tutup] 1. Pra-Sejarah 2. Cina Kuno 3. Mesir Kuno 4. Yunani Kuno 5. Eropa dan perkembangan global

Prasejarah

Banyak penemuan modern di Perancis, Afrika dan Australia pada lukisan gua (lihat seperti Lascaux) dari jaman prasejarah yang memberikan bukti kebiasaan upacara ritual. Beberapa dari bukti ini berasal dari 30.000 tahun yang lampau, berdasarkan perhitungan penanggalan karbon. Lukisan/Gambar-gambar jaman batu ditemukan di padang pasir Libya menampilkan beberapa aktivitas, renang dan memanah. [1] (http://www.fjexpeditions.com/) Seni lukis itu sendiri adalah merupakan bukti pada ketertarikan pada keahlian yang tidak ada hubungannya dengan kemampuan untuk bertahan hidup, dan adalah bukti bahwa ada waktu luang untuk dinikmati. Ini juga membuktikan aktivitas non-fungsi lain seperti ritual dan sebagainya. Jadi, meskipun sedikit bukti yang secara langsung mengenai olahraga dari sumber-sumber ini, cukup beralasan untuk menyimpulkan bahwa ada beberapa aktivitas pada waktu itu yang berkenaan dengan olahraga.

Kapten Cook, saat ia pertama kali datang ke Kepulauan Hawaii, pada tahun 1778, melaporkan bahwa penduduk asli berselancar. Masyarakat Indian Amerika asli bergabung dalam permainan-permainan dan olahraga sebelum kedatangan orang-orang Eropa, seperti lacrosse, beberapa jenis permainan bola, lari, dan aktivitas atletik lainnya. Suku Maya dan Aztec yang berbudaya memainkan permainan bola dengan serius. Lapangan yang digunakan dahulu masih digunakan sampai sekarang.

Page 11: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Cukup beralasan untuk menyimpulkan dari sini dan sumber-sumber bersejarah lainnya bahwa olahraga memiliki akar yang bersumber dari kemanusiaan itu sendiri.

Cina Kuno

Terdapat artefak dan bangunan-bangunan yang menunjukkan bahwa orang Cina berhubungan dengan kegiatan yang kita definisikan sebagai olahraga di awal tahun 4000 SM. Awal dan perkembangan dari kegiatan olahraga di Cina sepertinya berhubungan dekat dengan produksi, kerja, perang, dan hiburan pada waktu itu.

Senam sepertinya merupakan olahraga yang populer di Cina zaman dulu. Tentunya sekarang juga, seperti keahlian orang Cina dalam akrobat yang terkenal secara internasional.

Cina memiliki Museum Beijing yang didedikasikan untuk subjek-subjek tentang olahraga di Cina dan sejarahnya. (Lihat Olahraga Cina, Museum )

Mesir Kuno

Monumen untuk Faraoh menunjukkan bahwa beberapa cabang olahraga diperhatikan perkembangannya dan dipertandingkan secara berkala beberapa ribu tahun yang lampau, termasuk renang dan memancing. Ini tidaklah mengejutkan mengingat pentingnya Sungai Nil bagi kehidupan orang Mesir. Olahraga yang lain termasuk lempar lembing, loncat tinggi, dan gulat. (Lihat referensi Olahraga Mesir Kuno) (http://www.us.sis.gov.eg/egyptinf/history/html/hisfrm.htm).) Lagi, keberadaan olahraga yang populer menunjukkan kedekatan dengan kegiatan non-olahraga sehari-hari.

Yunani Kuno

Banyaknya cabang olahraga sudah ada sejak jaman Kerajaan Yunani Kuno. Gulat, Lari, Tinju, lempar lembing dan lempar cakram, dan balap kereta kuda adalah olahraga yang umum. Ini menunjukkan bahwa Kebudayaan militer Yunani berpengaruh pada perkembangan olahraga mereka.

Pertandingan Olimpiade diadakan setiap empat tahun sekali di Yunani. Pertandingan tidaklah diadakan hanya sebagai even olahraga saja, tetapi juga sebagai perayaan untuk kemegahan individu, kebudayaan, dan macam-macam kesenian dan juga tempat untuk menunjukkan inovasi di bidang arsitektur dan patung. Pada dasarnya, even ini adalah waktu untuk bersyukur dan menyembah para Dewa-Dewa kepercayaan Yunani. Nama even ini diambil dari Gunung Olympus, tempat suci yang dianggap tempat hidupnya para dewa. Gencatan senjata dinyatakan selama Pertandingan Olimpiade, seperti aksi militer dan eksekusi untuk publik ditangguhkan. Ini dilakukan agar orang-orang dapat merayakan dengan damai dan berkompetisi dalam suasana yang berbudaya dan saling menghargai.

Eropa dan Perkembangan Global

Page 12: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Beberapa ahli sejarah- tercatat Bernard Lewis- Menyatakan bahwa olahraga beregu adalah penemuan Kebudayaan Barat. Olahraga individu, seperti gulat dan panahan, sudah dipraktekkan di seluruh dunia. Tetapi tradisi olahraga beregu, menurut para penulis ini, berasal dari Eropa, khususnya Inggris. (Ada catatan yang berlawanan- termasuk Kabaddi di India dan beberapa permainan bola Mesoamerica.) Olahraga mulai diatur dan diadakan secara berkala sejak Olimpiade Kuno sampai pada abad ini. Aktivitas yang dilakukan untuk memenuhi kebutuhan hidup dan makanan menjadi aktivitas yang diatur dan dilakukan untuk kesenangan atau kompetisi dalam skala yang meningkat, seperti berburu, memancing, hortikultur. Revolusi Industri dan Produksi massa menambahkan waktu luang, yang membolehkan meningkatnya penonton olahraga, berkurangnya elitisme dalam olahraga, dan akses yang lebih besar. Trend ini dilanjutkan dengan perjalanan media massa dan komunikasi global. Profesionalisme menjadi umum, lebih jauh meningkatkan popularitas olahraga. Ini mungkin kontras dengan ide murni orang Yunani, dimana kemenangan pada pertandingan dihargai dengan sangat sederhana, dan dihargai dengan daun zaitun. (Mungkin tidak hanya mahkota daun zaitun, beberapa penulis mencatat.)

Mungkin karena reaksi dari keinginan hidup kontemporer, terdapat perkembangan olahraga yang paling baik dielaskan dengan post-modern: extreme ironing sebagai contohnya. Juga ada penemuan baru di bidang olahraga petualangan dalam bentuk melepaskan diri dari rutinitas kehidupan sehari-hari, contohnya white water rafting, canyoning, BASE jumping dan yang lebih sopan, orienteering.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/sejarah-olahraga.html

Page 13: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Olahraga

PENGENALAN

Olahraga  ialah  satu  aktiviti  fizikal  yang  bersifat  saingan. Setiap  acara 

adalah  berlainan, di mana  ianya  berasaskan  kepada  pergerakan-pergerakan 

semula  jadi. Contoh:  berlari, melompat dan membaling

SEJARAH  AWAL OLAHRAGA

Bentuk  awal  olahraga  yang  dikelolakan  secara  tersusun  telah 

diketahui  pada  zaman  klasikal  terutamanya  Sukan  Olimpik  Kuno.

Menjadi  elemen  terpenting  pada  Sukan  Olimpik  Kuno.

Permulan  pada  tahun  1896  iaitu  Sukan  Olimpik  Moden  pertama di 

Athens  telah  mewujudkan  IAAF  (Pertubuhan  Olahraga  Amatur 

Antarabangsa)  pada  tahun  1912.

Seterusnya,acara  olahraga  telah  diubahsuai  dan  diperkembangkan 

secara  berterusan.

Acara  olahraga  ini  juga  dipraktikkan  di  semua  negara  kerana 

nilai  pendidikannya  dan  peranannya  dalam  peningkatan  keadaan 

fizikal  individu.

ACARA  OLAHRAGA

·         Acara Olahraga terbahagi kepada 2 kumpulan Utama iaitu

 a) Acara-acara Balapan

      b) Acara-acara Padang

Page 14: Sejarah Olahraga Di Malaysia

ACARA-ACARA BALAPAN

1. Lari Pecut

a) 100 meter        b) 200 meter        c) 400 meter

2. Lari Berganti-ganti

a) 4 x 100 m        b) 4 x 200 m        c) 4 x 400 m

3. Lari Berpagar

      a) 100 m (wanita)     b) 110 m (lelaki)   c) 400 m

4. Lari Jarak Sederhana

      a) 800 meter b) 1500 meter

5.  Jarak Jauh

 a)3000 meter               b)5000 meter           c)10000 meter

6.  Berjalan Kaki

a) 20 km           b) 50 km

ACARA PADANG

Page 15: Sejarah Olahraga Di Malaysia

      i.Acara Lompatan

a)    Lompat Tinggi

b)    Lompat Jauh

    ii.Acara Balingan

            a)    Lempar Cakera

            b)    Rejam Lembing

            c)     Lontar Peluru

  

SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN

            1) Berdisiplin Tinggi

            2) Semangat Untuk Bertanding

            3) Berperibadi Mulia Dan Dihormati

            4) Mempunyai Semangat Berpasukan

            5) Bersemangat Tinggi Dan Tidak Mudah Kalah

            6) Penyabar Dan Bertimbang Rasa

PENGLIBATAN WANITA DI DALAM OLAHRAGA

Ø  Pada peringkat awal , penyertaan wanita di  dalam olahraga dan sukan amnya ,

mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Ø  Tetapi , lama-kelamaan, diakui bahawa penglibatan mereka adalah setanding

dengan kaum lelaki.

Ø  Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan

dan mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki.

Ø  Mengikut sejarah olahragawan , wanita pada mulanya , dilarang daripada

mengambil bahagian dalam acara sukan.

Ø  Pelbagai andaian negatif dilemparkan kepada mereka.

Page 16: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Ø  Malah wanita juga dilarang daripada menonton kaum lelaki mengambil bahagian

dalam Sukan Olimpik Kuno.

Ø  Ketika olahraga rancak menular ke negeri-negeri Eropah  khususnya England ,

wanita masih dilarang mengambil bahagian di dalam acara olahraga.

Ø  Persatuan Olahraga juga enggan mengatur dan menganjurkan kejohanan dan

perjumpaan  olahraga untuk wanita.

Ø  Menyedari  penglibatan dan penyertaan wanita juga perlu maka sebuah

persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan.

Ø  Persatuan ini diberi nama FEDERATION SPORTIVE

FEMININEINTERNATIONALE.

Ø  Tujuan utamanya ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik

Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik dibuka juga kepada wanita

yang bakal berlangsung pada 1924.

Ø  Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai

tetapi bukan untuk tahun 1924.

Ø  Akhirnya pada tahun 1928 , wanita telah diberi peluang untuk menyertai Sukan

Olimpik.

PERALATAN BEROLAHRAGA

Kasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan terpenting para olahragawan bukan

sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga

untuk kegunaan dalam acara lain. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan

atlit acara individu. Bagaimanapun, biarlah daripada jenis yang ringan.

Blok Permulaan   

Alat ini digunakan untuk membantu para pelari pecut   membuat  lonjakan yang

pantas semasa memulakan larian.Biasanya pelari tidak diwajibkan

menggunakan blok permulan  ini, tetapi ianya diperlukan oleh kebanyakan pelari

termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah.

Page 17: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Pakaian Sukan

Pakaian yang sesuai amatlah penting kerana ianya akan memberikan

keselesaan kepada atlit ketika bertanding secara tidak langsung ia juga akan

mempengaruhi larian.

Peralatan Sampingan

Peralatan sampingan perlu disimpan dengan betul dan teratur di mana ianya

akan memudahkan  atlit untuk mengambil dan menggunakannya .Bagi peralatan

ini pula haruslah mengandungi:

                                             a) tuala

                                            b) minyak urut

                                             c) seluar pendk dan singlet

                                             d) kasut jogging dan kasut lari

                                             e) jam randik

                                             f) barangan lain yang difikirkan perlu

http://pjk88.blogspot.com/2010/10/olahraga.html

Page 18: Sejarah Olahraga Di Malaysia

Sejarah Olahraga

1906:Organisasi olahraga terulung dicatat di malaysia adalah Persatuan olahraga Ipoh -kejohanan di namakan 'Ipoh Athletic Sports' -Pemenang di anggap sebagai Johan Malaya

1913:Nama di ubah kepada Amateur Athletic Assocation of Malaya

1914~1919:Aktiviti Olahraga di hentikan kerana Perang Dunia Pertama

1920:Mesyuarat diadakan di KL bagi menggabungkan seluruh negeri buat pertama kali -Kejohanan olahraga di kelolakan oleh 'Amateur Athletic British of Malaya' -Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya

1940~1948:Aktiviti olahraga di hentikan kerana Perang Dunia kedua

1952:Nama persatuan ditukar pula kpd 'Federation of Malaya Amateur Athletic Union'(FMAAU) -digabungkan bersama dengan Majlis olimpik Malaya

1960:Kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan2 baru telah diadakan di Seremban. -Rekod2 kebangsaan telah di iktiraf

1960~1962:Kejohanan turut di sertai peserta2 dari luar negara -Dengan punubuhan Malaysia,FMAAU ditukar kpd MAAU -Presiden MAAU yang pertama adalah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie

1964:Kejohanan pertama dibawah MAAU diadakan. -Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian

OLAHRAGA MALAYSIA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

1954:Malaysia menghantar pasukan olahraga ke Sukan Asia buat kali pertama iaitu di Manila. -Seterusnya ke Tokyo,Jakarta,Bangkok dan lain2.

1956:Malaysia mnghantar pasukan olahraga ke sukan olimpik buat kali pertama di Melbourne. -Ini diikuti dgn Sukan Olimpik Rome,Tokyo,Mexico City,Munich,Montreal,LA,Barcelona,Seoul,Sydney,Athens & Beijing. -Atlit pertama Sukan olimpik yg mngambil bahagian adalah Dato Dr.Mani Jegathesan

1958:Malaysia menghantar pasukan olahraga ke Sukan Komanwel buat kali ertama iaitu di Cardiff.

Page 19: Sejarah Olahraga Di Malaysia

-Ini diikuti dgn Perth,Kingston dan lain2..

1983:Malaysia mnghantar pasukan olahraga ke kejohanan olahraga sedunia buat kali pertama iaitu di Helsinki

http://synthrapsycho.blogspot.com/2012/04/sejarah-olahraga.htmlhttp://synthrapsycho.blogspot.com/2012/04/sejarah-olahraga.html