34
1.0 Pengenalan Sejarah negara Malaysia sangat unik dan perlu diketahui serta didalami oleh setiap warganegara. Secara ringkasnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang merangkumi 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. 1 Di Semenanjung Malaysia terdapat 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan manakala dua lagi negeri dan satu Wilayah Persekutuan yang lain terletak di Pulau Borneo. Sebelum mencapai kemerdekaan, negara Malaysia pernah melalui zaman-zaman yang gentir iaitu dijajah oleh kuasa Belanda, British, Jepun yang menjajah demi kepentingan negara masing-masing dengan meggunakan propaganda dan muslihat yang licik. Penjajahan oleh kuasa luar meninggalkan kesan-kesan buruk penduduk di Tanah Melayu pada masa tersebut seperti kehilangan kuasa dan kebebasan, rakyat juga mula menderita, berbagai penyakit merebak, peningkatan pengangguran dan sebagainya. Walaupun semasa penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu rakyat melalui era kesengsaraan, penjajahan tersebut juga turut meninggalkan beberapa kesan-kesan positif. Contohnya, penjajahan kuasa luar menjadi faktor–faktor kepada kemunculan rakyat majmuk di Tanah Melayu, kewujudan semangat nasionalisme, kelahiran nilai jati diri dan semangat kekitaan, perpaduan, serta mendorong untuk mencapai kemerdekaan dan sebagainya. Malaysia mencatatkan peristiwa bersejarah apabila mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan juga pada 16 September 1965. Malaysia mencatatkan kemerdekaan dua kali disebabkan oleh beberapa faktor. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu yang terdiri daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Sela (kecuali Singapura) digabungkan dan disatukan untuk mencapai 1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_dan_wilayah_persekutuan_di_Malaysia 1

sejarah sabah dan sarawak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mengenai politik di sabah dan sarawak sebelum tahun 2000faktor- faktor kemasukan sabah dan sarawak ke dalam Gagasan Malaysia

Citation preview

1.0 PengenalanSejarah negara Malaysia sangat unik dan perlu diketahui serta didalami oleh setiap warganegara. Secara ringkasnya, negara Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang merangkumi 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. [footnoteRef:2]Di Semenanjung Malaysia terdapat 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan manakala dua lagi negeri dan satu Wilayah Persekutuan yang lain terletak di Pulau Borneo. Sebelum mencapai kemerdekaan, negara Malaysia pernah melalui zaman-zaman yang gentir iaitu dijajah oleh kuasa Belanda, British, Jepun yang menjajah demi kepentingan negara masing-masing dengan meggunakan propaganda dan muslihat yang licik. [2: http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_dan_wilayah_persekutuan_di_Malaysia]

Penjajahan oleh kuasa luar meninggalkan kesan-kesan buruk penduduk di Tanah Melayu pada masa tersebut seperti kehilangan kuasa dan kebebasan, rakyat juga mula menderita, berbagai penyakit merebak, peningkatan pengangguran dan sebagainya. Walaupun semasa penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu rakyat melalui era kesengsaraan, penjajahan tersebut juga turut meninggalkan beberapa kesan-kesan positif. Contohnya, penjajahan kuasa luar menjadi faktorfaktor kepada kemunculan rakyat majmuk di Tanah Melayu, kewujudan semangat nasionalisme, kelahiran nilai jati diri dan semangat kekitaan, perpaduan, serta mendorong untuk mencapai kemerdekaan dan sebagainya. Malaysia mencatatkan peristiwa bersejarah apabila mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan juga pada 16 September 1965. Malaysia mencatatkan kemerdekaan dua kali disebabkan oleh beberapa faktor. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu yang terdiri daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Sela (kecuali Singapura) digabungkan dan disatukan untuk mencapai kebebasan daripada penjajah British dan dinamakan sebagai Malaya. Seterusnya, pada 16 September 1965, sekali lagi diisytiharkan sebagai merdeka apabila empat buah negara iaitu Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah digabungkan di bawah satu unit pentadbiran serta dinamakan sebagai Malaysia. Setiap peristiwa sejarah mengenai Malaysia mempunyai makna yang penting dan perlu didalami oleh setiap warganegara untuk membina negara bangsa.

Di samping itu, penjajahan di Tanah Melayu juga membantu rakyat untuk menubuhkan parti politik yang bersistematik. Sebelum penjajahan, tidak kelibat persatuan atau parti politik yang bergerak secara aktif bagi menyuarakan pendapat. Tetapi, penjajahan oleh kuasa luar mengakibatkan kemunculan parti-parti politik untuk menuntut hak dan bergerak secara berpasukan dengan mendukung matlamat yang sama. Begitu juga, di Sabah dan Sarawak yang dapat dilihat kemunculan parti-parti politik seperti UNKO, USNO, PESAKA dan sebagainya. Setiap parti-parti politik mempunyai visi dan misi yang sendiri mengikut keperluan suku kaum sendiri. Kemudian, gabungan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Melayu disebabkan oleh beberapa faktor telah mendorong kepada kemunculan sebuah negara Malaysia yang unik dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain. Sabah dan Sarawak bersetuju dengan Gagasan Malaysia disebabkan beberapa faktor seperti ancaman komunis, ingin mempercepatkan kemerdekaan dan sebagainya. Negara Malaysia memerlukan rakyat yang bersatu padu tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan sebagainya untuk hidup secara aman dan damai serta membantu dalam pembinaan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, seperti Malaysia. Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi mencapai kelangsungan taraf negara maju. Melalui konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut. Negara bangsa merupakan satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperolehi pengesahan politik dengan menjadi sebuah negara yang berdaulat, dan semua rakyat yang berbilang kaum dianggap sebagai satu bangsa dan satu negara, yang berdiri tegak di atas satu identiti negara yang sama dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai sosio budaya, lambang dan sentiasa berpegang pada jiwa manusia dan kerohanian yang tinggi.

2.0 Perkembangan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sehingga tahun 2000Sabah dan Sarawak adalah merupakan dua buah entiti politik yang baru wujud khususnya selepas kedatangan penjajah British di Asia Tenggara pada abad ke-19.[footnoteRef:3] Kedua-dua negeri ini mempunyai kawasan yang paling strategi dimana kedua-dua buah negeri ini terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Pengabungan Sabah dan Sarawak dengan Malaya membolehkan negara Malaysia meneruskan kegemilangan ekonomi dan kestabilan politik di rantau ini. Negeri Sabah atau Borneo Utara sebelum ini dimiliki oleh Kesultanan Brunei dan di bahagian timur pula dikuasai oleh Kesultanan Sulu. [3: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 153. ]

Namun begitu, sebuah syarikat British, iaitu North Borneo Chartered Company telah berjaya memperolehi konsesi dan pajakan daripada kedua-dua pemerintah tersebut dan menguasai pentadbiran Sabah. Perkara yang sama juga berlaku di Sarawak, dimana sebelum kedatangan British negeri tersebut dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Kolonial British mula bercampur tangan dalam pentadbiran Sarawak apabila James Brooke mengunakan peluang untuk mendamaikan pemberontakan antara kaum di Lidah Tanah. Di Tanah Melayu perkembangan parti-parti politik dapat dilihat sejak penjajahan British dan mula membara semasa penjajahan Jepun. Tetapi, di Sabah dan Sarawak tidak wujud sebarang parti politik yang bergiat secara aktif untuk menentang penjajahan kolonial British. Penduduk Sabah dan Sarawak tidak menentang penjajahan oleh kolonial British kerana kurang kesadaran dan penduduk mengamalkan kehidupan secara bersuku. Di samping itu, kolonial British juga mengamalkan dasar pecah dan perintah terhadap penduduk pelbagai etnik agar dapat memudahkannya menguasai dan mentadbir di Sabah dan Sarawak. Kemunculan parti politik dapat dilihat setelah Sabah dan Sarawak telah dimasukkan dalam Supplementary Agreement, yang meletakkan kedudukan mereka yang sama taraf dengan negeri lain di Semenjung Tanah Melayu pasa tahun 1941.[footnoteRef:4] Keadaan ini telah mengakibatkan North Borneo Chartered Company (Sabah) dan keluarga James Brooke (Sarawak) kehilangan kuasa dan menyerahkan kuasa pemerintahan negeri kepada British. Negeri Sarawak mula menentang tindakan kolonial British berbanding dengan negeri Sabah. Walaupun majoriti penduduk Sarawak bersetuju dengan penyerahan kuasa kepada British tetapi penduduk tempatan khususnya orang Melayu dan Iban telah melancarkan gerakan anti penyerahan. Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila Gagasan Malaysia dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong kumpulan etnik menubuhkan parti-masing-masing bagi melindungi dan mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam negara baharu Malaysia. Antara parti-parti politik yang wujud di negeri Sarawak adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak, Parti Negara Sarawak, Barisan Rakyat Jati Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Di Sabah pula, terdapat wujud parti-parti seperti. Parti Kebangsaan Melayu Labuan, Barisan Pemuda Society, Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu, Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu. [4: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 156. ]

2.1 Sarawak Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya adalah sangat unik kerana sifat keetnikan amat ketara dalam penubuhan parti politik dan setiap kumpulan etnik telah menubuhkan dua buah parti politik bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi kaum masing-masing.[footnoteRef:5] Pada awal penubuhan parti-parti di Sarawak tidak ada sekatan atau keanggotaan kepada sesuatu kaum atau satu suku sahaja. Tetapi lama kelamaan parti-parti tersebut mula mengubah coraknya dengan mendominasikan kepentingan satu suku kaum sahaja. Walaupun, di Sarawak terdapat berbagai parti politik yang mewakili satu kumpulan etnik sahaja namun pemimpin-pemimpin parti tersebut menjalinkan hubungan yang baik dengan kumpulan etnik yang lain. Cara ini dapat mengekalkan dan memelihara hubungan politik sesebuah parti dan kepentingan kumpulan etnik di Sarawak. Maka disebabkan inilah pembentukan, pembubaran, penggabungan, dan penukaran rakan politik memainkan peranan penting dalam sejarah politik Sarawak. [5: Zaid Ahmad, Hubungan Etnik di Malaysia (edisi kedua), Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2010, ms 133. ]

2.1.1 Parti Kebangsaan Melayu SarawakParti ini yang dikenali sebagai Malay National Union of Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1936 bertujuan untuk menentang rancangan penyerahan Sarawak kepada British oleh keluarga Brooke yang telah menjanjikan memberikan kemerdekaan kepada penduduk Sarawak untuk berkerajaan sendiri. Gerakan antipenyerahan ini juga dijalankan secara organisasi politik dan bermatlamat mengalakkan kerjasama antara orang melayu dengan lain-lain bangsa, meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu, mempertahankan budaya dan maruah bangsa, mengalakkan orang Melayu menceburi bidang perniagaan dan mengembangkan ajaran agama Islam. [footnoteRef:6] Parti ini memberikan keutamaan kepada kaum Melayu di Sarawak dan menuntut hak-hak yang sewajarnya sebagai warga negeri Sarawak. [6: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 157.]

2.1.2 Persatuan Dayak SarawakParti ini ditubuhkan oleh suku kaum Iban yang bertujuan memelihara kepentingan kaum Iban. Parti ini dikenali sebagai Dayak Association of Sarawak yang telah ditubuhkan setelah Perang Dunia Kedua. Objektif utama penubuhan parti politik ini adalah untuk menentang rancangan British yang ingin menjajah negeri Sarawak. Parti ini aktif dalam menentang kuasa British walaupun Bill Cession telah diluluskan pada bulan Mei 1946. [footnoteRef:7] Kematian Gabenor Sarawak yang telah dibunuh oleh Rosly Bin Dhoby dari kumpulan Rukun 13 mengakibatkan British mengharamkan parti-parti politik. Maka, secara tidak langsung parti ini juga mula tidak bergiat pada tahun 1949. [7: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 157.]

2.1.3 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)Parti ini yang dikenali juga sebagai Sarawak United Peoples Party (SUPP) ditubuhkan pada 12 Jun 1959 oleh Ong Kee Hui dan Stephen Young. Parti ini membuka keahlian kepada pelbagai kaum tetapi majoritinya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini juga merupakan parti pertama yang ditubuhkan yang tidak bermatlamatkan antipenjajahan. Di antara objektif di sebalik penubuhannya adalah untuk menyatupadukan kaum-kaum di Sarawak dan mewujudkan perpaduan serta menanamkan semangat kesetiaan di kalangan penduduk Sarawak. Parti ini pada mulanya tidak bersetuju dengan idea Gagasan Malaysia yang telah diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman. Menjelang Pembentukan Malaysia, parti ini memainkan peranan penring sebagai parti pembangkang. Parti pembangkang ini menentang Gagasan Malaysia disebabkan kesedaran politik yang baharu muncul, ada dalam kalangan pemimpin politik menyuarakan hasrat untuk memperolehi kemerdekaan secara berasingan dan mereka juga khuatir mereka akan kehilangan kekuatan akibat dominasi Malaya dan juga bimbang akan bakal didiskriminasikan. Selepas pilihan raya tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju menyertai Parti Perikatan Sarawak termasuklah SUPP.[footnoteRef:8] Parti ini mula bekerjasama dengan Barisan Nasional dan menjadi parti politik komponen yang kukuh dan terbesar di Sarawak. [8: Zaid Ahmad, Hubungan Etnik di Malaysia (edisi kedua), Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2010, ms 134.]

2.1.4 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)Parti Kebangsaan Sarawak atau lebih dikenali dengan gelaran SNAP telah ditubuhkan dengan matlamat untuk membolehkan negeri Sarawak mencapai kemerdekaan dan juga memperjuangkan hak dan kepentingan orang Iban di Sarawak. [footnoteRef:9] Parti ini telah diasaskan oleh Stephen Kalong Nikang pada 10 April 1961 dan juga merupakan parti politik tertua bangsa Dayak. Stephen Kalong Nikang merupakan seorang pembantu Syarikat Shell Brunei yang kemudiannya menjadi presiden SNAP dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun 1963. Parti ini memberikan peluang kepada suku kaum Dayak melibatkan diri secara aktif dalam bidang politik terutamanya kepada individu yang tidak berminat menyertai mana-mana parti yang lain. Salah satu faktor lagi yang mendorong penubuhan parti ini adalah kesedaran kaum Dayak yang merasakan sebagai kaum besar di Sarawak perlunya memiliki satu parti politik yang membolehkan menyuarakan pendapat. Parti ini juga pada awalnya menentang dan tidak menerima Gagasan Malaysia. Pada 5 Julai 1961, Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Stephen Kalong Ningkan telah mengatakan bahawa sebarang langkah untuk meletakkan Sarawak ke dalam Persekutuan, oleh sebarang kuasa luar akan ditentang secara habis-habisan. [footnoteRef:10] Walaupun begitu, pada 22 Oktober 1962 parti ini menyokong Gagasan Malaysia dengan bergabung dalam pembentukan Parti Perikatan Sarawak. [9: Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 266.] [10: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah, dan Politik, Johor Darul Tazim, Universiti Teknologi Malaysia, 2002, ms 177.]

2.1.5 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)Parti Pesaka Anak Sarawak atau PESAKA telah diasaskan oleh Temenggung Jugah pada bulan Ogos 1962 yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum Dayak di Sarawak dan member jaminan kepada hak mereka di dalam perlembagaan. [footnoteRef:11] Parti ini merupakan parti politik yang kedua ditubuhkan bagi kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak. Parti ini diasaskan di Sibu bagi memelihara kepentingan kaum Iban. Antara pemimpin-pemimpin yang melibatkan diri dalam parti ini adalah seperti Penghulu Anak Radin, Pengarah Banyang dan sebagainya. Pada tahun 1973, PESAKA telah bergabung dengan parti politik yang lain seperti PANAS (Melayu) dan BARJASA (Melanau) untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputera (PBB). [11: Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 266.]

2.1.6 Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)Parti ini yang lebih dikenali dengan nama singkatan BARJASA telah diasaskan oleh Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman pada 4 Disember 1961. Parti ini telah ditubuhkan disebabkan mempunyai objektif untuk melahirkan masyarakat Sarawak yang aman dan harmoni. Parti BARJASA ini lebih menumpukan perhatian dalam meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera di Sarawak. Tambahan pula, parti ini turut memperjuangkan hak istimewa bagi kaum bumiputera Sarawak serta berusaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sebagai bahasa kebangsaan. Parti ini merupakan sebuah parti yang didomainkan oleh masyarakat Melayu (Islam) dan mendapat sambutan daripada suku kaum Melanau dan orang Melayu. Dalam parti ini anggotanya terdiri daripada golongan yang berpelajaran. Parti ini juga bekerjasama dan bergabung dalam pembentukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak. 2.1.7 Parti Negara Sarawak (PANAS)Parti Negara Sarawak ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha pada 9 April 1960. Parti Negara Sarawak atau PANAS telah ditubuhkan dengan matlamat untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup, kedudukan politik, sosial dan ekonomi kaum bumiputera di Sarawak.[footnoteRef:12] Parti ini mempunyai objektif untut mendapatkan pendidikan percuma bagi sekolah rendah supaya segelintir masyarakatnya akan bakal menimba pendidikan yang setaraf. Parti ini telah mendapat sokongan daripada Kaum Melayu dan juga Melanau-Islam terutamanya dari bahagian ketiga Sarawak [12: Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 266.]

2.1.8 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SarawakParti ini yang dikenali sebagai Sarawak United Bumiputera Heritage Party telah ditubuhkan pada 30 April 1973 dengan menggabungkan tiga buah parti politik di Sarawak iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). Pertubuhan parti ini bermatlamatkan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan membela nasib kaum bumiputera dalam pelbagai bidang terdiri daripada politik, ekonomi, dan sosial. Parti ini telah dipelopori oleh idea Pehin Sri Haji Taib Mahmud merupakan setiausaha agung BARJASA. Kewujudan parti ini yang majoriti terdiri daripada kaum Melayu telah mengukuhkan Barisan Nasional negeri di Sarawak sehingga hari ini.

2.2 SabahNegeri Sabah merupakan salah satu negeri yang terdapat di Malaysia dan juga merupakan negeri kedua terbesar yang terletak di utara pulau Borneo. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.[footnoteRef:13] kemunculan parti-parti politik di Sabah dapat dilihat setelah cadangan penubuhan Malaysia. Sebelum itu, hanya wujud parti-parti politik yang bergerak secara tidak aktif dan ada juga parti yang telah dibubarkan. [13: http://www.sabah.gov.my/main/ms-MY/Home/About]

2.2.1 Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) telah ditubuhkan setelah Perang Dunia Kedua di Sabah. Pada bulan Jun 1946, setelah beberapa pemimpin mengadakan satu perjumpaan di Labuan persatuan ini ditubuhkan. Perjumpaan ini telah menjadi pendorongan untuk kemunculan parti politik yang dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Labuan. Matalamat utama pertubuhan ini adalah untuk membaiki kedudukan dan taraf kehidupan kaum bumiputera Islam dan juga meningkatkan ekonomi anak negeri. 2.2.2 Barisan Pemuda Society (BARIP)Parti ini yang dikenali dengan nama singkatan BARIP juga ditubuhkan pada tahun 1946 di Sabah. Objektif utama kemunculan parti ini adalah untuk menyatukan anak negeri Sabah agar bekerjasama dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat bumiputera di negeri Sabah. Parti ini menumpukan perhatian secara menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial bagi kaum bumiputera. 2.2.3 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)UNKO telah diasaskan pada bulan Ogos 1961 oleh Donald Stephens dan Kemunculan parti ini telah didasari oleh pemikiran Orang Kadazan yang bercadangkan agar menyatukan semua kelompok etnik Kadazan-Dusun daam sebuah parti politik. Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk melindungi dan menjaga hak serta kepentingan kaum Kadazan- Dusun di Sabah. Tambahan pula, parti ini lebih mementingkan dalam mengukuhkan hubungan baik dan perhubungan antara kaum Kadazan-Dusun di Sabah agar dapat berjuang sebagai satu unit pasukan dalam mencapai matlamat dan cita-cita parti tersebut.

2.2.4 Pertubuhan Kebangsaan Sabah bersatu (USNO)Parti USNOlah yang membawa negeri Sabah masuk ke dalam Malaysia 27 tahun yang lalu.[footnoteRef:14] Parti politik ini telah ditubuhkan pada Disember 1961 di Sabah dengan mengutamakan kaum Melayu iaitu masyarakat Islam. USNO terdiri daripada gabungan beberapa buah persatuan sosial dan agama seperti Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Persatuan Anak Negeri Sandakan. Pengasas utama parti ini ialah Datu Mustapha bin Datu Harun merupakan seorang pemimpin bumiputera Islam. USNO membuka keahlian kepada semua bumiputera terutamanya orang Islam. Parti ini bermatlamatkan memperjuangkan hak dan kepentingan kaum bumiputera Muslim di Sabah dan menuntut supaya agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri Sabah. [14: Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 151.]

2.2.5 Barisan Rakyat Sabah BersekutuBarisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) atau Federal Sabah Peoples Front atau Parti Bersekutu merupakan parti politik yang ditubuhkan di Sabah, Malaysia oleh bekas Ketua Menteri Sabah, datuk Harris Salleh bersama para penyokongnya pada 1998. [footnoteRef:15] Parti ini ditubuhkan disebabkan oleh Datuk Harris yang mendakwa bahawa rakyat Sabah inginkan beliau memimpin semula negeri Sabah untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan yang tidak dapat diselesaikan oleh Barisan Nasional. Pada tahun 1999, beliau telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Sabah 1999 dengan objektif menggulingkan kerajaan Barisan Nasional negeri Sabah yang sedia ada. Parti Bersekutu telah melantik calonnya dalam kesemua 48 kawasan untuk bertanding dalam pilihan raya. Tetapi, parti ini tidak dapat memenangi satu kawasan pun, malah calon-calon bersekutu kehilangan wang pertaruhan mereka. Walaupun begitu, parti ini tidak pernah berputus asa untuk mengambil bahagian dalam kesemua pilihan raya umum yang berikutnya. Namun, parti ini tidak dapat mendapat sokongan dan sambutan daripada rakyat negeri Sabah dan telah dibubarkan oleh presidennya iaitu Berman Angkap pada tahun Disember 2010. [15: http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Rakyat_Sabah_Bersekutu]

2.2.6 Parti Bersatu SabahParti Bersatu Sabah ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 di Sabah. [footnoteRef:16]Datuk Joseph Pairin Kitingan mula menubuhkan parti ini setelah dikeluarkan dari Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah disebabkan beliau menentang dasar-dasar kerajaan yang tidak sehala dengan matlamat sebenarnya. Setelah beliau melepaskan jawatan Dewan Undangan Negeri Tambunan disebabkan paksaan beliau tidak berputus asa. Beliau mula bertanding dalam pilihan raya kecil Tambunan pada Disember 1984 sebagai calon bebas menentang kerajaan dan beliau Berjaya mengekalkan kerusinya dengan undi yang majoriti. Kemenangan tersebut menyemarakkan semangat beliau untuk mengubah struktur politik di negeri Sabah dengan menegakkan demokrasi serta menentang penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah ketika itu. Satu gerakan baharu telah muncul dengan kepimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan dan ini telah mengakibatkan penubuhan Parti Bersatu Sabah pada 5 mac 1985. Parti Bersatu Sabah telah diterima kejjadi ahli Barisan Nasional pada bulan Jun 1986, tetapi keluar dari BN selepas mencapai kemenangan dan menjadi parti pembangkang di Sabah. [footnoteRef:17] [16: http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Bersatu_Sabah] [17: Anggota persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita (panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan), International Law Books Services, 2000, ms 150.]

2.2.7 Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan Parti ini telah ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dengan Pertubuhan Momogun Bersatu (PASOK MOMOGUN). [footnoteRef:18] Kedua-dua buah parti ini dapat disatukan dab bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa Kadazan, Dusun dan juga Murut. Setelah pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua parti politik ini terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam piligan raya. [18: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bersatu_Pasok-Momogun_Kadazan]

2.2.8 Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Murut BersatuParti politik ini merupakan sebuah parti yang ditubuhkan di negeri Sabah semula kesan daripada Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (1964-1967). Parti ini hanya mengalami sedikit perubahan dari nama asalnya kepada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu tetapi ia masih mengekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Parti ini telah ditubuhkan semula pada 30 Oktober 1999 dengan matlamat untuk memelihara hak-hak dan memperjuangkan pembangunan kaum Kadazandusun Murut.2.2.9 Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK)Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1978 di negeri Sabah, Malaysia. Istilah Nunukragang merujuk kepada Nunuk Ragang yang merupakan tempat lahir tradisional budaya dan tamadun Kadazan-Dusun.[footnoteRef:19] PASOK diasaskan oleh Orang Kaya iaitu G.S. Sundang merupakan ketua suku tempatan dan juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah. Parti ini ditubuhkan oleh beliau kerana berpendapat perlunya mempunyai satu landasan politik untuk orang Kadasan, Dusun dan Murut. [19: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Pasok_Nunukragang_Bersatu]

Parti ini bersifatkan konsep etnosentrik Kadazan-Dusun, tetapi keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum. Ini dapat dilihat dengan keanggotaan pemimpin-pemimpin parti ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pada tahun 1985, PASOK bergabung dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu merupakan kerajaan campuran setelah parti tersebut memenangi pilihan raya DUN. Parti ini juga turut memenangi kerusi DUN apabila presiden PASOK iaitu Ignatius Stephen Melanjum memenangi kawasan Moyog sehingga hari ini.

3.0 Faktor penubuhan MalaysiaPembentukan Malaysia bukan sesuatu rancangan yang mudah. Rancangan ini melibatkan satu perubahan yang besar dan ini akan mengambil masa yang lama disebabkan melalui pelbagai proses. Di peringkat konsepnya ia kelihatan sebagai satu rancangan yang amat kompleks. Kebanyakan pihak tidak yakin dengan rancangan pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Tetapi, disebabkan pada masa tersebut Malaya telah pun mencapai status berkerajaan sendiri daripada penjajah dan ini dapat merangsang pemimpin dan rakyat negeri-negeri yang terlibat dalam proses pembentukan Malaysia bekerjasama denga Malaya. Antara negeri-negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia adalah Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Pada mulanya, sultan negara Brunei telah bersetuju dengan cadangan Gagasan Malaysia. Tetapi pemberontakan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat seperti Ahmad M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei telah menggagalkan kemasukan negara Brunei dalam Gagasan Malaysia. Seterusnya, negara Singapura pula telah bergabung dan mencapai kemerdekaan bersama pada 16 September 1963. Tetapi pada 9 Ogos 1965, secara rasminya Singapura berpisah daripada Malaysia untuk membina kerajaan sendiri. Negeri Sarawak dan Sabah sahaja sehingga hari ini, masih dibawah Persekutuan dan memainkan peranan penting dalam kemajuan ekonomi, politik dan sosial. Antara faktor-faktor yang mendorong negeri Sarawak dan Sabah menyertai Gagasan Malaysia adalah 2.2.1 Mencepatkan proses kemerdekaanDi antara lima negeri yang bakal menganggotai Gagasan Malaysia cuma Malaya sahaja yang bebas daripada kuasa luar setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.[footnoteRef:20] Penubuhan Malaysia bakal mempercepatkan proses kemerdekaan secara tidak langsung kepada negeri yang terlibat seperti Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Ini disebabkan kerajaan British tidak berminat memberikan kemerdekaan kepada keempat-keempat negeri itu secara berasingan. [20: Nazaruddin Hj.Mohd Jali, Marof Redzuan & Asnarulkhadi Abu Samah, Pengajian Malaysia (edisi kedua), Selangor, Precentice Hall, 2001, ms 66]

Tatkala, British telah beberapa kali menunjukkan kesediaannya untuk memberikan kemerdekaan kepada negara tersebut dengan menyarankan agar negeri-negeri jiran bergabung dengan Malaya bagi memudahkan proses kemerdekaan. Penubuhan Malaysia dapat mendorong untuk menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara selaras dengan usul yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang meminta penjajahan di seluruh dunia ditamatkan.[footnoteRef:21] Sehubungan itu, melalui pembentukan Malaysia penjajah British dapat mengundurkan diri secara terhormat dan dapat memastikan hubungan yang baik dengan tanah jajahannya. [21: Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia (edisi kedua),Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2005, ms 184]

Maka, jika dianalisis secara terperinci negeri Sabah dan Sarawak menyertai Gagasan Malaysia kerana mengutamakan kebebasan daripada penjajah. Walaupun, negeri Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya dan berada dibawah pengawasan Persekutuan tetapi kedua-dua negeri tersebut diberikan hak pengasingan dalam beberapa aspek. Negeri Sabah dan Sarawak diberikan beberapa keistimewaan dalam memastikan keharmonian negara Malaysia. Sebelum mencapai kemerdekaan pada 16 Sepetember 1963, kedua-dua negeri tersebut telah mengemukakan 20 perkara yang terdiri daripada hak imigresen, pendidikan, agama, bahasa, takrif dan kewangan, kewarganegaraan, kedudukan istimewa dan sebagainya. Perkara-perkara ini dibawah pengawasan dan ditentukan oleh negeri-negeri tersebut dan persekutuan tidak akan bercampur tangan dalam urusan ini. Maka, negeri Sabah dan Sarawak menggunakan peluang ini untuk membebaskan negara masing-masing dari penjajah yang tidak memberi sebarang hak keistimewaan sebelum ini seperti yang dijanjikan oleh Malaya. 2.2.2 Ancaman komunis Ancaman komunis menjadi satu isu yang selalu diberi perhatian oleh semua pihak semenjak penjajahan British di Tanah Melayu. Ancaman komunis selalu menjadi kebimbangan semua pihak termasuk Britain. Menurut Mohamed Noordin Sopiee (1967) kebanyakkan pengkaji meletakkan ancaman komunis sebab utama penubuhan Malaysia.[footnoteRef:22] Semua negara yang terlibat dalam rancangan pertubuhan Malaysia terdedah kepada ancaman komunis. Di Persekutuan Tanah Melayu darurat disytiharkan disebabkan pengaruh komunis yang mula merebak dan ia mengambil tempoh selama 12 tahun untuk berakhir. Walaupun begitu, Tanah Melayu masih terdedah dengan ancaman tersebut. Di Singapura pengaruh komunis semakin meluas dan membimbangkan kerajaan. Pihak komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. [footnoteRef:23] Keadaan ini telah mengakibatkan beberapa ahli dari parti PAP yang menyokong komunis dan meninggalkan parti tersebut serta menubuhkan parti Barisan Sosialis setelah pemerintahan di bawah pimpinan Lee Kuan Yew merosot pada awal tahun 1960-an. Kekalahan dua kali berturut-turut dalam pilihan raya kecil di Hong Lim pada awal tahun 1961 dan Anson pada bulan Julai 1961 semakin membimbangkan Lee Kuan Yew.[footnoteRef:24] Di samping itu, ancaman komunis di negeri Brunei juga dalam keadaan yang membimbangkan. Di negeri Sabah dan Sarawak tidak ada sebarang maklumat yang mengesahkan pengaruh komunis di negeri tersebut. Tetapi, kedua-dua buah negeri ini telah mengambil langkah was-was dengan bersetuju cadangan Gagasan Malaysia. Langkah awal ini telah diambil untuk menghalang pengaruh komunis merebak di Sarawak dan Sabah. Walaupun,sebelum ini di negeri Sabah dan Sarawak tidak wujud ancaman komunis tetapi lama-kelamaan kemungkinan besar bakal wujud pengaruh tersebut. Sebagai langkah awal Sarawak dan Sabah bersetuju bergabung dengan Malaya untuk merealisasikan Gagasan Malaysia. [22: Ismail Bin Said, Sejarah Malaysia Moden(1945-1969),Selangor,Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd,2012, ms 93] [23: Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia (edisi kedua),Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2005, ms 183] [24: Kassim Thukiman, Malaysia Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor, Universiti Teknologi Malaysia,2002, ms 174 ]

2.2.3 Keseimbangan kaumFaktor ini diberi perhatian utama oleh pemimpin di Tanah Melayu walaupun di Singapura perkara ini tidak diutamakan. Ini disebabkan percantuman dengan Singapura boleh mengakibatkan ketidakseimbangan kaum di Tanah melayu kerana lebih 75 % penduduk di Singapura ialah kaum Cina.[footnoteRef:25] Ini melebihi komposisi penduduk yang terdapat di Tanah Melayu sebanyak 50% kaum Melayu dan 37% kaum Cina. Ini boleh mengancamkan kedudukan orang Melayu sebagai kaum terbesar di Tanah melayu jika kaum Cina melebihi penduduk asal. Oleh itu, dengan mengambil kira perkara ini Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan pembentukan Malaysia yang menggabungkan negeri Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura. Beliau berpendapat melalui cara ini dapat mengimbangi rakyat yang terdapat dalam pembentukan Malaysia disebabkan di negeri Sabah, Sarawak dan Brunei terdapat 70 % kaum bumiputera. Maka, kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira perkara ini telah menyokong Gagasan Malaysia. [25: Ruslan zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia (edisi kedua),Selangor, Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2005, ms 184]

2.2.4 Kerjasama dalam kemajuan ekonomiMelalui penubuhan Malaysia kelima-lima negeri yang terlibat dapat memajukan ekonomi secara bersama. Melalui cara ini, sumber-sumber yang terdapat di negeri-negeri tersebut dapat dimajukan dan memberi keuntungan yang banyak. Ini disebabkan Singapura memainkan peranan sebagai pelabuhan antarabangsa, Brunei dengan hasil minyak, Sabah dan Sarawak dengan hasil hutannya serta Persekutuan Tanah Melayu dengan bahan mentah. Apabila kelima-lima negeri digabungkan dengan pembentukan Malaysia maka secara tidak langsung ekonomi meningkat disebabkan diuruskan secara berpusat. Walaupun Negeri Sabah dan Sarawak kaya dengan sumber bumi tetapi tidak ada teknologi yang baik untuk memproseskannya. Setelah perang dunia kedua, British tidak mengambil sebarang inisiatif untuk memajukan negeri Sabah dan Sarawak. British hanya menumpukan perhatian untuk mengeksploitasikan sumber ekonomi yang terdapat di kedua-dua negeri tersebut. Negeri Sabah dan Sarawak mula menyedari kepentingan menyertai Gagasan Malaysia untuk memajukan kawasan pedalaman yang masih lagi mundur dan tidak mempunyai sebarang kemudahan. Kedua-dua negeri ini dengan mengambil kira perkara ini telah bersetuju dengan cadangan Gagasan Malaysia. 2.2.5 Bersatu dalam hubungan antarabangsaTunku Abdul Rahman semasa mencadangkan tentang pembentukan Malaysia di Singapura beliau pernah menekankan faktor ini. Ini disebabkan apabila kelima-lima buah negara bersatu di bawah satu pemerintahan dan politik maka dapat memperkuatkan lagi kedudukan dan ekonomi di arena antarabangsa. Pemimpin di Malaya bekerjasama dengan negeri-negeri serantau bukan hanya sekadar untuk kekuatan dalam tetapi juga untuk meningkatkan hubungan antarabangsa. Pembentukan Malaysia itu sendiri menandakan permulaan kerjasama erat sesama anggota dengan pencapaian kemerdekaan oleh negeri-negeri anggota sebagai satu kejayaan bersama.[footnoteRef:26] Negeri Sabah dan Sarawak juga menyedari bahawa melalui bergabung dengan Malaya dapat meningkatkan taraf dan nama baik negeri tersebut. Pada masa tersebut tidak ada peluang kepada negeri Sabah dan Sarawak untuk membina kerajaan sendiri kerana kurang kesedaran. Maka, negara Malaya menjadi contoh yang baik yang dapat membina kerajaan sendiri dan mengharungi cabaran serantau dan antarabangsa. Oleh itu, negara Sabah dan Sarawak merasakan melalui bersatu dengan Malaya dapat membina hubungan yang baik dengan serantau dan antarabangsa. [26: Nazaruddin Hj.Mohd Jali, Marof Redzuan & Asnarulkhadi Redzuan, Pengajian Malaysia (edisi kedua), Selangor, Precentice Hall, 2001, ms 68]

4.0 Kepentingan pembinaan negara bangsaKita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin capai ungkapan ini daripada perdana menteri yang kelima bagi negara Malaysia iaitu YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.[footnoteRef:27] Daripada ungkapan tersebut amat jelaslah bahawa rakyat memainkan peranan penting kepada pembangunan dan kemajuan negara. [27: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2006-2010, Putrajaya, Malaysia. ]

Negara kita masih belum mencapai status negara maju di seantero dunia jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Negara Malaysia mempunyai azam dan keinginan untuk berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain yang maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, dan sebagainya. Bagi merealisasikan impian ini menjadi nyata , Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat, telah memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991, yang mempunyai matlamat bagi mentransformasikan negara Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dan menghapuskan gelaran negara yang dikenali sebagai negara yang ketiga di antarabangsa.Penjajahan British di Tanah Melayu telah memberi banyak kesan yang mendalam. Salah satu kesannya ialah mengakibatkan kepada kewujudan masyarakat majmuk di negara kita pada hari ini. J.S. Furnival dalam bukunya Colonial Policy and Practice mendefinisasikan masyarakat majmuk sebagai sebuah masyarakat yang wujud sebagai satu unit politik tetapi anggotanya mempunyai budaya yang berbeza. Di seluruh dunia, negara Malaysia dikatakan sebagai unik dan istimewa disebabkan mempunyai rakyat yang berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Kaum India dan kaum Cina dan hidup secara aman dan damai. Perpaduan dan integrasi merupakan satu isu yang diuar-uarkan oleh kerajaan untuk membentuk negara bangsa. Semasa dalam naungan British, perpaduan dan integrasi antara masyarakat majmuk tidak begitu baik disebabkan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British bagi menjamin kedudukan mereka. Tetapi, semasa di ambang kemerdekaan pemimpin-pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Dato Onn bin Jaafar, Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan telah menyedari akan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan telah mengambil pelbagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi mendapatkan kemerdekaan. Walaupun, pada mulanya usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum tidak begitu menyerlah tetapi lama kelamaan kesannya dapat dilihat.Seterusnya, Malaysia selama 57 tahun ini mencapai kemerdekaan, telah ditimpah dengan pelbagai musibah dan dapat tanganinya dengan begitu baik sekali sampai hari ini. Antara perkara yang dapat dijadikan sebagai pengajaran bagi generasi yang bakal datang ialah peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum yang meninggalkan kesan yang begitu dalam kepada negara dan masyarakat. Peristiwa ini terjadi disebabkan tiada perpaduan, integrasi, kerjasama dan persefahaman antara rakyat majmuk dan mengugat kepada kedaulatan negara. Perkara ini memberi kesedaran kepada semua warga Malaysia akan kepentingan perpaduan dan integrasi kaum. Melalui ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar yang dapat memberi tumpuan kepada perpaduan di kalangan rakyat majmuk yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambahan pula, bagi memupuk perpaduan dan integrasi serta ketaatan terhadap negara di kalangan rakyat yang berbilang kaum kerajaan telah mengubal perkara yang terdapat dalam perlembagaan, memperkenalkan rukun negara, dan telah menggariskan dasar-dasar dengan mengambil kira kepentingan rakyat yang berlainan agama, bangsa, bahasa dan budaya untuk menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara. sementalahan, nilai saling hormat menghormati, toleransi, kerjasama, ketaatan kepada raja dan negara, dan semangat patriotisme serta cinta akan negara di kalangan rakyat majmuk dapat mempertahankan negara Malaysia dari anasir-anasir luar dan membantu kepada pembinaan negara bangsa.Perpaduan dan integrasi boleh didefinisasikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.[footnoteRef:28] Dengan mengambil kira kepentingan integrasi dan pembinaan negara bangsa kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang bertujuan mengalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasioanal. Negara bangsa ditakrifkan sebagai satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperolehi pengesahan politik dengan menjadi sebuah negara yang berdaulat, dan semua rakyat yang berbilang kaum dianggap sebagai satu bangsa dan satu negara, yang berdiri tegak di atas satu identiti negara yang sama dimanifestasikan oleh pemikiran,nilai sosio budaya, lambang dan sentiasa berpegang pada jiwa manusia dan kerohanian yang tinggi. [28: Mardiana & Hasnah, Pengajian Malaysia,Selangor Darul Ehsan, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, 2000, ms 178.]

Negara bangsa juga merupakan suatu keadaan tertinggi yang ingin dijelmakan oleh sesebuah negara. Dr.Mahathir Mohamad, perdana menteri yang keempat, telah mengemukakan pandangannya bahawa perpaduan dalam semua masyarakat amat signifikan bagi menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan yang lebih maju. Beliau juga menyatakan hasratnya agar rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dikenali dengan identiti satu bangsa Malaysia oleh seantero dunia tanpa menghapuskan unsur-unsur budaya kaum yang lain. Dr. Mahathir Mohamad, dalam Wawasan 2020 telah menekankan agar dapat membentuk sebuah negara bangsa dalam masa yang singkat yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan dan kemajuan negara. Ini disebabkan tanpa perpaduan yang kukuh dan rasa kekitaan sebagai satu bangsa di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, boleh mengakibatkan huru-hara, perpecahan, pergaduhan antara masyarakat, ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai satu kemuncak dan kejayaan pentadbiran bagi sesebuah negara. pembinaan negara bangsa adalah teras strategik yang pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Jika ingin membentuk sebuah negara bangsa, rakyat mestilah bersatu padu, sejahtera, beringtegrasi dan menikmati kehidupan bersama sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk, rakyat Malaysia haruslah membantu dan bekerjasama dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang dapat membawa kemajuan dalam sektor ekonomi bagi negara. Pada era gloabalisasi ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara menyerap masuk ke dalam negara kita tanpa ada sekatan. Ini dapat menjadi cabaran kepada negara Malaysia dalam pembinaan negara bangsa. Keupayaan pembinaan sesebuah negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme serta jati diri yang tinggi terhadap negara di kalangan rakyat.perpaduan di kalangan rakyat majmuk penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang kita menikmati hari ini merupakan hasil daripada perpaduan erat di antara pelbagai kaum di negara kita sejak dari dulu lagi. Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, bagi menjaga kepentingan mereka, iaitu bagi menjamin dan meningkatkan dapatan ekonomi negara mereka maka telah membawa masuk imigran Cina dan imigran India bagi mengusahakan lombong bijih timah dan perusahan getah. Bagi menjaga penyaluran ekonomi dan bagi mengelakkan perpaduan terjalin dalam kalangan masyarakat pada masa tersebut di Tanah Melayu, mereka telah ditempatkan secara berasingan dan British mengamalkan pentadbiran dasar pecah dan perintah. Masyarakat Melayu tinggal di kampung dengan mempraktikkan ekonomi tradisional iaitu sara diri, bangsa Cina ditempatkan di bandar bagi mengusahakan lombong dan Imigran India pula di estet sebagai penoreh getah. Ini telah mewujudkan jurang antara rakyat di Tanah Melayu dan masing-masing terikat dengan suku dan kaum sendiri. Oleh itu, ini telah mengakibatkan wujudnya perbezaan sosio ekonomi antara masyarakat pada masa tersebut dan mengakibatkan perselisihan faham. Ini disebabkan orang melayu merupakan penduduk asal di Tanah Melayu dan mereka mundur dari segi kemajuan ekonomi dan orang Cina pula menikmati kehidupan yang serba selesa di bandar dengan kemudahan infrastruktur, jalan raya dan sebagainya. Ini telah mewujudkan perbezaan sosio ekonomi antara rakyat di Tanah Melayu. Semasa Tanah Melayu dalam proses mencapai kemerdekaan, penerapan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu,India dan Cina menjadi syarat utama, dan mengambil tempoh yang lama dan pelbagai usaha telah diambil bagi memupuk nilai bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira kaum dalam kalangan masyarakat. Pemisahan penempatan bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan baik antara etnik di Malaysia tetapi akan memperkuatkan semangat kekitaan dalam suku atau kaum masing-masing. Contohnya, pengasingan sistem pendidikan yang terdiri daripada sekolah vernakular hanya memecah belahkan masyarakat dan tidak membantu kepada pembinaan negara bangsa. Oleh itu, pembinaan negara bangsa amat penting untuk mengurangkan jurang perbezaan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Pembinaan negara bangsa penting kerana sebelum merdeka tidak wujud sebarang perpaduan di kalangan masyarakat. Maka, pembinaan negara bangsa perlu untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk dan menghapuskan jurang perbezaan di kalangan rakyat. Setiap rakyat perlu melupakan identiti diri mereka mengikut kaum masing-masing. Tetapi, membina identiti yang sama sebagai satu masyarakat iaitu rakyat Malaysia. Setiap warganegara hendaklah bangga mengaku dirinya sebagai satu warga dan satu masyarakat dan satu Malaysia di bawah satu pemerintahan. Seterusnya, dari segi ekonomi, kewujudan jurang pendapatan antara etnik menjadi cabaran utama kepada ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui peristiwa hitam yang berlaku dalam sejarah Malaysia pada 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada negara. Rusuhan ini berlaku ekoran pilihan raya kebangsaan pada 10 Mei 1969 dan banyak isu perkauman telah dibahaskan ketika mengadakan kempen. Selain itu, masyarakat Melayu yang merupakan penduduk asal berasa terpinggir dari segi ekonomi dan terasa ancam disebabkan masyarakat Cina mula menguasai ekonomi negara. Aspek ekonomi ini secara tidak langsung telah mewujudkan ketidak puas hati antara masyarakat Malaysia dan telah menyebabkan perselisihan dan pergaduhan, dan sebagai langkah mempertahankan kedaulatan negara kerajaan telah mengishtiharkan darurat. Melalui ini, dapat disimpulkan bahawa perbezaan sosio ekonomi antara rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, tidak dapat membantu dalam pemupukan perpaduan malahan memudaratkan hubungan yang baik antara rakyat jelata. Oleh itu, pembinaan negara bangsa dititikberatkan di negara kita agar dapat menjamin keamanan dan keharmonian negara. Melalui pembinaan negara bangsa rakyat akan belajar untuk berkongsikan setiap hasilan negara bersama orang lain tanpa mengira kaum dan agama. Jika, pembinaan negara bangsa luntur, setiap kaum hanya akan bakal mementingkan diri sendiri dan kaum sendiri sahaja. Pembinaan negara bangsa penting kerana dapat membantu rakyat jelata untuk berkongsikan setiap perkara baik dengan orang lain dengan pemikiran sebagai satu unit rakyat. Selain itu, rakyat di negara Malaysia masing-masing mempunyai kepercayaan dan pegangan agama masing-masing. Mereka mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa ibunda dan kebudayaan. Contohnya, bagi masyarakat Melayu bahasa ibunda mereka ialah Bahasa Melayu dan bagi masyarakat India bahasa mereka ialah Bahasa Tamil. Keadaan ini telah menyukarkan berlakunya komunikasi dan perkongsian maklumat antara rakyat yang berbilang kaum. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dalam semua aspek. Contohnya, setiap kaum mengutamakan kaum sendiri dalam pemilihan sahabat, berkongsikan ilmu, mendapatkan pekerjaan dan dalam urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik. Maka, pembinaan negara bangsa penting di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum untuk dapat menghapuskan polariasasi antara etnik iaitu sikap mementingkan kaum sendiri sahaja. Di negara Malaysia, pembinaan negara bangsa sahaja dapat mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan masyarakat. Tanpa konsep ini, setiap rakyat tidak dapat bekerjasama dan dapat memudaratkan keamanan dan pembangunan negara. Jadi, pembinaan negara bangsa amat penting untuk mewujudkan identiti sebagai satu rakyat bukan mengikut kaum-kaum.Kemudian, semasa penjajahan British aspek ini sangat dominan dan penduduk Tanah Melayu sangat setia kepada kaum sendiri dan negara masing-masing. Contohnya, masyarakat Cina mencurahkan kesetiaan dan kebaktiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara asalnya iaitu China dan tidak mempunyai perasaan kekitaan dalam diri mereka. Oleh itu, bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu telah mengambil tempoh yang lama dan melalui pelbagai proses. Dari semasa ke semasa, pemimpin negara memberi perhatian yang ketara terhadap isu ini dan mengambil langkah efektif bagi membentuk sebuah negara bangsa. Usaha perpaduan kini dijalankan seiring dengan pembangunan negara. Jika dibandingkan dengan dulu dan sekarang, walaupun tidak sepenuhnya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat majmuk tetapi kesannya dapat dilihat. Maka, warga pada hari ini perlu berusaha untuk merealisasikan aspirasi negara iaitumembina negara bangsa yang kukuh yang dapat menjadi benteng kepada anasir-anasir luar. Negara Malaysia dapat berdiri kukuh dan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan musibah jika rakyat bersatu padu dan berbakti kepada negara. Maka, pembinaan negara penting bagi mencerminkan imej negara di dunia antarabangsa sebagai sebuah negara yang aman dan damai dengan rakyat yang berbilang kaum.Di samping itu, dalam hal kebudayaan, disebabkan terdapat masyarakat berbilang kaum, Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian budaya. Setiap budaya yang ada di negara ini, masing-masing hanya mewakili identiti sesuatu kaum sahaja. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian budaya di bawa satu identiti seolah-olah sukar dicapai ini disebabkan masing-masing masih terasa ancam dan takut akan kehilangan identiti budaya sendiri. Keadaan ini menjadi semakin rumit sampai hari ini disebabkan masih masyarakat masih terkongkong dengan dasar penjajah (dasar pecah dan perintah) serTA tidak berfikiran liberal. Bagi membentuk negara bangsa setiap warganegara perlulah rela untuk memperkongsikan satu budaya dan menghayati sepenuhnya. Ini bermakna setiap warga mengenali dan memahami pegangan agama setiap kaum di negara ini. Melalui cara ini, setiap individu akan dapat menghormati agama lain sama seperti pegangan agama sendirinya. Jadi, pembinaan negara bangsa amat penting bagi membantu rakyat jelata memperkongsikan dan mengamalkan nilai-nilai baik bersama dan berpadu.Seterusnya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdapat di negara Malaysia. Idea mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan wujud hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, 1971 di Kuala Lumpur. Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi berbagai-bagai aspek dan berperanan penting dalam proses pembangunan negara Malaysia. Kebudayaan juga melambangkan keperibadian sesebuah bangsa dan negara. Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi agar dapat membuktikan kepada seluruh dunia bahawa negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama boleh berpegang pada satu fahaman dan kebudayaan yang sama. Dasar ini menjadi panduan dalam membentuk,mewujudkan, dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Melalui dasar ini, dapat mencerminkan keperibadian negara yang unik dengan rakyat yang berbilang kaum dengan identiti budaya yang sama. Pelaksanaan dasar ini telah membawa kejayaan sampai hari dan menonjolkan sikap rakyat Malaysia yang bertoleransi dalam pembentukan pembinaan negara bangsa.Pembinaan negara bangsa juga dapat meningkatkan semangat patriotik dan jati diri di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Pembinaan negara bangsa dapat membantu setiap warganegera berasa bangga terhadap tahah airnya. Pembinaan negara bangsa juga akan mendorong setiap individu menyedari akan tanggungjawab masing-masing untuk membangunkan negara Malaysia secara bersatu padu. Pembinaan negara bangsa penting bagi menjamin kedaulatan sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Pembinaan negara bangsa memainkan peranan penting di negara kita supaya dapat menyatukan rakyat membawa kemajuan dalam semua aspek di seluruh dunia.

5.0 KesimpulanSetiap individu perlu mengenali dan memahami sejarah negara masing-masing untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan amanah yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pelbagai usaha turut dijalankan oleh kerajaan kita untuk membina negara bangsa yang bersatu padu. Ini kerana untuk mengekalkan kedaulatan negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui perpaduan kaum, barulah negara kita dapat membentuk negara yang terdiri daripada rakyat yang bersatu hati dan jiwa bangsa Malaysia. Walaupun, jauh lagi perjalanan negara Malaysia untuk mencapai taraf dan status negara maju, perpaduan dan kerjasama di kalangan rakyat jelata dapat mempercepatkan matlamat tersebut. Di samping itu, terdapat pelbagai parti politik yang muncul di negara kita khususnya di negeri Sabah dan Sarawak yang kebanyakan ditubuhkan untuk membela kaum hak kaum masing-masing. Jika, setiap parti bergabung tenaga dapat mempercepatkan proses pembinaan negara bangsa. Setiap warganegara, perlulah menyediakan diri mereka dari segi pemikiran sebagai warga Malaysia yang dapat membawa kemajuan kepada negara.

6.0 RefleksiSaya Jessita Mary A/P Francis dari kelas 2 PISMP Sejarah, terlebih dahulu Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Dr.Nagamah Marimuthu dan juga semua pihak yang telah membantu saya untuk melengkapkan kerja kursus ini dengan baik dan cemerlang. Dalam masa yang ditetapkan saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan berjaya walaupun saya menghadapi pelbagai rintangan. Semasa melakukan kerja kursus ini saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan membuatkan saya berputus asa. Tetapi dengan keyakinan diri dan sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa dan kawan, saya dapat menghadapi cabaran ini dengan tabah dan dapat menghasilkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Saya telah diberikan tugasan bagi matapelajaran Sejarah Sabah dan Sarawak oleh pensyarah pada tarikh 10 Februari 2015 dan tarikh hantar ditetapkan pada 31 Mac 2015. Satu taklimat berkaitan kerja tugasan diberikan oleh pensyarah agar dapat memudahkan kami fahami kehendak soalan tersebut dan menjawab dengan betul. Dalam kerja tugasan tersebut kami diminta untuk bincangkan tentang parti politik, menganalisis faktor-faktor penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia serta hujah mengenai kepetingan pembinaan negara bangsa.Kerja tugasan ini membantu saya mendapatkan gambaran yang jelas mengenai penubuhan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak sebelum tahun 2000. Sebelum melaksanakan kerja tugasan ini saya kurang mempunyai ilmu mengenai negeri Sabah dan Sarawak. Setelah menganalisis secara terperinci maklumat mengenai parti-parti politik di Sabah dan Sarawak saya mendapati bahawa kedua-dua buah negeri tersebut mula bergiat dalam penubuhan parti politik setelah pembentukan negara Malaysia. Saya juga mendapati, di negeri Sabah dan Sarawak kebanyakan parti-parti ditubuhkan untuk memelihara kaum masing-masing sahaja. Ini disebabkan cara kehidupan penduduk peribumi negeri Sabah dan Sarawak yang mengamalkan cara kehidupan bersuku-suku. Saya juga mendapati di negeri Sabah dan Sarawak ada jurang sosial dan tidak wujud perpaduan menjadi penghalang kepada kemerdekaan negeri-negeri tersebut. Penjajah juga senang menaung negeri-negeri tersebut kerana tidak ada penentangan oleh penduduk. Maka, saya mendapati tanpa perpaduan dan kerjasama di antara rakyat akan memberi peluang kepada anasir luar untuk mengancam keamanan dan kedaulatan negara. Selain itu, saya juga mendapati parti-parti politik di Sabah dan Sarawak mula menyedari akan kepentingan kerjasama di kalangan suku kaum. Ini disebabkan parti-parti politik di negeri-negeri ini mula menggabungkan parti-parti mereka dan bergiat sebagai satu pasukan dengan mendukung matlamat yang sama.Seterusnya, saya juga mendapati serba sedikit ilmu mengenai faktor-faktor kemasukan negeri Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Faktor yang paling utama yang mendorong negeri tersebut menyertai Gagasan Malaysia adalah disebabkan ingin mendapatkan kemerdekaan. Negeri Sabah dan Sarawak ingin mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan sudi berada dibawah pengawasan persekutuan. Tetapi, negeri Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia telah mengemukakan 20 cadangan yang memberi keistimewaan dan hak dalam beberapa perkara seperti pendidikan, kewangan, imgresen dan sebagainya. Tambahan pula, terdapat lain-lain faktor juga yang saya mendapati membawa negeri Sabah dan Sarawak menyertai malaysia. Seterusnya, saya juga mempelajari mengenai kepentingan pembinaan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa sangat penting bagi sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang majmuk. Setiap Rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mewujudkan perpaduan dalam negara untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia dan seterusnya Wawasan 2020 demi masa depan negara yang maju. Pembinaan negara bangsa dapat mewujudkan satu identiti kepada rakyat yang terdiri daripada agama, budaya, nilai yag berbeza. Setiap warganegara akan dikenali dengan satu gelaran iaitu rakyat Malaysia. Setelah menjadi seorang guru, saya pasti akan menerapkan nilai perpaduan dan kepentingannya dalam kalangan diri murid-murid. Akhir kata, penghasilan kerja kursus ini telah banyak mengajarkan saya cara untuk menghadapi sesuatu rintangan dengan tabah dan juga strategi yang harus dipatuhi oleh saya sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa hadapan berlandaskan kepada seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, malah saya merasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang dibagikan. Semasa melakukan tugasan ini saya juga belajar untuk bersabar dan tidak berputus asa dan mempunyai iltizam yang tinggi.

1