Upload
zulu-india-sierra
View
5.420
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 SELUAR PANJANG PEREMPUAN (SLEK)
Slek ialah seluar panjang yang dipakai oleh wanita dan amat sesuai untuk pakaian
kasual seperti bersukan, berkelah, bersiar-siar dan juga bekerja untuk menguruskan
rumahtangga.
Slek atau seluar boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan ukuran labuhnya. Antara jenis-
jenis seluar ialah seluar bermuda,guaco,palazzo, knickerbockers, seluar berkaki besar / lebar dan
seluar yang mempunyai turn-up.
1.1 PANDUAN KERJA
TUGASAN : Menyediakan sehelai seluar panjang perempuan
BAHAN DAN PERALATAN :
1. Alatan - pembaris lurus, pembaris sesiku, pembaris melengkung,
gunting fabrik, jarum peniti, jarum tangan dan pita ukur.
2. Bahan - fabrik, benang(biru), lapik dalam kanvas, zip, cangkuk
dan perumah, butang dan kertas perang.
1.2 KAEDAH MENJAHIT
Kaedah menjahit seluar adalah seperti senarai di bawah :
A. Membuat polaB. Susun atur pola di atas fabrikC. Menggunting fabrikD. Membuat lapik zipE. Cantuman zip berflyF. Mencantum kocek tersermbunyiG. Mencantum bahagian kaki H. Mencantum bahagian kelengkang belakangI. Membuat ikatan pinggangJ. Membuat kelepet pada hujung kaki
1.3 LANGKAH KERJA
A. MENDRAF POLA ASAS SELUAR PANJANG HADAPAN DAN BELAKANG
i. Pola hadapan dan belakang
10 1 13
6 9 8
11 G
T
12 B
5 4 3 7
SLEK
BELAKANG
2 keping
15 16 2
SLEK BELAKANG
1 – 2 = labuh seluar
1 – 3 = 3 – 7 = 6 – 4 = garis duduk
6 – 8 = 7 – 4 = punggung + 3 cm
4
6 – 9 = 2 cm
4 – 5 = 4 – 7
2
4 – 12 = 5 cm
9 – 10 = 2 cm
4 – 11 = 4 – 6
2
10 – 11 – 12 – 5 = disambungkan
10 – 13 = pinggang + 3 cm
4
7 – 13 = disambungkan
2 – 15 = 2 – 16 = 12 cm
5 – 15 = disambungkan
7 – 16 = disambungkan
20 16 1 11 10 8
6
15
21
11 G 12
T
9 H 19
5 4 17 3 18 7
SLEK
HADAPAN
2 keping
13 14 2
SLEK HADAPAN
1 – 2 = labuh seluar
1 – 3 = garis duduk + 6 CM
1 –15 = 3 – 4 = punggung + 3 cm
4
4 – 6 = 7 – 8
4 – 5 = 4 – 7
4
4 – 9 = 3 cm
6 – 10 = Pinggang + 3 cm
4
6 – 20 = 2 cm
20 – 9 – 5 = disambungkan
10 – 11 = 4 cm
8 – 12 = pinggang ke punggung
10 – 12 = disambungkan
11 – 21 = 14 cm
2 – 13 = 2 – 14 = 10 cm
1 – 15 = 13 cm ( bentukkan lisu pemadan )
Kocek
1 – 16 = 3 – 17 = 2 cm
7 – 18 = 7 – 19 = 3 cm
16 – 17 – 3 – 18 – 19 = bentukkan
ii. Pola ikatan pinggang
1 2 5
3 4 6
1 – 2 = 3 – 4 = ukuran 10 – 13 ( rujuk slek belakang ) + ukuran 20 – 10 ( rujuk pola
slek hadapan)
2 – 5 = 4 – 6 = 3 cm
1 – 3 = 2 – 4 = 5 – 6 = 8 cm
B. MENYUSUN ATUR POLA DI ATAS FABRIK
o Susun atur pola bagi fabrik bidang 115 cm
o Anggaran fabrik 2.25 meter
Slek belakang
Slek hadapan
Kocek
Ikat pinggang
C. MENGGUNTING FABRIK
Mengatur pola
Mengatur pola
Memotong fabrik
D. MEMBUAT LAPIK UNTUK ZIP
Langkah Jahitan:
i. Pastikan bahagian atas mempunyai kelebaran 4 cm manakala lebar bahagian bawah
ialah 3 cm
ii. Jahit mesin pada bahagian bergarisan putus-putus seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah di bawah
iii. Terbalikkan sebelah luar kemudian kemaskan tepi jahitan dari A ke B
E. MENCANTUM ZIP BERFLY
Langkah 1
a. Letakkan lapik dalam pada fly
b. Jahit tepi bahagian berfly
Langkah 2
a. Jahit sedikit kelengkang pada bahagian hadapan
b. Gosok bahagian berfly ke bahagian dalam
c. Letakkan zip secara terbalik pada fly tersebut. Keluarkan sedikit bahagian tepi zip di
bahagian bawah
d. Jahit mesin pada mesin tersebut. Pastikan jahitan tidak terkena pada bahagian seluar.
Langkah 3
a. Lipat kembali fly ke sebelah dalam bahagian seluar.
b. Jahit mesin mengikut kelebaran fly yang sesuai iaitu lebihkurang 3.5 cm. Jahitan ini
akan kelihatan pada bahagian luar seluar .
Langkah 4
a. Lekatkan fly dari sebelah kiri ke sebelah dalam seluar.
b. Selitkan zip yang disebelah kiri dan terus mesin berhampiran dengan bahagian tengah
hadapan
Dari bahagian dalam Dari bahagian luar
Langkah 5
a. Jelujur sebelah luar zip seluar untuk menetapkan kedudukan zip dan fly mengikut
bentuk yang sepatutnya
b. Jahit mesin mengikut garisan jelujur berkenaan
Langkah 6
a. Akhiri jahitan zip di bahagian bawah dengan bentuk tiga segi supaya penutup zip
tidak meretas dan terbuka.
F. MENCANTUM KOCEK SISI TERSEMBUNYI
Langkah jahitan:
i. Temukan sebelah luar bahagian kocek, pinkan dan mesin di garisan pemadan
ii. Semat dan mesin satu bahagian kocek kepada sebelah belakang seluar dan yang satu
lagi kepada tepi sebelah hadapan seluar
iii. Halakan kocek itu ke bahagian hadapan seluar dan pinkan pada garisan pemadan di
pinggang seluar. Tekan rata dengan seterika.
iv. Dari sebelah dalam kantung kocek ,tekan dengan mesin lapik kantung.
v. Jahit 6 mm bahagian bawah kantung pada sebelah dalam kantung kocek
vi. Jahit dan tindihkan mengikut anak panah.
G. MENCANTUM BAHAGIAN KAKI SELUAR
i. Temukan Sebelah Luar secara berhadapan
ii. Semat, jelujur dan jahit mesin
.
H. MENCANTUM BAHAGIAN KELENGKANG BELAKANG
i. Temukan sebelah luar seluar hadapan dengan sebelah luar seluar belakang
ii. Semat, jelujur dan jahit mesin
I. MEMBUAT IKATAN PINGGANG
i. Sambung pita elastik ke lapik dalam di (a) dan (b)
ii. Tindih 1 cm dan jahit mesin
iii. Jahit mesin di kedua-dua hujung dan terbalikkan ke Sebelah Luar
iv. Cantumkan ikatan pinggang ke seluar
- temukan S.L ikatan pinggang dengan S.D seluar
- semat jelujur dan jahit mesin
- trim basi hingga tinggal 0.5 cm
- balikkan ikatan pinggang ke atas
- semat, jelujur dan jahit mesin
- tetapkan bahagian pita elastik dengan jahitan mesin
J. MEMBUAT KELEPET PADA HUJUNG KAKI
i. Tandakan garisan kelepet
Jahit kemas tepi
Garisan lipatan kelepet
ii. Lipat fabrik di garisan kelepet.
iii. Semat, jelujur dan jahit mesin atau jahit dengan jahitan silang pangkah
Jahit cangkuk dan palang di hujung ikatan pinggang
Tekan dengan seterika
S.D
S.L
S.D
PENGIRAAN KOS BAGI MEMBUAT SLEK
A. KOS BAHAN
BIL BAHAN KUANTITIKOS SEUNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
1 Fabrik 2 m 18.00 36.00
2 Lapik dalam kanvas 3cm X 76 cm 0.50 0.50
3 Benang 1 buku 0.60 0.60
4 Zip 7 inci 0.80 0.80
5 Cangkuk dan palang Sepasang 0.30 0.30
6 Butang 1 biji 0.20 0.20
7 Kertas minyak sehelai 0.40 0.40
JUMLAH 39.00
B. KOS UPAH
Kos Upah = 1 orang X 4 jam X RM6.00
= RM 24.00
C. KOS SAMPINGAN
i. Elektrik = RM 4.00
D. KOS PROJEK = Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan
= RM39.00 + RM24.00 + RM4.00
= RM 67.00