Upload
trinhkiet
View
411
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
SEMINAR KEJURURAWATAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT 2018
PERINGKAT IPKKM
“ NURSES A VOICE TO LEAD, HEALTH IS A HUMAN RIGHT”
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA E D I S I 2 - 2 0 1 8
http://nursing.moh.gov.my
2
Ketua Editor
Pn. Gowry Narayanan
Pereka Grafik
En. Hairulnizam Bin Yusoff
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera
Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana Buletin
Kejururawatan edisi kedua tahun 2018 berjaya diterbitkan.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan khususnya
siding redaksi bulletin. Penerbitan Buletin Bahagian
Kejururawatan ini memperlihatkan komitmen, kerjasama yang
tinggi dan memaparkan aktiviti-aktiviti ilmu dan latihan yang
terus giat di jalankan bagi memenuhi keperluan wargakerja
KKM. Ianya merangkumi proses penyampaian pengetahuan dan
pengurusan pengetahuan (knowledge management),
peningkatan kemahiran berkaitan dengan pengurusan
kesihatan, serta meningkatkan kompetensi, potensi dan intelek
supaya lebih berkebolehan untuk melaksanakan tugasan yang
lebih mencabar.
Akhir kalam, Semoga usaha murni ini akan diteruskan pada
masa-masa akan datang. Sesungguhnya sumbangan dan
perkongsian keilmuan dan aktiviti ini amat diperlukan bagi
memastikan Bahagian Kejururawatan terus menjadi peneraju
dalam perkhidmatan awam.
Sekian, terima kasih.
HJH. TUMBLE BT NGADIRAN @ TOMBLOW
Pengarah
Bahagian Kejururawatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sekapur Sirih
Penasihat
Pn. Hjh. Tumble Bt Ngadiran @ Tomblow
Sidang Redaksi Editor
Pn. Saibiah @ Salbiah Binti Sindot
Pn. Fuziah binti Abdullah
3
Saya sangat bangga dan mengucapkan tahniah kepada seisi
warga Sidang Redaksi Bahagian Kejururawatan yang telah
berjaya mengekalkan momentum kesungguhan dalam
menyumbangkan idea dan informasi berguna sehingga terhasilnya
buletin edisi 2/2018. Dengan terhasilnya buletin ini, Bahagian
Kejururawatan mengalu-galukan artikel/rencana yang berkaitan
dengan Kejururawatan untuk dikongsikan bersama dari setiap
negeri.
Kami akan terus berusaha untuk mempertingkatkan dan
memperbaiki buletin ini dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih
GOWRY NARAYANAN
Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan
Cawangan Dasar
Bahagian Kejururawatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Perutusan Ketua Editor
4
Objektif bengkel ini adalah untuk memperkasakan pengurusan aduan diperingkat
kejururawatan, KKM serta memberi pendedahan berkaitan pengurusan aduan dan kes
medico legal untuk meningkatkan kemahiran mengendalikan SiSPAA dikalangan KPJN
bagi memastikan kelancaran pengurusan aduan dan penyampaian perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan.
Ceramah disampaikan oleh Pegawai Unit Komunikasi Kor-
porat (UKK), KKM dan Unit Medico Legal, KKM
Sesi Latihan ‘Hands On’ oleh Fasilatator, Unit Komu-
nikasi Korporat berkaitan SiSPAA
BENGKEL PENGURUSAN ADUAN UNTUK KETUA PENYELIA JURURAWAT
NEGERI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 1/2018
3 - 4 April 2018 (PUTRAJAYA)
5
KURSUS PEMANTAPAN AKTIVITI KUALITI DALAM CREDENTIALING &
PRIVILEGING
5 - 6 APRIL 2018 (PUTRAJAYA)
Kursus dianjurkan selama 2 hari telah berjalan dengar lancar.Seramai 44 peserta
telah menghadiri dan menunjukkan minat serta bekerjasama sepanjang sesi. Peserta
dapat berkongsi pendapat antara satu sama lain.
Objektif :
a) Meningkatkan pengetahuan serta kesedaran berkaitan kepentingan aktiviti- aktiviti
kualiti di kalangan Jururawat.
b) Melancarkan dan memantapkan perlaksanaan pengumpulan data yang tepat serta
telus.
c) Perkongsian idea baru serta kenal pasti berkaitan di kalangan perlaksana
program.
6
BENGKEL MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN LUKA OLEH ANGGOTA KEJURURAWATAN ZON PANTAI TIMUR
9-11 APRIL 2018 (TERENGGANU)
Tempat : Institut Pendidikan Perguruan Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Nerus,
Terengganu.
Program ini merupakan kerjasama Bahagian Kejururawatan dengan Malaysian
Society Of Wound Care Professionals (M.S.W.C.P) bagi meningkatkan pengetahuan
jururawat dengan menggunakan kaedah modern dressing untuk mengoptimumkan
proses penyembuhan luka secara holistik. Program ini juga sebagai platform bagi
mewujudkan kolaborasi penjagaan luka antara jururawat di hospital dan di kesihatan
awam.
M.S.W.C.P telah menyerahkan Wound Care Kits kepada wakil hospital, pusat
kesihatan daerah dan klinik kesihatan negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Sesi praktikal pressure bandaging Penyerahan Wound Care Kits Kepada wakil Hospital & Klinik Kesihatan/ Pusat
Kesihatan
Urusetia & Penceramah Sesi ceramah
7
KURSUS JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015
12 - 13 APRIL 2018 (DI BKJ PUTRAJAYA)
Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kemahiran kepada peserta untuk
melaksanakan audit ke atas SPK MS ISO 9001:2015 organisasi. Ceramah telah diberi
kan oleh Encik Azharuddin bin Mohd Samian daripada EQMA Sdn Bhd.
LAWATAN PENGARAH KE INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PULAU PINANG
(KEJURURAWATAN)
17 APRIL 2018
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatihberkaitan
laluan kerjaya jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia dan kepentingan mematuhi
Akta & Peraturan Kejururawatan.
Sesi bergambar bersama Pengajar dan Jururawat
Klinikal
Ceramah disampaikan oleh Penolong Pengarah
Kejururawatan Kanan, Bahagian Kejururawatan, KKM
8
LAWATAN PEMANTAUAN INDIKATOR PATIENT SAFETY GOAL
KEJURURAWATAN
17 APRIL 2018 (SEREMBAN)
Lawatan pemantauan Unit Kualiti BKJ bersama Unit Keselamatan Pesakit, Bahagian
Perkembangan Perubatan, KKM ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban yang diketuai
oleh Dr. Nor’Aisah bt. Abu Bakar. Lawatan ini adalah untuk menyemak dan
membincangkan aspek-aspek implementasi Malaysian Patient Safety Goals di Fasiliti
KKM.
KURSUS PANDUAN PELAKSANAAN TINDAKAN PEMBETULAN NCR/OFI MS ISO 9001:2015
19 - 20 APRIL
Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada peserta tentang:
Penemuan audit
Asas untuk menjawab Laporan ‘NCR’
Tindakan dan Klausa Standard ISO 9001:2015
Perlaksanaan tindakan yang berkesan
Penceramah kursus ini dari EQMA Sdn Bhd.
9
SESI PERJUMPAAN PENGARAH KEJURURAWATAN BERSAMA ANGGOTA JURURAWAT IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA (IPKKM)
20 APRIL 2018
Tempat: Bilik Mesyuarat Al – Razi, Aras 1, Blok E1
Perjumpaan pertama Pengarah Kejururawatan selepas perlantikan bersama anggota
kejururawatan IPKKM bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim dan memberi
informasi terkini. Seramai 70 orang jururawat pelbagai gred telah hadir dalam
perjumpaan ini.
Sesi taklimat
Sesi bergambar
10
OBJECTIVE STRUCTURED CLINICAL EXAMINATION (OSCE) UNTUK MALAYSIAN TRAINED OVERSEAS (MTO)
24 APRIL 2018 (PORT DICKSON)
OSCE ini telah dijalankan di Institusi Latihan KKM, Port Dickson untuk menilai kompetensi
Jururawat MTO sebagai satu syarat untuk berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia
(LJM). Calon juga telah menjalani ujian MCQ dan temuduga di Bahagian Kejururawatan.
Sesi OSCE
Sesi maklumbalas selepas OSCE
11
MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN LUKA OLEH ANGGOTA KEJURURAWATAN (ZON TENGAH)
2 – 4 MEI 2018 (NEGERI SEMBILAN)
Tempat : Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau Negeri Sembilan.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 115 orang Jururawat dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Hospital Kuala
Lumpur dan Institut Perubatan Respiratori. Bengkel ini dirasmikan oleh Pn. Gowry
A/P Narayanan, Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan, Bahagian Kejururawa-
tan dan ucapan aluan oleh President Malaysian Society Of Wound Care Profes-
sionals (M.S.W.C.P), Prof. Dr. Harikrishna K.R. Nair selaku Ketua Unit Penjagaan
Luka, Hospital Kuala Lumpur.
Penyerahan Wound Care Kits kepada wakil hospital & klinik kesihatan/ pusat kesihatan
daerah Sesi praktikal
Sesi ceramah oleh penceramah jemputan
12
SEMINAR KEJURURAWATAN & SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA 2018 PERINGKAT IPKKM DI AUDITORIUM UTAMA KOMPLEKS E, PUTRAJAYA
15 Mei 2108
Sambutan Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun. Sambutan di peringkat
IPKKM telah diadakan pada 15 Mei, 2018 bagi memperingati dan menghargai sumbangan
profesion kejururawatan kepada rakyat dan negara.
Tema sambutan pada tahun ini ‘Nurses, A Voice to lead, Health is a Human Right’. Majlis ini
telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg.Datuk Dr. Noor Hisham bin
Abdullah dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam),
Pengarah & Setiausaha Bahagian dan Ketua Jabatan & Unit. Majlis ini diserikan dengan
kehadiran 600 orang jururawat pelbagai kategori termasuk jururawat KADER daripada IPKKM,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, Selangor, Pahang,
Perak, Melaka dan institusi-institusi.
Antara pengisian seminar ini adalah ceramah berkaitan profesion kejururawatan dari
Associate Prof. Dr. Khatijah Lim Abdullah dan Dr. Nor’ Aishah Abu Bakar serta ceramah
motivasi dari Puan Raffidah Asnawi. Peserta seminar turut dipersembahkan dengan koir dari
Hospital Putrajaya serta Persembahan Sihat Milik Ku dari BKJ dan Kumpulan Jururawat
Penggerak Fizikal Zon Tengah.
Majlis turut memberi penghargaan kepada 31 orang jururawat yang bertugas di Cox’s Bazaar,
Bangladesh dan Anugerah Khas Kejururawatan kepada Jururawat Terlatih Kartina binti Khalid
dari Hospital Langkawi, Kedah.
13
PEMBENTUKAN MEDICATION ADMINISTRATION GUIDELINES FOR NURSES
5 JUN 2018 (PUTRAJAYA)
Pembentangan ini bertujuan untuk membangunkan SOP Medication Administration for Nurses
di lapangan sebagai rujukan.
PEMBENTANGAN OBJEKTIF KUALITI, BAHAGIAN KEJURURAWATAN KEPADA JAWATAN KUASA INDUK
6 JUN 2018
Pembentangan draf Medication Administration for Nurses kepada sub-komiti
Pembentangan pencapaian objektif kualiti Bahagian Kejururawatan bagi bulan Jan-
April, 2018 oleh Matron Monica Chee
14
23rd
Joint Malaysia – Singapore Nursing Conference
2nd
Announcement
English as an International language commonly and frequently use during interaction
and communication especially in the fields of IT, science, technology, medicine and of
course in nursing as well.
Therefore, International Nursing Relation Unit has taken the initiatives to ensure the
continuity of success and development of English in our daily communication. Activities
such as English Day for our Nursing Division staffs has been continue in line with our
Prime Minister vision as all the civil servant must have a proficient and good English
speaking in their daily conversation.
‘English Empowerment in BKJ 2018’ Campaign
This prestigious conference is to be held yearly alternating between Malaysia and
Singapore. This is the 23rd
year and this year it is going to be held Equatorial Hotel,
Melaka. The Theme for this year conference is Soaring Together: Corroborating
Academic and Practice in Nurturing Excellent Nursing Care.
15
PEMAKLUMAN DALAM PORTAL NURSING BERKENAAN DENGAN
PENGGUNAAN BORANG BARU
Unit Pendaftaran APC telah membuat perubahan baru ke atas borang-borang permohonan
di mana ia bertujuan untuk penambahbaikan dan mengemas kini data–data pemohon bagi
melancarkan proses permohonan. Borang-borang boleh dimuat turun dalam portal nursing di
http://nursing.moh.gov.my/downloads
BIL RUJUKAN BORANG JENIS REKOD
1 Borang A-Jadual kedua Permohonan bagi Pendaftaran Sebagai Jururawat (Jadual kedua)Peraturan-Peraturan Ju-
rurawat 1985(peraturan 6)
2 Borang A-Jadual Pertama Permohonan Pendaftaran sebagai Bidan(dalam bahagian 1)-Jadual pertama(peraturan 22)
Peraturan-peraturan Bidan 1990
3 Borang B-Jadual Kedua Permohonan Pendaftaran dalam bahagian Tambahan Daftar bagi :-
Jururawat Masayrakat
Penolong Jururawat
Jururawat Kesihatan Awam
Jururawat Kesihatan Jiwa
4 Borang C Permohonan Pendaftaran Sebagai Bidan(dalam bahagian 111)Pendaftaran Bidan 1990
5 LJM/APC/JB 003 Pin 1/17
LJM/APC/JM 004 Pin 1/17
LJM /APC/PJ 005 Pin 1/17
Jururawat bedaftar
Jururawat Masayrakat
Penolong Jururawat
6 Borang Notis Niat Jadual ketiga(Peraturan 34)Peraturan-peraturan Bidan 1990 Notis mengenai niat menjalan-
kan amalan atau terus menjalankan amalan perbidanan
7 BKJ-BOR-DAF/APC-03 Pin. 1/17 Permohonan Pengekalan Nama
8 BKJ-BOR-DAF/APC-04 Pin.1/17 Permohonan Pengesahan Pendaftaran
9 BKJ-BOR-DAF/APC-05 Pin. 1/17 Permohonan Pengesahan Transkrip Latihan
10 BKJ-BOR-DAF/APC-06 Pin. 1/17 Permohonan Letter of Good Standing
16
PEMAKLUMAN DALAM PORTAL NURSING BERKENAAN TAMBAHAN WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER LEMBAGA JURURAWAT
MALAYSIA (LJM)
Bermula 1/3/2018 Unit Pendaftaran APC telah melaksanakan waktu operasi tambahan
untuk perkhidmatan kaunter kepada semua jururawat ,ia bertujuan untuk memberi ruangan
kepada jururawat dilapangan yang terlibat dengan waktu kerja shif atau jururawat yang tidak
berkesempatan berurusan dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Masa tambahan operasi ialah dari jam 1petang sehingga 2 petang yang bermula dari
hari isnin hingga hari khamis ,Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Permohonan
APC,Permohonan sijil pendaftaran yang hilang, Permohonan Retention of Name (RON),
Permohonan Verification of Registration (VOR) ,Permohonan Verification of Transcript (VOT),
Permohonan Letter of Good Standing (LOGS) dan Certified True Copy (CTC),di mana ia
melibatkan penghantaran borang permohonan dari permohon ,mengambil dokumen yang telah
siap serta khidmat nasihat. Perkidmatan ini juga telah pun dihebahkan melalui nursing Portal
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pemakluman semua jururawat dilapangan.
17
K ursus bertujuan untuk
menerapkan ilmu penge-
tahuan, melaksanakan
kemampuan berkomunikasi
dan profesiolisme serta mempelajari
bagaimana tingkah laku dan pendekatan
kepada pesakit
Telah dihadiri oleh seramai 46 orang
peserta yang terdiri dari Jururawat U32
hingga U42 dari hospital dan kesihatan
awam dari seluruh Malaysia. Kursus ini memberi pendedahan terkini kepada
peserta tentang pengurusan pendidikan pesakit mengikut kriteria atau
pemasalahan seseorang pesakit dan cara penyelesaian mengikut pengurusan atau
Standard Of Procedure terkini.
KURSUS PEMBELAJARAN BED SIDES TEACHING
10 & 11 April 2018 (IIUM, Pahang)
18
HARI BIDAN SEDUNIA
Hari Bidan Sedunia disambut setiap tahun pada 5 Mei .Tema Hari Bidan adalah Mid-
wives Leading The Way With Quality Care.
Lembaga Bidan Malaysia (LBM) telah membuat video berkaitan peranan dan
pentingnya Bidan dalam perkhidmatan kesihatan samada di hospital atau kesihatan
awam yang telah dimuat naik dalam facebook Bahagian Kejururawatan , KKM.
Ucapan Hari Bidan dari Pengarah Kejururawatan Tema Hari Bidan 2018
Sebahagian kandungan dari video Hari Bidan 2018 dari Lembaga Bidan Malaysia
19
Fasilitator dan AJK Kursus pada
13 hingga 16 April 2018
LAPURAN TOT PAKEJ INTERVENSI PENGURUSAN BERAT
BADAN (PERAK) Go Fit Don’t Quit
Perserta kursus yang telah berjaya
Kursus TOT Pakej Intervensi Pengurusan Berat Badan Go Fit Don’t Quit telah
dijalankan pada 13 hingga 16 April 2018 bertempat di Institut Latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia Ulu Kinta Perak. Kursus ini telah dihadiri seramai 44 orang peserta
dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada Penggerak Kesihatan di kalangan jururawat.
Penerapan intervensi yang lebih mendalam oleh fasilitator yang bertauliah dalam
bidang Sains Kesihatan dari Universiti Teknologi Mara bertujuan menjadikan penggerak
lebih mantap dalam dan efisien dalam merealisasikan program kesihatan jururawat.
Kursus telah berakhir dengan jayanya dengan semua peserta telah ditauliahkan.
20
NURSES “UNSUNG HEROES
OF KKM”
Wahai insan yang berhati mulia
Kau perjuang pembela Negara
Nyawa ditarung tika wabak melanda
Kau laksanakan tanpa berkira
Yang penting keikhlasan perlu ada
Demi memartabatkan kesihatan dipersada dunia
Kenapa jururawat profesyen tepat
Kau insan terpilih namamu terpahat
Bersyukurlah kerana kau terus terlibat
Pahala yang diraih setiap minit dan saat
Keihlasan, kejujuran punyai tanpa syarat
Hanya kerana, dimulakan dengan niat
Kewujudanmu, membawa barokah
Punyai hati bak, berlian terjah menerjah
Jangan kau, merasa gundah
Kau lunaskan, dengan hati yang tabah
Kau serikandi yang sedang berjuang
Alunkan suaramu ulang berulang
Menaikan nama, KKM agar dijulang
Apapun jasamu tetap dikenang
Hanya masa belum teruang
Wahai jururawat yang gigih berjuang Mereka mewakili yang jauh di seberang Hanya sjaak yang dapat berkumandang Moga pingat “Unsung Heroes KKM” dapat disandang Untuk mereka tak pernah kecundang Dalam senyap kau tetap menabur budi Suaramu seolah kurang didengari Dalam senyap pena mu menari Walau rintangan kau tetap menyanyi Mempelopori kesihatan ke tahap terkini Bak sireh pulang ke gagang Bak lembing awang pulang ke dayang Namun dipersia tugas mu usah ya sayang Teruskan baktimu walau nyawamu melayang semoga usahamu, yang Esa memandang Gajaran pahala InsaAllah disandang
Ikhlas, Hasil Nukilan Rushdon 15.05.2018