Upload
trrazali
View
941
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
SEMINAR SEJARAH PMR TAHUN 2011Terdapat beberapa pengertian yang perlu difahami olen calon PMR terhadap pelajaran Sejarah.
Apakah Sejarah? Istilah Sejarah dikatakan berasal dari perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok. Syajaratun juga bermakna salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul. Menurut Ibnu Khaldun Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada masyarakat itu. Menurut Herodotus, Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Menurut Muhd Yusof Ibrahim pula Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
Sejarah sebenarnya mengenai cerita tentang manusia dengan kegiatannya. Calon PMR perlu memahami sejarah tentang diri sendiri, masyarakat dan negara kerana apa yang berlaku pada hari ini adalah hasil daripada perubahan yang telah mengambil masa beberapa tahun lamanya. Hanya dengan mengkaji sejarah asal-usul dan pembangunan masyarakat pada masa lalu barulah kita boleh memahami dengan jelas tentang masyarakat dan negara kita pada hari ini.
Setengah calon PMR beranggapan, untuk memahami dan menguasai pelajaran Sejarah adalah dengan menghafal. Anggapan ini mungkin tepat kalau calon mempelajari sejarah sebelum KBSM diperkenalkan. Sejarah menjadi menarik jika calon PMR mengetahui cara yang betul dan tepat untuk mempelajari Sejarah.
Oleh itu calon PMR perlu mengemukakan soalan berikut ketika mengkaji sesebuah buku teks Sejarah iaitu ‘Apa (NAMA TAJUK/PERISTIWA), Siapa (NAMA TOKOH), ‘Bila (PERTARIKHAN), ‘Di mana (LOKASI) ‘Mengapa (SEBAB MUSABAB/FAKTOR KEJADIAN) dan Bagaimana ? (KRONOLOGI) Selain memahami kehidupan masa lalu Sejarah mempunyai kaitannya dengan kehidupan pada hari ini. Malah Sejarah dapat menjadi ikhtibar kepada kita supaya tidak mengulangi ‘kesilapan sejarah’ iaitu kesilapan tindakan tokoh pada masa lalu ketika membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Sejarah banyak mengajar kita sikap berhati-hati supaya kesilapan masa lalu tidak akan berulang lagi. Oleh itu generasi masa kini dapat merangka wawasan masa depan negara dengan lebih yakin.
Mengapa kita perlu belajar Sejarah? Sejarah boleh memupuk semangat cintakan negara. Sejarah juga dikaitkan dengan proses pembentukan keperibadian bangsa dan negara. Dalam sejarah negara kita terdapat ramai tokoh dan pemimpin negara yang memberi sumbangan kepada negara kita. Selepas mencapai kemerdekaan pemimpin negara telah berusaha memajukan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial bagi meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik. Oleh yang demikian kita mesti menghargai jasa dan usaha pemimpin negara kita.
Apakah yang menarik mengenai soalan kertas Sejarah PMR pada tahun 2011 ? Untuk makluman calon PMR 2011 sekalian, Kertas Sejarah PMR dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Penilaian Skor Elemen yang diadakan di sekolah dan Penilaian Berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Setiap calon PMR dikehendaki menjalankan Penilaian Kerja Kursus Sejarah sebagai satu daripada keperluan pensijilan. Markah proses penilaian kerja kursus bagi setiap calon akan dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru Sejarah anda akan menilai prestasi calon mulai awal bulan Februari 2011.
Penilaian Berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) ialah Peperiksaan Sejarah PMR KBSM. Kertas Sejarah PMR KBSM Tahun 2011 masih mengekalkan ciri dan format soalan 2010. Cuma terdapat sedikit perubahan di sana – sini. Kod kertas soalan Sejarah PMR Tahun 2011 ialah 21/1. Masanya satu jam lima belas minit. Kertas Sejarah PMR KBSM mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan dan aneka gabungan.
Penilaian Menengah Rendah PMR untuk pelajaran Sejarah KBSM hanya terdiri daripada satu kertas soalan objektif sahaja. Soalan 1 hingga 60 ialah soalan objektif aneka pilihan A, B, C D dan soalan objektif aneka gabungan A, B, C dan D yang dibentuk daripada kombinasi dua cadangan jawapan seperti berikut:
2
A B C DI dan II I dan IV II dan III III dan IV
Berdasarkan pemerhatian penulis, kebanyakan calon PMR masih gagal menjawab soalan berbentuk stimulus atau rangsangan dengan baik. Calon tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk tertentu. Antara kekerapan bentuk dan jenis soalan Sejarah PMR yang ditanya ialah soalan berdasarkan gambar, fakta, pernyataan, senarai, jadual, rajah, petikan, maklumat, dialog, monolog, kata-kata, urutan peristiwa (kronologi), peta, unsur patriotisme dan soalan berdasarkan perbilangan/puisi. Lihat lampiran jadual 1. Analisis Soalan Peperiksaan Sejarah PMR 2011.
Bil Bentuk dan Jenis Soalan Stimulus1 Soalan Berdasarkan Maklumat 2 Soalan Berdasarkan Pernyataan3 Soalan Berdasarkan Jadual 4 Soalan Berdasarkan Petikan 5 Soalan Berdasarkan Monolog 6 Soalan Berdasarkan Dialog 7 Soalan Berdasarkan Kata-kata 8 Soalan Berdasarkan Urutan Peristiwa 9 Soalan Berdasarkan Rajah 10 Soalan Berdasarkan Peta11 Soalan Berdasarkan Gambar 12 Soalan Berdasarkan Senarai13 Soalan Berdasarkan Puisi/Perbilangan 14 Soalan Berdasarkan Unsur Patriotisme 15 Soalan Berdasarkan Ilustrasi 16 Soalan Berdasarkan Graf17 Fakta secara langsung/terus
Contoh soalan berdasarkan maklumat
Maklumat berikut merujuk kepada lokasi petempatan masyarakat Zaman Neolitik.
Apakah kegiatan yang dijalankan di petempatan tersebut?A Melebur gangsaB Menghasilkan sabitC Menanam rempah ratusD Mencipta peralatan tembikar
Mengapakah Sultan Kedah menghubungi syarikat berikut pada abad ke-18?
A Menghapuskan lanun B Menjamin hubungan diplomatik
Firma Jourdain Sullivan and de Souza Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
Gua Cha, Kelantan Bukit Tengkorak, Sabah
3
C Mengekalkan kedaulatan negeri D Meningkatkan kegiatan perdagangan
Maklumat berikut berkaitan dengan manifesto sebuah parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Apakah parti tersebut?A Parti BuruhB Parti NegaraC Parti PerikatanD Parti Islam Se-Malaya
Contoh soalan berdasarkan pernyataan Pernyataan berikut menerangkan hubungan serantau pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Mengapakah istilah tersebut digunakan? A Menyekat budaya asing B Menunjukkan perbezaan taraf C Memantapkan budaya tempatan D Meningkatkan kecekapan pentadbiran
Peristiwa berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.
Mengapakah langkah tersebut diambil? A Mengehadkan kaum imigran B Melicinkan proses pilihan raya C Membanteras ancaman komunis D Memudahkan banci penduduk
Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?
A Menjaga kepentingan ekonomi B Mengehadkan ancaman komunis C Memenuhi kehendak penduduk tempatan D Menyeragamkan sistem pentadbiran tempatan
Pada tahun 1946 British menguasai Sarawak dan Sabah sebagai Tanah Jajahan Mahkota
Merdeka dalam empat tahun Menamatkan darurat Mewajibkan pendidikan rendah
Sir Henry Gurney mahu penduduk di Tanah Melayu yang berusia 12 tahun ke atas diberikan kad pengenalan. Rancangan tersebut dipersetujui oleh Sir Rodown Harold Briggs.
Istilah ‘sembah’ digunakan oleh Kampar dan Siak apabila berutus surat dengan Melaka.
4
Contoh soalan berdasarkan jadual
Jadual berikut menunjukkan tokoh tempatan yang terlibat dalam pentadbiran Jepun.
Tokoh JawatanDato’ Onn bin Jaafar Pengawal Makanan Negeri JohorDr. Burhanuddin al-Helmy Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu
Mengapakah Jepun bertindak sedemikian? A Mengatasi kekurangan pegawai B Mengatasi masalah pengangguran C Menghormati tradisi penduduk D Menghargai jasa pembesar
Jadual berikut berkaitan jawatan dan peranan pembesar Melaka
Apakah X?
A Bendahara B Laksamana C Temenggung D Penghulu Bendahari
Jadual berikut menunjukkan penempatan Residen di Negeri-negeri Melayu.
Tahun Kawasan Residen
1874 PerakSelangorSungai Ujong
J.W.W.BirchJ.G.DavidsonP.J.Murray
1888 Pahang J.P. Rodger Mengapakah Pahang merupakan negeri yang terakhir menerima Residen British ? A Kemasukan pelabur Eropah B Penubuhan Majlis Penasihat C Pelaksanaan pentadbiran Barat D Kelemahan perlembagaan negeri
Jawatan Peranan
X Ketua urusetia istana Ketua segala Syahbandar
5
Contoh soalan berdasarkan petikan
Petikan berikut mengambarkan suasana di pelabuhan Melaka pada kurun ke-15.
Mengapakah berlaku keadaan yang sedemikian?A Kedatangan pedagang asingB Kegiatan penyebaran agamaC Perkembangan kegiatan intelektualD Peningkatan hubungan diplomatik
Pernyataan berikut adalah petikan dokumen Perjanjian Pemulihan Hubungan Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 11 Ogos 1966.
Apakah kejayaan yang dicapai melalui perjanjian tersebut ?A Penamatan ancaman komunisB Pemasyhuran kemerdekaanC Penamatan konfrontasiD Pemansuhan darurat
Petikan berikut menerangkan tentang cogan kata majalah Al-Imam di Tanah Melayu.
Apakah saranan Al-Imam untuk menjayakan usaha tersebut? I Mengekalkan adat tradisionalII Menekankan kepentingan ilmu pengetahuanIII Menekankan pendidikan kepada kaum wanitaIV Menyeru orang Melayu mengekalkan hak istimewa
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
“Mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru kepada kebaikan…” Al-Imam
FASAL III Kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Indonesia bersetuju bahawa memandang kepada fasal di atas, perbuatan permusuhan di antara kedua buah negara hendaklah diberhentikan dari sekarang juga.
“… di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa dituturkan, tiap-tiap satunya berlainan ….”
Sumber : The Suma Oriental of Tome Pires
6
Contoh soalan berdasarkan monolog/dialog
Dialog berikut mungkin berlaku di Larut pada pertengahan kurun ke-19.
Ngah Ibrahim : Anda perlu membantu kita menyelesaikan masalah di Larut. Kapten Speedy : Baiklah. Kami sedia membantu.
Apakah masalah di Larut pada ketika itu?A Perebutan takhtaB Pergaduhan kongsi gelapC Pertelingkahan pembesarD Perebutan kawasan pertanian
Monolog berikut berkaitan dengan penentangan Dol Said terhadap British di Naning pada tahun 1830-an.
Mengapakah beliau bertindak yang demikian?A Membela hak petaniB Menentang pemodenanC Mempertahan kedaulatan negeriD Mempertahankan hak pembesar
Dialog berikut mungkin berlaku pada awal kurun ke – 15.
Apakah tindakan Parameswara seterusnya?A Melaksanakan perluasan kuasaB Memajukan tanah pertanianC Membina kubu pertahananD Mengasaskan kerajaan
Dialog berikut mungkin diucapkan oleh Gabenor Andrew Clarke dan Raja Abdullah semasa menandatangani Perjanjian Pangkor.
Apakah kerugian yang dimaksudkan oleh baginda?I Pengukuhan kuasa SultanII Perlucutan jawatan pembesarIII Kekurangan kuasa pentadbiranIV Kehilangan hak memungut cukai
Andrew Clarke : Saya percaya Perjanjian Pangkor 1874 boleh menyelesaikan masalah takhta di Perak.Raja Abdullah : Saya dapati syarat itu banyak merugikan beta dan pembesar!
Parameswara : Beta berpendapat tempat ini sangat sesuai dan strategikPembesar : Benar Tuanku. Banyak pokok bakau dan api-api di sini.
Dol Said : Saya menentang pembayaran cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian.
Sumber Pertama
Batu Bersurat
Fail Rasmi Jabatan
X
7
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Contoh soalan berdasarkan peristiwa
Jadual berikut menunjukkan peristiwa kemuncak gerakan antipenyerahan Sarawak.
Tahun Peristiwa1949 Pembunuhan Sir Duncan Stewart, di Sibu Sarawak.
Apakah kesan peristiwa tersebut?I Perisytiharan DaruratII Pemecatan kakitangan kerajaanIII Rosli Dhobi dikenakan hukuman gantungIV Anggota kumpulan Rukun Tiga Belas dipenjara
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Jadual berikut berkaitan dengan tempat berlakunya demonstrasi pada tahun 1946 di Tanah Melayu.
Tempat Peristiwa
Alor SetarDemonstrasi mengecam Sir Harold MacMichael
Kota Bharu
Mengapakah demonstrasi tersebut berlaku?A Menentang Malayan UnionB Membantah keganasan KomunisC Menghalang kemasukan imigranD Menolak Persekutuan Tanah Melayu
Contoh soalan berdasarkan rajah
Rajah berikut merujuk kepada sumber sejarah.
Rajah 1
Apakah X?A BukuB DiariC AkhbarD Majalah
8
Rajah berikut menunjukkan sumbangan tokoh yang telah berjasa kepada negeri Johor.
Apakah X ?A Memartabatkan bahasa MelayuB Menyekat kemaraan kuasa BritishC Melukis peta pembangunan negeriD Mewajibkan pendidikan semua rakyat
Contoh soalan berdasarkan puisi
Puisi berikut menerangkan penentangan Tok Janggut akibat perubahan yang dilakukan oleh Penasihat British di Kelantan.
Apakah perubahan tersebut?A Menghapuskan perhambaanB Mengehadkan kuasa SultanC Melarang membuka tanahD Mewajibkan kutipan cukai
Puisi berikut terdapat dalam Utusan Sarawak,1949.
Rakyat Sarawak berdukacita Merayu kepada kerajaan baginda Supaya Raja Brooke kekal di takhta Menunjukkan Sarawak tetap merdeka
Apakah yang telah berlaku pada kepada Sarawak?A Ditindas oleh kerajaan BruneiB Menuntut pemerintahan sendiri C Memperjuangkan hak kebebasan
Aku tak rela tanah darahku diinjak, dijajahAku tak rela hasil bumiku dicantas dipulasAku tak rela, bangsaku dipandirkadukkan
Dato’ Jaafar bin Muhammad
Menjadi Setiausaha kerajaan Johor yang pertama
Mendapat gelaran Datuk Bentara
X
9
D Diserahkan kepada kerajaan British
Contoh soalan berdasarkan graf
Graf berikut menunjukkan peningkatan hasil eksport tembakau di Sabah pada akhir kurun ke-19.
Mengapakah peningkatan tersebut berlaku?A Pembukaan bank asingB Pengecualian cukai eksportC Pertambahan pekerja mahirD Penggunaan jentera moden
Graf berikut menunjukkan kedudukan harga getah antara tahun 1929 hingga tahun 1933.
Mengapakah berlaku kejatuhan harga getah ?A Penciptaan getah tiruanB Kekurangan buruh murahC Pekebun kekurangan modal D Kemelesetan ekonomi dunia
10
Contoh soalan berdasarkan peta.
Pada tahun 1826, negeri-negeri berikut digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat
Mengapakah British menyatukan negeri-negeri tersebut?
A Memajukan perhubungan B Mengurangkan kuasa rajaC Menjimatkan perbelanjaanD Menamatkan pemberontakan
Peta berikut menunjukkan negeri yang diserahkan oleh Jepun kepada Thailand semasa Perang Dunia Kedua.
Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?A Mengeratkan hubunganB Memudahkan pentadbiranC Menghalang kehadiran tentera asingD Mendapat kemudahan laluan tentera
11
Contoh soalan berdasarkan perjanjian
Maklumat berikut adalah syarat Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874.
Apakah kesan perjanjian tersebut?A British menguasai pentadbiran negeriB Kuasa pembesar tempatan ditambahC Sistem perwarisan takhta diperkukuhD Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk
Perjanjian berikut ditandatangani antara kuasa British dengan Belanda.
Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?A Perang Napoleon tamat B Kerajaan Johor berpecahC Perancis mendapat wilayah asinganD British menamatkan dasar imperialisme
Contoh Soalan berdasarkan situasi
Pernyataan berikut menunjukkan orang Melayu terlibat dalam demontrasi menentang Malayan Union.
Mengapakah mereka bertindak demikian?A Syarat kerakyatan diperketatB Tamadun orang Melayu diancam C Majlis Raja-Raja Melayu dibubarkanD Sistem pentadbiran negara disatukan
Pernyataan berikut berlaku di Tanah Melayu semasa Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Perjanjian Inggeris – Belanda 1824
Pak Ali, Aminuddin dan Puan Halimahton menyertai 50, 000 orang Melayu membantah kedatangan Harold MacMichael di Alor Setar, Kedah.
Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Sultan menerima seorang Residen
12
Mengapakah mereka perlu keluar mengundi?A Mempertahan maruah bangsaB Memperkukuh perpaduan kaumC Melaksanakan amalan demokrasiD Menjamin kedaulatan undang-undang
Contoh soalan berdasar kan kata-kata
Kata-kata berikut ditulis pada sepanduk di padang Kelab Sulaiman pada tahun 1946.
Apakah peristiwa yang dikaitkan dengan kata-kata tersebut?A Malayan UnionB Konfrontasi IndonesiaC Gerakan Anti PenyerahanD Pembentukan Persekutuan Malaysia
Kata-kata berikut merupakan slogan yang dipegang oleh masyarakat Iban semasa menentang pemerintahan
Brooke di Sarawak.
Mengapakah slogan tersebut menjadi pegangan?A Mencipta kemajuanB Meningkatkan jati diriC Mempertahankan maruahD Menyemai semangat toleransi
Contoh soalan nilai/unsur patriotisme Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah mengambil tindakan berikut terhadap Kesatuan Melayu Muda ( KMM ).
Apakah iktibar daripada tindakan Jepun tersebut?A Menghargai khazanah negaraB Berwaspada terhadap penjajahanC Membuat keputusan yang bijaksanaD Bermuafakat untuk mengekalkan perpaduan
”Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”.
Mengharamkan KMM Mengawasi kegiatan politik Memungkiri janji kemerdekaan
Hamidah, Mei Ling dan Saraswati diberi hak mengundi seperti kaum lelaki.
Agi Idup, Agi Ngelaban
13
Contoh soalan berdasarkan dialog Dialog berikut mungkin berlaku semasa pendudukan Jepun di negara kita.
Apakah pengajaran daripada dialog tersebut?A Bekerjasama untuk hidup sejahteraB Berusaha mengelak penjajahan asingC Bersatu padu mencapai kemajuanD Bertoleransi demi keharmonian
Contoh soalan berdasarkan senarai
Senarai berikut adalah jawatan yang wujud di Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Ketua Kampung Ketua Anak Negeri
Mengapakah SBUB melantik penduduk tempatan untuk memegang jawatan tersebut?A Memupuk perpaduan kaumB Mengatasi masalah kewanganC Mengawal pendidikan rendahD Mengawal perbendaharaan negeri
Senarai berikut adalah antara kandungan Perlembagaan Merdeka yang diterima oleh pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada perlembagaan tersebut?A AmanahB Toleransi
Abu : Syukurlah, Jepun telah menyerah kalah. Aku sudah tidak tahan makan ubi kayu pada setiap hari.
Ali : Ya, aku pula terpaksa makan keledek menggantikan nasi.
Kedudukan istimewa orang Melayu Kerakyatan terbuka Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
14
C BerhemahD Berdikari
Contoh soalan berdasarkan gambar.
Gambar berikut menunjukkan cap mohor diraja kerajaan Melayu.
Apakah kepentingan cap mohor tersebut?
A Memantapkan perpaduan rakyatB Mengukuhkan pertahanan negeriC Meningkatkan kegiatan perdaganganD Memperkukuh kedaulatan pemerintah
Bagaimanakah tokoh dalam gambar berikut berusaha mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu?
Dato Onn bin Jaafar
Rombongan Merdeka
Pemasyhuran Kemerdekaan
Pembentukan Suruhanjaya ReidX
15
A Mengasaskan pendidikan kebangsaan B Menggubal perlembagaan merdekaC Menubuhkan Parti PerikatanD Mencadangkan Sistem Ahli
Gambar berikut menunjukkan Sultan Abu Bakar, pemerintah negeri Johor.
Apakah sumbangan baginda?A Membentuk daerah baruB Melaksanakan sistem kangcuC Memperkenalkan perlembagaan negeriD Melantik penasihat barat dalam pentadbiran
Contoh soalan berdasarkan senarai
Senarai berikut merujuk kepada peralatan tembikar masyarakat Zaman Prasejarah.
Masyarakat zaman manakah yang menggunakan peralatan tersebut?A Zaman Paleolitik B Zaman Mesolitik C Zaman Neolitik D Zaman Logam
Contoh soalan berdasarkan rajah/carta alir/urutan
Rajah berikut menunjukkan proses ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Periuk Belanga Bekas air
16
Apakah X?A Perjanjian LondonB Pilihan Raya UmumC Penamatan daruratD Pembentukan Jemaah Menteri
Carta alir berikut menunjukkan langkah ke arah kemerdekaan negara kita.
Apakah X?A Penubuhan Jawatankuasa Majlis EksekutifB Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis BandaranC Pembentukan Suruhanjaya ReidD Pengenalan Sistem Ahli
SOALAN LATIHAN
1. Ketiga-tiga kuasa berikut mengancam kedaulatan Johor.
Bagaimanakah kerajaan Johor menghadapi ancaman tersebut?A Meminta bantuan kuasa asingB Meminta perlindungan Belanda C Memindahkan pusat pentadbiranD Mengadakan pakatan dengan Portugis
2. Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara negeri Kedah dengan Siam.
Apakah tujuan Kedah berbuat demikian?A Mengakui ketuanan B Meningkatkan perdaganganC Meminta bantuan pertahananD Mengeratkan hubungan persahabatan
3. Rajah berikut menunjukkan perpindahan pedagang Islam ke Acheh.
Perjanjian London
Pada kurun ke 16 Kedah menghantar bunga emas ke Siam
Portugis Acheh Jambi
Pedagang Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki di Melaka
Acheh
Berpindah
X Pemasyhuran Kemerdekaan
17
Mengapakah berlaku keadaan yang sedemikian?A Perubahan angin monsunB Perairan pelabuhan cetek C Dasar perdagangan penjajahD Bahan dagangan berkurangan
5. Antara berikut yang manakah merupakan cerita penglipur lara? I Hikayat Hang TuahII Hikayat Malim DewaIII Hikayat Malim DemanIV Hikayat Faridah Hanom
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
6. Orang tua menjaga keharmonian masyarakat Sabah.Jawatan yang mempunyai persamaan dengan orang tua ialah
A SyarifB MajistretC Ketua KampungD Ketua Anak Negeri
7. Rajah berikut merujuk kepada etnik di Sarawak.
Apakah X?A PenanB KelabitC BidayuhD Melanau
8. Jadual berikut menunjukkan peristiwa penting kedatangan pengaruh Islam pada abad ke 13.
Negeri Peristiwa Penting
X Negeri terawal menerima pengaruh Islam Penemuan batu bersurat bertulisan jawi
Apakah X? A PerakB KedahC Kelantan D Terengganu
Mengusahakan perlombongan antimoniEtnik X
18
9. Pernyataan berikut merujuk kepada peranan penting Sultan Idris Perak dalam Durbar di Kuala Lumpur.
Antara berikut yang manakah perkara dituntut oleh baginda dalam Durbar tersebut?I Pembentukan Pakatan MurniII Pelonggaran syarat kewarganegaraan III Kebajikan orang MelayuIV Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
A I dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV
10. Rajah berikut menunjukkan peranan Penasihat British di Perlis.
Mengapakah beliau menubuhkan jabatan tersebut?
A Meningkatkan hasil negeriB Menambah kuasa rajaC Memantapkan sistem perundanganD Mengukuhkan penguasaan British
11. Jadual berikut menunjukkan perjanjian yang dimetrai oleh keluarga Brooke dengan British di Sarawak.
Tahun Peristiwa
1888 Perjanjian antara keluarga Charles Brooke dengan British
Apakah kesan peristiwa tersebut kepada negeri Sarawak?A Berlaku perebutan kuasa B Menjadi negeri naungan C Gerakan antipenyerahan D Pemberontakan penduduk
12. Rajah berikut menunjukkan faktor penentangan Dol Said di Naning.
Pada tahun 1903, Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur. Dalam persidangan tersebut Sultan Perak iaitu Sultan Idris membuat beberapa tuntutan.
Jabatan Hasil dan Cukai Mahkamah Tinggi Mahkamah kadi
Kapten Meadowe Frost
Faktor penentangan Dol Said X
Menentang pelaksanaan undang-undang British
Menentang bayaran cukai
19
Apakah X ?A Menzalimi keluarga B Menjadi buruh paksaC Menceroboh kawasan hutan D Mempertahankan kedaulatan negeri
13. Pertubuhan berikut telah ditubuhkan di Selangor pada tahun 1938.
Apakah kepentingan pertubuhan di atas ?I Mewujudkan kampung baru II Menubuhkan universiti III Menubuhkan tentera laut IV Meningkatkan jumlah pentadbir Melayu
A I dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV
14. Jadual berikut menunjukkan jumlah murid di sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1932.
Kaum Peratus Bilangan Murid
Melayu 15 %Cina 50 %India 27 %Lain-lain 08 %
Mengapakah peratus jumlah murid Melayu kurang berbanding murid Cina dan India? A Dasar pemerintah BritishB Jadual persekolahan padat C Peningkatan yuran pelajaranD Kekurangan tenaga pengajar
15. Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1951.
Apakah tujuan penubuhannya?A Memasarkan hasil pertanianB Mengenalpasti masalah pendudukC Membaiki taraf hidup peribumiD Menghapuskan pengenalan kaum
16. Pada 23 Julai 1948, kerajaan mengharamkan PKM.Apakah pertubuhan lain yang turut diharamkan?I Kesatuan Melayu Muda (KMM)II Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)III Angkatan Wanita Sedar (AWAS)IV Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
A I dan II B I dan IV
Persatuan Melayu Selangor
RIDA
20
C II dan III D III dan IV
17. Jadual berikut menunjukkan keanggotaan Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
Perkara Majlis Tertinggi Majlis NegeriKeanggotaan Residen Bahagian Pertama Ketua Kaum Bumiputera
Apakah peranan pemimpin tempatan yang dilantik oleh Brooke dalam Majlis Negeri?
I Menyuarakan pandangan pendudukII Mengambil bahagian dalam pentadbiranIII Membenarkan pemimpin bumiputera bersidangIV Mengetuai pentadbiran di peringkat bahagian
A I dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV
18. Rajah berikut merujuk kepada bidang tugas pentadbir di Sabah semasa pentadbiran SBUB.
Apakah X?
A ResidenB Pegawai DaerahC Ketua KampungD Ketua Anak Negeri
19. Cogan kata berikut tertera pada Jata Negara Malaysia.
Apakah kaitan cogan kata tersebut dengan pembentukan Malaysia?I Kemajuan ekonomiII Keselamatan negaraIII Kebebasan imigrasiIV Keseragaman budaya
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Menjaga keamanan Membantu memajukan perdagangan Melaporkan wabak penyakit kepada Pegawai
Daerah
X
Bersekutu Bertambah Mutu
21
TUMPUAN TOPIK SOALAN PMR SEJARAH 2011
BAB TOPIK TINGKATAN SATU1 Sejarah dan Kita
2 Zaman PraSejarah3 Kerajaan Awal di Asia Tenggara 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 5 Kegemilangan Melaka 6 Kemerosotan Melaka 7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan
Kesultanan Melayu Melaka 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu9 Warisan Kesultanan Melayu 10 Sarawak 11 Sabah
Jadual 1 : Topik Tingkatan Satu
Bab 1 Sejarah dan Kita memperkenalkan unsur-unsur penting pendidikan Sejarah seperti pengertian sejarah, ciri-ciri sejarah dan kaedah pengkajian sejarah. Tajuk ini memberi pendedahan serta pemahaman kepada asas-asas disiplin ilmu Sejarah
Bab 2 hingga 6 menyentuh kemunculan masyarakat prasejarah dan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara sebagai latar belakang kepada kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi politik, ekonomi dan budaya yang kekal diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan kemakmurannya telah menarik minat Portugis datang ke Melaka dan menawan Melaka pada tahun 1511.
Bab 7 hingga 11 memfokuskan Kerajaan Melayu Johor yang menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, mengisahkan kewujudan Kerajaan-kerajaan Melayu lain yang mewarisi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka seperti Perak dan Pahang. Selain daripada itu dibincangkan juga beberapa kerajaan lain yang telah mengadaptasi corak pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dalam pentadbiran kerajaan di Selangor, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Negeri Sembilan pula mempunyai ciri-ciri pentadbirannya yang tersendiri. Bab 10 dan 11 membincangkan Sarawak dan Sabah dari segi latar belakang, keadaan masyarakat dan kegiatan ekonomi.
Gambar berikut menunjukkan peristiwa Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa tersebut?
A Cinta kepada warisan budaya B Hormat pada lambang negara
C Bangga dengan perjuangan pemimpin D Bersyukur dengan kekayaan hasil bumi
22
Senarai berikut merujuk kepada ciri-ciri sumber sejarah.
• Bersifat asli
• Belum diolah
• Belum ditafsir
Manakah antara sumber sejarah berikut menepati ciri-ciri tersebut?
A Jurnal
B Manuskrip
C Ensiklopedia
D Laporan tahunan
Dialog berikut menggambarkan perbezaan pandangan dalam kalangan sejarawan.
Sejarawan Barat Tok Janggut adalah pemberontak
Sejarawan tempatan Tidak benar, Tok Janggut adalah pejuang bangsa
Mengapakah berlaku perbezaan pandangan tersebut?
A Ketiadaan kajian saintifik
B Kekurangan orang sumber
C Kecondongan tafsiran sejarah
D Kewujudan unsur tokoh tambah
Maklumat berikut berkaitan dengan zaman prasejarah.
Zaman Paleolitik
Zaman Neolitik
Apakah ciri persamaan antara kedua-dua zaman tersebut?
A Peralatan batu
B Perkakasan logam
C Pusat perdagangan
D Pembinaan terusan
23
Gambar di bawah menunjukkan peralatan yang ditemui di tapak ekskavasi negara kita.
Apakah yang dapat diketahui berdasarkan penemuan tersebut?
A Kekuatan kerajaan
B Pentadbiran negara
C Kekayaan hasil bumi
D Peradaban masyarakat
Senarai berikut menunjukkan kerajaan awal Asia Tenggara.
Srivijaya Champa Majapahit
Apakah ciri persamaan kerajaan tersebut?
A Kaya dengan hasil pertanian
B Maju dalam sistem pengairan
C Mendapat perlindungan China
D Ekonomi berasaskan perdagangan
24
Gambar berikut menunjukkan barangan kaca dan manik yang ditemui di Lembah Bujang
Apakah yang dapat dikaitkan dengan Lembah Bujang berdasarkan penemuan barangan tersebut?
A Pusat kebudayaan B Pelabuhan entrepotC Tapak perlombongan D Tumpuan pendakwah
Rajah berikut menunjukkan perkembangan Melaka.
Kurun ke 14 Kurun ke 15
Perkampungan nelayan Pusat perdagangan antarabangsa
Apakah faktor yang membawa kepada perkembangan tersebut?
A Tanah subur B Rakyat ramaiC Pemimpin bijak D Hasil bumi banyak
Pernyataan berikut adalah petikan daripada Sejarah Melayu.
“rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar,
nescaya pohon tidak dapat berdiri”
Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan petikan tersebut?
A Kekayaan hasil bumiB Kerjasama antara kaumC Kesetiaan kepada pemimpinD Kepatuhan kepada undang-undang
25
Jadual berikut menerangkan kawasan pentadbiran yang diserahkan Sultan Melaka kepada pembesarnya.
Kawasan Pentadbiran Pembesar Yang Berkuasa
Muar dan Bentan Bendahara
Sening Ujung dan Kampar Penghulu Bendahari
Temasik Laksamana
Sungai Raya dan Siantan Hulubalang
Mengapakah sultan Melaka berbuat sedemikian
A Mengukuhkan kedudukan
B Menyelaras pungutan cukai
C Meningkatkan perdagangan
D Membanteras ancaman lanun
Merujuk kepada jadual di bawah, mengapakah pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berpindah?
Tahun Pusat Kerajaan Johor
1528 - 1564 Pekan Tua
1564 - 1571 Sayong / Johor Lama / Seluyut
1571 - 1597 Tanah Putih
A Menerima ancaman luar
B Memajukan ekonomi negeri
C Mengukuhkan kuasa pembesar
D Mengawal kegiatan perdagangan
Rajah berikut menunjukkan susun lapis pemimpin dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan
Bagaimanakah kedudukan pemimpin tersebut ditentukan?
Yamtuan Besar
Undang
Lembaga
Buapak
26
A Mengikut keturunan B Berdasarkan muafakat
C Mengutamakan nasab ibu D Bersandarkan kuasa raja
Gambar berikut menunjukkan bahan yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional.
Apakah yang dapat dikaitkan dengan penggunaan bahan tersebut?
A Kemajuan pertanian B Kemahiran kesenianC Kepesatan perdagangan D Kepelbagaian timbangan
Jadual berikut menujukkan kegiatan ekonomi kumpulan etnik di Sarawak?
Kumpulan etnik Kegiatan ekonomi
Iban Menanam padi huma
Kelabit Memungut hasil hutan
Melanau Menangkap ikan
Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi tersebut?
A Adat resam
B Kepercayaan
C Dasar pemerintah
D Bentuk muka bumi
Jadual berikut menerangkan adat resam suku kaum di Sabah
Kaum Adat Perkahwinan
Bajau Perkahwinan lazimnya diadakan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah
Mengapakah suku kaum Bajau memilih tarikh tersebut untuk menjalankan upacara perkahwinan?
A Murah rezeki
B Panjang umur
C Restu masyarakat
D Hindar bencana
27
BAB TOPIK TINGKATAN DUA
1 Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British
2 Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campurtangan British 3 Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke 5 Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British 6 British Mengeksploitasi Ekonomi 7 Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa 8 Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa
Jadual 2 : Topik Tingkatan Dua
Bab 1 hingga Bab 6 mengisahkan penapakan, perluasan pengaruh dan penjajahan British di negara kita. British telah memperkenalkan sistem pentadbirannya dalam kehidupan masyarakat Melayu yang telah menjejaskan kedudukan pemimpin tempatan. Bagi tujuan mengeksploitasi kekayaan negara kita, British memperkenalkan ekonomi dagangan, industri dan penggunaan teknologi moden. Perubahan ini membawa berbagai-bagai kesan dalam kehidupan masyarakat sehingga menyebabkan sistem ekonomi tradisional terpinggir.
Bab 7 dan Bab 8 menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Perjuangan bermula dengan kebangkitan tokoh-tokoh setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai corak perjuangan dan matlamat yang tertentu. Pemupukan kesedaran semangat kebangsaan juga disalurkan melalui pendidikan, karya penulisan, akhbar, dan majalah.
Apakah kesan daripada peristiwa berikut?
Kedah di ancam oleh Siam Sultan Abdullah meminta bantuan SHTI
A Kerabat diraja memberontak B British menduduki Pulau Pinang C Perjanjian Burney ditandatanganiD Amalan menghantar bunga emas dihentikan
Rajah berikut menunjukkan penggantian ibu negeri Selat pada tahun 1832.
1826 1832 Pulau Pinang Singapura
Mengapakah berlaku keadaan sedemikian?A Ancaman kuasa luarB Kedudukan strategik C Kaya dengan bahan mentahD Tentangan penduduk tempatan
28
Rajah menunjukkan perubahan dasar British di negeri-negeri Melayu.Dasar British di negeri-negeri Melayu
Sebelum 1873 Selepas 1873Dasar tidak campur tangan Dasar campur tangan
Mengapakah berlaku perubahan dasar tersebut?A Menguasai bahan mentahB Memodenkan pentadbiranC Meningkatan ekonomi rakyat D Memenuhi desakan penduduk
Ilustrasi berikut menggambarkan Perang Larut di Negeri Perak.
Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas Perak ?A Petempatan baru dibukaB Pengangguran meningkatC Penghambaan dihapuskanD Perlombongan bijih timah terjejas
Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku di negeri Selangor.
1874 Serangan ke atas rumah api Tanjung Rachado
1873 Serangan ke atas kapal dagang dekat Kuala Langat
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A Residen dilantikB Kubu pertahanan dibinaC Perang saudara berlakuD Kuasa sultan dikukuhkan
29
Mengapakah pembesar berikut berbalah di Sungai Ujong?
Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
Dato’ Bandar Kulop Tunggal
A Menguasai kawasan pertanian
B Mempertahankan Adat Perpatih
C Memperoleh hak mengutip cukai
D Menuntut jawatan Yamtuan Besar
Jadual berikut menunjukkan persidangan Durbar di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Apakah perkara yang dibincangkan dalam Durbar tersebut?
A Kewangan negeri
B Kebajikan orang Melayu
C Kewarganegaraan imigran
D Kedudukan ekonomi British
Bagaimanakah British menghalang kemaraan kuasa besar di negeri-negeri Melayu Utara?
A Mengukuhkan pertahanan
B Membahagikan kawasan pengaruh
C Mengadakan perjanjian dengan Siam
D Mengadakan pakatan dengan raja Melayu
Tahun Peristiwa Tempat
1897 Durbar Pertama Kuala Kangsar
1903 Durbar Kedua Kuala Lumpur
30
Mengapakah negeri-negeri berikut tidak lagi menghantar bunga emas kepada Siam selepas Perjanjian
Bangkok 1909?
Kedah
Kelantan
Terengganu
Perlis
A Ditakluki oleh Burma
B Hasil bumi berkurangan
C Menjadi naungan British
D Berlaku pemberontakan dalam negeri
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap negeri Johor?
Daeng Ibrahim
A Memperkenalkan tanaman getah
B Memperkenalkan sistem Kangcu
C Menubuhkan Jabatan Kerja Raya
D Membina sistem pengairan
31
Jadual berikut menunjukkan sumbangan pembesar Johor untuk mengekalkan kedaulatan negeri.
Tokoh Sumbangan
Dato’ Jaafar bin Muhammad Mewajibkan pegawai British memakai pakaian
rasmi kerajaan Johor
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang Melukis peta pembangunan negeri
Dato’ Abdul Rahman bin Andak X
Apakah X?
A Mengawal hubungan luar
B Memperkenalkan mahkamah
C Menubuhkan jabatan pelajaran
D Menggubal perlembagaan negeri
Bagaimanakah Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat pada tahun 1885?
A Perjanjian Persahabatan Johor-Singapura
B Perjanjian Persahabatan Johor-British
C Perjanjian Sulit British- Siam
D Perjanjian Bangkok
32
BAB TOPIK TINGKATAN TIGA
1 Pendudukan Jepun di Negara Kita
2 Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu 3 Ancaman PKM dan Darurat4 Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan 5 Kemerdekaan Negara 31Ogos 1957 6 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di
Sarawak dan Sabah 7 Malaysia Yang Berdaulat
Jadual 3 : Topik Tingkatan Tiga
Bab 1 hingga bab 7 memaparkan detik-detik perjuangan rakyat ke arah menuntut kemerdekaan tanah air. Pengalaman semasa pemerintahan Jepun menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat. Pembentukan Malayan Union 1946 ditentang hebat oleh orang Melayu sehingga memaksa Kerajaan British menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ancaman pengganas komunis tidak menghalang perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan, malah mempercepatkan lagi usaha-usaha ke arah berkerajaan sendiri. Perjuangan rakyat mencapai kejayaan dengan Permasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perubahan pentadbiran juga berlaku di Sarawak dan Sabah ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri.
Bab 7 membincangkan penubuhan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Persekutuan ini bertujuan menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama. Gagasan ini telah menghadapi pelbagai rintangan dari dalam dan luar negeri pada peringkat awal pembentukannya. Walau bagaimanapun, berkat keazaman yang kuat, akhirnya pada 16 September 1963, diisytiharkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Selepas beberapa tahun Singapura dikeluarkan daripada persekutuan.
Pentadbiran Tentera British (PTB) diperkenalkan pada bulan September 1945 untuk melaksanakan pentadbiran peralihan di Tanah Melayu.Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?A Mengusir tentera asingB Memulihkan keamananC Membentuk kerajaan sendiriD Mengukuhkan kedudukan sultan
Suruhanjaya Cobbold penting dalam pembentukan Malaysia.Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan laporan tersebut?A Desakan pengaruh luarB Penjajahan bentuk baruC Keikhlasan dalam penggabunganD Kepentingan penduduk diabaikan
Maklumat berikut menerangkan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
Dasar PenjepunanNippon-Go sebagai bahasa pengantarKimigayo dinyanyikan setiap pagi di sekolahCuti umum sempena hari perayaan Jepun
Mengapakah Jepun melaksanakan dasar tersebut?A Membentuk perpaduan kaumB Menjamin kebajikan rakyatC Memupuk kesetiaan kepada maharajaD Mewujudkan kepelbagaian budaya
Rajah berikut menerangkan dasar ekonomi yang diperkenalkan di Tanah Melayu.
Apakah X?A NiagaB PasaranC KawalanD Sara diri
Senarai berikut adalah tujuan British melakukan perubahan dasar di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Mewujudkan pentadbiran yang seragamMengurangkan kuasa politik orang MelayuMenjamin penguasaan ekonomi berterusan
Bagaimanakan British berusaha mencapai tujuan tersebut?A Membentuk Persekutuan MalaysiaB Melaksanakan Sistem AhliC Menubuhkan Malayan UnionD Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British
Jadual berikut berkaitan ciri Malayan Union.
Pentadbiran Malayan UnionKetua pentadbiran Gabenor BritishKuasa di peringkat pusat Parlimen BritishKuasa di peringkat negeri Persuruhjaya Negeri
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?A Penjajahan secara mutlakB Pembentukan negara republikC Pengaruh komunis dibendungD Persekutuan Tanah Melayu ditolak
British
Jepun
Ekonomi Bebas
Ekonomi X
33
Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu
Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut?A Melonggarkan syarat kerakyatanB Mengamalkan prinsip demokrasiC Menjalankan dasar dekolonisasiD Memupuk perpaduan kaum
Senarai berikut adalah pertubuhan yang diharamkan oleh British di Tanah Melayu.
Mengapakah pertubuhan tersebut diharamkan?A Memperjuangkan kerakyatan terbukaB Menubuhkan pasukan tenteraC Meniup semangat kenegerianD Menjaga ketenteraman awam
Akhbar berikut memaparkan musuh negara pada zaman darurat.
Bagimanakah kerajaan berusaha menangkap musuh tersebut?A Membentuk Home Guard B Menawarkan hadiah wang C Menubuhkan Special Constable D Melaksanakan Rancangan Briggs
Kempen berikut dijalankan oleh Sir Gerald Templer dalam menjayakan rancangan Perang Saraf.
“ Memenangi hati dan fikiran rakyat”
Mengapakah kempen tersebut dilancarkan?A Melahirkan tentera terlatih B Menubuhkan kampung baru C Menambah keahlian parti politik D Mewujudkan persefahaman antara kaum
1 April 1946Malayan Union
1 Februari 1948Persekutuan Tanah Melayu
34
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
Gambar berikut menunjukkan pihak yang terlibat dalam pertemuan Baling 1955.
Wakil kerajaan Tanah Melayu Wakil Parti Komunis Malaya
Mengapakah pertemuan tersebut diadakan?A Membincangkan proses pilihan rayaB Merundingkan pembebasan tawananC Menubuhkan kampung baruD Menamatkan darurat
Jadual berikut merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1949.
Jawatankuasa Hubungan Antara KaumPengerusi Dato’ EEC Thuraisingam Ahli jawatankuasa Dato’ Onn bin Jaafar
Tun Tan Cheng Lock Wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah
Apakah tugas jawatankuasa tersebut?A Mengukuhkan ekonomi negaraB Menyeragamkan sistem pendidikan C Mewujudkan persefahaman rakyatD Melahirkan penduduk yang produktif
Jadual berikut menerangkan persidangan yang diusahakan oleh pertubuhan politik di Tanah Melayu.
Tarikh PersidanganFebruari 1954 Parti Negara mengadakan Konferensi NasionalOgos 1954 UMNO menganjurkan Konvensi Nasional
Apakah persamaan perkara yang dibincangkan dalam persidangan tersebut ?I Pilihan rayaII Perpaduan kaumIII Kemajuan ekonomiIV Kelonggaran syarat kerakyatan
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
35
Senarai berikut adalah syarat yang dilonggarkan untuk mendapatkan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu
Warga negara British dan koloninyaMenetap di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turutBanyak berjasa kepada Tanah Melayu
Bagaimanakah cara kerakyatan diberikan berdasarkan syarat tersebut?A Jus soliB NaturalisasiC PermohonanD Kuatkuasa undang-undang
Jadual di bawah merujuk kepada perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu.Tahun Laporan Pelajaran Tanah Melayu1951 Laporan Barnes 1952 Ordinan Pelajaran 19521956 Laporan Razak
Apakah persamaan matlamat laporan pelajaran tersebut?A Mengukuhkan sekolah vernakularB Mempamerkan identiti kaumC Memperkaya budaya bangsaD Melahirkan semangat perpaduan
Dialog berikut mungkin berlaku semasa Rundingan London 1956?
Pegawai British : Kami bersedia memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat pangkalan tentera kami dikekalkan
Wakil Tanah Melayu : Kami setuju dan mahukan konsep raja berperlembagaan dikekalkan
Mengapakah British mengenakan syarat tersebut?A Meneruskan sistem perundangan BaratB Membentuk perpaduan kaumC Menjamin kepentingan ekonomiD Mengukuhkan kedudukan Pesuruhjaya Tinggi
Rajah berikut menerangkan tugas X di Tanah Melayu.\Menjamin kedudukan raja-Raja Melayu
Tugas X Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu
Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka
Apakah X?A Suruhanjaya ReidB Suruhanjaya Cobbold C Jawatankuasa EksekutifD Jawatankuasa Antara Kerajaan
36
Jadual berikut menerangkan peristiwa penting yang berlaku di negara kita.Tarikh/Masa Peristiwa31 Ogos 195712.00 malam
Bendera Union Jack diturunkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
Apakah kesan peristiwa tersebut?A Ekonomi British disekatB Negara autokrasi dibentukC Pangkalan tentera asing ditutup D Kuasa pemerintahan tempatan dikembalikan
Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak
Menggunakan tipu muslihat
Faktor Gerakan Antipenyerahan Sarawak
Tidak berunding dengan pemimpin tempatan
XApakah X?A Warisan budaya terhakis B Desakan pelabur EropahC Syarat kerakyatan liberal D Bertentangan Perlembagaan 1941
Garis masa berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Sabah
1962 Pilihan Majlis Undangan diperkenalkan
1960 Perlembagaan dipinda bagi menambah bilangan bumiputera dalam Majlis Undangan
1952 Pilihan raya Majlis Tempatan diadakan
Mengapakah langkah tersebut dilaksanakan?A Melatih penduduk berkerajaan sendiriB Memupuk perpaduan kaumC Mempercepatkan penyerahan negeriD Menggalakkan penubuhan parti politik
Rajah berikut menunjukkan parti-parti yang menganggotai Perikatan Sabah pada tahun 1962.
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu(UNKO)
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO)
PERIKATAN SABAH
Pasok Momogun Persatuan Cina Sabah(SCA)
Mengapakah perikatan tersebut ditubuhkan?
A Meminda perlembagaan B Memenangi pilihan raya
37
C Menentang gagasan Malaysia D Membantah penyerahan negeri kepada British
Jadual berikut berkaitan dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia.
Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
Pengerusi :Ahli :
Donald Stephens (Tun Fuad Stephens)Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu)Lee Kuan Yew (Singapura)Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah)Temenggung Jugah Anak Barieng (Sarawak)Datuk Setia Pangeran Ali (Brunei)
Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut?A Merangka perlembagaanB Meninjau pendapat rakyat C Mengadakan pungutan suara D Memberi penerangan kepada pemimpin
Rajah berikut menerangkan proses mendapatkan pandangan rakyat ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia.
X : Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
Referendum : Meninjau pandangan penduduk Singapura
Suruhanjaya PBB
: Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
Apakah X?A Jawatankuasa Perundingan Perpaduan MalaysiaB Jawatankuasa Antara KerajaanC Suruhanjaya CobboldD Suruhanjaya Reid
Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan pada awal tahun 1960an.
Tarikh PeristiwaMei 1963 Rundingan tidak rasmi di TokyoOgos 1963 Sidang Kemuncak di ManilaFebruari 1964 Persidangan di BangkokJun 1964 Pesidangan di Tokyo
Mengapakah usaha tersebut diambil?A Mengadakan hubungan diplomatikB Menamatkan konfrontasiC Membendung pemberontakan rakyatD Mempercepatkan penggabungan negeri
38
Jadual berikut menerangkan tindakan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an.
Tindakan Tunku Abdul Rahman PutraTahun 1961Mencadangkan Singapura bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu
Tahun 1965Mengumumkan Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia
Mengapakah Tunku bertindak sedemikian?A Mengatasi krisis ekonomiB Menjamin kestabilan negaraC Mematuhi desakan antarabangsaD Menamatkan pertikaian sempadan
SOALAN LATIHAN 1 :
1 Rajah berikut merujuk kepada sumber sejarah
Mengapakah sumber tersebut diklasifikasikan sebagai sumber kedua?A Kandungan ditokok tambahB Kajian secara ilmiahC Fakta telah diolahD Maklumat terkini
2 Jadual berikut merujuk kawasan eskavasi yang terdapat di Malaysia.
Tapak NegeriGua Niah SarawakKota Tampan Perak
Apakah ciri kehidupan masyarakat purba di kawasan tersebut?A Menjalankan aktiviti perdaganganB Mengamalkan kegiatan pertanianC Menggunakan perlatan batuD Merekacipta barang perhiasan
3 Antara berikut manakah sumber sejarah yang diperolehi melalui kaedah arkeologi?I FosilII ArtifakIII JurnalIV Ensiklopedia
A I dan II
Ensiklopediad
Jurnal
Laporan belanjawan negara
Sumber Sejarah
39
B I dan IVC II dan IIID III dan IV
4 Jadual berikut merujuk kepada lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia.
Negeri Tapak EskavasiKelantanSabah
Gua ChaBukit Tengkorak
Zaman tersebut ialah ZamanA LogamB NeolitikC MesolitikD Paleolitik
5 Rajah berikut merujuk kepada salah sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara
Apakah kerajaan X ?A Funan B AngkorC Srivijaya D Majapahit
6 Rajah berikut merujuk kepada peranan Laksamana dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah X ?A Ketua duta B Pemungut hasilC Penasihat Sultan D Ketua penguasa bandar
7 Senarai berikut merujuk kepada kawasan yang dianugerahkan sultan kepada pembesar tempatan di Melaka.
Anugerah tersebut dikenali sebagai
Kerajaan X
Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai Mekong
Sistem pemerintahan berkuasa mutlak
Mencapai kegemilangan di zaman Suryavarman II
Laksamana
Ketua angkatan laut
Pengawal peribadi raja
X
Bendahara – BentanLaksamana - Temasik
40
A kawasan pegangan B wilayah naungan C daerah warisan D jajahan takluk
Garis masa berikut menunjukkan urutan kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketangan Portugis.
8 Apakah faktor yang membawa kejatuhan kerajaan tersebut?I Bilangan tentera sedikitII Askar upahan tidak setiaIII Pembesar tempatan berebut kuasaIV Wilayah naungan membebaskan diri
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
9 Apakah kepentingan karya berikut kepada masyarakat Melaka ?
Nama Karya Tempoh MasaMuhammad Ali Hanafiah Kurun ke - 16
A Meningkatkan semangat perjuanganB Menjalin hubungan diplomatikC Mengukuhkan sistem perundanganD Menghargai salasilah raja
10. Rajah berikut menunjukkan kegemilangan kerajaan Johor pada kurun ke-17.
Apakah iktibar daripada kemajuan kerajaan di atas?A Berusaha memajukan kerjaya C Berusaha mengekalkan kedaulatan negaraB Berdikari pada setiap masa D Berhati-hati dalam tindakan
Portugis menguasai Melaka
Kerajaan Johor
Pusat pengajian Islam
Portugis menguasai Jambatan Melaka
Ogos 1511
Julai 1511
Pusat persuratan Melayu
Pusat perdagangan
41
STRATEGI BERKESAN BELAJAR SEJARAH PMR 2011
Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan diri dengan cara penyoalan dalam kertas Sejarah PMR. Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membuat latihan Sejarah PMR. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon mengenai teknik penyoalan Kertas Sejarah PMR 2011.
Teknik Penyoalan Dalam Kertas Sejarah PMR
Teknik Penyoalan Dalam Sejarah1 Konsep / Istilah sejarah / Ciri-ciri sesuatu peristiwa atau perkara2 Sebab / Faktor berlakunya sesuatu peristiwa sejarah 3 Kesan atau akibat sesuatu peristiwa sejarah3 Kronologi / Urutan peristiwa4 Tokoh dalam sejarah5 Perjanjian penting dalam sejarah6 Organisasi / Pertubuhan bukan politik / Parti politik / Institusi tempatan,
serantau dan antarabangsa7 Ikhtibar / Unsur Patriotisme / Nilai murni peristiwa sejarah8 Situasi
Soalan Sejarah PMR memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah. Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa, puisi, pernyataan, senarai, petikan, jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan dalam soalan PMR Sejarah.
( 1 ) Soalan menanyakan sesuatu definisi, makna istilah dan ciri-ciri sesuatu peristiwa sejarah
Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan pelajar memilih pilihan jawapan yang tidak tepat. Contoh konsep ialah rekonstruksi, kaedah arkeologi, autokratik, tapak eskavasi, Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Neolitik dan Zaman Logam, pelabuhan entreport, sastera lisan, bunga emas, ufti, negeri naungan, taklukan, setaraf, Syahbandar, monopoli perdagangan, Gerakan Islah, Bumi hangus, Sistem Ahli, Perang Saraf, dasar ekonomi kawalan, sara diri, dasar ekonomi bebas, tanaman komersil, dan konsep lain dengan sesuatu peristiwa harus difahami. Terdapat banyak lagi konsep atau istilah sejarah seperti
42
Kaum Muda, Kaum Tua, Gerakan anti penyerahan, Komanwel, Jemaah Menteri, konfrontasi dan sebagainya.Contoh soalan:
Rajah berikut berkaitan dengan kaedah pengkajian sejarah.
Apakah X? A Penerokaan B Saintifik C Tafsiran D Lisan
Apakah hasil ekonomi yang menyumbang kepada kemajuan kerajaan agraria? A Beras B Hasil laut C Ukiran kayu D Barang perhiasan
Rajah berikut menunjukkan peranan pertubuhan X kepada PKM.
Apakah X ? A Min Yuen B Kempeitai C Koa kunrenjo D Sekolah Latihan 101
Jadual berikut merujuk kepada sistem kemasukan imigran ke Tanah Melayu pada abad ke-20.
Kaum SistemBuruh Cina Sistem KontrakBuruh India Sistem Kangani
Apakah persamaan sistem tersebut? A Memperoleh kemahiranB Terikat dengan majikanC Bebas memilih pekerjaanD Datang bersama anggota keluarga
‘Pesta Kaamatan’ diamalkan oleh etnik Kadazan Dusun. Apakah kepentingan pesta tersebut?A Pemujaan rohB Kelahiran bayiC Tanda kesyukuranD Meraikan tahun baru
XMembekalkan ubat-ubatan
Mendapatkan maklumat
Kaedah pengkajian sejarah
Bertulis
Arkeologi
X
43
( 2 ) Soalan mengenai sumbangan atau peranan tokoh
Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Antara soalan mengenai tokoh ialah Dol Said, Rentap, Dato’ Bahaman, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Seputum, Antanom, Maharaja Abu Bakar Johor, Pangeran Mahkota dari Brunei, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain. Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman. Contoh Soalan :
Tokoh berikut telah melawat Melaka antara 1404 dengan tahun 1405.
Mengapakah mereka melawat Melaka?A Membentuk pakatan tenteraB Mengadakan rundingan damaiC Menganugerahkan pengiktirafanD Memperkukuh sistem pertahanan
Senarai berikut menunjukkan tokoh yang telah berjasa kepada negara.
Apakah sumbangan mereka?A Menyokong Parti NegaraB Menganggotai Sistem AhliC Menggubal perlembagaan UMNOD Mengasaskan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Zainal Abidin bin Ahmad Dato’ Panglima Bukit Gantang Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud
Laksamana Yin Ching Laksamana Cheng Ho
44
Maklumat berikut merujuk kepada nasionalis di Tanah Melayu.
Abdul Rahim Kajai Harun Aminurrashid
Apakah peranan tokoh tersebut?A Mengasaskan fahaman radikalB Memimpin penentangan bersenjataC Membangkitkan kesedaran kebangsaanD Mencetuskan idea gerakan pemulihan agama
Apakah persamaan tokoh berikut ?
A Membantah sistem pajakanB Melanggar syarat perjanjianC Menyokong pentadbiran BritishD Menentang campur tangan British
Pernyataan berikut menunjukan punca Perang Naning.
Dol Said enggan membayar cukai sebanyak 1/10 hasil Naning kepada British di Melaka
Mengapakah Dol Said bertindak sedemikian ?A Naning bukan jajahan MelakaB Naning kekurangan hasil pertanianC Naning tidak mampu membayar cukaiD Naning tidak setuju dengan kadar cukai
Antanom Dato’ Bahaman
45
( 3 ) Soalan menanyakan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau kesan sesuatu peristiwa Sejarah
Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengambilan Pulau Pinang dan Singapura oleh British dan kesannya. Atau sebab termetrinya Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 dan implikasinya kepada semua pihak. Atau sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.
Contoh soalan :
Mengapakah Brooke melaksanakan dasar pecah dan perintah di Sarawak?A Menyatukan etnikB Mengukuhkan kuasaC Melindungi peribumiD Menyeragamkan pentadbiran
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) bertambah kuat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?
A Mendapat bantuan kewanganB Memiliki kemudahan pengangkutanC Mendapat sokongan penduduk tempatanD Memperoleh bekalan senjata daripada British
Rajah berikut menunjukkan perubahan sistem persekolahan di Tanah Melayu.
Mengapakah perubahan tersebut dijalankan?A Mewujudkan perpaduanB Meningkatkan taraf hidupC Menjimatkan perbelanjaan D Melahirkan golongan pentadbir
Mengapakah Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Persekutuan Malaysia?I Menyekat komunis II Memajukan ekonomiIII Mengehadkan pengaruh asingIV Mengukuhkan pemerintahan British
A I dan II
Sistem Persekolahan Lama Jawatankuasa Barnes
46
B I dan IV C II dan III D III dan IV
Pada bulan Disember 1946 British telah memperkenalkan Pekeliling No.9 di Sarawak.Apakah kesan daripada pengenalan pekeliling tersebut?A Pembunuhan Duncan Stewart B Pemulauan pelantikan Raja SarawakC Penubuhan Persatuan Melayu SarawakD Pembentukan Persatuan Melayu Muda
Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk untuk menggantikan Malayan Union. Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut? A Sultan kehilangan kuasa B Syarat kerakyatan dilonggarkan C Pentadbiran diketuai oleh gabenor D Pengenalan sistem raja berperlembagaan
( 4 ) Soalan mengenai pertubuhan, institusi kerajaan, agensi kerajaan, parti politik, kesatuan Melayu, organisasi serantau, organisasi antara bangsa dan sebagainya
Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti arkib negara, Force 136, UMNO dan sebagainya. Organisasi yang sering disoal ialah persatuan Melayu (Persatuan Melayu Selangor), Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara. Contoh Soalan :
Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli yang diperkenalkan pada tahun 1951.
Mengapakah sistem tersebut dilaksanakan?I Menggubal undang-undangII Memupuk perpaduan KaumIII Melatih kepimpinan tempatanIV Mengehadkan Kuasa Sultan
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Kabinet Bayangan Anggotanya dikenali sebagai Ahli
47
Senarai berikut adalah parti politik di Sabah dan Sarawak.
Apakah persamaan perjuangan parti tersebut?A Menuntut kerakyatan terbukaB Mempertahankan hak peribumiC Mewajibkan pendidikan rendahD Menyeragamkan sistem pentadbiran
Rajah berikut merujuk gabungan Perikatan Sabah.
Mengapakah parti tersebut membentuk Perikatan Sabah?A Menyokong gagasan MalaysiaB Menghadapi ancaman komunisC Menghadapi pilihan raya umumD Menentang dasar neokolonialisme
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia?A Membentuk perpaduan kaumB Menyegerakan pilihan rayaC Meninjau pendapat pendudukD Merangka perlembagaan baru
Apakah matlamat penubuhan kedua parti berikut?
Parti Pemimpin
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
Stephen Kalong NingkanTun Datu Mustapha
I Menyatupadukan rakyat berbilang kaum II Memperjuangkan kebudayaan tradisional III Memperjuangkan kepentingan masing-masing
Perikatan Sabah
UNKO
USNO
Parti Bersatu
Parti Demokratik
USNO BARJASA
48
IV Menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
( 5 ) Soalan mengenai perjanjian penting dalam sejarah.
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti a) Tahun perjanjian itu ditandatanganib) Sebab ia ditandatanganic) Pihak yang menandatangani perjanjian itud) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dane) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara
Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati, cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun.Contoh :
British telah memetrai Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 di Perak.Apakah muslihat British mengadakan rundingan tersebut?
A Mengusai sumber bijih timahB Mewujudkan perpaduan kaumC Menghapuskan pengaruh BelandaD Memelihara hubungan dengan Siam
Senarai berikut pernah menghantar bunga emas kepada Siam.
Perlis Kedah Kelantan Terengganu
Mengapakah negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam selepas Perjanjian Bangkok 1909?A Mengalami kekurangan emas B Mempunyai tentera yang kuat
49
C Membuat pakatan dengan SiamD Menjadi negeri naungan British
Rajah berikut merujuk kepada perjanjian sulit yang ditandatangani antara British dan Siam.
British mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak Siam
X
Siam membenarkan British berdagang di Kelantan dan Terengganu
Apakah Perjanjian X?A Perjanjian Burney – 1826B Perjanjian Bangkok – 1909C Perjanjian British – Siam 1909D Perjanjian Sempadan British – Siam – 1899
Rajah berikut merujuk kepada Perjanjian London 1956.
Wakil Raja-Raja Melayu
Wakil Parti Perikatan Perjanjian London 1956
Wakil kerajaan British
Apakah kesan perjanjian tersebut?A Pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu B Pengunduran tentera British dari Tanah MelayuC Pengekalan perdagangan British di Tanah Melayu D Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mewujudkan kedamaian.
Tarikh PeristiwaFebruari 1964 Persidangan di Bangkok, ThailandJun 1964 Persidangan di Tokyo, Jepun
Apakah sebab yang membawa kepada persidangan tersebut diadakan? A Tuntutan Filipina ke atas Sabah B Pemberontakan Parti Rakyat Brunei C Keganasan Parti Komunis Malaya D Pencerobohan oleh pihak Indonesia
50
( 6 ) Soalan mengenai nilai dan iktibardalam Sejarah
Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan iktibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari. Contoh soalan :
Penduduk Sarawak hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza.Apakah nilai yang diamalkan oleh etnik tersebut?A BerdisiplinB BersyukurC BertoleransiD Bertanggungjawab
Leftenan Adnan telah terkorban demi mempertahankan negara. Apakah pengorbanan beliau
A Menentang tentera Jepun B Memperjuangkan kemerdekaan C Menentang ancaman KomunisD Menghalang gerakan konfrontasi
Rajah berikut menunjukkan tindakan kaum wanita yang memainkan peranan penting untuk mendapatkan kemerdekaan.
Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan tindakan mereka?I Peka dengan isu wanita II Menghargai budaya bangsaIII Memelihara kepentingan bangsaIV Berganding bahu mempertahankan negara A I dan IIB I dan IVC II dan III
Peranan wanita dalam persejarahan negara
Menentang Malayan Union
Menentang Penyerahan Sarawak kepada British
51
D III dan IV
Jadual berikut menunjukkan peristiwa bersejarah menunjukkan kejayaan negara kita.
Peristiwa Tahun Kemerdekaan Tanah Melayu Pembentukan Persekutuan Malaysia
31 Ogos 195716 September 1963
Apakah ciri warganegara yang menyumbang kepada kejayaan tersebut?I Bersatu dalam organisasiII Berkorban untuk tanah airIII Menghargai tradisi budayaIV Memiliki kepimpinan cemerlang
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Dialog berikut mungkin berlaku selepas penubuhan Malaysia.
Lee Kuan Yew : Kita mahukan hak yang sama bagi setiap kaum. Tunku Abdul Rahman : Kita harus mematuhi perlembagaan.
Apakah sikap Tunku Abdul Rahman dalam peristiwa tersebut? A Kuat semangat B Gigih berusaha C Tegas pendirian D Bijak merancang
Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang
dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Dalam apa sahaja peperiksaan, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks.
Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR, calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Sila jawab Latihan Sejarah PMR berikut dan bandingkan jawapan calon dengan jawapan berdasarkan rujukan buku teks yang diberi. Akhir kata, Selamat Belajar.
Soalan Kemahiran Berfikir
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan banyak penekanan terhadap aspek Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam semua mata pelajaran pada semua peringkat di sekolah. Pemikiran Kritis adalah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab memudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran, membuat kesimpulan atau keputusan dengan bijak secara kreatif melalui menjana minda. KBKK merupakan asas dalam
52
strategi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. KBKK digunakan secara bersepadu semasa berfikir. Kemahiran ini digunakan ketika seseorang membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah PMR. Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah PMR
i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarahii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti
ciri sesuatu peristiwa sejarahiii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologiiv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersiratv. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia adavi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkapviii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwaix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi
terkini
Contoh Soalan Kemahiran Berfikir
Membanding dan Membeza
Apakah ciri persamaan pertubuhan berikut?
Tahun Parti
19481948
AMCJAPUTERA
A Menentang Malayan UnionB Menubuhkan Pentadbiran Tentera BritishC Menentang Persekutuan Tanah MelayuD Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
Membuat Urutan
Rajah berikut menunjukkan pentadbiran di Sarawak.
Apakah tujuan pentadbiran X?A Membanteras komunisB Memulihkan keamanan C Mewujudkan perpaduanD Membentuk kerajaan sendiri
Keluarga Brooke Kuasa Jepun X Kerajaan British
53
Mengesan Sebab dan Akibat
Rajah berikut menunjukkan gabungan negeri yang membentuk Negeri-negeri Selat.
Mengapakah British menggabungkan ketiga negeri tersebut?I Menguasai kawasan pasaranII Menyeragamkan pentadbiranIII Menjimatkan kos pentadbiranIV Menampung bekalan makanan
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Maklumat berikut menerangkan kritikan Sultan Idris dalam Durbar di Kuala Lumpur.
Apakah kesan daripada kritikan tersebut?A Penubuhan Majlis Mesyuarat PersekutuanB Pentadbiran tradisional dimantapkanC Perlembagaan negeri dipindaD Pembentukan Kabinet baru
Mencirikan
Apakah ciri persamaan kedua dua tokoh berikut?
I Diketepikan takhta
Sultan Abdullah - Perak
Pulau Pinang Melaka Singapura
Negeri-Negeri Selat
Tengku Hussein - Johor
Kuasa Sultan Melayu berkurangan Residen Jeneral terlalu berkuasa
54
II Ditabalkan oleh kuasa luarIII Disokong oleh kongsi gelapIV Dibuang negeri
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
Menghubungkaitkan
Pernyataan berikut menunjukkan pandangan ahli sejarah terhadap dasar penjajahan British.
Apakah bukti yang dapat menyokong pernyataan tersebut?I Penumpuan ekonomi dagangan II Pengabaian ekonomi tradisionalIII Peningkatan taraf hidup pribumiIV Pembesar tempatan diberi modal
A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV
TEKNIK PENYOALAN DAN KUNCI KATA SOALAN SEJARAH PMR
Terdapat pelbagai cara soalan objektif aneka pilihan dan aneka pelengkap dikemukakan. Calon perlu mengenalpasti kunci kata soalan-soalan berikut. Antara contoh bagaimana soalan dikemukakan ialah
(a) Menyoal mengenai sesuatu definisi, istilah atau konsep sejarah
Kawasan telah dianugerahkan kepada pembesar untuk mengukuhkan kuasa Sultan
Apakah maksud Kawasan Pemakanan? A Memungut cukaiB Kediaman bangsawanC Perniagaan pembesar MelayuD Pengaruh pedagang tempatan
Dialog berikut menggambarkan sistem yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.
“British hanya ingin membolot kekayaan ekonomi negara kita” – ahli sejarah
Rakyat : Ini adalah sebahagian hasil dari kawasan tanah DatukPembesar : Baiklah. Terima kasih.
Kawasan PemakananSultan Melaka
Pembesar kawasan jajahan dan daerah
55
Apakah sistem tersebut?A Sistem serahB Sistem kerahC Sistem barterD Sistem warisan
(b) Menyoal mengenai sebab berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah
Mengapakah rancangan berikut diperkenalkan?
Tahun Perkara1922 Rancangan Sekatan Stevenson1934 Rancangan Getah Antarabangsa
I Mengehadkan pengeluaranII Menetapkan kuota eksport III Mewujudkan pasaran baru IV Meningkatkan kawalan mutu
A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV
(c) Menyoal punca pesuatu kejadian atau peristiwa sejarah
Mengapakah negeri berikut disatukan di bawah satu pentadbiran?
I Mengukuhkan pertahananII Menjimatkan perbelanjaanIII Menyeragamkan pentadbiran
IV Mengamalkan perkongsian pakar
A I dan II B I dan IVC II dan III D III dan IV
(d) Menyoal mengenai kesan sesuatu peristiwa sejarah
Maklumat dalam jadual berikut menerangkan Kongres Melayu yang pertama
Tarikh 1- 4 Mac 1946
Tahun 1826
Pulau Pinang
Singapura
Melaka
56
Peristiwa Kongres Melayu yang pertama diadakan
Apakah kesan daripada kongres tersebut? A Penubuhan UMNOB Pengenalan Sistem AhliC Pembubaran Kesatuan Melayu MudaD Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu
(e) Menyoal mengenai ciri-ciri, matlamat dan tugas sesuatu perkara atau organisasi
Jawatan berikut diperkenalkan oleh SBUB semasa memerintah Sabah pada abad ke- 19.
Antara berikut yang manakah bidang tugas hakim tersebut?I Mengendalikan hukum adatII Mengendalikan penduduk tempatanIII Menyelaraskan perundangan BaratIV Mengendalikan undang-undang sivil
A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV
(f) Menyoal mengenai sumbangan tokoh
Maklumat berikut merujuk kepada tokoh dalam sejarah negeri Johor.
Apakah sumbangan tokoh tersebut?A Memajukan sistem pelajaranB Memperluaskan Sistem KangcuC Mengekalkan kedaulatan negeriD Menggubal perlembagaan negeri
(g) Menyoal mengenai perjanjian penting dalam sejarah
Mengapakah British menandatangani penjanjian sulit dengan Siam ?A Mengelak peperangan B Memelihara kedaulatanC Mengukuhkan pertahanan D Menghalang pertapakan kuasa Barat lain
(h) Menyoal sesuatu peristiwa sejarah secara langsung
Keluarga Brooke sentiasa memperluaskan kuasa di Sarawak.Bagaimanakah mereka melaksanakannya?
Dato’ Jaafar bin Muhammad Dato’ Abdul Rahman bin Andak
Hakim Mahkamah Anak Negeri
57
A Bantuan tentera BritishB Sokongan pedagang asingC Kerjasama pembesar MelayuD Permintaan penduduk tempatan
(i) Menyoal persamaan atau perbezaan sesuatu peristiwa, tokoh, organisasi, judul karya sastera atau perkaitan sejarah.
Senarai berikut merujuk kepada persatuan yang ditubuhkan di Sarawak.
Apakah persamaan pertubuhan tersebut?A Menentang penjajahB Menuntut pilihan rayaC Menyatupadukan kaum
` D Membanteras komunis
Teknik membaca dan mengulangkaji subjek Sejarah
Membaca merupakan satu proses yang penting bagi memahami peristiwa sejarah. Biasanya pelajar mudah bosan, jemu, mengantuk, kurang tumpuan dan fikiran mereka mula menerawang ke sana kemari ketika membaca atau mengulangkaji buku sejarah. Oleh itu penulis mencadangkan agar pelajar membaca secara kritikal. Apakah membaca secara kritikal? Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul semasa membaca buku sejarah. Dengan menggunakan cara ini anda merasa seronok dan anda tidak akan merasa bosan. Minat juga mula timbul apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca. Langkah-langkah berikut perlu diambil bagi memastikan pelajar membaca secara kritikal, aktif dan berkesan.
A. PERSEDIAAN SEBELUM MEMBACA
Pilih masa belajar yang sesuai Mengumpulkan semua bahan yang diperlukan pada suatu tempat Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan satu kaki dari mata Mulakan dengan membaca Bismillah dan doa penerang hati.
B. PELBAGAI CARA MEMBACA
1. Membaca secara santai – Membaca secara santai biasanya tidak memerlukan tumpuan yang tinggi. Antara bacaan jenis ini ialah novel, cerpen, akhbar harian, majalah, komik dan sebagainya.
2. Membaca untuk mencari maklumat tertentu – Ada masanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat tertentu. Cara skimming (imbasan objektif) dan scanning (mengimbas) digunakan untuk mencari maklumat yang anda perlukan.
Barisan Pemuda Sarawak Persatuan Dayak Sarawak Barisan Pemuda Melayu Sibu
58
3. Membaca secara kritikal – Membaca cara ini bila anda mahu memahami istilah, konsep, isi kandungan dan menelaah subjek sejarah semasa mengulangkaji.
C. LANGKAH MEMBACA SECARA KRITIKAL
1. Melihat sekali imbas. Tujuannya supaya anda dapat gambaran kasar mengenai bahan yang mahu dibaca. Apabila anda jelas apa yang bakal anda temui semasa membaca, ia dapat merangsang minat. Lihat tajuk-tajuk kecil dan lihat perkaitan tajuk-tajuk kecil tersebut. Amati rajah, peta, jadual, carta, ilustrasi, gambar dan sebagainya. Lihat soalan-soalan yang ada di bab tersebut. Catatkan sebarang persoalan sekiranya ada.
2. Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan dan penutup. Biasanya penulis buku teks menerangkan apa yang anda ingin ketahui di bahagian pendahuluan dan membuat rumusan di bahagian penutup.
3. Baca secara terperinci ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan. Setiap ayat itu penting kerana ia menjelaskan setiap konsep dan istilah yang ada.
4. Terjemahkan setiap penjelasan itu di dalam peta minda. Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang anda sedang baca. Perlahankan rentak bacaan anda di bahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
5. Gariskan fakta penting dan highlight setiap kata kunci dan isi penting. Cara ini memudahkan anda memahami idea, menghafal idea, membuat peta minda dan rumusan idea.
6. Yakinkan diri yang anda menguasai apa yang anda baca. Setelah membaca beberapa ketika, cuba ingati apa yang anda baca dan susun semula mengikut kronologi atau kumpulan maklumat.
7. Selepas habis satu perenggan, satu muka surat ataupun satu sub topik, tutup buku anda dan gambarkan semula apa yang anda baca. Ambil sehelai kertas kosong atau buku nota dan lakarkan kembali apa yang anda baca dalam bentuk lakaran peta minda. Setiap setengah jam, rehatlah sebentar kira-kira 5 minit.
8. Akhir sekali, setelah selesai mengurang kaji luangkan masa antara 60 hingga 90 saat. Buat proses Dumping. Keluarkan apa yang anda tahu dan buat dalam bentuk contengan. Anda tidak perlu menulis dengan kemas kerana ia bukan untuk nota simpanan, sebaliknya untuk lakaran idea sahaja.
9. Pelajar yang lemah berasa sukar untuk mengulangkaji kerana menyangka terlalu banyak perkara hendak diingat dan dihafal. Sebenarnya, setelah diekstrak anda hanya perlu mengingat 30 % sahaja kandungan buku teks anda. Sekarang mulakan gerakerja berikut: Pilih satu tajuk yang anda suka dan tentukan kata kunci atau isi penting menggunakan highlihter.
10. Latihan : Anda diberikan masa selama 1 minit untuk membaca tajuk: Gerakan Nasionalisme di Malaysia. Fahami dan cuba Ingat apa yang anda baca. Tuliskan isi penting atau kata kunci dan keluarkan semula apa yang anda baca secara verbal. (menyebut semula apa yang anda baca) Kemudian Jawab soalan Apa, Siapa, Bila, Di mana, Mengapa dan Bagaimana? Jika anda berjaya melalui aktiviti ini, anda merupakan pelajar yang cemerlang! He!he!he! Itu lah kerja seorang pelajar! Pelajar bukan setakat belajar tetapi memahami dan mengalami proses belajar.
59
D. MENCATAT NOTA
1. Apakah itu NOTA? Nota ialah catatan yang anda ambil dan anda sediakan daripada pelbagai sumber sebagai peringatan dan bahan rujukan serta memudahkan anda untuk menulang kaji kembali. Nota biasanya dibuat setelah membuat rujukan daripada buku, pengajaran guru dan perbincangan dengan rakan.
2. Mencatat nota penting untuk mengelakkan anda daripada lupa, mudah mengulangkaji, memaksa anda mencari fakta penting, mengurangkan beban kerja dan mengekalkan keseronokan belajar.
3. Bentuk-bentuk penulisan nota3.1. Bentuk fakta penting – mencatat isi penting sesuatu tajuk (a) Idea utama (dinomborkan 1, 2, 3 dan seterusnya) (b) Isi penting (menggunakan abjad a, b, c dan seterusnya) (c) Isi kecil (isi kecil menggunakan urutan (i), (ii), (iii) dan seterusnya.3.2. Bentuk peta minda3.2. Bentuk rajah/carta3.4. Bentuk jadual
4. Apakah ciri-ciri nota berkesan? Cirinya ialah : - mengandungi isi-isi penting- beberapa isi kecil dan contoh yang menyokong isi penting- Padat dan ringkas- Tiada ayat berbunga-bunga macam ayat dalam buku teks
Cuba lah! Mudah bukan? Selamat belajar.
E. TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN
Jika anda seorang yang mudah mengantuk semasa belajar, mudah jemu dengan cara belajar bersendirian dan sukar mengingati apa yang anda baca, belajarlah berkumpulan.
1. Mula-mula kenalpasti siapa kawan anda? Kenali kebolehan anda itu. Pastikan ahli kumpulan tidak lebih daripada 5 orang untuk mengelakkan perbincangan menjadi sesi ”bergosip-gosip”.
2. Lantik seorang ketua kumpulan3. Lantik seorang jurutulis4. Tetapkan topik perbincangan5. Pilih tempat yang sesuai untuk berjumpa dan mengadakan sesi perbincangan.6. Mulakan perbincangan. Ketika salah seorang ahli kumpulan membentangkan sesuatu tajuk, ahli yang lain
hendaklah mendengar dengan teliti, mencatat butir pembentangan, membuat pembetulan dan menyoal mana-mana perkara yang kurang jelas.
7. Selepas tamat pembentangan, semak soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan dengan tajuk.8. Akhir sekali, buat penilaian iaitu kenalpasti isi penting, fakta, contoh, rajah, jadual, formula atau
maklumat yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
60
F. TEKNIK MENGULANGKAJI TAJUK DAN TOPIK YANG SUKAR
Terdapat setengah pelajar yang melabelkan beberapa tajuk adalah disukai dan beberapa tajuk lagi tidak disukai. Tajuk yang disukai itu biasanya mudah difahami dan mudah diingati. Tajuk yang tidak disukai biasanya dianggap sukar dan membosankan. Bagaimana menguasai tajuk yang sukar?
Ambil wuduk sebelum mula mengulangkaji Baca Bismillah dan doa penerang hati Pilih topik yang penting dan popular dan bakal diuji dalam peperiksaan Gunakan satu buku rujukan sahaja dan nota-nota yang dicadangkan guru untuk topik itu. Fahami dahulu fakta tersebut sebelum menghafalnya. Gunakan kata kunci untuk mengingat.
Sekiranya anda mahir kata kunci sudah tentu anda mampu menerangkan kepada orang lain apa yang terdapat di sebalik kata kunci itu.
Tandakan mana-mana perkara yang anda tidak fahami dan tanyakan rakan anda. Jika mereka juga tidak faham seperti anda, rujuklah guru anda.
Pecahkan fakta kepada beberapa kumpulan kecil. Jangan hafal semua fakta serentak. Pecahkan fakta dalam kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan itu sahaja.
Contohnya sekolah vernakular di Malaysia ada 15 fakta, pecahkan kepada 5 bahagian iaitu sekolah pondok, sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris.
Sering membuat imbasan dari masa ke semasa secara sistematik. Jika anda meninggalkan tajuk tersebut terlalu lama, saya percaya, anda masih ingat isi kandungan tajuk tersebut tetapi akan menyebabkan anda ”Ingat-Ingat Lupa” semasa musim peperiksaan.
*Lupaan terjadi apabila anda kurang memberikan tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Lupaan juga sering terjadi apabila kita jarang mengulangkaji sesuatu pelajaran. (Contohnya, anda mempelajari tajuk ’Imperialisme’ pada bulan Januari. Anda akan menghadapi kesukaran untuk mengingat (memanggil) tajuk itu pada bulan November). Ini membuang masa dan mensia-siakan masa yang anda telah gunakan untuk mengulangkaji sebelum ini. Oleh itu, anda mesti mengulangkaji secara berterusan.
Jika anda jemu atau bosan dengan teknik asyik mengulang-ulang, gunakan teknik menyoal diri dengan konsep, fakta, keterangan, contoh dan isi pelajaran ketika sedang membaca. Mulakan dengan soalan:
Apa ? = peristiwaSiapa ? = tokoh terlibatBila ? = tempoh masaDi mana ? = lokasi peristiwa atau kejadianMengapa ? = sebab atau faktorBagaimana ? = urutan cerita (sebelum kejadian, semasa kejadian dan selepas kejadian).
61
Rumusan dan Iktibar kepada kita? = pandangan pengarang/anda dan unsur patriotisme yang terdapat dalam peristiwa tersebut
Melalui teknik ini anda akan memerhati, memikirkan dan mencari jawapan terhadap soalan tersebut. Jangan lupa untuk mencatat apa yang anda ingat menerusi kaedah ini menggunakan peta minda, gambarajah, carta alir dan sebagainya.
Anda perlu membuat latihan untuk membiasakan otak anda dengan kehendak soalan
peperiksaan. Jika soalan berbentuk objektif, ia akan membantu anda memilih jawapan terbaik. Jika soalan esei, otak anda dilatih untuk merangka skrip jawapan.
Cari peluang bagi mengajarkan ilmu yang anda perolehi kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam kumpulan perbincangan. Anda boleh menerang dan menyoal rakan anda untuk membolehkan otak anda bekerja keras ”seperti anda mengasah belakang parang.” Ini bukan sesi menunjuk-nunjuk anda lebih pandai daripada orang lain. Sesi ini merupakan teknik mengingat dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Sesi ini membantu anda membuat latihan menjawab soalan dalam bentuk soal jawab. Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
”Ajarkanlah ilmumu kepada orang lain yang belum mengetahuinya dan belajarlah kamu daripada orang lain yang berilmu tentang apa yang engkau tidak tahu. Apabila berbuat demikian, engkau akan tahu apa yang engkau tidak tahu dan engkau ingat apa yang engkau telah tahu!
Makanlah makanan penguat ingatan yang perlu dimasukkan sebagai makanan tambahan. Antaranya kurma, madu, kismis, anggur hitam, lobak merah, badam, susu, air zam zam, halia, ikan tuna, buah epal, pisang, air soya, ginko biloba, bunga cengkih, pegaga, minyak zaitun, buah tin dan sedikit glukos.
Menurut Ibnu Qayyim, ”sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan buah kismis (zabib)”. Dari segi saintifik kismis baik untuk kerongkong, menghilangkan batuk, menghilangkan balgam (kahak), menguat dan menyejukkan perut, mencergaskan akal dan minda, menguatkan saraf neuron, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.
Makanan yang perlu dielakkan pula ialah kepala ikan, organ dalaman binatang, makanan yang dimasuki semut, makanan yang terdedah kerana takut dicemari lipas, cicak dan serangga lain, jeruk/asam, minuman berkarbonat, minuman berkafein, makanan segera yang mengandungi MSG (Monosodium Glutamate), epal hijau (tuffah) dan makanan hampir basi.
KELEMAHAN UMUM DAN KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH CALON DAN CARA MENGATASINYA
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten.
Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.
Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Dua sahaja yang agak membebankan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga pula, lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika
62
menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan dua jam sehari atau sekurang-kurangnya satu jam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.
Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji. Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji.
Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.
Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari. Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan. Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!
Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten. Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari. Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut.
Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.
Salah satu kelemahan calon PMR ialah menjawab soalan aneka pilihan dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah.
Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.
Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab
Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.
63
Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran
Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah
SEMOGA KITA AKAN BERJUMPA LAGI. SELAMAT BELAJAR!
64