Upload
amrah-yahaya
View
12.858
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
warisan Melayu, Seni Anyaman Tikar Mengkuang Jangan Dilupakan.
Citation preview
SENI ANYAMAN
WARISAN KITA
PENGENALAN
-Mengayam adalah roses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang telah diproses mengikut disiplin tertentu.
-Seni anyaman ini terkenal sejak zaman dahlu lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.
BAHAN AYAMAN
-Antara bahan ayaman yang sering digunakan ialah daun pandan dan daun mengkuang
-Daun pandan mudah didapati di kawasan pantai yang berpaya, manakala daun mengkuang pula boleh didapati di kampung atau kawasan berbukit.
-Selain daun pandan dan daun mengkuang, bahan lain yang turut digunakan untuk mengayam ialah rotan, buluh dan kercut.
DAUN PANDAN DAUN MENGKUANG
JENIS JENIS KELARAI
-Anyaman yang tidak berkelarai dinamakan anyaman biasa atau anyaman ghadas
-Satu anyaman yang lengkap, biasanya dihiasi dengan kelarai.
-Kelarai dihasilkan dengan menggunakan dua warna yang kontra.
-Corak dan motif kelarai perlu dirancang terlebih dahulu dengan mengguanakan mata atau langkah yang betul dan tepat semasa menyusun helaian daun pandan atau daun mengkuang.
-Pembentukan kelarai dijalankan secara serentak dengan proses mengayam.
CONTOH ANYAMAN GHADAS
PRODUK ANYAMAN
BERKELARAI
PELBAGAI JENIS KELARAI
KELARAI BERASASKAN FLORA
KELARAI BERASASKAN FAUNA
KELARAI BERASASKAN GEOMETRI
KELARAI BERASASKAN RUPA ABSTRAK
KELARAI BERASASKAN NAMA PEREKA ATAU
TEMPAT
PERALATAN MENGAYAM
PARANG
PENYISIP
PISAU
PELURUT
JANGKA
PROSES PENYEDIAAN MENGKUANG UNTUK ANYAMAN TIKAR
1. Mengambil daun- pilih daun yang cukup tua
2. Membuang bahagian tengah
3. Proses Melayur
4. Proses menjangka
5. Proses Merendam
Proses yang mengambil masa selama dua malam
6. Proses Menjemur
7. Proses Melurut
8. Proses Mengayam
a) Melagang . Proses mengayam bermula dengan melagang, iaitu mengayam pada bahagian tengah atau
tulang tikar. Proses melagang ini akan menentukan panjang atau pendek tikar tersebut
b) Mengayam. Proses mengayam adalah menyelang-nyelikan daun mengkuang bermula daripada asas
melagang sehingga ke bahagian tepi
c) Menyisip. Seterusnya sisipan dilakukan , iaitu meregang anyaman untuk memasukkan jaluran
lebihan bagi proses menyambung atau mematikan anyaman. Sisipan juga dilakukan untuk
mengemaskan ayaman supaya tidak terburai atau longgar.
d) Mengerat. Proses terakhir dalam mengayam ialah mengerat, iaitu memotong bahagian yang berlebihan.
Proses ini dilakuakan sebagai kemasan anyaman
Hasil anyaman tikar mengkuang yang telah siap