Upload
chin-theng
View
809
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PJM3110
Citation preview
SENI BINA CINA
Seni Bina Purba China
Perkembangan seni bina purba China terbahagi dalam tiga bahagian, iaitu
– period Dinasti Sui dan Dinasti Tang,
– Period Dinasti Ming dan Dinasti Qing.
Namun begitu, sejumlah bangunan purba yang bersejarah lama telah musnah di
China akibat hakisan dan peperangan. Sejumlah besar bangunan purba China yang
dipelihara pada masa ini adalah dibina selepas Dinasti Tang (abad ke-7) China. Dalam
seni purba Cina, ia mengutamakan seni bina kayu dari etnik Han dan juga meliputi
pembinaan terbaik etnik-etnik minoriti di China dan berkembang seiring dengan
perkembangan budaya tradisi China.
Dari abad ke-2 sebelum Masihi sehingga pertengahan abad ke-19, sistem seni
bina bebas yang tertutup telah terbentuk, ia mempunyai nilai kecantikan dan tahap
kesenian yang amat tinggi dan mengandungi erti kemanusiaan yang menlangkau-jauh.
Seni purba Cina mempunyai sistem seni unik yang sejarah perkembangannya paling
lama, bertaburan paling luas dan gayanya amat menonjol di dunia.
Seni purba Cina melahirkan pengaruh langsung terhadap seni bina purba
daripada Jepun, Korea, Vietnam dan juga telah memberi pengaruh terhadap seni bina
Eropah selepas abad ke-17. Ianya menciptakan seni bina struktur dan gaya seninya
yang tidak sama menurut syarat alam dan muka bumi yang tidak sama. Di kawasan
aliran Sungai Kuning, di bahagian utara China, penduduk pada zaman semasa itu
membina rumah dengan kayu dan tanah kuning, sedangkan di bahagian selatan, buluh
dan teberau dan lain-lain telah digunakan sebagai bahan binaan. Struktur rusuk untuk
lantai rumah telah digunakan untuk mengelakkan kelembapan dan pengedaran udara.
Seni Bina China
Terdapat beberapa jenis binaan bangunan yang memaparkan seni bina China dapat
dilihat ialah,
– Istana
– Kuil
– Taman
– Makam
– Pagoda
– Jambatan
– Rumah kediaman
– Pintu gerbang
a) Istana
Istana merupakan bangunan yang besar yang kebanyakannya kelihatan megah
dan berkilau-kilau emas. Tujuan istana ialah memperkukuh pemerintahannya sendiri,
memperlihatkan penghormatan yang mempunyai kuasa mutlak serta memenuhi
keperluan menikmati kehidupan kebudayaan dan etika serta kehidupan kebendaan.
Mulai dari zaman Dinasti Qin, “istana” menjadi tempat kediaman maharaja dan anggota
keluarganya. Bangunan Istana China bercirikan sistem tentang tingkat dan pendokap
yang dimasukan antara ruang atas dengan
– tiang dan alang,
– beratap genting bergelazer kuning emas,
– siling dihias dengan pelbagai lukisan dan ukiran,
– pelantar yang diperbuat daripada batu marmar putih
Dewan Taihe Kota Larangan Beijing merupakan bangunan istana.
b) Kuil
Kuil merupakan salah satu bangunan agama Buddha China, berasal dari
bangunan kuil di India dan mulai makmur di China pada zaman Dinasti Wei Utara.
Bangunan itu telah mencerminkan perkembangan kebudayaan masyarakat feudal dan
kemerosotan agama China dan mempunyai nilai sejarah dan nilai kesenian yang
penting.
Pada masa dahulu, orang China mempunyai pandangan dunia tentang feminin
dan maskulin terhadap struktur dan corak bangunan dan menganjurkan penilaian
keindahan bangunan yang seimbang dan dibina rapi dan kukuh. Oleh sebab itu, kuil
China merupakan sekumpulan bangunan berbentuk empat segi, seimbang antara
selatan dan utara di garisan tengah dan sangat kukuh. Selain itu, Kuil Buddha yang
bercorak seni bina taman juga popular di China. Kedua-dua seni bina tersebut
menyebabkan kuil China diselubunyi suasana sunyi sepi.
Reka bentuk kuil China pada masa dahulu, kebanyakannya ialah pintu gerbang
di jalan menuju kuil itu. Di sebelah kiri dan kanan dalam pintu gerbang itu ialah menara
loceng dan menara gendang, Dewan Dewa terletak di tengah-tengannya, terdapat 4
buah patung pahatan vajra dalam dewan itu. Di belakangnya ialah Dewan Daxiong dan
Dewan Untuk Menyimpan Kitab, Rumah Sami dan Ruang makan Sami di kedua-dua
belah di jalan tersebut. Dewan Daxiong merupakan bangunan yang paling penting dan
paling besar di Kuil. “ Daxiong” yang bermakna pengasas agama buddha Sakyamoni.
Kuil Baima Luoyang Kuil Tergantung di Gunung Hengshan
c) Makam
Bangunan makam merupakan kompenan yang penting bangunan China pada
zamam silam. Berkonsepkan roh manusia masih kekal selepas kematian orang, orang
China pada zaman silam mementingkan pengebumian selepas kematian. Oleh itu,
rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat membina kubur dengan sungguh-sungguh.
Dalam sejarah yang lama, pembinaan makam China mencapai perkembangan yang
pesat dan terdapat banyak makam maharaja dan permaisuri yang besar dibina pada
zaman silam yang jarang ditemui. Dalam perkembangan sejarah yang lama, bangunan
makam mencerminkan kejayaan pelbagai kesenian yang termasuk seni lukis, kaligrafi,
seni ukir dan lain-lain.
Makam Maharaja Qinshihuang
Terra Cotta dari Zaman Maharaja Qinshihuang yang dikenali sebagai “Keajaiban
ke-8 dunia” merupakan “sepasukan” yang mengawal makam tersebut. Terra Kota iaitu
patung tanah liat berupa kuda dan askar yang diperbuat dengan teknologi yang tinggi
dan disenarikan dalam warisan dunia pada tahun 1987. Suruhanjaya Warisan Dunia
pernah memberi penilaian bahawa terra cotta yang rupanya berlainan di sekitar Makam
Maharaja Qinshihuang bersama dengan kuda, pedati kuda dan senjata, kesemuanya ini
merupakan barang kesenian yang realistik dan juga telah mengekalkan nilai sejarah
yang tinggi.
Terra Cotta- Zaman Maharaja Qinshihuang
d) Taman
Pembangunan taman China yang bersejarah lama dan terkenal dalam sejarah
taman dunia. Pada zaman Dinasti Chou pada lebih 3000 tahun yang lalu, taman diraja
merupakan taman yang paling awal dibina di China. Terdapat pelbagai jenis corak
taman di China dan menduduki tempat yang penting dalam 3 jenis taman utama dunia.
Konsep taman China terdiri daripada taman diraja yang besar dan cantik dan taman
persendirian yang kecil, keindahan corak taman tersebut harmonis dengan alam
semula jadi. Antaranya, taman itu dihias dengan bukit buatan, bunga, rumput dan
pokok, halaman, jambatan serta skrol yang ditempelkan di tiang serta papan datar yang
tertulis tulisan yang cantik supaya menghasilkan pemandangan yang indah.
Pemandangan dan corak taman China mencerminkan fahaman Coinfusius China
yang lebih mementingkan unsur taman sebenar, nilai sosial yang tinggi, mementingkan
etika moral dan pentadbiran negara yang berkaitan urusan politik dan mencerminkan
kepercayaan agama Tao China tentang alam dewa yang sunyi dan unsur peristirehatan
serta memperlihatkan gaya dan perasaan pemilik Taman tersebut. Yuanminyuan iaitu
istana maharaja pada musim Panas yang terkenal di China, Kuil Agama Tao Guchang
di gunung Qingcheng Provinsi Sichuan dan beberapa taman sasterawan masing-
masing telah mencerminkan tiga jenis corak taman tersebut. Perbezaan konsep taman
China dan taman barat ialah konsep taman barat mengutamakan bangunan, tetapi
taman China mementingkan keharmonian penilaian keindahan manusia dengan
pemandangan alam.
Taman Suzhou
Yuan Ming Yuan (圆明园)
e) Pagoda
Pagoda merupakan bangunan tipikal China dan terdapat di merata-rata tempat di
dalam negeri China. Ia merupakan unsur penting di dalam agama. Tingkat binaan
berubah dari tiga hingga tiga belas. Bahan binaannya terdiri dari kayu, bata dan paduan
kayu dan bata. Pagoda pada asalnya ada hubungan dengan hal-hal agama tetapi
kemudiannya menjadi lambang agama. Kadang kala ia akan bertindak sebagai
lambang atau tugu peringatan.
f) Jambatan
Jambatan memainkan peranan yang penting dalam seni bina China. Ia
merupakan salah satu ciri seni bina di dalam lanskap China. Jambatan terbahagi
kepada pelbagai jenis dan bentuk misalnya truss kayu, batu-batu , gayut dan cantilever.
g) Rumah Kediaman
Bangunan kediaman kebanyakannya dibina pada ketinggian satu tingkat.
Struktur ini biasanya dibina daripada tiang kayu dan berdinding bata. Sistem aturan
bangunan bukan sahaja menguasai ukuran, tetapi juga bilangan tiang. Secara tidak
langsung susunan tiang mempengaruhi perancangan dan atur cara sesebuah rumah.
Bilangan ruang bergantung kepada kedudukan seseorang di sisi masyarakat. Sebagai
contoh, maharaja berhak memiliki sembilan ruang, putera terhad kepada tujuh,
pembesar kerajaan mempunyai lima ruang dan rakyat biasa terhad kepada tiga ruang
sahaja. Ciri -ciri rumah kediaman orang-orang China adalah seperti berikut :
Ruang pada paksi utara - selatan adalah merupakan ruang utama.
Ruang pada paksi timur - barat adalah merupakan ruang sekunder seperti dapur, bilik air dan setor
Terdapat courtyard pada bahagian tengah ruang dengan di kelilingi oleh ruang yang lain.
Terdapat ciri mesra alam dalam reka bentuk bangunan seperti pancutan air, taman bunga, batu-batu tersusun dan batu tempat memijak.
h) Pintu Gerbang
Tujuan utama binaan ini dibina ialah sebagai tugu peringatan kepada seseorang
yang terkenal atau ternama. Bahan binaan Pai Lou adalah daripada kayu atau batu. Ia
biasanya mempunyai satu atau tiga pintu. Seni binanya terdiri daripada tiang untuk
menyokong alang dan di atasnya dihiasi dengan bumbung mahkota yang dipadankan
dengan menggunakan tile yang berwarna.
Ciri-Ciri Seni Bina China
Seni bina China lebih kepada prinsip simetri dan keseimbangan. Bahagian penting
dalam seni bina China:
Lantai
Dinding
Pintu gerbang
Tiang
Bumbung
Hiasan
i) Lantai
Podium atau lantai daripada tanah membayangkan sifat rendah diri, ditambah
pula dengan kegunaan batu atau bata untuk keutuhannya. Perbezaan ketinggiannya
dan hiasannya bergantung kepada kedudukan/nilai bangunan tadi.
Contoh lantai podium
Podium
Fungsi utama binaan ini adalah untuk mengelakkan bangunan daripada basah dan
lembab. Ciri-ciri podium ialah :
– Bahan binaan utama ialah batu dan tanah.
– Tinggi podium berubah mengikut pangkat bangunan itu.
– Tiang kayu diletakkan di atas batu pada podium untuk memelihara bahagian bawah tiang itu daripada reput dan diukir dengan gaya seni yang menarik.
ii) Dinding
Dinding dan pembahagi ruang biasanya tidak digunakan sebagai elemen struktur
(hanya sebagai dinding nipis, bahannya daripada kayu dan tidak sepenuh tinggi).
Ciri -ciri dinding seni bina China ialah :
– Dinding nipis dan diperbuat dari kayu.
– Dinding tidak berfungsi untuk menerima sebarang tekanan berat daripada lantai, rasuk dan bumbung.
– Mempunyai nilai estetik yang tinggi.
– Dinding dicat dengan warna yang mempunyai fungsi untuk memelihara kayu daripada serangga dan juga mengelakkannya daripada reput.
– Warna yang biasa digunakan ialah merah, putih, kuning dan hitam.
– Bahan binaan utama adalah batu-bata dan kayu
– Dinding bata mempunyai jubin (tiles) yang licin dan berwarna
– Terdapat juga dinding nipis yang diperbuat daripada kayu
iii) Pintu Gerbang
Kayu merupakan bahan binaan utama dan dibina secara bertingkat. Ianya bertindak
sebagai pintu masuk ke kuil, tugu, tempat perkuburan dan bandar
iv) Tiang
Kegunaan bahan kayu untuk struktur bangunan seperti tiang dan lain-lain. Struktur ini
pula dibina dengan cara yang tersendiri berbanding dengan negara Barat umpamanya
sistem 'truss' rumah digunakan untuk bumbung di dalam seni bina Barat tetapi di sini
digantikan dengan sistem 'tou-kung'. Sistem struktur ini memberi kebebasan untuk
berkembang ke pelbagai arah.
Contoh sistem struktur kayu
Contoh Sistem 'tou-kung'
Jujuran (cantilever)
Terdapat beberapa jenis jujuran pada cucuran bangunan seni bina China. Lakaran
cucuran adalah seperti di bawah :
v) Bumbung
Merupakan ciri terpenting seni bina China. Bumbung mempunyai hiasan dan ukiran
yang menarik dan disusun secara bertingkat. Bumbung mempunyai atap genting
berwarna.
Bumbung adalah unsur terpenting ditegakkan oleh tiang bebas dari dinding. Bahan
binaan utama untuk struktur bumbung ialah kayu. Biasanya kayu yang digunakan
berbentuk segi empat dan berwarna merah. Terdapat empat bentuk asas bumbung iaitu
Bumbung panjang
Bumbung lima
Campuran bumbung panjang dan bumbung lima
Bumbung pyramid
Contoh-contoh bumbung panjang
Contoh bumbung lima
Campuran Bumbung Panjang dan Bumbung Lima
Contoh bumbung piramid
vi) Hiasan
• Banyak menunjukkan ciri-ciri kebangsaan
• Hiasan seni bina China lebih kepada bentuk binatang dan manusia