Upload
chong-way-lim
View
73
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Rekacipta ABM dalm bentuk 2D & 3D, Gubalan lirik lagu
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2013
NAMA : CHONG WAY LIM
NO KAD PENGENALAN : 881001-56-6261
PROGRAM / UNIT : PISMP GSTT RBT
SEMESTER / TAHUN : SEM 4 TAHUN 3
KOD MATA PELAJARAN : WAJ 3073
MATA PELAJARAN : SENI DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN IZZATUL ASHIKIN BINTI
IBRAHIM
TARIKH SERAHAN TUGASAN : 22 MAC 2015
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR.
NAMA PELAJAR : CHONG WAY LIM
NO.KAD PENGENALAN : 881001-56-6261
INDEX NO : 2013292340003
ALAMAT : 4 JALAN SRI CENDANA
TAMAN SRI RAYA
BATU 9 CHERAS
OPSYEN : REKA BENTUK &TEKNOLOGI
PROGRAM : PISMP GSTT SEM 4 AMBILAN JUN 2013
Biodata Diri
Isi Kandungan
Penghargaan.........................................I
Prakata.................................................II
Rekod Pengajaran Harian....................1
Pengajaran berunsurkan TMK(Power Point Slaid).........................................14
Kesimpulan.........................................37
Refleksi...............................................39
Bibliografi............................................43
Lampiran............................................44
Bersyukur kepada tuhan yang sentiasa menjadi panduan saya untuk mengatasi
masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan kursus ini. Justeru itu, saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas
segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan kursus
ini
Sepanjang penglibatan saya di dalam penghasilan kerja kursus ini, saya telah
mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan
spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada Puan Izzatul Ashikin binti Hashim Ibrahim,
pensyarah mata pelajaran Seni dalam Pendidikan yang telah sudi memberikan
peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih juga ditujukan kepada beliau kerana dengan sabar menyelia dan
memberikan bimbingan kepada saya tanpa jemu.
Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada kedua-
dua ibu bapa saya dan adik-beradik saya yang telah beri galakan dan dorongan
sepanjang kursus ini dijalankan. Semoga Tuhan membalas budi baik semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menyempurnakan kursus
ini.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang banyak
membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar,
kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya
Penghargaan
Prakata
Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau
estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni
disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya, berpendapat bahawa
seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-
bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan
penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu
lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera,
seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk
meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu
Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan
kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif,
inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni
Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam
membangunkan sahsiah dan jati diri individu.
Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau
pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja
yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai
kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang
berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang
lebih kreatif.
TUGASAN A
Rekod Pengajaran
Harian
1
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran KBSR Sains Tahun 6
Kelas 6 A
Tarikh 29 Mac 2015
Masa Ahad
Bilangan murid 16
Tema (A) menyiasat Benda Hidup
Unit Unit 1 : Interaksi Anatara Benda Hidup
Tajuk Pupus dan ancaman
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat
1. memberi contoh-contoh haiwan yang telah pupus
2.Memberi contoh-contoh haiwan yang terancam
3. Menerangkan mengapa haiwan tertentu menghadapi
ancaman kejadian
Hasil Pembelajaran Pada akhirnya pembelajaran, murid-murid dapat
Eksplisit 1.Memberi sekurang-kurang dua contoh haiwan yang
telah pupus
2.Memberi sekurang-kurangnya dua contoh haiwan
yang terancam
3. Menerangkan sekurang-kurangnya satu sebab
mengapa haiwan tertentu menghadapi ancaman
kepupusan
Penggabung Jalinan Menyanyi dan menari
2
Kemahiran Pengetahuan 1.Murid-murid pernah belajar tentang haiwan dalam sedia ada
Tema “Kepelbagaian Hidupan Dalam Alam” di tahun 4
dan tema “Menyiasat Alam Kehidupan” di tahun 5.
Strategi P&P Perbincangan, penggunaan teknologi,
Kumpulan pembelajaran koperatif, penyoalan,
Kemahiran Saintifik Memerhatikan .
Kemahiran berfikir Menjanakan idea, menghubungkaitkan
Sikap saintifik dan 1.Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
Nilai murni 2. Menghargai keseimbangan alam semula jadi
3.Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
4. Bekerjasama
5. Berani mencuba
Sumber bahan P&P Video “Ice Age dawn of the Dinosaur” komputer riba, alat
pembesar suara, projector , layar putih, topeng muka murid-
murid, topeng muka guru lagu “ Selamat Haiwan”
Slaid power point, gambar-gambar haiwan , bunyi
haiwan, kertas mahjong , marker pen, plastisin
3
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru
Set
Induksi
(5 minit)
1. Tayangan video “Ice Age dawn of the
Dinosaur”
2. Perbincangan ringkas dengan murid
Video
1. Guru menayangkan sebahagian video “Ice Age dawn
of the Dinosaur” selama 57 saat
2. Guru membincangkan dengan murid tentang
a) Pernahkah murid-murid melihat haiwan yang muncul
dalam video tadi ?
Murid : Pernah atau tidak
b)Di mana mu rid-murid nampak haiwan tersebut?
Murid : Di buku, majalah, televisyen, panggung
wayang dan sebagainya
c)Apakah nama haiwan dalam video ?
Murid :Dinosaur , Mamot dan lain -lain
d) Adakah haiwan itu masih wujud di bumi?
Murid: Tidak
Sumber/ Bahan P & P
Video “Ice Age dawn of
the Dinosaur”, komputer
riba , alat pembesar
suara, projektor, layar
putih
Strategi P & P
Perbincangan,
sesi penyoalan
Kemahiran Saintifik
Memerhatikan
Kemahiran berfikir
Menjanakan idea
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4
Langkah
Isi Pembelajaran CatatanAktiviti Guru
3. Topik pengajaran dan pembelajaran
dikemukakan.
4. Penerangan maksud perkataan-
perkataan pupus,terancam.
5. Buku teks diselak pada topik hari ini.
3.Guru mengambil kesempatan untuk
memperkenalkan tajuk pengajaran dan
pembelajaran pada sesi tersebut.
4.Guru membimbing murid-murid untuk
memahami maksud “pupus” dan “terancam”
5. Murid-murid bersedia membuka tajuk yang
telah dikemukakan lalu guru memberitahu murid
untuk membaca sepintas lalu.
Sikap saintifik dan nilai
murni
Murni dan bersifat ingin tahu
tentang alam sekeliling,
berani mencuba
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
5
Langkah
Isi Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru
Langkah 1
(12 minit)
1. Memperkenalkan pengajaran dan
pembelajaran dengan Nyanyian beraksi
Haiwan
1.Murid diarahkan mendengar arahan guru
dengan teliti.
2.Guru mengedarkan topeng muka pelbagai jenis
haiwan kepada murid- murid dan menerangkan
bahawa setiap topeng haiwan yang dimiliki
merupakan watak dimainkan dalam lagu nanti.
Penyu
Badak sumbu
Panda
Harimau
Mamot
3.Murid-murid mendengar arahan guru dan
memakai topeng masing-masing
Sumber bahan P&P
Topeng muka murid-murid,
Topeng muka guru, lagu
“Mari Gerakan”, komputer,
alat pembesar
Strategi P&P
Main peranan penggunaan
teknologi, pembelajaran
koperatif secara
berkumpulan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
6
Langkah
Isi Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru
Langkah 1
(12 minit)
2. Lagu “Selamat Haiwan”
(Lagu asal : Mari bergerak)
Lirik
Binatang nama ditukar
Badak
Dugong
Penyu
Harimau
3. Guru memainkan lagu “Selamat Haiwan”.
(Panjang lagu ini 1.64 minit)
4. Guru membimbing murid menyanyi dan
membuat pergerakan mengikut lirik
seterusnya menari bersama-sama.
5. Guru memakai topeng besar Mamot
6. Semua murid berdiri dan bersedia untuk
aktiviti ini.
Pengabungjalinan
kemahiran
Menyanyi dan membuat
pergerakan
Sikap saintifik dan nilai
murni :
Minat dan bersifat ingin
tahu tentang alam
sekeliling, mensyukuri
nikmat yang dikurniakan
Tuhan, bekerjasama ,
berani mencuba
Seni dalam pendidikan
Muzik
muzik latar belakang
dalam video
Seni
Animasi Kartun
Pergerakan
Pergerakan kartun
7
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan
Aktiviti Guru
Langkah 1
(12 minit)
3. Soal jawab respon terhadap
lagu yang dinyanyikan
7. Guru melontarkan soalan tentang
pemahaman murid terhadap lirik lagu.
Soalan:
a)Pernahkah murid dengar irama lagu ini ?
Murid : Pernah atau tidak
b)Bolehkah murid menamakan haiwan yang
terdapat dalam lagu ini ?
Murid : Panda, Badak, Harimau, Penyu
c) Apakah yang perlu dijaga oleh manusia
terhadap haiwan ?
Murid: Makanan, minum , tempat tinggal
d) Adakah mereka masih hidup dalam bumi
ini ?
Murid : Masih ada hidup dalam bumi seperti di
Zoo Negara dan di hutan
Strategi P & P
Perbincangan ,
sesi penyoalan
Nilai murni
berani mencuba
8
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru
Langkah 2
(12 minit)
1. Gambar- gambar haiwan-haiwan
yang terancam
1. Guru menayangkan gambar haiwan yang
terancam sambil membincang dengan murid
tentang.
a)Murid-murid suka gambar haiwan yang
ditayangkan ?
Muird : Suka atau tidak
b)Di mana murid-murid nampak haiwan
tersebut?
Murid : Di buku, majalah, televisyen,
panggung wayang dan sebagainya
c)Pernahkah murid-murid sentuh atau
memberi makanan kepada haiwan yang
ditayangkan ?
Murid : Pernah atau tidak
d) Apa terjadi kepada haiwan ini sekarang ?
Murid: Populasi haiwan tersebut kian
berkurang
Sumber/ Bahan P & P
audio bunyi haiwan ,
gambar haiwan
komputer riba , alat
pembesar suara,
projector, layar putih
Strategi P & P
Perbincangan ,sesi
penyoalan
Kemahiran Saintifik
Memerhatikan
Kemahiran berfikir
Menjanakan idea
9
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru
Langkah 3
(15 minit)
1. Menerangkan faktor haiwan pupus dan
terancam
1. Guru menayangkan faktor haiwan yang pupus
dan terancam serta membincang dengan murid.
Guru :Apakah faktor- faktor haiwan pupus dan
terancam di bumi yang tercinta ini ?
Muird : Pemburuan, Pembalakan dan lain- lain
Guru :Mengapa faktor-faktor pemburuan,
pembalakan dan lain-lain mengugat populasi
haiwan di bumi yang tercinta ini ?
Murid : Kehidupan haiwan seperti makan, minum ,
tempat tinggal telah musnah dan spesies sama
kian berkurang untuk membiak
Guru : Mengapa manusia melakukan aktiviti
pemburuan dan pembalakan ?
Murid : Sikap tamak manusia terhadap wang
setelah menjual hasil tangkapan atau tebangan
untuk menampung kehidupan harian.
Sumber/ Bahan P & P
slaid power point ,
komputer riba , alat
pembesar suara,
projector, layar putih
Strategi P & P
Perbincangan , sesi
penyoalan
Kemahiran Saintifik
Memerhatikan,
meramalkan
Kemahiran berfikir
Menjanakan idea
10
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru
Langkah 3
(15 minit)
2. Langkah-langkah mengatasi
haiwan yang terancam
1. Guru membahagikan murid beberapa kumpulan
untuk membincangkan ,kemudian menulis hasil
perbincangan kumpulan dalam kertas mahjong.
2. Guru memilih secara rawak dalam kalangan
kumpulan untuk membuat pembentangan tentang
langkah-langkah mengatasi haiwan yang terancam
3. Guru akan membincangkan pembentangan murid
dan memberi idea yang lebih bernas atau menguatkan
langkah-langkah yang dibentang oleh murid.
Sumber/ Bahan P & P
kertas mahjong, marker
pen , plastisin
Strategi P & P
pembelajaran koperatif ,
perbincangan
Kemahiran berfikir
Menjanakan idea,
meramalkan
Nilai murni:
bekerjasama, berani
mencuba
11
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru
Langkah 4
(12 minit)
1. Menyanyi dan bergerak
2.Imbas Kembali
(Sesi soal jawab)
1.Guru membimbing murid-murid untuk menari
bersama sambil menyanyikan lirik “Selamat Haiwan”
2. Guru menanya murid secara rawak tentang
a)Beri contoh haiwan yang pupus?
Murid: T-rex ,Mamot, burung Dodo, Harimau Tasmania
dan lain-lain
b)Beri contoh haiwan yang terancam ?
Murid : Panda, harimau,dan lain-lain
c) Apakah faktor haiwan yang terancam?
Murid: Pembalakan, Pemburuan, Pembangunan
d)Apakah langkah-langkah untuk mengelakkan
ancaman kepupusan haiwan ?
Murid : Jawapan yang munasabah
Sumber/ Bahan P & P
Lagu ‘Mari Gerakan’
komputer riba , alat
pembesar suara,
projector, layar putih
Strategi P & P
Perbincangan , sesi
penyoalan
Kemahiran berfikir
Menjanakan idea
12
Langkah Isi Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CatatanAktiviti Guru
Penutup
(4 minit)
"Buku Skrap haiwan terancam dan
haiwan pupus"
1.Guru memberi latihan iaitu menghasilkan sebuah
"Buku Skrap haiwan terancam dan haiwan pupus"
yang perlu dihantar 2 minggu dari sekarang.
2. Di dalam aktiviti ini, pelajar diberi tugasan untuk
membuat sedikit penyelidikan tentang haiwan yang
pupus dan terancam, dengan bantuan guru.
13
TUGASAN BPengajaran
berunsurkan TMK(Power Point
Slaid)
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
II)CD & Bahan Maujud berbentuk
2D &3D
28
Rajah 1 Topeng guru dan murid diedarkan
Rajah 2 Guru dan murid telah memaki topeng yang disediakan
29
Rajah 3 Topeng haiwan 2D
Rajah 4 Lirik lagu 'Selamat Haiwan'
30
III)Langkah membuat Bahan Bantu Pengajar
31
Langkah 1 Pemilihan bahan untuk menghasilkan sebuah topeng Mamot
Langkah 2 Tanda tempat untuk dibakar dengan api daripadan lilin
32
Langkah 3 Cutter digunakan untuk mengeluarkan sisa plastik yang dilebur serta mencuba memakai
Langkah 4 Memotong sebuah hujung botol dan dipasang dengan botol lain lalu guna selefon tape untuk pegunkan kedudukan 2 botol
33
Langkah 5 Susun bahan hasilan topeng sebelum langkah yang seterusnya
Langkah 6 Menggantung air botol lalu disembur cat serta dibiarkan kering selama 30minit
34
Langkah 7 Menggunakan alat pemateri untuk menepuk lubang bagi mengikat bakul dan tong dengan kuat
Langkah 8 Menjahit kain untuk menghasilkan hidung Mamot
35
Langkah 9 Gabung semua bahan dengan menjahit jelujur kasar mahupun melekat dengan UHU Gam
36
Kesimpulan
“Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta”
Lirik Lagu Tema Hari Guru 2009
Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan
hasrat “Membina Negara Bangsa”. Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri
agar P&P yang dilaksanakan berkesan. Pengajaran berkesan memerlukan guru
yan berkenbolehan untuk mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian
mengikut tahap murid; mampu mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi
dan teknik pengajaran dengan berkesan dan impak akhir murid cemerlang dalam
akademik dan sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik
yang baik bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P. Disamping itu,
peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru digalakkan
untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri dan seterusnya
melaksanakan inovasi dalam P&P seperti unser Seni Dalam Pendidikan .
Pengajaran yang berkesan sangat bergantung kepada ketinggian tahap
penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru
mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan adalah
adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta pemikiran yang kritis
dan kreatif untuk menghasilkan P&P yang berkesan serta sistematik.
37
TUGASAN C
REFLEKSI
38
RefleksiBersyukur kepada tuhan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk
menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
melalui seni visual, muzik dan pergerakan . Pada tarikh 8 Februari 2015, saya dan
rakan kelas telah menerima soalan tugasan Projek Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP-GSTT) daripada pensyarah Puan Izzatul Ashikin binti Hashim
Ibrahim.
Seterusnya, melalui tugasan ini telah memberi kesempatan kepada saya
menghayati erti sebenar pepatah Melayu yang menyatakan “hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih” serta “muafakat membawa berkat”. Apabila saya mula menerima
tugasan ini, saya berasa amat beban sebab keterbatasan ilmu yang ada pada diri
sendiri. Namun disebabkan saya mempunyai semangat berjuang dan komitmen yang
tinggi saya sedaya upaya berusaha untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan
melalui internet dan buku ilmiah di Perpustakaan IPG Kampus Tun Hussein Onn .Saya
juga mengagihkan masa dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tugasan individu
dengan mengikut rancangan pelaksanaan yang berkesan dan sistematik .
Dengan menghasilkan tugasan ini, saya telah merancang satu sesi pengajaran
dan pembelajaran P&P bagi subjek Sains Tahun 6 mengikut sukatan pelajaran yang
telah disediakan. Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah
memikirkan idea-idea yang agak seronok untuk dipelajari berdasarkan elemen-elemen
dalam Subjek Seni Dalam Pendidikan iaitu seni, muzik, dan gerakan. Setelah memilih
topik Sain Tahun 6 iaitu Pupus dan ancaman, saya juga merancang bahan bantu
pengajaran berunsurkan teknologi maklumat komunikasi menerusi perisian power point
untuk menarik minat murid untuk melihat , meningkat keinginan tahu, serta menjanakan
idea terhadap topik pembelajaran dan pengajaran telah sedia.
Dalam aktiviti yang telah saya rancang, murid-murid akan dibahagikan kepada
dua kumpulan untuk menyanyi ,membuat perbincangan serta membuat pembentangan.
Aktiviti yang telah saya rancang adalah lebih berfokus membina kemahiran berfikir murid
melalui teknik penyoalan dan mengadakan perbincangan kumpulan lalu membuat
39
pembentangan. Saya berasa murid-murid akan belajar cara berkomunikasi melalui
perbincangan dalam kumpulan terhadap sesuatu topik. Hal ini kerana kanak-kanak lebih
suka bercakap, membuat aktiviti berbanding duduk diam serta mendengar guru
mengajar sepanjang tempoh waktu tersebut. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-
murid dapat lebih menikmati, berfokus kepada P&P guru serta meningkatkan keinginan
tahu terhadap topik yang dipelajari.Tambahan pula, pembelajanran konstektual ini juga
diselitkan dengan elemen-elemen Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang menjadikan sesi
P&P lebih menarik minat murid-murid.
Tugasan SDP dapat melatih diri untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang betul dan sistematik. Hal ini demikian, semasa menyandang sebagai
guru sandaran tidak terlatih RPH yang ditulis adalah tidak mengikut spesifikasi RPH
yang telah tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Dengan itu, saya telah
mencari format untuk menulis rancangan pengajaran harian dalam bentuk KBSR dan
KSSR. Format rancangan pengajaran harian KBSR yang diperoleh dapat saya bezakan
dengan format rancangan pengajaran harian KSSR. Format rancangan pengajaran
harian juga merupakan sebahagian tugas guru untuk mengenali , memahami, dan
mempraktikkan untuk kebaikan murid-murid agar setiap pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang boleh mencungkil pelbagai aspek kemahiran , bakat serta minat murid
yang pelbagai ragam. Saya tidak menafikan bahawa dahulu saya membuat rancangan
pengajaran harian semata-mata dibuat untuk disemak oleh guru besar dan mencatat
markah peperiksaan di buku RPH tetapi sekarang saya lebih mementingkan rancangan
pengajaran harian yang saya rancang agar pembelajaran dan pengajaran dalam kelas
terhadap sesuatu topik dapat dilaksanakan dengan baik, sistematik dan berkesan.
Tambahan pula, bahan bantu mengajar yang dihasilkan daripada bahan
buangan seperti tong rosak, kain rosak, dan botol minuman buangan untuk
menghasilkan topeng mamot. Hal ini merupakan sesuatu yang memanfaat alam semula
jadi kerana bahan-bahan yang dipilih untuk menjalankan aktiviti P&P adalah daripada
bahan-bahan kitar semula. Dalam aktiviti yang telah dirancang , topeng mamot amat
berguna dalam P&P kelas kerana murid dapat tertarik dengan topeng tersebut dan lebih
berfokus dalam sesi pembelajaran.
Di samping itu, pendekatan saya menggunakan adalah pendekatan pembelajaran
secara kontekstual. Ia merupakan pengajaran yang menggabungkan isi kandungan
40
dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-
on. Matlamat utama pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para
pelajar yang cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan
kelak. Pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran
berikut dalam pengajaran kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing
(Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering
(Memindahkan). Manakala strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu
motivasi, pemahaman, aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan. Faedah lain
kepada pelajar ialah mereka boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman
konkrit dan dapat belajar secara kerjasama antara rakan-rakan. Aktiviti berkumpulan
seperti ini memberi peluang kepada kumpulan lemah atau sederhana berinteraksi
dengan pelajar yang cemerlang melalui konsep peer teaching.
Di samping itu, kelemahan saya ialah membaca buku. Hal ini demikian, kerana
kebanyakkan buku mempunyai perkataan lebih daripada visual. Apabila mata melihat
perkataan yang banyak sebaris demi sebaris, otak akan menyampaikan mesej letih,
boring dan fikiran negatif untuk memberhentikan saya daripada aktiviti mebaca bahan
ilmiah. Oleh itu saya mencari startegi pembacaan yang berkesan agar saya menyiapkan
tugasan ini serta memupuk semangat membaca dalam diri sendiri dengan startegi yang
berkesan iaitu strategi “Survey, Question, Read, Recite, Review” (SQ3R) yang
dipelopori oleh (Robinson, 1946) dalam buku bertajuk ”Effective Study ” . Dengan
strategi yang dijumpai, saya tidak melengahkan masa dan mencari bahan ilmiah untuk
mebaca dengan cara SQ3R. Saya mengambil masa dua minggu untuk menyesuaikan
strategi ini dalam pencarian maklumat berkaitan konsep asas dalam seni visual, muzik
dan pergerakan.
Berdasarkan aktiviti pengajaran makro, kekuatan saya ialah berjaya merancang
rancangan pengajaran harian Tahun 6 dengan mengikut kehendak kurikulum standard
sekolah rendah. Menurut Sugarman (1973) dan Lerner (1976), manusia memang
dijadikan penerima nilai, pemilih nilai, pengamal nilai, pembentuk nilai pewaris dan
penerus nilai serta pengawal nilai. Saya amat berpuas hati sebagai agen pemindahan
nilai murni terhadap murid. Guru-guru boleh membantu para murid untuk mewujudkan
nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan murid
yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum.
41
Di samping itu, cabaran yang dihadapi adalah dalam pelaksanaan tugasan ini
ialah bahagi masa dalam rancangan pengajaran harian, bahan mencipta topeng serta
menggubal sebuah lirik berdasarkan lagu kanak-kanak. Pembahagian masa P&P
merupakan sesuatu abstrak kepada saya, namun dengan bantuan guru pelatih senior,
saya dapat memahami masa itu adalah emas, bukan semua aktiviti perlulah diletakkan ,
kita perlu bijak untuk memilih aktiviti yang mudah dengan pengambilan masa yang
pendek serta P&P yang berkesan terhadap murid-murid. Tidak saya lupakan bahawa
bahan topeng yang sering menjadi kebimbangan saya terhadap pencarian bahan untuk
mereka cipta. Proses mencari dari lawan web, buku sukar untuk mencapai kepuasan
pencarian idea untuk menghasilkan topeng mamot. Pada saat yang suntuk, saya tiada
masa untuk berlengah berfikir, saya terus mencari bahan buangan di rumah agar sesuai
digunakan untuk menghasilkan topeng mamot yang saya impi-impikan. Dalam proses
menggubal lagu berdasarkan topik Sains Pupus dan ancaman, hasil gubalan lirik
memang susah di sesuaikan dalam lagu kanak-kanak. Dengan bantuan pensyarah dan
rakan-rakan , akhirnya saya dapat menyusun ayat lirik ke dalam irama lagu kanak-kanak
dengan lancar dan baik.
Selain itu, tugasan ini juga wujud kerjasama sesama manusia yang dipelajari
oleh saya. Masalah-masalah yang dihadapi telah banyak dibantu oleh rakan-rakan ,
senior senior . Contoh saya berusaha mendapatkan pandangan dan pendapat daripada
senior opsyen Sains untuk mendengar pendapat dan pandangan bagi pengajaran dan
pembelajaran (P&P ) tahun 6 , Pupus dan ancaman. Cadangan dan pendapat mereka
diberi saya catatkan dan mengubahsuai mengikut kesesuaian melaksanakan P&P saya
dalam kelas. Salah satu cadangan yang ambil daripada senior ialah menggunakan
Topeng Mamot agar demonstrasi guru dijelaskan dengan jelas, maka murid juga dapat
memahami dan lebih berfokus dalam sesi pengajaran. Oleh itu kemahiran komunikasi
sesama manusia adalah penting terutamanya dengan anak murid kita dan juga rakan
sejawat pada masa akan datang. Dengan itu, kita perlu bermula membelajari kemahiran
berkomunikasi sesama manusia dari Institut Pendidikan Guru.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah bimbingan saya iaitu Puan Izzatul Ashikin binti Hashim Ibrahim dan rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membimbing ,dan memberi motivasi agar saya dapat
meneruskan perjuangan untuk menyiapkan tugasan dengan cemerlang.
42
Bibliografi
Affendi bin Mohd Zulkifli. (2012, Julai 14). Blogspot. Retrieved from Seni dan pendidikan: http://shydatulhushna.blogspot.com/
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mayer Richard.E, M. R. (2003). Multimedia learning principle. Educational phycologist, 38(1), 43-52. Retrieved February 20, 2015, from http://www.uky.edu/~gmswan3/544/9_ways_to_reduce_CL.pdf
Md. Arris Abu Yasmin, M. Y. (2012). Sains. Buku Teks Tahun 6 (pp. 15,16,18). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Needham . (1987). Teaching strategies for developing understanding in science. Centre for Studies in Science and Mathematics Education.
Nor Azhar Ishak bin Mohamad Khairul. (2011, Disember 16). Blogspot. Retrieved from Fun + Mental=Fundamental: http://norazharishak.blogspot.com/2011/12/aktiviti-sains-skrap-haiwan-terancam.html
Robinson, F. P. (1946). Effective Study. California: Harper &Brothers.
Siti Atikah binti Mohd Ahmad. (2011, Jun 16). Blogspot. Retrieved from Pengenalan Seni dalam Pendidikan: http://lastikbbdah.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada-seni-dalam-pendidikan.html
Slavin, R.E. (1990). Cooperative learning: Theory, research, and practice. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
43
Lampiran
44
Rajah 5 Amali bersama murid (rujuk file video )
45
Rajah 6 Berkenalan dengan murid tahun 6
46
Rajah 7 Video lagu selamat haiwan nyanyi bersama murid (rujuk file video )
47