4
SETTING AKUARIUM. Setting akuarium merupakan perkara yang mudah berbanding dengan penjagaan akuarium. Setup akuarium perlu dimulakan dengan merancang corak yang sesuai dan menarik. Perkara ini penting bagi memastikan keadaan di dalam akuarium nampak seolah-olah keadaan sebenar. CARA SETTING SEBUAH AKUARIUM Letakkan akuarium (tangki) di tempat yang betul dan sesuai.Masukkan air dan pastikan sama ada terdapat bocoran atau tidak pada tangki tersebut. Masukkan apa saja imej latar belakang pada sebelah luar belakang tangki. Gunakan air untuk membersih dan membuang kotoran yang tidak diperlukan yang terdapat pada celah-celah campuran batu hiasan kecil dan pasir. Masukkan campuran tadi ke dalam akuarium. Letakkan aksesori lain sebagai hiasan dan latar belakang untuk akuarium. Contohnya replika kapal, kayu atau apa saja yang menarik bagi menceriakan akuarium.

Setup Akuarium

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Setup akuarium

Citation preview

Page 1: Setup Akuarium

SETTING AKUARIUM.

Setting akuarium merupakan perkara yang mudah berbanding dengan penjagaan akuarium. Setup akuarium perlu dimulakan dengan merancang corak yang sesuai dan menarik. Perkara ini penting bagi memastikan keadaan di dalam akuarium nampak seolah-olah keadaan sebenar.

CARA SETTING SEBUAH AKUARIUM

Letakkan akuarium (tangki) di tempat yang betul dan sesuai.Masukkan air dan pastikan sama ada terdapat bocoran atau tidak pada tangki tersebut. Masukkan apa saja imej latar belakang pada sebelah luar belakang tangki. Gunakan air untuk membersih dan membuang kotoran yang tidak diperlukan yang terdapat pada celah-celah campuran batu hiasan kecil dan pasir. Masukkan campuran tadi ke dalam akuarium.

Letakkan aksesori lain sebagai hiasan dan latar belakang untuk akuarium. Contohnya replika kapal, kayu atau apa saja yang menarik bagi menceriakan akuarium.

Page 2: Setup Akuarium

Pasang dan masukkan pam penapis, pemanas dan termometer air ke dalam akuarium.

Kemudian, masukkan air yang suam sejuk melalui hos getah ke dalam akuarium. Elakkan air daripada mengganggu hiasan batu-batu hiasan kecil dan pasir tadi dengan mendekatkan hos getah pada hiasan tersebut. Masukkan ubat anti-klorin untuk menambah kualiti air.

Page 3: Setup Akuarium

Apabila tangki sudah separuh penuh, masuk dan hias tumbuhan akuatik asli atau palsu mengikut kesesuaian dan citarasa tersendiri. Kemudian tambah air lagi sehingga hampir penuh.

Pasang dan masukkan lampu. Kemudian masukkan ikan hiasan dengan berhati-hati. Setelah semua selesai, tutup penutup tangki akuarium.

Sumber diperolehi daripada :

http://o-fish.com/Aquascaping/Setup4.htm