Sihir Tafriq

Embed Size (px)

Citation preview

Sihir TafriqSihir Tafriq ada banyak cabang selain memisah ikatan suami isteri. Sihir Tafriq juga digunakan untuk memisahkan ikatan persahabatan kawan karib dan lain-lain ikatan mungkin termasuk memecahbelah ikatan di antara adik beradik, ikatan saudara mara dan yang terdekat termasuk anak beranak. Mungkin anak dan ibunya atau ayahnya. Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq yang diberitahu oleh Ustaz Sharhan iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri. UNTUK MENGESAN GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat .Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.

Baca surah ini:1. Surah Al-Baqarah: ayat 102

Maksudnya: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

UNTUK PELINDUNGAN DIRI TERMASUK SIHIR TAHRIQBaca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib 1. Surah Al Anam: Ayat 61

DARI

TERKENA

SEBARANG

SIHIR

Maksudnya: Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). 2. Surah Hud: Ayat 57

Maksudnya: Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

3.Surah Al Araf: Ayat 118

Maksudnya: Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

HUKUM MEMFITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAHSatu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut',mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melagalagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua,malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan rumahtangga. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak. Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran. "Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125) Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa,pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya,malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang jadi mangsanya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik,termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya,sedangkan hatinya benci.Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah. Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi,semakin mudah pula mengadakan berita palsu,fitnah dan segala celaan,dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau. Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis,diucap dan disebar,bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki,kerana semua itu akan ditanya Allah. "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati,semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36) Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w. Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Allah tidak membenarkan perkara keji,berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam,lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang. Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga,sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim,sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan. Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah,tetapi mangsanya mungkin seorang,tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun. Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda,Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.Akibat kejadian itu,lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau. "Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu,jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu.Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu,dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman,bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20) Melalui pembacaan artikel ini sudah cukup jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki,lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang,kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. 2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21

Maksudnya: Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang

membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu? 3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21

Maksudnya: Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah. 1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! 2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)

Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan."

3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Amalan-amalan ketika mengandung.

Masa mengandung sembilan bulan adalah masa yang panjang. Oleh itu si ibu hendaklah sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Jika tak berapa kenal huruf boleh membaca dengan mengikut bacaan dari Al-Quran (FURQAN DIGITAL) atau selalu mendengar bacaan Al-Quran.

1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan. 2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam. 3.Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Surah-surah amalan ketika mengandung Al-Fatihah dan ayat Kursi Seluruh surah Yassin Seluruh surah At-Taubah Seluruh surah Yusuf Seluruh surah Luqman Seluruh surah Maryam Surah An-Nahl ayat 78

Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri. 1. Adab isteri terhadap suami ketika mengandung.

Mengasihi dan menyayangi suami. Menjaga perkataan terhadap suami. Tidak terlalu cerewet. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

DOA UNTUK MENDAPATKAN ZURIATAmalkan ayat-ayat dibawah ini selepas setiap kali selepas solat. InsyaAllah Allah mendengar permintaan hambaNya. 1. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 89).

Maksudnya: Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." Keterangan ayat:

Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.

Khasiat dan kaifiat beramal: Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu. Perbanyakkan makan buah berikut:-

Badam (almond) 5 Biji tiap hari. Buah Delima Buah Zaitun Buah Kurma

Jauhkan dan elakkan makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas serta makanan yang berasid seperti jeruk buah-buahan, Kurangkan makanan seafood. Banyak makan sayur dan buahan. Suami perlu banyak makan daging, ayam. Elakkan minum air kelapa. Masa Berjimak Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat. Cara berjimak yang dituntut. 1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. Semuga beroleh zuriat yang baik dan soleh yang akan membahagiakan pasangan suami isteri dan dirahmati Allah SWT.