5
Simpulan Bahasa 1. Perbuatan _____________ boleh menjejaskan kecekapan seseorang pekerja dalam menjalankaan tugas. A berat tulang C makan suap B makan angkat D curi tulang 2. Datuk berasa sungguh ____________ apabila sayur-sayuran di dalam kebunnya telah dimakan oleh kambing. A iri hati C kecil hati B panas hati D patah hati 3. Encik Lam ___________ di syarikat itu semenjak dari dahulu lagi. A gaji buta C gaji pokok B gaji hari D makan gaji 4. Pelajar yang _______ itu dapat menjawab soalan Matematik dengan cepat pantas. A terang bulan C ada angin B terang hati D muda hati 5. Setiap pelajar hendaklah ______________ sewaktu guru sedang mengajar. A pasang telinga C telinga nipis B telinga lintah D telinga kuali 6. Sekumpulan pengakap yang tersesat di dalam hutan itu sedang mencari ___________. A jalan pintas C jalan keluar B jalan tengah D jalan belakang

Simpulan Bahasa Dan Ayat Tanya

  • Upload
    jes

  • View
    332

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh soalan

Citation preview

Page 1: Simpulan Bahasa Dan Ayat Tanya

Simpulan Bahasa

1. Perbuatan _____________ boleh menjejaskan kecekapan seseorang pekerja

dalam menjalankaan tugas.

A berat tulang C makan suap

B makan angkat D curi tulang

2. Datuk berasa sungguh ____________ apabila sayur-sayuran di dalam

kebunnya telah dimakan oleh kambing.

A iri hati C kecil hati

B panas hati D patah hati

3. Encik Lam ___________ di syarikat itu semenjak dari dahulu lagi.

A gaji buta C gaji pokok

B gaji hari D makan gaji

4. Pelajar yang _______ itu dapat menjawab soalan Matematik dengan cepat

pantas.

A terang bulan C ada angin

B terang hati D muda hati

5. Setiap pelajar hendaklah ______________ sewaktu guru sedang mengajar.

A pasang telinga C telinga nipis

B telinga lintah D telinga kuali

6. Sekumpulan pengakap yang tersesat di dalam hutan itu sedang mencari

___________.

A jalan pintas C jalan keluar

B jalan tengah D jalan belakang

7. Sikap Akil yang nakal dan suka mengganggu orang lain diibaratkan seperti

_________.

A muka tembok C bunga dedap

B kacang hantu D gila bayang

Page 2: Simpulan Bahasa Dan Ayat Tanya

8. Ibu ____________ melihat keadaan bilik kami yang berselerak itu.

A sakit mata C mata duitan

B makan hati D mata-mata

9. Jiran saya digelar _________ kerana suka bercakap. Oleh sebab itu, semua

orang tidak suka berkawan dengannya.

A berat mulut C tajam akal

B murah hati D mulut murai

10. Shima seorang yang ____________ kerana dia suka membantu orang tua.

A batu api C rambang mata

B ringan tulang D panjang tangan

Pilih Ayat Tanya yang betul

1. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Orang kaya itu ialah bapa Malik.

A Orang itu kaya?

B Bapa Malik kaya?

C Orang kaya bapa Malik?

D Siapakah orang kaya itu?

2. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Lee Meng dimarahi guru kerana bergaduh di dalam kelas.

A Siapakah yang bergaduh di dalam kelas?

B Bilakah Lee Meng dimarahi guru?

C Mengapakah Lee Meng dimarahi guru?

D Bagaimanakah Lee Meng dimarahi?

3. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Ya, saya baru berpindah ke sekolah ini.

A Kamu murid baharu di sekolah ini?

B Kamu akan berpindah ke sini?

C Kamu suka bersekolah di sini?

D Kamu tinggal di kampong Baharu?

Page 3: Simpulan Bahasa Dan Ayat Tanya

4. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Memang cantik tempat peranginan itu.

A Bilakah awak ke sana?

B Adakah tempat peranginan itu cantik?

C Apakah nama tempat peranginan itu?

D Di manakah tempat peranginan itu?

5. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Ibu sedang mencelur terung dan pucuk ubi di dapur.

A Bagaimanakah caranya mencelur terung dan pucuk ubi ini?

B Bilakah ibu mencelur terung dan pucuk ubi itu?

C Apakah yang sedang ibu lakukan di dapur?

D mengapakah ibu ibu berada di dapur?

6. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Encik Marzuki akan membawa anak-anaknya pulang ke kampung pada cuti

semester yang akan datang.

A Mengapakah Encik Marzuki akan membawa anak-anaknya pulang ke

kampung?

B Di manakah Encik Marzuki dan anak-anaknya akan bercuti pada cuti

semester?

C Apakah yang akan dibawa oleh Encik Marzuki apabila pulang ke

kampung?

D Bilakah Encik Marzuki akan membawa anak-anaknya pulang ke

kampung?

7. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kita perlu rajin mengulang kaji pelajaran jika hendak Berjaya dalam

peperiksaan.

A Siapakah yang Berjaya dalam peperiksaan?

B Mengapakah kamu Berjaya dalam peperiksaan?

C Bagaimanakah cara untuk Berjaya dalam peperiksaan?

D Apakah yang menyebabkan kamu berjaya dalam peperiksaan?

Page 4: Simpulan Bahasa Dan Ayat Tanya

8. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Para penonton diminta beratur di hadapan kaunter yang disediakan semasa

membeli tiket.

A Bilakah para penonton diminta beratur semasa membeli tiket?

B Di manahkah para penonton diminta beratur ketika membei tiket?

C Mengapakah para penonton diminta beratur ketika membeli tiket?

D Siapakah yang menyuruh para penonton beratur ketika membeli tiket?

9. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Adik tertidur di atas sofa itu kerana keletihan setelah seharian menjalani

latihan bola sepak di padang sekolah.

A Berapakah harga sofa buatan Itali ini?

B Di manakah adik membeli sofa ini?

C Mengapakah adik tertidur di atas sofa itu?

D Siapakah yang keletihan tertidur di atas sofa itu?

10.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat agar-agar laici ini ialah

sebungkus agar-agar, setin laici, 500 mililiter air dan gula.

A Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat agar-agar?

B Bagaimanakah caranya untuk membuat agar-agar?

C Mengapakah perlunya bahan membuat agar-agar ini?

D Bilakah bahan agar-agar ini diperlukan?