Sistem Bahasa Nota

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahasa melayu

Citation preview

Sistem bahasa

Kata Nama Kata nama terbahagi kepada:(a) kata nama am(b) kata nama khas(c) kata ganti namaKata Nama Am1 Kata nama am digunakan untuk merujuk kepada manusia, haiwan, tempat, benda atau perkara secara umum2 Setiap kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal kata kecualijika ditulis pada awal ayat.3 Kata nama am digunakan untuk menyebut benda bernyawa dan benda yang tidak bernyawa. Benda Bernyawa1 ManusiaContoh: Abang, kakak, adik, ayah, ibu, guru, lelaki pelawak, jururawat2 HaiwanContoh: Burung, lembu, ikan, keldai3 Tumbuh-tumbuhanContoh: Lalang, terung, jambu, rumput, sawi, cendawan, pisang Benda Tidak Bernyawa1 TempatContoh: Rumah, dapur, pawagam, warung kopi, kedai runcit, maktab2 BendaContoh: Biskut, kasut, kalendar, roti, beg tanganKata Nama Khas1 Kata nama khas digunakan untuk menyebut nama manusia, haiwan, tempat atau benda secara khusus.2 Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.3 Kata nama khas digunakan untuk menyebut benda bernyawa dan benda yang tidak bernyawa. Benda Bernyawa1 ManusiaContoh: Amirul, Azwal, Khairul, Kwan Meng, Danny, Linggam2 HaiwanContoh: Sang Kancil, Si Cornel Benda Tidak Bernyawa1 TempatContoh: Tumpat, Kuala Kangsar, Pantai Lido, Sarikei, Sibu, Kudat, Melaka2 BendaContoh: Perodua Viva, Jalur Gemilang

J Kata Ganti Nama DiriNotaKata Ganti Nama Kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti.Kata Ganti Nama DiriDigunakan untuk menggantikan kata nama orang, iaitu:(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama Digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap apabila bercakap dengan orang lain. Terbahagi kepada dua, iaitu:(i) tunggal - aku, saya, beta, hamba, patik(ii) jamak - kami, kita(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua Digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang bercakap dengan kita Terbahagi kepada dua, iaitu:(i) tunggal - awak, anda, eng^au- karr|u. tuanku(ii) jamak - anda, kamu, kalian(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan Terbahagi kepada dua, iaitu:(i) tunggal - dia/ia, beliau, baginda, -nya(ii) jamak - mereka

Kata Kerja Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:(a) kata kerja transitif(b) kata kerja tak transitifKata Kerja Transitif1 Memerlukan objek untuk membentuk ayat yang lengkap.Contoh: Pak Cik Seman memanjat pokok kelapa.Kata Kerja TransitifObjek

memanjatpokok kelapa

2 Terbahagi kepada:(a) kata kerja transitif aktif(b) kata kerja transitif pasif Kata Kerja Transitif Aktif1 Terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-...-i, mempeR-...-i, mempeR-, meN-...-kan, dan mempeR-..,-kan.Contoh: menolak, mendahului, memper-baharu, menidakkan, mempersendakan Kata Kerja Transitif Pasif1 Terdiri daripada kata kerja berimbuhan beR-, di-, dan teR-.Contoh: berbasuh, berlipat, dijemput, terbuka.2 Menggunakan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua.Contoh: kufahami, kami turuti, engkau idamkan.Kata Kerja Tak Transitif1 Kata kerja tak transitif terbahagi kepada:(a) Kata asal, contoh: bangun, masak, minum(b) Kata berawalan meN-, contoh: menari, menyanyi(c) Kata berawalan teR-, contoh: terduduk, tertipu(d) Kata berawalan beR-, corltoh: bekerja, bermain(e) Kata berapitan beR-...-an, contoh: berjauhan, berlawanan(f) Kata berapitan beR-...-kan, contoh: berasaskan, berbekalkan, bermandikan2 Kata kerja tak transitif terbahagi kepada:(a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, contoh: Mereka berlari; Adik menangis(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap, contoh: Mak Munah duduk beralaskan tikar mengkuang; Abang menjadi jurutera.

NotaKata Adjektif1 Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.2 Kata adjektif terbahagi kepada:(a) Kata Adjektif Sifatan/KeadaanContoh: Cerah, bijak, cantik, sakit, baik, dan sebagainya.(b) Kata Adjektif WarnaContoh: Putih, merah, hijau, hitam, biru, dari sebagainya.(c) Kata Adjektif UkuranContoh: Tebal, pendek, ketot, lebar, panjang, nipis dan sebagainya.(d) Kata Adjektif WaktuContoh: Baharu, lama, segera, sebentar, dan sebagainya.e) Kata Adjektif JarakContoh: Hampir, dekat, jauh, rapat, dan sebagainya.(f) Kata Adjektif BentukContoh: Leper, bulat, bujur, lonjong, dan sebagainya.(g) Kata Adjektif CaraContoh: Lincah, kasar, cepat, pantas, dan sebagainya.(h) Kata Adjektif PancainderaContoh: Harum, pedas, pahit, manis, masam, nyaring, kesat, dan sebagainya.(i) Kata Adjektif PerasaanContoh: Marah, geram, rindu, benci, dan sebagainya

.

NotaKata Sendi Nama (c)1 Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai kata depan atau sendi kepada kata nama atau frasa nama2 Antara kata sendi nama ialah hingga/sampai,antara, sebagai, sejak/semenjak, seperti/bagai/umpama, dalam, demi, dan sebagainya. (d)(a) AkanFungsi: Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia.Ayat contoh: Puan Salina sangat rindu akan anak-anaknya yang berada di kampung. (e)(b) DiFungsi: Digunakan khusus untuk tempat.Ayat contoh: Kami akan mengadakan aktiviti perkhemahan di Lata Belatan pada minggu hadapan.Tentang/MengenaiFungsi: Menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum.Ayat contoh: Encik Zul dan isterinya sedang berbincang tentang persekolahan anak-anak mereka.SejakFungsi:Ayat contoh: Menunjukkan makna bermula dari sesuatu masa atau waktu tertentu. Ayat contoh: Encik Zali mengusahakan ternakan kambing sejak dua tahun yang lalu.Hingga/SampaiFungsi: Menunjukkan maksud had/jangka masa tertentu.Ayat contoh: Suzana ingin belajar bersungguh-sungguh hingga/sampai berjaya.

NotaKata Hubung1 Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata. frasa dengan frasa, dan klausa dengan klausa dalam ayat.2 Ayat contoh:(a) Kakak membasuh pinggan dan cawan. -kata (pinggan) dengan kata (cawan).(b) Adik membaca buku sambil makan biskut. - frasa (membaca buku) dengan frasa (makan biskut).(c) Edward tidak dapat datang kerana kakinya sakit. - klausa (tidak dapat datang) dengan klausa (kakinya sakit).3 Kata hubung terbahagi kepada:(a) kata hubung gabungan(b) kata hubung pancangan Kata Hubung Gabungan1 Digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih setara sifatnya.2 Digunakan juga untuk membentuk ayat majmuk gabungan.Contoh:(a) DanFungsi: Menggabungkan dua unsur yang setara.Ayat contoh: Adam dan Rizal berkawan baik sejak tadika lagi.(b) AtauFungsi: Menunjukkan satu pilihan. Ayat contoh: "Kakak atau abang yang akan pergi ke sana?" tanya ibu.

(c) TetapiFungsi: Menunjukkan hal-hal yang berlainan.Ayat contoh: Datuk sakit tetapi dia enggan berjumpa dengan doktor.

(d) SertaFungsi: Menunjukkan maksud yang serentak.Ayat contoh: Aminah jujur serta menghormati yang lain.

(e) LaluFungsi: Menunjukkan dua perkara atau perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.Ayat contoh: Emak mengambil pakaian kotor lalu memasukkannya ke dalam mesin basuh.Kata Hubung PancanganTerdapat tiga kata hubung pancangan, iaitu:(a) Kata hubungan pancangan relatif (yang)(b) Kata hubungan pancangan komplemen (bahawa, untuk)(c) Kata hubung pancangan keterangan (agar, meskipun, semoga, supaya hingga, apabila, sementara, dll)

Kata Seru1 Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah, geram, hairan, gembira, kagum. terkejut, sedih, dansebagainya.2 Kata seru digunakari untuk membentuk ayat seruan.Contoh:(a) AduhFungsi: Untuk menyatakan perasaan sakit atau kagum.Ayat contoh: Aduh, peritnya tekak aku apabila menelan makanan!(b) AduhaiFungsi: Untuk menyatakan perasaan sedih Ayat contoh: Aduhai, beginilah nasib hidup pengemis yang merempat di ibu kota!(c) AhFungsi: Untuk menyatakan penolakan atau tidak setujuAyat contoh: Ah, saya tetap tidak dapat menerimanya!(d) EhFungsi: Untuk menyatakan perasaan terkejut atau hairanAyat contoh: Eh, awak pun ada di sini?(e) HaiFungsi: Untuk menarik perhatianAyat contoh: Hai, lama kita tidak bertemuya!(f) Wah/AmboiFungsi: Untuk menyatakan perasaan kagumAyat contoh: Wah, besarnya rumah ini!Amboi, cantiknya baju kurungitu!(g) WahaiFungsi: Untuk menyatakan menarik perhatian Ayat contoh: Wahai, adik-adikku, belajarlah rajin-rajin!

Imbuhan AwalanNotaImbuhan AwalanImbuhan awalan 'alah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasarAwalan beR-1 Awalan beR- dapat berubah menjadi be- atau bel-(a) be- - Fungsi: Awalan be- digunakan apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r atau suku kata pertamanya berakhir dengan er.Contoh: Beroda, berasa, bekerja(b) bel- - Fungsi: Awalan bel- digunakan apabila bertemu dengan kata ajar.Contoh: Belajar(c) ber- - Fungsi: Awalan ber- digunakan apabila bertemu dengan kata yang lain daripada kata yang telah dinyatakan. Contoh: Berlari, bertanya2 Awalan teR- - Fungsi: Dapat berubah menjadi te- atau tel-Contoh: terancang, terlanjur3 Awalan meN- - Fungsi: Akan berubah menjadi me-, men-, mem-, meng-. menge-, atau menye-(a) Me-: Melawat, merawat(b) Mem-: Memberi, memfokus(c) Meng-: Mengajar, mengeja, menggubah(d) Menge-: Mengebom.mengemop4 Awalan peN-Dapat berubah menjadi pe-, pern-, pen-, peng-, atau penge-5 Awalan se-Contoh: setaraf, semeja, sekeping6 Awalan di-Contoh: dilorek, diberi, dilontar7 Awalan ke-Contoh: keempat, ketiga-tiga

Nota

Imbuhan ApitanNotaImbuhan ApitanImbuhan apitan hadir serentak di hadapan dan di akhir kata dasar.1 Apitan beR-...-anContoh: bertaburan, berselerakan, berhampiran2 Apitan beR-...-kanContoh: bersandarkan, beralaskan, bertanya-kan3 Apitan di-...-i dan di-...-kanContoh: ditemui, disertai, ditemukan4 Apitan se-...-nyaContoh: sebelumnya, setibanya, setidak-tidaknya, seburuk-buruknya5 Apitan ke-...-anContohnya: kesihatan, kebendaan, keadaan, kehausan6 Apitan meN-...-kanContoh: mendaratkan, mengelaskan.menabujr-kan, menjahitkan, menyarungkan, me&rikan7 Apitan meN-...-iContohnya: menghadiahi, menasihati, menganugerahi, mengasari,Apitan teR-...-kan dan teR-...-i Contoh: terfikirkan, terpengaruhi Apitan peR-...-anPekerjaan, persahabatan, perkataan, perhimpunan, perpustakaan Apitan peN-...-anContoh: penjagaan, penemuan, pemandanganApitan dipeR-...-kan dan dipeR-...-iContoh: diperlakukan, dipersoalkanApitan mempeR-...-kanContoh: memperlawankan, mempertikaikan,memperlihatkanApitan mempeR-...-iContoh: memperhambai, mempersetujui

Imbuhan Pinjaman1 Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.2 Imbuhan pinjaman terbahagi kepada:(a) imbuhan awalan pinjaman(b) imbuhan akhiran pinjaman3 Imbuhan awalan pinjaman adalah seperti yang berikut: maha, pra, tata, panca, dwi, anti, auto.4 Imbuhan akhiran pinjaman adalah seperti yang berikut: -wan, -man, -wati, -iah, -at, -ah, -isme, is-, -grafi.

Kata Ganda1 Kata ganda terhasil melalui proses mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada sebahagian atau seluruhnya.2 Proses penggandaan dapat dilakukan terhadap kata nama, kata kerja, dan kata adjektifKata Ganda Seluruh1 Kata ganda seluruh terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya.2 Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-)3 Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud:(a) tunggal atau satu. Contoh: biri-biri, kuda-kuda, jemput-jemput.(b) jamak atau bilangan banyak. Contoh: nama-nama, pokok-pokok, rumah-rumah.Kata Ganda Separa1 Kata ganda separa terbentuk daripada pengulangan suku kata pertama kata asalnya.2 Selain itu, huruf vokal pada suku kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e.Contoh: kuda -* kekuda, jari -* jejari, dan parupeparu.3 Kata ganda separa tidak menggunakan sempang (-).4 Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja.5 Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud:(a) tunggal atau satu. Contoh: tetupai, kekuda, bebola.(b) jamak atau bilangan banyak. Contoh: dedawai, pepohon, jejari.Kata Ganda Bersajak/Berentak1 Kata ganda bersajak terbentuk apabila kata ganda mengalami perubahan bunyi apabila digandakan.2 Kata ganda bersajak mesti diberi tanda sempang (-)3 Kata ganda bersajak terbahagi kepada tiga ciri, iaitu:(a) persamaan bunyi di pangkal. Contoh: desas-desus, gerak-geri, dan remuk redam.(b) persamaan bunyi di hujung. Contoh: ca/ar-balar, kaya-raya, dan serta-merta.(c) bebas. Contoh: huyung-hayang, kacau-bilau, dan gunung-ganang.

Kata Majmuk1 Kata majmuk terdiri daripada dua atau lebih kata dasar yang membentuk satu makna yang baharu.2 Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maksud yang tersendiri. Contoh: kipas meja.Kata kipas dan meja mempunyai maksud masing-masing dan komponen kata majmuk kipas meja bermaksud kipas angin yang rendah yang biasanya diletakkan di atas meja.3 Terdapat kata majmuk yang terdiri daripada kata yang berbeza tetapi mempunyai maksud yang hampir sama.Contoh: sunyi sepi, hancur lebur. Dua patah kata yang hampir sama makna itu menyatakan maksud kesungguhan. Hancur lebur bermaksud keadaan yang sangat hancur.4 Kata majmuk ada yang dieja bercantum dan ada yang dieja terpisah.Contoh: kata majmuk dieja bercantum: antarabangsa, bumiputera, kakitangan, matahari, olahraga5 Kata majmuk dapat dikategorikan kepada beberapa kelas, iaitu: Kata nama majmukContoh: buah tangan, kraf tangan, air mata, air hujan, kaca mata, orang gaji Kata bilangan majmukContoh: dua puluh, satu per empat, tiga ribu Kata adjektif majmukContoh: hijau lumut, merah hati, biru muda Kata kerja majmukContoh: campur tangan, gulung tikar, lalu lintas Kata sendi majmukContoh: kepada, daripada, padahal Kata keterangan majmukContoh: sambil lewa, kerap kali, sering kali Kata hubung majmukContoh: bagaimanapun, apapun, sungguh-pun

Penanda Wacana

Penanda Wacana1 Penanda wacana ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau ideasupaya ada kesinambungan idea.Contoh: Walau bagaimanapunAyat contoh:Mangsa-mangsa banjir sangat bersedih akan bencana itu. Walau bagaimanapun, bantuan dan sumbangan yang diberi dapat meredakan kesedihan mereka. MalangnyaAyat contoh:Sekumpulan mat rempit sedang asyik melakukan aksi mengangkat roda hadapan. Malangnya, tidak berapa lama kemudian mereka berjaya dikepong oleh polis trafik. Lebih-lebih lagi Ayat contoh:Jalan ke kampung itu sangat sunyi. Lebih-lebih lagi pada waktu malam. KemudianAyat contoh:Mula-mula pandulah kereta hingga sampai di suatu simpang. Kemudian, belok ke kiri Sebelum ituAyat contoh:Kami sekeluarga akan pulang ke kampung. Sebelum itu, ayah akan memastikan kesemua pintu dan tingkap sudah dikunci. Namun demikianAyat contoh:Hari ini tiada sebungkus pun nasi lemak Mak Gayah yang terjual. Namun demikian dia tidak berputus asa. Walaupun begitu Ayat contoh:Encik Malik selalu sakit-sakit. Walaupun begitu dia tetap berusaha mencari rezeki untuk keluarganya. JusteruAyat contoh:Mary tidak perlu menyakiti hati saya. Justeru itu saya kurang percaya jika orang memburuk-burukkannya. Tambahan pulaAyat contoh:Iza enggan mengikut kakaknya pergi berkelah di tepi pantai. Tambahan pula dia kurang sihat..

NotaPenjodoh Bilangan1 Penjodoh bilangan ialah kata yang mendahului dan berpasangan dengan sesuatu kata namauntuk menjelaskan jenis dan bilangan kata nama tersebut. Contoh: kuntum untuk bunga, orang untuk manusia, dan ekor untuk binatang.2 Penjodoh bilangan digunakan untuk menerangkan aspek bilangan sesuatu benda, tempat, hal, perkara, dan manusia.3 Penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama kata bilangan seperti setiap, semua, dan Iain-Iain. Contoh:(a) Setiap pelajar (bukan *Setiap orang pelajar)(b) Semua binatang (bukan *Semua ekor binatang)Contoh-contoh penjodoh bilangan: BentukFungsi: Untuk benda-benda yang berbentuk lengkung. Contoh: mata kail, cincin, subang, dan sebagainya. HelaiFungsi: Untuk benda-benda yang nipis dan lebar. Contoh: baju, kain batik, tudung, kertas, daun, seluar, selendang, dan sebagainya. BukuFungsi: Untuk benda-benda yang ber-buku atau berbongkah. Contoh: sabun, rati, dan sebagainya. HirisFungsi: Untuk benda-benda yang dipotong nipis. Contoh: bawang, daging, tomato, timun, dan sebagainya. JambakFungsi: Untuk benda yang berbentuk karangan atau berangkai. Contoh: kunci, bunga, dan sebagainya.

SinonimSinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai maksud yang sama.Contohbadan = tubuh, jasadcaci = cela, makidahaga = hausenak = lazat, sedapfasal = tentanggemar = sukahabis = selesai, tamatibu = emak, indukjanji = ikrar, sumpah

AntonimAntonim ialah kata yang berlawanan erti, iaitu kata yang mempunyai maksud yang bertentangan atausebaliknya.

Contoh:

bahaya= selamat

cabut= tanam

damai= huru-hara

elok= buruk

fakir= kaya

gagah= lemah

habis= ada

ikal= lurus

jaga= tidur

karam=timbul

labuh=singkat

mahal=murah

naik=turun

olahragawan=olahragawati

qari=qariah

ramai=sedikit

sakit=sihat

tamat=mula

uzur=sihat

waras=gila

yakin=sangsi

zalim=adil

Memilih Jawapan1 Kata tanya seperti apa, siapa, mana, bila, berapa, bagaimana, dan mengapa dijadikan panduan untuk menentukan dasar pernyataan itu sama ada berbentuk soalan atau jawapan.2 Murid perlu memahami maksud kata tanya tersebut dengan jelas.Contoh ApaSoalan: Dia bertanya kepada kamu apa? Jawapan: Dia bertanyakan buku cerita yang saya pinjam. BerapaSoalan: Kamal anak yang ke berapa?Jawapan: Kamal anak sulung daripada enam beradik. BilaSoalan: Mereka tiba bila?Jawapan: Baru sebentartadi mereka tiba. BagaimanaSoalan: Kakak pergi ke tempat kerjanya bagaimana?Jawapan: Kakak pergi ke tempat kerja dengan menumpang kereta kawannya. ManaSoalan: Ayah kamu pergi ke mana?Jawapan: Ayah saya pergi ke kebun.

Memilih Soalan bagi JawapanNotaMemilih Soalan1 Kata tanya seperti apa, s/'apa, mana, bila, berapa, bagaimana, dan mengapa dijadikan panduan untuk menentukan dasar pemyataari itu sama ada berbentuk soalan atau jawapan.2 Murid perlu memahami maksud kata tanya tersebut dengan jelas.Contoh: ApaSoalan: Kamal bertanya apa kepada kakak kamu?Jawapan: Dia bertanyakan novel yang kakak saya pinjam. BerapaSoalan: Jali mendapat tempat yang ke berapa?Jawapan: Jali mendapat tempat keenam. BilaSoalan: Bilakah mereka akan tiba? Jawapan: Mereka akan tiba pada malam itu. BagaimanaSoalan: Ayu pergi ke sekolahbagaimana?Jawapan: Ayu pergi ke sekolah dengan menaiki kereta. ManaSoalan: Datuk kamu pergi ke mana? Jawapan: Datuk saya pergi ke kebun.

PRAKTIS TOPIKAL 20 J Kata Banyak MaknaKata Banyak Makna1 Kata banyak makria merupakan kata mempunyai pelbagai makna atau erti.2 Makna kata yang pelbagai dapat dibezakan berdasarkan konteks ayat yang berbeza. Contoh: Ada Maksud:(1) hadir atau wujud(2) mempunyai(3) terdapatAyat contoh:(1) Dia ada semasa upacara perasmian berlangsung tadi.(2) Kakak ada banyak buku cerita.(3) Ada beberapa buah kedai di tepi jalan itu.

PRAKTIS TOPIKAL 21Ayat Sama Maksud

Ayat Sama Maksud1 Ayat sama maksud merangkumi:(a) ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah(b) ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk(c) ayat aktif kepada ayat pasif(d) ayat pasif kepada ayat aktif2 Ayat cakap ajuk ialah ayat yang ditulis kembali percakapan seseorang secara bulat-bulat tanpa mengubah maksudnya. Ayat cakap ajuk mestilah ditandai dengan tanda petik3 Ayat cakap pindah ialah ayat yang ditulis kembali daripada percakapan seseorang dengan menggunakan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah maksudnya4 Beberapa perkara seperti kata ganti nama, kata keterangan masa, kata keterangan cara, dan kata ganti nama tunjuk perlu diubah apabila menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, begitulah sebaliknya.

NotaKesalahan Umum Tatabahasa1 Soalan bahagian ini menguji pengetahuan tentang penggunaan kata, frasa, ayat, dan pengimbuhan.2 Oleh sebab itu, anda hendaklah memilih bahan bacaan yang terbaik dan sentiasa merujuki kamus.Kata Ganti Diri1 Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. Contoh:SalahBetul

(a) Arnah itu tertidur.Arnab itu tertidur.

la masihHaiwan itu masih

kekenyangan.kekenyangan.

2 Kata beliau hanya untuk orang-orang yang dihormat. Contoh:SalahBetul

Beliau asyik keluar masuk pusat serenti dan digelar penagih tegar.Dia asyik keluar masuk pusat serenti dan digelar penagih tegar.

Kata ganti diri beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan kerabat diraja. Conto

SalahBetul

"Ampunkan saya, tuanku," sembah panglima ketika menghadap sultan."Ampunkan patik. tuanku," sembah panglima ketika menghadap sultan';_

Simpulan BahasaSimpulan bahasa merupakan berituk peribahasa yarig paling ringkas dan terdiri daripada dua patah perkataan. Contoh: Alim kucing Maksud: Berpura-pura baik di hadapan orang. Ayat contoh: Perangai Abang Zali yang alim kucing itu terbongkar apabila Pak Seman terserempak dengannya yang berdua-duaan dengan gadis di hujung kampung.PerumpamaanPerumpamaan merupakan salah satu peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling. Contoh: Seperti anjing dengan kucing Maksud: Selalu bergaduh. Ayat contoh: Walaupun mereka dua beradik sahaja namun Tini dan kakaknya seperti anjing dengan kucing kerana mereka selalu bergaduh.BidalanBidalan merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar untuk dijadikan teladan. Contoh: Indah khabar dari rupa Maksud: Khabar tentang sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan Ayat contoh: Apabila bersua dengan bakal abang iparnya, Imran tersenyum memikirkan kata-kata emaknya yang indah kabar dari rupa kerana bakal suami kakaknya itu tidaklah setampan pelakon yang digembar-gemburkan oleh emaknya.

PepatahPepatah ialah sejenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya. Contoh: Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Maksud: Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang tidak sama; semakin banyak orang, semakin banyak pula pendapat dan kemahuannya. Ayat contoh: Kadang-kadang Encik Johan pening dengan kerenah pekerja-pekerjanya kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.Bandingan/KiasanBandingan atau kiasan ialah bentuk ungkapan atau bahasa kiasan yang menggambarkan sifat seseorang atau benda secara bandingan Contoh: Anggun seperti ratu Ayat contoh: Penampilan ibu semasa menghadiri makan malam tahunan tempat kerjanya anggun seperti ratu.Kata-kata HikmatKata-kata hikmat merupakan ungkapan bernas yang mempunyai maksud yang dapat memberikan pengajaran, kesedaran, teladan, dan peringatan. Contoh: Biar lambat asalkan selamat Maksud: Tidak terburu-buru semasa mengambil tindakan; merancang dengan baik sebelum melakukan sesuatu. Ayat contoh: Ibu sentiasa mengingatkan saya dengan menyatakan, biar lambat asalkan selamat sekiranya saya tergesa-gesa menunggang basikal ke sekolah.