Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    1/10

    Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    Buah pinggang

    Setiap manusia memiliki 2 buah pinggang. Ia merupakan organ yang sangat penting

    dalam sistem perkumuhan. Buah pinggang manusia adalah berbentuk seperti bijikacang panjang dan setiap buah pinggang panjangnya adalah kira-kira 4 ke 5 inci.

    Fungsi buah pinggang Menapis darah dan menyingkirkan sisa-sisa bahan metabolisma serta air danelektrolit yang berlebihan seperti sodium, potassium, chloride, glukos dan bikarbonat.

    Menyingkirkan ubat-ubatan atau dadah.

    Mengawal tekanan darah dengan mengawal jumlah sodium dan menghasilkanhormon renin untuk mengaktifkan sistem angiotensin-aldosterone.

    Menghasilkan hormon untuk merangsang penghasilan sel darah merah (hormon

    erythropoietin) dan menukarkan vitamin D yang tidak aktif (sejenis hormon) kepadavitamin D aktif (calcitriol) yang bertindak mengawal kadar kalsium dan phosphorusdalam proses pertumbuhan dan kesihatan tulang.

    Ureter dan fungsinya

    Ureter adalah sejenis tiub berotot dan panjangnya adalah lebih kurang 16 inci yangbahagian atasnya bersambung dengan bahagian hujung buah pinggang dan bahagian

    http://2.bp.blogspot.com/-yVtJ_M6NvAM/UCjeS4mXsDI/AAAAAAAAAOI/PKKeaaWj_zc/s1600/UrinarySystem_cIvyRose.jpg
  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    2/10

    bawah bersambung dengan pundi kencing. Air kencing yang terhasil dari buahpinggang mengalir melalui ureta secara perlahan-lahan dimana ureter menolak kuantitikecil air kencing mengikut gelombang pengecutan ototnya dalam tekanan yang rendahhingga sampai ke injap pembuka (sphincter) pundi kencing.

    Pundi kencing dan fungsinya

    Pundi kencing adalah kantung berotot yang boleh mengembang. Ia mengumpulkan airkencing yang mengalir dari ureter. Pundi kencing mengembang secara perlahan-lahanapabila jumlah air kencing semakin bertambah didalamnya. Apabila pundi kencing telahpenuh, isyarat saraf akan dihantar ke otak untuk menyampaikan keiginan untuk buangair kecil. Terdapat injap pembuka (sphincter) untuk mengeluarkan air kencing tersebutyang bersambung dengan urethra. Apabila injap tersebut terbuka, air kencing akanmengalir keluar dari pundi kencing melalui urethra dan hinggalah ia keluar dari tubuhbadan. Ketika proses ini, pundi kencing turut mengecutkan dindingnya secara automatikuntuk menghasilkan tekanan supaya air kencing tersebut keluar habis dari pundi

    kencing dan urethra. Manakala ketika pundi kencing mengecut, injap antara ureter danpundi kencing tertutup rapat supaya air kencing tidak masuk semula ke dalam ureter.

    Urethra dan fungsinya

    Urethra adalah tiub yang mengalirkan kesemua air kencing yang terdapat didalampundi kencing hingga keluar dari tubuh badan. Bagi lelaki, panjang urethra adalah kira-kira 8 inci dan berakhir di hujung zakar (penis). Manakala bagi perempuan pula adalahlebih kurang 1 inci panjang dan berakhir di vulva.

    Gejala yang berkaitan dengan masalah buah pinggang dan saluran kencing

    DemamAkibat inflamasi buah pinggang (nephritis), batu karang, jangkitan bakteria pada buahpinggang (pyelonephritis), kanser buah pinggang dan jangkitan pada pundi kencing(cystitis) yang disertai dengan batu karang atau penyumbatan saluran kencing.

    Rasa sakitAkibat batu karang, jangkitan bakteria pada pundi kencing dan aliran air kencingtersumbat atau tersekat.

    Loya, muntah-muntah, gatal-gatal dan lemah badanAkibat kegagalan buah pinggang, pengumpulan bahan-bahan seperti sisa metabolisma,asid dan sebagainya.Lemah tubuh badan berlaku apabila pengeluaran sel darah merah menurun dan iabiasa berlaku pada individu yang menghidap kegagalan buah pinggang yang kronik.

    Bengkak atau edemaAkibat pengumpulan cecair dalam tisu (edema) seperti di kaki dan buku lali, akibatkehilangan sejumlah besar protien (terutamanya albumin) ke dalam air kencing

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    3/10

    (sindrom nephrotic) dan menyebabkan cecair terlepas keluar dari aliran darah masuk kedalam tisu.

    Kerap buang air kecilAkibat tekanan darah tinggi, pengambilan ubat seperti diuretik, paras glukos tinggi,

    jangkitan saluran kencing, batu karang, ketumbuhan, pembesaran prostat.

    Perubahan jumlah air kencing

    Banyak: Paras glukos tinggi (diabetes mellitus), penurunan penghasilan hormonantidiuretik (diabetes insipidus) atau buah pinggang kurang bertindakbalas denganhormon antidiuretik (nephrogenic diabetes insipidus).Kurang: Kegagalan buah pinggang, penyakit saluran kencing seperti penyumbatanlubang keluar pundi kencing, ureter atau urethra.

    Kerap buang air kecil pada waktu malam (nocturia)

    Akibat kegagalan jantung, kencing manis (diabetes insipidus / mellitus), kegagalan hati(liver). Masalah prostat membesar, saluran kencing tersumbat, meminum air terlalubanyak seperti alkohol, kopi atau teh.

    Kencing ketika tidur (enuresis)Bagi kanak-kanak: Akibat saraf dan otot saluran kencing belum matang.Orang dewasa: Jangkitan, penyempitan saluran urethra, masalah saraf atau psikologi.

    Teragak-agak, meneran dan keluar menitik-nitikAkibat penyumbatan saluran kencing, pembesaran prostat, penyempitan saluranurethra, dan pembukaan yang tidak normal bagi perempuan.

    Rasa tergesa-gesa hendak terkencingAkibat iritasi pundi kencing

    Kencing tak lawasJangkitan pundi kencing, pengambilan alkohol atau minuman yang mengandungi kafeinyang berlebihan, atrophic vaginitis, sembelit yang teruk, penyakit otak seperti strok,penyakit yang melibatkan saraf, keadaan mental dan fungsinya.

    Darah atau gas didalam air kencing

    Berdarah tanpa rasa sakit: Disebabkan oleh pundi kencing, uretera, urethra atau buahpinggang seperti batu karang, cyst buah pinggang, sickle cell disease, hydronephrosisdan kanser.Berdarah dengan rasa sakit: Jangkitan buah pinggang atau pundi kencing, batukarang, atau gumpalan darah beku mengalir melalui uretera atau urethra.Air kencing bergas: Fistula (sambungan abnormal antara saluran kencing dan usus),diverticulitis, inflamasi usus, pernanahan atau kanser. Fistula antara pundi kencing dan

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    4/10

    vagina, atau paling jarang berlaku iaitu bakteria didalam air kencing yang menghasilkangas.

    Perubahan warna air kencingWarna jernih: Normal

    Kuning gelap: PekatSelain dari warna kuning: AbnormalPigment daripada makanan dan ubat-ubatan boleh menjadikan air kencing berwarnamerah, coklat dan sebagainya.Warna coklat: Air kencing mengandungi hemoglobin terurai akibat kebocoran darahdari buah pinggang, uretera atau dari penyakit pundi kencing. Air kencing mengandungihemoglobin terurai juga boleh berpunca daripada penyakit seperti hemolytic anemia. Airkencing yang bewarna coklat adakalanya mengandungi protein dari otot selepasberlakunya kecederaan otot yang teruk.Warna merah:Akibat pigment yang berpunca daripada porphyria.Warna hitam: Akibat pigment yang dihasilkan oleh melanoma.

    Warna putih: Akibat jangkitan yang menyebabkan pernanahan pada saluran airkencing atau terdapat kehadiran kristal garam dari asid urik atau asid phosphoric.

    Perubahan pada bau air kencingBau air kencing kuat: Akibat dehidrasi.Terlalu busuk: Akibat jangkitan bakteria pada buah pinggang atau saluran air kencing.Berbau manis: Akibat kencing manis.Berbau hapak bagi kanak-kanak: Akibat phenylketonuria.

    Diagnosis atau jenis-jenis pemeriksaan untuk menentukan penyakit

    Urinalysis: Untuk mengesan dan mengira jumlah bahan-bahan yang terdapat didalamair kencing seperti glukos, protein, darah dan sebagainya. Tujuan pemeriksaan inidilakukan untuk mengesan penyakit seperti penyakit buah pinggang, batu karang,kencing manis, darah tinggi, jangkitan dan sebagainya.

    Ujian fungsi buah pinggang: Untuk menguji fungsi buah pinggang dengan menguji airkencing dan juga darah. Jenis bahan dan juga jumlah yang terkandung didalam airkencing dan juga darah akan dapat mengesan tahap atau fungsi buah pinggang.

    Ujian pengimejan: Dengan melakukan x-ray, ultrasonography, computed tomography(CT), magnetic resonance imaging (MRI), intravenous urography dan pelbagai lagiuntuk mengesan perubahan pada stuktur buah pinggang, masalah saluran darahdisekitarnya, batu karang serta pelbagai lagi.

    Ujian contoh tisu dan sel: Melalui proses yang dikenali sebagai biopsi buah pinggangdimana sedikit contoh tisu buah pinggang diambil untuk diperiksa. Manakala urinecytology pula bertujuan untuk mengesan sel kanser dan pelbagai lagi.

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    5/10

    Jika anda pernah mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan, sila buatpemeriksaan dengan segera kerana buah pinggang merupakan organ yang sangatpenting dan perlu sentiasa dijaga kerana selain daripada penyakit, faktor usia jugaboleh mengubah tahap buah pinggang kita. Amalkan corak hidup yang lebih sihatdengan menjaga pemakanan dan minuman, mengurangkan pengambilan bahan-bahan

    yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat-ubatan tertentu serta amalkanlahsenaman yang boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita.

    Buah pinggang untuk hidup

    Oleh Suzan Ahmad

    [email protected]

    2012/03/04

    sebelum selepas

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/indexhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/indexhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/indexhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/indexhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/indexhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/index
  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    6/10

    SITI Hanim bersama anaknya, Sofina adalah pesakit buah pinggang polisistik.

    Trend peningkatan pesakit muda membimbangkan, kesedaran derma organ

    penting untuk elak sengsara

    HANYA pesakit buah pinggang kronik tahu betapa sengsaranya hidup bergantung pada

    mesin dialisis. Sekadar melaksanakan 30 peratus fungsi buah pinggang sebenar,

    pesakit berdepan pelbagai situasi menekan malah berdepan risiko kematian lebih awal.

    Namun, harapan masih ada, melalui pembedahan pemindahan organ, penderitamasalah ginjal berpeluang kembali menikmati kehidupan berkualiti dan lebih sempurna.

    Di Malaysia, lebih 12,000 pesakit buah pinggang kronik yang sedang menjalani dialisis

    berada dalam senarai menunggu untuk pembedahan pemindahan buah pinggang -

    jumlah yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan organ yang diterima.

    Terbukti, pemahaman, penerimaan dan maklum balas masyarakat terhadap mesej dan

    kempen kesedaran yang dikendalikan pelbagai pihak sejak lama dulu masih jauh dari

    garis selamat. Hakikatnya soal kematian dan pendermaan organ sulit untuk dibicarakan

    apatah lagi membabitkan orang tersayang begitu juga di kalangan pengamal perubatanyang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

    Perunding Nephrologist Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah menjelaskan, tahun

    lalu hospital itu menerima 22 pasang buah pinggang dan berjaya menjalankan 40

    pembedahan pemindahan buah pinggang, namun jumlahnya masih jauh dari sasaran

    sebenar.

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    7/10

    Begitu juga halnya apabila kita bercakap mengenai jumlah penderma organ kadaverik

    (orang mati) atau mati otak yang mencatatkan jumlah sangat rendah.

    Bayangkan, tahun lalu hanya lapan pemindahan dikendalikan di sini. Begitu juga

    Hospital Kuala Lumpur (HKL)... keadaan ini sangat membimbangkan, katanya kepada

    kolum Sihat.

    Hari ini, sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan

    dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Dr Rafidah berkata, walaupun dengan pelbagai hebahan media seperti media cetak,

    penyiaran, laman web dan blog, masih ramai orang bukan saja tidak tahu manusia

    boleh hidup normal dengan hanya bergantung satu buah pinggang, malah mereka

    mempunyai persepsi salah mengenai konsep derma organ dari sudut agama.

    Tiada istilah putus asa dalam Islam termasuk dalam soal merawat penyakit. Secara

    asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana

    pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia

    iaitu salah satu daripada objektif syariah.

    Ini kerana kaedah rawatan pemindahan organ terbukti berjaya merawat pesakit yang

    menghidap masalah kegagalan organ peringkat akhir, katanya.

    Dr Rafidah berkata, Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 memilih slogan Kidneys For

    Life atau Buah Pinggang Untuk Hidup sebagai tema sambutan bagi mempromosi danmenerapkan kesedaran mengenai derma organ.

    Bayangkan, bagaimana organ dan tisu yang anda derma mampu mengubah

    kehidupan individu yang mengalami kegagalan organ dan tisu. Anda menyelamatkan

    nyawa dan memberi mereka dan keluarga mereka masa depan yang lebih terjamin,

    katanya.

    Mengikut statistik Pusat Sumber Transplan Negara, sehingga 31 Januari 2012, jumlah

    pendermaan organ sebenar yang direkodkan membabitkan 361 individu manakala

    jumlah pengikrar pendermaan organ seramai 188,147 orang. Ini menunjukkan negara

    sangat memerlukan organ.

    Petugas perkhidmatan kerajaan kini berdepan pelbagai halangan kerana dikatakan

    mengikut rekod terkini, negara hanya ada 50 pakar buah pinggang. Bayangkan jumlah

    pesakit yang memerlukan rawatan segera. Betapa tertekan pengamal perubatan yang

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    8/10

    pada masa sama cuba mengubati pesakit serta memberi kesedaran, menganjurkan

    pelbagai kempen dan mempromosi maklumat dan kesedaran mengenai buah pinggang

    kepada masyarakat.

    Berpandukan kepada graf, pesakit yang dikesan mengalami masalah buah pinggang

    pada usia muda makin meningkat dan ini amat menakutkan. Namun, secara purata

    peningkatannya setara bagi setiap kumpulan usia. Bayangkan dalam masa sehari, tiga

    hingga empat pesakit baru dikesan mengalami kegagalan buah pinggang.

    Kami bekerja siang dan malam untuk menjayakan usaha ini. Kita berharap media

    massa dapat memberikan sokongan dengan menyampaikan mesej yang tepat serta

    memainkan peranan penting dalam mengubah stigma dan pemikiran masyarakat

    terhadap pemeriksaan kesihatan serta derma organ, kata Dr Rafidah.

    Dalam hal ini, hanya populasi sihat dapat membebaskan negara dari kemelut ini. Untukmelahirkan masyarakat yang celik kesihatan, pendidikan dan kesedaran perlu

    diterapkan dari awal.

    Mengetahui faktor risiko dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

    sangat penting kerana penyakit buah pinggang adalah pembunuh senyap. Pesakit tidak

    akan mengesan tanda mahupun merasa kesakitan pada peringkat awal. Namun sebaik

    ia berjaya dikesan, semuanya sudah terlambat kerana pada peringkat ini buah

    pinggang sudah gagal. Sehubugan itu, sayangilah buah pinggang anda dan hargailah

    kesihatan.

    Info:

    * Anda boleh mendaftar menjadi penderma organ dengan Registri Pendaftar Organ

    Nasional

    * Maklumat lanjut layari www.nkf.org.my dan www.agiftoflife.gov.my

    Misi Siti Hanim sebar maklumat derma organ

    TIDAK seperti pesakit buah pinggang lain, masalah buah pinggang polisistik iaitu

    kewujudan sista pada ginjal menyebabkan ia membesar seperti dialami Siti Hanim

    Jamil, 64, lebih bersifat warisan.

    Redha dengan kecelaruan genetik yang diwarisi secara turun temurun melalui ibunya,

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    9/10

    Siti Hanim teguhkan hati, menyerahkan dirinya kepada Allah SWT dan mempercayai

    sepenuhnya kepakaran sepasukan pegawai perubatan di Hospital Selayang.

    Tanggal 25 Disember 2009, Siti Hanim selamat menerima pemindahan buah pinggang

    yang didermakan anak sulung yang juga wira hatinya, Razman Omar.

    Semua adik beradik saya mengalami buah pinggang polisistik. Adik le laki bongsu saya

    sendiri sudah menderita masalah buah pinggang selama 10 tahun dan masih

    bergantung pada mesin dialisis, cerita ibu lima anak yang menderita masalah buah

    pinggang selama empat tahun dan terpaksa bergantung pada mesin dialisis selama

    dua tahun.

    Bercerita mengenai pengalamannya, bekas Eksekutif Pembangunan Pemasaran ini

    mengakui pendedahan, pendidikan awal dan sikap terbukanya terhadap pendermaan

    dan pemindahan organ menjadikan diri dan keluarganya tidak pernah culas dengantemujanji doktor. Pada masa sama, Siti Hanim menjaga disiplin pemakanan dan

    mematuhi semua nasihat pakar.

    Saya percaya sepenuhnya pada qada dan qadar tuhan dan nasihat doktor saya. Ia

    cukup penting kerana biasanya mereka yang mengalami masalah buah pinggang

    adalah pesakit yang tidak mengikut nasihat doktor dan mengambil sikap tidak apa

    kerana tidak merasa sakit.

    Padahal lama kelamaan ia membawa kepada maut, lebih-lebih lagi jika pesakit turut

    mengalami kencing manis, pengawasan tahap gula sangat penting, katanya.

    Seperkara lagi, Siti Hanim mengalami tekanan darah tinggi sejak berusia 17 tahun lagi.

    Ketika itu, tiada siapa menyangka ia ada kena mengena dengan buah pinggangnya.

    Hanya selepas ibunya mengalami sakit teruk 30 tahun lalu dan dibawa ke hospital,

    barulah mereka menyedari keadaan sebenar yang dialami keluarga itu.

    Biarpun kami mewarisi penyakit ini dari ibu, ia tidak pernah menghalang kami dari

    menjalani kehidupan normal dan sempurna, katanya.

    Malah, Siti Hanim yang sentiasa ditemani anaknya, Sofina yang juga penghidap ginjal

    polisistik, masih bekerja sehinggalah buah pinggangnya gagal berfungsi ketika usianya

    mencapai 60 tahun.

    Pengalaman abang iparnya yang menjalani pemindahan buah pinggang diderma

    adiknya di Australia, membuatkan keluarga Siti Hanim terbuka dalam soal derma organ.

  • 7/30/2019 Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing

    10/10

    Malah sebelum meneruskan rancangan untuk melakukan pemindahan organ, Siti

    Hanim dan anak-anaknya menjadi pengikrar pendermaan organ berdaftar.

    Secara peribadi, apabila kita bercakap mengenai pemindahan organ, ramai orang

    gerun dan takut untuk memberi termasuk menerima organ biarpun sudah ada

    penderma. Saya percaya kekuatan itu datang dari rasa yakin dan percaya kepada

    doktor anda, tambahnya mengakui Hospital Selayang adalah hospital transplan terbaik

    di Malaysia dan setanding dengan kepakaran antarabangsa.

    Setiap kali berpeluang bertemu pesakit lain ketika berulang alik ke hospital untuk

    dialisis, Siti Hanim selalu menerangkan kepada mereka jika ada adik beradik atau

    saudara mara yang kurang jelas mengenai pemindahan organ beliau sanggup

    meluangkan masa untuk menjelaskan.

    Ramai tidak tahu pembedahan ini sangat berjaya dan selamat malah pesakit bolehmenjalani kehidupan normal. Anak lelaki saya yang menderma buah pinggang juga

    sangat aktif dan sihat selepas pembedahan itu, malah terlalu sibuk dengan kerja dan

    semakin nakal, ceritanya sambil ketawa.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Buahpingganguntukhidup/Article/index