Sistem Pencernaan Haiwan Ruminan

  • Upload
    ctazima

  • View
    171

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Sistem pencernaan haiwan ruminan

Haiwan ruminan Makan tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuhan mengandungi selulosa. Contoh haiwan ruminan-lembu, kambing dsbgnya Haiwan ruminan mempunyai perut yg terdiri drpd 4 ruang; Rumen Retikulum Omasum Abomasum

Proses1. Rumen makanan yg telah dikunyah di mulut akan dihantar ke rumen (bhgn perut yg paling besar). Enzim Selulase yg dihasilkan oleh bakteria memecahkan selulosa kpd glukosa.

2. Retikulum Juga mengandungi enzim selulase yg memecahkan selulosa. Makanan dimuntahkan semula ke mulut utk dikunyah sepenuhnya.

3. Omasum Makanan ditelan semula dan bergerak ke omasum. Di sini, partikel2 makanan dipecahkan kpd kepingan2 yg lebih kecil melalui peristalsis. Air dihilangkan drpd makanan.

4. Abomasum Perut sebenar Jus gaster dirembeskan utk melengkapkan pencernaan protein & bahan makanan yg lain. Seterusnya, makanan dihantar ke usus kecil untuk dicerna & diserap.

Haiwan rodensia Cth : arnab, tikus, tupai dan sbgnya. Sekum dan apendik lebih besar & pjg utk menyimpan bakteria pencernaan selulosa.

Makanan dari ileum masuk ke dalam sekum dan terus berada di situ selama beberapa waktu supaya selulase yang dirembeskan oleh bakteria dan protozoa simbiosis boleh menukarkan selulosa kepada gula ringkas. Gula ringkas akan diserap melalui dinding sekum. Sebahagian daripada makanan berserta dengan bahan tak tercerna, bergerak masuk ke dalam kolon. Dalam kolon, air dan hasil pencernaan selulosa diserap dan bahan yang agak kering kemudiannya memasuki rektum dan akhirnya keluar melalui dubur dalam bentuk ketulan najis. Haiwan ini memakan najisnya sendiri untuk memastikan makanannya didedahkan sebanyak dua kali kepada semua proses penyerapan dan perncernaan.

6.5 Proses penyerapan makanan

Proses penyerapan makanan berlaku di dalam usus kecil iaitu ileum. Ciri-ciri ileum; Sangat panjang sehingga mencecah 6m. Permukaannya berlipat-lipat dan terdiri drpd unjuran-unjuran seperti jari yg dipanggil vilus. Sel2 epitelium yg terdapat di vilus mempunyai permukaan yg juga mempunyai unjuran2 halus yg dipanggil mikrovilus dgn pjg 1 mikrometer. Kedua-dua ciri ini meningkatkan luas permukaan utk penyerapan. Sel epitelium hanya ada 1 lapisan sel sahaja. Ini memudahkan dan mempercepatkan nutrien utk melaluinya . Jaringan kapilari darah lakteal pada vilus membantu mengangkut nutrien dari usus kecil supaya lebih banyak nutrien dpt diserap.

Penyerapan makanan tercerna Nutrien2 cthnya glukosa, asid amino, vitamin larut air dan mineral meresap ke dlm sel epitelium vilus. Terdapat juga mineral diangkut melalui pengakutan aktif. Nutrien2 ini diserap ke dalam kapilari darah dan diangkut ke hati melalui vena portal hepar. Titisan lemak hasil gabungan semula asid lemak & gliserol bersama2 dgn vitamin larut lemak (ADEK) diserap ke dlm lakteal dan kemudiannya diangkut di dlm salur limfa . Kemudian ia diangkut ke dlm peredaran darah melalui vena subklavika kiri.

Kolon bersama-sama dgn usus kecil menyerap semula air 90% dan mineral ke dlm aliran darah supaya badan tidak kehilangan air dgn cepat.

Asid amino Glukosa Mineral Vitamin larut air (B & C)

Sel epitelium vilus Kapilari darah Vena portal hepar Hati

Asid lemak Gliserol Vitamin larut lemak (ADEK)

Lakteal Sel epitelium vilus

Vena subklavika kiri

Aliran darah