Upload
doannguyet
View
222
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SISTEM PENGHIMPUN 8086 BERASASKAN WEB
TAN KEAN WEI
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT
UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA
MAC, 2005
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: SISTEM PENGHIMPUN 8086 BERASASKAN WEB
SESI PENGAJIAN: 2004/2005
Saya ________________ _TAN KEAN WEI________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/ badan di mana
penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia :
36, LORONG SRI KIJANG 1,
TAMAN SRI KIJANG, 14000 BUKIT MERTAJAM
EN FIROZ BIN YUSUF PATEL
DAWOODI
Tarikh: 30 MARCH 2005 Tarikh: 30 MARCH 2005
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis
ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Kompter”.
Tandatangan :…………………………………
Nama Penyelia :En Firoz Bin Yusuf Patel Dawoodi
Tarikh :……………………………………
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandadatangan : ………………………………..
Nama Penulis : TAN KEAN WEI
Tarikh : 30 MAC 2005
ii
Dedikasi
Kepada ibu, bapa, adik-beradik yang telah membantu saya hingga mencapai ke tahap
kejayaan pada hari ini.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuanganku.
iii
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek,
En Firoz Bin Yusuf Patel Dawoodi di atas dorongan dan bimbingan beliau sepanjang
tempoh penyelidikan dan penyiapan projek ini. Beliau telah banyak membantu
dalam pemahaman bagi setiap konsep dalam penghasilan maklumat lanjut sehingga
saya berjaya menyiapkan projek ini mengikut masa yang telah dijadualkan.
Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan sebilik saya atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan
sepanjang proses Projek Sarjana Muda ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan
adik-beradik yang banyak memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk
menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, dengan berkat sokongan dan bantuan daripada semua pihak,
saya telahpun dapat membangunkan projek yang dicadangkan ini dengan baik.
iv
ABSTRAK
Bahasa himpunan merupakan bahasa pengaturcaraan yang menggunakan
arahan dalam bentuk simbolik bagi menggantikan arahan bahasa mesin, daftar, dan
kedudukan alamat. Kini, pelbagai jenis pengkompil berasaskan laman web yang
digunakan untuk mengkompil pelbagai jenis pengaturcaraan misalnya C, C++,
Fortran, dan Java telah dibangunkan. Lantaran itu, penghimpun yang berasaskan
laman web juga boleh dibangunkan. Laman web yang menjalankan fungsi
penghimpunan ini adalah terdiri daripada penggunaan teknologi Servlet dan JSP
yang membekalkan persekitaran web yang membolehkan pelajar mengedit kod
bahasa himpunan, menghimpun kod aturcara dan mendapatkan output daripada web
ini. Pelajar boleh menggunakan sebarang pelayar web misalnya Microsoft Internet
Explorer dan Netscape Naviagator melaksanakan proses penghimpunan kod aturcara
ini tanpa perlu pemasangan sebarang mesin penghimpun pada komputer tersebut.
Penghimpunan bahasa himpunan berasaskan web hanya memerlukan talian internet
dan pelayar web. Oleh sebab itu, pelajar dapat menjimatkan masa, kos dan
mengelakkan sebarang kesulitan semasa pemasangan perisian penghimpun pada
komputer mereka.
v
ABSTRACT
8086 assembly language is an assembly language that use symbolic instuction
to represent operations, registers, and memory locations. Nowadays, several
different web-based compilers are used to compile several different computer
languages such as C, C++, Fortran, and Java have been implemented Thus, web-
based assembler use to assemble 8086 assembly languase can also be implemented.
Web-based assembler system is a collection of Servlet and JSP technology that
provide a web environment in which students can write, change dan execute
assembly programs. Student can use any web browser, such as Netscape Naviagator
or Microsoft Internet Explorer to execute assembly program that they write, they do
not have to have a local copy of assembler for that particular language. This web-
based assembler only requires an internet connection and a web browser. Thus,
students around the world can use this web-based service through Internet connection
in order to understand fundaments of assembly language.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK i
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI ISTILAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Matlamat Projek 3
1.4 Objektif Projek 3
1.5 Skop Projek 4
1.6 Justifikasi Kepentingan Projek Ini 4
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 5
2.2 Penghimpun Bahasa Himpunan 8086 5
2.2.1 MASM 6
2.2.1.1 OBJECT FILE 7
2.2.1.2 LIST FILE 7
vii
2.2.1.3 CROSS-REFERENCE
FILE 8
2.2.2 TASM 8
2.2.3 FASM 8
2.2.4 HLA 9
2.2.5 NASM 9
2.3 Kajian Ciri-Ciri MASM611 9
2.4 Kajian Ciri-ciri MASM615 11
2.5 Kajian Pengenalan dan Kepentingan Web
Base 8086 Assembler 12
2.6 Kajian Senibina Pakej Penghimpun/Pengkompil
Intranet 13
2.6.1 Konsep Sistem Komputer
Pelanggan/Pelayar 14
2.7 Kajian: Sistem antaramuka berasakan web
untuk penghimpun 8086 17
2.7.1 System/ASM-Web Based Assembler 17
2.7.2 Interactive C ICB Assembler Server 20
2.7.3 Web-based PC Assembly Language
system 23
2.8 Teknologi Sistem Web Based Assembler
yang digunakan 25
2.8.1 Teknologi Pengaturcaraan Bahagian
Pelanggan 25
2.8.1.1 HTML-Hypertext Markup
Language 25
2.8.1.2 JavaScript 26
2.7.2 Teknologi Pengaturcaraan Bahagian
Pelayan 27
2.8.2.1 Java 27
2.8.2.1.1 Java Server Pages 28
2.8.2.1.2 Servlets 29
2.8.2.1.3 Tomcat 30
2.8.2.2 Microsoft Access 32
viii
2.9 Justifikasi 33
BAB III METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan 34
3.2 Metodologi Prototaip 34
3.2.1 Prototaip Pakai-Buang 36
3.2.2 Prototaip Evolusi 37
3.3 Metodologi Pembangunan Sistem 38
3.3.1 Fasa Analisi Sistem 38
3.3.2 Fasa Rekabentuk 39
3.3.3 Fasa Pembangunan Prototaip
Sistem 40
3.3.4 Fasa Pengujian dan Penilaian
Prototaip 40
3.3.5 Fasa Implementasi 40
3.4 Justifikasi Pemilihan Metodologi 41
3.5 Kaedah Projek 42
3.5.1 Justifikasi penggunaan kaedah/
pendekatan 42
3.6 Keperluan perkakasan dan perisian 42
3.6.1 Keperluan Perkakasan 43
3.6.2 Keperluan Perisian 43
3.7 Perancangan Projek 46
3.7.1 Perancangan: Projek I 46
3.7.2 Perancangan: Projek II 47
3.8 Ringkasan 47
BAB IV REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 48
4.2 Rekabentuk Senibina 48
4.2.2 Bahagian Sistem/Pelayan Sistem Web 49
4.2.2.1 Penghimpun MASM 50
ix
4.3 Rekabentuk Sistem Penghimpun 8086
Berasaskan Web 51
4.3.1 Bahagian Pengguna Sistem Web 52
4.3.1.1 Fungsi Pendaftaran 53
4.3.1.2 Fungsi Log Masuk 54
4.3.1.3 Fungsi Penghimpunan 54
4.3.1.4 Fungsi Debug 55
4.3.1.5 Fungsi Penyuntingan 55
4.3.1.6 Fungsi Memuaturun dan
Pelaksanan Contoh Aturcara 55
4.3.2 Model Kes Guna 56
4.3.3 Rajah Jujukan dan Rajah Kerjasama 57
4.3.4 Rajah Kelas 57
4.3.5 Spesifikasi Input dan Output 58
4.4 Rekabentuk Pangkalan Data 59
BAB V IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM
5.1 Pengenalan 60
5.2 Persekitaran Pembangunan 60
5.2.1 Persekitaran Perkakasan 60
5.2.1.1 Perkakasan untuk pelayan 61
5.2.1.2 Perkakasan untuk pelanggan 61
5.2.2 Persekitaran Perisian 61
5.2.2.1 Perisian untuk pelayan 61
5.2.2.2 Perisian untuk pelanggan 62
5.3 Implementasi Antaramuka Sistem Penghimpun
8086 Berasaskan Web 62
5.3.1 Antaramuka Log Masuk 62
5.3.2 Antaramuka Penghimpunan dan
Penyuntingan 63
5.3.3 Antaramuka Pendaftaran 66
5.3.4 Antaramuka Debug 67
5.4 Kod Aturcara 69
x
5.4.1 Pengenalan 69
5.4.1.1 Modul Pendaftaran dan
Log Masuk 69
5.4.1.2 Modul Penyuntingan dan
Muaturun Fail 71
5.4.1.3 Modul Penghimpunan 71
5..4.1.3.1 Make16.bat 72
5.4.1.3.2 Tasm.bat 73
5.4.1.3.3 Make32.bat 74
5.4.1.4 Modul Debug 75
5.5 Pengujian Hasil Input dan Output 79
5.5.1 Pengujian Proses Penghimpunan 79
5.5.2 Pengujian Proses Debug 80
5.6 Kesimpulan 82
BAB VI KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 83
6.2 Perbincangan 83
6.3 Kebaikan dan Kelemahan Sistem 84
6.3.1 Kebaikan Sistem 84
6.3.2 Kelemahan Sistem 85
6.4 Cadangan Masa Depan 85
6.5 Kesimpulan 86
BILIOGRAFI 87
LAMPIRAN (A-G) 89
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Aliran Pelaksanaan Penghimpun 8086 6
2.2 Screen Utama MASM 611 10
2.3 Screen Codeview MASM 611 10
2.4 Paparan Utama Text-Pad 11
2.5 Paparan Utama Windows Debugger 12
2.6 Pengaliran Data dalam Senibina Pakej
Penghimpun/Pengkompil Intranet 14
2.7 Paparan Menu Utama Bagi
System/ASM-Web Based Assembler 18
2.8 Paparan Hasil Output
System/ASM-Web Base Assembler 19
2.9 Paparan Utama Bagi
Interactive C ICB Assembler Server 21
2.10 Paparan Hasil Output
Interactive C ICB Assembler Server 22
2.11 Paparan Utama Bagi
Web-based PC Assembly Language System 24
2.12 Paparan Hasil Output
Web-based PC Assembly Language System 24
2.13 Aliran fungsi yang menggunakan Servlet 30
2.14 Struktur Tomcat 32
3.1 Model prototaip 36
3.2 Aktiviti-aktiviti Prototaip Evolusi 37
4.1 Hubungan Pelanggan-Pelayan Sistem
Web Based 8086 Assembler 49
xiii
4.2 Aliran Pelaksanaan Penghimpun Sistem
Web Penghimpun 51
4.3 Fungsi-fungsi Pada Bahagian Pengguna
Sistem Hubungan Pelanggan-Pelayan Sistem
Web Base 8086 Assembler 53
4.4 Rajah Kes Guna 56
4.5 Rajah Kelas Fungsi Pengguna Pada Sistem
Web 8086 Assembler 58
4.6 Jadual Pengguna Dalam Pangkalan Data 59
5.1 Keratan aturcara HTML untuk mengurus
kata laluan dan pengenal yang dimasukkan 63
5.2 Halaman Utama bagi Paparan Log Masuk 63
5.3 Keratan aturcara untuk membina ruang kod
dan butang “Assembler” pada halaman
Penghimpunan dan Penyuntingan 64
5.4 Keratan aturcara untuk menghubungkan dan
memasuk ke dalam menu simpan fail, buka fail,
hapus fail dan muaturun fail 65
5.5 Halaman Penghimpunan dan Penyuntingan
Bagi Sistem penghimpun ini. 65
5.6 Keratan aturcara untuk menghantar maklumat
kepada pelayan 66
5.7 Antaramuka untuk Pendaftaran Pengguna baru 67
5.8 keratan aturcara HTML untuk memaparkan
Container Java Applet Class Debug pada
halamam web 68
5.9 Antaramuka Debug untuk Sistem
Penghimpun 8086 Berasaskan Web 68
5.10 Keratan aturcara untuk mencapai Kata Pengenal
dan Kata Laluan yang dimasukkan oleh penguna 69
5.11 Keratan SQL untuk mengesan pengguna
yang mendaftar 70
5.12 Keratan SQL untuk memasukkan maklumat
pengguna baru ke dalam pangkalan data sistem ini 70
xiv
5.13 Keratan aturcara untuk mencapai semua fail
asm dalam direktori pengguna 71
5.14 Keratan aturcara untuk memanggil arahan
proses penghimpun 72
5.15 Senarai arahan dalam make16.bat 73
5.16 Senarai arahan dalam Tasm.bat 74
5.17 Senarai arahan dalam make32.bat 75
5.18 Keratan aturcara untuk memanggil arahan
proses debug 75
5.19 Keratan aturcara Java dalam kelas Servlet
DebugServlet 76
5.20 keratan aturcara Java penting dalam kelas
DebugApplet 77
5.21 keratan aturcara Java dalam fungsi arrange 79
5.22 Aturcara 16 bit dihimpun dengan Penghimpun
MASM 16 bit 80
5.23 Progam Debug dipanggil untuk mendebug
Exe Fail 81
5.24 Hasilan Output dipaparkan pada komputer
Pengguna 81
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PERKATAAN PENUH
API - Application Programming Interface
ASP.Net - Active Server Pages
CGI - Common Gateway Interface
CPU - Unit Pemproses Komputer
DLL - Dynamic Link Library
FASM - Flat Assembler
HLA - High Level Assembler
HTML - Hypertext Markup Language
JDBC - Java Database Connection
JSP - Java Server Pages
JVM - Java Virtual Machine
MASM - Microsoft Assembler
NASM - Netwide Assembler
TASM - Turbo Assembler
UML - Unified Modeling Language
xvi
SENARAI ISTILAH
BAHASA MELAYU - BAHASA INGGEERIS
Antaramuka Pengguna - User Interface
Atas Talian - Online
Arahan proses - process command
Bahasa Asli - Native Language
Bendera - Flag
Cakare Keras - Harddisk
Carta Gantt - Gantt Chart
Daftar - Register
Log masuk - Login
Log keluar - Logout
Pelanggan - Client
Pelayan - Server
Perisian Berkongsi - Shareware
Penghimpun - Assembler
Prototaip evolusi - Prototype Evolusion
Ramal Pengguna User-Friendly
Rajah Jujukan - Sequence Diagram
Rajah Kolaboratif - Collaboration Diagram
Rajah guna kes - User Case Diagram
Ungkapan biasa - Regular Expression
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Carta Gantt Projek I &
Carta Gantt Projek II 89
C Contoh Kandungan List File 92
D Rajah Jujukan dan Rajah Kolaboratif 94
E Spesifikasi Input dan Output 102
F Panduan Pengguna 103
G Kata Kunci Suruhan 8086 Yang
Lengkap 119
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Bahasa asli (native language) bagi senibina mesin Intel 8086 adalah bahasa
mesin. Pengunaan bahasa ini amat sukar dan rumit untuk mengatur cara walaupun
untuk suatu aturcara yang mudah. Alternatifnya, peringkat pengaturcara yang lebih
tinggi digunakan iaitu bahasa himpunan digunakan. Bahasa himpunan merupakan
bahasa pengaturcaraan yang menggunakan arahan dalam bentuk simbolik bagi
menggantikan arahan bahasa mesin, daftar, dan kedudukan alamat. Aturcara bahasa
himpunan yang ditulis akan dikompil dangan penghimpun untuk ditukarkan kepada
arahan mesin individu yang boleh difahami oleh CPU.
Bahasa himpunan merupakan bahasa aras rendah, dimana kodnya terdiri
daripada arahan simbolik, setiap satunya akan menjana satu arahan bahasa mesin
yang setara dengannya. Walaupun pengaturcaraan dalam bahasa aras tinggi lebih
produktif, akan tetapi pengaturcaraan dalam bahasa himpunan mempunyai
kelebihannya. Tujuan utama menulis aturcara dalam bahasa himpunan adalah
disebabkan bahasa himpunan adalah lebih berefektif memandangkan bahawa bahasa
himpunan merupakan bahasa yang mendekati bahasa mesin, aturcara yang ditulis
dengan bahasa himpunan adalah lebih cepat dihasilkan, dan aturcara yang lebih
pendek dihasilkan. Bahasa himpunan juga menyediakan kawalan dalam
mengendalikan keperluan perkakasan tertentu dan menjana modul perlaksanaan yang
lebih padat dan kecil. Di samping itu, sesetengah operasi, seperti proses menulis dan
membaca di sesetengah lokasi ingatan tertentu dan I/O port boleh dilaksanakan
2
dengan mudah dalam bahasa himpunan. Operasi ini mungkin tidak dilaksanakan
dengan senang dalam bahasa pengaturcaraan aras tinggi.
Terdapat pelbagai jenis penghimpun seperti TASM Assember, MASM
Assember dan Emu8086 (yang baru diperkenalkan) wujud di pasaran. Selain itu, juga
wujudnya jenis perlaksanaan penghimpun yang tidak piawai. Bagi mereka yang
tidak mempunyai perisian bagi penghimpun bahasa himpunan untuk melaksanakan
program yang ditulis oleh pengguna, satu keseragaman perlu diwujudkan di
rangkaian komputer. Memandangkan pelaksanaan program dapat dilaksanakan di
rangkaian tanpa memerlukan penghimpun pada hos setempat, dijangka satu
antaramuka berasaskan Web untuk penghimpun bahasa himpunan akan membaiki
proses pengajaran pembelajaran.
1.2 Pernyataan Masalah
Pengguna memerlukan penghimpun bahasa himpunan untuk membina dan
melaksanakan kod aturcara himpunan sama ada secara komersil atau perisian
berkongsi(shareware). Penyalinan aturcara penghimpun ke dalam storan sekunder
seperti cakera keras(harddisk) memakan ruang. Pengaturcara umum yang ingin
mencuba kebolehlaksanan sesuatu kod aturcara, terpaksa menyalin perisian
penghimpun bahasa himpunan ke dalam cakera keras. Perisian penghimpun bahasa
himpunan hanya boleh dilaksanakan pada satu unit komputer, sekiranya, mesin
komputer lain yang ingin menghimpun kod aturcara himpunan, mesin tersebut
dikehendaki memasukan aturcara penghimpun ke dalam cakera komputer.
Pemasangan penghimpun bahasa himpunan 8086 ke dalam suatu unit komputer
mungkin melibatkan banyak langkah dan menyukarkan pengguna menggunakannya.
Sistem penghimpun yang sedia ada pada pasaran misalnya Microsoft MASM
Assembler menyediakan suatu persekitaran untuk melaksanakan bahasa himpunan
yang kurang memuaskan dan tidak ramah pengguna(User-friendly). Di samping itu,
juga wujudnya penghimpun pelbagai jenis yang tidak piawai.
3
1.3 Matlamat Projek
Matlamat projek ini adalah untuk menghasilkan satu antaramuka berasaskan
Web untuk penghimpun bahasa himpunan yang dapat memberikan kemudahan untuk
melaksanakan aturcara di ruang storan pelayan tanpa satu perisian penghimpun di
hos setempat yang bergrafik dan dapat membantu pelajar lebih memahami bahasa
himpunan dengan lebih teliti dan minat mempelajarinya.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah seperti berikut demi memenuhi kejayaan dalam
projek. Antaranya:
i. Membolehkan pengguna menulis dan mengkompil aturcara bahasa himpunan
dalam persekitaran Web tanpa memerlukan penghimpun pada hos setempat.
ii. Membolehkan pengguna mengetahui ralat pada aturcara dan mendapatkan
output aturcara yang dilaksanakan.
iii. Menyediakan suatu persekitaran web yang sesuai untuk membolehkan
pengguna mengedit kod aturcara, menghimpun aturcara dan mendebug
aturcara untuk mendapat output yang sepatutnya.
iv. Membolehkan pengguna memahirkan diri dalam menulis aturcara bahasa
himpunan berdasarkan ruang latihan yang disediakan.
4
1.5 Skop Projek
Skop projek adalah seperti berikut:
i. Kemudahan mengkompil aturcara bahasa himpunan disediakan kepada
pengguna yang berdaftar.
ii. Projek ini menggunakan Penghimpun 8086 sebagai penghimpun untuk
menghimpun aturcara himpunan dan dipasangkan pada bahagian pelayan.
iii. Projek ini tidak menyokong pernyataan grafik dan aplikasi interaktif.
iv. Konsep pelanggan dan pelayan diaplikasikan dalam Sistem Penghimpun
8086 Berasaskan Web.
1.6 Justifikasi Kepentingan Projek Ini
Secara amnya, projek yang dibangunkan iaitu Sistem Penghimpun 8086
Berasaskan Web diwujudkan untuk membolehkan pelajar menguji, mengedit,
menulis, dan melaksanakan aturcara dan tugasan mereka. Pelajar hanya dikehendaki
mendaftar dibawah sistem ini dan pelajar tersebut boleh mendapat kesemua
kemudahan yang disediakan. Pelajar hanya perlu menggunakan sebarang pelayar
web seperti Netscape Navigator atau Microsoft Internet Explorer untuk
menggunakan sistem ini untuk menulis, mengedit, melarikan aturcara mereka dan
mendapat output hasil daripada aturcara tersebut tanpa memerlukan pemasangan
penghimpun pada komputer pelajar tersebut. Lantaran itu, dengan menggunakan
sistem ini banyak menjimatkan masa dan kos pelajar dan memudahkan pelajar
menghimpun bahasa himpunan . Lebih-lebih lagi, ini dapat menanam minat pelajar
dalam menulis aturcara dengan menggunakan bahasa himpunan.