Upload
kavithamnm
View
4.688
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Sistem Pentadbiran yang Sistematik
1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik
2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali
sebagai
Sistem Pembesar Empat Lipatan
3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan
4. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar
Berempat
5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu
Bendahari
6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawah
7. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat
8. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan
kewibawaan pemerintah
9. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang
enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka
Peranan sultan
* Lambang perpaduan rakyat
* Menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi
* Ketua agama Islam
* Ketua adat istiadat Melayu
* Mengetuai hubungan diplomatik
* Melantik pembesar negeri
10.Sultan juga dianggap mempunyai Kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu
dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam
11.Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing
dengan jujur dan
bijaksana untuk memajukan Melaka
12.Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan
Melaka
Sistem Pembesar Empat Lipatan
1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang
sistematik
2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan
pentadbiran
3. Bendahara
* Menteri utama
* Penasihat utama sultan dalam pentadbiran
* Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar
* Ketua istiadat
* Ketua turus angkatan perang
* Pemasngku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
4. Temenggung
* Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri
* Penguasa bandar dan kota Melaka
* Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan
pedagang adalah betul
* Protokol istana
* Hakim di darat
5. Laksamana
* Ketua angkatan laut
* Menjaga ketenteraman laut
* Mengawal keselamatan sulktan atau pengawal peribadi sultan
* Mengetuai utusan diraja ke seberang laut
* Ketua duta
* Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara
* Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
Kawasan Pegangan
1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat
setia daripada
pembesar kepada sultan
2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak
berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya
3. Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau
dan wilayah.
4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'
5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu
a. Bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan
b. Penghulku Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan
Kampar
c. Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik
d. Temenggung tiada kawasan pegangan
e. Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan
6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk
memungut cukai
7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan
pemakanan'
8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan
Pentadbiran Berwibawa
1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
iaitu sistem
pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang
2. Malalui sistem ini setiap pembesar diberi tugas dan tanggungjawab masing-
masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan
3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemah
Kedudukan Geografi
1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan
jalan
perdagangan anatara Timur dan Barat
2. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan
China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan
dan air ataupun membaiki kapal
3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut
oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau
Sumatera
4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran
angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka
a. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac
membawa
pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang
Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka
b. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga
September pula akan
membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang
sama
membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka
5. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang
yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan
6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka
mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah
7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi
panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai
dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh
8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula
menjadikannya sukar ditembusi musuh.
Kemudahan Pelabuhan
1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk
menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka
2. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal,
menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang.
3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal,
perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang
untuk membawa barangan ke gudang
4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum
memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun
5. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk
melindungi pedagang daripada serangan lanun
Peranan Syahbandar
1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil
di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya
2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan
Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka
3. Syahbandar iaitu anatara jawatan terpenting berjaya menguruskan
pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak.
4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah
a. Menguruskan cukai
b. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
c. Menguruskan gudang
d. Menguruskan pasar
e. Menjaga kebajikan pedagang
g. Menjaga keselamatan pedagang
h. Menjadi hakim di pelabuhan
5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut
kumpulan pedagang
Syahbandar I ----->>>>> Mengurus pedagang dari Gujerat
Syahbandar II ----->>>>> Menguruskan pedagang dari
a. China
b. Ryukyu
c. Champa
Syahbandar III ------->>>> Menguruskan pedagang dari
a. Kalingga
b. Pegu
c. Benggala
d. Parsi
Syahbandar IV ------->>> Mengurus pedagang dari
a. Pulau Jawa
b. Banda
c. Borneo
d. Filipina
e. Maluku
f. Kalimantan
g. Pasai
Keberkesanan Undang-undang
1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah
menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka
2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal
3. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi
a. Peraturan dan tatatertib berniaga
b. Cara berjual beli
c. Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal
d. Larangan dan tanggungjawab bakhoda
Cukai Perdagangan
1. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan
2. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu:
a.Cukai rasmi (duti import) atau Panduan
b.Cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada sultan dan pembesar
3. Selainitu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk barangan makanan di
Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk keperluan
sendiri
4. Perdagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran
Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga
5. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk
a. Memastikan urusan perdagangan adalah lancar
b. Sumber pendapatan kerajaan
6. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem
Cukai Berkeutamaan
7. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan dengan Melaka
a. Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan
cukai sebanyak 6%
b. Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi
mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan,
Temenggung dan Syahbandar
c. Pedagang dari Kepulauan Melayu atau tinggal tetap di Melaka dikenakan
cukai sebanyak 3%
Penggunaan Sistem Mata Wang
1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan
melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang
2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan
mata wang tersebut
3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains
4. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah
Melaka pada masa itu
5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang
ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat
Penggunaan Sistem Mata Wang
1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot
2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari
kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke
Kepulauan Melayu
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka
2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan
meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka
3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi
dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang
berhampiran Melaka atau tanah
jajahan Melaka
4. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial,
pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
Hubungan Diplomatik dengan Negara Serantau
1. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan
Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi.
2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini
kerana kegiatan perdagangan seperti
a. Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras
b. Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah
c. Kampar dan Siak-membekalkan emas
Pasai
1. Hubungan dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424)
mengahwini
puteri Pasai dan memeluk agama Islam
2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang
tempatan
3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang
berkaitan dengan hukum agama Islam
4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan
huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya
5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-
menghormati dan tolong menolong
6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam
digunakan semasa berutus surat
7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat
bejalan seperti
a. Beras, makanan dan rempah dari Jawa
b. Lada hitam, beras dan emas dari Pasai
Kampar dan Siak
1. Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal
pengeluaran
emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal
eksport
lada hitam dan emas
2. 2Kerajaan Melaka telah meberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila
berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah
3. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih
rendah taraf
berbanding dengan Melaka
4. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka
5. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur
Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, jambi
dan Lingga
Hubungan Antarabangsa dengan China
1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah
memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri.
2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana
Cheng Ying Ching tiba di Melaka
3. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China
4. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan
kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf
Parameswara sebagai raja Melaka
5. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-
sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning.
6. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak
mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng
Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409
7. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China
8. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan
perdagangan apabila pedagang-pedagang China datang berdagang ke
Melaka
9. Pedagang-pedagang China telah menjadikan Melaka sebagai tempat
persinggahan atau menunggu pertukaran angin sebelum bertolask ke India
Hubungan Diplomatik dengan Siam
1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa
Parameswara di Temasik. baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam
2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik
yang diwakili
oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam
3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi
kepentingan ekonomi
4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati
Hubungan Melaka dengan Ryukyu
1. Melaka juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik
dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an
2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah
3. Dalam kandungan surta tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu
mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang
Melaka semasa berdagang di Melaka
4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur
dengan peraturan dan undang-undang Melaka
5. Ini terbukti Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka
Hubungan Melaka dengan Gujerat
1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat
2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka
3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu
4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka
Hubungan Melaka dengan Arab
1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka
2. Mereka juga membeli
a. Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu
b. Kain sutera dan teh dari China
Pusat Perkembangan Agama Islam
1. Kedah dan Terengganu adalah antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah
Melayu
yang menerima ajaran Islam
2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke 9, iaitu dengan penemuan
batu nisan
di Tanjung Inggeris, Kedah
3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama
Islam telah
bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi
4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat
Iskandar Syah
memeluk agama Islam.
Teori Pengislaman Melaka
Teori 1
1. Megat Iskandar Shah iaitu Sultan Melaka yang telah memeluk Islah setelah
berkahwin dengan puteri Pasai
2. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat
jelata
Teori 2
1. Sayid Abdul aziz yang datang dari Jeddah telah mengislamkan Raja Sri
Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama Sultan Mahmud Shah
2. Teori pengislaman Melaka ini adalah menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan
Bustanus Salatin.
3. Pedagang-pedagang dari arab dan India juga berperanan penting seperti
berdakwah
semasa berdagang
4. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin
dengan penduduk
setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk menjalankan dakwah di
Melaka
5. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka
6. Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama
tersebut
kerana meliputi
a. Toleransi
b. Adil
c. Rasional
Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam
1. Pada abad ke 15 Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian
Islam
2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu
di Melaka
untuk berdakwah
3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka
4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban
untuk dihantar
keluar untuk menyebarkan agama Islam
5. Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat
tinggal kepada
pendaklwah
6. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama
Islam iaitu
dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat
jelata
7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk
bertanyakan mengani hal-hal agama demi mendalami agama Islam
8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah
9. Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi agama seperti
masjid
madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan
membaca
kitab suci al-Quran
10.Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf
ialah
ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan
11.Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau
mengarang
sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil
12.Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan
seperti
a. Menterjemah kitab-kitab
b. Menyadur kitab-kitab
c. Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan
13.Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah
a. Hikayat Amir Hamzah
b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
14.Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai
Islam
seperti konsep musyawarah
Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara
Perkahwinan Diraja
1. Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan
Islam.Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Putera-puteri
dari RokanSiak dan Inderagiri
2. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan denganputera Raja Siak
3. SiakPerkahwinan tersebut menyebabkan agama Islam tersebar dengan
mudah ke negeri-negeri tersebut
4. tersebutSelain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu menyebarkan
agamna Islam
Penaklukan Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak
1. Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama
Islam untuk mendapat kurniaan ataulayanan yang lebih baik serta
menunjukkan taat setiakepada Sultan Melaka
2. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam
secara sukarela. Contoh di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan
Inderagiri
Peranan Ahli Sufi
1. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantaroleh kerajaan Melaka ke
merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke
KalimantanKepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao
Pedagang
1. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan
Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan
dan perdagangan
2. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah
masing-masing seperti di Jawa
Askar Upahan
1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar
raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama
2. Apabila mereka pilang mereka turut menyebarkan agama Islam ke Pulau
Jawa
Usaha Pemerintah
1. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar
raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama
2. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk
menyebarkan Islam
Sinar Islam dan Kesannya Terhadap Melaka
Kesan Politik
1. Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran
"sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu
2. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan
dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi
kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu
malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri
3. Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja
dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun
tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus,
Cambang dan Bengal
4. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-
undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk
mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat
bermusyawarah dan persamaan taraf
5. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum
arak
Kesan Ekonomi
1. Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad
ke 15
2. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti
kitab-kitab
agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya
3. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal
timbangan
sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah
Kesan Sosial
1. Pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan
agama Islam
yang terpenting
2. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan
lain-lain
lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu
3. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca
4. Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan
sepenuhnya
dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba
agama
Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul
Manzun,
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain
5. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya
kehidupan
orang Melayu
6. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya
kehidupan orang
Melayu seperti
Kesenian
Corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk,
madrasah, batu nisan dan sebagainya
Tulisan
Terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis
Khat
Amalan
Khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah
7. Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan
kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka
8 Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar
agama
atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu
haji
9. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang
tahu
manulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan
Pusat kegiatan Ilmu
Peranan Istana sebagai Pusat kegiatan Intelektual
Jurutulis pengarang dan Ulama di Istana
1. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis
2. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat
kecil
bilangannya
3. Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis,
pengarang, guru
dan ulama di istana
4. Tugas jurutulis ialah
Mengarang surat rasmi untuk raja
Menggubal perjanjian
Menjadi guru kepada anak-anak raja
5. Tugas pengarang ialah
Menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu
Menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa
Melayu
Mencatat diari istana
Menyusun salasilah raja-raja
6. Tugas ulama ialah
Menulis kitab agama Islam
Menterjemah Kita agama
Karya Sastera
1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka
2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan
Parsi
3. Antara karya sastera teremahan ialah
a. Hikayat Amir Hamzah
b. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
c. Hikayat Iskandar Zulkarnain
4. Karya sastera saduran pula ialah
a. Hikayat Bulan Belah
b. Hikayat Nabi Bercukur
c. Hikayat Bakhtiar
d. Hikayat Nabi Wafat
e. Hikayat Nabi Yusof
5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga
telha
dihasilkan. Antaranya
a. Hikaya Hang Tuah
b. Hikayat Bayan Budiman
6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut
Melaka telah digubal
7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah
dan pada
zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
Istana Melaka
1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan
serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama
2. Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan
aspek
ketuhanan
3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka
4. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah
kerajaan iaitu
buku-buku penulis tempatan dan penulis asing
Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa
perantaraan
dalam kegiatan dakwah
2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan
3. Tulisan jawi juga telah digunakan
4. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab
a. nya
b. ga
c. pa
d. nga
e. ca