10
NOTA UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN 1. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA BAB / MODUL 1 1

Sistem Perundangan

  • Upload
    aryzal

  • View
    44

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sistem Perundangan

Citation preview

Page 1: Sistem Perundangan

NOTAUNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

1. SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

BAB / MODUL 1

1

Page 2: Sistem Perundangan

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

( MALAYSIAN LEGAL SYSTEM )

1. Apa itu undang-undang?

o Menurut Austin undang-undang adalah “perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. Terdapat juga beberapa difinasi yang lain seperti “undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah” – Salmond.

o Oleh itu adalah jelas bahawa tafsiran boleh didapati dari setiap orang yang mempunyai pendirian dan kefahaman yang berlainan.

o Secara ringkas, undang-undang hanya sah jika ia di kuatkuasakan oleh pemerintah yang sah. Oleh yang demikian pada dasarnya undang-undang wujud melalui kuasa yang ada pada pemerintah di dalam sesebuah negara berdaulat

o Apa yang pasti ialah kita bertembung dengan undang-undang setiap hari dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita meletakkan kereta di garisan kuning, atau tidak memakai topi keledar apabila menunggang motosikal, kita akan disaman.

2. Fungsi undang-undang

Untuk menegakkan keadilan. Undang-undang diperlukan oleh manusia untuk memastikan setiap orang mendapat hak mereka masing-masing. Di samping itu setiap orang yang melakukan kesalahan pula perlu dihukum dengan sewajarnya.

Mempertahankan hak asasi manusia.

2

Page 3: Sistem Perundangan

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai hak asasi tertentu seperti hak untuk hidup bebas, bersuara, bergerak, berpersatuan, beragama dan lain-lain. Hak-hak ini hanya boleh dilindungi jika ada peraturan yang mempertahankannya.

Mengatur sistem pemerintahan negara. Sesebuah negara perlukan penyusunan tertentu dalam pemerintahan. Undang-undang berperanan untukl menentukan bentuk pemerintahan, kaedah pemilihan pemimpin, hubungan antara institusi perundangan dan pentadbiran serta kehakiman, kaedah pengagihan kewangan dan sebagainya.

Mengatur sistem sosial masyarakat. Oleh kerana manusia adalah makhluk sosial yang sentiasa perlukan antara satu sama lain, maka undang-undang adalah penting unrtuk menyusun peraturan sosial. Ini termasuk peraturan berkaitan dengan perjanjian, urusniaga, persyarikatan, perkongsian, jual beli dan sebagainya.

Mewujudkan keamanan dan keharmonian. Undang-undang juga penting sebagai elemen yang dapat menggalakkan suasana harmoni dan aman melalui unsur kawalan dan imbangan di antara masyarakat

3. Klasifikasi undang-undang

o Undang-undang sivil dan undang-undang jenayaho Undang-undang munisipal dan undang-undang

antarabangsao Undang-undang substantif dan undang-undang

prosedur

3

Page 4: Sistem Perundangan

4. SUMBER UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Undang-undang Bertulis

Perlembagaan Persekutuan & Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Persekutuan @ Federal Constitution merupakan undang-undang tertinggi di negara ini

Undang-undang lain adalah tertakluk kepada perlembagaan persekutuan dan akan diistiharkan sebagai batal dan tidak sah (ultra vires) jika peruntukkan undang-undang tersebut bercanggah dengan apa yang tertulis didalam perlembagaan persekutuan

Selain dari perlembagaan persekutuan, setiap negeri di Malaysia juga mempunyai perlembagaan negeri masing-masing

Diperingkat negeri perlembagaan negeri merupakan undang-undang tertinggi, dan ia tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan

Statut @ Akta Parlimen & Enakmen Undang-undang yang bertulis yakni telah

melalui proses pembentukan dan pengubalan undang-undang secara formal di parlimen atau dewan undangan negeri yang merupakan badan perundangan rasmi di negara ini

Undang-undang yang digubal di parlimen dikenali sebagai Akta Parlimen manakala undang-undang yang dibuat oleh DUN dipanggil sebagai enakmen negeri

Terdapat satu lagi jenis undang-undang statut yang dipanggil ordinan – yakni merujuk kepada undang-undang yang dibuat semasa darurat dan yang digubal sebelum merdeka

4

Page 5: Sistem Perundangan

Perundangan subsidiari Undang-undang yang dibuat oleh sesuatu

badan atau agensi yang diberi kuasa oleh Akta Parlimen atau enakmen

Dikenali sebagai Arahan, Peraturan, Pengistiharan, Panduan, Aturan, Kaedah dan lain-lain

Mempunyai efek yang sama dengan undang-undang induk dengan syarat ianya tidak ultra vires

Undang-undang subsidiari diperlukan sebagai satu bentuk undang-undang yang dapat memperincikan undang-undang induk yang mungkin tidak menyeluruh atau yang memerlukan penerangan tentang aspek-aspek teknikal

Prosedur pengubalan juga pindaan bagi undang-undang kecil lebih ringkas, cepat dan fleksibel

Undang-undang Tidak Bertulis

o Undang-undang yang tidak melalui proses pengubalan secara formal. Terdiri dari undang-undang yang berikut:

Adat Adat ditakrifkan sebagai satu peraturan

perlakuan yang wajib diikuti oleh mereka yang berada dalam linkungannya dan yang telah menjadi sebahagian dari kehidupan sesuatu masyarakat.

Adat masih diterima pakai sebagai sebahagian dari sumber perundangan dinegara ini namum skop perlaksanaannya adalah terhad kepada perkara-perkara yang bersifat peribadi seperti perkahwinan,

5

Page 6: Sistem Perundangan

perceraian, harta pusaka, hadanah dan lain-lain

Ianya hanya akan menjadi satu undang-undang yang diperakui dan mengikat jika ia diadaptasikan kedalam statut. Cth: harta sepencarian

Adat yang mahu diguna pakai sebagai undang-undang mestilah mematuhi beberapa syarat yakni:

o Telah wujud sejak sekian lama (antikuiti)o Tidak bercanggah dengan statuto Sesuatu yang pasti dan boleh diterima

akal Antara contoh undang-undang adat – adat

pepatih dan adat temenggong.

Keputusan Hakim – Doktrin Duluan mengikat Secara dasarnya hakim tidak membuat

keputusan didalam kes dengan sewenang-wenangnya

Mereka perlu mengikut satu sistem yang dapat memastikan yang setiap keputusan yang dibuat adalah selari dengan undang-undang yang sedia ada serta keputusan-keputusan hakim yang terdahulu dalam membicarakan kes-kes yang serupa.

Keputusan hakim/mahkamah yang terdahulu dan dalam kes yang serupa (on all fours) dengan kes yang sedang diputuskan ini membentuk satu ‘duluan’ yang mengikat keputusan hakim-hakim dalam kes-kes yang terkemudian.

Walau bagaimanapun duluan kehakiman ini (judicial precedent) tertakluk kepada hairaki mahkamah. Hanya keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya dalam hairaki berbanding kedudukan mahkamah yang sedang

6

Page 7: Sistem Perundangan

memutuskan sesuatu kes itu perlu diikuti, jika lebih rendah – tidak perlu

Keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan akan mengikat mahkamah-mahkamah dibawah mereka. Namun demikian keputusan mahkamah Sesyen tidak mengikat mahkamah Majistret

Duluan kehakiman ini adalah sesuatu yang wajib dan mengikat – jika mahkamah yang lebih rendah mengingkari keputusan yang terdahulu – keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah tersebut adalah tidak sah dan salah dan akan diketepikan oleh mahkamah atasan.

Walau bagaimanapun bukan setiap aspek dalam kes-kes yang terdahulu mesti di ikuti oleh sesuatu mahkamah – hanya nas keputusan atau prinsip undang-undang kes itu (ratio decidendi) sahaja yang digunapakai dan mengikat dalam kes-kes terkemudian

Doktrin duluan mengikat ini penting bagi mewujudkan satu sistem keadilan yang stabil, seragam dan boleh dijangkakan serta melancarkan proses kehakiman itu sendiri.

Undang-undang common law Inggeris dan ekuiti Undang-undang common law adalah undang-

undang yang lahir dari keputusan-keputusan mahkamah di England yang merangkumi adat setempat dan nilai-nilai masyarakat ketika sesuatu keputusan itu dibuat.

Malaysia menguna pakai common law ekoran statusnya sebagai sebuah negara yang pernah menjadi negara jajahan British namun pengaplikasian common law di negara ini terikat dengan provisi didalam Akta Undang-undang Sivil 1956.

7

Page 8: Sistem Perundangan

Dalam ertikata yang lain Akta Undang-undang Sivil 1956 lah yang memberi peruntukan kuasa statutori bagi penerimaan prinsip undang-undang Inggeris di Malaysia.

Seksyen 3 Akta tersebut menyatakan yang undang-undang inggeris hanya boleh digunapakai di negara ini jika terdapat ‘lacuna’ didalam statut tempatan dan jika undang-undang tersebut tidak bertentangan dengan keadaan setempat.

Namun Seksyen 5 membenarkan aplikasi menyeluruh undang-undang inggeris dalam hal ehwal perdagangan.

Ekuiti pula adalah undang-undang yang lahir daripada mahkamah chancery England sebagai satu bentuk penampungan terhadap kekurangan dan kekerasan common law

Ekuiti lebih bersandarkan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan semulajadi.

Undang-undang Islam Undang-undang Islam adalah didalam bidang

kuasa kerajaan negeri Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara

ini oleh Artikel 3 Perlembagaan Malaysia Namun begitu undang-undang Islam / syariah

tidak terpakai secara menyeluruh dalam semua hal

Undang-undang syariah hanya diguna pakai didalam hal-hal peribadi yang berkaitan dengan orang islam seperti perkahwinan, perceraian, hadanah, pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan ibadah.

Dalam hal-hal diatas yang membabitkan pemohon beragama islam, bidang kuasa telah diberikan secara eksklusif kepada mahkamah syariah melalui pindaan Perkara 121 Fasal (1A) Perlembagan Persekutuan yang menidakkan kuasa mahkamah sivil

8

Page 9: Sistem Perundangan

untuk mendengar dan membuat keputusan dalam hal-hal terbabit.

5. SISTEM MAHKAMAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, sistem mahkamah negara ini merupakan sistem tiga peringkat (three tier). Sistem ini membolehkan sesuatu pihak yang membawa pertelingkahannya ke muka mahkamah atau pihak tertuduh didalam sesuatu jenayah memperoleh tiga peluang untuk diadili – satu perbicaraan dan dua rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi

Setiap mahkamah mempunyai bidang kuasa yang tersendiri dan terbahagi kepada bidangkuasa asal, rayuan, rujukan dan penasihatan

Mahkamah-mahkamah di Malaysia juga tertakluk kepada satu sistem hairaki.

Kenapa perlu hairaki mahkamah?

Sebagai satu platform pelaksanaan doktrin duluan mengikat

Untuk membolehkan proses rayuan terutamanya jika terdapat kesilapan semasa perbicaraan awal

Untuk mengetahui ketetapan yang muktamad dan mengikat antara mahkamah-mahkamah

Mewujudkan pengagihan tugas mengikut bentuk kes dan keseriusannya

Memudahkan pentadbiran dan pengurusan kewangan

9

Page 10: Sistem Perundangan

STRUKTUR MAHKAMAH DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH TINGGI

MALAYA

MAHKAMAH TINGGI SABAH & SARAWAK

MAHKAMAH SESYEN

MAHKAMAH MAJISTRET

10

Page 11: Sistem Perundangan

BIDANG KUASA MAHKAMAH

MAHKAMAH BIDANGKUASA SIVIL BIDANGKUASA JENAYAH

Mahkamah Majistret(Kelas Kedua)-bidangkuasa asal sahaja

Tiada Bicara: kesalahan yang boleh dihukum denda sahaja atau maksimum 12 bulan penjara Hukum: tak lebih 6 bulan penjara dan denda tak lebih RM1000 atau kombinasinya

Mahkamah Magistret(Kelas Pertama)-bidangkuasa asal sahaja

Semua kes yang melibatkan nilai tuntutan tidak melebihi RM25,000

Bicara: kesalahan yang boleh dihukum 10 tahun penjara atau denda sahajaHukum: tidak melebihi lima tahun penjara, denda RM10,000, 12 kali sebatan atau kombinasinya.

Mahkamah Sesyen-bidangkuasa asal sahaja

Kes yang melibatkan nilai tuntutan melebihi RM25,000 sehingga RM250,000.

Nota : Tiada had dalam kes tertentu seperti kemalangan melibatkan kenderaan bermotor [ kes Tort ]

Bicara dan hukum: semua kes jenayah kecuali yang boleh dihukum bunuh.

Mahkamah Tinggi-bidangkuasa asal dan rayuan

Mendengar kes yang melibatkan tuntutan melebihi RM250,000 sahaja, dan tiada sebarang had maksima

Tidak terhad

Mahkamah Rayuan-bidangkuasa rayuan sahaja

Tidak terhad Tidak terhad

Mahkamah Persekutuan-bidangkuasa asal, rujukan, penasihatan dan rayuan

Tidak terhad Tidak terhad

11

Page 12: Sistem Perundangan

Bacaan Tambahan:

1. Laman Web Kehakiman Malaysia : http://www.kehakiman.gov.my/

2. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia Noor Aziah Mohd Awal – 2003, International Law Book Services

12