Upload
azliza-zaza
View
901
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM EJAAN JAWI MODEN BERDASARKAN AKHBAR UTUSAN Melayu
(Apakah Perkataan berubah menjadi )
1.0 Pengenalan
Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat
berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait
dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan
Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa
Melayu.
Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun penggunaan
di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan
dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya
di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah
dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh golongan pelajar di
Malaysia.
Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum banyak
diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah
perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab
dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi
dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya
huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda baris.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam
mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan
tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana
bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara
Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa
bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman
Kesultanan Islam di Nusantara.
Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah
kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan
bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu
nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar,
tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan
tangkal.
Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus,
Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan
seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan
Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu
nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur
tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari
orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang
disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan
Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada
702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat
dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan
Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf
Arab.
Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan
sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan
tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :
a) Ejaan Tradisi
Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya
digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( تئاد
), pada ( ,( قد dan kepada ( .( كقد
b) Ejaan Lazim
Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup
sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya
seperti lada( الدا ), pasu(قاسو ), suka( سوك ), barang( بارغ ), bulan( بولن ),nangka( نغك ), dan
bantal( .( بنتل
c) Ejaan Mengikut Hukum
Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukum
darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau
hukum.
1.1 Objektif Kajian
a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan kaedah ejaan kata
serapan yang terdapat dalam Akhbar Utusan.
b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.
c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji.
1.2 Bahan Kajian
Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Utusan Melayu sebagai bahan
kajian utama. Tajuk yang diutarakan ialah “Apakah perkataan intan akan berubah menjadi
Intan” hasil tulisan Pak Madlub bertarikh 30 Mac 2009.
1.3 Kaedah Kajian
Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar Utusan Melayu ini,
sumber rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan, sumber internet, dan
individu tertentu iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.
1.4 Batasan
Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar utusan Melayu agak banyak, namun penulis hanya
menghadkan kepada 100 perkataan awal sahaja. Daripada 100 perkataan ini kajian akan
dibuat berdasarkan objektif yang telah ditentukan.
2.0 Hasil Kajian
Setelah mengkaji 100 perkataan daripada akhbar, bermula daripada perkataan :
Hingga didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti berikut (terdapat juga perkataan
berulang) :
2.1 Ejaan Lazim
1 Tanda
2 Tanya
3 Banyak
4 Baru
5 Tahu
6 Besar
7 Hasil
8 Usaha
9 Dan
10 Dalam
11 Dewan
12 Ahli
13 Majlis
14 Tentang
15 papan
16 Lagi
17 Batu
19 tanda
2.2 Ejaan Mengikut Hukum
2.2.1 Hukum Darlung
23 kali
2.2.2 Hukum Luar Darlung
24 saya
25 Mana-mana
26 hatta
27 nama
2.2.3 Hukum Ka dan Ga
28 ketika
2.2.4 Hukum Ha dan Aha
29 bahasa
2.3 Ejaan Tradisi
30 Orang
31 Utama
32 Batu pahat
33 Yakni
34 Itu
35 Sendiri
36 Apabila
37 Pertama
38 Ia
39 Yang
40 Huruf sin
41 Atau
42 Tidak
43 Maknanya
44 Sampai
45 Kamus
46 Melayu
47 Wujud
48 telah
49 kepada
50 kerana
51 apatah
52 penggaram
53 segera
54 Jalan Rahmat
55 sebarang
56 Hj. Zainal Abidin Sapruan
2.4 Kata Berimbuhan
57 perkataan
58 menjadi
59 melintasi
62 dibandar
63 apakah
64 Terpinga-pinga
65 terlihat
66 perkataan
67 tertinggal
68 Sebaik
69 kerumah
70 menyelongkar
71 pelbagai
72 termasuk
73 ternyata
74 terbaru
75 menyebabkan
76 bertanya
77 perbandaran
78 tersebut
79 sebuah
2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris
80 edisi
2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
1. Ejaan ڤد tradisi
2. Ejaan چوتي lazim
3. Ejaan سمستير kata serapan Inggeris
4. Kaedah ڤرسكولهن kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan per……..an
5. Ejaan اللو lazim
6. Ejaan ايبو lazim
7. Ejaan دان lazim
8. Hukum باڤ di luar Darlung
9. Ejaan تله lazim
10. Kaedah ممباوا kata berimbuhan awalan (mem)
11. Ejaan كامي lazim
12. Kaedah مالوات kata berimbuhan awalan (me)
13. Ejaan بندر lazim
14. Nama كوچيڠ khas
15. Nama سراوق khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
16. Kata وقتو serapan Arab
17. Ejaan كامي lazim (suku kata terbuka)
18. Kaedah دبريتاهو kata berimbuhan awalan (di)
19. Ejaan تنتڠ lazim (suku kata tertutup)
20. Kata ڤرچوتين berimbuhan apitan (awalan-akhiran)
21. Ejaan ايت tradisi
22. Ejaan كامي lazim (suku kata terbuka)
23. Kata برسورق berimbuhan awalan (ber)
24. Kata كڬمبيراءن berimbuhan apitan
(awalan-akhiran) (ke……an)
25. Kata وه seru
26. Kata سرونوقڽ berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se……..nya)
27. Ejaan داڤت tradisi (suku kata terbuka)
28. Bunyi ناءيق glotis
29. تربڠ Kata كاڤل gabungan
30. Ejaan كامي lazim (Suku kata terbuka + terbuka)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
31. Kaedah سكلوارڬ kata berimbuhan awalan (se)
32. Kaedah كالڤڠن kata berimbuhan awalan (ke)
33. Ejaan تربڠ lazim (Suku kata tertutup + tertutup)
34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris
35. Kata دڠن perbuatan
36. Kaedah مناءيقي kata berimbuhan awalan (me)
37. Kaedah سبواه kata berimbuhan awalan (se)
38. Kata تكسي serapan Inggeris
39. Kata امبوءي diftong
40. Ejaan ڤرامه lazim
41. Ejaan سوڠڬوه lazim
42. Kata دريبر serapan Inggeris
43. Kata تكسي serapan Inggeris
44. Ejaan ايت tradisi
45. Ejaan كات lazim
46. Nama ايه khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
47. Ejaan اڤابيال lazim
48. Ejaan سمڤأي lazim
49. سان Kaedah د kata berimbuhan awalan (ke)
50. Ejaan كامي lazim
51. Ejaan سڬرا lazim
52. Kaedah مالڤور kata berimbuhan awalan (me)
53. Ejaan ديري lazim
54. Ejaan سمبيل lazim
55. Kata منونجوقكن berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me……..an)
56. Ejaan تيكيت kata serapan Inggeris
57. Kata ڤنربڠن berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe……..an)
58. Kaedah ستله kata berimbuhan awalan (se)
59. Ejaan ايت tradisi
60. Ejaan كامي lazim
61. Kaedah منوجو kata berimbuhan awalan (me)
62. Kaedah كبالي kata berimbuhan awalan (ke)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
63. Kaedah منوڠڬو kata berimbuhan awalan (me)
64. Kata وه seru
65. Ejaan چڠڬيه kata serapan Inggeris
66. Ejaan سوڠڬوه lazim
67. Ejaan باڠونن lazim
68. Ejaan ايت tradisi
69. Ejaan كات lazim
70. Nama ايبو khas
71. Kata ادوهاي diftong
72. Ejaan سجوق lazim
73. Ejaan ساڠت lazim
74. Kaedah ددالم kata berimbuhan awalan (di)
75. Kaedah باڠونن kata berimbuhan akhiran (an)
76. Ejaan اين tradisi
77. Ejaan كلوه lazim
78. Nama ايه khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
79. Kata سمنتارا geluncur
80. Kaedah منوڠڬو kata berimbuhan awalan (me)
81. Kata ڤنربڠن berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe……..an)
82. Ejaan كامي lazim
83. Ejaan دريستورن kata serapan Inggeris
84. Ejaan يڠ lazim
- kata dasar satu suku kata
- dieja tidak menggunakan alif
85. Ejaan اد tradisi
86. Kaedah دسيتو kata berimbuhan awalan (di)
87. Ejaan كامي lazim
88. Ejaan ماكن lazim
89. Ejaan ساندويچه kata serapan Inggeris
90. Ejaan دان tradisi
91. Ejaan مينوم lazim
92. Ejaan جوس kata serapan Inggeris
93. Ejaan اورين kata serapan Inggeris
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
94. Ejaan سمبيل lazim
95. Kaedah منونتون kata berimbuhan awalan (me)
96. يشين ۏتيلي Ejaan kata serapan Inggeris
97. Nama ايه khas
98 Ejaan ڤوال lazim
99. Ejaan مينوم lazim
100. Ejaan كوڤي lazim
2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi
Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam kajian
Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan
lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut
hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam
mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di
dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus
disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti daripada
generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah lagi mahu menulis
dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka ‘buta’ dalam pembacaan tulisan Jawi.
Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan
Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan
Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan
kesungguhan yang hakiki.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai
pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan
semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap
Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan
(KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian
Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta
kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.
Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan
pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan
apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk
digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan
Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan
Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan
bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang
memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah
termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan
peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi.
Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya,
peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak
Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu
daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk
pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan
tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang
mengajar mata pelajaran tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru
dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih
menggunakan sistem tulisan Jawi lama.
3.0 Kesimpulan
Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan merupakan
aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan
Jawi juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al
Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman perkataan
Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi
pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada
zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan
Jawi bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu
lagi.
Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata
Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata
Jawi terbuka dan sukukata Jawi tertutup.
Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata
tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan.
Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal
dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif (ا )mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf
ya ( ي ) mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( و ) mewakili huruf vokal
o. Huruf-huruf konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu,
pembentukan sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal
atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh
orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan
lama seperti (sudah - ه ejaan Arab ;(بئلئق - billik ) ejaan baharu ;( ائت - itu) ejaan tua ;( سد
(wajib - - ejaan kemelayuan ( peduli ;(واجب ولئ dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ;(قد
( vokal – وكل .(ؤ
Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan Jawi
di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan
Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan bagi
perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang
boleh dengan perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam
penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu
seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.
Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan
kerana ketika itu sistem ejaan Za’aba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan
sistem lama kepada sistem baru.
Penghasilan buku,’Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan’, dan ‘Daftar Ejaan Rumi-
Jawi’, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan
pemantapan yang diusahakan daripada buku,’Daftar Ejaan Melayu Za’aba’(1939). Kedua-dua
buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan
dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para pengguna.
Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan
dalam sistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.
Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya dan pencinta tulisan
Jawi amnya terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima atau
menolak pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi menangani
cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan, bengkel, dan seumpamanya akan/telah
diadakan namun peningkatan dan menghargai tulisan Jawi masih di ambang kekaburan.
Bibliografi
Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal
Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104
Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 :
Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179
Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402 Sistem Tulisan Jawi,
Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.
Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah Memartabatkan
Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187
Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan Jawi:Perkembangan dan
Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153
Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Pelita
Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11
Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.