7

Click here to load reader

sj sabah & srawak2.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

    AJ10203 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK (1841-1963)

    SOALAN 7 :

    ANALISISKAN SEBAB-SEBAB PENYERAHAN PEMERINTAHAN DI SABAH DAN

    SARAWAK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BRITISH PADA TAHUN 1946

    PROF. MADYA DR. BILCHER BALA

    NAMA : MUHAMMAD KHAIRIE BIN AHMAD

    NO. MATRIK : BA14110363

  • Pengenalan terhadap sebab penyerahan Sabah dan Sarawak

    kepada British

    Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak

    kepada British pada 8 Februari 1946 manakala di Sabah British telah

    menandatangani perjanjian dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara

    British (SBBUB) pada 26 Jun 1946.

    Penyerahan Sabah dan Sarawak berlaku atas beberapa sebab,

    samaada faktor luaran atau dalaman.

    Penyerahan Sarawak misalnya, berlaku disebabkan oleh masalah

    dalaman yang berlaku dalam keluarga Brooke, keadaan Sarawak

    selepas pendudukan Jepun dan sejarah hubungan diplomatik antara

    British dan Sarawak.

    Penyerahan Sabah kepada British adalah disebabkan kerosakkan yang

    dialami selepas pendudukan Jepun, hubungan erat SBBUB dengan

    British dan sistem pentadbiran SBBUB yang lapuk dan ketinggalan

    zaman dan kepentingan ekonomi British sendiri di Sabah.

    Pada 1 Julai 1946, Sarawak telah disytiharkan sebagai jajahan Mahkota

    British.

    Di Sabah pula, British telah menandatangani perjannian dengan

    Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBUB) pada 26 jun 1946 .

    Pada 15 Julai 1946 Borneo Utara secara rasminya diisytiharkan

    menjadi tanah jajahan british

  • SEBAB PENEYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH

    Akibat penaklukan Jepun

    - Selepas tamat perang dunia kedua Sarawak mengalami

    kemusnahan yang teruk dan memerlukan peebelanjaan yang besar

    untuk memulihkan kembali keadaan sarawak.

    - Raja Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan

    untuk membangunkan semula negerinya. Beliau berpendapat

    hanya British yang mampu membangunkan Sarawak kerana

    mempunyai kewangan yang lebih kukuh.

    - Niat Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak adalah untuk

    kepentingan rakyat dan hanya kerajaan British yang mampu

    menguruskan masalah ini.

    - Keadaan ini telah mendorong Charles Vyner Brooke untuk

    menyerahkan Sarawak kepada pihak British untuk memberi kuasa

    kepada British dalam membangunkan semula Sarawak.

    Faktor usia Charles Vyner Brooke

    - Beliau keberatan untuk menyerahkan Sarawak kepada anak

    saudaranya iaitu Anthony Brooke mahupun pada adiknya Betram

    Brooke kerana berpendapat warisnya tidak mampu memerintah

    Sarawak dengan baik.

    - Charles Vyner Brooke mendapati Anthony tidak sesuai dengan

    sikap dan pendiriannya. Anthony bersikap kasar dan berlaku

    curang.

    - Pada Mac 1939, Anthony telah dilantik sebagai Raja Muda

    Sarawak tetapi dipecat disebabkan oleh perlakuannya itu.

    - Masalah dalaman keluarga Brooke inilah yang mendorong Charles

    Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.

    - Charles Vyner Brooke tidak mempunyai anak lelaki untuk

    menggantikan tempatnya sebagai raja di Sarawak.

  • Desakan daripada British

    - Desakan ini berpunca daripada kepentingan ekonomi British di

    Sarawak, iaitu jaminan pelaburan pemodal British.

    - Pelaburan pemodal British dalam ladang-ladang getah, lada

    hitam, sagu dan kelapa kering disamping mempunyai pelaburan

    dalam syarikat pembalakan dan petroleum.

    - Hasil keluaran ini beloh didapati dengan mudah di Sarawak dan

    keadaan ini sangat diperlukan oleh British untuk mengembangkan

    perindustriannya.

    - Selain itu penjajahan British di Sarawak adalah disebabkan oleh

    potensi negeri Sarawak sebagai pembekal bahan mentah dan

    sebagai tempat pemasaran barangan keluaran Britain.

    Masalah Dalaman Keluarga Brooke

    - Konflik diantara Charles Vyner Brooke dengan adiknya Betram

    Brooke telah merumitkan lagi pentadbiran.

    - Keadaan ini diburukkan lagi apabila Charles Vyner Brooke telah

    menggubal perlembagaan 1941 tanpa berbincang dengan Betram

    Brooke.

    - Begitu juga pada tahun 1946, Charles Vyner Brooke telah

    mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British

    tanpa memberitahu adiknya.

    - Tindakan Charles Vyner Brooke yang membuat keputusan secara

    sendiri telah menyebabkan kemarahan Bertam Brooke seterusnya

    konflik diantara mereka berlaku.

  • SEBAB PENYERAHAN SABAH KEPADA BRITISH

    Kerosakkan yang dialami selepas pendudukan Jepun

    - Kerosakkan akibat peperangan di Sabah adalah lebih teruk

    berbanding dengan keadaan di Tanah Melayu, Singapura dan

    Sarawak.

    - Serangan tentera berikat telah memusnahkan bandar-bandar

    besar, perhubungan dan hasil ekspot telah diberentikan.

    - Kerosakkan ini memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar dan

    tidak mampu dipikul kompeni SBBUB.

    - SBBUB tiadak mempunya pilihan lain selain daripada

    menyerahkan Sabah kepada British.

    - Sir Neil Malcolm menyatakan bahawa, pengerusi badan pengarah

    kompeni menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai sumber

    kewangan untuk membangunkan semula Sabah kecuali diserahkan

    kepada pentadbiran British.

    Hubungan erat British dengan SBBUB

    - Pada tahun 1881 British telah mengurniakan sebuah piagam

    kepada Syarikat Berpiagam Sabah. Keadaan ini sebenarnya untuk

    memperlihatkan penguasaan British terhadap syarikat tersebut.

    - Begitu juga pada tahun 1888, Sabah telah menjadi negeri

    naungan British sekaligus memberikan kuasa kepada British untuk

    menguasai perhubungan luar negeri dan pertahanan Sabah,

    keadaan ini telah mendorong syarikat untuk menyerahkan Sabah

    kepada British pada tahun 1946.

  • Kelemahan sistem pentadbiran SBBUB

    - SBUB telah mentadbir Sabah lebih 60 tahun, dalam usia ini

    pentadbiran SBBUB di Sabah telah menjadi usang dan ketinggalan

    zaman. Seiring dengan perkembangan politik moden, sistem

    pentadbiran yang dilaksanakan oleh SBBUB memjadi tidak relevan

    dan memerlukan pucuk pimpinan baru.

    - Rundingan penyerahan hak tersebut telah diadakan di London,

    Setiausaha Tanah Jajahan telah mengisytiharkan kepada dewan

    rakyat mengenai perjanjian mengambil alih Sabah daripada

    kompeni pada 26 Jun 1945. Kerajaan British juga turut membayar

    wang pendahuluan sebanyak 860000 dolar untuk mengurangkan

    beban hutang kompeni.

    KEPENTINGAN BRITISH DI SABAH

    - Pada mulanya British tidak berminat untuk mengambil alih Sabah

    kerana Perdana Menteri Clemer Atlee pada ketika itu mempunyai

    anti-dasar tanah jajahan dan sedang menyelesaikan soal tentang

    pemberian kemerdekaan kepada Sri Lanka, Burma dan India.

    - Walaubagaimanapun setelah memikirkan kedudukan negeri ini

    daripada pelbagai aspek, khasnya dari segi ekonomi, British

    akhirnya membuat keputusan untuk mengambil alih Sabah dari

    SBBUB.

    - Kepentingan ekonomi British di Sabah jelas dilihat kerana Sabah

    merupakan satu negeri yang kaya dengan hasil pengeluaran

    seperti lada hitam, getah dan kayu balak yang amat penting bagi

    British untuk mengembangkan perindustriannya.

    - Justeru kita dapat simpulkan bahawa penjajahan British di Sabah

    adalah disebabkan oleh potensi negeri tersebut sebagai pembekal

    bahan mentah dan tempat pemasaran bahan keluaran British.

  • PENUTUP

    Kesimpulannya, kesan kesan tinggalan penaklukan Jepun seperti

    keadaan sosial yang tidak teratur dan ekonomi yang meleset telah

    memberi alasan kepada kerajaan British untuk menjajah negeri

    Sarawak dan Sabah. Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada

    kerajaan British telah menandakan hancurnya hierarki sosial

    tradisional dan runtuhnya kuasa aristokrat dalam pentadbiran

    selepas itu. Orang tempatan mula menuntut hak masing-masing

    dan menggunakan organisasi-organisasi sebagai satu cara untuk

    menyalurkan suara hati mereka serta sebagai lambing penyatuan

    di kalangan mereka. Justeru itu dapatlah dikatakan pendudukan

    Jepun telah mencorakkan perkembangan politik di negeri ini.

    RUJUKAN

    1) Buyong bin Adil (Haji.), Haji Buyong bin Adil, 1974, Sejarah

    Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka, PTS Publication and

    Distributors Sdn. Bhd.

    2) Barbara Watson Andaya, Leonard Yuzon Andaya, 2006, Sejarah

    Malaysia, Macmillan.

    3) Husain Ahmad, 1997, Sejarah Tanah Melayu (1400-1983),

    Pustaka Aman Press.