37
SULIT* PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010 JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG Arahan kepada calon : Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B ______________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak © Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 2010 STPM 940/2 ⌠Lihat sebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat SULIT* 940/ STPM 2010 SEJARAH KERTAS 2- SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN DAN ASIA SKEMA

Skema Sejarah 2 Pahang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skema Sejarah 2 Pahang

SULIT*PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2006 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2009 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010 PERCUBAANSTPM2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

Arahan kepada calon :

Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B

______________________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak© Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 2010

STPM 940/2 ⌠Lihat sebelah*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat SULIT*

940/2STPM 2010

SEJARAH

KERTAS 2- SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR

SKEMA MARKAH..

Page 2: Skema Sejarah 2 Pahang

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A

1. JELASKAN PERUBAHAN PERANAN RAJA PADA SEBELUM DAN SELEPASPENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU

PENDAHULUAN (3M)Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

ISI JAWAPAN

A. Peranan Raja sebelum penjajahan British (10M)1. Politik 1.1 Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah Peranan sultan melantik pembesar Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

1.2 Sultan menentukan hubungan diplomatik Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan

1.3 Sultan berperanan sebagai ketua tentera. Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.

2. Ekonomi 2.1 Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dari Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

2.1 Sultan berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contoh di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

Page 3: Skema Sejarah 2 Pahang

3. Sosial 3.1 Sultan merupakan lambang perpaduanRaja / Sultan menjadi simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

3.2 Sultan bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu

B.PERUBAHAN PERANAN RAJA / SULTAN SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH (10M)1. Raja Kehilangan kuasa mentadbir Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini. Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.

2. Raja kehilangan kuasa mutlak. British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.

3. Raja kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British.British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.

4. Raja kehilangan hak ke atas tenteraPada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri sahaja.

KESIMPULAN (2M) Dari perbincangan di atas adalah jelas bahawa sebelum penjajahan, raja / sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu. Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tangan Residen.

Page 4: Skema Sejarah 2 Pahang

2. BINCANGKAN SISTEM EKONOMI MASYARAKAT MELAYUSEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH

PENGENALAN (3M)1. Masyarakat Melayu telah pun mempunyai sistem ekonomi tersendiri sebelum campur tangan British2. Pada umumnya masyarakat Melayu terlibat dalam kedua-dua sistem ekonomi saradiri dan sistem ekonomi komersil.3. Ekonomi saradiri adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk memenuhi keperluan sendiri dan keluarga manakala ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang berteraskan keuntungan. 4. Hampir semua negeri Melayu menjalan aktiviti ekonomi sara diri. Ekonomi komersial dijalankan di negeri Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

ISI JAWAPAN

1. Ekonomi Saradiri (10M)- Masyarakat Melayu paling ramai terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi ini kerana ia merupakan sumber utama untuk menyara diri dan keluarga.- Masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran sungai dan kawasan pedalaman menanam padi sawah dan padi huma. Penanaman padi adalah kegiatan saradiri yang utama.- Kawasan penanaman padi di Tanah Melayu adalah di Kedah , Pahang , Perlis dan sebagainya.- Sistem pengairan penting dalam penanaman padi. Petani-petani Melayu membina terusan dan parit untuk tujuan tersebut.- Selain menanam padi masyarakat Melayu juga mengusahakan tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan buah-buahan.- Di samping itu, mereka juga menjalankan kegiatan menternak binatang seperti ayam , itik kerbau, lembu dan kambing- Terdapat masyarakat Melayu yang menangkap ikan terutama mereka yang tinggal di pesisir pantai. – - Kegiatan ini dilakukan pada bulan Mac dan Oktober. Peralatan yang digunakan adalah jala, lukah, pukat, kelong dan sebagainya- Sumber ekonomi masyarakat Melayu lain ialah memungut hasil hutan sprt damar, rotan , akar-akar kayu dan berburu.

2. Ekonomi Komersil (10M)- Di samping ekonomi sara diri, kegiatan pertanian komersial turut dijalankan di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1840-an,penanaman gambir dan lada hitam giat dijalankan di selatan Johor.- Sistem Kangcu telah diperkenalkan dengan memberi satu surat tanah atau surat sungai iaitu hak menanam lada hitam dan gambir.- Lada hitam dan gambir di pasarkan ke luar negara melalui singapura. Penghantaran hasil ini dilakukan dengan menggunakan tongkang yang menyusuri petempatan kecil di pesisiran pantai. - masyarakat Melayu juga menjalankan ekonomi komersil yang berasaskan perdagangan dan perlombongan.- Dalam bidang perdagangan masyarakat Melayu telah menjalinkan hubungan perdagangan serantau malahan dengan adanya kemahiran dalam bidang pelayaran orang Melayu dikatakan telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara India dan Afrika.- Orang Melayu Terengganu telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara Cina dan negara-negara Timur Tengah . Terengganu dikatakan mengeksport emas, bijih timah, kopi, rotan dan damar. Pada tahun 1303 dijumpai Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan kedatangan saudagar-saudagar Arab ke Terengganu.- Orang Melayu terutamanya para pembesar telah terlibat dalam bidang perlombongan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.- Perlombongan bijih timah giat dijalankan di negeri Perak terutamanya kawasan Hilir Perak, Kinta dan Larut dan kawasan Kelang. - Raja Abdullah telah bertanggungjawab memajukan kegiatan perlombongan di Kelang dengan membawa masuk orang Cina dari Singapura.- Di Pahang , orang Melayu terlibat dalam kegiatan melombong emas dan arang batu di Raub.

KESIMPULAN (2M)Jelaslah bahawa sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur tangan British adalah berlandaskan sistem ekonomi sara diri dan ekonomi komersil. Kedua-dua bentuk sistem ekonomi ini dijalankan serentak.

Page 5: Skema Sejarah 2 Pahang

3. TERANGKAN CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 DAN REAKSIPENDUDUK TANAH MELAYU TERHADAP PENUBUHANNYA

PENGENALAN (3M)Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu menyebabkan British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan penubuhannya bagi menggantikan Malayan UnionBerlaku perubahan besar dari segi ciri-ciri yang berkaitan dengan pentadbiran dan kewarganegaraanPenubuhan PTM mendapat reaksi yang pelbagai daripada penduduk T.Melayu ISI JAWAPAN

Ciri-ciri PTM ( 8M)PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri Selat.Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan Undangan Persekutuan. Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.

Reaksi ( 12M)A. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)- Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU). MDU tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan berpenda Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.- MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.- AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. - Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

B. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)- PUTERA merupakan gabungan beberapa pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri. PUTERA juga tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948.- Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

C. Tentangan AMCJA-PUTERA- Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana Jawatankuasa yang merangka Perlembagaan PTM tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. - Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.- Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA yang mengemukakan perlembagaan baru dinamakan Perlembagaan Rakyat kepada kerajaan Persekutuan - Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.- Sebagai bantahan, Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan Hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

KESIMPULAN (2M)Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kpd Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

4. SEJAUHMANAKAH PERASAAN TIDAK PUAS HATI PEMBESAR MELAYU

Page 6: Skema Sejarah 2 Pahang

MENYEBABKAN BERLAKU PENENTANGAN DI PERAK DAN PAHANG PADA ABAD KE 19

PENDAHULUAN ( 3 M )-Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian pangkor ditandatangani pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger sebagai residen pertama.-Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan sehingga membangkitkan perasaan tidak puas pemerintah di kedua-dua negeri tersebut- Perasaan tidak puas hati pembesar inilah yang mendorong kepada berlakunya penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke 19

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A) FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK ( 10M )1) PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH- Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkor ditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara. Antaranya: -Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesar Perak tanpa gantirugi yang memuaskan. -Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitu konsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilai RM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal

-Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak yang tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultan kepada Raja Abdullah juga tidak puas hati terhadap inggeris.-Penghapusan sistem perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch juga menimbulkan kemarahan pembesar -Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larut kerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhi nasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy-Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesar enggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya

2) KELEMAHAN PEMERINTAHAN RAJA ABDULLAH-Raja Abdullah yang dilantik sebagai Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa menjual daerah Krian untuk membayar hutang-Baginda juga terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala Sg Perak kepada Lee Cheng Tee untuk membayar hutangnya.-Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing

3) KELEMAHAN KEPERIBADIAN BIRCH-Birch tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam dan adat istiadat orang Melayu. Pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan kerana budaya yang berbeza-Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung dengan masyarakat tempatan-Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan ingin membuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikan perasaan sultan dan pembesar Melayu-Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliau membakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungut cukai

4) DASAR PEMBAHARUAN BIRCH- Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang Pegawai British dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birch telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. - Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia.- Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu terutamanya dalam sistem perhambaan tanpa disedari. Birch telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi perlindungan kepada hamba-hamba

Page 7: Skema Sejarah 2 Pahang

yang melarikan diri ke rumahnya terutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu, malah memarahi Sultan yang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.

5) PERASAAN TIDAK PUAS RAKYAT-Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat.-Birch memperkenalkan cukai bot dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah-Beliau juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi memastikan peraturan baru dipatuhi

6) KESILAPAN SIR WILLIAM JERVOIS-Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan Andrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama sultan-Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran-Pada 11 September 1875, beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak.-Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf

B. FAKTOR PENENTANGAN DI PAHANG ( 10M )1. PERASAAN TIDAK PUAS HATI GOLONGAN PEMERINTAH-Pengenalan Sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja-Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yang dianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala Sultan Ahmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun-Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untuk mengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah-Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889

-Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah-Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai Penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri-Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanya menawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000 setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British-Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Terua tanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai ini menyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksa mematuhi undang-undang British-Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elaun tambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabila permintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.

2. PERASAAN TIDAK PUAS HATI RAKYAT-Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seeker dikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah-Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendak memungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih dahulu-Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalm setahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan-Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris kemana sahaja mereka pergi-Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadat masyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi-Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakat tempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombong terhadap masyarakat Melayu

Page 8: Skema Sejarah 2 Pahang

3) KELEMAHAN PERIBADI J.P RODGER-Beliau tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang-Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidak menghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan

KESIMPULAN (2M)-Penentangan di Perak dan pahang berlaku bukan sahaja disebabkan oleh ketidakpuasan hati pembesar tetapi juga turut didorong oleh perasaan tidak puas hati raja dan rakyat.-Kelemahan peribadi Residen, dasar pentadbiran dan pengenalan peraturan serta undang-undang baru yang merugikan pemerintah dan menyusahkan rakyat telah membangkitkan penentangan di kedua-dua negeri di atas.

5. BINCANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN BIDANG KEWARTAWANAN DI TANAH MELAYUDALAM MEMBANGKITKAN GERAKAN NASIONALISME MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

PENGENALAN ( 3 M )Media cetak atau bidang kewartawanan merupakan alat yang dapat merangsang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Ia berfungsi sebagai pemberi maklumat, penyebar berita dan menyedarkan rakyat tempatan. Dengan kata lain media cetak dianggap sebagai lidah kepada gerakan nasionalisme. Keadaan ini amat jelas sebelum Perang Dunia Kedua apabila golongan nasionalis di Tanah Melayu bergerak dengan menggunakan pen, dakwat dan kata-kata untuk menuntut pembebasan dari British.

Page 9: Skema Sejarah 2 Pahang

Menerusi bidang kewartawanan akhbar dijadikan alat untuk menyebarkan semangat kebangsaan terutamanya untuk menyampaikan pendapat,pengajaran serta kritikan terhadap isu-isu masyarakat dan penjajahan. Akhbar-akhbar Melayu yang diusahakan oleh orang Melayu sendiri menjadi arena perbincangan orang Melayu berkenaan soal hak, terutamanya sekitar tahun 1930an apabila isu-isu hak yang diperjuangkan oleh kaum bukan Melayu.

ISI JAWAPAN ( 20 M )

PERANAN DAN SUMBANGAN KEWARTAWANAN- Sepanjang tahun 1930an hingga 1940 terdapat kira-kira 80 buah akhbar dan majalah yang telah diterbitkan. Perkara ini berlaku kerana bidang penerbitan menjadi satu sumber perniagaan yang menguntungkan kerana bilangan pembaca telah bertambah ramai. - Pada umumnya isi kandungan dan berita-berita utama yang dimuatkan berkisar kepada berita-berita dunia serta masalah sosial dan agama. Alirannya turut berubah apabila tumpuan lebih diberikan kepada kemasukan orang asing, keadaan sosioekonomi orang Melayu dan pergerakan politik di Tanah Melayu.-Antara akhbar-akhbar yang penting ialah al Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis. -Akhbar Al Ikhwan diterbitkan pada 16 sept 1926 di Pulau Pinang di bawah kelolaan Syed Syeikh Ahmad Al Hadi. Pada peringkat awal akhbar ini dicetak oleh The British Company dan kemudian oleh Jelutong Press. -Tujuan penerbitannya ialah untuk membawa pembaharuan agama kepada masyarakat Melayu serta menimbulkan kesedaran politik dan sosial kepada mereka. Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah emansipasi wanita dan kepentingan pelajaran Inggeris di kalangan orang Melayu dengan tujuan untuk meningkatkan taraf sosial orang Melayu melalui bidang pendidikan.

-Selepas Al Ikhwan, Syeikh Ahmad Al Hadi menerbitkan pula akhbar Saudara pada tahun 29 Sept 1928. Akhbar ini diterbitkan untuk meneruskan perjuangan Al Imam. Pada peringkat awal akhbar ini diterbitkan pada setiap hari Sabtu tetapi apabila telah memiliki penerbitan sendiri, iaitu Jelutong Press di Pulau Pinang, pada bulan Mac 1934 ia dijadikan akhbar dua kali seminggu.-Seperti Al Ikhwan, ia juga cenderung menerbitkan banyak rencana tentang Islam dan keadaan sosioekonomi orang Melayu. Pengarang pertamanya ialah Mohd Yunos b. Abdul Hamid dibantu oleh Abdul Rahim Kajai sebagai Penolong Pengarang. Akhbar ini telah memainkan peranan penting sebagai wadah untuk menyalurkan idea-idea reformis Islam dari Kaum Muda. -Akhbar ini telah menjadi pengkritik hebat terhadap cara hidup orang Melayu yang enggan menerima pembaharuan dalam agama dan sosial. Selain isu-isu agama ia juga menyiarkan pelbagai rencana tentang ekonomi,politik,sejarah dan pelajaran. Menjelang tahun 1930an akhbar ini telah memperlihatkan kesedaran politik yang jelas apabila ia mula menyeru umat Islam terutama orang Melayu supaya berusaha menjaga negeri agar tidak dikuasai oleh bangsa asing. -Di bawah pimpinan pengarang utamanya iaitu Sayid Alwi b. Sayid Syeikh Ahmad Al Hadi ia telah memulakan satu ruangan baru iaitu ruangan Sahabat Pena 1934 yang kemudiaannya dikenali sebagai Persaudaraan Sahabat Pena untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan sehingga tahun 1935 ruangan ini diawasi dan dikawal rapi pihak British. Menerusi pengawasan pasukan Cawangan Khas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British mula mengintip dan memerhatikan kegiatan ruangan ini dan semua tokoh yang terlibat dengannya.

-Selain akhbar Saudara terdapat beberapa akhbar lain yang aktif seperti Warta Malaya dan Majlis. Warta Malaya diterbitkan pada 1 Januari 1930 di Singapura dan pada mulanya dicetak oleh Anglo Asiatic Press yang dimilki oleh Syed Hussein Ali al Sagoff bersama abangnya Syed Abdullah,sepupunya Sharifah Shaikah. Akhbar ini merupakan akhbar harian Melayu terbesar setanding dengan akhbar-akhbar bangsa asing di Tanah Melayu.-Pada tahun 1935 Syarikat Warta Malaya telah membuka cawangan pertama di Kuala Lumpur dan telah menerbitkan akhbar mingguannya Warta Ahad, diikuti oleh Warta Jenaka yang merupakan sebuah majalah mingguan yang diterbitkan setiap hari Isnin. Pengarangnya yang pertama ialah Dato Onn b. Jaafar(Januari 1930-Disember 1933). -Di bawahnya, banyak rencana pengarang yang disiarkan banyak menyentuh tentang kepentingan kemunduran orang Melayu dan penguasaan ekonomi kaum pendatang, rencana-rencana yang mengkritik kerajaan British khasnya dalam politik dan ekonomi orang Melayu, pemusatan kuasa British dan tindak tanduk kaum pendatang yang menuntut hak-hak yang lebih. -Warta Malaya bersifat pro Melayu dan anti penjajah. Contohnya menuntut orang Melayu diberi banyak jawatan pentadbir kanan dalam pentadbiran penjajah dalam masa yang sama orang bukan Melayu dihalang dari mendapat kedudukan dalam pentadbiran atau kuasa politik negeri. Selepas Dato Onn meninggalkan Warta Malaya, ia digantikan oleh Sayid Alwi dan ia meneruskan perjuangan Dato Onn.

Page 10: Skema Sejarah 2 Pahang

-Akhbar Majlis pula telah diterbitkan pada 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur oleh Mohamad Amin b. Hj Mohd Yusof pemilik Selangor Press. Ia merupakan akhbar kebangsaan pertama. Pengarang utamanya ialah Abd Rahim Kajai. Beliau adalah seorang peminat politik dan rencana yang disiarkan banyak berkisar kepada isu-isu politik. -Penerbitannya juga bertujuan menyatukan orang Melayu bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Selain politik ia juga banyak menerbitkan rencana tentang perpaduan bangsa,kesedaran dan kebangkitan untuk mengatasi kemunduran terutamanya mengenai hak dan kedudukan orang Melayu yang perlu dilindungi dan tuntutan orang asing untuk hak dan kedudukan yang sama seperti orang Melayu tak seharusnya diterima. -Selepas Perang Dunia Kedua akhbar ini dipimpin oleh Abdul Samad Ahmad seorang penulis yang terkenal dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Walau bagaimanapun ia juga berminat dalam isu politik dan pernah melibatkan diri dalam politik. -Sumbangan akhbar ini dalam membangkitkan kesedaran Melayu jelas apabila Pejabat akhbar yang bertempat di No. 157, Batu Road (Jln. TAR) Kuala Lumpur dijadikan tempat tumpuan golongan pemuda Melayu yang bersemangat dan sedar akan kelemahan, serta nasib masa depan bangsa Melayu. Contohnya KMM dan pada tahun 1946 pejabatnya menjadi pusat mempelopori perjuangan politik kebangsaan Melayu.

-Utusan Melayu diterbitkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan syarikat pertama akhbar yang dipunyai oleh orang Melayu sendiri kerana sebelumnya syarikat-syarikat akhbar banyak dimiliki oleh orang Arab. Pengarang utamanya ialah Abd Rahim Kajai. Akhbar ini melambangkan kegigihan orang Melayu. -Akhbar ini memperjuangkan semangat kebangsaan dan kegiatan orang Melayu dalam politik. Menekankan kepentingan kegigihan dan pendidikan untuk mencapai kemajuan. Salah seorang sidang pengarangnya Ishak Hj Muhamad yang banyak menyeru masyarakat Melayu supaya bersatu. Syarikat ini turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika

KESIMPULAN ( 2 M )-Peranan bidang kewartawanan dalam membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu Tanah Melayu memang tidak dapat dinafikan. Penulis-penulis yang aktif mengkritik tentang kemunduran orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi dipandang serius. Tulisan-tulisan mereka menjadi penggalak kepada orang Melayu untuk menjaga hak dan bangkit menentang penjajah. -Rata-rata isu-isu utama yang menjadi persoalan berkaitan dengan seruan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, masalah kemunduran orang Melayu,hak-hak istemewa orang Melayu,kepentingan ekonomi dan pendidikan yang bernilai komersil tidak ketinggalan perjuangan emansipasi wanita. -Perjuangan bidang kewartawanan ini semakin nyata dengan penerbitan Utusan Melayu terutamanya selepas perang dengan isu Malayan Union.

PERIKSA SECARA IMPRESSION. 20M UNTUK ISI

6. JELASKAN KESAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL AKIBAT PENDUDUKAN JEPUNDI TANAH MELAYU ANTARA TAHUN 1942 - 1948

PENDAHULUAN (2M)Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

ISI JAWAPAN

A. KESAN POLITIK (7M)1. Menyemarakkan semangat nasionalisme.kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British dikalangan orang Melayu yang anti British..

Page 11: Skema Sejarah 2 Pahang

Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British. orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah. kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah.

2. Penubuhan Parti-parti Politik - Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu. Seperti KMM, PETA, KRIS

B. KESAN EKONOMI (7M)1. Kemerosotan Ekonomi - Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.

2. Kekurangan Bekalan Makanan - Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma. Jepun melancarkan kempen pertanian. Rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi. - orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa

menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

3. Berlaku Inflasi - kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun. - nilai mata wang jatuh - “Duit Daun Pisang”

4. Penguasaan Ekonomi Oleh Jepun - perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun - penubuhan beberapa syarikat besar oleh Jepun seperti Mitsubishi, Mitsui dan lain-lain

C. KESAN SOSIAL (7M) 1. Perpindahan Orang Cina - Berlaku perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun. Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan

senjata dan latihan ketenteraan kepada PKM

2. Permusuhan Kaum - permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.

3. Kemerosotan Kesihatan - tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.

4. Pengorbanan Nyawa - pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.

5. Pelaksanaan Dasar Niponisasi Jepun - Mewajibkan penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, menyanyikan lagu kebangsaan Jepun dan menghormati bendera serta Maharaja Jepun - Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

KESIMPULAN (2M)- Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu.- Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.- Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.

Page 12: Skema Sejarah 2 Pahang

BAHAGIAN B

7. BINCANGKAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKATTHAILAND DAN MYANMAR SEBELUM KEDATANGAN KUASA-KUASA BARAT

PENDAHULUAN (3M)- Agama bermaksud sistem kepercayaan dan amalan sesebuah masyarakat yang merupakan pancaran bentuk kerohanian, pegangan dan idea, sikap dan perlakuan terhadap kuasa ghaib supernatural, dewa-dewi, kuasa halus dan roh•agama juga berkaitan upacara2 tertentu, pantang larang dll•antara kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar ialah animisme, Hindu, Buddha dan Islam

ISI JAWAPAN (20M)

Page 13: Skema Sejarah 2 Pahang

1. Kepercayaan Animisme Kepercayaan animism ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling seperti pokok,batu, gunung dan sungai mempunyai semangat atau roh yang perlu dihormati dan dipuja. kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur2 ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta masyarakat di Thailand dan Myanmar mempercayai semangat luar biasa yang boleh mengawal kehidupan manusia di Thailand semangat ini dipanggil Phi dan di Myanmar Nat yang akan disembah melalui ramalan nujum2, demi mengelakkan kejadian buruk

2. Agama Hindumerupakan agama tertua di dunia, bermula di negara India pada zaman Veda (200 S.M – 1000 S.M), agama ini tiada pengasas. Terdapat empat Veda yang penting iaitu Rig Veda, Atharva Veda, Yajur Veda dan Sama Veda yang menyatakan bagaimana upacara2 keagamaan harus dilakukan. Penganut agama Hindu berpegang kepada kitab Brahma Upanishad dan epik Ramayana serta Mahabrata. Penganut agama Hindu juga menpercayai tiga dewa utama yang dikenali sebagai Trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) danDewa Siva (Dewa Pemusnah). Agama Hindu menekankan hukum karma dan kelahiran semula yang bergantung kepada perbuatan yang dilakukan semasa hidup. Mereka juga berusaha mencapai Nirvana atau Mokhsa supaya tidak dilahirkan semula

3. Agama BuddhaAgama Buddha diasaskan oleh Putera Sidartha Gautama di India yang telah meninggalkan istana untuk mencari erti hidup yang sebenar. Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia dan manusia yang suci akan mencapai Nirvana. Agama Buddha mula disebarkan di Burma dan dijadikan agama rasmi pada abad ke 11M. Keadaan yang sama juga berlaku di Thailand. Agama Buddha mendapat sokongan daripada pemerintah di kedua-dua Negara ini. Pemerintah menjadi penaung kepada agama Buddha.Di Thailand, agama Buddha dijadikan agama rasmi mulai abad ke 13. Masyarakat di Thailand dan Myanmar mengamalkan agama Buddha mazhab Hinayana yang lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat

4. Agama IslamDi Asia Tenggara , Islam disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India. Islam dikatakan bertapak di A.Tenggara seawall abad ke 11M. Ajaran Islam memberi penekanan kepada aspek akidah dan syariah. Terdapat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman. Di Thailand, Islam tertumpu di bahagian selatan Negara berkenaan khususnya di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat

KESIMPULAN (2M)•Agama dan kepercayaan menjadi satu aspek yang penting dalam memandu kehidupan masyarakat dan mencorakkan pemerintahan di Thailand dan Burma.•Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sesebuah negara

8. BINCANGKAN DASAR TUTUP PINTU YANG DIJALANKAN OLEH CHINA DAN JEPUN PADA AWAL ABAD KE 19 PENGENALAN (3M)Dasar Tutup Pintu merupakan dasar isolasi yang memperlihatkan tiadanya sebarang bentuk hubungan dengan negara luarDasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa baratKeengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah menjalankan dasar agresif terhadap kedua-dua negara yang menyebabkan akhirnya mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu

ISI JAWAPAN

A. DASAR TUTUP PINTU JEPUN (10M)

Page 14: Skema Sejarah 2 Pahang

-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Sejak itu, Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun. -Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar Tutup Pintu, iaitu: 1. Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatan 2. Bimbang akan perkembangan agama Kristian dijadikan landasan oleh kuasa barat untuk menjatuhkan dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan China 3. Orang-orang asing sering mencetuskan huru hara di Jepun yang dianggap mengancam keamanan negara 4. Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki 5. Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan

-Berpunca dari faktor-faktor tersebut, akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan -Dasar ini mendapat perhatian barat apabila pada tahun 1884, Raja Belanda telah menasihati Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal Amerika juga menggunakan pelabuhan Jepun sebagai persinggahan terutama untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan ini menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika sebagai musuhnya-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi Jepun akan senasib dengan China. Akhirnya Perjanjian Kanagawa ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun

B. DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10M)-Pada peringkat awal, China menjalankan hubungan dengan kuasa –kuasa barat, namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Sejak itu, negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat. Dasar ini dilakukan oleh China kerana : 1. Bimbang kuasa barat akan mengunakan peluang dari hubungan ini untuk campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan 2. Perluasan agama Kristian dan budaya barat dikhuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina 3. Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina 4. Orang-orang Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun 5. Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh

Page 15: Skema Sejarah 2 Pahang

itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

-Bermula pada abad ke 19 kuasa-kuasa barat mula memperlihatkan keinginan yang kuat untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan

-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya: 1. Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja dari bulan Oktober hingga Januari (selepas itu dikehendaki balik ke Macau) 2. Orang-orang barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing. Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan 3. Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan 4. saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan 5. Saudagar-saudagar barat tidak dibenarkan membawa masuk isteri dan senjata api ke China 6. Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina 7. Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas dan hanya dibenarkan Melawat Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan ini menyukarkan pedagang-pedagang barat untuk berdagang dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus.

KESIMPULAN ( 2 M )China terpaksa membuka pintu melalui peperangan Candu 1 dan 2, manakala Jepun menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui Pemodenan Meiji

9. BINCANGKAN TINDAK BALAS MASYARAKAT PRIBUMI TERHADAPKUASA-KUASA ASING DI RANTAU ASIA TENGGARA

PENDAHULUAN (3M) Sejak kurun ke-18, kuasa Barat berlumba-lumba ke Asia Tenggara untuk mendapatkan kawasan tanah jajahan. Kehadiran kuasa Barat telah menyebabkan banyak negara di Asia Tenggara jatuh ke tangan kuasa Barat. Antaranya ialah Indonesia ke tangan Belanda, Myanmar ke tangan British, Indo-China ke tangan Peracnis, Filipina ke tangan Sepanyol dan sebaginya. Kehadiran mereka memanglah tidak disukai oleh rakyat tempatan. Mereka telah bangun menentang kuasa asing ini.

ISI JAWAPAN (20M) 1. Tindak Balas Di Indonesia (7M) Di Indonesia, penentangan kuasa Belanda yang terkenal ialah Perang Jawa. Perang Jawa ini diketuai oleh Depo Negoro dan berlangung dari 1825 hingga 1830. Sebab berlakunya Perang Jawa adalah faktor politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, Depo Negoro tidak puas hati kerana tidak dilantik menjadi Sultan selepas Sultan

Page 16: Skema Sejarah 2 Pahang

Amangkubuwono III mangkat. Beliau dijanjikan dinaikkan takhta selepas Sultan Amangkubuwono IV mangkat. Tetapi janji ini tidak ditunaikan. Dari segi ekonomi, pembatalan sistem sewa tanah telah menyebabkan mereka kehilangan pendapatan. Tambahan lagi, cukai-cukai yang dikenakan oleh pihak Belanda juga amat membebankan. Keadaan menjadi semakin teruk apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia. Dari segi sosial, tindakan Belanda membina jalan raya dari Magelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang Depo Negoro di Tegalredjo ditentang oleh Depo Negoro. Beliau menganggap tindakan Belanda ini menjatuhkan maruahnya. Dari Segi agama, orang ramai menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa tetapi Belanda tidak mengiktirafkannya. Hal ini menyebabkan rakyat menentang Belanda. Selain itu, keruntuhan moral dalam kraton juga digunakan oleh Depo Negoro sebagai alasan penentangan. Pada 20 Julai 1825, Perang Jawa bermula akibat pengikut Depo Negoro menggagalkan rancangan Belanda membina jalan raya. Alat-alat pembinaan telah dimusnahkan dan pekerja diserang. Belanda bertindak balas dengan menghantar tenteranya menangkap Depo Negoro dan pengikutnya. Kegagalan untuk menangkap Depo Negoro menyebabkan Belanda membakar rumahnya. Depo Negoro melarikan diri ke Pergunungan Kalisoko dan kemudiannya muncul di Jogjakarta. Pada tahun 1828, Depo Negoro mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan. Tentera Belanda yang dihantar untuk menentangnya diketuai oleh Van Green, Cochivs dan de Knock. Pada bulan April 1828, Pangeran Natadningrat berpaling tadah dengan beliau dan menyebelahi Belanda. Hal ini kemudian berlaku dengan Pangeran Primiradrjo, Pangeran Djayakusumo dan Pangeran Mangkubumi. Depo Negero berasa usahanya akan gagal lalu bersetuju berunding. Tetapi rundingan yang diadakan gagal mendatangkan apa-apa hasil. Pada 28 Mac 1830, Depo Negoro ditangkap dan dipindahkan ke Makasar dan meninggal dunia di sana pada 8 Januari 1855. 2. Tindak Balas Di Filipina (7M) Di Filipina, penentangan pribumi boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap pertama berlangsung dari 1565-1872. Kebanyakan penentangan pada tahap ini bersifat kedaerahan atau tempatan. Antara pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Basi (1807) di Ilcandia, Pemberontakan Novales (1823) dan Pemberontakan Tayabas (1840-1841). Pemberontakan Novales dipimpin oleh tentera Filipina, manakala Pemberontakan Tayabas oleh Paderi Apolinarro de La Cruz. Semua pemberontakan ini gagal kerana serba kekurangan. Pada tahap kedua (1872-1886), Pemberontakan Cavite merupakan pemberontakan yang terkenal. Ia dipimpin oleh Sarjan Lamadrid. Kegagalan pemberontakan ini menyebabkan pemimpinnya dan 3 orang paderi iaitu Comez, Jose Burgos dan Jucinto Zamora terbunuh. Pemberontakan ini berlaku disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor dalam negeri dan luar negeri. Dalam negeri, Sepanyol telah menyatupadukan rakyat Filipina melalui agama dan bahasa. Pemberian pendidikan juga menyebabkan rakyat mula melahirkan perasaan nasionalisme. Selain itu, penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol dan penyebaran fahaman liberal oleh De La Tore turut menyebabkan mereka bangun untuk berjuang. Dari luar negeri, Revolusi Amerika Syarikat, Percanis dan Mexico juga memberi ilham kepada mereka. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 membolehkan mereka belajar di Barat dan menerima fahaman demokrasi, anti penjajah dan republik. Dalam tahap ketiga ia lebih berbentuk gerakan propaganda. Tahap ini berlangsung dari 1886-1898. Gerakan ini dipelopori oleh pelajar Filipina di luar negeri. Gerakan ini wujud kerana sikap Sepanyol yang semakin ganas terhadap orang Filipina. Gerakan ini dijalankan dengan aman dengan menggunakan media massa. Mereka mendedahkan kezaliman pemerintah Sepanyol. Mereka yang terlibat dalam gerakan adalah seperti Jose Rizal, Lopez Jaema dan Marcelo del Pilar. 3. Tindak Balas Di Myanmar (3M) Di Myanmar, penentangan berbentuk perang gerila yang menggunakan senjata. Semua lelaki di Myanmar Utara telah menyertai pemberontakan ini yang dipimpin oleh penguasa tempatan dan rahib. Di Myanmar, rahib merujuk kepada sami-sami Buddha. Walau bagaimanapun, pemberontakan tersebut telah gagal kerana mereka tidak mempunyai strategi yang sesuai. Namun demikian, pemberontakan ini menjadi asas nasionalisme di Myanmar. 4. Tindak Balas Di Vietnam (3M) Di Vietnam, pemberontakan dipimpin oleh pembesar wilayah dan golongan Mandarin. Raja Ham Nghi memimpin penentangan berkumpulan yang dipanggil “Persetiaan Kepada Raja”. Tujuan penentangan ini ialah untuk mengembalikan kuasa diraja tempatan. Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh Perancis pada tahun 1895. Selain itu, terdapat juga penentangan oleh rakyat jelata khususnya golongan petani yang menggunakan senjata. Penentangan ini diketuai oleh Mandarin tetapi gagal. Sebab-sebab kegagalan mereka ialah ia bersifat kewilayahan, tidak tersusun, tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan kekurangan dari segi kelengkapan.

Page 17: Skema Sejarah 2 Pahang

5. KESIMPULAN (2M) Kesimpulannya, enentangan yang berlaku menyedarkan kuasa Barat tentang kelemahan pentadbiran mereka. Penentangan ini juga memberitahu kuasa Barat bahawa segala perubahan yang hendak dilakukan tidak boleh dijalankan dengan tergesa-gesa. Sejak itulah, kuasa Barat menjadi semakin berhati-hati dalam mentadbir tanah jajahan mereka.

10. BINCANGKAN KESAN-KESAN PERJANJIAN KANAGAWA DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING DI THAILAND TERHADAP NEGARA BERKENAAN

PENDAHULUAN ( 3 M ) -Abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa2 barat berlumba2 untuk menguasai tanah jajahan di AT.-Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa2 barat akan mengancam keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma. Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa2 barat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah pencerobohan kuasa2 barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke arah pembukaan Thailand kepada kuasa2 barat, beliau telah menandatangani Perjanjian Bowring pada 18 April 1855.-Pada awal abad ke 19 kuasa barat spt Rusia, British dan USA (Amerika) ingin meluaskan kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatic dan perdagangan di Jepun tetapi gagal. Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluaan bekalan bahan mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jpn diberi layanan yang buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika oada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa ISI JAWAPAN ( 20 M )A) Kesan Perjanjian Bowring 1855 ( 10 M )

Page 18: Skema Sejarah 2 Pahang

-Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden.-Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa2 barat apabila menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark 1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden 1868.-Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.-Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadi sistem ekonomi perdagangan / komersial.-Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripadadaripada jumlah beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda menjelang 1865.-Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkat meningkat 10 kali ganda.-Britain muncul sebagai pelabur utama di siam. Singapura dan Hong Kong mula berdagang dengan Siam.-Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanya memajakkan monopoli2 eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman keras sahaja kepada orang Cina.-pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam-tidak ada sebarang alasan yang membolehkan kuasa barat campur tangan secara kekerasan-keadaan ini menyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal.-pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses pembaratan telah mengakibatkan kemasukan golongan mubaligh,professional dan orang Eropah sebagai tukang, tutor, pegawai-pegawai polis,penterjemah dan penasihat tentera.

B) Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 ( 10 M )- Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa.-Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun-Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya mendatangani perjanjian perdagangan yanglebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa barat yang lain.-Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan di buka iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigate dan Hyogo (Kobe)-Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui-Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika. Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di jepun.-Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah mengakibatkan pertambahan orang Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakan anti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan kedutaan British di serang. Shogun terpaksa membayar ganti rugi. -Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnya merintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.-Bermulanya era permodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar baru dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

KESIMPULAN ( 2 M )-British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsure kekerasan digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk mengugat kedaulatan Thailand dan Jepun.-Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand and Jepun daripada dijajah.-Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian da ketenteraan.

Page 19: Skema Sejarah 2 Pahang

11. "PELETISAN DAHAGI DI INDIA PADA 1857 DAN PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA PADA 1911 ADALAH DISEBABKAN PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP INGGERIS” JELASKAN FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN GERAKAN PENENTANGAN TERSEBUT.

PENDAHULUAN (3M)- Semenjak awal abad ke 19, penduduk India telah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Inggeris yang telah menjalankan pelbagai pembaharauan dari segi politik, ekonomi dan social yang bertentangan dengan adat dan amalan harian mereka selama ini sehingga membangkitkan perasaan marah terhadap Inggeris yang mencapai kemuncaknya apabila berlakunya Dahagi pada 1857.- Hal yang sama berlaku di China apabila rakyat China menganggap segala musibah yang berlaku di China adalah berpunca daripada kedatangan ‘orang asing’ (Inggeris) sehingga mereka melaungkan slogan ‘anti-orang asing’ Yang membawa kepada meletusnya Pemberontakan Boxer pada 1900.-- Peletusan kedua-dua gerakan penentangan di atas adalah didorong oleh pelbagai factor politik, ekonomi dan sosial

ISI JAWAPAN

A. FAKTOR-FAKTOR DAHAGI INDIA (10M)1. FAKTOR POLITIK1.1 Perasaan dendam sepoi-sepoi Tentera Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dari Rajput mencetuskan dahagi kerana mereka menganggap mereka akan tercemar sekiranya berkhidmat di luar India. Perasaan tidak puas hati semakin meningkat apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am yang membolehkan pihak British menghantar sepoi-sepoi ke wilayah yang jauh tanpa diberi elaun berlebihan. Amalan diskriminasi gaji dan layanan serta kenaikan pangkat mengikut jangka perkhidmatan dan bukan kebolehan telah mengecewakan sepoi-sepoi India lagi. Masalah disiplin yang serius berlaku akibat pemindahan pegawai tentera berkebolehan untuk mengisi jawatan awam. Pengenalan senapang rifle Royal Enfield menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati. Terdapat

Page 20: Skema Sejarah 2 Pahang

khabar angin yang mengatakan peluru yang hujungnya terpaksa digigit sebelum dimasukkan ke dalam senapang disapu dengan minyak babi dan lembu. Oleh itu, sepoi Hindu dan Muslim menganggap ini sebagai muslihat British menentang kebudayaan tradisional mereka. Walaupun peluru itu ditarik balik, tetapi perasaan tidak puas hati terus memuncak sehingga akhirnya mereka menganggap British cuba mengkristiankan mereka.

1.2 Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie Dasar pengilhakan Delhousie berlandaskan kepada hak menakluk agung, undang-undang warisan dan untuk menlanjutkan faedah pemerintahan British ke atas wilayah yang disalahtadbirkan oleh pemerintah India. Melalui dasar ini, Punjab, Karnatik, Oudh dan Tajor serta Satera, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur telah diilhakan. Walaupun Delhousie percaya pemerintahan British adalah paling baik bagi orang India tetapi dasarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemerintah India. Dasar ini menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka. Akibatnya, Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib mengambil bahagian dalam dahagi. Selain itu, pembatalan bayaran pencen Nana Sahib juga menyebabkan beliau menyertai dahagi.

2. FAKTOR SOSIAL2.1 Penghapusan adat tradisiPengenalan perubahan sosial ala Barat telah menjejaskan cara hidup penduduk tempatan. Gabenor Jeneral William Bentick telah menghapuskan adat resam orang India seperti suttee, thuggee dan pembunuhan bayi perempuan. Lord Delhousie pula meluluskan undang-undang mengesahkan perkahwinan balu Hindu. Walaupun British bertujuan memperbaiki kehidupan mereka tetapi mereka masih belum bersedia menerima idea-idea Barat ini.

2.2 Perluasan Pendidikan BaratPenyebaran pendidikan British dianggap sebagai percubaan mengkristiankan mereka.

2.3 Pengenalan Teknologi BaratPengenalan teknologi Barat dianggap sebagai langkah mencemarkan agama Hindu / Sistem Kasta

3. FAKTOR EKONOMI3.1 Kenaikan cukai tariffPertengahan kurun ke 19, eksport kapas dan sutera India ke Britain terhenti akibat cukai tariff yang tinggi di Britain sedangkan pasaran India dibanjiri dengan barangan Inggeris. Keadaan ini telah mewujudkan ketidakseimbangan perdagangan antara India dan Britain. Barangan Inggeris yang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan telah melumpuhkan industri perkilangan India ------ membangkitkan ketidakpuasan hati -------melancarkan Dahagi

B. FAKTOR PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA (10M)

1. FAKTOR POLITIK 1.1 Sikap Anti asing Sejak awal lagi, orang-orang Cina memang bersikap anti asing lebih-lebih lagi mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China berpunca dari kedatangan orang asing. Perasaan anti asing di kalangan orang Cina bertambah semasa perkembangan pengaruh Maharani Dowager Tzu Hsi pada akhir abad ke-19. Pencerobohan Barat sejak Perang Candu 1839-1842 bukan sahaja menjejaskan kedaulatan China tetapi juga menjatuhkan maruah China. Akibatnya, timbul keinginan di kalangan orang Cina untuk membalas dendam dan memulihkan kebanggaan nasional China. Perasaan anti asing juga bertambah akibat dari perkembangan imperialisme asing pada tahun 1890-an terutamanya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895. Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang asing melindungi pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Sebagai contoh, British telah membantu Kung Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Hong Kong dan kemudiannya mendapat perlindungan di Jepun. Tindakan Jepun membenarkan penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan oleh China telah menambahkan lagi kemarahan China. Untuk kepentingan China maka orang-orang asing perlu diusir dari negeri China.

1.2 Kemasukan orang asing Kemasukan orang asing telah membebankan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran serta amalan rasuah dan penyelewengan kerana pegawai kerajaan menjadi penagih candu yang dibawa oleh orang-orang asing terutamanya British. Kemasukan asing juga menyebabkan China terpaksa menghadapi peperangan-peperangan dan pemberontakan seperti Perang Candu

Page 21: Skema Sejarah 2 Pahang

(1839-1842), Perang Arrow (1856-1860), Perang China-Jepun (1894-1895), Pembeorntakan Taiping (1851-1864), Pemberontakan Nien (1853-1868), Pemberontakan Muslim (1855-1873) dan Pemberontakan Tungan (1862-1878). Selain dari itu, China telah kehilangan beberapa wilayah kepada kuasa-kuasa asing. Di antara wilayah tersebut ialah Hong Kong, Kowloon, Kepulauan Pescadores, Semenanjung Liaotung, Farmosa dan lain-lain lagi.

1.3 Imperialisme asing Pada akhir abad ke-19 khususnya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895, kuasa-kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan wilayah keistimewaan. Mereka telah berlumba untuk mendapat konsesi di China sehingga ahli-ahli Sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Russia menduduki Semenanjung Liaotung 1896, Jerman menduduki Teluk Kiaochow di Shantung 1897, British menduduki Wei Hai Wei 1898 dan Perancis menduduki Teluk Kwangchow 1898. Kuasa-kuasa Barat juga telah menuntut keistimewaan-keistimewaan lain selain dari mendapatkan wilayah. Sebagai contoh, mereka telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di China. British telah meminta kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu, Russia 1530 batu dan Belgium 650 batu. Untuk menghalang imperialisme asing, kuasa-kuasa asing perlu diusir dari negeri China.

1.4 Sokongan Maharani Menurut Wolfgang Frankie dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” sokongan Maharani Dowager Tzu Hsi merupakan faktor penting menyebabkan berlakunya Pemberontakan Boxer 1900. Maharani yang memang bersikap anti asing bercita-cita untuk mengusir orang asing dari negeri China bagi memulihkan Kerajaan Manchu. Sokongan Maharani menyebabkan anggota-anggota Boxer berani menentang orang-orang asing. Pada akhir abad ke-19, berlaku pelbagai masalah di negeri China dan Maharani menyedari Kerajaan Manchu tidak mampu untuk menyelesaikannya. Untuk mengalihkan perhatian orang Cina supaya tidak menyalahkan Kerajaan Manchu, Maharani menjalankan kegiatan menanam perasaan anti asing di kalangan orang-orang Cina.

1.5 Sokongan pegawai Boxer bukan sahaja mendapat sokongan Maharani tetapi juga dari pegawai-pegawai Kerajaan Manchu. Sebagai contoh, Gabenor Shantung Li Ping Heng dan kemudiannya Yu Hsien menyokong Pemberontakan Boxer. Akibat dari sokongan mereka, Pemberontakan Boxer bermula di Shantung. Selain dari itu, Boxer juga mendapat sokongan pegawai-pegawai seperti Putera Tuan, Putera Chuan, Kang I dan Yu Lu.

1.6 Kelemahan China Kelemahan China ternyata pada akhir abad ke-19 sama ada dalam pentadbiran atau ketenteraan. Dalam pentadbiran berlaku amalan rasuah, penyelewengan serta ketidakcekapan. Kelemahan dalam tentera terbukti bila China dikalahkan oleh British dalam Perang Candu (1839-1842) dan Perang Arrow (1856-1860). China juga tidak dapat memadamkan Perang Taiping (1851-1864) kecuali selepas mendapat bantuan Barat. Kelemahan China lebih terbukti apabila dikalahkan oleh Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895. Kelemahan ini menyedarkan orang Cina untuk bangun membantu Manchu dan menganggap ianya sebagai tanggungjawab mereka untuk memulihkan negeri China dengan mengusir orang-orang asing.

2. FAKTOR EKONOMI2.1 Penguasaan Ekonomi China Oleh Orang AsingPembukaan negeri China kepada orang-orang asing telah menyebabkan ekonomi China dikuasai oleh orang asing. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kemasukan pengusaha-pengusaha dan barang asing yang menjadi saingan kepada barang-barang China. Barang-barang asing lebih diminati kerana harganya murah. Keadaan ini menyebabkan pasaran China dikuasai oleh barang-barang asing. Akibatnya banyak perusahaan tempatan terpaksa ditutup menyebabkan berlakunya pengangguran. Pengenalan sistem pengangkutan moden telah menjejaskan mata pencarian mereka yang bergantung kepada sistem pengangkutan kuno. Perkembangan perdagangan asing di China amat merugikan negeri China. Sebagai contoh, pada tahun 1899, China mengalami kerugian sebanyak 69 juta taels dalam perdagangan asing. Masalah ekonomi yang dihadapi menyebabkan kerajaan memperkenalkan cukai-cukai baru dan cukai-cukai tambahan. Langkah ini sudah tentu membebankan ekonomi orang-orang China. Kemerosotan taraf hidup telah menyebabkan petani-petani, penganggur-penganggur dan kongsi gelap-kongsi gelap menyertai Boxer untuk mengusir orang-orang asing dari negeri China.

3. FAKTOR SOSIAL3.1 Kemasukan Pengaruh Barat

Page 22: Skema Sejarah 2 Pahang

Dari segi sosial, kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan pengaruh Barat. Orang-orang Cina terutamanya golongan muda terpengaruh dengan unsur-unsur Barat menyebabkan mereka meninggalkan adat resam tradisional. Kemasukan candu telah menimbulkan masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak di kalangan orang-orang Cina. Kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan agama Kristian. Orang-orang Cina tidak bersetuju dengan tindakan mubaligh-mubaligh mengkristiankan orang-orang Cina. Selepas Perjanjian Peking 1860, mubaligh-mubaligh bukan sahaja diberi kebebasan menyebarkan agama Kristian tetapi boleh membeli tanah untuk tujuan agama seperti mendirikan gereja, sekolah dan lain-lain. Perkembangan agama Kristian pada tahun 1890-an dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah China. Tindakan orang-orang Cina terhadap Kristian juga menimbulkan kemarahan orang-orang Cina lain. Mereka dianggap sombong dan telah mengasingkan diri dari orang-orang Cina yang lain. Orang-orang Cina Kristian menganggap taraf mereka lebih tinggi dari orang-orang Cina yang lain. Mereka tidak lagi membiayai perayaan-perayaan orang Cina serta memulaukannya. Tindakan ini sudah tentu membebankan orang-orang Cina yang lain. Tindakan mubaligh-mubaligh juga menimbulkan kemarahan orang-orang Cina. Mubaligh-mubaligh sentiasa menyebelahi orang-orang Cina Kristian dalam perselisihan di antara orang-orang Cina Kristian dengan orang-orang Cina bukan Kristian. Mubaligh-mubaligh juga lebih mengutamakan orang-orang Cina Kristian dalam kegiatan mereka. Selain itu, terdapat kepercayaan bahawa mubaligh-mubaligh melakukan amalan-amalan ganjil serta tidak berperikemanusiaan seperti mencungkil mata kanak-kanak. Akibatnya, orang Cina menganggap agama Kristian sebagai unsur yang memecahbelahkan orang-orang Cina. Untuk menyatupadukan orang-orang Cina, agama Kristian dan orang-orang Barat perlu diusir dari negeri China.

3.2 Bencana alam Pada akhir abad ke-19 terutamanya pada tahun 1890-an berlaku pelbagai bencana alam di negeri China. Sebagai contoh, kemarau panjang berlaku di sekitar Sungai Yangtze dan di beberapa wilayah Utara. Pada 1898, banjir besar berlaku di sekitar Hwang Ho. Pada tahun yang sama, kebuluran berlaku di Shantung. Orang-orang China mendakwa bencana alam berlaku akibat dari kemarahan dewa khususnya dewa tanah. Tindakan Barat meneroka tanah telah memusnahkan tempat kediaman dewa dan seterusnya menimbulkan kemarahan dewa. Untuk mengelakkan kemarahan dewa supaya tidak menurunkan bencana alam maka orang-orang Barat perlu dihalang dari meneroka tanah. Untuk menjamin orang-orang asing tidak meneroka tanah, mereka perlu diusir dari negeri China.

3.3 Kongsi gelap Pemberontakan Boxer juga berlaku kerana Boxer mendapat sokongan dari kongsi gelap-kongsi gelap seperti White Lotus Society, Big Sword Society, Eight Diagrams dan sebagainya. Kongsi gelap-kongsi gelap menyertai gabungan Boxer yang dikenali sebagai I Ho Tuan dan kemudiannya I Ho Chuan.

KESIMPULAN (2M)- Berlakunya gerakan penentangan di atas memperlihatkan tindak balas penduduk tempatan di India dan China terhadap imperialisme Barat- Sungguhpun ianya menemui kegagalan tetapi semgat perjuangan menentang penjajah diteruskan melalui gerakan nasionalisme yang akhirnya membuahkan kejayaan.

Page 23: Skema Sejarah 2 Pahang

12. SEJAUHMANAKAH PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH GOLONGAN INTELEKTUAL MENJADI FAKTOR UTAMA DALAM PELETUSAN REVOLUSI 1911 DI CHINA DAN REVOLUSI 1932 DI THAILAND?

PENGENALAN ( 3 M )- Revolusi 1932 di Thailand meletus kerana wujudnya satu golongan pelajar yang ingin menamatkan sistem autokrasi bersama kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Golongan ini ingin menggantikan sistem autokrasi dengan sistem demokrasi berperlembagaan yang membuka peluang pentadbiran kepada orang Siam yang berkelayakan. Revolusi ini amat istemewa kerana ia tidak menumpahkan darah dan berlaku secara aman. Revolusi ini berlaku pada 24 Jun 1932 di bawah pimpinan Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol. -Semenjak Dinasti Manchu memerintah China pada 1644, orang-orang Cina dari puak Han tidak mahu tunduk kepada Manchu yang dianggap sebagai orang asing. Banyak percubaan untuk menggulingkannya tetapi gagal. Namun kegagalan itu tidak melemahkan mereka dan terus bergerak melalui pertubuhan sulit seperti Triad Society dan White Lotus Society. Pertubuhan atau pakatan ini telah membibitkan benih-benih revolusi di China - Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan intelektual telah memainkan peranan yang penting dalam peletusan revolusi di China dan Thailand

ISI JAWAPAN ( 20 M )

A. FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI SIAM 1932 ( 10 M )1. Kemunculan golongan intelek berpendidikan barat Ramai pelajar dihantar ke luar negeri semasa pemerintahan Mongkut dan Chulalongkorn. Di luar negara pelajar-pelajar ini telah mendapat pendedahan ide-ide politik baru seperti sosialisme,demokrasi dan liberalisme. Setelah tamat belajar mereka kembali ke Siam dengan ide-ide baru. Pendidikan moden telah mendedahkan mereka kepada segala kepincangan sistem autokrasi di Thailand. Mereka terkejut kerana Siam masih dibelenggu oleh sistem pemerintahan beraja yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan ingin membawa pembaharuan dalam pentadbiran. Di samping itu mereka juga merasa terhina apabila mengetahui Siam masih dikenakan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditanda tangani oleh Mongkut dan Chulalongkorn dahulu. Pembentukan kerajaan Republik China yang telah menamatkan kerajaan autokrasi Manchu dan perjuangan Kongres Kebangsaan India mengilhamkan dan menguatkan lagi nasionalisme mereka tentang mustahaknya untuk membebaskan Siam. Golongan ini terdiri dari lebih kurang 70 orang pelajar termasuk Pridi Panomyong, Pya Manopakorn dan Pya Bahol. Pridi telah memainkan peranan yang utama dalam menyatupadukan golongan revolusioner.

2. Kelemahan Pemerintahan Raja Vajiravudh

Page 24: Skema Sejarah 2 Pahang

Vajiravudh menaiki tahta dengan gelaran Rama VI pada tahun 1910 menggantikan Raja Chulalongkorn. Baginda berusaha mengukuhkan kuasa autokrasinya yang mutlak. Baginda seorang yang boros, rasuah, pilih kasih dan tidak cekap dalam menjalankan pemerintahan. Baginda juga banyal memberi tumpuan kepada kesenian. Baginda banyak membazirkan wang dengan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti membuat majlis keramaian dan membesarkan istana. Selain itu beliau juga membentuk Pasukan Harimau Liar iaitu askar peribadi yang diberi banyak keistemewaan seperti kemudahan-kemudahan kelab, dewan latihan dan pakaian lengkap. Keistemewaan ini menimbulkan perasaan cemburudan telah menimbulkan penentangan golongan tentera. Baginda juga menentang keras ide demokrasi walaupun mendapat pendidikan barat. Baginda jarang mengadakan mseyuarat kabinet, malah perjumpaan baginda dengan menteri dijalankan secara perseorangan bukan secara berkumpulan. Semasa pemerintahannya, Kabinet Istana tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Baginda cuba mengurangkan pengaruh keluarga diraja dan fungsi kabinet dengan melantik sahabatnya tanpa mengiara kelayakan. Lapan dari 12 kementerian telah dikuasai oleh kelas Khun Nang (Kelas Orang Awam). Perlantikan ini dijalankan berdasarkan sikap pilih kasih dan keadaan ini mengakibatkan ketidak cekapan pentadbiran dan rasuah. Semasa meletusnya Perang Dunia Pertama, Raja Vajiravud memihak kuasa Berikat. Pada tahun 1918, baginda telah menghantar seramai 1200 tentera Siam yang terdiri daripada pasukan pengangkutan, unit juruterbang dan unit pembaikan kapal ke Perancis untuk mendapatkan latihan ketenteraan. Baginda berharap melalui dasar pro Berikat, Siam akan dapat menamatkan hak wilayah asingan yang dinikmati oleh kuasa Eropah dan syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah. Dasar ini telah mengukuhkan kedudukan Siam di Persidangan Keamanan Paris dan Liga bangsa-Bangsa. Siam memperolehi semula autonominya pada 1939. Namun dasar ini telah ditentang hebat oleh para pegawai tentera Siam yang kebanyakannya menerima pendidikan dan latihan dari Jerman (Pihak Kuasa Paksi). Pada tahun 1910-an perasaan anti Perancis dan British berterusan. Beberapa percubaan membunuh baginda cuba dilakukan pada tahun 1912 dan 1917 oleh golongan tentera tetapi gagal.

3. Kelemahan Pemerintahan Raja Prajadhipok Pada tahun 1925, Vajiravudh mangkat dan digantikan oleh Pradjahipok, anak bongsu Chulalongkorn. Raja Pradjahipok menghidupkan semula fungsi kabinet dan sentiasa berunding dengan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh lima orang putera dalam menjalankan pemerintahannya. Pada 1927 baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Walau bagaimanapun kerana pengaruh kaum kerabatnya beliau tidak berniat untuk menubuhkan satu kerajaan demokratik. Keadaan ini menyebabkan beliau ditentang oleh golongan terpelajar. Semasa pemerintahan baginda telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan Siam turut merasai bahang tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, baginda banyak melakukan perubahan-perubahan yang drastik seperti memecat ramai pegawai pentadbir, memotong gaji pegawai awam dan tentera, menyekat peluang kenaikan pangkat dan gaji, membubarkan Pasukan Harimau Liar (pasukan tentera peribadi Raja) dan mengurangkan bilangan pekerja istana dari 3000 kepada 300 orang. Walaupun langkah penjimatan telah dilakukan, namun ekonomi Siam terus merosot. Pada tahun 1931 Siam mengalami kekurangan belanjawan sebanyak 11 juta tikal. Bagi mengatasi masalah ekonomi, sekali lagi baginda telah memecat pegawai-pegawai awam dan tentera yang berlebihan, menyekat dan membeku peluang kenaikan pangkat, memotong gaji pegawai awam dan tentera serta mengenakan cukai baru ke atas gaji selain dari cukai pendapatan. Langkah-langkah penjimatan ini telah mewujudkan satu golongan terpelajar yang menganggur. Di samping itu cukai ke atas gaji membebankan mereka yang sebelumnya mengalami pemotongan gaji dan pembekuan kenaikan pangkat. Golongan menganggur merasa marah dan yang masih berkhidmat tidak puas hati dengan tindakan baginda. Baginda juga mengutamakan kaum kerabat dalam pentadbiran dan mengenepikan golongan pelajar yang layak. Baginda memecat kelas Khun Nang dari memegang jawatan tinggi dan ini menyebabkan lapan dari dua belas kementerian dalam kerajaannya dikuasai oleh pihak istana. Perubahan ini menyebabkan kelas Khun Nang bersungut kerana tidak mempunyai cukup perwakilan dalam kerajaan. Kemarahan kelas ini semakin meningkat pabila mengetahui golongan istana Siam saling lindung melindungi dari dijatuhi hukuman tidak seperti pegawai dari kelas biasa yang terikat pada undang-undang. Di samping itu, pentadbiran dijalankan secara sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Semua amalan ini dianggap oleh golongan Khun Nang sebagai satu kepincangan yang hanya wujud dalam sistem autokrasi atau monarki mutlak dan ia patut ditamatkan. Kelemahan-kelemahan Pradjahipok menyebabkan ramai tidak berpuas hati terutama golongan tentera dan golongan berpendidikan barat.

4. Krisis politik

Page 25: Skema Sejarah 2 Pahang

Pada Oktober 1931 telah berlaku krisis politik antara dua menteri iaitu Menteri Perang (Putera Bovaradej) dengan Menteri Perdagangan (Putera Purachatra) mengenai masalah ekonomi. Menteri perang menuntut perbelanjaan yang lebih untuk golongan tentera dan mempersoalkan pemotongan belanjawan. Krisis ini menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kerabat Diraja

B. REVOLUSI 1911 DI CHINA ( 10 M )1. Peranan Golongan Intelektual Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, kerajaan Manchu telah menghantar ramai pelajar ke luar negara seperti Amerika dan Eropah. Mereka terdedah kepada pengetahuan tentang demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan kemajuan negara-negara barat. Mereka menjadi lebih peka dan sedar tentang nasib China. Di samping itu Revolusi Perusahaan, Revolusi Perancis dan revolusi Britain, kemajuan-kemajuan Pemodenan Meiji dan Rusia telah mendorong mereka untuk menyertai revolusi dan membaiki keadaan negara. Mereka telah menyebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar-akhbar seperti Kuo Ming Pao, China Kurun Ke-20 di luar negara. Pelajar-pelajar yang telah balik pula telah menerbitkan surat khabar Su Pao (Kiangsu Tribune). Mereka berpendapat kegagalan gerakan pembaharuan yang dibuat di China menunjukkan tidak ada keberkesanan pembaharuan yang dilaksanakan secara sederhana. Oleh itu China hanya boleh diselamatkan melalui satu revolusi yang radikal.

2. Peranan Dr. Sun Yat Sen Bagi Dr Sun Yat Sen, institusi monarki China bertanggungjawab menyebabkan kemerostan dan huru-hura yang berlaku di China. Beliau juga menegaskan pemerintahan beraja sudah ketinggalan dan mesti digantikan dengan pengasasan sebuah kerajaan Republik melalui revolusi iaitu: i. Revolusi Kebangsaan untuk menggulingkan kerajaan Manchu dan menghapuskan penjajahan asing di China ii. Revolusi Demokratik untuk menubuhkan sebuah republik yang memberikan 4 jenis hak kepada rakyat iaitu inisiatif, referendum, pilihanraya dan penarikan sokongan terhadap kerajaan yang tidak memenuhi hasrat rakyat iii. Revolusi Sosial untuk menyamakan hak-hak tanah, memastikan pembahagian kekayaan nasional yang adil serta mencegah penyelewengan.

Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui dan menubuhkan juga cawangannya di Jepun, Singapura, Tanah Melayu, Honolulu, Brussels dan San Francisco untuk melancarkan pergerakannya. Pergerakan ini berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi: ia mesti diamalkan oleh rakyat dan untuk rakyat. Kuasa politik tertinggi terletak pada rakyat. Sosialisme : Pemilikan tanah dan pembahagian kekayaan negara secara adil mesti diusahakan supaya segala penyelewengan kapitalisme dapat dihapuskan. Sementara liberalisme pula: Rakyat mesti mengikis semangat kedaerahan dan digantikan dengan semangat kebangsaan. Tung Meng Hui bergerak sebagai sebuah organisasi pusat dan memrupakan sebuah parti politik kebangsaan. Ramai yang terpengaruh dengan ajarannya. 3. kelemahan Pemerintahan Manchu Sepanjang kurun ke-19 dan awal abad ke-20, Manchu lemah dalam melaksanakan mandatnya. Kuasa Manchu merosot kerana korupsi, rasuah dan penyelewengan. Ia juga gagal membaiki taraf hidup rakyat serta mengenakan cukai yang tinggi. Dari segi pentadbiran urusan kewangan tidak dijalankan dengan berekesan. Contohnya pada 1890, mengikut catatan, kerajaan Peking seharusnya menerima hasil pendapatan dari wilayah-wilayah tetapi mereka hanya memperolehi sebahagian kecil sahaja. Rasuah semakin berleluasa. Pegawai-pegawai mengenakan cukai tiga kali ganda lebih tinggi daripada cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Li Hung Chang sendiri mengumpul hartanya sebanyak 40 juta tael. Pada tahun 1809 pula sebuah Mahkamah daerah telah melenyapkan lebih kurang 30 000 tael wang yang sepatutnya digunakan membantu mangsa kebuluran. Amalan rasuah juga berlaku dalam Suruhanjaya Kewangan Chihli, Jabatan Yellow River Conservancy dan Grand Canal Adiministration. Bantuan kewangan yang diperuntukkan untuk memperbaiki beban kewangan mangsa malapetaka dan membaiki jambatan, empangan dan tali air telah digunakan oleh pegawai Manchu sendiri. Kekalahan tentera Manchu dalam perang juga menunjukkan kelemahan Manchu yang amat ketara sehingga terpaksa menanda tangani perjanjian dengan kuasa asing serta merugikan China.

4. Tindakan / Pencerobohan kuasa asing

Page 26: Skema Sejarah 2 Pahang

Pencerobohan kuasa asing telah menjatuhkan Manchu. Akibat dari kekalahan, China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang berat sebelah terutama selepas Protokol Boxer. China terpaksa membayar ganti rugi. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas Perang China-Jepun dan tambahan 30 juta tael sebagai ganjaran menggugurkan haknya ke atas Semenanjung Liaotung. China juga terpaksa membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasa-kuasa barat selepas pembenrontakan Boxer. Ini menambah burukkan ekonomi China yang memang merosot. Untuk membayar ganti rugi China terpaksa meminjam dari kuasa-kuasa asing contohnya 400 juta franc dari Russia dan Perancis. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai akibat langkah-langkah kerajaan meningkatkan hasilnya. Apa yang lebih merugikan China ialah setengah-setengah kuasa asing menggunakan pemberian pinjaman sebagai tekanan untuk membolehkan mereka memajak kawasan-kawasan China. Rusia misalnya secara paksa memajak Semenanjung Liaotung dari kerajaan Manchu. 5. Masalah Sosial Pertambahan penduduk tidak seimbang dengan bekalan makanan yang ada. Pada tahun 1885 penduduk China berjumlah 377 juta orang tetapi pada tahun 1911 jumlah itu meningkat menjadi 430 juta. Keadaan diburukkan lagi dengan bencana alam yang sering berlaku contohnya kemarau dan banjir. Di antara tahun 1882 hingga 1898 banjir telah berlaku di Shantung mengakibatkan kira-kira 100 buah kampung dibanjiri. Pada tahun 1900 sebanyak tiga buah wilayah mengalami musim kemarau dan tujuh buah diserang belalang.

Pada tahun 1910 dan 1911 banjir dan kemarau telah berlaku di wilayah-wilayah Anhui, Kiangsu, Shantung, Chekiang dan Hupei. Banyak kebuluran berlaku. Dalam tahun 1910 dan 1911 kebuluran paling dahsyat semenjak 40 tahun yang lepas telah berlaku dan mengakibatkan seramai 3 juta orang menjadi mangsa. Rakyat semakin tertekan apabila kerajaan mengenakan cukai yang tinggi semata-mata untuk membiayai jalan keretapi dan gantirugi perang. Masalah pengangguran menjadi semakin buruk apabila pengangkutan moden diperkenalkan seperti keretapi dan kapal wap telah menyebabkan mereka yang bergantung kepada system pengangkutan tradisonal di pelabuhan dan di Grand Canal menganggur. Kemasukan barang-barang asing yang membanjiri pasaran China mengakibatkan perusahaan tempatan muflis. Kaum tani yang tidak sanggup membayar hutang terpaksa menggadaikan tanah mereka kepada orang-orang kaya. Ini menyebabkan ramai petani terusir dari tanahnya pada akhir kurun ke-19.

6. Pengaruh Gerakan-Gerakan Pembaharuan Sejak tahun 1860 hingga akhir kurun ke-19, China telah melakukan beberapa siri pembaharuan untuk menguatkan dan memajukan negeri China. Seperti Gerakan Menguatkan Diri dan Pembaharuan Seratus Hari. Penyebaran idea-idea pembaharuan oleh reformis-reformis seperti Ho Kai, Wang Tao dan Kang Yu Wei telah meninggalkan kesan di kalangan masyarakat China. Sungguhpun gerakan tersebut gagal tetapi kesannya telah menyedarkan rakyat China tentang perlunya suatu pembaharuan yang bercorak revolusi untuk menyelamatkan China dan telah merintis jalan ke arah meletusnya Revolusi 1911.

7. Tindakan Manchu Memiliknegarakan Jalan Keretapi Pada tahun 1911 kerajaan Manchu ingin menjadikan landasan keretapi Canton-Hankow dan Hankow-Szechwan sebagai milik negara. Untuk menjayakan program ini kerajaan telah meminjam wang darri Britain, Perancis dan Amerika Syarikat sebanyak 6 juta paun. Orang tempatan di wilayah-wilayah yang terlibat menyedari kesan buruk yang akan menimpa mereka. Landasan keretapi Manchuria yang dibina dengan pinjaman wang dari Rusia sebenarnya dikuasai oleh Rusia kerana Rusia telah menempatkan tenteranya di sepanjang landasan itu dengan alasan melindungi keselamatan penumpang-penumpang dan kelancaran perkhidmatan keretapi. Setelah Rusia kalah dalam perang Rusia-Jepun, ia telah memindahkan milik ke atas landasan keretapi di kawasan Manchuria selatan kepada Jepun. Tindakan ini menyedarkan orang China, jika pinjaman asing diambil untuk membina landasan keretapi tersebut negeri China akhirnya akan kehilangan hak ke atas system pengangkutan dan kedaulatan politik di tanah sendiri. Di samping itu kerajaan wilayah terpaksa menanggung beban hutang itu. Apabila kerajaan berkeras meneruskan rancangan, satu rusuhan telah berlaku. Pada Ogos 1911 perjumpaan besar diadakan di Chengtu dan kerajaan bertindak menghalang serta mengakibatkan 32 terbunuh. Pada 9 Oktober 1911 satu letupan berlaku di kawasan pajakan Rusia di Ghankow. Peristiwa ini merupakan factor yang mempercepatkan revolusi. KESIMPULAN ( 2 M )Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan mutlak raja dan telah menjatuhkan Manchu. Republik China ditubuhkan. Pada 12 Februari 1912 Maharaja Hsuan Tung (Pu I) telah turun tahta dan pada 10 Mac 1912 Yuan Shih

Page 27: Skema Sejarah 2 Pahang

Kai menjadi presiden kerajaan sementara. Sementara di Thailand, sistem raja mutlak dihapuskan dan digantikan dengan Raja Berperlembagaan