Upload
truonghanh
View
240
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU’AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN
MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)
CALON: NOOR SYAHIDA ABDUL RAHMAN
13P101007P
BIDANG: SYARIAH DAN MUAMALAT
PENYELIA BERSAMA
O PROF. SABRI HARON (UKM) O DR MOHD FAISAL BIN MOHAMAD (KUIS)
LATAR BELAKANG KAJIAN O Suatu perkara yang perlu disedari dan diinsafi oleh kita ialah
karya-karya fiqh tersohor mazhab Syafi‘i, yang kebiasaannya
diistilahkan oleh para ilmuwan Islam sebagai karya-karya
muktabar atau karya turath merupakan karya-karya fiqh yang
mempunyai nilai-nilai ilmiah dan akademik yang tinggi dalam
konteks penulisan ilmu fiqh itu sendiri.
O Menurut penulis, prinsip-prinsip utama dalam pemantapan
dan pengukuhan ilmu fiqh seharusnya melibatkan penelitian
yang menyeluruh terhadap karya-karya tersohor fiqh mazhab
Syafi‘i dan disusuli dengan pemilihan karya-karya tertentu,
sambungan Spt al-um syarah minhaj al-talibin al-Syarbini ( مغين احملتاج)
O Inilah di antara usaha-usaha utama yang diperlukan
bagi menjamin keutuhan dan kesinambungan
mazhab Syafi‘i di Malaysia.
O Untuk melahirkan para faqih dan untuk
memahamkan & memakarkan umat Islam,
sewajarnya perlu difahami, bukan sahaja dengan
memperkenalkan nama-nama karya-karya
muktabar fiqh Syafi‘i tersebut, tetapi juga dengan
sambungan
membaca, melihat, meneliti dan mengkaji isu
kandungan karya-karya agung tersebut. Pada
hakikat dan realitinya, inilah pendekatan
pembelajaran yang ditempoh oleh para ulama
tersohor yang lampau.
Islam
Akidah Syariah
Ibadah Muamalat
Politik Ekonomi
Sektor Awam
Sektor Swasta
Sektor Kebajikan
Kontrak Tabarru’at
Sosial
Akhlak
sambungan
Ekonomi Islam
Kontrak Tabarru’at
Al-Um (al-Syafi’i) & Syarah Minhaj al-Talibin (al-Syarbini)
Sambungan
O Ekonomi menurut pemikir ekonomi. O Ekonomi Islam menurut pakar ekonomi
Islam. O Fakta sejarah O Kemunculan para fuqaha – fiqh al-
Syafi’iyyah O Idea ekonomi dlm fiqh al-Syafi’iyyah O Karya al-Syafi’I (al-Um), al-Nawawi (Minhaj
al-Talibin) dan al-Syarbini (Syarah Minhaj al-Talibin).
O Kontrak Tabarru’at (waqaf, hibah, wasiat & ‘ariyah)
Permasalahan Kajian
Belum ada Kajian Perbandingan khususnya dlm kontrak tabarru’at antara karya al-Um & Minhaj al-Talibin al-
Syarbini.
Perlu Meluaskan lagi kajian dan penyelidikan
tentang pemikiran ekonomi al-Syafi’I & al-
syafi’iyyah.
Perlu kesinambungan usaha memperkemaskan
lagi perbincangan fiqh al-syafi’I yang menjadi
pegangan umat Islam di Nusantara.
Wujud Perbezaan pendapat dlm kontrak
tabarru’at antara karya al-Um & Minhaj al-Talibin al-Syarbini.
PerSoalan Kajian
Permasalah tersebut akan memandu kepada persoalan
kajian:
i. Apakah konsep ekonomi dan kaitannya dengan kontrak
tabarru’at?
ii. Apakah konsep pemikiran ekonomi al-Syafi’I dan al-
Syafi’iyyah berkaitan kontrak tabarru’at dalam al-Um dan
Syarah Minhaj al-Talibin (al-Syarbini)?
iii. Apakah perbezaan dan persamaan antara al-Syafi’i dan
al-Syafi’iyyah dalam perbincangan kontrak tabarru’at di
dlm al-Um dan Minhaj al-Talibin (al-Syarbini)?
Objektif Kajian
1) Menghuraikan konsep ekonomi Islam dan
kaitannya dengan kontrak tabarru’at.
2) Mengkaji perbandingan konsep kontrak
Tabarru’at di antara al-Um dan Syarah Minhaj al-
Talibin al-Syarbini.
3) Menganalisis perbandingan kontrak Tabarru’at
di antara al-Um dan Syarah Minhaj al-Talibin.
Kepentingan Kajian (Sumbangan)
O Kajian ini penting untuk mengetengahkan kembali pemikiran tradisi yang terkandung dalam teks-teks klasik Islam yang releven dengan konteks semasa.
O Kajian ini penting untuk menonjolkan tokoh-tokoh Fiqh sebagai sebahagian daripada pemikir-pemikir ekonomi berdasarkan sumbangan mereka dalam mengemukakan idea dan ijtihad bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan ekonomi.
O Kajian ini bermanfaat dalam memberi kefahaman dan pengetahuan tentang pemikiran dan konsep-konsep ekonomi yang melatari perbincangan Fiqh Syafi’ie yang berkaitan dengan kontrak Tabarru’at.
O Kajian ini bermanfaat dalam menjelas dan menghuraikan perbincangan mengenai kontrak Tabarru’at yang terkandung dalam kitab Syarah Minhaj al-Talibin.
Metodologi Kajian
i. Metod maktabi
ii. Metod Temubual
*Kajian kualitatif dan Kajian Perbandingan
Huraian Metodologi Kajian:
i. Penentuan Subjek
ii. Pengumpulan Maklumat dan Data
iii. Analisis Maklumat dan Data*
*Proses Analisis Data:
i. Induktif
ii. Deduktif
iii. Komparatif
Sorotan Literatur (Berikut penulisan-penulisan
diklasifikasikan berdasarkan tema)
Ekonomi Awam
Konsep Ekonomi dlm Perbincangan Fiqh
Sejarah Ekonomi Islam
Ekonomi Pembangunan dan Kebajikan
Asas Pemikiran Ekonomi dlm Karya Muslim
Kontrak Tabarru’at
Limitasi/Skop Kajian
Konsep Ekonomi
Islam (asas)
Al-Um
Kontrak Tabarru’at
(Wakaf, Hibah,
Wasiat dan ‘Ariyah
Syarah Minhaj al-Talibin al-Syarbini
Cadangan Susunan Bab BAB SATU
PENDAHULUAN
BAB DUA KONSEP EKONOMI ISLAM DAN KAITANNYA DENGAN KONTRAK TABARRU’AT
BAB TIGA KONTRAK TABARRU’AT DALAM AL-UM
BAB EMPAT KONTRAK TABARRU’AT DALAM SYARAH MINHAJ AL-TALIBIN AL-SYARBINI
BAB LIMA ANALISIS PERBANDINGAN
BAB ENAM KESIMPULAN
Rumusan O Kajian ini membincangkan konsep ekonomi dan
membandingkan konsep kontrak tabarru’at antara karya al-Um al-Syafi’i dan karya Syarah Minghaj al-Talibin al-Syarbini. Penekanan diberikan kepada perbandingan di antara dua karya tersebut. Kajian perbandingan digunakan untuk melihat perbezaan dan persamaan yang signifikan serta perbandingan secara menyeluruh di antara dua karya muktabar ini. Keperluan kajian ini dalah amat penting kepada seluruh umat Islam bagi mendalami secara ilmiah ilmu fiqh Islam. Khazanah ilmu yang ditinggalkan merupakan warisan zaman yang diibaratkan seperti akar pokok yang tertanam jauh di bawah tanah. Pokok tidak akan membesar dan hidup tanpa akar dan tanpa penjagaan yang rapi. Ianya sama seperti karya al-Um dan Minhaj al-Talibin yang dirintis oleh para fuqaha silam dan kemudiannya dikembangkan dan dipelihara oleh genarasi intelektual pada setiap zaman.
Rujukan Di antaranya; Mohd. Faisal bin Mohamed (2013), “Konsep Ekonomi dan
perbincangan mengenai kontrak mu’awadah dan isytirak: satu kajian perbandingan antara syarah minhaj al-talibin (al-mahalli) dengan al-um”, Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Syafi’ie, al-Imam Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Idris al-Syafi’i (1990), Al-Umm. Beirut : Dar al-Fikr.
Nawawi, Al-Imam Abu Zakariyya Yahya al-Syafi’ie (2010), Minhaj Al-Talibin wa ‘Umdah Al-Muftiyyin. Kaherah : Dar al-Tawfiqiyyah li al-Turath.
Syarbini, Syaikh Syams al-Din al-Khatib al-Syarbini (2006), Mughni Al-Muhtaj Syarh ‘ala Minhaj Al-Talibin. Kaherah : Dar al-Hadith.