Upload
others
View
5
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Sky-Dweller
Oyster, 42 mm, emas kuning
Oyster Perpetual Sky-Dweller dalam emaskuning 18 karat dengandail putih terang danrantai Oyster.
Jam tangan khas yang dicirikan oleh paparan zon waktu
kedua pada cakera di luar pusat pada dail. Selain itu,
sistem inovatif bagi menetapkan fungsi yang
menggunakan Cincin bezel Command boleh putarnya ini
adalah unik untuk Rolex.
Dail putih terangSatu ciri menonjol
Segitiga merah terbalik yang tetap pada titik dail ke masa
rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja
biasa – di atas cakera 24-jam di luar pusat. Sekilas
pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu
siang dari jam waktu malam di zon waktu yang lain.
Bezel berjelajurTanda pengenalan Rolex
Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada
mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu.
Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup
untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian
dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga
diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan
menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke
masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli
yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel
berjelajur adalah satu tanda perbezaan, lazimnya dalam
keemasan.
Emas kuning 18 karatKomitmen untuk mencapaikecemerlangan
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri,
Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk
menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi.
Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga,
platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas
18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih.
Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen
dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan
menggunakan kelengkapan yang paling canggih.
Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan
sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen
kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
Rantai OysterAlkimia bentuk dan fungsi
Sky-Dweller yang dipasang pada penyambungan yang
kukuh pada rantai Oyster dalam Oystersteel, ada dalam
versi penutup Rolesor putih, ataupun versi Rolesor kuning,
rantai Oyster menggabungkan Oystersteel dan 18 ct emas
kuning. Rantai Oyster ini mendapat faedah daripada satu
pelekapan terlindung yang terletak di bawah bezel untuk
memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara
rantai dan penutup. Ia dilengkapi dengan Oysterclasp
berlipat dan juga mempunyai system sambungan Easylink
yang telah dipatenkan oleh Rolex bagi membolehkan
pemakai dengan mudahnya meningkatkan kepanjangan
rantai sehingga kira-kira 5 mm, untuk keselesaan
tambahan dalam apa jua keadaan.
Zon dwimasaPaparan serentak
Kedua-dua zon waktu ini dipaparkan serentak. Waktu
tempatan ditunjukkan oleh jarum jam, minit dan saat pusat
konvensional. Ia boleh ditetapkan dengan cepat dan
mudah dengan cara mekanisme yang membolehkan jarum
jam dilaraskan secara bebas melalui kenaikan satu jam
kedepan dan ke belakang. Tiada minit dan saat atau masa
rujukan dalam zon waktu kedua yang terjejas. Oleh kerana
jam tangan tidak dihentikan, maka, ketepatan adalah
terpelihara. Waktu rujukan di tempat kediaman atau
tempat bekerja yang biasa bagi pengembara dibaca pada
cakera luar pusat berputar. Segitiga merah terbalik yang
tetap menunjukkan kepada masa rujukan yang dipilih
pemakai. Paparan 24-jam cakera membolehkan
pengembara membezakan waktu jam siang dari malam
dengan jelas di zon masa yang jauh (contohnya 10 malam
dengan 10 pagi). Perubahan tarikh dipautkan kepada
masa tempatan dan berlaku dalam beberapa milisaat di
tengah malam. Oleh itu, tarikh yang dipaparkan dalam
apertur adalah tarikh semasa dalam zon waktu tempatan
si pemakai.
Kanta SiklopsKanta pembesar
Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik
dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas
wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta
siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan
sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan
bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan
Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan
pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk
kesempurnaan.
Mekanisme 9001Prestasi yang hebat
Sky-Dweller dilengkapi dengan Kaliber 9001 iaitu sebuah
mekanisme mekanikal automatik yang dibangun dan
dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Diperkenalkan pada
tahun 2012, ia adalah salah satu Kaliber paling kompleks
pernah dihasilkan oleh pembuat jam Rolex. Walau
bagaimanapun, ia direka bentuk untuk memastikan
kemudahan penggunaan: roda pemilih pada tepi luar 9001
memastikan interaksi mekanisme dan bezel jam tangan
bagi menetapkan fungsi Sky-Dweller. Sepertimana
kesemua mekanisme Rolex Perpetual, 9001 merupakan
sebuah Kronometer Switzerland yang diperakui iaitu suatu
pelantikan yang diperuntukkan untuk jam tangan
berketepatan tinggi yang telah berjaya melepasi ujian-ujian
Pengujian kronometer Switzerland (COSC). Senibinanya
yang sama dengan semua mekanisme jam tangan Oyster
menjadikannya boleh dipercayai.
SpesifikasiRujukan 326938
PENUTUP MODELOyster, 42 mm, emas kuning
SENI BINA OYSTERPenutup tengah Monoblok, penutup
belakang diskrukan ke bawah dan belitan
putaran jam
GARIS PUSAT42 mm
BAHANemas kuning 18 karat
BEZELBerjelajur, dwiarah boleh gilir Cincin
Command Rolex
BELITAN PUTARAN JAMDiskrukan ke bawah, sistem kalis air
Twinlock berganda
KRISTALNilam tahan calar, kanta siklops sepanjang
tarikh
KALIS AIRKalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISMEPerpetual, mekanikal, automatik, dua zon
masa, kalendar tahunan
KALIBER9001, Buatan Rolex
KETEPATAN-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
FUNGSIJarum jam, minit dan saat. Paparan 24 jam
buka dan tutup pada pusat aksesori. Zon
masa kedua Kalendar tahunan serta-merta
pada jam 3 dan penetapan cepat pada
tarikh. Paparan bulan melalui 12 apertur di
lilitan bulatan dail. Pemberhentian saat
untuk tetapan masa yang tepat
PENGAYUNPegas rambut paramagnet Parachrom biru.
Penyerap kejutan Paraflex berprestasi
tinggi
BELITANDwiarah automatik melalui rotor Perpetual
RIZAB KUASALebih kurang 72 jam
RANTAIOyster, penghubung keping tiga rata
BAHAN RANTAIemas kuning 18 karat
KANCINGOysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan
pautan yang selesa
DAILPutih terang
BUTIRANPaparan Chromalight yang tinggi dan
sangat mudah dibaca dengan luminesens
biru tahan lama
PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan
Rolex selepas dibuka)
Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com
Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,
nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara
adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang
terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa
kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk
mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.