11
SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI – 15 2014 TARIKH : 01 NOVEMBER 2014 TEMPAT : PADANG KAWAD SMK TAMAN DESA JAYA ANJURAN : PERSATUAN SUKAN SEKOLAH SMK TAMAN DESA JAYA DENGAN KERJASAMA : PUSAT KOKURIKULUM SMK TAMAN DESA JAYA

SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

  • Upload
    others

  • View
    110

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

SMK TAMAN DESA JAYA

LAPORAN AKTIVITI

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

KALI – 15 2014

TARIKH :

01 NOVEMBER 2014

TEMPAT :

PADANG KAWAD

SMK TAMAN DESA JAYA

ANJURAN :

PERSATUAN SUKAN SEKOLAH

SMK TAMAN DESA JAYA

DENGAN KERJASAMA :

PUSAT KOKURIKULUM

SMK TAMAN DESA JAYA

Page 2: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kursus kokurikulum penting bagi mendidik bakal guru dalam

melahirkan guru yang proaktif dan berdaya saing dalam

menguruskan kokurikulum di sekolah. Ia dapat membuktikan

bahawa seorang guru tersebut mampu untuk membimbing pelajar

dalam meningkatkan semangat kesukanan. Ia juga membantu

pelajar dalam menonjolkan dan mengembangkan bakat yang ada

dalam diri pelajar serta semangat bersaing secara positif.

1.2 Aktiviti sukan sekolah yang diadakan penting bagi

menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Selain itu,

ia mampu menonjolkan dan mengembangkan bakat dalam diri

pelajar.

2.0 OBJEKTIF

1.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat

mereka ke tahap yang lebih optimum.1.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar

dalam gerakerja yang diceburi.1.3 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri

untuk berjaya dengan lebih cemerlang.1.4 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar

mewakili universiti ke peringkat antarabangsa.

Pada hari Sabtu yang lalu, SMK Taman Desa Jaya, telah mengadakan

kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi

Page 3: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

disertai oleh semua pelajar SMK Taman Desa Jaya. Pada pagi itu, kesemua

olahragawan beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.

Pasukan unit beruniform dan persatuan berkawad kaki mengikut rentak muzik

menghangatkan lagi suasana temasya sukan tahunan kali ini. Mereka

memberikan tabik sebagai tanda hormat kepada guru-guru dan ahli PIBG.

Sejurus selepas itu, Ketua Kontinjen dikehendaki membaca ikrar. Pengerusi

PIBG turut dijemput berucap dan merasmikan kejohanan sukan tersebut.

Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang dipertandingkan

termasuklah acara 100m, 200m, 400m, 4x100m dan 4x200m. Selain itu, acara

lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan tarik tali turut dipertandingkan.

Pengerusi PIBG dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

Jaya serta beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan juga dijemput

untuk menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua pemenang. Mereka juga

mengucapkan tahniah kepada pemenang.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS.

Pengerusi : Pn. Hajah Norlia Binti Kayat. (Pengetua SMK Taman Desa Jaya)

Timbalan Pengerusi : En. Rosli Bin Kadir. (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : Pn. Sharifah Maisurah bt. Syed Yasin (GPK Kurikulum): Pn. Mastura Binti Masod (GPK Hal Ehwal Murid)

Page 4: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

: Pn. Mazliza Binti Bakar. (Penyelia Petang)

Setiausaha : En. Megat Bin Iskandar (Setiausaha Sukan)

Bendahari : Pn. Nadia Binti Hassan (Naib Setiausaha Kokurikulum I)

Ahli Jawatankuasa:

Nama Bidang tugas1. Urus setia

a.Raferi Mohd. Hafiz bin Marzuki

(Kejohanan) Siti Salmah bt. Ahmad (Statistik) Yassin bin Md. Ramli (Peserta dan trek) Haziq bin Mohd. Zin (Peserta dan trek)

Memastikan kedudukan pegawaisukan di tempat yang telahditetapkan mengikut bidang tugasmasing-masing.

Menyediakan borang untukpertandingan memberi taklimatkepada bahagian statistik.

Memastikan keadaan trek sesuaidengan ukuran yang betul

Lain-lain yang difikirkan sesuai.

b. Jamuan guru/ Pegawai Sukan & Jamuan V.I.P

Maimunah bt. Hashim Maziana bt. Kadir Saiful bt. Abu Bakar

Mengedarkan makanan dan minuman kepada guru/pegawai yang bertugas.

Menyelia tempat khas untuk jamuan VIP.

c. Jamuan Murid Fatimah bt. Hashim Norizan bt. Che Sadiq Nurhidayah bt. Abu Hassan Nurul Jannah bt. Azhar

Mengedarkan makanan dan minumanmurid setiap rumah sukan yang telah ditempah.

d. Jurugambar/ Dokumentasi Ezzan bin Jalil Megat bin adrulzaman

Bertugas sebagai jurufoto hari sukan tara, acara padang dan hari sukan.

Menyediakan laporan kejohanan untuk makluman dan pengetahuan Jawatankuasa pengelola.

2. Ceremoniala. Perasmian Penutup/ Juruacara Menjadi pengacara majlis dan

Page 5: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

Jamaliah bt. Hamid Nor Zawani bt. Sani Suhaiza bt. Bahari

membuat segala pengumuman berkaitan dengan acara sukan

Berhubung dengan raferi,pengurus peserta dan statistik bagi melicinkan perjalanan acara sukan.

b. Perbarisan Kontijen Rumah Sukan/ dan Badan Beruniform

Effandi bin Mohd Amir Sharifah Mastura

Menggariskan susun atur perbarisan rumah sukan dan uniform.

Membuat raptai sehari sebelum sukantahunan.

c. Bacaan doa Khairuddin bin Ismail Bacaan doa sebelum sukan bermula.

d. Siaraya & perhubungan Mohd. Alif Osman Mohd. Izzuddin bin Rahman

Memastikan keadaan PA sistem berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik.

3. Hospitaliti a. Kebersihan/disiplin dan kawalan murid

Ketua Rumah Sukan Pengakap dan pengawas Sekolah

Memastikan murid tidak membuang sampah merata-rata.

Memastikan murid tidak berlegar-legardan masuk keluar kawasan trek dan balapan

b. Kecemasan Farah Wahida bt. Jamil Norhidayah bt Mansor Ahli PBSM Sekolah.

Menyediakan satu tempat khas untuk tujuan rawatan.

Memastikan peralatan di dalam peti kecemasan mencukupi.

4. Teknik dan Pertandingana. Kepegawaian dan trek

Mohd. Hafiz b. Mahdini Hafiz b. Mohd. Zin Hamid b. Md. Ramli

Memastikan kedudukan pegawaisukan di tempat yang telahditetapkan mengikut bidang tugasmasing-masing.

Memastikan keadaan trek sesuaidengan ukuran yang betul

b. Hakim Penamat Nor Raihanah bt. Mohd. Nor Rozita bt. Kahar Nurul Huda bt. Hussin Norhayati bt. Muhamad

Mencatat nama pemenang untuk diberikan kepada pencatat padang.

Sentiasa berhubung dengan penjaga masa dan pencatat padang

c. Penjaga Masa Nor Rafidah bt. Othman(K) Noor Akmal bt. Mohd. Razi Wan Fatihah bt. Wan Ibrahim Nor Azura bt. Abdul Majid

Mengambil masa larian setiap acara. Sentiasa berhubung dengan hakim

penamat. Mendapatkan jam statistik daripada

GPK Koko.

d. Pencatat Padang

Page 6: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

Erna bt. Yasir Sharifah Norhafizah bt. Zainal Rozilawati bt. Ishak

Mencatat nama pemenang dan di hantar ke bahagian statistik dengan kadar segera.

e. Penghakiman Rumah Sukan/ Pengurusan Rumah/Perbarisan

Sarehah bt. Sameon Nur Hafifah bt. Hamzah Barisan Pentadbir Sekolah

Menyediakan borang untuk mencatat markah perbarisan.

Bersama VIP yang dipilih, mencatat markah perbarisan.

5. Statistik dan Pengurusan Hadiah

a. Hadiah Murid dan Cenderamata V.I.P YM Tengku Aklili Tuan Mohd. Amin Suzuraini bt. Sulaiman Sa’adah bt. Shafie Norhafsah bt. Ayob

Membawa semua hadiah kejohanan ke padang sekolah untuk disusun.

Menyediakan segala peralatan sepertidulang, kain dan bunga untuk bahagian hadiah.

b. Statistik Siti Salmah bt. Shuib Norhazirah bt. Mohamed Sarawi Normayadi b. Othman

Mendapatkan senarai pemenang dan mengira markah untuk setiap rumah sukan.

Menyerahkan nama pemenang ke bahagian pengurusan hadiah, pengurusan penerima hadiah dan juru acara.

Menyimpan semua catatan masa dan pemenang untuk tujuan rekod.

6. Pengurusan Peserta

a. Pengurusan Peserta Azham b. Abd. Ghani Raslan Halami b. Abas (Semua Ketua dan Penolong Guru

Rumah sukan)

Menguruskan peserta yang akan bertanding bagi setiap acara yang akan dijalankan.

Sentiasa berhubung dengan ketua danpenolong rumah sukan.

d. Pengurusan Penerimaan/ Hadiah Murid Nor Hazariah bt. Mohd. Yusof Nasmizaita bt. Mohd. Nawi (Semua Ketua dan Penolong Guru

Rumah Sukan

Menguruskan peserta yang akan mengambil hadiah.

Hadiah akan disampai sepanjang kejohanan.

4.0 PERBELANJAAN KEWANGAN

Page 7: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

4.1 Pendapatan

BIL PERKARA PERBELANJAAN(RM)

SUMBER KEWANGAN

1. Kanopi 900 PIBG2. Buku program 24 PIBG3. Minuman pegawai 150 PIBG4. Cabutan bertuah 200 Wakil Penaja

4.2 Perbelanjaaan

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH01 T-Shirt AJK 50 X RM 30 150002 Hadiah

1. Medal2. Hamper3. Sijil

4. Piala5. Cenderamata

306 X RM 155 X RM 100254 Unit

6 X RM 1001 X RM 100

4590500Sumbangan sekolah600100

03 Urus Setia :1. Manila kad2. Maker pen3. Double side tape4. Minuman5. Kertas A4

10010050100 Kotak50 Kotak

Sumbangan Sekolah

JUMLAH 5790

Antara acara yang dipertandingkan :

Page 8: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

Acara larian 100 meter. Acara 80 M lari berpagar.

Acara tarik tali. Acara lompat jauh.

Acara lontar peluru. Acara lompat tinggi

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Rumah Kuning (Utarid) telah mendahului rumah-

rumah sukan yang lain dan muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi

oleh Rumah Hijau (Zuhal) manakala Rumah Merah (Marikh) mendapat tempat

ketiga dan tempat keempat dipegang oleh Rumah Biru (Neptun). Bagi acara

Page 9: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

perbarisan, Rumah Hijau berjaya dianugerahkan tempat pertama termasuk

anugerah maskot terbaik manakala Rumah Merah memenangi tempat kedua.

Rumah Hijau turut berjaya memperolehi tempat pertama dalam acara tarik tali,

diikuti dengan Rumah Biru (Zuhal) yang meraih tempat kedua dan Rumah

Kuning (Utarid) sebagai pemenang tempat ketiga Olahragawati ialah Nurul

Huda binti Hussen dari Rumah Kuning, manakala olahragawan pula ialah

Othman bin Amin juga dari Rumah Kuning. Sebelum pulang, Pengetua

meminta semua murid membersihkan padang .Pengetua juga mengucapkan

tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat kepada peserta yang kalah.

Berakhirnya majlis penyampaian hadiah oleh Pengetua maka berakhirlah juga

kejohanan sukan sekolah kali ke – 15 2014 dengan jayanya.

TANDATANGAN

Disediakan oleh : Nor Hafizah Binti HussenSetiausaha,

Page 10: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini

Persatuan Sukan Sekolah.

……………….(012-3456789)

Disemak oleh : En. Mohd Akmal bin Zainal,Pengarah program,Persatuan Sukan Sekolah.

………………(012-3456789)

Disahkan oleh : Pn. Siti Aminah bt Kamil,Penolong,Pusat Kokurikulum.

……………(012-3456789)

Diluluskan oleh : En. Ahmad Bin KamilPengarah,Pusat Kokurikulum

……………(012-3456789)

LAMPIRAN

Page 11: SMK TAMAN DESA JAYA LAPORAN AKTIVITI ......kejohanan sukan tahunan sekolah. Acara bermula pada pukul 7:00 pagi sehingga 1:00 tengahari bertempat di padang kawad sekolah. Program ini