13
SULIT NO. KOD : EDU 3105 TARIKH : NOVEMBER 2010 ANGKA GILIRAN : ___________________ MASA : 2 JAM 30 MINIT PUSAT : ___________________________ ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B. Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C. 3. Jawab : Bahagian A pada kertas saranan jawapan Bahagian B pada ruangan yang disediakan dalam kertas soalan Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan tamat. 5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat. UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN NO. SOALAN / MARKAH JUMLAH A 20 markah 1-20 B 40 markah 1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b 4c C 40 markah 1a 1b 2a 2b 3a 3b KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2010 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN ( SEKOLAH RENDAH )

soalan EDU 3105 Bahagian A

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teknologi pendidikan

Citation preview

Page 1: soalan EDU 3105 Bahagian A

SULIT

NO. KOD : EDU 3105 TARIKH : NOVEMBER 2010

ANGKA GILIRAN : ___________________ MASA : 2 JAM 30 MINIT

PUSAT : ___________________________

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:

Bahagian A : 20 soalan objektifBahagian B : 4 soalan strukturBahagian C : 3 soalan esei

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B. Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C.

3. Jawab : Bahagian A pada kertas saranan jawapanBahagian B pada ruangan yang disediakan dalam kertas soalanBahagian C pada kertas jawapan yang disediakan

4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan tamat.

5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJABAHAGIAN NO. SOALAN / MARKAH JUMLAH

A20 markah 1-20

B40 markah

1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b 4c

C40 markah

1a 1b 2a 2b 3a 3b

JUMLAH KESELURUHAN

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 16 MUKA SURAT BERCETAK DAN SEHELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPeperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2010

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN( SEKOLAH RENDAH )

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 2: soalan EDU 3105 Bahagian A

No. Kod : EDU 3105

BAHAGIAN A( 20 markah )

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Kekuatannya terletak pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu objektif terletak pada alat…” – Heinich, Molenda dan Rusell (1969)

Berdasarkan kenyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?

(A) Teknologi ialah alat perkakasan

(B) Teknologi ialah teknik pengajaran

(C) Teknologi ialah proses penyampaian idea

(D) Teknologi ialah proses penyediaan peralatan

2. Berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang paling tepat adalah untuk

(A) menjimatkan masa persediaan mengajar.

(B) membolehkan pelajar supaya lebih berdikari.

(C) membolehkan pengajaran dan pembelajaran tanpa sempadan

(D) mengubah sistem pembelajaran supaya lebih terbuka dan bebas.

3. Peranan reka bentuk pengajaran dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah untuk

(A) meningkatkan kemajuan dan pencapaian guru.

(B) mengubah pada peringkat membuat perancangan sahaja.

(C) membantu dalam mengubah pendekatan-pendekatan pengajaran.

(D) penggunaan teknologi moden dalam pentadbiran pengajaran dan pembelajaran.

2 SULIT

Page 3: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

4. Manakah antara berikut merupakan fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran?

I. memudahkan penyampaian mesej

II. membuat pengajaran lebih tersusun

III. menjadikan pembelajaran lebih jauh

IV. penggunaan media secara bervariasi

V. merangsang pengalaman yang berbeza

(A) I, II dan IV

(B) I, II dan V

(C) I, III dan IV

(D) II, III dan V

5. Media ini sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran kendiri bagi murid yang kurang keupayaan membaca.

Antara media yang paling sesuai untuk tujuan tersebut ialah

(A) kartun.

(B) diorama.

(C) mikrofilem.

(D) cakera padat.

6. Pengajaran berasaskan Model ASSURE amat sesuai digunakan dalam situasi

(A) bebas.

(B) global.

(C) berpusat

(D) bilik darjah

Page 4: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

7. Dominan adalah salah satu prinsip grafik. Cara untuk mencapai prinsip dominan ialah

(A) memuatkan saiz objek yang lebih kecil.

(B) menggunakan ”Peraturan Satu Pertiga”.

(C) menjadikan warna dan bentuk yang kabur.

(D) menggunakan lampu atau cahaya yang malap.

8. Tujuan seseorang pereka grafik menguasai peralatan grafik adalah untuk

(A) memastikan sesuatu karya grafik dapat menyampaikan mesej dengan mudah.

(B) memudahkan kerja-kerja penghasilan karya grafik bagi tujuan penyaluran mesej.

(C) menghasilkan karya yang bermutu dan menepati kehendak mesej yang hendak disampaikan.

(D) membolehkan mesej yang ingin disampaikan melalui sesuatu karya grafik dipaparkan dengan tepat dan jelas.

9. Seorang guru Sains ingin menunjukkan bahagian dalam sebiji mangga dalam

pengajarannya.

Apakah media pengajaran yang paling sesuai digunakan untuk tugas ini?

(A) Realia

(B) Diorama

(C) Model Olok-olok

(D) Model Keratan Rentas

Page 5: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

10. Apakah fungsi lensa telefoto (telephoto lens) ?

(A) Lensa ini sesuai untuk mengambil gambar pada jarak dekat

(B) Lensa ini membolehkan kita mengambil gambar pada sudut luas

(C) Lensa ini sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang lebih jauh

(D) Lensa ini boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia

11.

Teknik yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan gambar foto seperti kenyataan di atas ialah

(A) bukaan apertur dikecilkan dan shutter speed dilajukan ketika gambar diambil.

(B) setkan kelajuan shutter kepada manual dan mengambil gambar ketika objek lalu di depan kamera.

(C) kamera diletakkan di atas tripod dan mengambil gambar tersebut dengan menggunakan mode auto.

(D) setkan kelajuan shutter pada kelajuan sederhana sambil kamera digerakkan mengikut pergerakan objek.

Imej objek yang sedang bergerak perlahan akan kelihatan lebih jelas manakala imej yang statik akan kelihatan kabur.

Page 6: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

12. Untuk menggunakan OHP dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian

I. imej herotan (keystone) perlu dielakkan

II. kedudukan layar perlu diletakkan di penjuru hadapan bilik darjah

III. penggunaan muzik sebagai iringan persembahan boleh digunakan

IV. kualiti tayangan banyak bergantung kepada jenis mentol O.H.P. yang digunakan

(A) I dan II sahaja

(B) I dan III sahaja

(C) II dan III sahaja

(D) II, III dan IV sahaja

13. Apabila anda ingin memindahkan OHP ke tempat lain, apakah langkah utama yang anda harus lakukan?

(A) Pastikan kipas berhenti

(B) Pastikan tombol pemukos diturunkan

(C) Suis perlu ditutup untuk mengelakkan silau

(D) Tutupkan cermin pentas tayangan dengan sekeping kertas

Page 7: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

14. Berikut adalah format audio yang selalu digunakan dalam bentuk digital, kecuali :

(A) mp3

(B) avi

(C) mid

(D) wav

15. Apabila anda hendak merakamkan dari kedudukan close-up ke medium close-up seorang pengacara, teknik penggambaran yang sesuai digunakan ialah

(A) dolly.

(B) tilting.

(C) panning.

(D) trucking.

16. Manakah antara arahan berikut yang betul untuk aktiviti membina soalan dan respons yang interaktif dengan menggunakan perisian MS Excel?

(A) =IF(C5=”Ekor”,True,False)

(B) =IF(C5= Ekor, True, False)

(C) =IF(C5=”Ekor”, Betul, Salah)

(D) =IF(C5=Ekor, “Betul”, “Salah”)

Page 8: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

17. Salah satu daripada pernyataan berikut adalah fungsi query dalam MS Access?

(A) Membantu menyimpan rekod bagi sesuatu sistem data

(B) Membantu mendapatkan data yang disusun dalam format khusus bagi tujuan cetakan

(C) Memudahkan pengguna untuk mencapai rekod berdasarkan keperluan untuk dipamerkan

(D) Digunakan untuk memasukkan sesuatu data dan terus boleh memaparkan data tersebut

18. Pernyataan yang manakah adalah satu daripada ciri interaktif bagi sesuatu media?

(A) Maklum balas adalah serta merta

(B) Tindak balas ditentukan oleh pengguna

(C) Tindak balas bergantung pada jenama storan

(D) Komunikasi sehala antara perisian dengan pengguna

19. Hak Cipta Eksklusif diberi kepada pemilik sesuatu karya intelektual bagi satu tempoh tertentu.

Berdasarkan Akta Hak Cipta 1987, selagi tempoh hak cipta yang diberikan belum tamat, anda

(A) boleh mencetak untuk kegunaan akademik

(B) boleh mencetak hasil karya untuk orang awam

(C) perlu meminta kebenaran daripada pemilik untuk dicetak

(D) perlu meminta pengecualian daripada pihak berkuasa untuk dicetak

Page 9: soalan EDU 3105 Bahagian A

NO. KOD: EDU 3105

20. Manakah antara yang berikut adalah kawalan kendiri dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi?

I. Mampu berfikir dan membezakan antara perkara baik atau buruk

II. Menggunakan teknologi untuk mewujudkan hubungan sesama manusia.

III. Bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk sendiri dalam menguruskan teknologi maklumat

IV. Lebih berhati-hati dalam memuat turun bahan supaya tidak dicemari virus.

V. Mempunyai disiplin diri menentukan prioriti untuk mencapai matlamat kendiri.

(A) II dan IV sahaja

(B) III dan V sahaja

(C) I,II dan IV sahaja

(D) I, III dan V sahaja