Soalan Percubaan UPSR Sains Bhg.B

Embed Size (px)

Text of Soalan Percubaan UPSR Sains Bhg.B

1)Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan mengenai gerhana Bulan. Rajah 1 menunjukkan waktu bagi peringkat-peringkat yang berlainan tentang gerhana Bulan.

(a)Nyatakan satu sebab (inferens) tentang keadaan bulan pada pukul 4.09 pagi.

(b)Apakah tujuan penyiasatan ini ?

(c)Nyatakan corak perubahan kecerahan bulan apabila masa semakin bertambah.

(d)Ramalkan pada pukul berapakah berakhirnya kejadian gerhana itu ?

(e)Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?(2)Rajah 2 di bawah menunjukkan seorang murid yang telah menjalankan satu penyiasatan untuk menentukan bilangan buku bagi mengimbangi berat sebuah beg. Bongkah kayu segi tiga diletakkan pada kedudukan yang berbeza iaitu di W, X, Y dan Z. Saiz dan jisim buku yang digunakan adalah sama.

(a)Apakah tujuan penyiasatan ini?(b)Dalam penyiasatan ini, nyatakan DUA pembolehubah yang dimalarkan.

(c)Ramalkan bilangan buku yang diperlukan bagi mengimbangi berat dua buah buku yang sama apabila bongkah segitiga berada pada kedudukan Y.

(d)Nyatakan DUA maklumat yang perlu dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

(e)Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dari penyiasatan ini?

3)Jadual di bawah menunjukkan luas tapak empat bongkah kayu yang mempunyai ketinggian yang sama.Bongkah KayuLuas Tapak (cm persegi)Masa untuk tumbang (saat)

J204

K256

L308

M3510

(a)Apakah tujuan penyiasatan tersebut?

(b)Nyatakan pembolehubah yang dimalarkan.

(c)Nyatakan hubungan (hipotesis) antara pembolehubah yang dimanipulasikan dengan pembolehubah yang bergerakbalas.

(d)Apakah corak perubahan masa bongkah kayu itu untuk tumbang?

(e)Nyatakan DUA maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

4)Rajah 3 di bawah menunjukkan kedudukan planet daripada Matahari dalam Sistem Suria. Setiap planet mempunyai saiz orbit yang berbeza. Planet yang berdekatan dengan Matahari saiz orbitnya lebih kecil dan planet yang berada jauh dari Matahari mempunyai saiz orbit yang lebih besar.

Jadual di bawah menunjukkan masa yang diambil untuk membuat satu putaran lengkap mengelilingi Matahari.PlanetMasa yang diambil untuk satu putaran lengkap mengelilingi Matahari

Utarid59 hari

Bumi365 hari

Musytari12 tahun

Uranus84 tahun

Neptune167 tahun

(a)Berdasarkan jadual di atas, nyatakan dua maklumat yang harus dikumpul dalam penyiasatan ini(b)Apakah pola perubahan masa yang diambil bagi sesebuah planet membuat satu pergerakan yang lengkap mengelilingi Matahari?

(c)Nyatakan hubungan antara saiz planet dan masa yang diambi untuk membuat satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari.

(d)Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini.(e)Berikan satu sebab (inferens) bagi menerangkan planet Neptune mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari.

5)Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh Raziman berhubung saiz badan Encik Zainal.

(a)Berikan satu inferens mengenai saiz badan Encik Zainal pada tahun 2009.(b)Nyatakan satu pemerhatian yang menyokong jawapan anda di (a).

(c)Nyatakan apakah yang sama (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini.

(d)Nyatakan satu hubungan antara apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan) dengan apa yang diukur(pembolehubah bergerakbalas)

(e)Apakah kesimpulan eksperimen ini?

6)Sekumpulan murid menjalankan satu kajian ke atas ayunan pendulum dalam masa 30 saat. Keputusan kajian itu ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

tali

20 cm

15 cm

tali

Bilangan ayunan : 10

Bilangan ayunan : 15(a)Kenalpasti dua perkara untuk dicatat dalam ujian.(b)Apakah tujuan kajian ini?

(c)Apakah corak bilangan ayunan bila panjang tali berkurang?

(d)Ramalkan bilangan ayunan apabila panjang tali ialah 10 cm

7)Rajah di bawah menunjukkan sepasang kasut roda yang serupa, L dan M. Kedua-dua kasut ditolak dengan cepat menggunakan daya yang sama.

Jarak yang dilalui oleh setiap kasut ditunjukkan dalam Jadual berikut:

KasutJarak yang dilalui (cm)

L15

M35

(a)Apakah yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini?

(b)Nyatakan satu sebab (inferens) tentang jarak yang dilalui oleh kasut roda M?

(c)Tulis satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di (b).

(d)Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.

(e)Nyatakan satu hubungan antara dua maklumat yang dikumpul dari penyiasatan ini.

2.04 pagi

3.01 pagi

3.54 pagi

4.09 pagi

4.21 pagi

5.15 pagi

6.11 pagi

kepingan papan

bongkah kayu segi tiga

W

X

Y

Z

Bilangan buku yang digunakan (buah)

kedudukan bongkah segi tiga (cm)

W

X

Y

Z

5

10

15

20

Kuantiti makanan mempengaruhi saiz badan manusia.

Kasut Roda L

Kasut Roda M