Upload
ahmad-syukri
View
1.050
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
B. MELAYU
TATABAHASA
Puan Siti menggantung potret keluarganya ______ dinding rumahnya di ruang tamu.
A kepadaB padaC diD ke
Tangan ibu berbau ________ setelah menyiang beberapa ekor ikan keli.
A hancingB hanyirC hapakD hamis
Ahmad segera meminta pertolongan apabila ternampak kawannya yang _____________ hampir lemas dibawa arus sungai.A terlambai-lambaiB terapung-apungC terkinja-kinjaD terkapai-kapai
Para peserta ekspedisi itu ______ di tepi unggun api untuk menghilangkan kesejukan.
A bersalaiB berjemurC berpanasD berdiang
Siti sungguh gembira kerana berjaya dalam _________ di syarikat elektronik itu.
A temu janjiB temu bualC temu dugaD temu ramah
________ murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di Pusat Sumber Sekolah.
A SekawanB SepasukanC SegerombolanD Sekumpulan
Pokok mangga yang _______ di hadapan rumah Ahmad sesuai dijadikan tempat berteduh.
A tinggiB condongC suburD rendang
Pengurus syarikat itu sentiasa bekerja _________kerana banyak tugasan yang perlu disiapkan.
A larut malamB masa lapangC kurang masaD lebih masa
Encik Ahmad menyimpan ______ tombak peninggalan arwah bapanya.
A sebatangB sebentukC sepucukD sebilah
Semalam kakak menerima sekeping kad jemputan _____ kawannya yang berada ______ Pahang.A dari …… diB dari …… keC daripada …… diD daripada …... ke
Di belakang rumah Pak Ahmad terdapat _______ pandan yang merimbun.
A segugusB sebatangC serumpunD sebaris
Motosikal ayah masih meragam ________ baru dibaiki.
A sehinggaB kemudianC walhalD sekiranya
Sekumpulan pengakap sedang ________ Sungai Pahang dengan menaiki sampan.
A melintasiB menyusuriC mengharungiD menyeberangi
Kawasan Kuala Lumpur mempunyai penduduk yang ________.
A penuhB saratC sendatD padat
Mak Limah membeli beberapa __________ rebung untuk dimasak gulai.
A buah B pucuk C helai D kuntum
Ibu Imanina memasukkan beberapa __________ garam ke dalam kawah gulai itu untuk dibuat kenduri.
A cubit B gugus C cekak D genggam
__________ lembu sedang meragut rumput di padang.
A Sekawan B Sepasukan C Seangkatan D Sekelompok
Beberapa _________ petai digantung oleh peniaga itu di gerainya.
A biji B helai C papan D keping
Andak Agi membelah kayu api dengan __________ beliung.
A selaras B sebilah C sepucuk D sebatang
Setiap bulan kakak membeli beberapa __________ majalah untuk dibaca.
A helai B pucuk C naskhah D keping
Encik Chua dan isterinya sungguh gembira kerana mendapat __________ anak kembar.
A seorang B sepasang C sekawan D sepasukan
Baju baru ini ____________ untuk adik saya yang comel itu.
A tidak B adalah C demi D ialah
Kereta yang besar itu __________ kereta Encik Kannan.
A adalah B ialah C daripada D tidak
Baju yang dijahit oleh tukang jahit itu ___________ tidak kemas.
A ialah B bukan C adalah D tidak
Nama pemuda yang berbaju merah itu ________ Razif.
A adalah B ialah C tidak D kerana
Pengemis yang tua berpakaian ________________ duduk di tepi jalan.
A lemah-longlai B haru-biru C calar-balar D compang-camping
Tiga orang pemuda itu lari _____________ apabila ternampak satu lembaga putih yang berkeliaran di kawasan perkuburan pada waktu malam.
A kelam-kabut B hiruk-piruk C lintang-pukang D kucar-kacir
Wahab ________________ setelah berlari sejauh lima kilometer.
A tercungap-cungap B hiruk-piruk C merayau-rayau D segar-bugar
Perahu kecil _____________ apabila dipukul oleh ombak laut.
A gerak-geri B tercengang-cengang C terumbang-ambing D pucat-lesi
Pak Salleh begitu asyik sekali ____________________biola kesayangannya.
A menggesek B menggosok C memetik
D menarik
Baju kurung yang mahal ini diperbuat _______________ kain sutera.
A di B ke C dari D daripada
Polis melepaskan dua das tembakan ______________ arah perompak itu.
A daripada B ke C oleh D sejak
Walaupun telah lama direbus, ubi itu masih belum_______________lagi.
A gembur B lunyai C empuk D lembik
Harun mendayung sampannya ke ___________ sungai mengikut arus.
A atas B hilir C dalam D bawah
Air telaga di kawasan itu menjadi ________ kerana musim kemarau yang berpanjangan.
A keruh B tohor C deras D dalam
Pak Ahmad termenung di jendela sambil mengimbau kenangan ________.
A esok B dulu C kini D silam
Datin Zila sentiasa memakai dua _______ kalung mutiara ketika menghadiri majlis.
A bentuk B cucuk C untai D urat
Siti menghadiahkan _______ coklat kepada adik pada hari lahirnya.
A seulas B sederet C seketul D sepapan
Para peserta dimestikan mengarang lima __________ pantun dan ________ sajak.
A pasang ….. sebaris B rangkap …. seuntai C buah ….. serangkap D bentuk ….. sepatah
Mak Timah menjunjung sebuah bakul berisi beberapa ________ padi.
A biji B urat C tangkai D gemal
Pulau Tioman antara ______ pulau yang mempunyai taman laut yang menarik.
A longgok B kelompok C gugusan D helai
Pak Mat mengait ______ kelapa sawit menggunakan ______ sabit pengait yang tajam.
A sebiji ….. sebatang B sebakul …. sepucuk C setandan …. sebilah D setandan ….. sebatang
Dua _______ kunci telah diserahkan oleh pengawal keselamatan kepada guru besar.
A bilah B keping C jambak D kelompok