Upload
vonhi
View
257
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
SULIT * MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKAMAJLISPENGETUAPENGETUACAWANGANMELAKA
MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI MELAKA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
Arahan kepada calon :
Jawab empat soalan sahaja : dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada
Bahagian B
________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 3 halaman bercetak © Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2008
STPM 940/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
[ Lihat sebelah
SULIT*
STPM 2008 940/1
SEJARAH
KERTAS 1
( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )
( Tiga jam )
Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja.
1. Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan masyarakat
berbentuk mudah ( simple society ).
( 25 M )
2. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.
( 25 M )
3. Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.
( 25 M )
4. Bincangkan faktor dan perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun manusia
sehingga tahun 1800 Masihi.
( 25 M )
5. Sejauh manakah matlamat pendidikan dalam tamadun awal dipengaruhi oleh faktor
agama.
( 25 M )
6. Bincangkan perkembangan falsafah dan pemikiran dalam peradaban Melayu sebelum
dan selepas kedatangan Islam.
( 25 M )
7. Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke-15
Masihi.
( 25 M )
8. Jelaskan perbezaan sumber ilmu menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat.
( 25 M )
Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.
9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat
Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
( 25 M )
10. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah
pembentukan negara Islam di Madinah.
( 25 M )
11. Bandingkan antara sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Khulafah Al-
Rasyidin dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Bani Umaiyyah.
( 25 M )
12. Bincangkan kesan-kesan Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah.
( 25 M )
13. Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya Pada Zaman Bani Umayyah.
( 25 M )
14. Huraikan sumbangan Al-Ishtakhri dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.
( 25 M )
15. Jelaskan sejauhmanakah tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan
intelektual Tamadun Eropah.
( 25 M )
16. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan
pengembara-pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke- 14 masihi dan ahli-ahli
pelayaran barat pada abad ke- 15 hingga abad ke- 16 masihi.
( 25 M )
SOALAN TAMAT
Kod Kertas: 940/1
MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI MELAKA
STPM 2008
SKEMA PEMARKAHAN
SEJARAH KERTAS 1
( TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800 )
PERINGATAN :
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada
pihak yang tidak berkenaan.
Skema ini terdiri daripada 44 halaman bercetak.
© Hakcipta Majlis Pengetua-pengetua Malaysia Cawangan Negeri Melaka 2008
SULIT
Bahagian A :
1. Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan masyarakat
berbentuk mudah ( simple society ).
[ 25 markah ]
2. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.
[ 25 markah ]
3. Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.
[ 25 markah ]
4. Bincangkan faktor dan perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun
manusia sehingga tahun 1800 Masihi.
[ 25 markah ]
5. Sejauh manakah matlamat pendidikan dalam tamadun awal dipengaruhi oleh faktor
agama.
[ 25 markah ]
6. Bincangkan perkembangan falsafah dan pemikiran dalam peradaban Melayu
sebelum dan selepas kedatangan Islam.
[ 25 markah ]
7. Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke-
15 Masihi.
[ 25 markah ]
8. Jelaskan perbezaan sumber ilmu menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat.
[ 25 markah ]
Bahagian B :
9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat
Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
[ 25 markah ]
10. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah
pembentukan negara Islam di Madinah.
[ 25 markah ]
11. Bandingkan antara sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Khulafah Al-
Rasyidin dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Bani Umaiyyah.
[ 25 markah ]
12. Bincangkan kesan-kesan Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah.
[ 25 markah ]
13. Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya Pada Zaman Bani Umayyah.
[ 25 markah ]
14. Huraikan sumbangan Al-Ishtakhri dalam bidang penerokaan dan penjelajahan
tamadun Islam.
[ 25 markah ]
15. Huraikan konsep seni menurut pandangan Islam dan Barat serta nyataklan perbezaan
antara kedua-duanya.
[ 25 markah ]
16. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan
pengembara-pengembara islam pada abad ke-10 hingga abad ke- 14 masihi dan ahli-
ahli pelayaran barat pada abad ke- 15 hingga abad ke- 16 masihi.
[ 25 markah ]
SOALAN TAMAT
Bahagian A :
1. Sejauh manakah masyarakat pada zaman pra-sejarah awal merupakan
masyarakat berbentuk mudah ( simple society ).
A. Pengenalan. ( 3 M )
1. Konsep maksud pra-sejarah
2. Tahap-tahap dan tempoh masa prasejarah paleolitik, mesolitik dan
Neolitik.
3. Menyenaraikan ciri-ciri masyarakat prasejarah dan mengaitkan
masyarakat berbentuk mudah hanya dua zaman iaitu
Paleolitik dan Mesolitik sahaja.
B. Isi. ( 5 x 4 M =20M)
1. Penempatan :
Pada zaman Paleolitik masyarakatnya hidup berbentuk mudah secara
pindah randah, nomad, menggunakan sepenuhnya alam sekitar
dengan tinggal di gua, rimbunan pokok renek, atas pokok dan lubang
bawah tanah. Zaman Mesolitik masih meneruskan penempatan
Paleolitik tetapi memilih lokasi berhampiran sumber air untuk
kepentingan harian iaitu sungai dan laut.
2. Peralatan/Teknologi :
Zaman Paleolitik peralatan dari kayu, batu dan tulang. Menghasilkan
api melalui kaedah geseran, pakaian dari kulit kayu, daun kayu dan
kulit binatang. Gaya hidup ini masih diteruskan pada zaman Mesolitik
tetapi penciptaan senjata dan alatan lebih halus dan telah
menggunakan panah dari kayu yang panjang dan tajam.
3. Kegiatan Ekonomi :
Kegiatan ekonomi untuk kelompok mereka sahaja. Mendapatkan
makanan dengan cara berburu binatang, menangkap ikan, memungut
hasil hutan menyebabkan penempatan mereka nomad dan bergantung
dengan alam sekitar sepenuhnya . Ia berlangsung sehingga zaman
Mesolitik.
4. Agama dan Kepercayaan :
Berpegang kepada kepercayaan animmisme iaitu setiap benda ada
roh. Menyembah alam semulajadi seperti matahari, guruh, api dan
pokok. Mempercayai ukiran gambar di dinding gua akan mempunyai
kuasa ghaib.
5. Organisasi Sosial :
Berbentuk mudah, tiada ketua, dalam kelompok yang kecil dan tiada
organisasi sosial.
6. Kesenian :
Pada zaman Paleolitik mereka mengukir gambar di dinding gua dan
kulit kayu yang dijangka boleh membantu menambahkan hasil
pemburuan dan berbentuk idealisme.
7. Pengkhususan Kerja :
Tiada pengkhususan kerja kepada lelaki dan perempuan, semua kerja
dijalankan bersama.
C. Kesimpulan. ( 2M )
Masyarakat prasejarah awal sebagai peneroka menuju kepada kehidupan
kompleks dalam zaman Neolitik. Bermula dari sini tamadun manusia
berkembang sehingga wujud tamadun awal dunia seperti Tamadun
Mesopotamia dan Mesir.
2. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di
India.
A. Pengenalan : ( 3 M )
1. Latar belakang Empayar Maurya :
a. Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada
tahun 321 SM.
b. Diasakan oleh Chandragupta Maurya.
c. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa
pemerintahan rajanya yang ketiga iaitu Asoka.
2. Latar belakang Asoka :
a. Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 SM dengan
gelaran Devanampiya Plyadasi.
b. Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah
empayar yang agung melalui perluasan kuasa,keagamaan dan
pembaharuan sistem politik.
B. Isi : ( 7x3M=21M )
1. Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara pada tahun ke 11
pemerintahannya.
2. Melawat tempat suci dan menganjurkan perbincangan keagamaan.
3. Melantik pegawai khas iaitu Dharma Mahamatra untuk menyebarkan
nilai-nilai murni di dalam ajaran Buddha.
4. Menganjurkan Majlis Buddha yang ke tiga untuk menyelesaikan
perbezaan Mazhab yang berlainan.
5. Mubaligh Buddha dihantar ke Sri Lanka,Asia Barat ,Mesir dan
Eropah Timur untuk meneyebarakan agama Buddha.
6. Mengukir doktrin buddha di atas batu, tiang dan gua di seluruh
jajahan takluk supaya rakyat dapat mengamalakan nilai-nilai moral
seperti mengawal nafsu.
7. Mengamalkan sikap toleransi terhadap agama .
8. Empayar yang diasaskan meliputi seluruh bahagian utara India
termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India selatan.
9. Sesetengah tanah jajahan diberi kuasa autonomi dan sesetengahnya
pula di tadbir oleh wizurai.
10. Berjaya menyatukan seluruh empayarnya menerusi penggunaan
bahasa Prakrit.
11. Hubungan diplomatic dengan beberapa orang raja seperti Ptolemy II ,
Raja Mesir menerusi penubuhan organisasi Philanthropik.
12. Menubuhkan hospital untuk manusia dan haiwan di seluruh empayar
serta menghulurkan bantuan dan derma kepada goklongan Brahman
dan pengikut agama lain.
13. Membina rumah rehat untuk kemudahan pelancong.
C. Kesimpulan. ( 1 M )
Asoka telah berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh dan ini
terbukti dengan keluasan Eampayar Maurya. Namun selepas Asoka
meninggal dunia pada tahun 232 SM empayar tersebut mula mengalami
keruntuhan dan digantikan.
3. Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang
ketenteraan.
A. Pengenalan. ( 3 M )
1. Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan
kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah
pemikiran mereka. Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang
memberi sumbangan ini ialah Kautilya, Sun Tzu dan Nicollo
Machiavelli.
2. Latar belakang Kautilya.
3. Latar belakang Nicollo Machiavelli.
B. Isi :
Sumbangan Kautilya : ( 5x2M=10M )
1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain :
Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu
negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia
untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama,
melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan
mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh
dan menyerang musuh lain.
2. Strategi Memenangi Peperangan :
Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh
ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk
musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau
rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui
kegagalan.
3. Saranan Kepada Pemerintah :
Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh
sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan
mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau
konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri
dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.
4. Penggunaan Kaedah Subversif :
Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah.
5. Kaedah Perisikan :
Menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya
menyarankan agar taktik kotor digunakan apabila peperangan
menemui jalan buntu.
Sumbangan Niccolo Machiavelli : ( 5x2M=10M )
1. Sokongan Rakyat :
Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan
penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi
akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan
pemerintah baru.
2. Bantuan Luar :
Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan
bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.
3. Undang-undang dan Tentera Baik :
Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa
penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan
kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang
yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.
4. Cara Mengekalkan Kuasa :
Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan
kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal,
berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan
kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk
perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.
Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus
bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan
musuh.
5. Strategi Peperangan :
Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa
kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan
tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih.
6. Sistem Pentadbiran :
Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui
undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-
undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang
pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.
7. Karya :
Discourse dan The Prince.
C. Kesimpulan. ( 2 M )
Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan
yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Melalui karya The
Prince dan Discourse (Niccolo Machiavelli), strategi peperangan,
pentadbiran ketenteraan dan tipu muslihat dalam mencapai kejayaan dan
mengekalkan kuasa pemerintah.
4. Bincangkan faktor dan perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun
manusia sehingga tahun 1800 Masihi.
A. Pengenalan : ( 3 M )
a. Kegiatan ekonomi satu unsur penting dalam perkembangan tamadun
manusia sejak awal tamadun sehingga sekarang
b. Definisi ekonomi: sumber pengeluaran terhad yang digunakan untuk
memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
c. Ekonomi berkaitan dengan aspek pengeluaran dan pengagihan
kekayaan
d. Asas perkembangan sesuatu tamadun adalah pertanian
e. Aktiviti lain yang menyokong perkembangan tamadun awal seperti
perdagangan, perindustrian dan perlombongan
f. Gabungan aktiviti pertanian dengan aktiviti ekonomi yang lain telah
mewujudkan suatu tamadun yang stabil dari segi ekonomi dan politik
B. Isi : ( 5x4M=20M )
Faktor perkembangan pembangunan ekonomi :
i. Perhubungan :
� Manusia mengubah bentuk ekonomi dari sari diri kepada
ekonomi komersil
� Sistem perhubungan sangat diperlukan bagi kemudahan
perhubungan antara satu tempat ke satu tempat, antara
kawasan pengeluaran seperti kawasan pertanian ke kilang
memproses dan bandar
� Sistem perhubungan terawal ialah sungai dan laut – contoh
Sungai Ni, laut Mediterranen menghubungkan Mesir dengan
Sumeria dan Semenanjung Tanah Arab
� Sistem perhubungan darat terawal ialah jalan darat antara
Yunani, Rom, Mesir, Arab dan India
� Sekitar abad 2 Masihi, Tamadun Rom dan Yunani
memperkanalkan penggunaan jalan raya dan jambatan
� Tamadun Mesopotamia menggunakan roda dan kapal layar
untuk jalan darat, jalan laut dan jalan sungai
ii. Pengangkutan Laut :
� Perkembangan sains dan teknologi membawa kepada
terciptanya sistem pengangkutan yang lebih maju seperti kapal
layar, kereta lembu dan sebagainya
� Tamadun Hwang Ho dan Indus memperkenalkan teknologi
perkapalan dan dapat menjalankan aktiviti ekonomi kelautan
seperti perdagangan dan perkapalan
� Melahirkan alat-alat pengangkutan baru dan moden seperti
kenderaan, motor bot, kapal hinggalah penggunaan bahan
tenaga.
Perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun manusia
sehingga tahun 1800 Masihi.
iii. Penggunaan Mata Wang :
� Pembangunan ekonomi pesat mendorong penggunaan mata
wang sebagai pertukaran menggantikan sistem barter
� Kebanyakan mata wang dalam bentuk logam seperti emas dan
perak.
� Orang terawal memperkenalkan mata wang ialah orang
Sumeria berbetuk ketulan perak dan emas
� Wang yang agak standard diperkenalkan oleh orang Yunani
dan Parsi
� Pedagang Eropah menggunakan mata wang Julius Caesar dan
Cleopatra
� Tamadun China: Dinasti Chou ( wang tembaga) Dinasti Han (
wang emas . perak) Dinasti Song (Wang Kertas)
iv. Institusi Kewangan :
� Perkembangan ekonomi mendorong pembukaan institusi
kewangan yang berperanan dalam pinjaman wang, simpanan
dan insurans untuk menjayakan kegiatan perdagangan
� Perkhidmatan ini diperkenalkan di Itali sekitar abad ke-14
dengan lahirnya pemodal di Genoa, Milan dan Florence yang
membuka bank secara eksklusif
� Perdagangan antarabangsa memerlukan modal besar dan bank
tersebut akan membekalkan modal
� Institusi bank lengkap ditubuhkan di England (Bank Of
England)
� Tamadun Mesopotamia- Keluarga Egibi di Babylon memberi
pinjaman kepada orang ramai dengan kadar bunga 20%-30%
atas pinjaman.
e. Prasarana dan Teknologi :
� Pembangunan ekonomi pesat mempengaruhi perubahan
prasarana sokongan seperti pelabuhan, gudang, insurans dan
sebagainya
� Kemudahan awam disediakan seperti pusat komersil gudang
dan sistem pengairan
� Tamadun Mesopotamia-pusat komersil dipanggil “Karu” di
setiap bandar
� Pusat Komersil Gudang ialah tempat tinggal pedagang dan
gudang simpan barang)
� Sistem pengairan menjadi faktor perkembangan petanian
seperti Sungai Nil (Tamadun Mesir) dan sistem pengairan
Szechuan (Dinasti Chou)
f. Pemilikan Tanah dan Cukai :
� Dalam kebanyakan tamadun, tanah ialah milik kerajaan dan
raja
� Pembahagian tanah ialah mengikut kedudukan individu dalam
masyarakat dan sumbangannya kepada tamadun
� Tamadun Mesopotamia- tanah dimiliki golongan raja, paderi
dan pegawai tentera
� Cukai menjadi satu sumber pendapatan kerajaan awal
� Tamadun Mesopotamia – cukai 20% dikenakan ( dalam
bentuk wang atau barangan)
g. Perkembangan Industri dan Penubuhan persatuan :
� Perkembangan industri mendorong perkembangan ekonomi
� Tamadun Mesopotamia-industri tekstil
� Tamadun Mesir-industri kapal dan tembikar
� Tamadun China-industri sutera, kertas dan tembikar
� Barangan yang dihasilkan dieksport untuk mendapat barangan
lain
� Penubuhan persatuan perdagangan penting kearah
perkembangan ekonomi
C. Kesimpulan. ( 2 M )
� Perkembangan ekonomi komersil dan selanjutnya ekonomi kapitalis
didorong oleh faktor yang dihuraikan di atas.
5. Sejauh manakah matlamat pendidikan dalam tamadun awal dipengaruhi oleh
faktor agama.
A. Pengenalan. ( 3 M )
1. Latar belakang tamadun awal : Lokasi dan masa ( Mesopotamia,
Mesir, China, India, Rom dan Yunani )
2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah
dalam usaha membentuk keupayaan, kebolehan dan sikap manusia
supaya mencapai kesempurnaan jasmani dan rohani. Pendidikan
berkembang kerana pertambahan penduduk.
3. Pusat-pusat pendidikan meliputi tempat ibadat, istana,rumah
gur,sekolah,kolej dan universiti. Organisasi dan pelaksanaan
pendidkan adalah berbeza mengikut tamadun China,Mesir,India,
China danYunani.
4. Kaitan dengan soalan agama menjadi matlamat utama pendidikan
tamadun awal. Namun begitu aspek birokrasi, pentabiran,
ketenteraaan, kemanusiaan dan keintelektualan turut memainkan
peranan penting.
B. Isi : ( 5X4M=20M )
1. Keagamaan :
a. Mesopotamia dan Mesir –melahirkan golongan pendeta/paderi
India- melahirkan golongan sami dan pemimpin agama.
Penekanan pendidikan di India juga adalah untuk
menyediakan manusia ke arah menghadapi kehidupan selepas
mati. Kedatangan org Aryan ke India telah membawa kepada
kemunculan system kasta dan kelas.
b. Jadi matlamat pendidikan juga turut berubah iatu memelihara
dan memperkukuhkan system kasta. Akibatnya, pendidikan yg
diberikan adalah berbeza-beza mengikut kasta supaya dapat
mendalamipengetahuan tentang profesyen kasta mereka.
2. Birokrasi :
a. China- melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan
mengukuhkan kerajaan dan mewujudkan keamanan. Ajaran
dan kefahaman Confucius ditekankan dalam pendidikan di
China yg bertujuan menjalin hubungan persaudaraan dan sifat
kekeluargaan demi kepentingan masyarakat China.
b. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan
berasaskan ajaran Confucius untuk memegang jawatan
penting dalam kerajaan. Ia bertujuan melahirkan pegawai
kerajaan yang bermoral dan bertanggunggjawab.
3. Ketenteraan :
a. Sparta – untuk melahirkan warganegara yg sedia berkorban
utk Negara kota.Mereka dilatih menjadi tentera dgn latihan yg
ketat.
b. Pada keseluruhannya, pendidikan di Sparta berkisar kpd
ketenteraan kerana golongan peer yg minority sentiasa
menghadapi serangan daripad golongan helot.
4. Kemanusiaan :
a. Athens – melahirkan manusia yg seimbang dari segi rohani,
jasmani dan intelektual. Masyarakat yg cemerlang dapat
menyumbang kpd diri dan Negara. Pelajar diajar menunggang
kuda, bermain panah dan berenang utk jasmani.
b. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar
untuk berpidato, menghafal retorik(hasilsastera),
membaca,menulis supaya bijak berbicara.Mereka juga diajar
musik utk keseimbangan emosi.
5. Keintelektualan :
a. China, Rom, Athens sangat menghormati golongan
intelektual. Yunani – menekankan falsafah. Mereka
mengganggap manusia sebagai haiwan yg rasional dan
manusia dibahagikan kepada tubuh dan minda.
Jadi,pendidikan adalah penting utk mengimbangi kedua-dua
perkara tadi.
b. Dasar dan matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut
Negara kotaYunani. Di Athens, kemudahan pendidikan
dikendalikan oleh golongan Sophis. Matlamatnya ialah
melahirkan warganegara yang boleh memberi mewujudkan
hubungan yg lebih erat antara warganegara.
6. Patriotisme :
a. Rom-melahirkan rakyat yg setia kpd negara. Empayar
Yunani,Rom, India dan China adalah hasil daripada
pendidikan yang berjaya menanam semangat patriotisme di
kalangan rakyat dan tenteranya.
iii. Kesimpulan. ( 2 M )
Apa-apa yang berkaitan.
6. Bincangkan perkembangan falsafah dan pemikiran dalam peradaban Melayu
sebelum dan selepas kedatangan Islam.
A. Pengenalan : ( 3 M )
Latar belakang perkembangan falsafah di Alam Melayu :
1. Perkembangan falsafah di alam Melayu dipengaruhi oleh ilmu
agama.
2. Sebelum kedatangan Islam, falsafah di Nusantara dipengaruhi oleh
agama HinduBuddha.
3. Selepas kedatangan Islam, lahir ilmu tasawuf hasil daripada kegiatan
dakwah oleh ahli-ahli sufi.
B. Isi : ( 10X2M=20M )
A. Falsafah Sebelum Kedatangan Islam : ( 10M : impression )
1. Kepercayaan dan agama masyarakat dipengaruhi oleh agama
HinduBuddha.
2 Terdapat banyak karya-karya kesusasteraan Jawa kuno yang
mengandungi unsur-unsur falsafah seperti Arjunawiwaha,
Bharatayayudda, Hariwangsa, Smaradahanan dan
Samanasantaka.
3 Terdapat lebih 1000 rahib Buddha mempelajari teknologi dan
falsafah agama Buddha di Srivijaya
4 Terdapat tokoh-tokoh falsafah terkenal seperti pendeta
Dharmakirti yang mengajar ilmu agama di Sumatera.
5 Sumatera melahirkan ramai ahli falsafah seperti Atisa yang
membawa gerakan pembaharuan dalam agama Buddha di
Tibet.
6 Namun begitu falsafah Hindu-Buddha tidak meresap ke
dalam jiwa masyarakat Nusantara kerana
a. Agama Hindu-Buddha tidak mempengaruhi ra.kyat
jelata kerana terpengaruh dengan unsur-unsur
animisme dan demonisme.
b. Golongan bangsawan/pemerintah tidak memahami
ajaran murni falsafah Hindu walaupun prinsip-
prinsip ajaran Hindu, mempengaruhi konsep
berkerajaan (devaraja).
7. Aspek ritual, bahasa, dan seni lebih mempengaruhi
kehidupan masyarakat di Nusantara.
B. Falsafah Selepas Kedatangan Islam : ( 10M : impression )
1 Selepas kedatangan Islam, pemikiran, dan falsafah dipengaruhi oleh
agama Islam.
2. Perkembangan pemikiran dan falsafah di alam Melayu bermula
pengislaman Pasai dan Melaka.Terdapat kitab-kitab agama dari Arab
yang di bawa oleh para ulama seperti kitab Darul Mazlum.
3. Bidang tasawuf berkembang hasil daripada kegiatan dakwah yang
dijalankan oleh tokoh-tokoh sufi.
4. Terdapat dua bentuk ajaran tasawuf iaitu tasawuf falsafah dan
tasawuf khlak.Tarikat tasawuf juga berkembang.
5. Ajaran tasawuf dipengaruhi oleh kitab Ihya Ulumuddin.
6. Ilmu tasawuf mencapai kemuncak perkembangannya pada zaman
Aceh dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri
(Syair Perahu), Shamsuddin al-Sumatrani (al-Shiratul- Mustaqim) dan
Nuruddin alRaniri (Bustanul Salatin).
7. Tasawuf akhlak disebarkan melalui sastera hikayat seperti Hikayat
Nur Muhammad, Qisasul Anbiya' ,dan Hikayat Nabi Bercukur.
8. Tarekat-tarekat yang berkembang ialah Qadariah, Rifaiyah, dan
Satariyyah
9. Wujudnya polemik pemikiran antara Wahdatul Wujud dan Wahdatul
Syuhud.
10. Perkembangan pemikiran dan falsafah terbantut pada abad ke -17
apabila golongan fuqaha mempengaruhi golongan pemerintahan.
Hasil penulisan falsafah WahdatuI Wujud dimusnahkan (dibakar).
C. Kesimpulan : ( 2 M )
Falsafah di alam Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam
dipengaruhi oleh agama. Sebelum kedatangan Islam, falsafah dipengaruhi
oleh agama Hindu-Buddha. Pengaruh faIsafah ini terhad kepada golongan
atasan sahaja. Selepas kedatangan Islam, ilmu falsafah dikembangkan oleh
mubaligh Sufi. Pengaruh agama dalam falsafah di alam Melayu tidak dapat
dinafikan.
7. Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada
abad ke-15 Masihi.
A. Pengenalan. ( 3 M )
1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.
2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan di Eropah :
Zaman Penemuan dalam sejarah Eropah Barat menyifatkan kegiatan
peneroka Eropah yang berjaya memperluaskan pengetahuan geografi
tentang dunia di luar Eropah dan Lautan Mediterranean. Negeri-
negeri Iberia, iaitu Sepanyol dan Portugal telah mengambil inisiatif
untuk menerokai pantai Benua Afrika pada kurun ke-15 T.M.
Menjelang 1450 T.M. peneroka-peneroka Portugal telah bertapak di
Azores, sampai ke Cape Verde dan Senegal dan mengelilingi Cape
of Good Hope pada tahun 1498 T.M. Vasco da Gama juga berjaya
belayar ke Calicut di India Barat. Di Lautan Atlantik, Christopher
Columbus telah menyeberangi lautan itu pada tahun 1492 T.M. dan
menemui Hispanola (Cuba).
Pada 1502 T.M. Amerigo Vespucci telah sampai ke Brazil dan
Sungai Plate. Penemuan-penemuan itu menunjukkan bahawa suatu
benua terletak di selatan wilayah Carribean yang pada ketika itu
dinamakan Amerika. Pada keseluruhannya, Sepanyol dan Portugal
berjaya memperkenalkan suatu era baru dalam sejarah manusia
daIam erti kata bahawa mereka telah dapat memperluaskan pengaruh
Eropah ke seluruh dunia.
B. Isi : ( 5x4M=20M )
Faktor-faktor Penjelajahan dan Penerokaan :
1. Zaman Renaissans yang berrnula pada kurun ke-13M,
menggalakkan munculnya semangat inguiry atau ingin tahu
terutamanya tentang hal wujudnyatanah-tanah diluar Eropah yang
belum diketahui.Semangat Renaissans juga mengubah pandangan
dunia (world view) orang-orang Eropah. Pada dulunya, perspektif
mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah
bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean. Dunia pada
masa itu dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang
mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China
melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk
memperluaskan pengaruhnya.
2. Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta
yang lebih saistifik maklumat baru misalnya i apati daripada "The
Travels of Marco Polo". Buku itu diterjemahkan dalam beberapa
bahasa seperti Latin, Sepa.nyol, German, dan Inggeris. Columbus
sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang kepadanya
untuk menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 TM. Terdapat
penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran ditaja oleh raja-
raja yang mementingkan penerokaan maritim. Munculnya
segolongan ahli-ahli kartografi dan hidrografi yang menghasilkan
peta-peta yang jauh lebih tepat daripada peta Ptolemy.
3. Penjelajahan terdorong oleh motif kekayaan dan keuntungan
daripada perdagangan dengan negara-negara timur.barang-
barangan seperti rempah-ratus, sutera dan lain-lain adalah keperluan
asas masyarakat Eropah tetapi bekalannya dikawal oleh para saudagar
Itali, Venice, dan Genoa.Orang-orang Islam juga menguasai
perdagangan di antara Mediterranean Timur dengan Asia Timur dan
India. Jadi, penemuan jalan laut baru adalah demi kepentingan
mengurangkan kos import serta meningkatkan keuntungan mereka.
4. Penjelajahan juga didorongkan oleh kepentingan penyebaran agama
Kristian. Orang-orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri-
negeri Islam diIberia untuk merampas balik tanah mereka daripada
penguasaan Islam. Didasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu
haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian, maka penyebaran agama
Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat. Contohnya,
mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk
menghancurkan kuasa Islam.
5. Penaungan pihak kerajaan Sepanyol dan Portugal seperti Prince
Henry the Navigator dan Raja John III juga mendorong peneroka-
peneroka untuk mencari jalan laut ke Asia Timur dan India.Di bawah
penaungan mereka, didapati satu kemajuan dalam sains dan teknologi
pelayaran dengan pembinaan kapal-kapal yang lebih sesuai untuk
pelayaran lautan.Masalah pelayaran jarak jauh telah dikurangkan
dengan adanya kompas dan astrolab.
6. Dorongan dari pemerintah seperti penubuhan Akademi Laut.
7. Faktor ekonomi - Memecah monopoli perdagangan orang Islam di
Laut Medditereanean dan Lautan Hindi.
8. Berkembangnya teknologi kapal dan artileri
9. Penubuhan kerajaan monarki kebangsaan membawa kepada
persaingan kuasa, pengumpulan kekayaan, dan kemegahan
pemerintah.
C. Kesimpulan : ( 2 M )
Munculnya empayar Sepanyol di Mexico dan Peru di Amerika Sela.tan.
balam pemerintahan empayar itu, penyebaran agama Katolik ditegaskan serta
penggunaan tenaga buruh penduduk tempatan secara besar-besaran untuk
meningkatkan ekonomi eksport ke Eropah.Kuasa Portugal di Asia juga
mewujudkan sebuah empayar maritim yang mengawal semua jalan laut ke
Asia Tenggara dan Timur Jauh.Munculnya perdagangan yang berbentuk
global mengubah corak perdagangan di Eropah Barat apabila pusat-pusat
import dan eksport telah dipindah dari Mediterranean ke Eropah Barat seperti
Lisbon, Bourdeax, Liverpool, dan Amsterdam. Kekayaan di Eropah Barat
kian meningkat akibat daripada pengimportan emas dan perak dari Mexico,
Bolivia, dan Peru. Kapitalisme bermula dengan revolusi komersial yang
memheratkan pengumpulan modal, keuntungan, dan pelaburan
upah.Mencetuskan perubahan sosial di Eropah Barat dengan kenaikan kos
kehidupan dan pembahagian masyarakat mengikut kekayaan.Pada
keseluruhannya, penjelajahan tokoh-tokoh peneroka Eropah Barat yang
berpunca daripada usaha mereka telah membawa kepada transformasi
Eropah. Fenomena itu rnerupakan suatu titik tolak dalam sejarah Eropah,
iaitu munculnya Eropah Moden.
8. Jelaskan perbezaan sumber ilmu menurut tamadun Islam dengan tamadun
Barat.
A. Pengenalan. ( 3 M )
1. Ilmu adalah pengetahuan yang diperolehi melalui kaedah-kaedah dan
syarat-syarat tertentu.
2. Ilmu dikaitkan dengan alima dari bahasa Arab yang bermakna tahu.
3. Ilmu sama erti dengan perkataan science dalam bahasa Inggeris. Istilah
science berasal dari perkataan Latin scio, scire yang bermaksud tahu.
B. Isi : ( 3x7M=21M )
1. Al-Quran :
Tamadun Islam :
• Semua ilmu yang sebenar datang daripada Allah.
• Sumber-sumber itu wujud secara langsung melalui wahyu
ataupun secara tidak langsung melalui tanda-tanda alam.
Tamadun Barat :
Empirikal :
• Pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman pancaindera
yang menjadi sumber pengetahuan yang utama dan sebenar.
• Tokoh yang mendukung – Demokritos dari Yunani.
• Tokoh zaman moden – John Locke dan Aguste Comte
2. Akal :
Tamadun Islam :
• Menurut Imam al-Ghazali, akal terbahagi kepada dua: aqli dan
fikri.
• Beliau meletakkan akal di bawah martabat roh, tetapi masih
menyanjung peranan akal.
• Menurut al-Ghazali, akal adalah ‘dacing kebenaran Tuhan (
mizan al-haq ).
Tamadun Barat :
Rasionalisme :
• Tokoh Aristotle : Menekankan bahawa akal fikiran adalah
sumber utama untuk memperoleh pengetahuan hakiki.
• Menurut beliau ilmu bertolak daripada usaha-usaha akal yang
membawa kepada rumusan yang bersifat deduktif.
• Aliran ini dikembangkan oleh Descartes, Spinoza dan Leibniz.
3. Alam :
Tamadun Islam :
• Ibn Rusyd mengaitkan sumber ilmu dengan hukum dan
peraturan alam nyata yang dicipta dan dipelihara oleh Allah
serta membezakan antara alam ghaib atau fungsinya.
• Ilmu Allah dan ilmu manusia tidak dapat dibezakan.
Tamadun Barat :
• Menurut Plato : Alam bentuk kekal menjadi objek ilmu
manakala ilmu yang unggul ialah bentuk kebaikan.
• Kebaikan yang dimaksudkan disebut sebagai akhlak.
C. Kesimpulan : ( 1 M )
1. Menurut sarjana Islam, manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
mencapai tahap pengetahuan melebihi wahyu.
2. Sumber berasaskan wahyu adalah mutlak kerana ia daripada ilham
yang diberikan oleh Allah.
3. Bagi sarjana Barat, ilmu hanya dibatasi oleh kemampuan akal dan
fikiran manusia semata-mata.
Bahagian B :
9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan
masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.
A. Pengenalan : ( 3 M )
1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah
Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan
ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini
berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu
bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan
Islam.
2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada
622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua
negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.
3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke
atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.
B. Isi : (7x3M=21M )
1. Kepercayaan / Agama :
a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama
menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut
ajaran Haruf tetapi ajaran ini diselewengkan dengan
menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia
dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai
pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah
ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi.
Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan
karut.
b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan
yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran
Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk
memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping
itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama
terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi
kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah
menerima agama Islam.
2. Hubungan Masyarakat / Sosial :
a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani
masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada
kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain.
Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada
kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam
keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah
permusuhan antara kabilah berleluasa.
b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah
masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku.
Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan
dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya
mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.
3. Peperangan :
a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa
peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas
dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus
berlarutan selama 40 tahun.
b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan
di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.
Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan
Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.
Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu
langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara
Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang
Quraisy Mekah clan pengkhianatan orang Yahudi.
4. Kelas Masyarakat :
a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat.
Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan
dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan
perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai
hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat
kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara
meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para
hamba tidak mengikut kehendak mereka.
b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan
taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah.
Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada
Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau
pangkat mereka.
5. Kedudukan Wanita :
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada
golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada
kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan
ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan
anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan
suku ban] Tamim telah menanam bayi perempuan bagi
mengelakkan mereka dipandang rendah.
b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang
mulia golongan wanita. Mereka perlu dipeiihara maruah dan
kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang
sama pentingnya dengan goIongan lelaki.
6. Akhlak :
a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang
buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan
berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan
perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak
akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis
segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di
Madinah.
7. Politik :
a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan
yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa
asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi
mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing.
Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem
politik kabilah.
b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan
Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al-
Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep
syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan
Madinah.
8. Nilai-nilai Positif :
a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti
menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi
perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras
dengan nilai-nilai Islam.
9. Amalan Ekonomi.
a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan.
b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli.
Ada akad dalam urusan jual beli.
C. Kesimpulan : ( 1M )
Perbezaa yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman
Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.
10. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah
pembentukan negara Islam di Madinah.
A. Pengenalan : ( 3M )
a. Demografi Madinah :
Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah.
Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan
Khazraj serta orang-orang Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke
Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka.
Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab,
memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai
pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi
memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab
menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah. Namun begitu
orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian
berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih
terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka
kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia
memeluk agama Islam yang dibawanya.
Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun
sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam
tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar)
yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.
2. Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.
3. Konsep negara.
B. Isi : (7x3M=21M )
1 Pembinaan Masjid :
Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin
meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid
Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam.
Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat
pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum
Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina
masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan
penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan
pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam
2 Pembentukan Ummah :
Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah
pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi
Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum
Muhajirin :
i. Muahahjirin dengan Muhajirin.
ii. Ansar dengan Ansar.
iii. Muhajirin dengan Ansar
Semangat asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah
mengikut akidah Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah
perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul
dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.
3 Mewujudkan Piagam Madinah :
Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan
panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat.
Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara
Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan
orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. Kaum Yahudi
diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka
selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang
diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara
aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka
bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada
serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara.
Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang
berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam
Madinah.
4 Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :
Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-
hal politik. Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang
Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya
terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya
dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka
disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga
menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara
Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep
musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.
5 Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :
Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai
beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian
agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh. Dalam
mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda
merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang
ketenteraan.
6 Mengadakan Hubungan Luar :
Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk
menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.
7. Menyusun semula struktur ekonomi Madinah.
Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat
saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan
Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat
Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
C. Kesimpulan. ( 1M )
Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan
perundangan.
11. Bandingkan antara sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman Khulafah
Al- Rasyidin dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Bani
Umaiyyah.
A. Pegenalan : ( 3M )
1. Kerajaan Khulafah Al Rasyidin terbentuk apabila Abu Bakar al
Siddiq dilantik serta diba’aah menjadi khalifah setelah kewafatan
rasulullah yang tidak meninggalkan waris dan wasiat.kerajaan ini
bertahan sehingga Khalifah Ali dibunuh pada 40H.
2. Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian
pada tahun 41 H setelah Saidina Hasan bin Ali menyerahkan jawatan
Khalifah kepada beliau demi rasmi perpaduan umat.Pusat kerajaa di
Damsyik,memerintah lebih kurang 92 tahun sehingga khalifah
akhirnya Marwan bin Muhammad digulingkan melalui revolusi
Abbasiyah
B. Isi : ( 5x4M=20M )
1. Pusat Pemerintahan :
• Zaman Khulafah al Rasyidin pusat pemerintahan di
Madinah,Kemudian dipindahkan ke Kufah unruk
memudahkan pentadbiran yang menghadapi tentangan
daripada musuh keluarga bani umaiyyah,khawarij dan
sebagainya.
• Kerajaan Bani Umaiyyah pusat pemeintahan berpusat di
Damsyik dan menjadi kediamanRasmi Khalifah.
2. Pemilihan Khalifah :
• Zaman Khulafa Al Rasyidin pemilihan berdasarkan kelayakan
serta dipilih oleh orang ramai.
• Bani Umaiyyah,berdasarkan sistem Warisan.jawatan khalifah
dijadikan hak milik keluarga bani Umaiyyah.
3. Pelantikan Pegawai :
• Kerajaan Umaiyyah,terdiri daipada bangsa Arab khasnya
keluarga bani Umaiyyah sendiri
• Berbeza dengan Zaman Khulafah Al Rasyidin,pegawai dipilih
berdasarkan pengalaman ,kelayakan serta mampu
menjalankan tugas dengan baik tanpa mengira bangsa Arab
atau tidak
4. Majlis Syura :
• Zaman Khulafah Rasyidin,merupakan badan penasihat dan
perunding bagi menggubal dasar-dasar Negara.
• Berbeza dengan zaman bani Umaiyyah Majlis Syura tidak
begitu berfungsi kecuali zaman Umar Abdul Aziz,disebabkan
khalifah menggunakan kuasa secara mutlak.
5. Pentadbiran :
• Kerajaan Bani Umaiyyah telah menerapkan sistem
pentadbiran kerajaan Byzantine
• Melantik pegawai-pegawai kristian untuk berkhidmat dalam
kerajaan.
• khalifah senantiasa diiringi dan diawasi oleh pegawai peribadi.
• Sementara zaman Khulafah Al Rasyidin,sistem pentadbiran
telah dipertingkatkan dengan penubuhan beberapa jawatan
baru iaitu umat Islam boleh menemui khalifah tanpa halangan.
6. Dasar Ekonomi :
• Kerajaan Umaiyyah,masih sama dengan zaman sebelumnya
tetapi lebih sistematik dengan penubuhan diwan al
Kharaj.Ini berbeza dengan zaman Umar al Khattab,yang mana
kadar cukai agak berpatutan,harta baitulmal dianggap amanah
Allah dalam zaman Khalifah Al Rasyidian manakala baitulmal
menjadi hak milik kerajaan dan sesetengah khalifah
menjadikannya sebagai hak milik peribadi.
7. Peluasan Kuasa Wilayah :
• Zaman Bani Umaiyyah peluasan kuasa wilayah,melalui jalan
darat dan jalan laut. Bani Umaiyyah menghadapi ancaman
dalaman dari puak syiah dan khawarij sementara zaman
Khulafah Al Rasyidin tentera Isalam lebih kerap berhadapan
dengan ancaman luar iaitu Rom dan Parsi.
C. Kesimpulan : ( 2M )
• Perubahan yang berlaku pada zaman Umaiyyah banyak meninggalkan
kesan negative kepada umat Islam,terutama berhubung dengan tindak
tanduk pemerintah yang suka bermewah-mewah, dan menindas
golongan yang tidak sehaluan dengannya.
• Kesannya membawa kepada kejatuhan melalui revolusi Abbassiyah.
12. Bincangkan kesan-kesan Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah.
A. Pendahuluan. ( 3M )
a. Permusuhan antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak
berakhir selepas Rasulullah berhijrah ke kota Madinah sebaliknya
bertambah hebat seperti dalam Perang Badar, Perang Uhud dan
Perang Khandak.
b. Perang Uhud merupakan pertempuran kedua yang berlaku dalam
sejarah Islam pada tahun 3H.
c. Peperangan Uhud melibatkan 700 orang tentera Islam diketuai oleh
Nabi Muhammad s.a.w. dan 3000 orang tentera Quraisy yang diketuai
oleh Abu Sufyan b. Harb.
B. Isi : ( 5x4M=20M )
Kesan-Kesan Perang Uhud :
1. Kabilah-kabilah Arab mula memandang rendah dan serong terhadap
umat Islam.
2. Perang Uhud memberi pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati
serta mengikut taktik yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.
3. Perang Uhud telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat
Islam yang tipis imannya.
4. Perang Uhud menyebabkan umat islam lebih berhati-hati ketika
berhadapan atau berurusan dengan orang munafik. Selain itu memberi
gambaran mengenai sifat-sifat dan bahaya yang ditimbulkan oleh
golongan munafik.
5. Rasulullah telah bertindak menghalau Yahudi Bani Nadir dari kota
Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan usaha mereka
untuk membunuh Nabi.
6. Kaum Quraisy semakin bersemangat untuk mengalahkan orang Islam
kerana percaya kekuatan Islam mula lumpuh.
7. Perang Uhud membuktikan kaum Quraisy sentiasa berazam untuk
menghancurkan Islam.
C. Kesimpulan : ( 2M )
1. Kemenangan pihak musuh mencetuskan keyakinan musuh Islam
untuk mencabar umat Islam.
2. Kesannya berlaku Perang Khandak pada tahun 5H.
3. Orang Quraisy telah ditewaskan kerana kegigihan serta kebijaksanaan
Rasulullah.
13. Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya Pada Zaman Bani Umayyah.
A. Pengenalan. ( 3 M )
� Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka
yang bererti penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat
bermaksud kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi
syarak pula zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta
apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia akan
diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
B. Isi : ( 20M )
• Fungsi zakat : ( 4x2M=8M )
• Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala.
• Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa
• Mewujudkan kedamaian.
• Merapatkan jurang kekayaan dalam kalangan masyarakat
Islam.
• Menyemai semangat bertanggungjawab dan tolong menolong.
• Mengikis sifat-sifat tamat dalam pemilikan harta.
• Membuktikan sifat mentaati hukum agama.
• Mendapatkan keberkatan.
• Pelaksanaan zakat zaman Bani Umaiyah : ( 6x2M=12M )
1. Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Umaiyah menonjol ketika
era pemerintahan khalifah Umar b. Abd. Aziz. Beliau telah
memastikan institusi zakat ditadbir dengan baik dan
sistematik.
2. Melantik Amil untuk memungut zakat dibahagian-bahagian
yang berbeza mengikut ukuran nisab tertentu.
3. Zakat pada zaman Bani Umaiyah dibahagikan kepada 5 jenis.
4. Zakat Emas dan Perak sebanyak 2.5%
5. Zakat binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu :
a. Setiap 40-100 ekor zakatnya seekor kambing. Jika
100-200, zakatnya seekor setiap 100 ekor.
b. Bagi unta; setiap 5 hingga 24 ekor, zakatnya seekor
kambing. Jika 25 ekor zakatnya anak unta betina
berumur setahun.
c. Lembu/kerbau; setiap 30 ekor zakatnya anak betina
umur setahun. Apabila sampai 60 ekor zakatnya
seekor tetapi berumur 2 tahun.
d. Kuda; dikenakan zakat jika
digunakan untuk tujuan perniagaan.
6. Zakat barangan perdagangan dikenakan 2.5% mengikut syarat
zakat emas dan perak.
7. Zakat galian dan harta yang tertanam; jika di bumi perang
zakatnya 1/5, jika di bumi aman 2.5%.
8. Zakat tanaman dan buah-buahan; jika guna siraman air hujan
1/10, jika usaha sendiri 1/20
9. Hasil kutipan zakat disalurkan kepada 8 asnaf yang layak iaitu
:
1. Fakir.
2. Miskin.
3. Amil.
4. Mualaf yang dinakkan hatinya.
5. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.
6. Orang berhutang.
7. Orang yang berjihad.
8. Musafir.
10. Menubuhkan Diwan al Kharaj, sebuah jabatan dinamakan
Diwan al Kharaj ditubuhkan untuk melicinkan tugas pungutan
cukai (sebahagian besarnya adalah zakat )dan mengeluarkan
perbelanjaan negara.
C. Kesimpulan : ( 2 M )
Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi Negara Islam. Ia
merupakan bahan penting dalam sistem percukaian negara. Melalui institusi
zakat baginda berjaya menggalakkan umat Islam bekerja keras dan
bermuafakat sehingga menjadi masyarakat yang makmur. Kemakmuran
masyarakat dapat dilihat sehingga tiada seorang pun yang layak menerima
zakat pada zamannya.
14. Huraikan sumbangan Al-Ishtakhri dalam bidang penerokaan dan penjelajahan
tamadun Islam.
A. Pengenalan. ( 3M )
1. Al-Istakhri atau nama sebenarnya Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad
al-Farisi al-Karkhi, merupakan orang pertama yang membawa cara
baru dalam ilmu geografi.
2. Biografi Al-Istakhri tidak berapa diketahui, tetapi ada beberapa
sumber menyatakan beliaua berasal dari Istakr sebuah tempat di Iran.
3. Beliau hidup dalam abad ke 4H / 10M.
B. Isi : ( 5x4M=20M )
Sumabangan Al-Istakhri dalam bidang penerokaan dan penjelajahan
tamadun Islam :
1. Mengembangkan ilmu geografi Islam dengan menghasilkan sebuah
karya yang terkenal iaitu Masalik Wa al-Mamalik. Karya beliau
banyak memuatkan peta-peta yang lebih dikenali sebgai karya peta.
Hasil kerja yang lain seperti Risalat yang cuba menghuraikan tentang
negara Parsi.
2. Menurut De Geoje (318-321M), Istakhri telah menulis dan membuat
rujukan kepada tulisan al-Balkhi. Beliau juga telah melukis semula
atlas Islam yang dicipta oleh al-Balkhi. Contohnya, Istahkri telah
menukarkan perkataan iklim daripada konsep geografi Ptolemy
kepada keshars yang berkonsepkan Parsi.
3. Dalam Buku al-Muqaddasi, dikatakan bahawa buku yang ditulis
oleh Ishtakhri adalah buku yang penuh dengan peta-peta yang dilukis
dengan rapi, tetapi penempatan dan komen serta huraiannya agak
mengelirukan kerana tidak membahagikan sesuatu kawasan kepada
beberapa daerah.
4. Hasil kerja Ishtakhri menunjukkan kemajuan berbanding Balkhi
kerana daripada hanya atlas sahaja telah menjadi atlas yang
mempunyai keterangan lengkap. Ini menynjukkan beliau
menggunakan kaedah saintifik dalam kajiannnya.
5. Istakhri juga telah menghasilkan pete-peta yang lengkap bagi
beberapa negara seperti Mesir, Laut Mediterranean, Parsi, Maghribi
dan Adherbayjan.
6. Ibn Hawqal telah memuji peta Parsi oleh Istakhri, tetapi memberi
sedikit komen tentang kesilapan Istakhri dalam menghasilkan peta
Sind. Al-Ishtakhri pula memberi komen tentang peta Mesir oleh Ibn
Hawqal dan menyatakan bahawa peta Maghribi yang dilukis oleh Ibn
Hawqal tidak tepat. Hasil kerja merek saling berhubungan
berdasarkan komen dan ulasan. Perkara tersebut telah memajukan dan
mengembangkan didang ilmu geografi.
7. Lokasi al-Is, sebuah kubu kecil juga menjadi persoalan. Istakhri
menyatakan ia terletak antara Yanbu’ denga al-Marwah. Al-Mas’udi,
al-Waqidi dan al-Hajiri juga menghuraikan lokasi al-Is.
Walaubagaimanapun lokasi al-Is yang dihuraikan keseluruhannya
adalah benar.
8. Istakhri juga merupakan seorang tokoh pelayaran Islam. Beliau
melawat banyak tempat seperti negara Arab, mungkin sampai ke
Mekah, Iraq, Khuzistan, Daylam, dan Transoxiana, juga pernah
melawat Sepanyol dan Sicily.
C. Kesimpulan. ( 2M )
Istakhri merupakan tokoh pelayaran yang unggul dan termasyhur dan telah
memberi sumbangan dalam bidang penulisan dan geografi.
15. Jelaskan sejauh mana tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya
dan intelektual Tamadun Eropah.
A. Pengenalan. ( 3M )
1. Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula apabila
kerajaan Islam menjelajah clan menduduki wilayah di Eropah.
Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah
Afrika Utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar
Laut Mediteranean.
2. Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula
apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan
Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabiia orang Eropah
menaruh minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam.
3. Konsep tamadun Islam Dan Eropah.
B. Isi : ( 7x3M=21M )
1. Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah :
Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan
Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran
masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan
golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang
di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu
Arab (Artes Arabes) ke Barat. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor
istana King Henry I dan mengasakan pusat pengajian tinggi di
Tolledo pada tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian
Orientalis Eropah tentang peradaban Islam.
2. Sokongan Raja Norman :
Kebangkitan kuasa suku bangsa Norman di Eropah turut membantu
perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum
Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja
Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan
Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan
keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa
kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar
dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang
ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.
3. Perang Salib Melemahkan Institusi Gereja :
Perang salib yang berlaku dari tahun 1097 hingga 1292 merupakan
satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian
kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah
pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan
institusi gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan
kawalan atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan
Al-Ghazali, Al-Kindi dan Al-Khawarizmi menjadi rujukan
perkembangan ilmu falsafah, astronomi clan matematik di Eropah.
4 Hubungan Perdagangan :
Orang Arab dan Farsi telah menguasai perdagangan timur dengan
barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah
daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa.
5. Ilmu Pelayaran dan Geografi :
Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah
mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas
Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam
mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah.
6. Sistem Pendidikan :
Bandar Cardova telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun
Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi
tumpuan para ilmuwan dari Eropah. Leornardo Fabanacci mendapat
pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah
tinggi di Naples dan Salerno sebagai pengkajian ilmu astronomi,
geografi dan perubatan Islam. Universiti Padua yang didirikan di
zaman pertengahan mula mengkaji ilmu perubatan Islam,
7. Kegiatan Penterjemahan :
King Frederick II di Sicily teleh meminta Micheal Scott
menterjemahkan bukubuku ilmu pengetahuan Arab ke dalarn bahasa
Latin. Karya tokoh intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan
Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Contohnya:
Tahafut-tahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya Al-
Ghazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja
Kristian :
a. Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam
bahasa Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk
Philosophus Autodidactus.
b. Hisab al-Jabar Wal-Muqabalah karya Al-Khawarizmi
diterjemahkan oieh F.Rosen di London
8. Gerakan lntelektual Di Eropah :
Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd
berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti
fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.
9. Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniah :
Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke Eropah Timur.
10. Bidang Ekonomi :
Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi
daripada hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang
perindustrian dan teknologi teknik tanaman sekoi,padi dan tembikai
dipelajari daripada orang-orang Islam.
11. Perkembangan Intelektual Di Eropah
12. Kebangkitan golongan borjuis
13. Pertambahan penduduk .
14. Pertembungan golongan berilmu dengan golongan agama Kristian.
15. Penjelajahan dan penerokaan.
C. Kesimpulan. ( 1M )
Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong
masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan
intelektual. Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman
Renaissance.
16. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan
pengembara-pengembara Islam pada abad ke- 10 hingga abad ke- 14 masihi
dan ahli-ahli pelayaran Barat pada abad ke- 15 hingga abad ke- 16 masihi.
A. Pengenalan. ( 3M )
1. Konsep pengembaraan dan penerokaan.
2. Jenis pengembaraan dan latarbelakang abad ke 10 hingga 14 masihi.
3. Tujuan pengembaraan menurut islam dan barat.
B. Isi : ( 20M )
Faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan
Islam. ( 5x2M=10M )
1. Perasaan ingin tahu tempat yang dilawati.
2. Berdakwah, mencari ilmu pengetahuan.
3. Dakwah.
4. Perdagangan.
5. Mengkaji dan mendalami ilmu geografi.
6. Dorongan al-Quran.
7. Alat baru : kompas.
8. Pengaruh kejayaan Marco Polo.
Faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan
Barat. ( 5x2M=10M )
1. Ingin tahu.
2. Cabaran dan persaingan.
3. Dorongan pemerintah.
4. Dakwah : penyebaran Kristian.
5. Perdagangan.
6. Penjajahan.
7. Kesan kejayaan Marco Polo.
8. Mendapat kuasa di wilayah baru.
9. Mencari Ilmu pengetahuan.
C. Kesimpulan : ( 2M )
Penjelajahan dan penerokaan Islam menekankan tauhid dan keduniaan
manakala penjelajahan dan penerokaan Barat lebih kepada keduniaan.