social psychology

Embed Size (px)

DESCRIPTION

social psychology

Citation preview

SOCIAL PSYCHOLOGY

1. Persoalan Kajiana. Bagaimanakah faktor fizikal dalam kalangan pelajar ponteng sekolah?b. Bagaimanakah faktor etika moral dalam kalangan pelajar ponteng sekolah?c. Bagaimanakah faktor peribadi dalam kalangan pelajar ponteng sekolah?d. Bagaimanakah faktor keluarga dalam kalangan pelajar ponteng sekolah?e. Bagaimanakah faktor sosial dalam kalangan pelajar ponteng sekolah?f. Apakah faktor yang paling dominan dalam konsep kendiri dalam kalangan pelajar ponteng sekolah?

2. Pengumpulan dataa. Soal selidik soalan berkaitan yang relevan dengan isu yang dikajib. Test/ujia ujian personalitic. Temubual temubual degan pelajar kerap pontengd. Dokumen buku rekod kedatangan murid

3. Analisis dataPenganalisisan data yang diperoleh adalah amat penting dalam kajian ini. Justeru itu, data yang diperoleh dianalisis menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 17.0. Perisian ini digunakan untuk memudahkan lagi proses penganalisisan data oleh pengkaji dan mendapat keputusan yang tepat.Penganalisisan soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bagi Bahagain A, analisis dilakukan dalam bentuk frekuensi dan peratus bagi soalan yang berkaitan dengan demografi murid. Hal ini melibatkan beberapa kategori iaitu jantina, kaum, pendapatan dalam keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa. Manakala Bahagian B pula pengkaji akan menganalisis item soalan itu mengikut beberapa faktor seperti faktor keluarga, peribadi, fizikal, sosial dam moral etika. Penganalisisan data yang dibuat ini akan mengambil kira dar segi peratus, min dan korelasi.