8
Pengenalan Sosialisasi proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Proses sosialisasi bertujuan untuk : a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial. Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi : a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu tingkah laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat. b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran.

Sosialisasi New

Embed Size (px)

DESCRIPTION

s

Citation preview

Pengenalan Sosialisasi proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. menolong seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Proses sosialisasi bertujuan untuk :

a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat

b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat

c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat

d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi :

a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu tingkah

laku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat.

b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran.

c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat.

Norma Sosial

merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai munasabah atau tidaknya tingkah laku itu.

suatu garis panduan bagi anggota masyarakat bertingkah laku mengikut sesuatu situasi. penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok atau masyarakat. Tanpa norma sosial sistem masyarakat akan terganggu atau menjadi kacau bilau. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial adalah dianggap sebagai penyimpangan atau deviance atau lencongan. wujud akibat dari interaksi sosial. Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan penghayatan. Ia berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan masyarakat. Folkways - adalah cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat seperti sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi melalui proses sosialisasi. tidak dikuatkuasakan melalui undang-undang, tetapi oleh kawalan sosial yang tidak formal. Mores - merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku. Anggota sesuatu masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidakpatuhan akan mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras mores adalah satu bentuk kawalan sosial.

Kawalan Sosial

adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu. bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat formal atau tidak formal.

Kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Ganjaran yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi norma-norma sosial yang dipercayainya. Kawalan sosial negatif berdasarkan kepada amaran serta ancaman terhadap hukuman. Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan, kematian dan sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkah laku.Peranan Agen-agen SosialisasiDefinisi Agen-agen Sosialisasi Individu / pihak yang mampu membentuk individu yang menghayati nilai-nilai moral.Terdapat 5 agen sosialisasi iaitu:A. Keluarga

B. Pendidikan

C. Masyarakat

D. Agama

E. Media MassaF. Rakan sebaya

A.Keluarga

1.Ibu bapa menjadi Role Model dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2.Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak.

3.Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah.

4. Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan.

5. Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang.

6. Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran

7. Membetulkan kesalahan anak-anak.

8. Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan

B. Pendidikan

1. Pengetahuan Moral:

i.Memberikan maklumat/teori moral

ii.Penerapan melalui aktiviti

iii.Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan

2.Peraturan Sekolah:

i.Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi

ii. Mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral

3. Kegiatan Ko-Kurikulum:

i.Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.

ii.Menyediakan alternatif kepada para pelajar untuk menyalur minat dan kebolehan masing-masing.4.Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui jalinan ikatan mesra dan muhibbah.5.Guru bertindak sebagai ibubapa kedua atau mentor kepada pelajar.C.Masyarakat

1.Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakat

2.Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh kumpulan.

3.Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh golongan muda-mudi.

4.Mengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan penjelasan.

5.Nilai masyarakat majmuk dapat membanding yang kurang dalam diri kita.

6.Adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah lembut dan berhemah tinggi.

7. Menjatuhkan hukuman bagi individu yang perilaku tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat melalui sindiran, pandangan atau kata nasihat.

D. Agama

1.Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami.

2. Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti.

3.Melalui lagu-lagu rohani

4. Aktiviti kerohanian

5. Seminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja

6. Perayaan sesuatu agama

E. Media Massa

1.Membekalkan maklumat baik-buruk sesuatu perkara

2.Menerbitkan rancangan berunsur agama dan pendidikan (TV/Radio)

3.Menyelitkan pengajaran/teladan dalam artikel

F. Rakan Sebaya

1. Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. 2. Paling efektif kerana berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. 3. Aktiviti berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. 4. Suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. 5. Belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri.6. Peringkat remaja mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. 7. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya. 8. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya mempunyai sub-budaya tertentu. 9. tidak semua rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma. 10. rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.

Kesimpulan

Sosialisasi merupakan satu agen untuk membentuk tingkahlaku yang boleh diterima oleh masyarakat,

keluarga, rakan sebaya, pendidikan, agama dan media massa memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi