Upload
hathu
View
296
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI
FEM3313
METODOLOGI PENYELIDIKAN SOSIOLOGI DAN
ANTROPOLOGI
KULIAH MINGGU 5
PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL• Sosiologi dan antropologi sosial adalah sains.
• Ilmunya diperolehi melalui kaedah saintifik
• Sosiologi dan Antropologi Sosial (AS) menyumbangdalam menambahkan ilmu yang berkaitan dengan sosial(kehidupan manusia), melalui kajian.
• Maka kajian adalah perlu untuk hasilkan maklumat(ilmu-sains)
• Kaedah saintifik diperlukan untuk memastikan ilmuyang diperolehi itu benar-benar ilmu.
• Untuk mendapatkan data yang tepat
• Untuk memperihal data dengan objektif
MAKSUD KAJIAN SAINTIFIK• Bebas nilai (value free)
• Sebab itu tidak etnosentrik
• Tidak melibatkan sentimen, nilai diri/masyarakat
sendiri dalam mengkaji budaya lain (asing)
• Laporan yang objektif, berasaskan penemuan kajian
• Kajian menampakkan fakta
• Kajian menampakkan bukti (empirikal evidence)
• Kajian itu tepat/persis (bukan agakan, telahan etc.)
• Kaedah kajian Sosiologi/AS itu saintifik.
• Kaedah saintifik ada ciri-cirinya yang tertentu, dan
tujuan-tujuan yang tertentu.
PROSES PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
1. Kenalpasti bidang dan permasalahan yang akan dikaji.
2. Buat bacaan (literature review) yang berkaitan dengan bidang
kajian yang sedia ada.
3. Bentuk andaian-andaian awal kajian (hipotesis kajian).
4. Pilih kaedah kajian (metod), cara bagaimana data akan dikumpul
dan dianalisis.
5. Kumpul data (maklumat) dengan menggunakan kaedah yang telah
ditentukan.
6. Analisis dan tafsirkan data atau hasil kajian.
7. Buat kesimpulan yang berkaitan dengan hasil kajian.
8. Sebarkan maklumat kajian kepada umum (dalam bentuk
penulisan, seminar, laporan).
KAEDAH PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL• Ada pelbagai kaedah penyelidikan yang dapat digunakan bagi mengkaji
dan memahami fenomena yang meliputi segala aspek interaksi manusia di
sekeliling kita.
• Lazimnya ada dua kaedah yang sering dirujuk sebagai pendekatan dalam
penyelidikan sains sosial:
PENDEKATAN KUALITATIF
(Etnografi, kajian kes)
PENDEKATAN KUANTITATIF
(eksperimen, survei)
KUALITATIF – KAEDAH ETNOGRAFI
• Penting dalam penyelidikan antropologi untuk
– mengambarkan tingkah laku,
– pemikiran dan budaya sesuatu komuniti dengan sebenar.
• melibatkan kerja lapangan yang memerlukan pengkaji hidup berdamping dengan
anggota masyarakat yang dikaji.
• Ada dua teknik pengumpulan data,
– pemerhatian (ikut serta/tanpa ikut serta)
– temubual
• Tertumpu dalam kawasan atau komuniti yang khusus dan kecil – Kajian kes
• Dalam pemerhatian terpisah, pengkaji memerhatikan fenomena-fenomena yang
dikaji dengan tanpa disedari oleh orang yang dikaji dan di waktu yang sama
pengkaji tidak terlibat dalam fenomena atau kegiatan yang dikaji.
• Pemerhatian ikut serta pula pengkaji terlibat sama dalam aktiviti atau kehidupan
komuniti yang dikaji.
• Teknik temubual juga penting dalam kaedah etnografi.
KUALITATIF – KAEDAH ETNOGRAFI
• Bailey (1984) menyenaraikan beberapa langkah utama dalam
kaedah pemerhatian seperti berikut:
– Menentukan matlamat kajian
– Menentukan kelompok subjek yang hendak diperhatikan
– Memasuki kelompok itu
– Mendapatkan kerjasama daripada subjek (informan) yang dikaji
– Melakukan kajian dengan cara memerhati dan membuat catatan luar
yang meliputi tempoh munggu, bulan atau tahun
– Mengatasi krisis yang berlaku seperti konfrontasi dengan subjek-
subjek yang berpendapat pengkaji seolah-olah seorang pengintip
– Menamatkan kajian pemerhatian
– Menganalisis data
– Menulis laporan dan mengemukakan penemuan kajian
KUALITATIF – KAJIAN KES• Pengkaji cuba menerangkan fenomena yang sedang berlaku – kajian berbentuk
deskriptif.
• Penyelidikan dijalankan ke atas anggota masyarakat dengan mengkaji pemboleh
ubah-pemboleh ubah (variables) yang menyebabkan sesuatu fenomena itu terjadi
– membuat kesimpulan ke atasnya.
• Kajian kes perlu dijalankan secara terperinci dan mendalam:
– mengetahui dan mengenal pasti sebab berlakunya sesuatu fenomena
– mencari cara penyelesaian bagi mengatasinya.
• Boleh dijalankan ke atas satu unit sosial (individu, keluarga, masyarakat, sekolah,
persatuan, organisasi, negara dan sebagainya)
• Penting untuk meneliti sesuatu kes kerana maklumatnya dapat dikaji dan diurus
dengan sempurna.
• Kajian yang dibuat ke atas kes dapat menyelesaikan masalah dengan baik tanpa
mendatangkan kesan sampingan.
• Perlu ditegaskan, dalam kehidupan seharian, wujud kes yang berbeza dalam
kalangan individu dan masyarakat. Oleh itu, penyelidik harus mengkaji setiap kes
yang wujud secara teliti dan berintegriti.
KUANTITATIF – KAEDAH EKSPERIMEN• Tujuannya untuk mengenal pasti kesan sesuatu
variabel ke atas tingkah laku.
• Menggunakan kelompok eksperimen dan kelompok
kawalan.
• Pengenaan / intervensi variabel kepada kelompok
eksperimen.
• Kaedah ini tidak lazim digunakan dalam Sosiologi dan
AS; lebih kepada bidang Psikologi.
KUANTITATIF – KAEDAH SURVEI• Kaedah yang lazim digunakan dalam Sosiologi.
• Menggunakan sampel untuk mewakili populasi
• Menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkanmaklumat.
• Analisis menggunakan SPSS, AMOS dll
• Masalah berkaitan:
– Masalah masa
– Perbelanjaan
– Kualiti penemubual/responden
– Kualiti data,etc.
ISU-ISU SEMASA MENJALANKAN KERJA LAPANGAN
ISU-ISU PENYELIDIKAN
Hubungan(rapport)
Etikapenyelidikan
Penggunaanalat
teknologimoden
RUMUSAN• Sains sosial adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji
masyarakat dan budaya.
• Memahami kaedah utama dalam penyelidikan sains sosialboleh membantu kita menjalankan kajian secara sistematikdan saintifik.
• Kesesuaian sesuatu kaedah kajian penting dan ia banyakbergantung pada minat seseorang pengkaji untuk menerokapermasalahan kajian secara kritis dan wibawa.
Terima Kasih