20
BIL 2 EDISI DIS. 2006 ISSN: 1823-9609 e d a r a n PERCUMA audit berkualiti meningkatkan akauntabiliti AUDIT www.audit.gov.my buletin Pemantauan Projek Pembinaan.....13 Menarik di dalam... S istem Perakaunan Berkomputer Standard Bagi Kerajaan Negeri (SPEKS) merupakan sistem perakaunan berkomputer yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk diguna pakai secara seragam di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri. Di samping itu, projek SPEKS merupakan langkah persiapan Kerajaan Negeri ke era Kerajaan Elektronik. Projek ini dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun 2003 ke 11 buah negeri kecuali Sabah dan Sarawak yang terus menggunakan sistem sendiri. Sehingga Oktober 2006, SPEKS telah diroll-out kepada 1,068 Pusat Tanggungjawab (PTJ) daripada jumlah keseluruhan 1,283 PTJ. SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bersambung ke Muka 4... Oleh: Y. Hamdan bin Mohd Dom Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Majlis Penamaan Auditorium Ahmad Noordin Jabatan Akauntan Negara bertanggungjawab mengurus dan menyelaras pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan aplikasi bersama pihak pembekal dengan kos berjumlah RM72.1 juta. Kerajaan negeri pula menyediakan kemudahan capaian ke rangkaian antara PTJ dengan Pejabat Perbendaharaan Negeri dan menanggung kos penyenggaraan perkakasan. SPEKS mengandungi komponen modul perakaunan iaitu Buku Vot, Bajet, Gaji, Pinjaman, Pelaburan, Lejar Am, Kawalan Data, Akaun Kecil, Pengurusan Aset, Kewangan PTJ dan Maklumat Pengurusan. T anggal 9 November 2006 mengukir sejarah bagi Jabatan Audit Negara apabila Auditorium Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, telah dinamakan sebagai Auditorium Ahmad Noordin. Ini adalah sebagai pengiktirafan kepada Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin bin Hj. Zakaria, Ketua Audit Negara Malaysia dari tahun 1975 hingga 1986, di atas sumbangan tidak ternilai beliau kepada negara dan profesion audit. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang. Hadir sama ialah isteri Allahyarham Y.Bhg. Puan Sri Fatimah Hashim serta sanak saudara beliau, Y.Bhg. Tan Sri Dr. Hadenan bin A. Jalil, mantan Ketua Audit Negara, beberapa orang bekas pegawai kanan Jabatan Audit Negara yang pernah berkhidmat bersama Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin dan warga Audit. Dalam ucapan sempena majlis ini, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang menyatakan bahawa auditorium ini merupakan salah satu pusat aktiviti utama di Akademi Audit Negara yang dapat memberi sumbangan yang penting kepada percambahan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang pasti dapat memperkasa profesionalisme warga Jabatan Audit Negara. Harapan dan tugas beliau ialah untuk menjadikan Akademi ini sebagai Centre of Excellence dalam bidang latihan dan penyelidikan bagi warga Audit bukan sahaja di tanah air tetapi juga dari luar negara. ”HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA AHMAD NOORDIN TOKOH TERBILANG BESAR JASANYA TIDAK TERKIRA” Siapa Mengaudit Jabatan Audit Negara.....5 The Role of The National Audit Department of Malaysia in Promoting Government Accountability.....6 Peranan Media Dalam Meningkatkan Akauntabiliti Awam.....8 Selamat Menyambut Hari Audit Se Malaysia

SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

� |JULAI - DISEMBER 2006

BIL 2EDISI DIS. 2006

ISSN: 1823-9609e d a r a nP E R C U M A

audit berkualiti meningkatkan akauntabiliti

A U D I Tw w w . a u d i t . g o v . m y

b u l e t i n

Pemantauan Projek Pembinaan.....13

Menarik di dalam...

Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Bagi Kerajaan Negeri (SPEKS) merupakan

sistem perakaunan berkomputer yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk diguna pakai secara seragam di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri. Di samping itu, projek SPEKS merupakan langkah persiapan Kerajaan Negeri ke era Kerajaan Elektronik.

Projek ini dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun 2003 ke 11 buah negeri kecuali Sabah dan Sarawak yang terus menggunakan sistem sendiri. Sehingga Oktober 2006, SPEKS telah diroll-out kepada 1,068 Pusat Tanggungjawab (PTJ) daripada jumlah keseluruhan 1,283 PTJ.

SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri

bersambung ke Muka 4...

Oleh: Y. Hamdan bin Mohd Dom Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Majlis Penamaan Auditorium Ahmad Noordin

Jabatan Akauntan Negara bertanggungjawab mengurus dan menyelaras pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan aplikasi bersama pihak pembekal dengan kos berjumlah RM72.1 juta. Kerajaan negeri pula menyediakan kemudahan capaian ke rangkaian antara PTJ dengan Pejabat Perbendaharaan Negeri dan menanggung kos penyenggaraan perkakasan.

SPEKS mengandungi komponen modul perakaunan iaitu Buku Vot, Bajet, Gaji, Pinjaman, Pelaburan, Lejar Am, Kawalan Data, Akaun Kecil, Pengurusan Aset, Kewangan PTJ dan Maklumat Pengurusan.

Tanggal 9 November 2006 mengukir sejarah bagi Jabatan Audit Negara apabila Auditorium

Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, telah dinamakan sebagai Auditorium Ahmad Noordin. Ini adalah sebagai pengiktirafan kepada Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin bin Hj. Zakaria, Ketua Audit Negara Malaysia dari tahun 1975 hingga 1986, di atas sumbangan tidak ternilai beliau kepada negara dan profesion audit.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang. Hadir sama ialah isteri Allahyarham Y.Bhg. Puan Sri Fatimah Hashim serta sanak saudara beliau, Y.Bhg. Tan Sri Dr. Hadenan bin A. Jalil, mantan Ketua Audit Negara, beberapa orang bekas pegawai kanan Jabatan Audit Negara yang pernah berkhidmat bersama Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin dan warga Audit.

Dalam ucapan sempena majlis ini, Y.Bhg. Tan

Sri Dato’ Setia Ambrin Bin Buang menyatakan bahawa auditorium ini merupakan salah satu pusat aktiviti utama di Akademi Audit Negara yang dapat memberi sumbangan yang penting kepada percambahan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang pasti dapat memperkasa

profesionalisme warga Jabatan Audit Negara. Harapan dan tugas beliau ialah untuk menjadikan Akademi ini sebagai Centre of Excellence dalam bidang latihan dan penyelidikan bagi warga Audit bukan sahaja di tanah air tetapi juga dari luar negara.

”HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMAAHMAD NOORDIN TOKOH TERBILANG

BESAR JASANYA TIDAK TERKIRA”

Siapa Mengaudit Jabatan Audit Negara.....5

The Role of The National Audit Department of Malaysia in Promoting

Government Accountability.....6

Peranan Media Dalam Meningkatkan Akauntabiliti

Awam.....8

Selamat Menyambut Hari Audit Se Malaysia

Page 2: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| 2

SIDANG REDAKSI

SALAM EDITOR

PENAUNGTan Sri Dato’ Setia Ambrin bin BuangKetua Audit Negara Malaysia

PENASIHATDato’ Azizah binti Hj. ArshadTimbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

Hj. Anwari bin SuriTimbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

KETUA EDITORMustafa bin Hj. Saman

PENOLONG KETUA EDITORMuhammad Iskandar bin Hj. Mokhtar

Selamat bertemu kembali dalam Buletin Audit edisi kedua.

Buletin Audit membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat peranan Jabatan Audit Negara dalam meningkatkan akauntabiliti Perkhidmatan Awam. Sebagai Jabatan yang diberi mandat untuk memastikan pengurusan kewangan Kerajaan dilaksanakan dengan berkesan, warga Audit akan terus berusaha agar matlamat ini sentiasa dicapai. Menyentuh mengenai akauntabiliti dan sistem penyampaian Kerajaan, berbagai usaha dan pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk memudahkan prosedur kerja serta mempercepatkan urusan dengan pelanggan. Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti. Di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik, Kerajaan Persekutuan antara lain telah memperkenalkan Sistem Perancangan Dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) dan Sistem ePerolehan. Terkini, Sistem Perakaunan Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) telah diwujudkan untuk diguna pakai secara seragam di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri. Jabatan Audit Negara menaruh harapan pelaksanaan SPEKS akan memudahkan serta mempercepatkan proses penyediaan

KANDUNGAN

SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri...M1 & 4

Majlis Penamaan Auditorium Ahmad Noordin...M1

Salam Editor...M2

Dari Meja Ketua Audit Negara: Membetulkan Yang Biasa dan Membiasakan Yang Betul...M3

KMK dan AIPA 2006...M3

Siapa Mengaudit Jabatan Audit Negara...M5

The Role of The National Audit Department of Malaysia in Promoting Government Accountability...M6 & 7

Peranan Media Dalam Meningkatkan Akauntabiliti Awam...M8

Peranan Ketua Jabatan Dalam Memantapkan Pengurusan Kewangan Kerajaan...M9

Lawatan Antarabangsa...M9

Warga Audit Di Sana-Sini...M10 & 11

Sambutan Hari Q dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...M12

Malaysia Dipilih Sebagai Ahli Lembaga Pengelola ASOSAI ...M12

Pemantauan Projek Pembinaan...M13

Tip Pemeriksaan Ke Atas Dokumen Yang Berkaitan Pengurusan Kewangan (Siri 1)...M14 & 15

Petikan Dari Ceramah Eksekutif...M16

Cebisan Pengalaman...M17

Info Kesihatan...M17 Modal Insan...M18 & 19

Berita Dari Akademi...M20

Sidang Redaksi Buletin Audit mengalu-alukan sumbangan

berbentuk penulisan atau lain-lain daripada warga Audit

Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, warga Audit hendaklah sentiasa melengkapkan diri menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas pengauditan penyata kewangan yang dihasilkan secara elektronik. Kelahiran SPEKS turut menyuntik idea baru kepada warga Audit yang inovatif dalam usaha mempertingkatkan kualiti kerja pengauditan. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Audit Negara dengan kerjasama warga Audit di negeri telah menghasilkan inovasi terhadap Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Versi Audit (Penyata VersAd) untuk SPEKS. Inovasi ini telah berjaya memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2006. Buletin Audit mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga Audit yang berjaya meraih kejayaan ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beberapa orang ahli pasukan editorial yang telah tidak lagi bersama dalam sidang redaksi Buletin Audit ini. Sumbangan kalian dalam merealisasikan Buletin Audit ini amatlah dihargai.

Selamat Tahun Baru 2007.

PASUKAN EDITORIAL Khalid Khan bin Abdullah KhanHjh. Noraini binti Abdul Wahab Azmin bin HusinY. Hamdan bin Mohd. Dom Roslan bin Abu BakarDr. Masiah binti Ahmad Noor Akma binti Mohd BakiMohd. Fisul bin Ismail Badariah binti Abas Tan Bee Hai Hasnira binti Hussin Naimah binti Abdul Rashid Zainab binti Mohd NorLatifah binti AtanNorizah binti Abd. Ghani KONSEP & GRAFIK Md.Yazit bin HashimMuhammad Syafiq bin Pauzee

Page 3: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

3 |JULAI - DISEMBER 2006

DARI MEJA KETUA AUDIT NEGARA

Laporan Ketua Audit Negara merupakan satu instrumen bagi Kerajaan dan

rakyat mengukur tahap urus tadbir (governance) yang dizahirkan oleh warga Perkhidmatan Awam.

Persoalan yang timbul apabila dibaca Laporan Ketua Audit Negara ialah kenapakah perkara-perkara atau kelemahan-kelemahan yang ditimbulkan dalam laporan itu khususnya tentang

pengurusan kewangan di sektor awam merupakan perkara-perkara yang berulang saban tahun, seolah-olah menjadi sesuatu yang lumrah dan seolah-olah pihak yang diaudit tidak ambil kisah tentang pemerhatian-pemerhatian dan pendedahan-pendedahan audit yang lalu. Ada juga pihak yang bertanyakan apakah tindakan-tindakan yang diambil terhadap Ketua-ketua Jabatan yang bertanggungjawab di atas kelemahan-kelemahan tersebut yang telah menyebabkan kerugian kepada Kerajaan, pembaziran dan sebagainya yang pasti menjejaskan imej Kerajaan, sedangkan pemimpin-pemimpin Kerajaan sentiasa menekankan peri mustahaknya akauntabiliti dan integriti dibudayakan oleh semua peringkat anggota perkhidmatan awam.

Apakah kelemahan-kelemahan yang biasa ditegur oleh Laporan Ketua Audit Negara itu? Lazimnya ia berkisar kepada isu-isu kelemahan rekod perakaunan, salah urus daftar aset dan daftar bil, tidak mengemaskinikan Penyata Penyesuaian bank, kelemahan kawalan Perbelanjaan dan Hasil. Juga pemeriksaan harta modal tidak dibuat mengikut kekerapan sepatutnya dan buku vot tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini. Sesetengah Jabatan telah mendapat pengiktirafan ISO bagi proses kerja tertentu tetapi dalam hal pengurusan kewangan ternyata tidak berkualiti.

Membetulkan Yang Biasa dan Membiasakan Yang Betul

Kenapakah kelemahan-kelemahan biasa ini terus berlaku? Pokoknya sama ada mereka yang bertanggungjawab tidak tahu atau tidak memahami peraturan-peraturan kewangan yang sedia ada atau kurang teliti serta cuai atau memandang remeh peraturan-peraturan ini ataupun yang lebih teruk lagi sengaja melanggar peraturan-peraturan ini untuk kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

Walau apapun puncanya kelemahan-kelemahan yang biasa ini perlulah diperbetulkan segera. Ketua-ketua Jabatan bertanggungjawab bukan setakat menyedari akan kelemahan ini tetapi mengarahkan tindakan-tindakan pembetulan diambil dengan segera dan sentiasa memantau tindakan ini benar-benar diambil termasuklah mengadakan lawatan atau pemeriksaan mengejut. Sekiranya mereka tidak tahu macam mana hendak membetulkan keadaan sewajarnyalah didapatkan bantuan daripada mereka yang mempunyai kepakaran, termasuk warga Audit.

Ketua-ketua Jabatan janganlah mengambil jalan mudah dengan memberi alasan kelemahan-kelemahan ini berlaku sebelum mereka memegang jawatan sekarang. Pastikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun berjalan mengikut kekerapan yang ditetapkan dan segala isu-isu kelemahan ini dibincangkan untuk diselesaikan bukan sekadar mengambil maklum sahaja.

Saya percaya dengan adanya pemantauan yang rapi ini, segala kelemahan yang biasa itu dapat diperbetulkan dan setelah diperbetulkan, hendaklah amalan yang baik ini dibiasakan sebagai manifestasi perkhidmatan yang berkualiti.

Oleh itu marilah kita sama-sama membudayakan amalan membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul dalam pengurusan kewangan kita. Ketua Jabatanlah yang perlu mengorak langkah ke arah ini.

KMK dan AIPA 2006

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Ke 23 dan

Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) ke 15 Tahun 2006 telah berlangsung pada 9 hingga 12 September 2006 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu. Aktiviti utama yang telah berlangsung pada Majlis tersebut adalah:• Pertandingan KMK untuk Sektor

Awam Malaysia• Pameran Inovasi Perkhidmatan Awam• Penyampaian Anugerah Inovasi

Perkhidmatan Awam 2006

Pasukan Dinamik dari Cawangan Audit Negeri Sembilan yang dipilih mewakili Negeri Sembilan ke Konvensyen KMK

peringkat Kebangsaan telah membentangkan projek bertajuk “Kelewatan Mengeluarkan Sijil Audit”. Pasukan ini telah menerima sijil Penyertaan dan sagu hati.

Acara kemuncak Majlis tersebut adalah penganugerahan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2006, di mana Jabatan Audit Negara merupakan salah sebuah daripada 5 organisasi yang telah memenangi anugerah tersebut. Tajuk inovasi yang membawa tuah dan melakar sejarah kepada Jabatan Audit Negara ialah “Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Versi Audit (Penyata VersAd) untuk

Sistem Perakaunan Kerajaan Negeri (SPEKS)”.

Sebagai pemenang, Jabatan Audit Negara telah menyertai pameran yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Penyertaan Pasukan Dinamik dari Cawangan Audit Negeri Sembilan dalam Konvensyen KMK peringkat Kebangsaan dan penerimaan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan pemangkin bagi Jabatan Audit Negara ke arah menjadi jabatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

TKAN (P), Y. Bhg. Dato’ Azizah binti Hj. Arshad mewakili KAN menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2006 dari KSN, Y. Bhg. Tan Sri Mohd.

Sidek bin Hj. Hassan

Page 4: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| �

...dari Muka Hadapan

SPEKS pasti memberi impak kepada perkhidmatan kerajaan. Maka seharusnya dilakukan pengukuran sama ada PTJ dan Pejabat Perbendaharaan Negeri telah memberikan anjakan yang ketara terhadap khidmat penyampaian kepada awam berbanding sebelum diperkenalkan SPEKS. Misalnya dari aspek perubahan kecekapan tempoh melaksanakan pembayaran kepada penerima, penjimatan sumber dan kualiti maklumat yang dijanakan.

Tidak terkecuali, pelaksanaan SPEKS memberi impak secara langsung kepada Juruaudit. Data yang di input ke SPEKS disepadukan seterusnya membentuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang kelak disahkan oleh Juruaudit melalui pengauditan interim dan muktamad. Apakah kawalan dalaman telah diambil kira semasa pengauditan bagi meyakinkan bahawa SPEKS cukup berintegriti?

Sebelum pengauditan dilakukan, Juruaudit seharusnya memahami reka bentuk aplikasi SPEKS serta perkaitan antara modul-modulnya bagi membolehkan pengauditan dijalankan dengan lancar. Pemahaman ini boleh diperoleh melalui sumber pembacaan manual, mengikuti latihan atau menjalankan walkthrough aliran proses.

Dibawah SPEKS, dokumen kewangan fizikal di peringkat PTJ seperti baucar bayaran, dokumen sokongan, baucar jurnal dan penyata pemungut tidak lagi dikemukakan kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri sebaliknya diproses, dicetak dan disimpan di peringkat PTJ sahaja. Skop semakan oleh kakitangan kewangan di peringkat Pejabat Perbendaharaan Negeri telah menjadi minimum kerana berpandukan senarai semak. Dengan perubahan ini memerlukan lebih fokus pengauditan dilakukan di peringkat PTJ. Memandangkan bilangan PTJ yang banyak, Juruaudit perlu merancang agar tugasan lebih efektif mengikut keutamaan pengauditan.

SPEKS berupaya memproses dengan segera transaksi bagi pembayaran dalam tempoh masa yang singkat iaitu di hari yang sama. Sungguhpun keupayaan ini baik, namun hendaklah disemak kesesuaian dan kesahihan pembayaran berkenaan serta kepatuhan kepada peraturan kewangan.

Juruaudit perlu bijaksana menguji sama ada wujud elemen pengasingan peranan penyedia, pengesahan dan pelulus melalui penggunaan ID dan kata laluan pengguna yang sebenar. Adakah auditi telah memelihara kerahsiaan dengan tidak membocorkan secara sengaja atau tidak sengaja maklumat ID dan kata laluan mereka?

Sistem luaran yang lain seperti Sistem eSPKB, Sistem ePerolehan, Project Monitoring System, eSyariah dan Sistem Pungutan Hasil Tanah Berkomputer mempunyai perkaitan kepada rekod dalam SPEKS. Dengan menggunakan maklumat dari sistem berkenaan,

ianya boleh membantu Juruaudit menilai status maklumat yang terdapat di SPEKS.

Dari aspek pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri pula, Jabatan Audit Negara telah berubah kepada kaedah kerja baru, seiring dengan perkembangan pihak auditi. Dengan menggunakan data elektronik urus niaga kewangan yang dimuat turun dari server SPEKS, Juruaudit dapat menjalankan pengauditan menggunakan kaedah Computer Assisted Audit techniques and Tools (CAATTs) untuk menghasilkan Penyata Kewangan Versi Audit. Output berkenaan boleh dijadikan sebagai semakan silang terhadap segala butiran rekod yang dikemukakan untuk pengesahan Audit. Masa bekerja telah dipendekkan dan kecekapan kerja pengauditan telah berjaya dipertingkatkan. Perkembangan ini telah mempercepatkan proses penyediaan Laporan dan Sijil Audit. Contohnya pada tahun 2006, Ketua Audit Negara telah berjaya mengeluarkan Laporan dan Sijil Audit Penyata Kewangan bagi 13 buah Kerajaan Negeri tahun 2005 dengan lebih cepat iaitu di antara 8 Jun 2006 hingga 8 Ogos 2006. Semua Laporan Audit telah berjaya dibentang di Parlimen pada 5 September 2006.

Berbeza dengan keadaan sebelum ini Juruaudit hanya mendapat maklumat Buku Vot PTJ setelah pergi ke PTJ berkenaan. Kini, data Buku Vot seluruh PTJ boleh diperoleh oleh Juruaudit dan ini seharusnya membolehkan analisis awal dilakukan terhadap maklumat auditi seperti aset, inventori dan lain-lain bayaran, sebelum lawatan ke PTJ dilakukan. Untuk tujuan ini, kaedah CAATTs akan diperluaskan kepada analisis Buku Vot dan gaji. Ini akan menjadikan tugas Juruaudit lebih produktif.

Juruaudit juga boleh menjadikan SPEKS sebagai suatu asas atau landasan untuk mempraktikkan pengetahuan teknologi maklumat sebagai sumbangan ke arah pengauditan yang lebih berkualiti. Misalnya memperkenalkan nilai tambah dalam pengauditan interim dan pengauditan pengurusan kewangan dengan memasukkan faktor risk based dalam menentukan objektif dan skop pengauditan dan memperluaskan jenis pensampelan menggunakan kriteria yang lebih dinamik. Selain itu, Juruaudit akan menjadi lebih proaktif dengan menjalankan pre-audit memandangkan maklumat auditi boleh diakses dari peringkat penyediaan Nota Minta lagi. Data yang diperoleh boleh dijana untuk menghasilkan laporan pengecualian sebagai penilaian kepada kawalan dalaman.

Dengan terlaksananya SPEKS, telah memudahkan tugas pengauditan, memandangkan keseluruhan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri disediakan secara berkomputer dan dapat dikemukakan untuk pengauditan dengan lebih cepat. Bagaimanapun, sebagai Juruaudit, kita perlu memastikan aspek kawalan dalaman yang mencukupi diwujudkan bagi memastikan maklumat yang dihasilkan adalah sahih, tepat dan sempurna.

“A career in the public service should be viewed as more than earning a living. A public servant must recognise social injustice, and work towards reducing it with courage and determination.”

Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin bin Zakaria

Page 5: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

5 |JULAI - DISEMBER 2006

TAHUKAH ANDA?

Siapa Mengaudit Jabatan Audit Negara?

Mungkin ada di kalangan kita, warga Audit yang pernah diajukan persoalan seperti di atas. Adakah Jabatan Audit

Negara (JAN) terkecuali daripada diaudit? Siapakah yang akan memastikan bahawa JAN mengamalkan apa yang selalu disarankan kepada auditi: pengurusan kewangan yang baik, perbelanjaan berhemah, tiada pembaziran dan sebagainya?

Apakah respons kita terhadap persoalan yang sedemikian?

JAN sebagaimana Jabatan Kerajaan yang lain adalah tertakluk kepada Akta, pekeliling dan arahan Kerajaan yang lain atau badan yang berkaitan dalam semua aspek termasuk yang melibatkan pengurusan kewangan. Seterusnya, sebagai sebuah Jabatan Tidak Mengakaun Sendiri (JTMS) di mana urusan kewangan seperti pembayaran, penerimaan dan pengemaskinian rekod dilakukan di peringkat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), JAN diaudit oleh Sektor Audit Kerajaan Persekutuan. Setiap transaksi kewangan yang berlaku adalah tertakluk kepada semakan dan pemeriksaan oleh pihak Audit dan teguran dibuat sekiranya didapati tidak mematuhi peraturan. Sebagai pengguna sistem e-SPKB pula, JAN diperiksa oleh pasukan Naziran ANM bagi memastikan rekod adalah teratur dan kawalan dalaman mencukupi berhubung bayaran yang dibuat melalui sistem ini.

JAN juga tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.9 tahun 2004 iaitu mengenai Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian/Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri. Pekeliling ini menyatakan bahawa Ketua Jabatan bertanggungjawab menubuhkan Unit Audit Dalam (UAD) di

bawah pentadbirannya. UAD bertanggungjawab terus kepada Ketua Jabatan dan fungsinya hendaklah bebas dan berkecuali agar keberkesanan pengurusan Unit tersebut terjamin.

Di JAN, peranan UAD dilaksanakan oleh sebuah pasukan Naziran Jabatan yang dilantik oleh Ketua Audit Negara dan bertanggungjawab membuat pelaporan terus kepada beliau. Pasukan Naziran menjalankan pemeriksaan secara bebas terhadap kawalan pengurusan, kawalan perbelanjaan, kawalan kutipan hasil serta pengurusan aset dan inventori di Ibu Pejabat dan semua Cawangan Audit bagi menentukan sama ada diuruskan mengikut peraturan. Pengauditan yang

dilaksanakan adalah berdasarkan kepada arahan dan pekeliling yang ditetapkan. Oleh itu, kebebasan, keadilan dan kesaksamaan serta kualiti pelaporan adalah terjamin tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Hasil pemeriksaan dilaporkan kepada Ketua Audit Negara dan pegawai yang terlibat dikehendaki untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap teguran yang dibuat. Laporan hasil semakan pasukan Naziran juga dibincangkan di

dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Jabatan Audit Negara.

Cabaran utama yang dihadapi apabila mengaudit JAN ialah apabila auditi terdiri daripada rakan setugas dan ‘bos-bos’ di Jabatan sendiri. Walau bagaimanapun, atas dasar profesionalisme yang dimiliki oleh warga Audit, pengauditan dapat dijalankan tanpa rasa gentar atau pilih kasih (without fear or favour). Laporan yang dibangkitkan juga diterima secara positif bertujuan untuk penambahbaikan Jabatan. Ini akan dapat memperkukuhkan imej dan kredibiliti JAN dalam mempertingkatkan akauntabiliti Kerajaan dan juga mencapai objektif untuk menjadi ‘Jabatan Contoh’.

Oleh: Muhammad Iskandar bin Hj. Mokhtar Cawangan Penyelarasan dan Pengurusan Maklumat

May This Encourage You, Always

Don’t spend major time with minor people,If there are people in your life who continually disappoint you,Break promises, stomp on your dreams, are too judgmental,Different values and don’t have your back during difficult times ....That is not friendship.

To have a friend, be a friend.Sometimes in life as you grow,Surround yourself with people who reflect values

Goals in their lifestyles.

When I think of any of my successes,I am thankful to God from Whom all blessings flow,And to the family and friends who enrich my life.

Over the yearsMy phonebooks and hand phones have changedBecause I change for the better.At first, you think you are going to be alone,

But after a while, people show upon your lifeThat makes it so much sweeter All easier to endure.

Remember what your elders used to say,“Birds of a feather flock together.If you’re an eagle, don’t hang around chickens.Chickens can’t fly!!!”

By: Margaret Liset Cawangan Audit Negeri Sarawak

Antara Laporan Pemeriksaan Pasukan Naziran Jabatan Audit Negara

Page 6: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| 6

PERSIDANGAN ANTARABANGSA

The role of National Audit Department (NAD) in ensuring

public accountability in Malaysia has existed for 100 years. Legislated audit was introduced in 1957 when Malaysia attained independence with scope of Government auditing in Audit Act, includes Attestation, Compliance and Performance Audit. There have been significant developments in audit approach to suit changing times but audit objectives enshrined in the Malaysian Constitution are strictly preserved. Over the last decade, NAD has introduced participative audit approach where good rapport between auditors and auditees is very much emphasized. NAD has successfully created greater interactions with auditees, done very consciously so as not to be misconstrued as sacrificing audit objectivity, independence and integrity. This approach has also helped to shed the image of NAD as fault-finder. NAD realizes that in order for an audit to be effective, it must be accepted and recognized by auditees so that fullest co-operation will be given during the audit. The auditees now recognize “value-added” from audit process significantly help them in improving financial and overall management of the organization, hence enhancing accountability and good governance. Several activities/programmes have been introduced such as :-

• Balanced Audit Report. Our current Audit Report is no longer

by exception but included explanations and feedbacks from auditees on issues raised, innovation, improvement and good practices introduced by auditees. This will spur auditees to improve further as well as set their achievements as benchmark to others.

• Management Audit Report. We also embarked on Management

Audit on agencies which include aspects of organizational management, budgetary controls, expenditure/revenue controls, loan/investments controls and asset/store controls. The audit outcome is reported directly to the Minister-in-charge to give them feedback on the overall performance of the agencies.

The Role of The National Audit Deparment of Malaysia In Promoting Government Accountability

• Consultancy Services on Financial Management On Selected Ministry/Department/Agency or Adoption Schemes.

Based on financial management performance of Ministry/Department/Agency, NAD offers consultancy services to assist them in establishing sound financial management system in their entities. NAD adopted a few problematic agencies but did not involve itself or influenced management in making organizational decisions with regard to operations of the organization. Upon completion of the programme, the Ministry/ Department/Agency will then be awarded certificates.

Another dimension of our audit approach in establishing government accountability is direct impact of our audit report on third parties such as the media, Non Government Organizations (NGOs), parliamentarians, central agencies and the public. These groupings lately become more vocal in raising issues on Government financial management and performance. Some even play the role of “whistleblowers” by furnishing information to NAD for investigation. They are now keeping abreast and better informed on issues raised in Audit Report. The Audit Report after being tabled in Parliament is easily accessible from NAD’s website. The media also gave wide coverage on issues raised in the Audit Report. The 2005 Audit Report for Federal Ministries/Departments/Agencies and of State Governments had been tabled on 1st September 2006 during the 2007 Budget Speech by the Finance Minister. A number of issues had already been raised by the media. The PAC had been briefed on the Report and called up a few Ministries/Departments/Agencies for explanations. All these developments contribute towards better transparency and accountability in the Government.

How can SAIs contribute effectively in ensuring better accountability?• To fulfill current needs, SAI need to

give emphasis and report on results achieved against targets set. This is done by carrying out performance

audit more rigorously and NAD needs to enhance its capacity building programme in terms of human capital development, organizational structure and infrastructure.

• NAD realizing increasing expectations from all parties has taken initiatives to enhance professionalism through capacity building programme. We now have a Training Academy to train qualified Government auditors and to carry out CPD programmes for auditors. We hope to share our success story one day with other SAIs.

• SAIs need to adopt participative or collaborative approach of auditing involving close consultation with auditees, thus creating a good auditor-auditee rapport. However, this relationship should not jeopardize independence and objectivity of the audit. The auditors need to exploit this relationship and harness a higher degree of insight, oversight and foresight in implementation and developing their audit findings and conclusions.

The NAD New Roles in Promoting Accountability – Beyond Legislated Audit • The 9th Malaysia Plan launched recently

by the Prime Minister of Malaysia has not only given attention to infrastructural development to transform Malaysia into a developed nation by year 2020, but also give top priority to holistic development of the Human Capital Development (HCD). The HCD is a holistic approach to develop human resources with appropriate knowledge, training, skills and at the same time possessing “first class mentality” and adhering to high ethical, moral

(This paper was presented by Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Auditor General of Malaysiaat the 3rd ASOSAI Symposium held in Shanghai, China on 13 September 2006)

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang delivering his paper

Page 7: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

7 |JULAI - DISEMBER 2006

values. This is a vital step to promote Malaysia’s competitiveness in global market as well as nurture Malaysians with high moral values. Aspects such as accountability, integrity, transparency and good governance will be observed naturally for society with high moral values.

• The 9th Malaysia Plan where the Government will commit RM220 billion in expenditure emphasized on outcome rather than output of programmes implemented. This means that it is vital to define accountability clearly at all levels and the introduction of KPIs for all Ministries/Departments/Agencies at both strategic and operational levels. This will assist in identifying accountability at all levels of organization.• The Government of Malaysia has

made it mandatory for Ministries/Departments/Agencies to establish norms in their service delivery by defining clearly their outcomes through KPIs and client charters. This is further strengthened through signing of Performance Agreements by all levels of officers in the public sector. To ensure targets set as prescribed by the client charters are achieved efficiently, monitoring and performance reviews are conducted regularly. This will further enhance accountability. This approach also helps in giving early detection so that precautions or remedial actions could be taken to avoid further losses. The Performance Agreement is used as a tool to measure periodically performance in an objective and transparent manner and to hold all those with authority and entrusted with resources accountable. The above practice permeates sense of accountability to all levels of public sector. The control structure embedded with integrity and accountability measures will assist NAD in conducting performance evaluation.

• The Government of Malaysia acknowledges the role of NAD in ensuring accountability as seen from the recent directives of the Malaysian Cabinet to all Controlling Officers to take immediate action on issues raised by NAD, to report on progresses made or they will be liable to a surcharge.

Some innovative and unconventional approaches initiated by NAD to establish accountability in public sector are :- • NAD has been actively engaged

in Government efforts to educate

and increase awareness among politicians, Government officers and other interested parties on issues of accountability, good governance, transparency and integrity.

• The topic on audit and accountability is mandatory in all Government induction courses where senior officers from NAD will participate as subject matter expert.

• Issuance of Best Practices Guide or Checklist by NAD as output from audit conducted on specific areas serve as useful guides or can be used for purpose of benchmarking.

• Issuance of circular letters by central agencies as a result of audit observations and recommendations to further strengthen accountability framework. These circular letters provide explanations to new requirements to strengthen accountability reporting or procedures to enhance controls.

• Since 2002, NAD also introduced several programmes which aim at improving good governance and accountability, such as Adopted Agencies, audit of on-going Construction Projects and ICT System Development. NAD offers advisory and consultancy role on financial management and project management to Ministry/Department/Agency found weak in such areas. The role of NAD is to raise awareness on accountability and good governance as well as promote practice of prudence risk management in their key activities. NAD assists organization in risk management by identifying potential hazards, its likelihood to occur and consequences to the organization should they occur. Identifying risks and instituting controls to mitigate potential risks will identify all parties/individuals responsible for their actions/inactions. NAD’s role is merely to promote best practice to achieve better governance and accountability. The management of organization is responsible and accountable for whatever decisions and course of action taken in relation to organizational affairs. We have received acknowledgements and overwhelming support from Ministries/Departments/Agencies on positive impacts of these programmes towards enhancing their organizational reputation.

• The setting up of National Integrity Plan as part of governance framework where the Board includes the Auditor-General. The Board embarked on a project to establish

integrity and accountability rating/index for the public sector. This is a positive step towards effective evaluation of organizations against a set of criteria where they are ranked and rated explicitly. This means that the gap between “expectations” and “achievements” could be measured and the “cause and effect” diagnosed. This exercise will promote greater transparency and accountability.

The Government of Malaysia responded positively to the Auditor-General’s Report and had shown commitment in improving Government accountability by introducing several mechanisms :-• The setting up of “Committee for

Financial Management and Accounts” at the Ministry/Department/Agency which serves as ‘check and balance’ mechanism and establishes complementary accountability reporting on administration and financial management affairs of the organization.

• The establishment of “Integrity Committee” at the Ministry/Department/Agency and headed by Head of Department to review existing controls, procedures, regulations and systems on overall operations of the organization so as to ensure pertinent ‘check and balance’ mechanism exist and operating economically, efficiently and effectively.

• The Malaysian Government had issued directives to all members of the Executive, Legislative Assembly and the civil service to declare their assets for screening and record. Subsequent acquisition of assets and the sources of fund must be declared.

Conclusion

• NAD believes better Government accountability could be achieved through adherence to high moral values by all parties in the accountability chain.

• Due attention and compliance must be taken seriously at all times by all parties with regard to procedural and legislated requirements.

• The responsibilities entrusted and accountabilities attached must be clearly defined and understood.

• Measurability through efficient and effective system means greater transparency, integrity and ultimately accountability.

Nota: Teks penuh ucapan boleh didapati dari laman web www.audit.gov.my

Page 8: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| 8

FOKUS

Oleh: Khalid Khan bin Abdullah Khan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Kerap kali kita ditanya apakah kesannya hasil sesuatu pengauditan walaupun banyak kerahan tenaga dan

wang digunakan bagi sesuatu pengauditan. Orang awam sedar bahawa pengauditan memainkan peranan penting untuk menambah baik pengurusan kewangan awam serta memastikan wujudnya urus tadbir yang baik. Walaupun Laporan Ketua Audit Negara merupakan dokumen awam selepas dibentangkan di Parlimen, berapa ramaikah yang membaca apatah lagi menelitinya?

Di negara maju, media dianggap sebagai salah satu mekanisme yang boleh memainkan peranan dalam menegakkan akauntabiliti awam. Lazimnya media adalah sumber maklumat kepada orang awam untuk mengetahui isu dan peristiwa semasa di dalam dan luar negara. Tidak kurang juga media telah mendedahkan isu salah laku, kepincangan pengurusan dan skandal kewangan di sektor swasta dan awam. Peranan media juga boleh memberi kesan kepada stakeholders dan pelbagai pihak yang berkaitan dengan organisasi yang dilaporkan. Dengan berita yang berbentuk analitikal dan investigatif, media seringkali berjaya menarik minat orang awam mengenai sesuatu isu melalui hujah mereka.

Baru-baru ini, selepas Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2005 untuk Akaun Kerajaan Persekutuan/Negeri/Badan Berkanun Persekutuan dibentangkan di Parlimen, ia telah menjadi bahan ‘hangat’ yang ingin diperolehi oleh pelbagai pihak termasuk media. Seperti amalan sejak tiga tahun yang lepas, Jabatan telah memuatkan kandungan laporan tersebut di Laman Web rasmi Jabatan di http://www.audit.gov.my sebaik sahaja Laporan dibentangkan di Parlimen. Orang awam berpeluang mengakses Laporan Ketua Audit Negara menerusi Laman Web Jabatan. Tidak kurang juga yang menghubungi Jabatan untuk mendapatkan salinan. Ada juga yang ingin mewawancara Ketua Audit Negara dan pegawai Audit. Namun bukanlah menjadi amalan Jabatan untuk mengadakan sidang akhbar setiap kali selepas Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan.

Sungguhpun demikian, Jabatan Audit Negara memerlukan media supaya peranan Audit dan hasil pengauditan diketahui umum dan ini dengan sendirinya memberi kesan penghalang (deterrent) kepada penjawat awam. Secara umum, maklum balas yang diterima oleh Jabatan daripada orang awam menunjukkan bahawa mereka menerima baik penyiaran isu Laporan Ketua Audit Negara oleh media. Ini membolehkan mereka memahami perkara yang dilaporkan dan berharap

ia juga akan menimbulkan kesan sampingan kepada pihak yang telah diberi amanah agar sentiasa berhati-hati kerana mereka menjadi perhatian umum. Ini merupakan satu amalan demokrasi yang sihat untuk mempertingkatkan tanggungjawab akauntabiliti awam.

Bagaimanapun, ada juga pihak tertentu yang cuba mempertikaikan isu Laporan Audit melalui interpretasi atau analisis sendiri sambil mempersoalkan kewibawaan Institusi Audit. Hakikatnya, tanggapan seperti itu adalah tidak berasas kerana pihak berkenaan kurang maklumat mengenai sistem pengurusan kewangan Kerajaan ataupun latar belakang sesuatu isu.

Pelaksanaan pengauditan oleh Jabatan Audit Negara memang selama ini adalah mengikut Standard Pengauditan Antarabangsa dan Manual Prosedur Kualiti Jabatan Audit Negara MS IS0 9001:2000 dan dijalankan oleh pegawai Audit yang terlatih dan berpengalaman. Segala penemuan Audit adalah disokong dengan bukti yang kukuh, kertas kerja Audit yang terperinci dan disemak oleh beberapa peringkat pegawai di Jabatan sebelum dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Peranan media dalam membantu menyedarkan orang awam tentang akauntabiliti awam adalah satu usaha yang murni. Untuk mengelakkan salah lapor mengenai sesuatu isu, pihak berkenaan wajar mendapat maklum balas daripada Jabatan Audit Negara terlebih dahulu. Namun sekiranya ia digunakan oleh pihak tertentu untuk menyuarakan pendapat tanpa usul periksa dengan Jabatan Audit Negara, tidak mustahil berita yang kurang tepat akan disiarkan. Ini boleh mencemarkan reputasi Jabatan Audit Negara sebagai sebuah institusi unggul dalam menegakkan akauntabiliti di sektor awam.

Peranan Media Dalam Meningkatkan Akauntabiliti Awam

Antara Liputan Akhbar terhadap Jabatan Audit Negara

“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

(Surah An-Nisaa’, 4: 148)

Page 9: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

� |JULAI - DISEMBER 2006

TARIKH LAWATAN/KUNJUNGAN AKTIVITI

5 Julai 2006

Delegasi 6 orang dari National Audit Office of The People’s Republic of China yang diketuai oleh Mr. Linghu An, First Deputy Auditor General.

Perbincangan mengenai pendekatan audit dan pelaksanaan mengenai pengauditan prestasi.

24 Julai 2006 Duta Besar Austria, Dr. Donatus Koeck. Kunjungan hormat kepada Ketua Audit Negara Malaysia.

8 Ogos 2006

Delegasi 5 orang dari Public Enterprises Portfolio Committee of the South African Parliament diketuai oleh Pengerusi, The Honorable Mr. Yunus Carrim.

Membincangkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Audit Negara dalam mengaudit Anak Syarikat Kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri.

5 September 2006

Delegasi 2 orang dari Central Organisation for Control and Audit (COCA) Yemen yang diketuai oleh Presiden COCA, Dr. Abdullah Abdullah Al-Sanafi.

Perbincangan ringkas mengenai kerjasama dalam bidang pengauditan dan cadangan untuk menghantar pegawai mereka untuk dilantik secara sangkutan di Jabatan Audit Negara Malaysia.

18 September 2006

Delegasi 10 orang dari Bangladesh Public Administration Training Centre (BPATC) diketuai oleh Rektor, Mr. Md Abdus Salam Khan.

Perbincangan mengenai pelantikan kakitangan Jabatan Audit Negara, penggunaan ICT dalam Perkhidmatan Awam dan peranan Jabatan dalam menangani isu integriti.

2 November 2006 Deputy Auditor General of Australia, Mr. Steve Chapman

Kunjungan hormat kepada Ketua Audit Negara Malaysia.

20 November 2006

Delegasi 5 orang ahli J/K Audit Negara dari Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Y.M. Pengiran Dato Paduka Hj. Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Hj. Ismail, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi J/K Audit Negara

Kunjungan hormat kepada Ketua Audit Negara dan mendapatkan penerangan mengenai Peranan dan Tanggungjawab Jabatan dan hubungan dengan Public Accounts Committee (PAC)

LAWATAN ANTARABANGSA

Peranan Ketua Jabatan Dalam Memantapkan Pengurusan Kewangan Kerajaan

PETIKAN DARI CERAMAH KAN

Pada 16 Julai 2006 Ketua Audit Negara telah dijemput berucap di Kampus INTAN Wilayah Timur, Kemaman,

Terengganu mengenai peranan Ketua Jabatan dalam memantapkan pengurusan kewangan Kerajaan. Beliau telah menekankan antara syarat untuk memantapkan pengurusan kewangan ialah anggota yang diberi tugas perlu:

i) Arif tentang tugas dan tanggungjawabnya;ii) Mempunyai keupayaan melaksanakan tugas;iii) Memahami tahap prestasi dan standard yang diharap;

daniv) Memberi komitmen dan mengenepikan kepentingan

peribadi.

Beliau juga menjelaskan kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai kawalan pengurusan, kawalan hasil, kawalan perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang amanah dan pengurusan aset. Antara punca yang menyebabkan kelemahan terhadap pengurusan kewangan

ialah:

i) Pegawai penyelia kurang menyemak dan mengawasi kerja yang dijalankan oleh kakitangan;

ii) Pegawai yang menyelenggara rekod perakaunan tidak diberi latihan dan panduan yang secukupnya;

iii) Pegawai Pengawal atau pihak pengurusan kurang memberi perhatian kepada aspek pengurusan kewangan;

iv) Kurang pematuhan terhadap undang-undang, peraturan kewangan dan standard perakaunan; dan

v) Sistem, kaedah dan teknologi yang digunakan tidak berubah.

Kesimpulan dari ucapan Ketua Audit Negara ialah tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal dalam menegakkan akauntabiliti awam dapat dicapai dengan pematuhan kepada peraturan kewangan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Page 10: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| �0

WARGA AUDIT DI SANA-SINI

Puan Sri Fatimah bt. Hashim menerima cenderahati sempena Majlis Penamaan Auditorium Ahmad Noordin

pada 9 November 2006.

Kursus PTK Gred W54 Jabatan Audit Negara

Kunjung Hormat Ketua Audit Negara kepada Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud,

Ketua Menteri Sarawak.

Lawatan akademik Mahasiswa Diploma Perakaunan, Politeknik Kota Bharu, Kelantan ke Jabatan Audit Negara

Sesi Team Building di Akademi Audit Negara

Expedisi Gua Mulu oleh anggota Kelab Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan.

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 16 Oktober 2006.

Lawatan Pegawai Kanan Negara Bangladesh ke Akademi Audit Negara

Majlis Menghadap DYMM Sultan Pahang oleh Ketua Audit Negara dan Pegawai Kanan Jabatan Audit Negara.

Lawatan Ketua Audit Negara ke tapak cadangan pejabat Cawangan Audit Negeri Perak

Ketua Audit Negara dan Pegawai Kanan Jabatan Audit Negara beserta tetamu yang menghadiri majlis Penamaan Auditorium

Ahmad Noordin dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali

Perjumpaan Tahunan Ketua Audit Negara dengan Firma Audit Swasta pada 10 November 2006

Page 11: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

�� |JULAI - DISEMBER 2006

Puan Sri Fatimah bt. Hashim menerima cenderahati sempena Majlis Penamaan Auditorium Ahmad Noordin

pada 9 November 2006.

Sesi Team Building di Akademi Audit Negara

WARGA AUDIT DI SANA-SINI

Majlis Penyampaian Sijil Program Anak Angkat Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sabah

Perasmian Surau Al-Muhassabah, Akademi Audit Negara oleh Ketua Audit Negara

Lawatan Pegawai Kanan Negara Bangladesh ke Akademi Audit Negara

Penyerahan Sijil Audit terhadap Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Johor oleh Ketua Audit Negara kepada Pegawai Kewangan

Negeri Johor.

Ketua Audit Negara semasa menghadiri Persidangan ASOSAI di Shanghai, China

Penyerahan Sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Yogyakarta kepada wakil Kementerian Luar Negara.

Lawatan Ketua Audit Negara ke tapak cadangan pejabat Cawangan Audit Negeri Perak

Anggota Jabatan Audit Negara menjalaniLatihan Persediaan Kecemasan dan Kebakaran di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya

Pasukan Lawn Bowls Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Kedah di Kejohanan Lawn Bowls MAKSAK (KEDAH) 2006

Sebahagian penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang beramah mesra dengan Ketua Audit Negara selepas majlis Hari

Kualiti Jabatan.

Page 12: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| �2

Jabatan Audit Negara telah menghantar delegasi seramai empat orang pegawai kanan terdiri daripada Ketua Audit

Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Encik Mustafa Bin Hj Saman, Encik Khalid Khan Bin Abdullah Khan dan Encik Md. Tahib Bin Radzuan ke Persidangan ASOSAI (Asian Organisation of Supreme Audit Institutions) ke 10 yang berlangsung pada 9 hingga 15 September 2006 di Shanghai, China. Persidangan ini diadakan setiap tiga tahun sekali. Aktiviti utama yang berlangsung pada persidangan tersebut adalah: • Pemilihan Ahli Lembaga Pengelola ASOSAI untuk tempoh

2006 hingga 2009;• Mesyuarat Lembaga Pengelola ASOSAI ke 36 dan 37; • Mesyuarat Jawatankuasa Latihan ASOSAI; dan• Simposium ASOSAI ke 3.

Pada pemilihan Lembaga Pengelola ASOSAI, Malaysia telah dipilih untuk penggal kedua bagi tempoh 2006 hingga 2009.

Malaysia merupakan Ahli Lembaga Pengelola ASOSAI untuk tempoh 2003 hingga 2006. Lembaga Pengelola ASOSAI untuk sesi 2006 hingga 2009 dianggotai oleh sembilan buah negara iaitu Arab Saudi, China, India, Jepun, Korea Selatan, Kuwait, Pakistan, Turki dan Malaysia.

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang telah membentangkan kertas negara bertajuk “The Role of the National Audit Department of Malaysia in Promoting Government Accountability”.

Semasa perhimpunan tersebut juga, beberapa buah negara anggota telah mengadakan perbincangan dua hala dengan Ketua Audit Negara Malaysia. Jabatan Audit Negara Malaysia diminta untuk memberi kerjasama dalam bidang latihan Pengauditan Prestasi dan ICT sebagai mengiktiraf kemajuan serta pengalaman Malaysia dalam pengauditan sektor awam.

Malaysia Dipilih Sebagai Ahli Lembaga Pengelola ASOSAI

Sambutan Hari Q dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Jabatan Audit Negara telah mengadakan sambutan Hari Kualiti yang bertemakan

‘Integriti dan Kualiti Tunggak Kecemerlangan’ pada 9 November 2006 di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Amrin bin Buang, Ketua Audit Negara telah menyampaikan amanat pada majlis tersebut.

Antara lain, beliau menyatakan “dengan merayakan Hari Q dan Hari Integriti secara serentak memberi kesempatan kepada warga audit untuk sekali lagi bermuhasabah tentang sumbangan kita terhadap membudayakan kedua-dua nilai murni ini iaitu Kualiti dan Integriti. Kualiti dan integriti amat saling kait mengait dalam sesuatu organisasi, tidak terkecuali Jabatan Audit Negara. Integriti berhubung kait dengan sikap kita yang menerima amanah membuat kerja dengan jujur, ikhlas dan cekap. Integriti diukur bukan setakat sama ada kita terlibat dengan rasuah tetapi juga sama ada kita terlibat dengan penyalahgunaan kuasa, sama ada

kita patuh kepada segala peraturan yang ada di dalam tempoh kerja atau di luar tempat kerja. Juga sama ada kita boleh dipercayai untuk menunaikan segala janji kita, termasuklah Akujanji kita kepada majikan kita, iaitu Kerajaan Malaysia. Untuk membudayakan kedua-dua nilai murni ini kita perlu mengakui akan kekurangan-kekurangan kita dan berazam dan beriltizam untuk berusaha ke arah penambahbaikan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran”.

Sempena dengan Hari Kualiti JAN, Ketua Audit Negara juga telah melancarkan tiga Garis Panduan Pengauditan yang baru:-

i. Garis Panduan Pengauditan Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri;

ii. Garis Panduan Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Institusi Agama Islam Yang Lain; dan

iii. Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Jabatan Perhutanan.

Kemuncak kepada Hari Kualiti JAN adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 kepada 108 orang pegawai Jabatan di mana mereka menerima Sijil dan wang tunai. Sebagaimana amalan tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini seramai 72 orang pegawai JAN yang telah berkhidmat selama 25 tahun dianugerahkan Sijil Penghargaan Perkhidmatan dan cenderahati sumbangan KAN. Seterusnya Sijil Penghargaan dianugerahkan kepada pasukan Inovasi JAN yang memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dan pasukan KMK Cawangan Audit Negeri Sembilan yang menjuarai Konvensyen KMK peringkat Negeri Sembilan dan seterusnya bertanding di peringkat kebangsaan.

Pada hari yang sama, JAN juga telah mengadakan Majlis Penamaan Auditorium Ahmad Noordin. Sambutan Hari Kualiti telah diakhiri dengan jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali.

TANDA ARAS

“Apabila saya meminta saudara-saudari menjadikan Jabatan Audit Negara sebagai Jabatan contoh dan saudara-saudari sebagai pegawai contoh tentulah ia bermaksud menjadi contoh yang baik kepada para auditi kita dalam serba-serbi; contoh yang boleh diteladani – baik dari segi penampilan diri, dari segi budi bahasa, kemesraan, tutur kata, perangai sehinggalah ke mutu kerja dan integriti. Profesion pengauditan adalah suatu profesion yang mulia kerana menegur yang salah, memperbetulkan yang silap, menegakkan kebenaran dan ketelusan.”

(Petikan Ucapan Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang semasa Hari Kualiti Jabatan Audit Negara 2006)

Page 13: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

�3 |JULAI - DISEMBER 2006

Kementerian/Jabatan yang melaksanakan projek pembinaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Projek

Pembinaan bagi memastikan projek pembinaan yang dirancang dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kualiti yang baik. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

• Memantau aspek pelaksanaan projek pembinaan melalui mesyuarat, perbincangan dan lawatan ke tapak projek untuk membuat pemeriksaan secara fizikal. Tujuannya adalah untuk memastikan kontraktor yang dilantik mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan di dalam kontrak yang telah ditandatangani.

• Memastikan kerja pembinaan menepati pelan dan spesifikasi, ujian dilaksanakan ke atas bahan yang digunakan dan semua rekod ujian, sijil pengesahan kualiti atau pemeriksaan diselenggarakan dengan kemas kini. Antara rekod yang perlu disemak ialah:-

- Buku harian tapak; - Laporan pengawasan dan kelulusan kerja konkrit; - Kajian tanah; - Rekod kerja lantakan cerucuk; - Laporan ujian ke atas simen, pasir dan batu baur juga

concete cube test dan slump test.

• Memastikan kontraktor mempunyai tenaga kerja yang cukup, berkelayakan, berpengalaman dan mampu melaksanakan kerja dengan baik. Kebajikan dan keselamatan mereka juga terjamin.

• Memastikan Jurutera projek supaya sentiasa mengawasi dan menyelia kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerjanya, memberi tunjuk ajar secara praktik, mengamalkan etika kerja yang bermutu tinggi dan menggunakan kaedah pembinaan terkini.

• Memastikan semua bahan dan peralatan disimpan di tempat yang bersesuaian, jika perlu tempat yang berbumbung, permukaan yang rata dan dikendalikan dengan cermat supaya tidak menjejaskan kualiti atau membawa masalah kepada binaan kelak.

• Memantau ciri-ciri keselamatan di tapak bina untuk memastikan keadaan persekitaran tapak bina selamat daripada kemungkinan berlaku kemalangan akibat ada objek berat yang jatuh, besi tajam yang mungkin terpijak, lantai licin dan berpasir yang boleh tergelincir dan juga struktur yang sedang dibina mungkin boleh runtuh dan patah. Oleh itu pastikan semua pekerja yang memasuki kawasan binaan memakai semua peralatan keselamatan dan f irst-aid box sentiasa diletak di tempat yang mudah diambil.

• Pemantauan perlu dilakukan semasa kerja konkrit sedang dilakukan, pastikan slump test telah dibuat dan konkrit cube test untuk 7 hari dan 28 hari selepas dilakukan kerja konkrit. Semasa hamparan konkrit dilakukan, pemantauan

dibuat terhadap kegunaan vibrator bagi tujuan pemampatan. Kerja konkrit yang telah siap perlu di lindung dengan guni basah selama 3 hari.

• Pemantauan pembinaan jalan juga perlu dilakukan supaya tiada takungan air di atas jalan, jalan tidak berlubang dan mengalami keretakan, dicat dengan ketebalan cat jalan 3mm dari permukaan jalan sebagaimana di dalam Bill of Quantities (B.Q.) Ketebalan premix jalan perlu diukur dengan melaksanakan ujian coring. Ketebalan premix jalan biasanya 100mm atau 60mm .

• Pemantaun pembinaan longkang dengan cara mengukur lebar dan dalam longkang adalah mengikut pelan, tiada air bertakung di dalam longkang akibat ada sampah, jatuhan mortar (campuran pasir dan simen) atau tumbuhan di dalam longkang.

Berdasarkan pengalaman dalam memantau dan menjalankan pengauditan projek pembinaan, walaupun sesuatu projek itu dipantau dengan rapi masih terdapat banyak kecacatan berlaku yang boleh menyebabkan kegagalan struktur seterusnya kelewatan penyiapan projek. Antaranya ialah:-

• Kelemahan khidmat perunding seperti tidak mempunyai wang yang cukup, terpaksa memberhentikan pekerja/tidak melantik pekerja pakar menyebabkan penyelidikan yang dijalankan tidak terperinci, plan tidak bermutu dan pengawasan di tapak bina tidak rapi menyebabkan kerja yang dihasilkan oleh kontraktor bermutu rendah.

• Kontraktor yang dipilih tidak mempunyai pengalaman kerja, tidak mempunyai pekerja mahir dalam aspek teknikal dan mempunyai masalah kewangan. Disamping itu pekerjanya kurang mengikuti latihan dibidang yang diperlukan bagi mencapai prestasi kerja yang maksimum.

• Kurangnya pengawasan kerja pembinaan bagi memastikan kerja yang dilaksanakan bermutu tinggi dan menggunakan kaedah pembinaan terkini.

• Bahan Binaan yang digunakan tidak menepati spesifikasi kontrak. Bahan yang belum digunakan tidak disimpan dengan sempurna dan dikendalikan dengan berhati-hati.

PEMANTAUAN PROJEK PEMBINAAN

Oleh: Hj. Anwari bin Suri Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

Hj. Abdul Razak bin Hj. Sulong Penasihat Teknikal, Jabatan Audit Negara

Pemantauan yang dijalankan terhadap Projek Pembinaan Akademi Audit Negara

Page 14: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| ��

PENGURUSAN KEWANGAN

TIP PEMERIKSAAN KE ATAS DOKUMEN YANG BERKAITAN PENGURUSAN KEWANGAN

[SIRI �]

Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1982 dan Arahan Perbendaharaan antara lainnya menetapkan peranan dan tanggungjawab Ketua Kementerian/Jabatan sebagai Pegawai Pengawal dan Ketua Pegawai Perakaunan. Sehubungan ini, Pegawai Pengawal perlu menentukan sumber yang secukupnya diperolehi dan digunakan secara optimum untuk mencapai objektif Kementerian/Jabatan. Berikut adalah tip ringkas mengenai kawalan pengurusan kewangan yang perlu diberi perhatian oleh Pegawai Pengawal.

Bil Perkara DiperiksaRujukan

Arahan/Pekeliling

Tempoh

Harian Mingguan Bulanan ¼ tahun

½ tahun Tahunan

KAWALAN PENGURUSAN

1 Carta Organisasi lengkap dan kemas kini PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Sentiasa [kemas kini apabila ada perubahan (tambahan/kurangan)]

2 Manual Prosedur Kerja (MPK) lengkap dan kemas kini

PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Sentiasa (kemas kini apabila ada polisi/peraturan baru)

3 Fail Meja lengkap dan kemas kini PKPA Bil.8 Tahun 1991 Sentiasa (kemas kini apabila ada polisi/peraturan baru)

4

Daftar Pemeriksaan Mengejut terhadap• Stok setem• Panjar wang runcit• Kaunter pungutan wang• Barang berharga yang lain

Arahan Perbendaharaan 309 /

5Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2004 /

6Laporan Suku Tahun JPKA peringkat PTJ mengikut format

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2004 /

7 Laporan Suku tahun JPKA yang disatukan mengikut format

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2004 /

8Laporan suku tahun JPKA disatukan, dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia mengikut tempoh

Pekeliling Perbendaharaan Bil.8 Tahun 2004 /

9Keahlian Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1/1998 dan No. 1/2000 /

10 Penubuhan Unit Audit Dalam (UAD) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 tahun 2004 Wujud dan berfungsi

11 Laporan Jawatankuasa UAD dikemukakan ke Perbendaharaan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993

/

12Pegawai yang menyalahi peraturan kewangan mengikut Peraturan – peraturan Pegawai Awam

Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib 1993) Jika ada perlu ambil tindakan segera

KAWALAN PENERIMAAN

1 Buku Tunai (bersama resit/lesen) Arahan Perbendaharaan 80(b) /

2 Penyata Pemungut, bank-in slip Arahan Perbendaharaan 80(e) /

3 Resit Akauntan Negara/Negeri Arahan Perbendaharaan 80(d) /

4 Daftar Mel Arahan Perbendaharaan 80(e) /

5 Resit yang sedang digunakan Arahan Perbendaharaan 80(c) /

6 Daftar Borang Hasil (Kew. 67 dan Kew. 68) Arahan Perbendaharaan 67(a) /

Page 15: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

�5 |JULAI - DISEMBER 2006

Bil Perkara DiperiksaRujukan

Arahan/Pekeliling

Tempoh

Harian Mingguan Bulanan¼

tahun½

tahun Tahunan

7Penyata Borang Hasil diselenggara untuk merekod terimaan dan keluaran buku resit

Arahan Perbendaharaan 66(a) /

8 Borang Hasil yang dikeluarkan mengikut susunan nombor yang betul

Arahan Perbendaharaan 66(c) /

9 Kebenaran KSU Perbendaharaan bagi hasil yang dipungut dengan setem hasil Arahan Perbendaharaan 64(a) Jika ada

10Setem hasil dibatalkan dengan sempurna oleh pegawai yang diberi kuasa Arahan Perbendaharaan 64(b)

Sentiasa (kemas kini apabila ada perubahan pegawai/pegawai

yang diberi kuasa)

11Kebenaran bertulis kepada pegawai yang menerima wang dan satu rekod diselenggara

Arahan Perbendaharaan 69Sentiasa

(kemas kini apabila ada perubahan pegawai/pegawai yang diberi kuasa)

12 Notis kepada orang awam untuk minta resit Arahan Perbendaharaan 61 Sentiasa

13 Pinda resit adalah dilarang. Resit batal perlu disimpan bersama salinannya

Arahan Perbendaharaan 62 Sentiasa

14Semua cek/kiriman/wang pos dan sebagainya dipalang ‘Tak Boleh Niaga” dengan segera

Arahan Perbendaharaan 76 Jika ada

15Sistem resit bermesin, sistem tersebut perlu diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan

Arahan Perbendaharaan 91 Apabila dilaksanakan

16Kasyer tidak terlibat dalam penyelenggaraan rekod hasil. Jika terlibat perlu ada kebenaran bertulis

Arahan Perbendaharaan 73Sentiasa

(kemas kini apabila ada perubahan pegawai/pegawai yang diberi kuasa)

17Pungutan dimasukkan ke bank dengan segera Arahan Perbendaharaan 78(a) /

18Peraturan kawalan keselamatan penghantaran wang ke bank dipatuhi Arahan Perbendaharaan 137 /

19 Kemasukan pungutan ke bank dicatat ke dalam buku tunai Arahan Perbendaharaan 79(b) /

20Tindakan susulan diambil bagi mendapatkan hasil yang tertunggak Arahan Perbendaharaan 328 (a) /

21

Tunggakan yang tidak dapat dipungut setelah usaha diambil, tindakan ada dibuat untuk menghapuskan hasil berkenaan dengan kebenaran tertentu

Arahan Perbendaharaan 328 (a) dan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 7 Tahun 1986

/

22 Penyediaan Penyata Akaun Belum Terima (ABT)

/

23 Senarai Cek Tak LakuSurat Perbendaharaan ANM Bilangan 1 Tahun 1994 /

KAWALAN PERBELANJAAN

1Peruntukan hendaklah diagihkan mengikut peraturan Kerajaan

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2006 /

2 Daftar Pembayaran Arahan Perbendaharaan 98(a) /

3 Penyata Penyesuaian Bank Surat Pekeliling ANM Bilangan 2 Tahun 1986

/

4 Buku Vot

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 1987 dan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1992

/

5 Penyata Perbelanjaan Bulanan Arahan Perbendaharaan 143(b) /

6 Penyesuaian Buku Vot (Perbelanjaan/Amanah)

Arahan Perbendaharan 143(b) dan Pekeliling Perbendaharaan 8 Tahun 1987

/

7 Daftar BilArahan Perbendaharaan 103(b) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan 10 Tahun 1995

/

Page 16: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| �6

PETIKAN DARI CERAMAH EKSEKUTIF

Tajuk : Urus Tadbir Dalam Sektor Perkhidmatan Awam - Isu Dan Cabaran

Oleh : Y. Bhg. Dato’ Seri Megat Najmuddin Bin Datuk Seri Hj. Megat Khas (Presiden, Malaysia Institute Of Corporate Governance)

Antara visi negara ialah:• Mencapai Wawasan 2020• Menjadi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa• Mengadakan Infrastruktur Bertaraf Dunia • Mengadakan Pelan Induk untuk Pasaran Modal • Mempunyai Peratusan Kadar Simpanan Yang Tinggi

Bagi mencapai Wawasan 2020, perkara utama yang ditekankan dalam RMK-9 ialah pembangunan modal insan yang merangkumi peningkatan ilmu pengetahuan, pemikiran dan sikap progresif, moral yang kuat dan nilai etika yang tinggi. Perkhidmatan Awam perlu ditadbir dengan profesionalisme dan bijaksana. Sistem penyampaian awam hendaklah berjalan dengan lancar dan para pentadbir mestilah mempunyai integriti.

Untuk mewujudkan pentadbiran bertaraf dunia, Perkhidmatan Awam mestilah menerapkan kepercayaan dan keyakinan kepada pelabur tempatan dan luar negara bagi mencapai visi negara dengan mempunyai imej yang baik, reputasi yang meyakinkan dan telus dalam tindakan.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, hanya kita yang menentukan corak dan hala tuju untuk masa depan negara. Ini bermakna generasi kini harus bertanggungjawab dalam merealisasikan impian demi kejayaan negara kita.

Tajuk : Kaedah Sistematik Membaca, Melancar & Menghafaz Al - Quran

Oleh : Dr. Hj. Mohd Shafie bin Hj Md. Amin Pengerusi Al – Huffaz Consulting Sdn. Bhd.

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mulia, diturunkan sebagai panduan hidup kepada manusia” – firman Allah s.w.t.

Membaca Al-Quran dan mengambil teladan serta panduan daripadanya hendaklah menjadi amalan dalam kehidupan setiap Muslim. Antara kelebihan Al-Quran adalah memberi ketenangan, mengasah akal dan memberi kekuatan minda, membina jiwa yang kuat, membina keluarga yang bahagia dan memberi barakah. Memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran akan mendapat syafaat yang terbesar di akhirat kelak.

Persediaan mental dan emosi amat penting bagi membaca, melancar dan menghafaz Al-Quran. Antara persediaan tersebut adalah niat yang betul, menjalin hubungan baik dengan Allah s.w.t. dan sesama manusia. Menghafaz Al-Quran akan menjadikan kita lebih bertaqwa dan mengenali Allah s.w.t. dengan lebih dekat.

Antara punca yang membuatkan kita sukar menghafaz ayat Al-Quran adalah tidak mengamalkan teknik yang betul, tiada jadual mengulang yang sistematik dan tidak mengawal diri daripada melakukan maksiat.

Tajuk : Kualiti Bermula Daripada Anda

Oleh : Haji Ahmad bin Berek P&Q Consult Sdn. Bhd

1. Menusia mempunyai kemampuan dan potensi yang tinggi dan tidak berbatas:

i. Mencari, membuat dan memperdagangkan ilmu. ii. Menghayati, mengamal dan membudayakan ilmu. iii. Mencipta Teknologi ( hardware dan software ). iv. Menggunakan Teknologi secara meluas untuk

membina kekayaan dan kemakmuran. v. Menguasai bumi, lautan, angkasa lepas. vi. Mencipta: a) Produk/dan servis b) Tradisi c) Budaya d) Peradaban

2. Pemurnian konsep pekerjaan daripada perspektif : i. Pengurusan: a) Pekerjaan ialah aktiviti / proses untuk meningkatkan nilai ekonomi,sentimental, spiritual,estatika, sejarah, rawatan, dan lain-lain. b) Pendekatan bersistem ( system approach ). Input Proses Output Outcome c) Mesti ada kualiti, produktiviti, kaizen dan inovasi. d) Bisnes ialah peperangan ekonomi. Senjatanya ialah produk/dan servis berkualiti dan berkos rendah. e) Dan lain-lain. ii. Falsafah: a) Kerja bukanlah matlamat tetapi hanya satu alat untuk:

* Mencari kebenaran hidup. Kebenaran ada di mana-mana.

* Mencari kebahagiaan hidup. Kebahagiaan ada di mana-mana.

* Menjadi manusia yang baik dan berguna kepada diri, negara, keluarga, rantau, organisasi, dunia, masyarakat dan ummah.

b) Rugi lagi malang orang yang: * Ponteng bekerja. * Bekerja tidak bersungguh-sungguh/serius. * Mementingkan diri sendiri. * Dan lain-lain. iii. Islam: a) Kerja adalah aktiviti untuk mencari rezki yang halal. b) Kerja adalah satu ibadah yang umum. Ibadah ada nilai-nilai Dunia dan Akhirat.

3. Sejauh mana Kita Manusia Berkualiti Manusia berkualiti mempunyai ciri-ciri dan keupayaan/ kemampuan memberi pelanggan-pelanggan (dalam dan luar ) 4K: * Kepuasan * Kegembiraan * Kebanggaan * Kesetiaan

Page 17: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

�7 |JULAI - DISEMBER 2006

Oleh: Zulkefle b. Awang Kechek Cawangan Audit Kastam

“Elooo (Helloo) Doktor sakit ye????

Masih terbayang akan kisah sewaktu aku ditugaskan menjalankan pengauditan luar iaitu memeriksa pungutan hasil (wang awam) di kaunter/unit klinik perubatan dan pergigian di sekitar Hospital Kuala Lumpur. Pada suatu ketika aku sedang memeriksa kutipan di kaunter Klinik Pakar Sakit Jiwa (Mental) HKL. Kaunter kutipan wang kebiasaannya terletak di ruang hadapan dan terbuka kepada pesakit dan orang ramai. Semasa aku sedang asyik memeriksa kutipan wang dan rekod akaun tunai muncul seorang pesakit mental lelaki dan mula menegur aku:-

Pesakit: “Alooo (Heloo) doktor? Doktor?? Apa khabar??”

Aku cuma berdiam diri dan dalam hati berfikir yang lelaki ini memang seorang pesakit dan datang untuk mendapatkan rawatan dan dia menyangka aku seorang doktor. Aku tak melayannya dan terus menjalankan kerja.

Pesakit: “Alooo doktor? Doktor?? Doktor sakit ye??”

Aku tetap diam.

Pesakit:”Kesian doktor ye…..doktor sakit tulis-tulis ye??

Dalam hati aku rasa nak ketawa mendengar kata-kata beliau.

Ketika berada di Unit Sakit Mental kita berdepan dan melihat berbagai ragam dan gelagat orang kurang siuman: ada yang suka melalak menyanyi, menangis, memukul dan ada yang tak suka pakai baju, lari berbogel ke sana sini di wad rawatan. Ada satu ketika semasa lawatan aku melihat ada yang asyik bermain sejenis permainan kanak-kanak macam main keretapi yang dinamakan Jang Jala Itek ….siap lalu depan aku dan para petugas sakit mental yang mengiringi aku ketika itu.

Banyak pengalaman dan pengajaran aku perolehi ketika bertugas di Cawangan Audit Kementerian Kesihatan. Tahukah anda mengapa sewaktu pembedahan di jalankan kain-kain berwarna hijau gelap/pekat di gunakan di dalam Dewan Bedah??? Aku diberitahu bahawa hanya kain berwarna ini saja lah yang dapat mengelak dari pantulan cahaya kepada mata Pakar Bedah ketika menjalankan sesuatu pembedahan. Oleh itu sekecil-kecil kesilapan akan dapat di elakkan.

Angin ahmar berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat-zat makanan atau nutrien ke otak tersumbat atau pecah. Apabila bekalan oksigen ke otak terputus, sel-sel saraf secara perlahan-lahan akan mati. Ini menyebabkan bahagian badan yang dikawal oleh sel-sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak dapat berfungsi. Selalunya, kesan angin ahmar adalah kekal. Ini disebabkan sel-sel otak yang telah rosak atau mati tidak dapat diganti lagi.

Tanda-tanda amaranApabila terdapat tanda-tanda berikut, dapatkan bantuan perubatan segera.• terasa lemah, kebas atau lumpuh di bahagian muka, tangan

atau sebahagian daripada badan• terasa gelap atau hilang penglihatan• tidak dapat bercakap atau menghadapi masalah bercakap

atau sukar memahami percakapan orang lain• sakit kepala, tidak dapat mengimbangkan badan dan terasa

terumbang-ambing (boleh terjatuh)

Cara mencegah angin ahmarUbah cara hidup anda yang tidak sihat. Jika anda menghadapi penyakit tertentu yang berkaitan, dapatkan rawatan segera.• dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala• kawal tekanan darah tinggi• berhenti merokok• dapatkan rawatan penyakit jantung yang anda hidapi• perbaiki amalan pemakan anda• kekalkan berat badan yang unggul• bersenam selalu• rawat dan kawal diabetes• kurangkan tekanan mental (stress)• pengambilan pil perancang keluarga (kontraseptif)

terutama pil yang mengandungi astrogen yang tinggi boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi terutama bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas

(dipetik dari Buletin Rakan Pembimbing)

INFO KESIHATAN ANGIN AHMAR: APA YANG ANDA PERLU TAHU?

CEBISAN PENGALAMAN

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”

(Surah Al-Maaidah, 5:49 )

Page 18: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| �8

JURUAUDIT GRED W�� (MEMANGKU)

BIL NAMA CAW./BAHAGIAN BARU

1 Paul Chai Sin Ngee Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

2 Teh Kamsiah bt Ahmad Amiruddin

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

3 Nor Hasimah bt Rahmat Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

4 Wan bt. Hassan Pejabat Audit Sekolah Cawangan Johor Bharu, Johor

5 Allias bin Alwi Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

6 Shariffudin bin Mohd Salleh Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

7 Febriana Ika Sari bt. Mohd Jaafar

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

8 Johanna bt. Ngadimun Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

9 Hauriah bt. Panjang Ahmad Sektor Pengurusan Korporat

10 Anuwar bin Asmuni Akademi Audit Negara

11 Zaharuddin bin Zainal Abidin Akademi Audit Negara

12 Fadzilah bt. Hj. Mohamad@Abdullah

Sektor Audit Kerajaan Negeri

13 Bakhtiar bin Mat Dorein Cawangan Audit Negeri Johor

14 Suria bt. Su’ut Cawangan Audit Negeri Sarawak

15 Halimuddin bin Chongge Cawangan Audit Negeri Sabah

16 Saiful Anuar bin Mohd Jaafar Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

17 Sazlina bt. Mat Isa Pejabat Audit Sekolah Cawangan Ipoh, Perak

18 Hanizar bin Hamzah UAD Kementerian Kerja Raya

19 Noraza bt. Mohd Ariff UAD Kementerian Kesihatan

20 Masmiza bt. Mihat Cawangan Naziran Dan Audit Dalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim JPM

21 Khaidir bin Lolot Cawangan Naziran Dan Audit Dalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim JPM

22 Mahani bt. Abdul Hafiz Bahagian Audit Sekolah Kementerian Pelajaran

23 Mona bt. Othman UAD Jabatan Imigresen Malaysia

JURUAUDIT GRED W5�

BIL NAMA KE CAW/BAHAGIAN

1 Mohd Said bin Supar Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

JURUAUDIT GRED W52 (MEMANGKU)

BIL NAMA KE CAW/BAHAGIAN

1 Mohamad Din @ Mohamad Nasir bin Jaafar

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

2 Wan Bushra bt Wan Yusoff Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

3 Holesoh bt Saibon Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

4 Halijah bt Hj. Mohd. Din UAD Kem. Kesihatan Malaysia

5 Saharuddin bin Mahamud UAD Kem. Kerja Raya

6 Lim Chin Teong Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

JURUAUDIT GRED W�8 (MEMANGKU)

BIL NAMA CAW./BAHAGIAN BARU

1 Nadhirah bt Hj. Abdul Wahab Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

2 Chiew Koh Chon Cawangan Audit Negeri Johor

3 Mohd. Serjana bin Ibrahim Cawangan Audit Negeri Terengganu

4 Mohd Nasri bin Mohd Nasir Cawangan Audit Negeri Selangor

5 Noor Akma bt Mohd Baki UAD Kem. Perdagangan Antarabangsa dan Industri

6 Azunan bin Daud UAD Kem. Pertanian dan Industri Asas Tani

7 Misnon bin Hj. Ihsan UAD Kem. Kebudayaan Kesenian dan Warisan

8 Lailatun bt Abdul Hamid UAD Kem. Kesihatan

9 Haliza bt Mohd Aris UAD Kem. Kesihatan

10 Nikrul Tarmizi bin Awalludin UAD Jab. Pengangkutan

11 Nor Haiza bt Abd. Aziz @ Joned

UAD Kem.Pelajaran Malaysia

12 Balachandren a/l P.E. Achen UAD Kem. Pelancongan Malaysia

13 Ahmad Sanusi bin Yaacob Cawangan Audit Negeri Kedah

14 Dr. Masiah bt Ahmad Cawangan Penyelidikan, Sektor Pengurusan Korporat

15 Abid bin Abdul Jalil Cawangan Audit Negeri Perlis

16 Rokiah bt Sahat Cawangan Naziran Dan Audit Dalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim JPM

17 Raftah bt Ibrahim UAD Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 Shaffie bin Abdul Hassan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Kenaikan Pangkat(Julai - Disember 2006)

MODAL INSAN

Days

Whether they are like the flickering light of a candle,Rather unknowing if it’s easy or hard to handle,

Whether they are gone like a slithering eel,Or clouds in grief tragically slow you feel,

Neither fret nor worry could ever returned to you,The precious gift of days come and go 24 hours due.

oleh : Noor Akma bt Mohd BakiUAD MITI

... dari segi integriti, kita perlu sentiasa jujur dan ikhlas semasa menjalankan tugas, kita tidak boleh melakukan rasuah, tak boleh seleweng atau menyalahgunakan kuasa kita untuk kepentingan diri sendiri dan kita tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang dan peraturan Kerajaan.

(Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang)

Page 19: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

�� |JULAI - DISEMBER 2006

Pertukaran(Julai - November 2006)

Bil. Nama Sektor/Cawangan Baru

1. Yuhasnan bin Hj. Dollah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

2. Huzaire bin Ishak UAD Kem. Pengangkutan Malaysia

3. Ching Yee Fong Cawangan Audit Negeri Perak

4. Salmah bt. Ali UAD Kem. Tenaga, Air & Komunikasi

5. Norzaliza bt. YaSektor Audit Kerajaan Persekutuan

6. Shareena bt. Bais UAD Kem. Perumahan dan Kerajaan Tempatan

7. Haniza bt. Hassan Cawangan Audit Negeri Johor

8. Toha bin Sharif UAD Kem. Belia dan Sukan

9. Kamariah bt. Bapoo Cawangan Audit Negeri Kedah

10. Zaaba bin Zainuddin Bahagian Penyelidikan, Sektor Pengurusan Korporat

11. Khalid Khan bin Abdullah Khan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

12. Rosni bt. Razali Akademi Audit Negara

13. Siti Eishah bt. Narudin Cawangan Audit Negeri Sarawak

* UAD - Unit Audit Dalam

Meninggal Dunia (Julai - November 2006)

Bil. Nama Sektor/Cawangan

1. Rohani binti YaacobSektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

2. Zabedah binti Ismail Cawangan Audit Negeri Perlis

3. Tan Sin Kiong UAD Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar

4. Hj. Nordin bin Salamat Cawangan Audit Negeri Johor

MODAL INSAN

Penerima Pingat dan Darjah Kebesaran(Julai - Disember 2006)

Persaraan(Januari - Jun 2006)

Bil. Nama Cawangan/ Bahagian

1. Sariah bte Muhamad Pejabat Ketua Audit Negara

2. Abu Bakar bin Mohd Hanafiah Cawangan Audit Negeri Perak

3. Md. Seth bin Ismail Cawangan Audit Negeri Johor

4. Mohamad Said bin Md. Salleh Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

5. Mohd Za’afar bin Ibrahim Cawangan Audit Negeri Terengganu

6. Rihat anak Jandawai Cawangan Audit Negeri Sarawak

7. Norisah bte Ab Ghani Cawangan Audit Negeri Kedah

8. Zainon bte Rafiee Cawangan Audit Negeri Johor

9. Husin bin A. Gani Cawangan Audit Negeri Pahang

10. Johari bin IsmailCawangan Audit Negeri Sarawak

11. Tan Giok Lin Cawangan Audit Negeri Sabah

12. Mohd Yusoff bin Awang Hamat Bahagian Pengurusan

Persaraan(Julai - Disember 2006)

Bil. Nama Jawatan Cawangan Pingat/Darjah Kebesaran

1. Hjh. Zainun bt Taib Timbalan Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Ahli Mangku Negara (AMN)

2. Hjh. Normiah bt Mohd Din Penolong Juruaudit Akademi Audit Negara Ahli Mangku Negara (AMN)

3. Azizan bin Nordin Pembantu Juruaudit Pulau Pinang Pingat Jasa Masyarakat (PJM)

4. Saharuddin bin Mahamud Pengarah Audit Negeri Perlis Ahli Mahkota Perlis (AMP)

5. Jamil bin Ibrahim Pembantu Am Rendah Perlis Pingat Jasa Baik (PJB)

6. Hamidah Bi bt Ab. Hamid Penolong Juruaudit Negeri Sembilan Perkhidmatan Masyarakat Cemerlang (PMC)

7. Dalyah bt Jaafar Pembantu Juruaudit Negeri Sembilan Perkhidmatan Masyarakat Cemerlang (PMC)

8. Shariffudin bin Mohd Salleh Juruaudit Kelantan Ahli Setia Kelantan (ASK)

9. Hjh. Rohani bt Yusoff Pembantu Tadbir Rendah Kelantan Pingat Ta’at (PT)

10. Yam Sin Kham Penolong Juruaudit Perak Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

11. Faridah bt Abd. Ghani Penolong Juruaudit Perak Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

12. Awang bin Jali Penolong Juruaudit Sabah Bintang Kinabalu (BK)

13. Mohamad Hatta bin Bujang Penolong Juruaudit Sarawak Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT)

14. Daud bin Nudin Pembantu Tadbir Sarawak Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT)

Page 20: SPEKS: Peluang Dan Cabaran Dalam Pengauditan Penyata ... Buletin/1... · |2 buletin AUDIT SIDANG REDAKSI SALAM EDITOR PENAUNG Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang Ketua Audit Negara

buletin AUDIT| 20

KALENDAR LATIHAN AKADEMI AUDIT NEGARA(JANUARI - JUN 2007)

Nota : Tarikh kursus adalah tertakluk kepada pindaan

Sekolah PengauditanNama Kursus Tarikh KursusAuditan Pengurusan kewangan 19 - 23 MacAuditan Prestasi 19 - 23 Mac

Auditan Prestasi (Agensi Luar)22 - 26 Januari25 - 29 Jun

Auditan Prestasi (MTCP) 14 - 25 MeiAuditan Kontrak Kerja (Agensi Luar) 14 - 18 MeiAuditan Kontrak Kerja (Lanjutan) 11 - 15 JunAuditan Hasil Kerajaan 5 - 9 FebruariAuditan Pengurusan Tanah 14 - 18 MeiAuditan Syarikat 8 - 12 JanuariFraud Auditing 2 - 6 AprilSeminar ‘Awareness and Update of MASA’ 21 - 22 JunSekolah PerakaunanNama Kursus Tarikh KursusModul 3 - Perakaunan Kerajaan 5 - 9 Mac

Seminar Standards Pelaporan Kewangan (FRS) 29 - 31 Januari

Kursus Kewangan (Analisis Penyata Kewangan) 5 - 9 Februari

Kursus Kewangan (Pelaburan & Belanjawan Modal) 11 - 16 Jun

Kursus Intensif Perakaunan 7 - 11 MeiAmalan Terbaik Majlis Agama Islam 9 -10 April

Sekolah Teknologi Maklumat Dan KomunikasiNama Kursus Tarikh KursusModul 1 - ICT Awareness 8 - 12 JanuariModul 2 - ICT Control 12 - 16 FebruariModul 3 - CAATTs & Downloading 26 - 30 MacModul 4 - Auditing SDLC 16 - 20 AprilModul 5 - ICT Security 21 - 25 MeiModul 6 - ICT Performance Audit 25 - 29 Jun

Audit Command Language (ACL)26 Feb. - 2 Mac23 - 27 April18 - 22 Jun

Audit Command Language (ACL) - Agensi Luar 14 - 18 MeiMS Office, Internet and E-Mail 15 - 19 JanuariKursus MLVK - Pembantu Tadbir Sistem Maklumat 19 - 23 Mac

Sekolah PengurusanNama Kursus Tarikh KursusInduksi Umum - Kumpulan I/II 28 Feb - 6 Mac

Induksi Khusus - Kumpulan I/II 7 - 8 MacKursus Pengurusan Integriti 9 MacTeam Building 25 - 27 FebruariKursus Bina Insan 9 - 13 AprilKecemerlangan Kesetiausahaan 7 - 10 MeiPengurusan Rekod dan Fail 13 - 16 JanuariKepimpinan Berkesan 26 - 28 MacKomunikasi Berkesan 21 - 24 Mei

Kursus Bahasa Inggeris23 - 27 Februari 5 - 9 Mac11 - 15 Jun

Pemandu Cemerlang 25 - 27 JunKeselamatan Perlindungan 15 - 16 Januari

Jabatan Audit Negara melalui Akademi Audit Negara sentiasa berusaha mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan mengadakan program latihan yang relevan, terkini dan berkesan. Pembangunan modal insan merupakan aspek penting untuk meningkatkan kecemerlangan anggota Jabatan Audit Negara dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada auditi, masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, sebanyak 25 kursus dan bengkel melibatkan 831 peserta telah dilaksanakan bagi bulan Julai hingga November 2006 dan sebanyak lima kursus bagi 150 peserta dijangka dilaksanakan pada bulan Disember 2006 oleh Akademi Audit Negara. Kursus dan bengkel yang dikendalikan adalah dalam bidang Pengauditan, Perakaunan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Pengurusan. Sejumlah besar kursus/bengkel yang dianjurkan adalah bagi Kumpulan Sokongan. Pembahagian kursus dan bengkel yang dilaksanakan mengikut sekolah serta bilangan peserta terlibat adalah seperti di Jadual berikut:

“Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelek termasuk ilmu sains, teknologi … juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama ”

(YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia)

Jadual : Bilangan Kursus/Bengkel Dan Bilangan Peserta Mengikut Sekolah

Kursus dan bengkel anjuran Akademi Audit Negara adalah terbuka kepada seluruh anggota Perkhidmatan Awam, agensi dan badan profesional dari dalam dan luar negara serta sektor swasta. Sepanjang tempoh bulan Julai hingga November 2006, Akademi Audit Negara telah menganjurkan tiga kursus Pengauditan dan Teknologi Maklumat bagi 80 pegawai dari Unit Audit Dalam pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi dan Institusi Penggajian Tinggi.

SekolahBilangan Kursus/Bengkel

Bilangan Peserta

Pengauditan 7 205

Perakaunan 5 140

Teknologi Maklumat & Komunikasi 6 206

Pengurusan 7 280

Jumlah 25 831

BERITA DARI AKADEMI

Kemajuan Pelaksanaan Kursus dan Latihan

Alamat:Akademi Audit NegaraLot PT23380 Bandar Enstek,71760 Nilai, Negeri Sembilan.Tel: 06-782 2000 | Fax: 06-782 2082