9
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN BERDASARKAN PERUBAHAN WARNA AURA Yohan Kurniawan, Burhan Bin Che Daud dan Hishamuddin Md Som Universiti Malaysia Kelantan Email: [email protected] Abstrak: Kewujudan makhluk ghaib (jin) telah lama dipercayai oleh masyarakat di Nusantara, khasnya kaum Melayu di Malaysia. Objektif kajian menguji dan membangunkan kaedah baharu untuk mengenalpasti kewujudan jin secara saintifik. Kaedah baharu yang dibangunkan untuk mengesan kewujudan jin secara ilmiah disebut SPIBAC (Spirit „s Phenomena Based on The Aura‟s Color). Kajian yang dijalankan menggunakan metod eksperimen, peralatan kajian yang digunakan adalah WinAura Pro dan alat pengeras suara mini. Kajian dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kampus kota, Kota Bharu, Kelantan. Responden kajian sebanyak 3 orang yang memiliki jin saka. Kajian ini dibahagikan menjadi dua kumpulan iaitu responden tanpa jin saka dan responden dengan jin saka. Hasil kajian mendapati bahawa responden yang tidak memiliki jin saka tidak menunjukkan warna aura merah, demikian juga dengan responden yang memiliki jin saka sebelum mendapat perlakuan surah Al-Fatihah juga tidak menunjukkan warna aura merah. Semasa diberi perlakuan berupa surah Al-Fatihah, responden dengan jin saka menunjukkan warna aura merah secara konsisten dan berterusan pada bahagian badan tertentu (kepala, tekak, dan bahagian badan sebelah kiri). Simpulan kajian menunjukkan bahawa kaedah SPIBAC dapat digunakan untuk mengesan kewujudan makhluk ghaib (jin) secara saintifik. Impak kajian adalah pembinaan peralatan baharu dan inovatif untuk mengesan kewujudan jin dalam badan seseorang. Kata kunci: WinAura Pro, warna aura merah, makhluk ghaib (jin), saintifik, eksperimental 1. PENDAHULUAN Jin merupakan salah satu makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah selain Malaikat. Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Jinn yang bererti jin dan diambil daripada perkataan Al-Jinn yang terdapat pada ayat pertama surah ini (Wikishia, 2016). Surah ini menceritakan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al-Quran dan mereka mengikuti ajaran Al-Quran tersebut. Surah Al-Jinn ayat 11 menjelaskan bahawa jin juga dibebani dengan beban-beban syariat, bukan makhluk yang bebas berbuat sesukanya; Dalam dunia jin terdapat jin yang shalih dan tidak shalih iaitu jin yang fasiq, fajir dan kafir; Dalam dunia jin terdapat firqah yang bermacam-macam dan pemikiran yang bermacam-macam pula; perpecahan dan kekelompokkan adalah sunnatullah, ianya suatu hal yang Allah takdirkan pasti terjadi bahkan dalam dunia jin sekalipun; Di dunia jin pun terdapat dakwah. Surah Al-Jinn ayat ke-12 menjelaskan bahawa jin memiliki qudrah yang tidak dimiliki manusia, semisal bias terlihat dan bias tidak terlihat. Sebahagian jin dapat terbang, dapat berjalan di atas air, dapat menempuh jarak jauh International Malaysia-Indonesia-Thailand Symposium on Innovation and Creativity (iMIT-SIC), Vol 1 (2017) pp 1- 4 e-ISBN: 978967xxxxxxx

SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN

JIN BERDASARKAN PERUBAHAN WARNA

AURA

Yohan Kurniawan, Burhan Bin Che Daud dan Hishamuddin Md Som

Universiti Malaysia Kelantan

Email: [email protected]

Abstrak: Kewujudan makhluk ghaib (jin) telah lama dipercayai oleh masyarakat di

Nusantara, khasnya kaum Melayu di Malaysia. Objektif kajian menguji dan membangunkan

kaedah baharu untuk mengenalpasti kewujudan jin secara saintifik. Kaedah baharu yang

dibangunkan untuk mengesan kewujudan jin secara ilmiah disebut SPIBAC (Spirit „s

Phenomena Based on The Aura‟s Color). Kajian yang dijalankan menggunakan metod

eksperimen, peralatan kajian yang digunakan adalah WinAura Pro dan alat pengeras suara

mini. Kajian dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kampus kota, Kota Bharu,

Kelantan. Responden kajian sebanyak 3 orang yang memiliki jin saka. Kajian ini dibahagikan

menjadi dua kumpulan iaitu responden tanpa jin saka dan responden dengan jin saka. Hasil

kajian mendapati bahawa responden yang tidak memiliki jin saka tidak menunjukkan warna

aura merah, demikian juga dengan responden yang memiliki jin saka sebelum mendapat

perlakuan surah Al-Fatihah juga tidak menunjukkan warna aura merah. Semasa diberi

perlakuan berupa surah Al-Fatihah, responden dengan jin saka menunjukkan warna aura

merah secara konsisten dan berterusan pada bahagian badan tertentu (kepala, tekak, dan

bahagian badan sebelah kiri). Simpulan kajian menunjukkan bahawa kaedah SPIBAC dapat

digunakan untuk mengesan kewujudan makhluk ghaib (jin) secara saintifik. Impak kajian

adalah pembinaan peralatan baharu dan inovatif untuk mengesan kewujudan jin dalam badan

seseorang.

Kata kunci: WinAura Pro, warna aura merah, makhluk ghaib (jin), saintifik, eksperimental

1. PENDAHULUAN

Jin merupakan salah satu makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah selain Malaikat. Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Jinn yang bererti jin dan diambil daripada perkataan Al-Jinn yang terdapat pada ayat pertama surah ini (Wikishia, 2016). Surah ini menceritakan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al-Quran dan mereka mengikuti ajaran Al-Quran tersebut. Surah Al-Jinn ayat 11 menjelaskan bahawa jin juga dibebani dengan beban-beban syariat, bukan makhluk yang bebas berbuat sesukanya; Dalam dunia jin terdapat jin yang shalih dan tidak shalih iaitu jin yang fasiq, fajir dan kafir; Dalam dunia jin terdapat firqah yang bermacam-macam dan pemikiran yang bermacam-macam pula; perpecahan dan kekelompokkan adalah sunnatullah, ianya suatu hal yang Allah takdirkan pasti terjadi bahkan dalam dunia jin sekalipun; Di dunia jin pun terdapat dakwah. Surah Al-Jinn ayat ke-12 menjelaskan bahawa jin memiliki qudrah yang tidak dimiliki manusia, semisal bias terlihat dan bias tidak terlihat. Sebahagian jin dapat terbang, dapat berjalan di atas air, dapat menempuh jarak jauh

International Malaysia-Indonesia-Thailand Symposium on Innovation and Creativity (iMIT-SIC), Vol 1 (2017) pp 1- 4 e-ISBN: 978967xxxxxxx

Page 2: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

dalam masa yang pantas, dan lain sebagainya. Akan tetapi dengan semua kemampuan tersebut, mereka merasa lemah dan kecil di hadapan Allah kerana mereka mengakui qudrah Allah itu agung dan sempurna (Wikishia, 2016). Objektif kajian ini adalah membuktikan kewujudan jin berdasarkan pendekatan saintifik.

Jin secara bahasa bererti tersembunyi, kerana mereka hidup dalam keadaan tersebut (Ibrahim,

2012). Dalam Muhith al-Muhith dijelaskan:”Sesungguhnya jin itu kebalikan (alam) manusia,

atau segala sesuatu yang tersembunyi (tidak tertangkap) oleh indera sebagaimana halnya

malaikat dan syaitan (Ibrahim, 2012).” Kata “jin” bentuknya plural (jamak) sedangkan

bentuk tunggalnya (mufrad) adalah “jinni” (Ibrahim, 2012).

Asy-Syibli meriwayatkan dari Ibnu Duraid dikatakan bahawa “Jin itu berbeza dengan

manusia, dikatakan “Jannahu allail, wa ajannahu, wa janna „fllaihi, wag hath-thahu”

memiliki makna yang sama, iaitu apabila menutupinya (Ibrahim, 2012).

Jin sebagai salah satu wujud daripada makhluk ghaib yang diciptakan Allah adalah makhluk

yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Walaupun ianya tidak dapat dilihat oleh indera

manusia akan tetapi mereka benar-benar wujud. Kewujudan jin telah dimaklumkan secara

jelas oleh Allah dalam Al-Quran melalui surah Al-Jin. Jin telah lama diciptakan berbanding

manusia dan mereka telah wujud sejak berbilion tahun sebelum diciptakannya manusia

pertama iaitu Nabi Adam a.s (Engku, 2014). Kehidupan para jin ini dipenuhi dengan

pergaduhan, persengketaan, pertelagahan, dan peperangan sesama mereka (Engku, 2014). Al-

Quran telah menjelaskan asal usul penciptaan jin dalam beberapa surahnya (Sharhan, 2015;

Engku, 2014):

Surah ar Rahman:15 mengatakan: “Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api.”

Surah al Hijr: 26-27 mengatakan: “Dan sesungguhnya Kami (Allah) sudah menciptakan

manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang

diberi bentuk. Dan Kami sudah menciptakan jin (sebelum Adam) daripada api yang terlalu

panas.”.

Seperti halnya kehidupan manusia, sebahagian daripada jin beragama Islam, ada juga yang

tidak beragama dan ada yang menganut agama selain Islam (Engku, 2014). Hal ini dijelaskan

dalam surah al-Jinn: 14:”Dan sesungguhnya antara kami (jin) ada orang-orang yang taat da

nada pula orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran” (Sharhan Shafie. 2015).

Jin tidak sama dengan iblis dan syaitan. Iblis adalah malaikat (Azazil) yang melawan dan

durhaka kepada Allah serta diusir daripada syurga (Engku, 2014). Perkataan iblis pertama kali

digunakan dan diberikan oleh Allah sendiri kepada satu-satunya makhluk ciptaannya iaitu

Azazil seperti terdapat dalam surah Al-Kahfi: 50) (Engku, 2014). Syaitan adalah gelaran

kepada bala tentera iblis (Engku, 2014). Mereka berasal daripada golongan jin yang

dipanggil, ditangkap, dipaksa dan direkrut menjadi tentera serta dilatih untuk merosakkan

manusia (Engku, 2014).

Page 3: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

2. METODOLOGI

Metod kajian yang digunakan adalah quasi eksperimen dan kaedah pengumpulan data

menggunakan peralatan yang digunakan adalah alat ukuran warna aura dan temubual dengan

responden kajian. Kaedah kajian ini direka bagi membuktikan kewujudan jin secara saintifik.

Kajian ini merupakan kajian kes bersifat longitudinal (berterusan untuk jangka masa yang

lama) dengan DUA (2) orang responden yang memiliki jin berbentuk saka dan bukan saka.

Kajian ini dijalankan di bilik makmal eksperimental Pusat Pengajian Bahasa dan

Pembangunan Insaniah (PBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kajian ini telah

dijalankan sejak Oktober 2015 – saat kini.

Perlatan yang digunakan dalam kajian ini adalah peralatan WinAura Pro. Peralatan ini

digunakan untuk mengukur perubahan warna aura dalam diri responden semasa tidak

mendapat dan semasa mendapat stimulus berupa bacaan Al-Fatihah dan Ruqyah. Stimulus

yang diberikan dijangka menyebabkan jin yang terdapat dalam diri responden akan menjadi

“aktif” sehiingga kewujudannya dapat dikesan daripada perubahan warna aura responden.

Warna aura diperolehi daripada bacaan elektrik badan responden yang dikesan oleh kotak

sensor di peralatan WinAura Pro. Proses mengesan stimulus elektrik oleh kotak sensor

WinAura berlangsung selama 4-6 saat. Stimulus elektrik tersebut akan diubah oleh perisian

lunak WinAura Pro menjadi warna aura dan proses ini memerlukan masa 2 saat. Keseluruhan

masa yang diperlukan untuk menerima dan memproses stimulus elektrik menjadi maklumat

warna aura adalah 6-8 saat sahaja.

Selain data perubahan warna aura, data kajian ini juga diperolehi daripada temubual dan ujian

personaliti berupa lukisan yang dilakukan setiap sesi perjumpaan dengan responden.

3. HASIL KAJIAN

Hasil kajian mendapati terdapat warna aura tertentu yang dimiliki oleh responden yang

memiliki jin dalam badannya. Warna aura tersebut adalah warna merah yang wujud pada

bahagian badan tertentu responden seperti bahagian kepala, tekak dan badan sebelah kiri.

Page 4: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

3.1 Data Kawalan

(a) (b)

Gambar 1. Warna aura responden kawalan tanpa mendapat perlakuan (a) dan ketika

mendapat perlakuan muzik tradisional Ulik Mayang (b)

Gambar 1 di atas menunjukkan warna aura responden yang tidak memiliki jin. Daripada

data di atas diketahui bahawa tidak ditemui wujudnya aura warna merah pada bahagian

badan tertentu secara konsisten, baik ketika tidak mendapat perlakuan mahupun ketika

mendapat perlakuan. Kesimpulan hasil kajian pada responden kawalan adalah tidak

ditemukan warna Aura merah yang wujud secara konsisten pada bahagian badan tertentu

pada individu yang tidak memiliki Saka.

3.2 Data kajian tanpa perlakuan.

Gambar 2. Warna aura responden pertama tanpa mendapat perlakua

Gambar 2 di atas menunjukkan bahawa responden pertama tidak menunjukkan Aura warna

merah merah pada bahagian badan tertentu ketika tidak mendapat perlakuan.

Page 5: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

(a) Pertemuan pertama (b) Pertemuan kedua

( c ) Pertemuan ketiga

Gambar 3. Warna aura responden kedua tanpa perlakuan

Gambar 3 di atas menunjukkan warna aura responden kedua, pada bahagian kiri badan

responden memiliki aura berwarna merah, sedangkan bahagian badan sebelah kanan

responden memiliki aura berwarna Ungu. Kedua warna tersebut wujud sejak responden

meletakkan telapak tangan kirinya di pelat mesin WinAura sehingga selesai eksperimen.

Kewujudan kedua warna tersebut bersifat tetap sejak pertemuan pertama sehingga ketiga.

Page 6: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

3.3 Data Kajian ketika Mendapat Perlakuan

1. Responden Pertama

Gambar 4. Warna Aura responden semasa beberapa siri eksperimen dan mendapat

perlakuan muzik tradisional Ulik Mayang

Gambar 4 di atas menunjukkan majoriti kewujudan warna aura merah pada kepala

dan bahagian badan sebelah kiri. Warna aura merah tersebut wujud secara konsisten

atau berulangan dalam beberapa siri eksperimen yang dijalankan dengan

menggunakan perlakuan berupa muzik tradisional Ulik Mayang. Kesimpulan

bahagian ini adalah warna aura merah pada responden pertama wujud di bahagian

kepala dan badan sebelah kiri.

Page 7: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

2. Responden Kedua

(a) Perlakuan muzik instrumen gamelan (b) Perlakuan muzik instrumen silat ( c ) Perlakuan bacaan Surah Al-Jinn (d) Perlakuan bacaan Surah Al-

Baqarah (e) Perlakuan bacaan Ayat kursi (f) Perlakuan bacaan Surah al-

Fatihah

Gambar 5 Warna aura responden semasa mendapat beberapa jenis

perlakuan

Page 8: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

Berdasarkan gambar 5 di atas diketahui bahawa responden kedua menunjukkan warna aura

merah pada bahagian badan sebelah kiri dan warna aura Unggu pada bahagian badan sebelah

kanan. Kedua warna ini secara berterusan wujud dan tidak berubah selama siri eksperimen

dijalankan). Bahkan kedua warna tersebut telah wujud sebelum diberikan perlakuan.

Warna aura merah juga wujud pada bahagian kepala, toraks dan hati ketika responden

mendapat perlakuan. Kesimpulan hasil kajian pada responden kedua ketika mendapat

beberapa perlakuan menunjukkan kewujudan warna Aura merah pada bahagian badan sebelah

kiri, kepala, toraks dan hati secara berulangan.

Kebenaran data perubahan warna aura ini disokong oleh maklumat daripada hasil rawatan

yang dijalankan oleh responden. Daripada maklumat hasil rawatan yang dijalankan oleh

responden didapati bahawa dalam diri kedua responden terdapat jin dalam bentuk saka dan

bukan saka. Dalam diri responden pertama terdapat satu jin saka dan tidak diketahui secara

pasti jumlah jin bukan saka, sedangkan dalam diri responden kedua terdapat satu jin saka dan

dua jin bukan saka.

4. KESIMPULAN

Hasil kajian mendapati bahawa warna aura merah wujud pada bahagian badan tertentu

responden ketika mendapat perlakuan yang menyebabkan jin dalam badan responden menjadi

“aktif”. Perubahan warna aura merah pada bahagian badan tertentu tidak biasa berlaku pada

individu yang tidak memiliki jin dalam badannya. Akan tetapi ianya boleh berlaku khasnya

ketika seseorang dalam keadaan letih dan perubahan warna aura merah berlaku hamper pada

seluruh bahagian badan dan bukan hanya bahagian tertentu badan sahaja. Hasil kajian ini

menyokong dan membuktikan secara ilmiah kebenaran kitab suci Al-Quran tentang

kewujudan jin.

Kewujudan warna aura berhubungan dengan perubahan elektrik dalam badan manusia. Kajian

ini juga membuktikan terdapat hubungan antara tahap elektrik dengan kewujudan jin dalam

badan seseorang. Aktiviti jin dalam badan seseorang akan menyebabkan perubahan ukuran

tahap elektrik pada bahagian tertentu badan manusia, khususnya di bahagian kepala, tekak

dan badan bahagian kiri.

Walaupun kajian ini berjaya membuktikan tanda-tanda kehadiran jin dalam badan manusia

menggunakan pendekatan perubahan warna aura, akan tetapi kajian ini belum dapat

membuktikan kewujudan jin secara visual. Oleh kerana itu pengkaji mensyorkan pengkaji

lain untuk menggunakan rakaman thermal kamera bagi mendapatkan imej kewujudan jin

secara visual terutamanya semasa mendapat perlakuan atau semasa jin dalam badan seseorang

dalam keadaan aktif.

Page 9: SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN JIN … · Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah

SIC, Vol 1 (2017),1-4

www.perlis.uitm.edu.my/imitsic

RUJUKAN Engku Ansaruddin Agus. 2014. Soal Jawab Pak Engku; Membongkar Misteri Alam Jin.

Petaling Jaya: Hijjaz Records Publishing.

Ibrahim Adham. 2012. Membongkar Misteri Sihir serta Kejadian Luar Biasa Jin & Syaitan. Selangor: Jasmin Publications

Sharhan Shafie. 2015. Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus. Kelantan: Al-Rugyah Thobibi.

Wikishia. 2016. Surah Al-Jinn. Diakses pada: 22 April 2017 daripada

http://id.wikishia.net/view/Surah_Al-Jin