25
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI BERANIMASI BAGI TAJUK IKATAN KIMIA UNTUK PELAJAR TINGAKATAN 4 DALAM KIMIA . SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya MASNIAH BINTI IDRIS (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: KAMPUNG BINGKONGAN, DR. DAYANG HJH. TIAWA 89107 KOTA MARUDU, BINTI AWANG HJ. HAMID SABAH. Nama Penyelia Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011

STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL: PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI BERANIMASI BAGI TAJUK

IKATAN KIMIA UNTUK PELAJAR TINGAKATAN 4 DALAM

KIMIA .

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MASNIAH BINTI IDRIS

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (���� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

KAMPUNG BINGKONGAN, DR. DAYANG HJH. TIAWA

89107 KOTA MARUDU, BINTI AWANG HJ. HAMID

SABAH. Nama Penyelia

Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011

Page 2: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

ii

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan : ___________________________

Nama Penyelia : DR. DAYANG HJH. TIAWA BINTI AWG. HJ. HAMID

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 3: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

iii

PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI BERANIMASI BAGI TAJUK

IKATAN KIMIA UNTUK PELAJAR TINGAKATAN 4 DALAM KIMIA

MASNIAH BINTI IDRIS

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ............................................

Nama Penulis : MASNIAH BINTI IDRIS

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 5: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

v

untuk Bonda Delimah Hassan

yang dikasihi dan disayangi

serta semua yang dekat di hati ini,

tidak lupa juga buat adik-adik

Masdia dan Masreah,

Terima Kasih di atas segala sokongan,

Pengorbanan dan kasih sayang kalian

Moga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah WST.

Page 6: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

vi

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan sekilas hati

terutamanya kepada penyelia saya yang tercinta iaitu Dr. Dayang Hjh. Tiawa Binti

Awang Hj. Hamid atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyeliaan projek sarjana muda ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana

dengan izin dan limpah kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini dalam masa

yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada bonda saya yang tercinta dan adik beradik saya yang telah memberi sokongan

moral untuk saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Tidak dilupakan juga ucapan

penghargaan ditujukan buat rakan-rakan yang telah membantu dan memberi

kerjasama dalam menyiapkan projek pembangunan perisian pembelajaran berasaskan

agen pedagogi beranimasi ini. Semoga segala usaha dan sokongan kalian akan

diberkati Allah SWT di atas kesudian untuk membantu saya. Akhir sekali saya

sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam

menjayakan projek ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 7: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

vii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan agen

pedagogi beranimasi (APA) untuk membimbing dan membantu pelajar dalam proses

pembelajaran kimia berasaskan multimedia mengikut ciri-ciri yang dicadangkan oleh

Wang dan Andre (1991). Ia menggunakan pendekatan pembelajaran konstruktif.

Pembangunan perisian pembelajaran ini menggunakan model ADDIE. Topik yang

dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan

4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan ionik dan ikatan

kovalen. Projek ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia

Flash CS3 Professional, perisian Adobe Photoshop CS2, Adobe Fireworks CS3 dan

Sound Forge. APA digunakan kerana ianya adalah bersesuaian dengan objektif dan

matlamat P&P wawasan 2020 iaitu mewujudkan perubahan konseptual ke arah

pendekatan pengajaran sains. Oleh itu, pendekatan secara tradisional hendaklah

diubahsuai dengan alternatif P&P yang berasaskan teknologi. Penilaian formatif

telah digunakan untuk menilai perisian pembelajaran APA. Temubual telah dibuat

untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan beberapa pensyarah di

Fakulti Pendidikan untuk pembaikan perisian pembelajaran APA. Berdasarkan

maklumbalas daripada responden, pembangun telah membuat rumusan dan beberapa

cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan pada masa hadapan.

Page 8: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

viii

ABSTRACT

Purpose of this study is to design and develop animated pedagogical agent

(APA) to guide and improve students’ learning in chemistry which based on

multimedia criterion suggested by Wang and Andre (1991). It utilized constructivist

learning approach. This learning courseware use ADDIE model. The topic selected

for this study is Chemical bond in chemistry subject form four students. This topic

will involve two subtopics which are ionic bond and covalent bond. This project was

developed by using Macromedia Flash CS3 Professional, software Adobe Photoshop

CS2, Adobe Fireworks CS3 and Sound Forge. APA was used because of its

appropriateness to the objective and aim on vision 2020 which is focus on conceptual

changes approach in science instruction. Thus, the traditional teaching and learning

approach should be transforming to technology based. The formative evaluation was

used to evaluate APA courseware. Interview was conducted to obtain the feedback

from the students and some lecturer from Faculty of Education to improve the APA

courseware. Based on the feedback from the respondent, the developer has been

summarized and a few suggestions were made for the future references.

Page 9: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2

1.3

Latar Belakang Masalah

Penyataan Masalah

3

6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Rasional Kajian 8

Page 10: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

x

1.6 Kepentingan Projek 10

1.6.1 Pelajar 10

1.6.2 Guru 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Agen 13

1.8.2 Pedagogi 14

1.8.3 Animasi 14

1.8.4 Kimia 14

1.8.5 Ikatan Kimia 14

1.9 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Agen Pedagogi Beranimasi (APA) 17

2.3 Matapelajaran Kimia 20

2.3.1 Masalah dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Kimia

20

2.3.2 Ikatan Kimia 22

2.4 Teori Konstruktif

25

2.5 Model Rekabentuk Instruksional 29

2.5.1 Model ADDIE 29

2.6 Pemilihan Bahasa 32

2.7 Penutup 33

3 REKABENTUK PEMBANGUNAN

AGEN PEDAGOGI BERANIMASI

3.1 Pengenalan 34

3.2 Model Rekabentuk yang digunakan dalam

Pembangunan APA

35

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 36

Page 11: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xi

3.2.1.1 Pemilihan Topik / Masalah 36

3.2.1.2 Kumpulan Sasaran 37

3.2.1.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar 38

3.2.1.4 Perubahan Tingkahlaku yang

Diingini

38

3.2.1.5 Penerapan Teori Pembelajaran 39

3.2.2 Fasa Rekabentuk dan Pembangunan

APA

40

3.2.3 Fasa Perlaksanaan dan Penilaian 41

3.3 Reka Bentuk Perisian Pembelajaran APA 42

3.3.1 Reka Bentuk Informasi 42

3.3.2 Reka Bentuk Interaksi 43

3.3.3 Reka Bentuk Antaramuka / Visual 44

3.3.4 Reka Bentuk APA 45

3.4 Pemilihan Perisian untuk Membangunkan APA 46

3.5 Penyebaran Perisian Pembelajaran APA yang

dihasilkan

48

3.6 Carta Aliran Perisian Pembelajaran APA 49

3.7 Penutup 49

4 HASIL PEMBANGUNAN AGEN PEDAGOGI

BERANIMASI

4.1

4.2

Pengenalan

Carta Alir Perisian APA yang dibangunkan

50

51

4.3 Paparan Menu Perisian APA yang dibangunkan 52

4.3.1 Paparan Menu Utama 54

4.3.1.1 Paparan“INTRODUCTION” 55

4.3.1.2 Paparan “CHEMICAL BOND” 60

4.3.1.3 Paparan “HELP” 67

4.3.1.4 Paparan “Credit” 68

4.4 Ciri-ciri Perisian Pembelajaran APA 69

Page 12: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xii

4.4.1 Interaktif 69

4.4.2 Mesra Pengguna 70

4.4.3 Grafik 71

4.4.4 Teks 72

4.4.5 Animasi 74

4.4.6 Audio 75

4.5 Penutup 76

5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 78

5.2.1 Pembangunan APA Berasaskan Objektif 78

5.2.2 Pembangunan APA Berasaskan Model

ADDIE

78

5.2.3 Pembangunan APA Berasaskan

Pendekatan Pembelajaran Konstruktif

79

5.3 Kelebihan APA 81

5.4 Kelemahan APA 82

5.5 Masalah-masalah yang dihadapi 83

5.5.1 Masalah Merealisasikan Pembelajaran

Konstruktif

84

5.5.2 Masalah Merealisasikan APA 84

5.6 Komen dan Cadangan 85

5.7 Penutup 91

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A-B

92

102

Page 13: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.1 Komen dan cadangan pelajar terhadap

perisian pembelajaran berasaskan

Agen Pedagogi Beranimasi

86

Page 14: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model ADDIE 36

4.1 Paparan montaj1 pada permulaan tetingkap APA 52

4.2 Paparan montaj2 pada permulaan tetingkap APA 53

4.3 Paparan APA 54

4.4 Paparan menu utama 55

4.5 Paparan “INTRODUCTION” 56

4.6 Paparan utama tutorial 57

4.7 Paparan utama soalan dan pilihan jawapan 58

4.8 Maklum balas jawapan 59

4.9 Maklum balas jawapan yang betul 59

4.10 Maklum balas jawapan yang salah 60

4.11 Paparan “CHEMICAL BOND” 61

4.12 Paparan “IONIC BOND” 62

4.13 Paparan “COVALENT BOND” 62

4.14 Paparan utama tutorial bagi “IONIC BOND” 63

4.15 Paparan utama tutorial bagi “COVALENT BOND” 64

4.16 Paparan pergerakan elektron untuk mencapai

kestabilan oktet

64

Page 15: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xv

4.17 Paparan perkongsian elektron untuk mencapai

kestabilan oktet

65

4.18 Paparan utama soalan dalam ikatan ionik 66

4.19 Paparan maklum balas bagi jawapan yang salah 67

4.20 Paparan menu “HELP” 68

4.21 Paparan menu “CREDIT” 68

4.22 Paparan empat menu utama 70

4.23 Butang kawalan 70

4.24 Paparan kawalan pautan pada setiap paparan yang

disediakan

71

4.25 Paparan ikon yang mewakili menu-menu utama bagi

setiap paparan tetingkap

71

4.26 Paparan penggunaan warna dengan kesesuaian teks

dan warna latarbelakang

72

4.27 Paparan penggunaan teks Arial dan bersaiz 12 73

4.28 Paparan teks berwarna biru 74

4.29 Paparan teks berwarna hijau 74

4.30 Paparan contoh karakter-karakter APA 75

Page 16: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xvi

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantu Mengajar

APA Animated Pedagogical Agent

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PBK Pengajaran Berbantukan Komputer

ZPD Zone Proximal Development

Page 17: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta aliran perisian pembelajaran APA 102

B Carta alir gambaran keseluruhan perisian

pembelajaran APA

103

Page 18: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap tahun animasi akan berkembang setapak demi setapak lagi. Visual

statik memberikan gambaran fizikal bagaimana rupa bentuk suatu objek, manakala

animasi pula menggambarkan atau menjelaskan suatu proses yang terlibat dengan

lebih jelas dan sistematik. Secara umumnya, animasi membantu pelajar

mengenalpasti dan memerhati setiap proses yang ditayangkan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Robertson, Card & Mackinlay, 1993).

Contohnya animasi digunakan untuk menunjukkan proses sains yang berlaku dalam

kehidupan seharian manusia bagi memberi kemudahan kepada pelajar dalam proses

P&P.

Seiring dengan perkembangan teknologi perkomputeran multimedia, animasi

telah banyak digunakan bukan sahaja dalam filem-filem dan television malah

kecenderungan menggabungkan animasi dalam pembangunan perisian P&P juga

semakin meningkat dalam kalangan para pembangun perisian. Oleh yang demikian,

animasi berkomputer penting dalam bidang pendidikan. Ini kerana dunia yang

Page 19: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

2

semakin maju atau juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Menurut Wan

Mustama Wan Abdul Hayat, et. Al,. (2004), dunia tanpa sempadan telah

membuatkan kita akur, bahawa segala pergerakan dan kemajuan yang kita lalui tidak

terlepas dari penggunaan komputer serta sains dan teknologi maklumat.

Seiring dengan kemajuan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) ini, satu alternatif pembelajaran berasaskan agen pedagogi beranimasi (APA)

telah diperkenalkan. Namun begitu, peranan APA dalam P&P hanya berkembang

meluas di negara-negara maju yang sedang membangun sahaja. Di Malaysia, kita

masih tidak menyedari dan merasai kewujudan dan kepentingannya terutamanya

dalam kalangan guru dan pelajar yang tidak menginginkan perubahan. Dalam proses

pembelajaran pula, adakalanya pelajar memerlukan maklum balas dan kata-kata

peransang untuk menarik minat mereka untuk belajar. Oleh itu, untuk memenuhi

kriteria-kriteria ini, pembelajaran menggunakan saluran manusia-komputer

diperkenalkan dan digunakan.

Menurut Hewett, et. Al,. (1992), interaksi antara manusia dan komputer

merupakan satu disiplin yang berkenaan dengan merekacipta, mengembangkan dan

melaksanakan sistem komputer berinteraktif untuk kegunaan pembelajaran. Satu

kajian yang telah dijalankan oleh Morozov et al. (2003) telah mendapati bahawa

interaksi antara manusia dan komputer ini dipercayai mempunyai tindakbalas grafik

dan kaedah terbaru yang digunakan dalam tindakbalas grafik ini adalah merupakan

agen tindakbalas. Agen tindakbalas dalam sistem pendidikan dikenali sebagai agen

pedagogi. Agen pedagogi tersebut digabungkan dengan elemen animasi bagi

membolehkannya kelihatan hidup, menarik dan boleh berinteraksi dengan manusia

secara normal. Ciri-ciri ini merupakan salah satu faktor yang akan meningkatkan

keberkesanan dalam proses P&P.

Dengan berkembangnya teknologi APA dalam rekabentuk perisian

pembelajaran, beberapa kajian telah dilakukan berkaitan dengan keberkesanannya

Page 20: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

3

dalam bidang pembelajaran. Dalam penemuan baru yang telah dijalankan oleh

Veletsianos, et. Al,. (2005) telah mendapati bahawa apabila pelajar berkomunikasi

dengan APA, mereka didapati memperoleh markah yang lebih baik dalam ujian dan

mampu meningkatkan prestasi mereka dalam keadaan pembelajaran yang lebih

teratur walaupun agen sebenarnya bukanlah objek yang mempunyai rupa fizikal dan

tidak memiliki ekspresi wajah untuk dilihat. Oleh yang demikian, seandainya APA

dibangunkan dengan menggunakan imej seperti manusia yang mempunyai rupa

fizikal dan ekspresi wajah yang menarik maka kebarangkalian proses pembelajaran

untuk mencapai keberkesanannya adalah tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan masyarakat sering menganggap P&P secara tradisional sahaja

yang dapat meningkatkan tahap penguasaan dan pendidikan terhadap pelajar.

Kebanyakkan proses P&P secara tradisional ini lebih menumpukan kepada isi

kandungan dalam buku teks dan hanya menumpukan pencapaian pelajar yang

bergantung kepada peperiksaan semata-mata tanpa mengambil kira kemahiran yang

patut mereka capai setelah selesai sesuatu proses P&P. Konsep yang berasaskan

peperiksaan semata-mata adalah bercanggah dengan falsafah pendidikan negara.

Oleh yang demikian, pendekatan P&P yang menerapkan APA dalam proses

pembelajaran pelajar dapat membantu dalam mengatasi masalah ini.

Penggunaan APA dalam proses pembelajaran membolehkan pelajar

mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada, meningkatkan pemahaman dalam sesuatu

topik pembelajaran, membantu pelajar dalam mempermudahkan proses pembelajaran

serta dapat menggalakkan mereka untuk membina pengetahuan mereka sendiri

berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi (Osborne, 1985). Ini kerana

teknologi adalah salah satu Alat Bantu mengajar (ABM) yang terpenting dalam era

20 an sekarang. Teknologi merangkumi bidang yang meluas dan bersesuaian dengan

jiwa remaja yang memerlukan sesuatu yang terkini dan strategi P&P yang pelbagai.

Page 21: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

4

Selain itu, teknologi mempunyai banyak kelebihan dan kepentingan dalam

menjayakan sesuatu. Salah satu penggunaan teknologi terkini adalah penggunaan

elemen multimedia berkomputer dalam persekitaran pembelajaran seperti

pendedahan kepada pengunaan APA di dapati mampu menarik minat pelajar untuk

mendalami sesuatu ilmu pengetahuan serta meningkatkan perhatian pelajar dalam

proses P&P.

Pembelajaran yang berasaskan APA ini merupakan salah satu cara baru yang

digunakan dalam P&P dan mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan

pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar. Ini kerana, ciri-ciri APA hasil

daripada penggabungan elemen animasi yang bersifat dinamik dan menarik

menyebabkan proses pembelajaran itu nampak lebih hidup serta ceria dimana ia

mampu merangsang kecenderungan serta minat para pelajar (Uwe Kombartzky, et.

Al,. 2004). Selain itu, ia juga membolehkan seseorang memahami sesuatu isi

kandungan dengan lebih mudah dan pantas dan seterusnya menyimpan informasi

yang diterima ke ingatan jangka panjang. APA mampu menghasilkan maklum balas

yang positif daripada para pelajar dan menjadikan APA sebagai pengukuhan kepada

aktiviti pembelajaran yang sedang dijalankan. Pengurusan dan mengemaskini bahan

pembelajaran menggunakan APA juga menjadi semakin mudah dan pantas.

Penggunaan perisian pembelajaran dalam P&P merupakan salah satu cara

untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk

mengoptimakan keberkesanan proses P&P. Teori pembelajaran pula menjelaskan

bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori P&P memainkan peranan

penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu P&P dalam bidang pendidikan.

Gagne (1985) mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian P&P adalah

untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan

kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan

melalui proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan

teori-teori pembelajaran yang relevan dalam pembinaan perisian pembelajaran

memainkan peranan yang penting dalam membekalkan beberapa alternatif

Page 22: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

5

pembelajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan

sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam rekabentuk dan

pembinaan perisian pembelajaran APA yang berlandaskan pendekatan teori

pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan

menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti. APA ini

menggunakan pendekatan P&P berasaskan kepada teori konstruktif.

Menurut Mansoor Niaz (2008), pembelajaran konstruktif ini bertitik tolak

daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang

mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran

dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya

daripada tidak tahu kepada tahu. Perubahan tingkahlaku juga dianggap cuma

mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti

pengetahuan, perasaan, harapan dan pemikiran. Hal ini, kemudiannya beralih kepada

teori pembelajaran Kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama

pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili

melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana

data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia.

Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga

sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran konstruktif yang merupakan

pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan

pengetahuan sedia ada mereka. Bimbingan yang diberikan oleh APA semasa proses

pembelajaran merupakan ’scafolding’ bagi pelajar untuk mencapai keupayaan

mereka yang optimum. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Vygotsky dalam teori

Zone Proximal Development (ZPD) bahawa bimbingan yang disediakan secukupnya

kepada pelajar akan meningkatkan tahap penguasaan suatu pembelajaran daripada

tahap asalnya. Melalui interaksi pembelajaran pelajar bersama APA, secara tidak

langsung pelajar mampu memperkembangkan interaksi sosial mereka. Dalam

menyelesaikan masalah, pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap

masalah-masalah tersebut dalam mencapai suatu objektif pembelajaran yang

Page 23: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

6

diharapkan. Pembelajaran menggunakan perisian APA ini membenarkan pelajar

melalui proses pembelajaran secara pemerhatian atau ‘observational learning’

dengan memerhatikan gaya APA menyampaikan bahan P&P. Salah satu faktor

mempengaruhi satu-satu tingkahlaku yang diperoleh adalah melalui pemerhatian

(Baldwin & Baldwin, 1986).

1.3 Penyataan Masalah

Walaupun dunia semakin maju dari semasa ke semasa, namun dalam

pendidikan di Malaysia kita masih menggunakan cara lama seperti P&P yang

sepenuhnya bergantung kepada tenaga pengajar semata-mata. Jesteru itu, kita

haruslah menggunakan teknologi terkini sebaik mungkin terutamanya dalam bidang

pendidikan di negara kita. Ini kerana, kita mengetahui bahawa pelajar mempunyai

gaya pembelajaran yang pelbagai (learning style). Penggunaan elemen-elemen

multimedia berkomputer dalam perisian pembelajaran APA telah meningkatkan

keberkesanan proses penyampaian kandungan bahan P&P terhadap pelajar.

Salah satu contoh elemen multimedia yang digunakan dalam P&P adalah

dengan penggunaan elemen animasi dalam pembangunan agen pedagogi dalam

pendidikan. Melalui APA, pelajar akan dapat menguasai kandungan bahan

pembelajaran dengan mudah dan lebih baik. Minat pelajar untuk belajar semasa

prose P&P juga semakin meningkat dan dapat dikekalkan. Elemen animasi yang

digabungkan dalam agen pedagogi dapat menggelakkan pelajar daripada kebosanan

ketika proses P&P sedang berlangsung antara APA dan pelajar terutamanya bagi

sesetengah matapelajaran sains yang sukar seperti kimia, biologi, fizik dan

sebagainya.

Banyak penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa mata pelajaran

kimia adalah antara mata pelajaran yang paling sukar untuk dipelajari. Ini disebabkan

oleh kandungan matapelajaran ini yang terdiri daripada konsep yang abstrak dan

Page 24: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

7

sukar difahami serta perkaitan konsep yang rumit (Ben-Zvi, Eylon, & Silberstein,

1988, Gabel, 1998, Taber, 2002). Pengetahuan sedia ada pada pelajar tentang

fenomena alam hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli

keluarga, rakan sebaya atau daripada buku, televisyen dan alam sekitar diperolehi

secara tidak formal. Idea-idea ini serta bahasa yang mereka gunakan untuk

menghasilkannya biasanya berbeza dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang

berbeza ini dikenali dengan istilah kerangka alternatif, prakonsepsi, miskonsepsi,

konsepsi naif, konsepsi alternatif, dan sebagainya. Perselisihan idea ini boleh

mengganggu dan mengelirukan pelajar terhadap pembelajaran kimia. Menurut teori

perkembangan kognitif Piaget bahawa setiap pelajar mempunyai skema sedia ada

(kerangka alternatif) berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang berjaya

adalah hasil penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu penemuan

baru. Oleh itu, pembangunan APA ini dapat membimbing dan menggalakkan pelajar

untuk membina pengetahuan mereka melalui pengetahuan baru dan masalah-masalah

tertentu yang akan disampaikan oleh APA dalam P&P.

Uwe Kombartzky, et. Al,. (2004) menyatakan bahawa proses P&P akan

menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal.

Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan perlu diselitkan didalam

proses P&P bagi mendapatkan kesan yang lebih positif. Animasi digital merupakan

salah satu media komunikasi yang boleh digunakan bagi menghasilkan persekitaran

pembelajaran yang meransang dan menyeronokkan sepertimana yang telah

dicadangkan. Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri

dalam bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti P&P.

Oleh itu animasi memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan

sesuatu perisian pembelajaran APA.

Penggunaan APA juga diharapkan dapat digunakan sebagai alternatif baru

untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang berminat mendalami sesuatu ilmu

pengetahuan menggunakan cara tradisional. Oleh yang demikian, pembangunan

perisian pembelajaran yang menarik seperti penggunaan APA dalam pembelajaran

Page 25: STATUS TESIS pat · 2013-11-19 · dipilih bagi tujuan pembangunan APA ini ialah Ikatan Kimia untuk pelajar tingkatan 4. Topik ini hanya meliputi dua bahagian topik kecil iaitu ikatan

8

amat diperlukan untuk mengatasi segala masalah yang dialami oleh para pelajar pada

masa kini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Agen Pedagogi

Beranimasi (APA) bagi tajuk ikatan kimia untuk pelajar tingakatan 4 dalam

matapelajaran kimia.