Upload
phamnguyet
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����
JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN IKATAN KIMIA
BERDASARKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
SESI PENGAJIAN: SEM 2 2010/2011
Saya AIDA FARADILLA BTE ASHAARI______________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan (���� )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
804- B KAMPUNG ATAS TOL ,
21070 KUALA TERANGGANU, PROF.DR.RIO SUMARNI SHARIFUDIN
TERENGGANU Nama Penyelia
Tarikh: ___15 APRIL 2011__ _ Tarikh: __ 15 APRIL 2011 _
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penyelia : PROF.DR.RIO SUMARNI SHARIFUDIN
Tarikh : 15 APRIL 2011
i
PEMBANGUNAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN IKATAN KIMIA
BERDASARKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
AIDA FARADILLA BTE ASHAARI
Projek Sarjana Muda ini dikemukan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penulis : AIDA FARADILLA BTE ASHAARI
Tarikh : 15 APRIL 2011
iii
Dedikasi buat tantapan Ayahanda tercinta, Ashaari b. Abd Karim
Ibunanda tersayang, Wan Rohani bte. Wan Yahya Adinda dikasihi, Ahmad Firdaus, Ahmad Fakhri dan Aida
Fazrina Balqis Jutaan terima kasih atas doa kalian..
Teristimewa buat insan yang sentiasa memberi sokongan dan menemani setiap perjalanan hidupku dikala susah
dan senang, Mohd Tamimi b.Mohamad
Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah yang disegani
dan dihormati Prof.Dr.Rio Sumarni Binti Shariffudin
Atas tunjuk ajar, bimbingan dan segala nasihat beliau.
Istimewa buat sahabat seperjuangan SPK 2007-2011 Segala kenangan suka dan duka dalam melayari
kehidupan sebagai seorang mahasiswi akan tersemat kekal dalam ingatanku.
Terima kasih atas segala sokongan kalian.
Juga buat semua insan yang sudi membantu dalam menyiapkan projek ini. Jasa dan budi baik kalian akan
dikenang dan amat dihargai. Moga ALLAH S.W.T akan membalas segala
niat murni dan keikhlasan kalian.
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-NYA
dapat saya siapkan laporan untuk Projek Sarjana Muda ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas dan
jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Prof. Dr Rio Sumarni Shariffudin yang banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar, panduan serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi
sepanjang saya menyiapkan projek dan laporan ini. Segala jasa dan kerjasama beliau
memberi inspirasi untuk saya lebih berkeyakinan dalam menghadapi pelbagai masalah
yang hadir dalam menyiapkan projek ini. Komen-komen membina daripada beliau juga
memberi impak positif kepada saya dalam terus memperbaiki dan meningkatkan kualiti
kerja saya agar projek yang dihasilkan berguna kepada pihak lain.
Jutaan terima kasih juga buat ibu bapa dan keluarga tercinta yang banyak
memberi dorongan, sokongan dan yang paling penting doa yang tidak putus-putus
kepada saya untuk terus menjadi anak serta muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat.
Segala jasa dan pengorbanan mereka amat saya hargai dan moga ia mampu terbalas
dengan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Terima kasih juga buat bakal teman hidup
saya, atas segala dorongan, kata - kata semangat serta doa yang tidak pernah putus
dikala saya susah dan senang.
v
Ditujukan khas juga buat teman seperjuangan, rakan-rakan SPK Batch
2007/2011 atas segala kerjasama dan dorongan kalian. Segala kenangan bersama kalian
di UTM ini akan terus tersemat sehingga penghujung nyawa. Terima kasih kepada
kalian terutamanya Fatahiyah dan Siti Zubaidah yang banyak membantu dalam
menyiapkan projek ini. Segala jasa baik sahabat-sahabat sekalian moga diberi ganjaran
yang setimpal oleh-NYA.
Akhir sekali, saya sudahi dengan penuh kesyukuran kehadrat ILLAHI kerana
memberi saya kekuatan, kesihatan yang baik serta keyakinan dalam menyiapkan projek
dan laporan ini. Terima kasih Ya- ALLAH. Terima kasih juga kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek ini. Tiada ungkapan
semanis madu buat kalian tapi saya akan sentiasa doakan kalian dilimpahi oleh ALLAH
dengan rezeki yang melimpah ruah.
Sekian, Terima Kasih.
vi
ABSTRAK
Pembangunan Laman Web Pembelajaran ini adalah Berdasarkan Teori
Kecerdasan Pelbagai bagi tajuk “Ikatan Kimia”. Tajuk ikatan kimia yang dipilih oleh
pembangun merupakan salah satu topik bagi matapelajaran Kimia tahap asas yang
terdapat dalam sukatan matapelajaran Kimia Tingkatan 4. Pembangunan laman web ini
juga bertujuan memenuhi keperluan dan kepelbagaian cara setiap individu belajar dalam
memahami kandungan topik tersebut. Model reka bentuk yang diaplikasikan ke dalam
pembangunan perisian ini ialah model Hanafin & Peck. Perisian atau platform
pembangunan laman web yang digunakan adalah platform Joomla dan ia dipilih kerana
ia menyediakan pelbagai reka bentuk template yang boleh terus diaplikasikan ke dalam
laman web yang ingin dibina. Selain daripada Joomla, perisian lain yang turut
digunakan ialah Adobe Photoshop CS3 dan Adobe Flash CS5 untuk mengintegrasikan
grafik, audio dan video ke dalam laman web pembelajaran. Perisian web browser seperti
Internet Explorer atau Mozilla Firefox boleh digunakan dalam mengakses laman web
pembelajaran ini. Laman web ini diharapkan dapat dijadikan salah satu bahan bantu
mengajar secara maya dan dapat diakses di seluruh dunia bagi membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih mudah serta berkesan. Penilaian ringkas
mengenai laman web ini juga menunjukkan keputusan yang positif.
vii
ABSTRACT
This project is a development of the learning website entitled “Chemical Bond
based on the Theory of Multiple Intelligence”. Chemical Bond is one of the topics in
basic Chemistry for form 4 syllabus. This website was developed in order to meet the
needs and preference students learn according to their ability or intelligence. The
instructional design model chosen was Hanafin and Peck model. The platform used in
developing the website was called Joomla. Joomla was chosen because it provided the
variety of template that can be used into the website. Together with Joomla, some
supporting software are used namely the Adobe Photoshop CS3 and Adobe Flash CS5
and they have been used to integrate graphic, audio and video into the website. The web
browser software such as Internet Explorer or Mozilla Firefox can be used to access this
website. This website probably can be a medium for virtual teaching and learning and
can be accessed anywhere, anytime in order to help teaching and learning process to be
more effectives. A pilot evaluation of the website showed positive results.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI JADUAL xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
ix
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah. 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Rasional Projek 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Batasan Projek 8
1.8 Definasi dan Istilah 8
1.8.1 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK)
8
1.8.2 Multimedia 9
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran 9
1.8.4 Kimia 10
1.8.5 Laman web 10
1.8.6 Teori Kecerdasan Pelbagai 10
1.9 Penutup
11
x
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 13
2.3 Masalah Pembelajaran dalam Topik Ikatan Kimia 15
2.4 Aplikasi Internet dan Web sebagai Media Pengajaran 15
2.5 Ciri-Ciri Web Secara Umum 16
2.6 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 19
2.6.1 Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner 19
2.6.1.1 Strategi Pembelajaran Berasaskan
Kecerdasan Pelbagai
24
2.6.1.2 Kelebihan Penerapan Teori Kecerdasan
Pelbagai dalam P&P.
29
2.6.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 31
2.6.3 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 33
2.7 Perisian Pembangunan 35
2.7.1 Ciri- Ciri dan Penggunaan 35
2.8 Penutup
37
xi
3 METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rasional Memilih Model Reka Bentuk Perisian 39
3.3 Model Reka Bentuk Perisian 40
3.3.1 Fasa Analisa Keperluan 42
3.3.1.1 Analisis Tajuk, Kandungan dan Skop
Pembelajaran
43
3.3.1.2 Analisis Objektif Pembelajaran 44
3.3.1.3 Analisis Kumpulan Sasaran 44
3.3.1.4 Analisis Pengaplikasian Teori
Pembelajaran dan Model
45
3.3.1.5 Analisis Penggunaan Perisian atau
Platform
46
3.3.2 Fasa Reka Bentuk 46
3.3.2.1 Reka Bentuk Antaramuka 47
3.3.2.2 Carta Alir 48
3.3.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 50
3.3.3.1 Ciri-ciri Pembangunan Laman Web 52
3.3.3.2 Spesifikasi 52
3.3.3.3 Perisian Pembangunan 54
3.3.3.4 Perisian Sokongan 56
xii
3.3.3.5 Perisian Web Browser 57
3.3.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 57
3.4 Instrumen Penilaian Sumatif 58
3.5 Penutup
58
4 PEMBANGUNAN PERISIAN 59
4.1 Pendahuluan
59
BAHAGIAN A: PEMBANGUNAN PERISIAN
4.2 Aliran Perjalanan Laman Web Pembelajaran 60
4.3 Paparan Antaramuka Laman Web 61
4.3.1 Paparan Antaramuka Welcome to the Hompage of
Intelligence Site!
61
4.3.2 Paparan Antaramuka Registration 63
4.3.3 Paparan Antaramuka MI TEST 64
4.3.4 Paparan Antaramuka Menu Sampingan 65
4.3.5 Paparan Antaramuka Menu Pembelajaran
(Instructional Material)
69
4.3.6 Pengintegrasian Teori Kecerdasan Pelbagai 72
4.3.6.1 Kecerdasan Interpersonal 73
xiii
4.3.6.2 Kecerdasan Intrapersonal 73
4.3.6.3 Kecerdasan Bodily-Kinesthetic 74
4.3.6.4 Kecerdasan Logik-Matematik 74
4.3.6.5 Kecerdasan Muzikal Irama 75
4.3.6.6 Kecerdasan Naturalistik 75
4.3.6.7 Kecerdasan Verbal-Linguistic 76
4.3.6.8 Kecerdasan Visual Ruang 76
4.3.7 Pengintegrasian Model Konstruktivisme
Lima Fasa Needham
77
4.3.7.1 Paparan Antaramuka I Want To Know! 77
4.3.7.2 Paparan Antaramuka My Idea 78
4.3.7.3 Paparan Antaramuka My New Idea 79
4.3.7.4 Paparan Antaramuka I Can Apply 80
4.3.7.5 Paparan Antaramuka I Understand
80
BAHAGIAN B: PENILAIAN LAMAN WEB
4.4 Hasil Penilaian 81
4.4.1 Pengajaran dan Pembelajaran 82
4.4.2 Mudah Digunakan 83
xiv
4.4.3 Ciri-Ciri Multimedia 84
4.4.4 Reka Bentuk Skrin 85
4.5 Penutup
87
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 88
5.1 Pendahuluan 88
5.2 Kelebihan Laman Web 89
5.3 Masalah yang Dihadapi 90
5.3.1 Masa 90
5.3.2 Kepakaran 91
5.4 Hasil Penilaian dan Perbincangan 92
5.5 Cadangan 92
5.6 Kesimpulan
94
RUJUKAN 95
LAMPIRAN A 100
xv
SENARAI RAJAH
NO
RAJAH
PERKARA MUKA SURAT
3.1 Model Pembangunan Hannafin & Peck (1998) 40
3.2 Carta Alir Laman Web Paparan Utama 49
3.3 Carta Alir Ruangan Basic Chemistry 50
4.1 Paparan Welcome to the Hompage of
Intelligence Site!
62
4.2 Paparan Antaramuka Registration 63
4.3 Paparan Antaramuka MI TEST 64
4.4 Paparan Antaramuka MI MODE 66
4.5 Paparan Antaramuka CREDIT 67
4.6 Paparan Antaramuka Extras 68
4.7 Paparan Antaramuka Instructional Material 70
xvi
4.8 Paparan Antaramuka Basic Level of Chemistry 71
4.9 Paparan Antaramuka Choose Your Learning
Mode
72
4.10 Paparan Antaramuka Kecerdasan Intrapersonal 73
4.11 Paparan Antaramuka Kecerdasan Intrapersonal 73
4.12 Paparan Antaramuka Bodily-Kinesthetic 74
4.13 Paparan Antaramuka Logik-Matematik 74
4.14 Paparan Antaramuka Muzikal-Irama 75
4.15 Paparan Antaramuka Naturalistik 75
4.16 Paparan Antaramuka Verbal-Linguistic 76
4.17 Paparan Antaramuka Visual-Ruang 76
4.18 Paparan Antaramuka I Want to Know! 78
4.19 Paparan Antaramuka My Idea 79
4.20 Paparan Antaramuka My New Idea 79
4.21 Paparan Antaramuka I Can Apply 80
4.22 Paparan Antaramuka I Understand 81
xvii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Kelebihan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
32 & 33
2.2 Jadual Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham
34
4.1 Dapatan penilaian bagi kriteria Pengajaran
dan Pembelajaran
83
4.2 Dapatan penilaian bagi kriteria Mudah
Digunakan
84
4.3 Dapatan penilaian bagi kriteria Ciri-Ciri
Multimedia
85
4.4 Dapatan penilaian bagi kriteria Reka
Bentuk Skrin
86
xviii
SENARAI SINGKATAN
ICT Information and Communication in
Technologies
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
MI Multiple Intelligence
WWW World Wide Web
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
CMS Content Management System
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada era ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
menjadikan dunia tanpa sempadan. Segala maklumat mudah diakseskan pada bila-bila
masa sahaja. Hanya menekan papan kekunci segala maklumat dapat diperoleh dengan
cepat dan mudah. Perkembangan teknologi maklumat ini juga memberi impak yang
besar dalam dunia pendidikan pada hari ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
anjakan paradigma iaitu perubahan kepada satu peraturan yang baru telah berlaku dalam
dunia pendidikan pada hari ini.
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan Negara
meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan
seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan
ilmu. Ledakan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah meletakkan
pembelajaran bukan hanya berlaku setakat dalam bilik darjah tetapi juga berlaku di luar
sempadan bilik darjah dan secara global. Transformasi maklumat satu hala bertukar
2
kepada dua hala atau secara bukan linear berbanding dengan teknik pengajaran
konvensional yang dijalankan secara linear.
1.2 Latar belakang masalah.
Kimia merupakan satu displin ilmu dalam bidang sains yang mengkaji tentang
jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan dan
penggunaan bahan. Konsep yang terkandung ini tidak mempunyai contoh yang boleh
dilihat oleh pacaindera. Oleh itu, pembelajaran subjek Kimia sering dianggap sukar dan
rumit. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar memahami sesuatu konsep yang
dipelajari jika mereka boleh membuat generalisasi semua contoh konsep, atau mereka
boleh membezakan di antara contoh dan bukan-contoh konsep (Abu Hasan & Meor
Ibrahim, 1998).
Proses pencerakian minda merupakan dimensi ulung dalam penerokaan
khazanah ilmu. Walaubagaimanapun, anak-anak yang dilahirkan mempunyai anugerah
atau kelebihan berbeza. Dalam konteks sebagai seorang pelajar amnya, mereka juga
mempunyai gaya pembelajaran dan minat tersendiri. Sebagai contoh ada pelajar suka
belajar secara berkumpulan, ada yang selesa belajar secara individu dan ada juga pelajar
yang belajar sambil mendengar muzik. Berasaskan kepada perbezaan ini, bahan bercetak
(elektronik dan bukan elektronik) yang sedia ada kurang memenuhi kepelbagaian yang
wujud. Konsep bahan pembelajaran yang selama ini digunakan “one to fit all” tidak lagi
sesuai untuk menangani permintaan pembelajaran yang sofistikated (Mohamad Bilal,
Baharuddin, & Mohd Salleh, 2008).
Kajian dari Universiti John Hopkins menunjukkan pelajar berminat dalam kelas
yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas, malah mereka
3
sudi memperuntukkan masa untuk belajar menggunakan komputer (Ling & Zaidatun,
2008). Rio Sumarni (1997), menyatakan bahawa walaupun terdapat beberapa kaedah
pengajaran lain yang dapat mencetuskan proses pembelajaran terhadap pelajar, namun
simulasi komputer merupakan kaedah yang paling sesuai bagi meningkatkan daya
tumpuan dan konsentrasi pelajar terhadap pelajaran.
Projek pembangunan laman web bagi pembelajaran matapelajaran Kimia ini
membantu dalam merealisasikan impian setiap pelajar untuk belajar dalam suasana yang
meletakkan mereka sebagai individu yang dihargai. Hal ini kerana tahap kecerdasan
pelajar yang maksimum ialah apabila sesuatu yang realiti telah membangkitkan
perhatian, minat, tumpuan dan penglibatan mereka sepenuhnya dalam melakukan
sesuatu perkara. Oleh itu, dengan mengenalpasti setiap kecerdasan masing-masing,
pelajar boleh belajar dengan gaya pembelajaran tersendiri. Pengajaran dalam pendidikan
haruslah selaras dengan tahap perkembangan akal pelajar dan guru hendaklah
menggunakan cara-cara pengajaran yang sesuai dengan perkembangan akal pelajar
tersebut (Ibnu Khaldun dalam Che Zaini, 2000).
Selain itu, elemen multimedia atau interaktiviti yang diadaptasikan kedalam
perisian laman web memberi impak positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ab Halim & Zaradi (2007), menyarankan penggunaan peralatan multimedia seperti
audio, grafik, video dan animasi agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
baik. Pembelajaran begini lebih menarik berbanding kaedah tradisional yang hanya
berpusatkan guru dimana guru hanya bercakap dan menulis di papan hitam (chalk and
talk) sahaja.
Menurut Butler (1995), World Wide Web (WWW) boleh digunakan bagi
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu WWW sebagai alat bantu
untuk membawa dunia luar ke dalam bilik darjah. Tambahan pula WWW merupakan
satu aplikasi yang membolehkan maklumat dicapai dengan mudah dan mempunyai
kawalan oleh pengguna yang tinggi (Alessi & Trollip, 1991). Oleh itu, projek
pembangunan laman web pembelajaran Ikatan Kimia ini diteruskan dengan gabungan
4
aplikasi teori kecerdasan pelbagai bagi menyediakan pembelajaran yang lebih menarik,
interaktif dan mencabar.
1.3 Pernyataan Masalah
Tajuk Ikatan Kimia menfokuskan pembelajaran kepada tiga bahagian dimana
pelajar dapat memahami asas pembentukan sebatian, mensintesiskan idea tentang
pembentukan ikatan ion dan kovalen serta menganalisis sifat sebatian ion dan sebatian
kovalen (Buku Teks Kimia Tingkatan 4).
Menurut kajian oleh KPM antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar
dalam menjawab soalan-soalan peringkat SPM ialah tidak dapat menulis susunan
elektron bagi ikatan ion dan ikatan kovalen yang terbentuk dan tidak dapat melukis
gambarajah susunan elektron bagi menunjukkan pembetukan ikatan ion dan kovalen.
Selain itu, pelajar masih keliru untuk membezakan ikatan ion dan ikatan kovalen dan
sifat-sifat sebatian kovalen dan sebatian ion (Alya Hanna, 2004).
Tambahan pula, sikap guru sendiri yang tidak berganjak daripada kaedah
penyampaian secara tradisional menjadi salah satu masalah dalam merealisasikan proses
P&P yang berdaya saing dan melibatkan pelajar secara aktif. Namun, ada segelintir guru
yang menerapkan pembelajaran secara aktif dalam proses P&P. Walaubagaimanapun,
penggunaan teknologi seperti web dengan penerapan elemen multimedia dan
mengaplikasian gaya pembelajaran yang mengikut cara belajar masing-masing dijamin
dapat membantu guru dalam membantu pelajar memahami dengan lebih berkesan dan
menyeronokkan.
5
1.4 Objektif Projek
Secara umum, objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu perisian
pembelajaran interaktif berasaskan web. Topik yang diaplikasikan didalam web tersebut
ialah salah satu tajuk dari tingkatan 4 iaitu “Ikatan Kimia”. Perisian ini juga mengambil
kira aspek kecerdasan pelbagai yang berlainan di antara setiap pelajar. Manakala, secara
khususnya, objektif projek ini adalah seperti berikut:
1. Membangunkan laman web interaktif menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai
atau Multiple Intellegences (MI).
2. Menilai reka bentuk laman web pembelajaran Ikatan Kimia secara rintis.
Selain itu, objektif pembelajaran juga dititikberatkan oleh pembangun dalam
merealisasikan impian untuk melihat keberkesanan secara menyeluruh berdasarkan input
didalam laman web tersebut. Antara objektif yang akan dicapai oleh pengguna melalui
laman web pembelajaran Ikatan Kimia adalah seperti berikut:
1. Menyatakan asas pembentukan sebatian.
2. Membezakan pembentukan ikatan ion dan kovalen.
3. Meramalkan formula sebatian ion dan kovalen.
4. Membezakan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen.