34
Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV Strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah- kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi yang yang terdapat dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual ialah : i. Kemahiran Berfikir kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif. ii. Kemahiran Belajar cara belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran PSV

  • Upload
    adora89

  • View
    167

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSVStrategimerupakansuatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi yang yang terdapat dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual ialah :i. Kemahiran Berfikirkemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.

ii.Kemahiran Belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkankepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaankemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiStrategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut : Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan. Mod perhubunganialah menghantar dan menerima e-mel Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.iv. Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatanpengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlakupada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.v. Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.vi. Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.

iv. Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedahpembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan.Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan.Vi Pembelajaran MasteriPendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada penguasaan pelajar dimana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain. Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.

Pengenalan Kaedah dan TeknikKaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi seperti mempunyai masalah keluarga, kita mesti akan mencari jalan iaitu pendekatan untuk menghuraikan masalah ini. Tanpa bantuan kaedah, masalah ini tidak akan berjalan dengan lancar. Mungkin kita boleh membuat senarai semak perkara-perkara yang boleh membuatkan masalah itu selesai.Teknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi-situasi yang tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif. Selain itu, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan pelajar.

PERKEMBANGAN ARTISTIKPelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelasperkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah diformulasikanoleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara umumnya berbezanamun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaanyang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representation.Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkatawal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembanganmereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatanini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan.Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidaksemestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAKSemasa menuntut di sekolah rendah dahulu, pernahkah anda berkongsi lukisan yang anda hasilkan dengan rakan sekelas anda? Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.Kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak banyak dijalankan bagi melihat pertumbuhan pemikiran kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi. Menurut Light dan Barnes (2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistik kanak-kanak yang pernahdirekodkan adalah pada tahun 1887. Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk The Art of Little Children yang mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak. Pada tahun 1910 pula, kajian perkembangan kanak-kanak diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak tersebut berumur 4 hingga 7 tahun. Pada tahun 1913 di Perancis, Georges-Henri Luquet telah menerbitkan 1,500 keping katalog lukisan yang dihasilkan oleh anak perempuan beliau, dilukis semasa berumur antara 3 hingga 8 tahun. Kesemua kajian dan penerbitan yang dihasilkan mengenai perkembangan awal artistik kanak-kanak masih lagi menjadi rujukan utama kepada kajian mengenai perkembangan artistik kanak-kanak pada masa sekarang.

1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan DayHurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanakkepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education. - Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai dayakawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketuakeluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan BritainLowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistikyang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaituperingkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawningrealism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAYPeringkat Manipulatif (2-5 tahun) Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun)

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yangdihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism.

(a) Peringkat Fortuitous RealismPeringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hamper sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja.

(b) Peringkat Failed RealismImej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.(c) Peringkat Intelectual RealismPada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual RealismPeringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

TOPIK 5 KREATIVITI DAN KANAK-KANAKPENGENALAN

Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukanpemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

5.1 KREATIVITILowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data, pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.

5.2 PENGERTIAN KREATIVITITerdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru,kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).

5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI 5.3.1 E. Paul TorranceRajah 5.1: Ellis Paul Torrance Sumber: http://www.faculty.de.gcsu.edu/~cbader/Torrance.html Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik danahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalammendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telahdiiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia,Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidangpsikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya menciptakaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliaumengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya Torrence Test ofCreative Thinking. Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebihdaripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual danmaterial pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia danpsikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrance Centre of Creativity and Talent Development.

5.3.2 June King McFee June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang menciptasesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya,Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaanmenyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada ideayang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa ideaboleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah.Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu, usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.

5.3.3 Carl RogersCarl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa.Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dankemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama.Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah.

Rajah 5.2: Carl RogersSumber: http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.htmlDi dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif.Rogers mempunyai takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individuyang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta melakukan yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemuka teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial.Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat sertakemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atasperkara tersebut.

5.3.4 Victor LowenfeldBeliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori LowenfeldStages of Artistic Development yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan dan penerangan untuk menerangkan peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualiti dan kreativiti. Menurutnya lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.

ASAS INDIVIDU YANG SIHAT Keterbukaan kepada pengalaman Menikmati kehidupan yang dialami Mengamalkan kebebasan Individu yang kreatif Menghargai diri sendiri.Di dalam teori perkembangannya, sekatan dan halangan terhadap pengembangankreativiti adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu halangan bersifat psikologi atau emosi, dan halangan persekitaran atau budaya. Halangan bersifat psikologi merujuk kepada tekanan di mana murid tidak memperoleh jawapan ke atas persoalan dan kemusykilan yang sememangnya telah wujud di dalam diri mereka. Ibu bapa sering kali cepat bosan terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh anak mereka menjadikan mereka serik untuk bertanya.Selain itu, faktor persekitaran dan budaya juga menjadi halangan kerana persekitaran tidak kondusif dan membina daya kreativiti murid. Sistem persekitaran di sekolah tidak menggalakkan murid bertanya malahan sebaliknya. Kebiasaannya guru lebih banyak menyoal berbanding murid.Ini menurut Lowenfeld membantutkan perkembangan kreativiti kanak-kanak. Justerupembentukan falsafah pendidikan perlu fokus terhadap melahirkan individu yang mempunyai sifat kritikal dan analitikal dengan memberi peluang kepada murid untuk menyoal dan guru perlu menyediakan jawapan yang bersesuaian. Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.

(a) Kelancaran (Fluency)Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.

(b) Fleksibel (Flexibility)Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran.

(d) Keaslian (Originality)Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan.(d) Kepekaan (Sensitivity) Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.

5.4 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITIKreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti seni visual. Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan.5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:(a) Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.(b) Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.(c) Peringkat PerancanganPeringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

(d) Peringkat AktivitiPemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?(e) Kajian SemulaPeringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

5.4.2 Laura H. ChapmanLaura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini, menurut beliau, digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.Dalam konteks ini, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja dan pemahaman ini perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid.Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri. Namun demikian, di dalam proses ini guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah.

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni:(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa.Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian.(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Yang jelas, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya.Di dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

5.4.3 Calvin W. TaylorCalvin W. Taylor (1915-2000) merupakan seorang ahli psikologi yang menjelaskan bahawa tidak semua manusia lahir dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Taylor percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu:

(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini misalnya dihasilkan secara bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. Ekspresi ini bersifat bebas; di mana kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh murid semasa proses menghasilkankarya.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilan Kreativiti melalui penghasilan merujuk kepada keupayaan dan kecekapan murid menghasilkan sesuatu karya dan rekaan. Pada peringkat ini, guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. Peranan guru menjadi penting kerana murid memerlukan bimbingan untuk mengenal pasti kaedah yang betul dan sesuai di dalam penghasilan karya selain memperbaiki teknik.(c) Kreativiti Bersifat InventifKreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peringkat ini menekan faktor-faktor penemuan dan penciptaan. Peringkat ini juga melibatkan banyak percubaan bagi menghasilkan teori dan kesimpulan terhadap sesuatu eksperimen yang dilakukan. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.(d) Kreativiti Bersifat InovatifPeringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. Pada peringkat ini, murid mula melakukan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Guru pendidikan seni visual boleh membantu murid untuk mengenal pasti kaedah pelaksanaan yang betul.Pada peringkat ini juga pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternatif bagi setiap perancangan.(e) Kreativiti Bersifat EmergenIni merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanak-kanak apabila melukis.5.5 CIRI-CIRI KREATIVITIAdalah penting bagi guru-guru pendidikan seni untuk mengetahui ciri-ciri dan sifat-sifat kreativiti. Ciri-ciri kreativiti boleh dilihat dari segi keperibadian serta sifat-sifat kelaziman. Bagi memudahkan guru-guru mengenal pasti ciri-ciri kreativiti, berikut merupakan ciri-ciri individu kreatif.(a) Bersifat FleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Sebagai contoh, sekiranya berlaku kemalangan kecil semasa menjalankan aktiviti seni mereka tidak cepat panik malahan cepat bertindak meredakan keadaan dan cuba menyelesaikannya secepat yang boleh mengikut keadaan dan kesesuaian.(b) Sensitif dan Peka Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.Antara ciri lain adalah kepekaan terhadap alam sekitar serta mempunyai deria dalaman yang sangat sensitif terhadap persepsi estetik.(c) Gagasan/Idea yang Asli dan TulenSeseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.(d) Bersifat TerbukaMempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.(e) LogikMurid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran BebasGolongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu- satu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)Bagi menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh digunakan. Asas sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses menilai. Aktiviti sumbangsaran perlu fokus kepada kuantiti idea dan saranan yang disampaikan melalui interaksi sesama murid.Dalam proses ini, apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijak mengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana adakalanya penyelesaian yang diberikan mungkin tidak logik dan relevan. Proses menilai, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan agar proses sumbangsaran berjalan lancar. Kecenderungan untuk menilai sama ada saranan tersebut sesuai ataupun tidak akan mengganggu keseluruhan proses tersebut. John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran.

(a) Kaedah PertamaElakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah KeduaElakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.(c) Kaedah KetigaMenjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.(d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.

5.6.2 Teori Perkembangan Kreativiti Paul TorranceE. Paul Torrance juga telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Tujuh perkara ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.(a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan. Guru pendidikan seni visual boleh menyoal murid bagi menggalakkan daya fikir. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukansemasa proses penghasilan sesuatu karya. Perasaan ingin tahu atau curiosity boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab di dibantu dengan contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni.(b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. Dalam konteks ini, murid digalakkan membuat pelbagai usaha eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna, melukis dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan penemuan-penemuan baru.(c) Pemerhatian Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan. Di dalam konteks pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.(d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. Sebagai contoh, penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki, namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi. Secara tidak langsung, percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain.(e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. Bagi tujuan ini, guru-guru pendidikanseni boleh menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini secara tidak langsung membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya.(f) Memanipulasi Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampubertindak melalui bahan atau keadaan sedia ada. Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.(g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.