6
Strategi Dasar Ekonomi Baru Pembasmian kemiskinan Di bawah Dasar Ekonomi baru, kerajaan telah melancarkan beberapa strategi bagi merapatkan jurang ekonomi antara etnik di Malaysia. Antaranya ialah dengan memperkenalkan program pembasmian kemiskinan secara besar-besaran di seluruh negara terutamanya di negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Oleh itu, En. Kamal dan En. Zainal daripada Unit Perancangan Ekonomi telah mejalankan kajian tentang peratusan kadar kemiskinan negara. Hasil kajian mereka mendapati, kemerosotan mendadak peratusan kemiskinan di Malaysia sebanyak 32.3% sejak tahun pelaksanaanya 1970 hingga 1987. Hal ini dapat dibuktikan dengan peratusan kemiskinan di Semenanjung Malaysia merosot terutamanya di kalangan orang Melayu sebanyak 24% pada tahun 1987, kaum India sebanyak 10% diikuti kaum Cina sebanyak 8% manakala di Sabah dan Sarawak mengalami peratusan kemerosotan yang sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, penduduk Sabah dan Sarawak mempunyai pendapatan isi rumah yang agak tinggi dengan Sabah menduduki tempat kedua dan Sarawak di tempat kelima jika dibandingkan dengan 13 negeri yang lain (Kamal dan Zainal, 1989). Walaupun matlamat DEB tidak dapat dicapai sepenuhnya, namun kerajaan masih lagi meneruskan semangat DEB dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional yang menjadi kesinambungan kepada DEB. Pewujudan Pekerjaan dan Penstrukturan Semula Bidang pertanian menjadi semakin maju dan kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memastikan golongan miskin di luar bandar menerima

Strategi Dasar Ekonomi Baru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Strategi Dasar Ekonomi Baru

Strategi Dasar Ekonomi Baru

Pembasmian kemiskinan

Di bawah Dasar Ekonomi baru, kerajaan telah melancarkan beberapa strategi bagi

merapatkan jurang ekonomi antara etnik di Malaysia. Antaranya ialah dengan memperkenalkan

program pembasmian kemiskinan secara besar-besaran di seluruh negara terutamanya di

negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Oleh itu, En. Kamal

dan En. Zainal daripada Unit Perancangan Ekonomi telah mejalankan kajian tentang peratusan

kadar kemiskinan negara. Hasil kajian mereka mendapati, kemerosotan mendadak peratusan

kemiskinan di Malaysia sebanyak 32.3% sejak tahun pelaksanaanya 1970 hingga 1987. Hal ini

dapat dibuktikan dengan peratusan kemiskinan di Semenanjung Malaysia merosot terutamanya

di kalangan orang Melayu sebanyak 24% pada tahun 1987, kaum India sebanyak 10% diikuti

kaum Cina sebanyak 8% manakala di Sabah dan Sarawak mengalami peratusan kemerosotan

yang sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, penduduk Sabah dan Sarawak mempunyai

pendapatan isi rumah yang agak tinggi dengan Sabah menduduki tempat kedua dan Sarawak

di tempat kelima jika dibandingkan dengan 13 negeri yang lain (Kamal dan Zainal, 1989).

Walaupun matlamat DEB tidak dapat dicapai sepenuhnya, namun kerajaan masih lagi

meneruskan semangat DEB dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional yang

menjadi kesinambungan kepada DEB.

Pewujudan Pekerjaan dan Penstrukturan Semula

Bidang pertanian menjadi semakin maju dan kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi

memastikan golongan miskin di luar bandar menerima faedah dasar-dasar pertanian yang

dianjurkan. Oleh itu, kerajaan telah menekankan aspek pentauliahan lebih banyak tanah

pertanian digiatkan di kawasan luar bandar.

Kerajaan telah menubuhkan FELDA, FELCRA dan RISDA bagi membantu Bumiputera

mengusahakan tanaman yang diamanahkan kepada mereka. Sebanyak satu juta hektar atau

lebih tanah pertanian dimajukan bagi setiap tempoh rancangan di bawah program persekutuan

mahupun program negeri dengan usaha sama sektor swasta. Menurut Kajian Separuh Penggal

Rancangan Malaysia Kelima, pendapatan bulanan bersih peneroka bagi tahun 1986-1988,

pendapatan peneroka kelapa sawit adalah dianggarkan kira-kira RM493, bagi rancangan getah

pula sebanyak RM545 manakala peneroka tebu sebanyak RM440. Walaubagaimanapun,

Page 2: Strategi Dasar Ekonomi Baru

terdapat peningkatan dari segi pendapatan Bumiputera dalam sektor ini pada tahun 1988

berikutan harga pasaran antarabangsa yang lebih tinggi. Pendapatan bulanan bagi peneroka

kelapa sawit adalah menigkat sebanyak 57%, manakala peneroka getah meningkat sebanyak

76% manakala bagi peneroka tebu sebanyak 70%. Walaubagaimanapun, bagi jenis pertanian

lain seperti padi dan aktiviti-aktiviti kecil pertanian lain tidak menunjukkan apa-apa peningkatan

pendapatan. Implikasi besar daripada program pembangunan ini ialah ia dapat membantu

meningkatkan kualiti dan pendapatan kaum Bumiputera tetapi bukan secara menyeluruh. Selain

itu, ia juga dapat melatih kaum Bumiputera untuk memiliki kepakaran secara kolektif.

Penyusunan semula tenaga

Melalui penyusunan semula tenaga. Sejak tahun 1970-an dan 1980-an, terdapat

perkembangan positif kaum bumiputera dalam penyusunan semula tenaga di mana

kebanyakan kaum bumiputera berpindah ke sektor moden dan pekerjaan bergaji tinggi. (Kamal

dan Zainal, 1989). Fokus utama penyusunan semula tenaga ini adalah untuk menggalakkan

kaum bumiputera menyertai sektor yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi jika

dibandingkan penyertaan mereka sebelum ini dalam bidang pertanian yang kurang maju.

Contohnya, penyertaan kaum bumiputera dalam sektor swasta terutamanya dalam industri

pembuatan, dan juga sektor awam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan penyerapan

kaum bumiputera dalam bidang pertanian kepada 75%, manakala dalam perkhidmatan awam

kepada 68% dan juga 44% dalam bidang pembuatan menjelang tahun 2000. (Kamal dan

Zainal, 1989).

Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), didapati

bahawa terdapat peratusan yang rendah bagi Bumiputera mewakili sektor perdagangan

berbanding kaum Cina pada tahun 1990 di mana Kaum Cina mendominasi sektor ini sebanyak

57.7% manakala Bumiputera sebanyak 34.7% dan kaum India sebanyak 7.1%. Hal ini

menunjukkan penglibatan yang rendah oleh kaum Bumiputera dalam sektor berkenaan

terutamanya dalam perdagangan borong dan runcit.

Selain itu, jika dilihat dari segi guna tenaga menurut pekerjaan antara etnik, pada tahun

1988, kaum Bumiputera telah mendominasi bidang pertanian sebanyak 76% dan seperti yang

diketahui bidang ini tidak membawa hasil produktiviti yang tinggi kepada negara. Ini diikuti oleh

kaum Cina dan India; masing-masing mewakili 17 % dan 7% mereka yang terlibat dalam sektor

Page 3: Strategi Dasar Ekonomi Baru

tersebut. Walaubagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam bidang penjualan amat sedikit

jika dibandingkan dengan penglibatan kaum Cina. Kaum Cina menguasai pekerjaan dalam

bidang ini sebanyak 58% pada tahun yang sama (Faaland, Parkinson dan Saniman, 2002).

Keusahawanan

Kerajaan telah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

(BCIC). Bagi menggalakkan kaum bumiputera menyertai bidang keusahawanan kerajaan telah

memberi bantuan melalui peruntukan kontrak-kontrak kerajaan yang memihak kepada kaum

bumiputera. Keutamaan akan diberikan kepada pengusaha bumiputera dalam melaksanakan

kontrak yang ditawarkan berjumlah tidak melebihi RM 50,000 jika tender mereka tidak lebih

daripada 10 peratus di atas bida bukan Bumiputera. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan

beberapa institusi penting dalam menjayakan program tersebut. Antaranya ialah, Majlis

Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi menyediakan peruntukan sebanyak RM 11 juta

pinjaman setahun dan juga menyediakan program latihan kepada usahawan kecil Bumiputera.

Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Bank Pembangunan bagi menyokong sarana DEB

dalam membantu peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Antara perkhidmatan yang ditawarkan

ialah dengan menguruskan pentadbiran pinjaman daripada Bank Dunia dan juga menyediakan

latihan (Faaland, Parkinson dan Saniman, 2002)

Namun, kemelesetan telah melanda usahawan Bumiputera menyebabkan mereka tidak

dapat meneruskan perniagaan walaupun sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak

kerajaan telah diberikan sepenuhnya. Oleh itu, usaha perstrukturan semula DEB dilancarkan

bagi membantu kaum bumiputera bagi merapatkan jurang ekonomi antara etnik melalui Rangka

Jangka Panjang dalam memfokuskan peranan sektor korporat.

Pemilikan

Kerajaaan juga menumpukan pemilikan ekuiti pelbagai perusahaan kepada Bumiputera

sebagai salah satu usaha meningkatkan tahap ekonomi mereka. Oleh itu, kerajaan

menegaskan ‘pola yang lebih seimbang dalam pemilikan aset-aset dalam semua sektor

ekonomi adalah perlu. Sasaran kerajaan ialah bahawa dalam tempoh dua puluh tahun, orang

Melayu dan peribumi lain akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada

Page 4: Strategi Dasar Ekonomi Baru

seluruh aktiviti perdagngan dan perindustrian ekonomi dalam semua kategori dan sekala

operasi.’ (Kamal dan Zainal, 1989). Secara keseluruhannya, Kerajaan telah memperluaskan

pemilikan dengan menetapkan penyertaan kaum lain dan juga pemastautin asing menyertai

pemilikan tersebut supaya sekurang-kurangnya 30% adalah untuk pemilikan bumiputera, 40%

untuk kaum lain dan juga 30 peratus untuk pelabur asing. Selain itu, dalam proses

penstrukturan semula pemilikan asset, kerajaan memfokuskan pemilikan asset fizikal seperti

tanah, rumah, bangunan perdagangan dan asset-aset kewangan kepada Bumiputera.

Jadual 1: Pemilikan dan Penguasaan Sektor Korporat 1971 hingga 1990

(Peratusan dipegang oleh kumpulan etnik; anggaran berkaitan nilai tara)

1971 1975 1980 1985 1988 1990

Penduduk Rakyat Malaysia 38.3 46.7 52.5 74.0 75.4 76.3

Individu Bumiputera 2.6 3.6 4.3 11.7 13.0 13.6

Agensi Amanah

Bumiputera1.7 5.6 8.1 7.4 6.4 6.0

Penduduk Rakyat Malaysia

Lain34.0 37.5 40.1 54.9 56.0 56.7

Penduduk Asing 61.7 53.3 47.5 26.0 24.6 23.7

Jumlah 100 100 100 100 100 100

Sumber bagi tahun 1971, 1975 dan 1980: Rancangan Malaysia Keempat.

Sumber bagi tahun 1985, 1988 dan 1990: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima.

Pada tahun 1980-an jika diperhatikan, terdapat peningkatan paling mendadak bagi Bumiputera

memegang syer syarikat dalam sektor korporat di mana sebanyak 7.4% peningkatan. Ini

menunjukkan perkembangan positif penguasaan Bumiputera dalam syer syarikat. Namun,

semenjak tahun 1988, peningkatan yang dialami semakin perlahan sebanyak 0.6% sahaja. Jika

diperhatikan jadual di atas, kaum Cina masih lagi munguasai syer syarikat dalam sektor

korporat dengan mengungguli peratusan sebanyak 56.7% pada tahun 1990.