struktur BUMI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains

Citation preview

PowerPoint Presentation

BUMIKETUA KUMPULAN:JACK Sow Yong JieAhli KUMPUAN :Kiang Zhi Yang, Yap Wei Weng

Struktur bumi

BUMIBumi merupakan planet urutan ke-tiga dari sembilan planet yang mengelilingi matahari dan merupakan satu-satunya planet yang dapat dihuni oleh mahluk hidup. Bumi terbentuk sekitar 4,6 milyar tahun yang lalu. Jarak bumi dengan matahari sekitar 150 juta km, dengan radius 6.370 km. Bumi memiliki 2 macam lapisan, yaitu lapisan internal (dalam) dan lapisan eksternal (luar).

Penerang TENTANG STRUKTUR BUMIKerak BumiKerak bumimerujuk kepada lapisan luarplanetbumi. Pemukaan sesebuahplanetkebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam. Hanya 1/3 kerak bumi merupakandaratan, yang lain dilitupi olehlautan. Ketebalan kerak bumi adalah di antara 10 hingga 30 batu.Kerak bumi, yang merupakan bahagian ataslitosfera, terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas ialahbenua, yang terdiri daripadagranit. Manakala di bawah granit ialah satu lapisan batu keras yang dipanggil basalt.

Pertembungan dua plat tektonik boleh menghasilkan gunung berapiPenerang TENTANG STRUKTUR BUMIMantelMantel adalah sebuah anggota planet bumian atau sebarang jasad berbatu-batan yang cukup besar untuk mengalami pembezaan mengikut ketumpatan. Isi dalaman Bumi, begitu juga dengan planet-planet bumian yang lain, terbahagi kepada lapisan-lapisan kimia. Mantel adalah lapisan di antara kerak dan teras luaran. Mantel Bumi merupakan sebuah kulit berbatu silikat yang tebalnya kira-kira 2,900 km (1,800 bt)[1] dan mencakupi sekitar 84% isipadu Bumi.Rata-rata mantel ini pejal tetapi dalam masa geologi, ia bertindak seperti cecair yang amat likat. Mantel ini melitupi teras panas yang kaya dengan besi dan nikel yang mencakupi kira-kira 15% isipadu Bumi. Episod-episod pencairan dan kegiatan gunung berapi yang lampau di tingkat-tingkat mantel yang lebih dangkal telah menghasilkan kerak nipis yang terdiri daripada hasil-hasil cairan terhablur dekat permukaan yang kita diami

TerasTeras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaituteras dalamdanteras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sferabesi-nikelbeku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.Penerang TENTANG STRUKTUR BUMI

Keratan rentas Bumi. Teras dalam ialah bahagian paling dalam (di tengah-tengah Bumi).)TsunamiTsunami, sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut, merupakan satu siriombakyang berlaku selepasgempa bumi(dalam laut),tanah runtuh,aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentamanmeteordalam atau berhampiran laut.Tenagasetiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30meteratau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

FENOMENA ALAM DI BUMI

Animasi tsunami berikutan gempa 26 Disember 2004Gunung BerapiGunung berapiadalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerakBumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkanextrusionof rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.Gunung berapi biasanya terdapat di manaplak tetonikberpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, sepertiRabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah;Lingkaran Api Pasifikpula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti diLembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapiEifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater danRio Grande Riftdi Amerika Utara.

FENOMENA ALAM DI BUMI

Gempa BumiGempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaanbumidisebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaanbumiyang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalambumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkanskala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuranSkala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.Tenaga ini disalurkan ke permukaanbumimenyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

FENOMENA ALAM DI BUMI