Upload
su
View
288
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pjk
Citation preview
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
QGJ3053 SUKAN INDIVIDU
TAJUK ESEI ILMIAH
1
PEMARKAHAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
SURAYA BTE BUKHARI D20112052571
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 16
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK HISHAMUDDIN BIN AHMAD
TARIKH SERAH : 23.11.2014
ISI KANDUNG MUKA SURAT
Pengenalan 3
i.Tajuk Program Latihan 3
ii.Tempoh Masa Program Latihan 3
iii.Matlamat Program Latihan 3-4
iv.Tempoh Masa Sesi Latihan 4
v.Jumlah murid yang dilatih 5
2
PROGRAM LATIHAN ACARA PADANG : LOMPAT TINGGI
vi.Alatan yang diperlukan 5
vii.Jadual Program Latihan 6-9
ix.Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan 10-12
x.Variasi Latih Tubi Kemahiran 12-14
xi.Prinsip-prinsip latihan yang Relevan 14-16
xii.Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan 16
xiii. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan 17-18
xiv.Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah 18
xv.Penutup 19
Rujukan
19
Pengenalan.
Latihan menurut Mohd Taib Harun et.al(2012)satu proses persediaan dan latihan untuk
seseorang atlet bagi mencapai tahap kecergasan fizikal dan kemahiran yang lebih
tinggi.Kecemerlangan atlet dalam bidang sukan atau permainan hanya akan tercapai hasil
daripada latihan fizikal yang bersistematik, terancang dan dilaksanakan mengikut fasa-fasa
latihan serta disipilin yang tinggi.Prinsip-prinsip dalam sukan individu merupakan amalan
yang mempengaruhi proses pelaksanaan dan penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal
yang terancang untuk mengelakkan kecederaan,kelesuan,kebosanan dan kemerosotan tahap
kecergasan sedia ada. Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikan
3
dengan baik dalam satu program latihan jangkamasa panjang atau pendek yang progresif bagi
pencapaian objektif latihan yang berkesan.Lompat tinggi mula diperkenalkan dalam
tahun1887 dan diperkenalkan dalam sukan Olimpik pada tahun 1896.Acara ini memerlukan
persediaan fizikal dan mental.Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa
pergerakan iaitu penujuan,lonjakan layangan dan pendaratan.Terdapat beberapa gaya lompat
tinggi iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
i. Tajuk Program Latihan.
Program Latihan Acara Padang:Lompat Tinggi.
ii. Tempoh Masa Program Latihan.
Program latihan akan dijalankan selama dua bulan.
iii. Matlamat Program Latihan.
Matlamat latihan adalah bagi mencapai tujuan utama latihan iaitu peningkatan tahap
kemahiran dan prestasi.Terdapat beberapa matlamat umum yang perlu dicapai terlebih dahulu
iaitu
a. Pembentukan atau peningkatan pelbagai aspek fizikal iaitu pembentukan kecergasan yang
menyeluruh seperti meningkatkan daya tahan kekuatan, kelajuan,kelenturan dan tahap
koordinasi yang tinggi.
b.Pembentukan keperluan fizikal yang khusus untuk sukan tertentu iaitu membentuk dan
meningkatkan kekuatan relatif dan sepatutnya seperti komposisi otot dan
kekenyalan,kekuatan khusus dalam lompat tinggi,serta koordinasi dan kelembutan.
c.Faktor teknikal iaitu meliputi pembentukan untuk melakukan segala aksi teknikal dengan
betul,memperbaiki teknik asas dan teknik khusus, memperbaiki teknik lakuan dalam sukan
tertentu dan menambah keyakinan melakukan semua jenis pergerakan.
d.Faktor taktikal iaitu mempelajari dan mempertingkatkan strategi dalam sukan dan
permainan dengan cara mengkaji taktik yang digunakan oleh pihak lawan yang akan
dihadapi, mempelbagaikan taktik yang sesuai dengan kemampuan atlet,membina strategi
baru .
4
e.Aspek psikologi iaitu persediaan bagi meningkatkan prestasi. Ia penting bagi meningkatkan
disiplin, ketabahan, semangat lawan,keyakinan dan kesungguhan.
f.Faktor kesihatan adalah perkara yang sangat penting.Tahap kesihatan yang sempurna boleh
dicapai melalui pemeriksaan kesihatan bertempoh antara intensity latihan dan kemanpuan
atlet yang betul,pengubahsuaian kerja yang berat kepada ringan .
g.Mengelakkan kecederaan dengan mengambil segala langkah-langkah keselamatan bagi
mengelakkan kecederaan dengan cara meningkatkan kelembutan atau kelenturan yang lebih
tinggi daripada yang diperlukan semasa melakukan sesuatu pergerakan,regangan otot, tendon
dan ligament pada fasa permulaan.
h.Pengetahuan teori iaitu latihan dapat meningkatkan pengetahuan atlet tentang asas
psikologi dan fisiologi latihan,perancangan,pemakanan dan pemulihan.
iv. Tempoh masa sesi latihan.
Tempoh latihan yang diberikan berada pada paras yang boleh dilakukan dan tidak berlatih
hingga murid menjadi terlalu letih.Tempoh masa sesi latihan ialah antara 1 hingga 1 jam 30
minit sehari. Ini kerana keletihan yang berlebihan akan menyebabkan kecederaan berlaku.
a.Pengenalan -5 minit
b.Persediaan -15 minit
c.Fasa utama -60 minit
d.Hasil/penutup -10minit
Jumlah -90 minit
v. Jumlah murid yang dilatih
Jumlah murid yang dilatih ialah 4 orang.
vi.Alatan yang diperlukan
a. Tali
Tali yang biasa digunakan sangat berguna untuk latihan lompat tinggi.Diantara kelebihannya
ialah:
5
i.Ia tidak dapat mencedera atau menyakitkan para pelajar yang melanggarnya.
ii.Biasanya para pelajar memang suka melompat melepasi tali.
iii.Ketinggiannya mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar dan latihan yang mereka
lakukan.
iv.Tali amat mudah diperolehi dan dibawa ke tempat latihan.Ia memudahkan lagi
pengendalian sesi latihan.
b. Batang rotan dan skitel.
Kedua-dua alatan ini boleh juga digunakan dalam usaha memperkenalkan kemahiran asas
melompat tinggi kepada pelajar.
c.Tilam mendarat
Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar.Tilam gimnastik boleh digunakan
semasa sesi awal latihan.
d.Tiang dan palang lompat tinggi.
Kedua-dua alatan ini boleh digunakan setelah para pelajar dapat menguasai asas melompat.
vii.Jadual Program Latihan
Minggu 1
Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti
Isnin Ujian Kecergasan
Selasa Penujuan-larian menghala ke palang
Lonjakan-tindakan kaki untuk menaikkan
badan
Layangan-gaya dan kedudukan badan ketika
sederhana
6
berada di udara dan diatas palang.
Pendaratan-sentuhan badan dan bahagiannya
dengan tempat mendarat.
Rabu a.Latihan pliometriks
-Sebelah kaki
-dua belah kaki
b.Lompat melepasi deretan pagar rendah
2 set setiap stesen
Tinggi
Khamis Rehat Pasif
Jumaat Latihan Bebanan
-Lari naik dan turun tangga
-Lari selekoh/lencung(curve running)
-memberi perhatian kepada kecondongan
badan dan langkah larian
2 set setiap stesen
sederhana
Sabtu Latihan anaerobik
Lari skip tegak(vertical skips) dengan
mengerakkan kedua-dua belah tangan
serentak ke atas
Ulangan: 4 kali
Rendah
Ahad Rehat Pasif
Minggu 2
Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti
Isnin Latihan enaerobik
a.Jalan dengan lutut tinggi
b. Berlari dengan lutut tinggi
c.Lari dan tanduk bola
d.Lari Long Bounding Strides
2 set setiap stesen.
Sederhana
Selasa Penujuan Sederhana
7
Lonjakan
Layangan
Pendaratan
Peringkat 2
Rabu a.Latihan pliometriks
b.Latihan jeda
-lari perlahan dengan lutut tinggi(high knee
marching)
-lari dengan lutut tinggi(high-knee running)
4 set setiap stesen
Tinggi
Khamis Rehat Pasif
Jumaat Latihan Bebanan
-Lari naik dan turun tangga
-Lari selekoh/lencung(curve running)
-memberi perhatian kepada kecondongan badan
dan langkah larian
4 set setiap stesen
sederhana
Sabtu Latihan anaerobik
-Lari bounding strides
-lari dan tanduk bola
Ulangan: 8 kali setiap stesen
Sederhana
tinggi
Ahad Rehat Pasif
Minggu 3
Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti
Isnin Latihan enaerobik
a. Lari dengan badan condong ke kanan tau
ke kiri mengikut arah lompatan
b.Lari dalam bentuk bulatan
c.Skipping arah belakang
d. Long bounding strides
4 set setiap stesen
sederhana
8
Selasa Penujuan
Lonjakan
Layangan
Pendaratan
Tinggi
Rabu a.Latihan pliometriks
-Sebelah kaki
-dua belah kaki
b.skipping arah belakang
6 set setiap stesen
Tinggi
Khamis Rehat Pasif
Jumaat Latihan Bebanan
-Lari naik dan turun tangga
-Lari selekoh/lencung(curve running)
-memberi perhatian kepada kecondongan
badan dan langkah larian
-Lari bounding strides with arm swinging
6 set setiap stesen
Sederhana
tinggi
Sabtu Latihan tekanan
-melompat lima langkah tanpa palang
-melompat lima lankah dengan palanag
-melompat lima langkah dengan palang
semakin dinaikkan
Ulangan: 8 kali setiap stesen
tinggi
Ahad Rehat Pasif
Minggu 4
Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti
Isnin Latihan enaerobik
a.Jalan dengan lutut tinggi
b. Berlari dengan lutut tinggi
c.Lari dan tanduk bola
d.Lari Long Bounding Strides
6 set setiap stesen.
Sederhana
9
Selasa Penujuan
Lonjakan
Layangan
Pendaratan
Sederhana
Peringkat 2
Rabu a.Latihan pliometriks
b.Latihan jeda
-lari perlahan dengan lutut tinggi(high knee
marching)
-lari dengan lutut tinggi(high-knee running)
6 set setiap stesen
Tinggi
Khamis Rehat Pasif
Jumaat Latihan Bebanan
-Lari naik dan turun tangga
-Lari selekoh/lencung(curve running)
-memberi perhatian kepada kecondongan badan
dan langkah larian
6 set setiap stesen
sederhana
Sabtu Latihan anaerobik
-Lari bounding strides
-lari dan tanduk bola
Ulangan: 8 kali setiap stesen
Sederhana
tinggi
Ahad Rehat Pasif
viii.Objektif Setiap Ansur Maju Latihan
Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif.Ia merujuk kepada peningkatan
kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada
keupayaan individu. Setiap individu adalah berbeza maka peningkatan intensity latihan
hendaklah sesuai dengan keupayaan mereka.Beban kerja hendaklah bertambah.Ini dilakukan
secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani
latihan.Jurulatih juga perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi
seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik.
10
ix.Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting,gaya timur,gaya guling barat,gaya
pelana dan gaya Fosbury Flop.Namun, untuk tugasan ini, lebih menitik beratkan Gaya
Fosbury Flop memandangkan gaya ini sungguh popular dan pelajar meminatinya.Sebelum
memulakan latihan ini, para pelajar mestilah terlebih dahulu dapat menentukan kaki manakah
yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.
Latihan I
Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa
langkah ke kiri.Jika pelajar melonjak dengan kaki kiri.Sekiranya pelompat melonjaak dengan
kaki kanan, dia haruslah melengkok ke kanan. Latihan ini hendaklah di buat berulang-
ulang.Ia bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.
Berlari lurus dan melengkok
Latihan II
Seperti dalam latihan I, apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia
mestilah melonjak dengan serta-merta ke atas. Kemudian, keuda-dua belah tangannya
dihayunkan ke atas , siku dibengkokkan dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki
bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat
permulaan.Latihan ini merupakan latihan penujuan,lonjakan dan memusing badan di udara.
11
Latihan penujuan ,lonjakan dan memusing badan di udara
Latihan III
Seperti dalam Latihan II,pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan
dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.Latihan ini bertujuan untuk
melentikkan badan.
Latihan membetulkan penujuan,lonjakan dan memusing badan
Latihan IV
Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.Pelompat melonjak
dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.
Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Latihan ini bertujuan untuk
melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat
Latihan melentikkan badan,melepasi halangan dan mendarat.
Latihan V.
Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.
Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk
melonjak.
12
Latihan berlari pantas dan menentukan tandaan untuk melonjak.
x.Variasi Latih Tubi Kemahiran
1.Lompat ke belakang tanpa palang.Tiada lajak diambil.Jarak take –off dengan tilam satu
tangan sahaja.
2. Lompat ke belakang tanpa palang dengan kaki diangkat tinggi (leg elevation)
3.Lompat ke belakang dengan palang rendah separas pinggul murid. Tiada lajak
diambil.Jarak take-off dengan palang satu tangan.
4. Lompat ke belakang dengan palang rendah separas pinggul murid. Tiada lajak
diambil.Jarak take-off dengan palang satu tangan.Palang dinaikkan sedikit demi sedikit.
5. Murid berada tiga langkah dari tilam dan tanpa palang. Lari lurus,kalau dari kiri mula
dengan kaki kanan.Sudut dari tilam ialah 35° hingga 40° .
6. Kaedah yang sama tetapi palang dinaikkan.Kaki diangkat tinggi.
7.Murid berada empat hingga lapan langkah, tambah lima langkah tanpa palang.
13
8.Murid berada empat hingga lapan langkah,tambah lima langkah dengan palang dinaikkan.
9.Murid berada lima langkah,lari lengkung tanpa palang.
10.Murid berada lima langkah, lari lengkung dengan palang.
11. Empat hingga lapan langkah, tambah lima langkah, lari lrngkung dengan palang
dinaikkan.
12.Tiga langkah terakhir, tanpa palang .
13.Tiga langkah terakhir dengan palang
14.Tiga langkah terakhir dengan palang dinaikkan.
14
15.Empat hingga lapan langkah,tambah tiga langkah terakhir tanpa palang.
16.Empat hingga lima langkah,tambah tiga langkah dengan palang paras pinggul.
17.Kaedah yang sama tetapi palang dinaikkan.
18. Kaedah yang sama tetapi palang ketinggian ditambah dari masa ke semasa.
xi.Prinsip-prinsip Latihan Yang Relevan.
Prinsip-prinsip latihan boleh ditakrifkan sebagai rukun yang harus diikuti oleh setiap
atlet,jurulatih atau sesiapa sahaja yang ingin menjalani latihan fizikal.Ia perlu dijalankan
secara bersistematik dan mengikut prosedur-prosedur yang perlu diamalkan semasa
menjalankan prinsip latihan agar latihan yang dijalankan itu menjadi lebih berkesan.
i. Prinsip Tambah Beban.
Prinsip ini adalah berdasarkan tambahan beban yang dilakukan ke atas sesuatu aktiviti
latihan.Atlet perlu berlatih pada tahap yang lebih daripada keupayaan yang sedia ada untuk
meningkatkan kecergasan.Apabila beban latihan melebihi beban yang biasa dilakukan, maka
15
badan akan mudah disesuaikan dengan perubahan. Hasilnya tambahan beban boleh
diteruskan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan.
ii. Kekerapan latihan
Kekerapan latihan merujuk kepada bilangan kali atau hari yang diperlukan bagi sesuatu
latihan. Prinsip ini adalah berdasarkan fakta bahawa sesuatu latihan perlu kerap dilakukan
bagi membolehkan seseorang mencapai tahap kecergasan yang tinggi. Sebaik-baiknya
program latihan ini dijadikan sebahagian daripada gaya hidup harian.
Bilangan kekerapan berbeza mengikut latihan yang dipilih.Waktu latihan hendaklah
dijarakkan dan tidak dilakukan berturut-turut. Jika dilakukan lebih satu kali sehari biasanya
tidak mendatangkan banyak faedah.Walau bagaimanapun, kekerapan latihan saling
berhubung kait dengan intensity latihan. Sekiranya intensiti latihan tinggi, maka kekerapan
latihan perlu dikurangkan supaya tidak mendatangkan kecederaan.
iii. Intensiti.
Intensiti seiring dengan volum serta densiti atau kepadatan dan merupakan satu komponen
yang terpenting dalam latihan. Ia merujuk kepada komponen kualitatif, kerja yang dilakukan
dalam jangka masa tertentu.Oleh itu , lebih banyak beban yang dilakukan, maka lebih tinggi
intensitinya. Intensiti ialah fungsi kekuatan impuls saraf yang diperlukan dalam latihan.
Kekuatan stimulus bergantung kepada beban kerja,kelajuan/kepantasan pergerakan dan
variasi jeda rehat di antara ulangan.
Tahap intensiti boleh diukur berdasarkan jenis latihan.Latihan yang melibatkan kelajuan
boleh diukur dalam meter/saat atau kadar/ minit melakukan aktiviti.Latihan yang menghadapi
rintangan diukur dengan kilogram.Sukan berpasukan pula diukur daripada rentak
permainan.Intensiti latihanpula berbeza bergantung kepada jenis sukan.Oleh itu, apabila
merancang program latihan, kepelbagaian darjah intensiti latihan perlu dipertimbangkan.
iv. Tempoh Latihan.
Tempoh latihan merujuk kepada tempoh masa yang diambil ketika menjalankan sesuatu
latihan seperti satu jam sesesi atau 12 jam seminggu.Bagi senaman aerobic, tempoh minima
ialah sekurang-kurangnya 30 minit untuk memastikan ia berkesan terhadap system
kardiovaskular. Kesan dan faedah ini akan meningkat apabila tempoh senaman ini
dipanjangkan. Hasil daripada penyelidikan, tempoh senaman yang melebihi satu jam adalah
16
tidak begitu berfaedah kepada seseorang yang ingin mencapai suatu tahap kecergasan
kardiovaskular yang memuaskan.Namun begitu, tempoh ini lebih sesuai bagi seseorang atlet
yang sedang bersedia untuk pertandingan.Bagi seseorang yang bersenam untuk kecergasan,
tempoh senaman 30 minit adalah memadai. Jika perlu, tempoh masa pemulihan antara 1
hingga 2 minit boleh diamalkan jika mana-mana bahagian senaman terlalu membebankan.
v. Ulangan
Semakin banyak ulangan yang diberi, semakin cepat dan berkesan sesuatu latihan. Oleh yang
demikian, kesesuaian fisiologi akan dapat diperoleh dengan kadar yang cepat. Dalam jangka
masa tersebut tahap kecergasan dapat dicapai.
xii.Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan
Menurut Bompa (1985), terdapat lima manfaat yang boleh diperoleh daripada ujian
pengesanan bakat. Antaranya ialah:
Mengurangkan tempoh masa bagi mengenal pasti atlet yang berkebolehan yang jika
dilaksanakan hanya terdapat segelintir individu yang berkebolehan dan berbakat
secara semula jadi dalam sukan
Mengurangkan bebanan jurulatih dari aspek masa, latihan, tenaga dan bakat di mana
jurulatih dapat memberikan tumpuan terus dari aspek latihan bagi meningkatkan
keupayaan dan kemampuan atlet.
Meningkatkan kompetensi dan bilangan atlet terhadap mencapai tahap prestasi di
peringkat tertinggi
Memberikan keyakinan kendiri yang kuat kepada atlet yang terpilih.
Melaksanakan kaedah latihan yang saintifik dengan bantuan dan pemantauan pakar
dalam bidang sukan.
Dalam mengenal pasti bakat, terdapat tiga criteria yang perlu diikuti iaitu
Kriteria Penerangan
Kesihatan Elemen kesihatan merupakan factor terpenting dalam memilih atlet
berbakat dalam sukan, Individu yang terpilih perlu menjalani ujian
17
kesihatan dan memerlukan pengesanan doctor.
Kualiti biometrik Kualiti biometric ataupun pengukuran antropometrik individu merupakan
criteria penting dalam program mengenal pasti bakat. Ketinggian, berat,
panjang depa tangan antara faktor yang diambil kira.
Keturunan Faktor biologi, genetik dan psikologi keluarga seharusnya diambil kira.
Berdasarkan latihan yang dijalankan selama 8 minggu, maka guru atau jurulatih akan dapat
mengenal pasti pelajar yang benar-benar berbakat dan boleh dipilih sebagai atlet.
xiii.Aspek Keselamatan Yang Harus Diutamakan.
Terdapat 5 garis panduan yang perlu digunapakai oleh jurulatih,guru sukan dan pegawai
sukan dalam menjamin keselamatan atlet iaitu:
1. Keselamatan diri atlet.
Penyeliaan yang ketat bermaksud, guru atau jurulatih mendapatkan kebenaran bertulis dari
ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mewakili sekolah. Kebajikan pelajar seperti
penjagaan kesihatan daripada pasukan perubatan bertauliah semasa pertandingan dijalankan
perlu ada supaya sebarang kecederaan yang serius maka tindakan yang sesuai dapat diberi
dan dirujuk ke hospital dengan segera.
2. Pakaian dan kasut yang sesuai.
Dari segi pakaian pula,guru perlu memastikan pelajar mereka memakai pakaian yang sesuai
semasa latihan seperti memilih pakaian yang boleh menyerap peluh dan tidak memerangkap
haba.Kasut juga dipilih sesuai dengan sukan yang diwakili oleh pelajar.Kasut yang
mempunyai pelapik untuk menyerap impak dan gaya akan mengurangkan kecederaan atlet
terutama di bahagian anggota bawah badan.
3. Peralatan Selamat digunakan.
Jurulatih dan guru wajib memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah
selamat.Peralatan mestilah diperiksa dengan teliti supaya dalam keadaan yang elok dan
selamat digunakan.Jangan membenarkan pelajar menggunakan peralatan yang sudah rosak
kerana kecederaan mungkin berlaku.
4. Keselamatan tempat pertandingan.
18
Jurulatih dan guru sukan juga perlu memastikan kawasan tempat pertandingan adalah selamat
untuk murid seperti memeriksa keadaan tilam dan besi palang dalam keadaan yang baik.
Kawasan tempat larian juga mestilah selamat dan tiada batu supaya pelajar tidak terganggu
apabila berlari untuk membuat lompatan.
5. Persekitaran yang selamat.
Semasa pertandingan dijalankan, persekitaran kawasan pertandingan mestilah sentiasa di
awasi oleh guru atau jurulatih seperti cuaca ataupun gangguan dari pihak luar. Oleh kerana
pertandingan lompat tinggi biasanya diadakan di kawasan terbuka, maka keadaan cuaca perlu
diberi perhatian terutama hujan dan kilat. Pertandingan mesti ditangguhkan sekiranya hujan
ataupun kilat berlaku.Keadaan yang terlalu panas juga akan mengakibatkan strok haba.Ia juga
akan mengakibatkan dehidrasi yang sangat merbahaya untuk atlet.
xiv.Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah.
Persediaan pasukan ke kejihanan sukan peringkat daerah akan pasti disusun dengan rapi oleh
guru dan jurulatih dari segi latihan dan latihan untuk pencapaian prestasi.Latihan dan pelan
latihan akan diringkaskan dan pelan latihan akan dikecilkan namun akan berlaku
pertambahan beban kerja dan masa rehat yang sesuai.Program penyesuaian akan dirangka
supaya dapat mencapai puncak prestasi pada waktu yang sepatutnya.
xv.Penutup
Teori dan kaedah latihan adalah satu bidang yang sangat luas. Pengetahuan dalam bidang
sains dapat membantu jurulatih menjadi lebih berkesan dalam memperbaiki dan
meningkatkan keberkesanan latihan atletnya. Kebolehan jurulatih merancang program yang
sesuai dan berkesan akan dapat membantunya memberi latihan yang secukupnya bagi
memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang maksima pada masa yang dikehendaki.
Perancangan program latihan fizikal mestilah dilakukan secara sistematik,melibatkan aspek-
aspek fisiologi, psikologi,taktik,teknik dan pengetahuan tentang kecederaan sukan.Spesifikasi
latihan mampu memberi impak kepada atlet untuk mencapai tahap prestasi yang tinggi.
Rujukan.
1. Teng Boon Tong(2001)Panduan Pengajaran Olahraga.Selangor:Pearson Education.
2. Ab. Alim Abdul Rahim (2004)Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.Shah Alam: Oxford
19
Fajar.
3. Badrul Hisyam bin Mustafa(2009)Olahraga,Permainan,Pergerakan Kreatif,Gimnastik.
Tesis :Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM).
4. Teng Boon Tong(1993)Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan.Petaling
Jaya:Longman Malaysia.Sdn.Bhd.
5. Mohd Sofian Omar Fauzee,Zainuddin Che Mat dan Mohd Nizam Nasaruddin(2009)Dril
Acara Padang.Shah Alam:Karisma Publications.
6. Mohd Taib Harun,Dr Norlena Salamuddin, Norkhalid Salimin,Yusop Ahmad dan Zolkifli
Abd Ghani(2012)HBPE1203 Kecergasan Fizikal.Selangor:Open Universiti Malaysia.
7. Dr.Lee Ai Choo, Dr Ong Kuan Boon,Dr Low Fook Lee,Dr.Gunathevan ,Dr Hazuan Mohd
Hizan,Dr Sanmuganathan dan Dr Nur Ikhwan Mohamad(2014)QGJ3053 Sukan
Individu.Tanjung Malim:UPSI.
20