17
FAKULTI : FAKULTI PERAKAUNAN PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN NAMA KURSUS : PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM TAJUK : SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH KEPADA PERADABAN DUNIA NAMA : MUHAMMAD LUTFI ZUQHAIR BIN NOR AZMAN (2010477076) : AMIR SYAMIM IZZAN BIN RAMIZAN (2010621314) KELAS : AC2G NAMA PENSYARAH : USTAZ MUHAMMAD NAIM BIN DAUD TARIKH SERAH : 28-01-2011 0

Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

FAKULTI : FAKULTI PERAKAUNAN

PROGRAM : DIPLOMA PERAKAUNAN

NAMA KURSUS : PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

TAJUK : SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH KEPADA

PERADABAN DUNIA

NAMA : MUHAMMAD LUTFI ZUQHAIR BIN NOR AZMAN

(2010477076)

: AMIR SYAMIM IZZAN BIN RAMIZAN (2010621314)

KELAS : AC2G

NAMA PENSYARAH : USTAZ MUHAMMAD NAIM BIN DAUD

TARIKH SERAH : 28-01-2011

0

Page 2: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

ISI KANDUNGAN

SENARAI MUKA SURAT

Penghargaan 2

Pendahuluan 3

Pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyyah 4

Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyyah 5

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah 9

Kesimpulan 10

Rujukan 11

1

Page 3: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

PENGHARGAAN

Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kami dapat

menyiapkan tugasan CTU 151 yang bertajuk Sumbangan Kerajaan Uthmaniyyah kepada

Peradaban Dunia.

Selain itu, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah CTU 151

kami iaitu Ustaz Muhammad Naim bin Daud kerana memberikan kami tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada kami.

Di samping itu, kami berterima kasih kepada ibu bapa kami kerana menghantar sumber

tugasan kami ini. Akhir kata, kami mengucapkan tyerima kasih kepada rakan-rakan kami yang

banyak membantu kami untuk mencari sumber tugasan ini.

2

Page 4: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

PENDAHULUAN

Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk daripada kerajaan kecil semasa  wujud kelemahan

dalam kerajaan Abbasiyah.

Pada hujung pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah

menjadi lemah dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil

di kawasan Turki dan Parsi.

Pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah tamat apabila Baghdad diserang oleh orang

Mongol pada tahun 1258 Masihi.

Antara kerajaan kecil di Turki yang penting termasuklah kerajaan Saljuk.

Kerajaan Uthmaniyyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di

sebelah barat Anatolia (Turki pada hari ini).

Pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan

pentadbiran.

Kawasan barat Anatolia ini merupakan sebuah kerajaan kecil, namun, kerajaan ini

Berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya menubuhkan kerajaan Uthmaniyyah.

3

Page 5: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

PEMBENTUKAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH

1. Perkataan Uthmaniyyah berasal daripada pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin

Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi.

2. Asalnya Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia

yang bersempadan Rom Timur.

3. Uthman telah berjaya menewaskan tentera Byzantine pada tahun 1301 Masihi. Kesan

langsung daripada kemenangan ialah ramai Ghazi ataupun pahlawan tentera serta

pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam meluas kawasan jajahan

penaklukannya.

4. Uthman mula menawan kawasan sekitar Anatolia dan bandar Bursa dijadikan sebagai ibu

negerinya.

5. Usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya, Orhan I dan pemerintahan Uthmaniyyah

yang seterusnya selepas kematian Uthman (1326 Masihi).

6. Pada 1336 hingga 1354 Masihi, Orhan 1 berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai

Aegean, Ankara dan Gallipoli.

7. Semasa pemerintahan Murad I dan Bayezid I, kerajaan Uthmaniyyah berjaya menguasai

kawasan Balkan selatan, utara Bulgaria, Kosovo, Wallachia, dan utara Albania.

8. Semasa pemerintahan Mehmed II, beliau telah menjalankan dasar perluasan wilayah dan

berjaya menawan Istanbul (Costantinople), ibu negeri Rom Timur (1453 Masihi).

Bermulalah pengukuhan empayar Uthmaniyyah.

9. Pengukuhan ini berlanjutan dari tarikh penguasaan Istanbul (1453 Masihi) hinggalah ke

tarikh kematian Sulaiman I (1566 Masihi).

4

Page 6: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

1. Tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah yang lama (abad ke-14 hingga abad ke-20)

dan berterusan ini telah membawa sumbangan yang besar.

2. Kerajaan Uthmaniyyah telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah

kesatuan orang islam di seluruh dunia.

3. Kota Istanbul juga telah di anggap pusat pentadbiran Dunia Islam.

4. Kerajaan Uthmaniyyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia,

setelah Makkah di kuasai Sultan Selim I(1517 Masihi).

5. Sultan Selim I telah “Pelindung Dua Bandar Suci”. Dua Bandar suci tersebut ialah

Makkah dan Madinah.

6. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam pentadbiran dan perundangan:

a) Sultan Suleiman I memperkenalkan sistam perundangan yang mempertahankan

dan membela nyawa, harta, dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa

dan agama.

b) Undang-undang baru ini dikenali sebagai kanun Suleiman.

c) Jawatan Kadi dan Mufti menjadi sebahagian daripada organisasi pentadbiran

agama islam.

d) Jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk

mengeluarkan fatwa. Fatwa yang dikeluarkan menjadi sumbangan utama kerajaan

Uthmaniyyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal yang

digunakan sehingga hari ini.

7. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah kepada sektor ekonomi :

a) Dalam sektor ekonomi diwujudkan jalinan perdagangan antara timur dan barat

serta antara dunia Islam dan dunia bukan Islam.

b) Jalinan perdagangan meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan

Mediterranean.

c) Jalinan pelabuhan yang dikuasai kerajaan ini telah membentuk Jalinan

Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

5

Page 7: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

8. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam bidang sosial :

a) Di Balkan telah diperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan

individu yang menyebabkan wujud mobiliti sosial.

b) Sistem bangsawan dihapuskan.

c) Pengenalan sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil

usaha setiap individu.

d) Ini juga membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat

Eropah.

9. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan :

a) Kerajaan Uthmaniyyah memainkan peranan besar dalam perkembangan ilmu

pengetahuan, pendidikan, penerbitan, dan penterjemahan serta kebudayaan.

b) System pendidikan Uthmaniyyah yang amat berpengaruh terhadap perkembangan

pendidikan dalam dunia Islam ialah system madrasah.

c) Terdapat juga system pendidikan lain seperti sekolah pengetahuan akademik,

sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan.

d) Golongan intelektual kerajaan Uthmaniyyah telah memberikan sumbangan besar

dalam bidang penulisan ensiklopedia. Antara penulis terkenal ialah Mehmed al-

Fanari, Mofla Lufti dan Katib Clebi.

e) Kerajaan Uthmaniyyah juga menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, dan

rumah.

10. Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah dalam bidang seni bina :

a) Antara sumbangan yang masih kekal sehingga hari ini ialah masjid.

b) Tokoh senibina Turki ialah Mimar Sinan.

c) Hasil seninya yang paling berpengaruh ialah Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru)

di Istanbul, Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan Suleiman.

6

Page 8: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

d) Landasan Keretapi Hijaz ialah landasan kereta api yang dibangun pada masa

pemerintahan khilafah Turki Uthmaniyyah pada masa pemerintahan Sultan Abdul

Hamid II. Pembangunan landasan keretapi ini sudah dilakukan pada

tahun 1840 M namun baru direalisasikan pada tahun 1908. Rancangan ini

dilakukan untuk lebih menyatukan wilayah kekhalifahan Turki Uthmaniyah yang

luas dengan alat pengangkutan dan telekomunikasi yang memadai dimana saat itu

alat pengangkutan darat yang lebih memadai adalah keretapi.

11. Kerajaan Uthmaniyyah telah mengembalikan semula kesatuan umat Islam pada waktu itu

dengan mempertahankan agama tauhid dan syariat Islam. Kerajaan ini telah menyatukan

dunia Islam ketika itu seperti Iraq, Syria, Palestin, Mesir, Semenanjung Arab, Toroblus,

Algeria, Morocco dan Tunis dalam satu kelompok bersama-sama dengan Semenanjung

Balkan dan Turki serta sebahagian besar Eropah Timur bagi menghadapi serangan

Portugal dan Sepanyol.

12. Pada 1494 Masihi, kerjaan Uthmaniyyah berjaya mempertahankan negara-negara Islam

daripada serangan Portugal dan Sepanyol. Kerajaan ini juga berjaya menyekat kemaraan

tentera Salib selama 600 tahun bermula pada kurun ke 7 Masihi sehinggan pada kurun ke

13 Masihi.

13. Kerajaan Uthmaniyyah juga member sumbangan dalam meneruskan dakwah Islam.

Usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW diteruskan dengan meningkatkan pembukaan

wilayah-wilayah yang baru. Kemuncak kejayaan ialah pembukaan Kota Constantinopel

oleh Sultan Muhammad al-Fatih setelah lapan kurun perkhabaran Rasulullah SAW.

Seterusya kota tersebut ditukar nama kepada Istanbul iaitu Bandar Islam.

14. Kerajaan Uthamniyyah menjaga hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Pemerintah-

pemerintah zaman pemerintahan Uthmaniyah sentiasa menjalin hubungan baik dengan

masyarakat bukan Islam. Buktinya, selepas kejatuhan Kota Constantinopel pada tahun

pada 1453 Masihi ke tangan tentera Islam, hubungan pemerintah Islam dengan pihak

gereja semakin kukuh.

15. Kerajaan Uthamaniyyah telah mempertahankan tanah suci Islam Iaitu Makkah, Madinah,

dan Palestin daripada serangan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Contohnya,

Sultan Salim I telah mengeluarkan arahan melarang sama sekali bangsa Yahudi berhijrah

ke tanah Sinai.

7

Page 9: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

16. Kerajaan ini juga telah mewujudkan amalan syura. Pelaksanaan pentadbiran kerajaan

didirikan dengan asas syura ulama atau dengan maksud lain ulama memainkan peranan

penting dalam pentadbiran Negara dan bertindak mengawasi gerak-geri pemimpin supaya

bertepatan dengan kehendak Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pelucutan

jawatan khalifah yang berlaku kepada Sultan Salim III.

17. Kerajaan Uthmaniyyah telah mengharumkan nama agama Islam dengan menguasai tiga

lautan utama sehingga dikenali sebagai Lautan Islam iaitu Laut Mediterranean, Laut

Merah, dan Laut Hitam. Kesan daripada penguasaan tersebut, kawasan Afrika dan Asia

dalam keadaan aman dn bebas daripada pengaruh Salibiyyah.

8

Page 10: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

Di akhir kurun ke-18 Masihi, kerajaan Uthmaniyyah mula menjadi lemah dan sedikit

demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas daripada penguasaan mereka

kepada kuasa Eropah atau kepada serpihan kerajaan Islam lain.

Kerajaan Uthmaniyyah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya telah runtuh

apabila sultan terakhirnya, Sultan Abdul Hamid telah digulingkan daripada pemerintahannya

oleh kumpulan belia Turki pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal Artatuk dan setrusnya dilantik

menjadi Presiden Turki seumur hidup.

9

Page 11: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

KESIMPULAN

Kerajaan Uthmaniyyah merupakan empayar yang penting terhadap peradaban dunia.

Kerajaan Uthmaniyyah banyak memberi sumbangan dalam pentadbiran dan perundangan,

ekonomi, social, ilmu pengetahuan serta senibina. Kerajaan ini juga berjasa terhadap agama

Islam kerana menyatukan negara-negara Islam, mempertahankan negara-negara Islam dan

meneruskan usaha dakwah Rasulullah SAW. Selain itu, kerajaan ini menjaga imej umat Islam

dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang bukan Islam.

Di samping itu, kerajaan Uthmaniyyah menyumbang kea rah zaman Renaissance di

Eropah. Tamadun Eropah banyak menerima sumbangan dan pengaruh tamadun Islam meliputi

setiap dimensi kehidupan daripada persoalan kebudayaan dan cara hidup. Sewajarnya Barat

berterima kasih kepada budi dan jasa umat Islam kerana mengeluarkan mereka daripada alam

kejahilan.

10

Page 12: Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah

RUJUKAN

Buku teks Sejarah tingkatan 4, Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman,

cetakan 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Abdul Rahman Haji Abdullah, 1984,

penerbitan Pena Sdn. Bhd.

Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia, Azam Hamzah, 1991, Klang Fontarz

Enterprise.

Empayar Uthmaniyyah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm

httpsaku30.tripod.comBab6SEJ4.htm

11