Sumbangan Parsi Dan Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Sumbangan Parsi dan IslamMaklumat terperinci: Sains Islam, Daftar ahli sains dan cendekiawan Iran Dengan pemeradaban dikuasai oleh Empayar Rom, banyak doktor Yunani menjalankan praktik mereka untuk golongan elit Rom tetapi malangnya, sains-sains fizik diketepikan. Selepas kejatuhan Empayar Rom, Eropah mengalami kemerosotan kebudayaan klasik. dan hampir semua penyelidikan saintifik dihentikan. Zaman itu digelarkan Zaman Kelam oleh sebilangan orang, walaupun cendekiawan-cendekiawan moden tidak menggunakan frasa ini. Bagaimanapun di Timur Tengah, banyak ahli falsafah alam Yunani masih dapat memperoleh sokongan untuk kerja-kerja mereka, dan cendekiawan-cendekiawan Islam memperkembangkan hasil-hasil mereka dalam bidang astronomi dan matematik, sementara mengembangkan bidangbidang baru seperti alkimia (kimia). Selepas orang-orang Arab menaklukkan Parsi, banyak ahli sains muncul di kalangan orang-orang Parsi. Mereka memeliharakan fizik Yunani yang beransuransur hilang di Eropah pada masa itu, dan mengkaji fizik India selepas menaklukkan sebahagian negara itu. Orang-orang Parsi serta orang-orang Arab kemudian membuat banyak perbaikan terhadap konsep-konsep India dan Yunani. Mohammad al-Fazari, seorang ahli Parsi, mereka astrolab, alat astronomi dan komputer analog yang amat penting untuk menentukan lokasi dan meramalkan kedudukan-kedudukan Matahari, Bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi memberi namanya kepada apa yang kini digelarkan algoritma, dan mengembangkan algebra moden. Nama "algebra" berasal daripada al-jabr, sepatah perkataan Arab yang diambil daripada karyanya yang berjudul Hisab al-jabr wal-muqabala. Alhazen Abu Ali al-Hasan ibn al-Haytham (k.k. 965-1040), seorang ahli sains Parsi, mengembangkan sebuah teori umum yang menerangkan tentang penglihatan melalui geometri dan anatomi. Beliau menyatakan bahawa setiap titik di dalam kawasan atau objek yang disinari akan memancar sinar-sinar cahaya ke semua arah, tetapi hanya satu sinar tunggal daripada setiap titik yang mengenai mata secara tegak lurus dapat dilihat. Sebaliknya, sinar-sinar yang lain yang mengenai mata pada sudut yang lain tidak dapat dilihat. Alhazen mempergunakan kamera lubang jarum yang menghasilkan imej songsang untuk mendukung aliran hujahnya. Penemuannya bercanggah dengan teori penglihatan Ptolemy yang mengatakan bahawa objek-objek dapat dilihat melalui sinar-sinar yang datang daripada mata. Alhazen mempercayai bahawa sinar-sinar cahaya adalah arus-arus zarah halus yang bergerak pada kelajuan terhingga. Beliau memperbaik teori pembiasan cahaya Ptolemy, dan kemudiannya menemui hukum-hukum pembiasan. Alhazen juga menjalankan uji-uji kaji terhadap penyebaran cahaya menjadi warna-warna juzuk. Karya utamanya, Kitab-at-Manazir, telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada Zaman Pertengahan, termasuk bukunya yang membincangkan warna-warna matahari terbenam. Beliau membincangkan dengan panjang lebar mengenai teori pelbagai fenomena fizik seperti bayangbayang, gerhana, dan pelangi. Beliau juga mencuba menerangkan penglihatan binokular, dan memberikan penerangan yang tepat terhadap pertambahan saiz matahari dan bulan yang ketara ketika berhampiran dengan ufuk. Melalui penyelidikan-penyelidikan optiknya yang luas, Alhazen kini telah dianggap sebagai bapa optik moden.

Al-Haytham juga memperdebatkan dengan tepat bahawa manusia boleh nampak objek-objek hanya kerana sinar-sinar cahaya matahari telah dimantulkan oleh objek-objek itu ke dalam mata. Beliau juga mempercayai bahawa arus-arus zarah halus bergerak pada garis yang lurus, dan memahami bahawa cahaya harus bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi tetapi terhingga. Al-Haytham juga memahami bahawa pembiasan adalah disebabkan oleh halaju cahaya yang berbeza di dalam bahan-bahan yang berbeza. Beliau juga mengkaji cermin-cermin sfera dan parabola, dan memahami bagaimana pembiasan kanta membenarkan imej-imej difokuskan serta dibesarkan. Al-Haytham juga berupaya mempergunakan matematik untuk menerangkan mengapa sebuah cermin sfera akan mewujudkan aberasi. Perkembangan-perkembangan lain yang mustahak dalam sains Islam termasuk perkembangan sains penyedutan yang ketat, isnad atau "sokongan", serta perkembangan ijtihad, iaitu kaedah penyelidikan yang saintifik untuk membuktikan tuntutan-tuntutan yang salah dan yang juga boleh dipergunakan secara am untuk banyak jenis soalan. Kemajuan yang ketara dalam bidang perkaedahan telah dicapai, khususnya dengan menggunakan uji-uji kajian untuk membezakan antara teori-teori saintifik yang bersaingan dalam sebuah orientasi empirik yang umum.http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_fizik 22hb82011 http://titas-haba.blogspot.com/2009/07/sumbangan-islam-dalam-bidang-fizik.html

Apakah itu Fizik? Fizik ialah satu cabang sains yang menkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik. Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan. Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani "Physikos" yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.

Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan. Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik. Bidang Fizik Fizik merangkumi pelbagai ilmu pengetahuan yang memberi jawapan tentang kejadian fenomena alam semulajadi. Ilmu fizik yang pelbagai itu perlu diagihkan ke dalam beberapa bidang ilmu untuk memudahkan penyelidikan yang sistematik dan logik. Untuk mendalami kefahaman tentang pelbagai fenomena alam dan aplikasinya dalam kehidupan harian, kita perlu mengelaskan fenomena secara logik ke dalam kategorikategori yang spesifik. Pengelasan dapat dilakukan dengan memerhatikan persamaan, perbezaan dan hubungan antara fenomena. Bidang ilmu fizik dikelaskan kepada beberapa cabang seperti mekanik, haba, bunyi, optik, elektrik, keelektomagnetan , fizik dan sebagainya. Konsep Fizik Kini, hukum-hukum fizik telah merangkumi skop yang sangat luas dan berjaya diaplikasikan dalam pelbagai teknologi kerana fokus fizik adalah kepada asas sebenar bagaimana alam semulajadi befungsi. Kekuatan ilmu fizik adalah disebabkan oleh hakikat bahawa hukum-hukum fizik adalah berasaskan eksperimen. Idea intuitif dan tekaan tidak boleh menjadi hukum tanpa disemak dan ditentukan melalui eksperimen. Kepentingan Fizik Kemampuan fizik untuk meramalkan bagaimana alam semulajadi bertindak berasaskan kajian dan eksperimen menjadikan bidang tersebut nadi teknologi moden yang mendatangkan impak yang sangat besar kepada kehidupan manusia. Bidang fizik berkembang dengan pesat dan kefahaman yang mendalam tentang fenomena alam membantu manusia menciptakan teknologi yang memanafaatkan manusia. Pebagai kemajuan dalam sains dan teknologi telah dibawa oleh ilmu fizik. Ahli-ahli sains daripada bidangbidang lain mengaplikasikan idea-idea yang diperkembangkan dalam bidang ilmu fizik untuk menjalankan penyelidikan lanjutan dan seterusnya membina ilmu sains yang baru.

Kaedah Menkaji Fizik Manusia sentiasa ingin tahu tentang keajaiban alam sekitar. Manusia juga ingin tahu bagaimana sesuatu fenomena alam berlaku. Manusia mencari jawapan dengan suatu kaedah penyiasatan yang sistematik. Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji, memahami dan mengaplikasikan konsep dan prinsip fizik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains merupakan satu proses pemikiran yang kritis, kreatif, analisis dan sistematik. Kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains. Ahli fizik membina hipotesis untuk cuba menerangkan fenomena alam. Hipotesis yang disokong melalui eksperimen dikenali sebagai hukum atau prinsip. Sekiranya terdapat mana-mana dapatan eksperimen, yang bercanggah dengan hukum atau prinsip, maka hukum atau prinsip berkenaan mesti diubahsuai atau ditolak sama sekali. Sikap saintifik merangkumi aspek dan emosi dan aspek intelek. Aspek emosi menentukan kesediaan mental untuk menjalankan aktiviti saintifik yang penuh cabaran. Aspek intelek mempengaruhi anda membuat keputusan mengikut keutamaan.

Teleskop HubbleSUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG FIZIK Pada zaman tamadun Islam tidak satu ada disiplin yang berpadanan dengan fizik seperti yang difahami sekarang, ini kerana pada ketika itu pengotakan dan pemasangan atau pemecahan ilmu tidak berlaku . Yang ada pada ketika itu falsafah tabii (tabiyyat) yang di

dalamnya termasuklah sains hayat, sains bumi dan juga fizik. Optik yang sekarang dikelaskan sebagai satu cabang fizik berada di bawah cabang matematik pada masa itu. Fizik Sebelum Tamadun Islam Pada abad ke-4 M, pemikiran fizik dipelopori oleh teori fizik Aflatun(Plato) dan Aristoteles. Dalam kajian fizik yang mereka lakukan terdapat penggunaan Matematik yang menunjukkan bahawa mereka menekankan kepentingan matematik dan peranan utamanya dalam menjelajah alam semesta ini. Teori mereka dipengaruhi oleh pemikiran mazhab(qaul atau pengikut ) Pithagoras yang berpendapat seperti berikut: 1. Alam ini bertertib. 2. Bahagian-bahagian alam ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain yang juga berkaitan dengan keseluruhannya. 3. Bahagian-bahagian alam ada perbezaan struktur seperti pengutuban dan pasangan yang berlawanan. Pendapat-pendapat ini kemudiannya diterima oleh orang Islam kerana mereka berpendapat pandangan ini disokong oleh al-Quran menerusi ayat-ayat yang terjemahannya seperti berikut: 1. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang . Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Al-Quran, Surah Yasin : 40) 2. Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian , Kami pisahkan antara keduanya. (AlQuran, Surah al-Anbiya : 30) 3. Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui . (Al-Quran, Surah Yasin : 36) Di samping itu satu perkara lain yang menarik perhatian mazhab Pithagoras ialah sifat dinamik yang ada pada makhluk alam kejasmanian ini. Sifat dinamik ini terhasil daripada tindakan data keatasnya dan pergerakan yang ada padanya. Aflatun cuba memberi penerangan rasional tentang alam semesta melalui bukunya Timaeus. Aristoteles pula menganggap bahawa langit terdiri daripada siri sfera sepusat tersusun mengelilingi bumi sebagai pusatnya. Kesemuanya ada lapan sfera cakerawala dan empat cakera bumi termasuklah bumi itu sendiri. Sfera yang mengelilingi sistem ini dianggap oleh Aristoteles sebagai Keharmonian Sakti yang telah menyebabkan putaran keseluruhan sistem cakerawala, iaitu planet-planet dan bintang hidup. Putaran inilah yang menyebabkan hidup mati di alam tumbuhan dan haiwan dan digelarnya Peraturan Sakti itu. Pendekatan demikian telah mencetuskan pemikiran dwikotomi di antara langit dan bumi. Pendekatan demikian merupakan asas bagi fizik Aristoteles yang pada dasarnya menjadi fizik tentang gerakan. Fizik Aristoteles bertujuan memberi penjelasan tentang fenomenon-fenomenon alam bumi dan fizik cakerawala. Asas pemikirannya seperti berikut: 1. Semua objek di dalam ini ada zat bentuk dan bahan(jirim). Menurut Aristoteles, jirim bersifat selanjar . 2. Semua benda berubah daripada keadaan keupayaan(potensi) kepada keadaan kewujudan sebenar(aktualiti) atau semua perubahan digambarkan sebagai aliran daripada keupayaan kepada keberkesanan . 3. Gerakan terhasil daripada perubahan .

4. Benda-benda yang wujud terdiri daripada empat unsur: tanah, air, api, dan udara. Sifatsifat benda ini bergantung kepada saiz bahagian unsur yang terkandung di dalam benda itu . 5. Sesuatu jasad yang gerakannya dipaksa akan terus bergerak selama jasad itu bersentuh dengan agen yang menyebabkan gerakan itu(teori ini berlawanan dengan prinsip moden inersia) atau tegasannya, gerakan paksaan tidak berlaku tanpa penyertaan satu tindakan daya. Idea ini merupakan titik permulaan bagi konsep impetus dalam gerakan. Penerangan tentang alam ini terus berkembang dengan pemikiran oleh Epikurus(Epicurus) pada Zaman Helenis (Zaman Yunani). Teori beliau menyatakan bahawa zarah(atom) mempunyai saiz dan bentuk yang terhingga. Berlawanan dengan teori fizik Epikurusan ialah teori keselanjaran Stoik(Stoic) yang berasaskan hasil kerja Zeno, Krisipus (Chrysippus) dan Poseidonius. Mereka menganggapkan alam kejasmanian ini sebagai kontinum dinamik yang koheren oleh kerana wujudnya suatu benda, yang dinamainya pneuma yang menyerapi alam semesta dan semua jirim yang terkandung di dalamnya. Zaman kegemilangan sains Yunani dikaitkan dengan nama-nama seperti Euklid, Arkhimedes, Eratosthenes, Apolonius Perga dan Hiparus. Melalui hasil karya mereka, sains purba ini memuncak. Arkhimedes dalam bukunya The Sand Reckoner telah membina satu cara untuk mengungkapkan nombor yang sangat besar. Kaedah ini digunakannya untuk mengira bilangan bijian pasir di dalam sfera dan jejari yang memberi jarak antara Bumi dengan Matahari. Arkhimedes juga memperkenalkan penggunaan pertimbangan mekanik untuk memperolehi usulan(teorem) geometri. Kerja-kerja Batlamus(Ptolemy) menerusi karyanya The Mathematical Syntaxis dan Almagest telah ditulis dalam pertengahan abad ke-2 M. Kerja ini berkaitan dengan asas teori dan asas eksperimen hipotesis geometri terhadap masalah matematik yang berkaitan dengan gerakan teratur bulan, matahari dan lima buah planet yang diketahui pada masa itu. Batlamus, seorang ahli astronomi yang beramal bersama Applolonius Perga, dan Hiparkhus semuanya berpegang kepada aksiom bahawa gerakan bintang dapat dijelaskan sebagai gabungan gerakan bulat yang seragam. Teori Batlamus menimbulkan masalah untuk dipadankan dengan hasil eksperimen. Warisan pemikiran sains dari zaman purba dan Helenisme terdapat dalam sastera falsafah pada masa-masa kemudiannya seperti melalui penulisan qaul neoplato yang seorang daripadanya ahli falsafah Kristian bernama Johannes Philoponus. Beliau mengajar pada abad ke-16 M di Iskandariah dan merupakan pengkritik Barat terakhir Aristoteles. Sumbang Ahli Fizik Islam Terhadap Fizik Teori Fizik yang telah dikaji oleh orang Yunani terus dikembangkan oleh orang Islam pada abad yang ke-7 M hinggalah kepada abad ke-12 M. Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam

amat dipengaruhi oleh kitab suci mereka, iaitu al-Quran. Sebahagian besar datipada alQuran mengajak manusia untuk mencerap dan mengkaji alam ini. Boleh dikatakan bahawa kajian fizik menurut al-Quran memanglah dituntut ke atas manusia. Umpamanya kita boleh melihat ayat-ayat al-Quran berikut yang bermaksud: 1. Muliakan nama Tuhanmu yang Paling Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan. Yang menentukan hukum dan memberi bimbingan. (Al-Quran, Surah al-Ala : 13) 2. Tidakkah kau lihat bahawa Allah menundukkan bagimu segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. (Al-Quran Surah Luqman : 20) Jelas dari ayat ayat tersebut di atas bahawa alam yang dicipta Allah A.W.T. ini tertakluk kepada hukum-hukumnya dan benda-benda yang di langit dan di bumi itu untuk kegunaan manusia. Ayat-ayat al-Quran yang telah dipetik di atas serts banyak lagi yang lain, telah mendorong ramai kaum Muslimin mengkaji lebih mendalam tentang alam kejasmanian mulai abad ke-7. Sebelum ini, kajian ini banyak dibuat oleh orang China dan India. Hasilhasil kajian mereka telah diambil oleh ahli sains Islam sebagai titik permulaan untuk memulakan kajian mereka mengenai alam kejasmanian. Hasil-hasil kajian mereka diterima oleh ahli sains Islam kerana Islam tidak menghalang penganut memperolehi ilmu dari orang bukan Islam, lagipun kajian-kajian orang bukan Islam itu tidak bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam. Dengan adanya minat, kegigihan serta kesungguhan, para ahli sains Islam telah berjaya meningkatkan dan memajukan sistem sains sehinggalah pusat-pusat pengajian Islam menjadi tumpuan golongan cerdik pandai pada masa itu terutamanya dari benua Eropah. Keadaan ini berterusan sehingga abad ke-13 M, di mana kedudukan orang Islam dalam dunia sains mencapai zaman kegembilangannya. Perkembangan fizik teori semasa tamadun Islam telah dilakukan oleh beberapa golongan. Golongan yang terkenal terdiri daripada ahli-ahli falsafah peripatetik yang digelar sebagai Masyaiyyin, ahli teologi yang digelar sebagai Mutakallimum, ahli gnosis yang digelar Urafa kumpulan Mulla Sadra. Mereka ini memajukan fizik teori yang bukan semata-mata terbabit dengan kajian fizik sahaja, malahan ia ikut serta dalam bidang-bidang lain seperti falsafah dan teologi. Di kalangan para falsafah peripatetic seperti al-Farabi, Ibn Sina, Khawajah Nasiruddin, Ibn Bajjah dan Ibn Rusyid banyak merujuk kepada pemikiran falsafah Yunani. Mereka menganggap alam ini sebagai memenuhi prinsip perubahan dan fizik merupakan sains berkenaan dengan perkara yang berubah. Sebagai contoh, al-Farabi(872-950 M), seorang ahli falsafah Turki, telah mengkaji tentang bunyi dalam muzik dalam sebutan gelombang udara. Ibn Sina(980-1037 M) pula mengkaji perkara tentang halaju bunyi dan cahaya. Beliau berpendapat bahawa kesan cahaya bersifat serta-merta, sementara bunyi ada suatu halaju yang menyebabkan bunyi boleh didengar beberapa ketika selepas kejadian bunyi berlaku. Al-Haitham(965-1039 M) telah menyangkal pendapat ini dan telah membuktikan secara eksperimen bahawa cahaya juga ada halaju yang terhingga. Di samping ini, ahli falsafah peripatetic juga menyatakan bahawa setiap jasad terdiri daripada bentuk dan jirim yang bersifat selanjar. Bagi mereka, ruang ini dan detikan masa juga adalah selanjar. Suatu titik di dalam ruang atau satu detikan masa tidak lebih daripada aspek kenyataan selanjar yang diniskalakan oleh pemikiran kita sebagai sesuatu yang tidak ada kewujudan objektif. Ahli falsafah ini juga menegakkan doktrin kebersebaban dan menganggap bahawa dalam alam ini semua kejadian berlaku disebabkan oleh set-set sebab dan apabila ia berlaku akan

semestinya, mengikut keperluannya, menghasilkan kejadian yang dipertimbangkan itu. Mereka menganggap ini tidak bercanggahan dengan kehendak Allah kerana setiap kejadian akhirnya dapat dikaitkan dengan Sebab Perdana itu seperti yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: 1. Allah menciptakannya segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu . (Al-Quran , Surah al-Zumar : 62) 2. Apakah kamu tiada mengetahui bahawa kepada Allah sujud apa sahaja yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan dan bintang, gunung, pohon-pohon, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia. (Al-Quran, Surah al-Haj :18) Oleh yang demikian, pada pendapat ahli falsafah peripatetic, alam ini bergantung kepada Allah untuk kewujudan, yakni alam ini tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Sungguhpun demikian, alam ini pada mata kasar kelihatan seolah-olah ada kenyataan relatif tersendiri yang boleh diasingkan daripada kehendak Allah. Ayat-ayat yang disebut di atas membawa maksud bahawa alam dan segala benda yang berada di dalamnya mematuhi peraturan-peraturan yang Allah telah tentukan. Peraturan-peraturan ini dikenali sebagai hukum-hukum dalam bidang fizik .Hukum-hukum ini membolehkan manusia mengetahui alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pengetahuan inilah yang membolehkan manusia mengetahui, memahami tingkah laku makhluk yang ada di dalam alam ini, misalannya salah satu hukum asas fizik yang dinamai hukum gravity semesta. Hasil daripada mematuhi hukum-hukum ini, segala benda ada sifat-sifat dan telatah tersendiri yang membolehkan manusia cerapi. Sebagai contoh, apabila suatu bola diluncurkan maka diperhatikan bahawa bola itu akan menuju ke permukaan bumi. Mata yang memandang melihat bola itu bersendirian, tetapi hakikatnya dalam keadaan bersendirian di udara bola itu berada di bawah suatu tarikan gravity. Kerana bola itu tidak dapat lari daripada mematuhi hukum gravity, maka bola itu tidak boleh tidak akan jatuh ke bumi. Ahli teologi dari kumpulan Asyari, telah menggunakan perwakilan keatoman untuk menerangkan alam tabii ini. Konsep atom ini di samping dari pengaruh Yunani, ia juga diperolehi daripada ayat al-Quran yang bermaksud: Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah(atom) di bumi ataupun di langit Tidak pula yang lebih kecil dan tidak pula yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfudz). (Al-Quran, Surah Yunus : 61) Mengikut mereka, ketidakselanjaran antara benda lebih nyata daripada keselanjarannya. Yang demikian alam ini dilihat sebagai mandala yang terdiri daripada entity yang terasing dan konkrit dan tidak ada hubungan mendatar antaranya. Mereka mengatomkan jirim, ruang dan masa dan menolak konsep kebersebaban yang pada lahirnya menjadikan rantaian di antara satu dengan yang lain bagi perkara ini. Mengikut teori fizik moden sekarang, keselanjaran atau kekuantuman tidak ada percanggahan. Dalam keadaan manakah keselanjaran atau kekuantuman boleh digunakan bergantung pada keadaan ketika cerapan dibuat. Ahli sufi atau gnosis mempunyai pandangan bahawa alam tabii ini bukan hanya sebagai pentas tindak-tanduk manusia seperti yang dianggap oleh para teologi; dan bukan satu aspek kenyataan yang mesti dipadankan dengan sistem falsafah am seperti yang dikehendaki oleh para ahli falsafah, tetapi sebaliknya berupa kenyataan yang mengandungi symbol dan memahami symbolsimbol ini menandakan satu peningkatan dalam perjalanan seseorang menuju kepada

Tuhan. Pendapat ini boleh dikesan sumbernya daripada fahaman ayat al-Quran yang bermaksud: antara langit dan bumi sungguh(terdapat) tanda-tanda(keesaan dan kebesaran) bagi kaum yang memikirkannya. (Al-Quran, Surah al-Baqarah : 164) Hanya setelah symbol-simbol ini difahami dan diterapkan ke dalam rohani barulah boleh ia mengetahui rahsia alam yang sebenarnya . Oleh yang demikian, bagi ahli sufi fenomenon tabii akan dijelmakan olehnya daripada fakta kepada symbol yang selepas ketika itulah alam ini menjadi lutsinar secara metafizik. Di sini kelihatan bagaimana ahli sufi cuba memberi makna terhadap benda-benda yang dicipta oleh Allah. Benda-benda ciptaan Allah bukan hanya untuk tontonan manusia tetapi merupakan tanda-tanda manusia tentang kewujudan Allah dan segala sifat keistimewaannya sehingga memahami tanda-tanda ini boleh menyebabkan manusia tunduk dan patuh kepada hukum-hukum Allah seterusnya menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Ahli sufi dari kumpulan Ibn Arabi(1140-1218M)menganggap kosmos ini sebagai teofani tentang hak Allah yang diperbaharui setiap masa. Cipta-Nya dimusnahkan dan dicipta semula setiap masa seperti yang dikatakan oleh ahli teologi. Kumpulan Ibn Arabi juga menegaskan bahawa kenyataan pada akhirnya tidak bersifat gandaan, tetapi pada hakikatnya bersatu yang bersifat bukan secara kebendaan. Doktrin ini berasaskan kepada ketauhidan Allah S.W.T. yang menunjukkan bahawa semua mandala kenyataan saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Teori ini telah digunakan oleh ahli fizik pada abad 20-an ini Malah Einstein telah menunjukkan bagaimana jisim m dapat dihubungkan dengan tenaga T(suatu kuantiti yang tidak bersifat kebendaan) melelui persamaan T=mc, dengan c mewakili laju cahaya. Contoh lain untuk menunjukkan perkaitan yang wujud antara mandala elektrik dengan haba, misalnya melalui prinsip keabadian tenaga elektrik dan haba. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh penjana elektrik apabila tiba pada plat saterika akan berubah menjadi haba menyebabkan saterika itu panas. Bagi kumpulan Mulla Sudra pula, mereka mengamirkan pandangan ahli gnosis, Isyraqiyyin(iluminasis), ahli teologi dan ahli falsafah unutk, menghasilkan suatu perspektif tabii. Mereka berpendapat setiap benda berada dalam proses meningkat ke taraf bentuk tabii yang disebut sebagai reality arketip atau kenyataan naskhahan. Oleh yang demikian, benda ini mengalami perubahan yang berkaitan dengan ruang dan bukannya berkaitan dengan masa. Dapat diperhatikan bahawa pemikiran Mulla Sudra terhadap alam bersifat dinamik walaupun di samping itu mereka mengabadikan aspek bentuk tabii benda-benda, hubungan dan kesatuan antaranya. Kumpulan Muslim lain telah menyumbangkan idea-idea mereka sendiri daripada ahli falsafah anti-peripatetik dan para ahli sains seperti Muhammad Ibn Zakaria, al-Razi, alBiruni dan Abu-Barakah al-Baghdadi. Mereka berpendirian masing-masing. Mereka mengkritik falsafah ahli peripatetic. Umpamanya, al-Razi membina kosmologinya yang tersendiri berasaskan konsep yang dinamainya lima qudama(al-qudamaal-khamsah) yang mengandungi masa dan ruang. Konsep ini diperolehnya daripada Manichaean dan juga Timaeus yang ditulis oleh Aflatun. Ia juga membina sejenis keatoman yang khusus berasaskan idea dari India. Ahli-ahli falsafah ini menjadi pengasas pandangan alam yang menggunakan kaedah perasionalan tanpa cerapan langsung . Tokoh-Tokoh Ahli Fizik Dalam Tamadun Islam

Al-Biruni (973-1048 M) Al-Biruni seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang landasan asas fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke atas air dari mata air.

Abu Barakah al-Baghdadi (1077-1165 M) Abu Barakah al-Baghdadi seorang ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Kitabnya Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik. Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daripada gerakan translasi sahaja. Spekulasinya tentang gerakan memecut mengagumkan kerana beliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya. Shihabuddun Yahya Al-Suhrawardi Suhrawardi menjadi pengasas Isyraqiyyin(iluminasis) dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi zat alam ini cahaya, dan jirim itu kegelapan tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing daripada hukum gravity semesta. Al-Haitham (965-1038 M) Al-Haitham seorang ahli matematik, fizik, dan ahli astronomi. Beliau lebih terkenal sebagai pengasas dalam bidang optik. Beliau yang dikenali di Barat sebagai al-Hazen telah menulis Kitab al-Manazir yang diterjemah oleh sarjana Barat sebagai Optical Thesaurus(Kitab Optik). Dalam buku ini beliau telah menjelaskan konsep momentum yang telah dibina oleh kaum Muslim. Beliau juga telah memberi sumbangan penting kepada fizik. Ketika mengkaji gerakan, beliau telah berjumpa dengan prinsip inersia. Kajian optik beliau pula telah menjelmakan banyak pengetahuan optik sehingga optik menjadi satu disiplin yang bertertib dan tertakrif seperti sekarang. Beliau telah menggabungkan penggunaan matematik yang terperinci, model fizik yang telah difikirkan dengan teliti.

Seperti Arkhimedes, beliau ahli fizik teori dan juga ahli eksperimen.Banyak eksperimen telah dilakukan olehnya seperti eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat baying-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomenon penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai Tritis Fizik, beliau telah menulis kajian lanjutannya tentang hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung dan parabola. Beliau telah mengkaji aberasi sfera dan telah menyedari bahawa bagi cermin parabola, semua sinar cahaya tertumpu pada satu titik. Oleh yang demikian, cermin seperti ini diperakuinya sebagai sejenis yang terbaik untuk membakar. Untuk kajian pembiasan, beliau menggunakan kamera obskura. Dalam kajian itu juga beliau telah menghubungkan perubahan lintasan dengan perubahan halaju apabila cahaya melalui dari satu medium kepada satu medium yang lain. Hasil daripada kajian ini, beliau mencadangkan, dalam bentuk kasarnya, akan hukum masa tersingkat. Malangnya hukum ini terkenal sekarang dengan nama prinsip terkecil Fermat, walaupun Fermat menemui hukum ini pada kurun ke-17 M. Hasil daripada cerapan beliau yang teliti dan gigih beliau terjumpa dengan hukum Batlamus yang menyatakan sudut biasan berkadaran dengan sudut insiden (sudut datang atau sudut tuju) bagi sudut-sudut yang kecil. Ini hukum Snell pada sudut kecil. Perlu juga disebutkan di sini kajian beliau tentang fisiologi mata dan masalah penglihatan. Beliau telah menyangkal teori Euklid dan Batlamus yang menyatakan bahawa mata mengeluarkan cahaya. Beliau percaya sebaliknya, iaitu bahawasanya dalam proses penglihatan, cahaya berjalan dari objek ke mata, seperti yang diterima umum sekarang ini. Abdul Rahman al-Khazini Abdul Rahman al-Khazini seorang ahli fizik yang terkenal. Asalnya beliau seorang hamba bangsa Yunani yang hidup dengan maju jayanya di Mesir pada abad ke-12 M. Beliau bekerja dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Di antara beberapa buah buku yang ditulisnya termasuklah Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan kerjakerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat gravity. Untuk kerja-kerja ini beliau telah menggunakan hasil kerja Arkhimedes dan juga ahli sains sebelumnya seperti al-Nairizi dan al-Biruni. Banu Musa Banu Musa keluarga ahli sains bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan. Mereka telah menulis tentang mekanik dakam buku Hiyal Banu Musa. Buku ini mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik. Berkenaan gravity, Banu Musa telah manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan planet-planet di langit terikat antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M). KESIMPULAN Telah diperhatikan bahawa mulai abad ke-6 M. bahasa sains telah mula digunakan untuk memahami fenomenon tabii. Sebelum daripada itu penerangan tentang fenomenon dalam alam semesta ini berdasarkan kepada mitologi, iaitu berasaskan hikayat tradisi yang biasanya melibatkan kuasa sakti atau orang-orang keramat dan menggunakan idea popular berkenaan fenomenon tabii atau sosial. Bahasa sains ini meliputi penggunaan konsep sains,

pemikiran rasional, prinsip, falsafah dan model mekanik. Perkara yang dicari dalam fizik seperti berikut: 1. Prinsip tidak terubahkan yang menjadi landasan bagi fenomenon yang kelihatan berubah. 2. Punca tunggal terhadap kegandaan benda di alam tabii. Prinsip asas ini pada dasarnya berbentuk kebendaan. Kerja-kerja mengkaji fenomenon tabii dibuat kerana manusia ingin tahu tentang kejadian alam sekitarnya dan zat yang berkuasa ke atas makhluk ciptaannya mempersoalkan kejadian alam kejasmanian ini serta mendapatkan hukum-hukumnya. Kelihatan bahawa fizik berkisar pada kajian tentang jirim dalam ruang dan masa. Dapatlah disimpulkan, bahawa disiplin fizik sebagai satu cabang sains wujud pada zaman tamadun Islam sebagai cabang falsafah tabii. Perkembangan ilmu yang dapat difahami sebagai fizik sekarang bermula dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik iaitu yang mempersoalkan tentang asal usul kejadian alam, telatah alam dan hubungan dengan penciptanya. Bagi para ahli sains Islam al-Quran menjadi satu sumber ilham untuk berkecimpung dalam kajian sains. Idea-idea yang diperoleh daripada al-Quran telah memberi mereka kebolehan untuk menghasilkan beberapa teori fizik seperti dalam mekanik dan mekanik kuantum. Asas asal teori ini telah dan masih digunakan dalam perkembangan fizik zaman ini. Inilah satu-satu contoh bagaimana cerapan renungan dan menyoal tentang alam yng sangat-sangat digalakkan oleh al-Quran membolehkan manusia meningkatkan kedudukan inteleknya ke paras yang sangat mengagumkan. Perhatikan sikap-sikap yang digalakkan oleh al-Quran inilah yang digelar sikap sains pada masa ini. Satu perkara yang dapat diperhatikan ialah (agar yang demikian membolehkan manusia mengenali Khaliqnya) tokoh-tokoh muslim yang telah memperluaskan dan menyumbangkan ilmu ini terdiri daripada mereka yang berminat dalam melaksanakan eksperimen dan mereka yang cuba menyediakan sains alam tabii yang sepenuhnya simbolik dan membatu manusia untuk merenung alam tabii sebagai teofani nama-nama kudus dan kuantiti-kuantiti kudus sebagai kebenaran yang haq, mengatasi dan melebihi daripada alam kebendaan ini. Oleh kerana kelalaian mulai abad ke-13 M, kaum muslimin sudah mulai menjauhkan diri daripada berkecimpung secara aktif dalam perkembangan sains amnya. Sebaliknya orang Barat, khususnya telah meneruskan pengembangan sains sejak Renaisans hinggalah hari ini. Satu pandangan berdasarkan perkembangan fizik hari ini yang boleh dibuat ialah hasil karja-kerja para ahli sains Islam dalam fizik, terutama dalam bahagian teori ketika zaman tamadun Islam dahulu, begitu tinggi tarafnya sehingga tidak mudah difahami orang terutama sekali bagi mereka yang kurang fizik asasnya dan boleh menimbulkan kekeliruan pada kalangan orang Islam sendiri. Oleh kerana diragui bahawa kekeliruan boleh mengancam iman seseorang maka orang-orang Islam selepas abad ke-13 M mengabaikan kegiatan dalam sains. Akhirnya ini mendatangkan kerugian besar kepada umat Islam sendiri, seperti terdapat pada abad 20-an umat Islam belum mampu menandingi orang Barat dan Jepun dalam bidang sains dan teknologi. Keadaan demikian boleh berubah jika orang Islam sekarang berubah sikap dan menghidupkan semangat seperti mereka pada zaman tamadun Islam dahulu.

http://www.myfuyoo.com/fizik/