2
Nur Suhaidah binti Abdul Rashid Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar Perak. Yang Dipertua, PIBG Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, PERAK 14 APRIL 2015 Tuan, MEMOHON SUMBANGAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya selaku guru penasihat Persatuan Sains Madrasah Idrisiah ingin memohon sumbangan dari pihak tuan bagi menampung perbelanjaan dan kos untuk Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara dan Petrosains, Kuala Lumpur. Buat pengetahuan pihak tuan, lawatan ini dibuat dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie dan bertujuan menambah ilmu pengetahuan murid serta pengalaman mereka dalam bidang sains dan ilmu falak. Butir-butir lawatan tersebut boleh dirujuk oleh pihak tuan dalam lampiran yang disertakan. 3. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak tuan sudi menghulurkan sumbangan sebanyak RM500 bagi melancarkan urusan lawatan tersebut. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak menampung perbelanjaan pihak kami dan membantu mencapai matlamat lawatan ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Surat Mohon Sumbangan Lawatan Prsatuan Sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh surat

Citation preview

Page 1: Surat Mohon Sumbangan Lawatan Prsatuan Sains

Nur Suhaidah binti Abdul Rashid

Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan,

33000 Kuala Kangsar

Perak.

Yang Dipertua,

PIBG Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan,

33000 Kuala Kangsar,

PERAK 14 APRIL 2015

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya selaku guru penasihat Persatuan Sains Madrasah Idrisiah ingin memohon sumbangan dari pihak tuan bagi menampung perbelanjaan dan kos untuk Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara dan Petrosains, Kuala Lumpur. Buat pengetahuan pihak tuan, lawatan ini dibuat dengan kerjasama Persatuan Falak Syarie dan bertujuan menambah ilmu pengetahuan murid serta pengalaman mereka dalam bidang sains dan ilmu falak. Butir-butir lawatan tersebut boleh dirujuk oleh pihak tuan dalam lampiran yang disertakan.

3. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak tuan sudi menghulurkan sumbangan sebanyak RM500 bagi melancarkan urusan lawatan tersebut. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak menampung perbelanjaan pihak kami dan membantu mencapai matlamat lawatan ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………………………….

(NUR SUHAIDAH BINTI ABDUL RASHID)

Guru Penasihat Persatuan Sains, Madrasah Idrisiah

Page 2: Surat Mohon Sumbangan Lawatan Prsatuan Sains

LAMPIRAN