Upload
trancong
View
303
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KERAJAAN MALAYSIA
SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006
LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKANPENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
DALAM PERKHIDMATAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERIMALAYSIA
22 DISEMBER 2OO5
Dikelilingkan kepada:
Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan
JABATAN PERDANA MENTERI, MALAYSIAKOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERIPUSAT PENTADBIRAN KERAJAANPERSEKUTUAN62502 PUTRAJAYA
Telefon :603-88881957Faks :603-88883903
Ruj. Kami :
Tarikh :
PM(S) 10034 Jld.9
22 Disember 2005
Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan
SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006
LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKANPENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN
. DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TUJUAN
Surat Pekeliling Am ini berfujuan memaklumkan akan langkah-langkah untukmemperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan santun,serta memperluas penggunaannya secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam,sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negara yang pesat pada masa ini.
LATAR BELAKANG
2. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan1963167, memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Bahasarasmi yang dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan dalam semua maksudrasmi yang meliputi wacana lisan dan tulisan di peringkat Kerajaan Persekutuan,Kerajaan-Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan PihakBerkuasaTempatan.Wacana lisan rasmi termasuklah mesyuarat, taklimat, ucapan, ceramah, syarahan,perbincangan pentadbiran dan yang seumpama dengannya. Wacana tulisan rasmipula meliputi surat-menyurat pentadbiran, minit mesyuarat, memo, laporan, kertascadangan, pekeliling dan sebagainya. Bahasa yang digunakan di tempat awamseperti pada papan iklan, papan tanda dan premis perniagaan juga terangkumsebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi.
3. Bagi melaksanakan dan memantau penggunaan bahasa kebangsaanyang baik dan betul, Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa, iaitu
Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalamPerkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
TANGGUNGJAWAB KEMENTERIANIABATAN/AGENSI
4. Ketua-ketua jabatan hendaklah mewujudkan mekanisme di organisasimasing-masing untuk menjayakan dan memantau pelaksanaan surat pekeliling iniserta mensambil tindakan-tindakan vane berikut:
memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakanbahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi,sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja danapabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkannegara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangansupaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing);
mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betuldari segi ejaan, sebutan, istilah dantatabahasa dalam hal-hal sepertimesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan
kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penamaan di tempat awam(alan, kawasan perumahan, premis perniagaan dan lain-lain) dansebagainya.
Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan pada keperluan.Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain itu hendaklahkurang menonjol dari segi saiz, warna dan seumpamanya;
(iii) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusanyang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam bahasa kebangsaandi kalangan pegawai dan kakitangan;
(i)
(ii)
(iv) memastikan buku, bahan rujukan atau risalah pedoman bahasakebangsaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam edisi terkinidisediakan untuk kegunaan semua pegawai dan kakitangan, sepertiKamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Dwibahasa,Tesaurus Umum Bahasa Melayu, buku-buku istilah dalam pelbagaibidang ilmu, E-Kamus (yang mengandungi Kamus Dewan, KamusInggeris Melayu Dewan dan Kamus Istilah Komputer), Daftar KataBahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, dan lain-lain; dan
(v) mendapatkan khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka melaluitalian terus 03-21481960 dan 03-21485887 atau laman web DBP.http ://www.dbp. gov.my
5. Semua pertanyaan berkaitan dengan surat pekeliling ini hendaklah dirujukkepada Urus Setia Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaandalam Perkhidmatan Awam, Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam,Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KualaLumpur.
PEMAKAIAN
6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,peruntukan surat pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri,Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
TARIKH KUAT KUASA
7. Surat Pekelilins ini berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan.
..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
(TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN)Ketua Setiausaha Negara
PNMB, K.L.