Upload
abdmalekselamat
View
54
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kerja kursus
Citation preview
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2 S
KRM3013 ASAS NOMBOR
KUMPULAN
UPSI 09
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SURIATI ZURAIDA BT. MUHAMAD SHARIF D 20102043051 012-4347715
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH
TARIKH SERAH: 08 APRIL 2012
TUGASAN 1
AKTIVITI PENGAJARAN YANG MELIBATKAN
PENGGUNAAN BAHAN KONKRIT, MEDIA ATAU
TEKNOLOGI
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1. AKTIVITI 1
1.1 LANGKAH PENGAJARAN 3
1.2 ALAT BANTU MENGAJAR 8
1.3 LEMBARAN KERJA 10
1.4 JANGKAAN REFLEKSI 11
2. AKTIVITI 2
2.1 LANGKAH PENGAJARAN 13
2.2 ALAT BANTU MENGAJAR 17
2.3 LEMBARAN KERJA 19
2.4 JANGKAAN REFLEKSI 20
3. RUJUKAN 22
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 3
Aktiviti 1
Tahun : 2 Arif
Masa : 60 minit
Tajuk : Darab
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
Menulis ayat matematik bagi operasi darab
Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
1. Membina dan menyebut kumpulan sama
banyak menggunakan bahan konkrit dan menjawab 8
daripada 10 soalan dengan betul secara lisan.
2. Menulis ayat matematik tambah dan berulang :
a) dua-dua
b) lima-lima
c) sepuluh-sepuluh
d) empat-empat
dan menjawab 6 daripada 8 soalan dengan betul
secara bertulis.
Pengetahuan sedia ada murid : Murid tahu dan boleh menambah dua nombor.
Alat bantu mengajar (Bahan Konkrit): 1. Pen marker
2. Gelung
3. Guli
4. Bekas
5. Kad imbasan
Kaedah : 1. Konstruktivisme
2. Kontekstual
3. Koperatif
4. Inkuiri
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 4
Aktiviti :
Set Induksi (5 minit)
1. Guru memegang 6 batang pen marker. Kemudian guru memegang 3 batang pen
marker di tangan kanan, 3 batang pen marker di tangan kiri. Guru bersoal jawab
dengan murid.
Guru : Ada berapa batang pen marker di tangan kanan cikgu?
Murid : Ada 3 batang
Guru : Ada berapa batang pen marker di tangan kiri cikgu?
Murid : Ada 3 batang
Guru menyatakan ada 2 kumpulan tiga-tiga batang pen marker.
2. Guru memanggil 3 orang murid. Guru memberi setiap orang murid 2 batang pen
marker. Guru bersoal jawab dengan murid.
Guru : Ada berapa orang?
Murid : Ada3 orang.
Guru : Setiap orang ada berapa pen marker?
Murid : Ada 2 pen marker.
Guru menegaskan, ada 3 kumpulan dua-dua.
Langkah 2 (20 minit)
Aktiviti di luar kelas
1. Guru membawa murid ke tempat perhimpunan. Guru meletakkan 4 gelung. Guru
meminta 2 orang murid berdiri di dalam gelung. Guru bertanya kepada murid.
Guru : Ada berapa gelung?
Murid : Ada 4 gelung.
Guru : Ada berapa orang dalam setiap gelung?
Murid : Ada 2 orang.
Guru membimbing murid menyatakan dalam bentuk kumpulan.
Murid menyatakan ada 4 kumpulan dua-dua.
2. Guru meminta murid membina 4 kumpulan tiga-tiga.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 5
Murid-murid akan menyediakan 4 gelung dan berdiri 3 orang dalam dalam setiap
gelung.
3. Guru meminta murid membina 5 kumpulan empat-empat.
Murid-murid akan menyediakan 5 gelung dan berdiri empat orang dalam setiap
gelung.
4. Guru meminta murid membina 5 kumpulan lima-lima.
Murid-murid akan menyediakan 5 gelung dan berdiri lima orang dalam setiap gelung.
Aktiviti boleh diulang sehingga murid mahir membina kumpulan yang diarahkan oleh
guru.
Langkah 3 (20 minit)
Aktiviti kumpulan
1. Aktiviti diulang dengan aktiviti kumpulan di dalam kelas.
Guru menyediakan guli dan bekas bagi setiap kumpulan.Guru meminta murid
menyediakan kumpulan mengikut ayat yang ditulis pada kad ayat imbasan.
Murid menyediakan 5 bekas dan meletakkan 2 biji guli ke dalam setiap bekas.
Guru bersoal jawab dengan murid.
Guru : Ada berapa kumpulan?
Murid : Ada 5 kumpulan.
Guru : Ada berapa biji guli dalam setiap kumpulan?
Murid : Ada 2 biji guli.
Guru : Ada berapa guli semuanya?
Murid : Ada 10 biji guli.
Guru : Bagaimana kamu mengira 10 biji guli?
Murid : 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10
Guru : Ada berapa kali nombor 2?
Murid : Ada 5 kali.
Guru menyatakan konsep darab ialah penambahan berulang nombor yang sama.
Guru menulis ayat matematik penambahan berulang di papan tulis.
5 kumpulan dua-dua
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 6
2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10
Guru menulis ayat matematik darab bagi penambahan berulang di atas.
2 x 5 = 10
2. Aktiviti yang sama diulang dengan kad ayat imbasan yang lain.
Ayat matematik penambahan berulang.
5 + 5 + 5 + 5 = 20
Ayat matematik darab,
3 x 5 = 20
3. Aktiviti diulang dengan kad imbasan ayat yang lain sehingga murid dapat melakukan
dan menulis ayat matematik penambahan berulang dan menulis ayat matematik
darab.
Langkah 4 (10 minit)
Penilaian
1. Guru mengedarkan kepada murid lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman
murid tentang konsep darab.
Penutup (5 minit)
1. Guru membuat rumusan langkah-langkah konsep darab dan bersoal jawab dengan
murid untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep darab.
2. Guru melekatkan kad imbasan di papan tulis.
4 kumpulan lima-lima
4 kumpulan tiga-tiga
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 7
3. Guru bersoal jawab dengan murid.
Guru : Berapa kumpulan yang kita perlu sediakan?
Murid : 4 kumpulan.
Guru : Berapa biji guli yang perlu kita letakkan dalam setiap bekas?
Murid : 3 biji guli.
Guru : Ada berapa biji guli kesemuanya?
Murid : 12 biji guli.
Guru : Apakah ayat matematik penambahannya?
Murid : 3 + 3 + 3 + 3 = 12
Guru : Apakah ayat matematik darabnya?
Murid : 4 x 3 = 12
Guru menegaskan sekali lagi, darab ialah penambahan berulang bilangan yang
sama banyak.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 8
GAMBAR ALAT BANTU MENGAJAR (BAHAN KONKRIT)
PEN MARKER
GELUNG
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 9
GULI
BEKAS
KAD IMBASAN
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 10
LEMBARAN KERJA
MATEMATIK
NAMA : ___________________________________
TAHUN : 2 ARIF
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 11
JANGKAAN REFLEKSI
Saya menjangkakan terdapat beberapa perkara yang akan berlaku terhadap
penggunaan bahan dan respon murid terhadap penggunaan bahan tersebut. Sekiranya
saya membuat jangkaan refleksi, perkara-perkara ini dapat saya atasi supaya penggunaan
bahan ini lebih bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Langkah Pengajaran
Set Induksi yang dipilih bersesuaian untuk membawa murid kesediaan untuk
menumpukan perhatian. Walaupun bahan yang digunakan hanyalah pen marker, tetapi ia
mampu menarik minat murid kerana hanya guru yang menggunakan pen marker di dalam
kelas. Murid Tahun 2 mempunyai perasaan ingin memiliki barang-barang yang digunakan
oleh orang dewasa. Seterusnya, guru telah melibatkan murid dalam pengajaran dan
penggunaan bahan konkrit iaitu pen marker tersebut. Guru telah menggunakan bahan
konkrit semaksimum mungkin di dalam langkah permulaan ini.
Guru mungkin menghadapi sedikit gangguan semasa guru memilih murid secara
rawak untuk berada di depan kelas. Murid Tahun 2 selalunya teruja untuk melibatkan diri
dalam aktiviti dalam kelas. Keadaan ini bagus kerana ia merangsang murid untuk
mengetahui atau menunggu langkah pengajaran guru yang seterusnya.
Langkah seterusnya, guru telah merangsang murid dengan membawa murid keluar
kelas. Pengajaran Matematik di luar kelas adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana ia
mengubah keadaan yang biasa kepada luar biasa. Perasaan ingin tahu murid akan lebih
merangsang murid untuk menumpukan perhatian dan mendengar arahan guru yang
seterusnya. Guru telah melibatkan semua murid dalam aktiviti ini.
Guru mungkin menghadapi suasana yang bising sedikit kerana murid akan berebut-
rebut untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru perlu bijak supaya semua murid
dapat melibatkan diri dan tidak ada murid yang berasa tidak puas hati kerana tidak terpilih.
Pemilihan bahan bantu mengajar iaitu gelung untuk menunjukkan kumpulan sangat sesuai
kerana murid dapat melihat lingkungan kumpulan tersebut.
Pada permulaan mungkin ia tidak berjalan dengan lancar kerana murid tidak
mendengar arahan guru dengan baik kerana masih belum memahami apa yang ingin guru
sampaikan. Guru perlu memberi arahan dengan ringkas dan jelas. Peranan guru dalam
membantu murid mencapai objektif telah dirangsang melalui teknik penyoalan. Soalan-
soalan yang guru kemukakan telah membimbing murid ke arah mencapai objektif di langkah
tersebut.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 12
Langkah seterusnya guru telah menggunakan bahan konkrit iaitu guli sebagai
pembilang dan bekas lutsinar sebagai kumpulan. Guru mungkin menghadapi masalah
apabila melibatkan guli kerana ia merupakan bahan yang disukai oleh murid-murid. Murid
akan bermain dengan guli tersebut sehingga mereka tidak menumpukan perhatian kepada
arahan guru. Guli juga mudah bergolek menyebabkan ia sukar dikawal. Guru boleh
menggantikan guli dengan penyedut minuman atau bahan lain yang difikirkan sesuai. Bekas
lutsinar yang digunakan oleh guru memudahkan murid untuk melihat bilangan pembilang di
dalam bekas tersebut. Kad imbasan yang digunakan oleh guru mempercepatkan langkah
pengajaran ini.
Teknik penyoalan yang digunakan oleh guru untuk membawa murid kepada konsep
darab iaitu penambahan berulang sangat berkesan. Guru telah membantu murid menemui
konsep darab secara berperingkat-peringkat. Guru perlu mengulangi langkah ini sehingga
semua murid memahami dengan jelas konsep darab tersebut. Di sinilah penegasan guru
sangat penting. Penegasan yang berulang kali akan mengukuhkan lagi kefahaman murid
terhadap konsep darab ini.
Guru telah memilih lembaran kerja yang membantu murid mengukuhkan lagi
kefahaman konsep darab yang ingin guru sampaikan melalui gambarajah dan seterusnya
kepada penambahan berulang yang membawa murid kepada ayat matematik darab. Guru
boleh menyediakan lembaran kerja pengayaan dan pemulihan untuk murid yang berbeza
kebolehan.
Langkah penutup adalah sangat penting dalam pengajaran guru. Guru telah memilih
membuat rumusan dalam langkah penutup ini. Guru telah menegaskan konsep darab
melalui rumusan berperingkat mengikut langkah pengajaran yang telah dilalui oleh murid
sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh juga menyoal murid dalam langkah
ini. Guru boleh juga menukarkan contoh dengan menggunakan penambahan bilangan yang
tidak sama banyak untuk mengesan murid benar-benar menguasai konsep darab.
Masa yang digunakan oleh guru adalah selama 60 minit pengajaran. Guru perlu
menggunakan masa dengan bijak kerana langkah pengajaran guru ada melibatkan
pergerakan murid keluar dan masuk ke kelas. Guru perlu memastikan murid berdisiplin
semasa keluar dan masuk kelas untuk menjimatkan masa guru. Aktiviti yang berulang juga
mungkin mempengaruhi masa yang cikgu jangkakan. Guru boleh menjimatkan masa
dengan membawa murid ke kawasan yang berdekatan dengan kelas. Pergerakan murid
membentuk kumpulan juga boleh dijimatkan dengan membentuk kumpulan mengikut tempat
duduk yang berdekatan.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 13
Aktiviti 2
Tahun : 4 Arif
Masa : 60 minit
Tajuk : Pecahan
Kemahiran : Murid dibimbing untuk :
Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya
tidak lebih daripada 10.
Hasil pembelajaran : Murid berupaya untuk :
Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang
penyebutnya tidak lebih daripada 10 menggunakan
a) Bahan konkrit
b) Gambarajah
c) Operasi darab
dan menjawab dengan betul 14 daripada 18 soalan secara
bertulis.
Pengetahuan sedia ada : 1. Murid tahu menamakan pecahan wajar dan
menulis pecahan wajar.
2. Murid tahu membandingkan nilai pecahan
wajar.
Alat bantu mengajar : 1. Jalur kertas
2. Carta pecahan
3. Kad imbasan
Kaedah : 1. Konstruktivisme
2. Kontekstual
3. Inkuiri
4. Penyoalan
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 14
Aktiviti
Set Induksi ( 10 minit)
1. Guru mengedarkan 3 jalur kertas kepada setiap murid. Guru meminta murid melipat
jalur kertas pertama kepada dua bahagian yang sama besar, jalur kedua dilipat
kepada 4 bahagian yang sama besar dan jalur ketiga kepada 8 bahagian yang sama
besar.
2. Guru meminta murid mewarnakan ½ bahagian daripada jalur pertama tadi.
3. Guru meminta murid mewarnakan jalur kedua sama besar dengan ½ bahagian
daripada jalur pertama.
4. Guru meminta murid menulis nilai pecahan bahagian yang diwarnakan pada jalur
kedua tadi.
5. Guru meminta murid mewarnakan jalur ketiga sama besar dengan ½ bahagian
daripada jalur pertama tadi.
6. Guru meminta murid menulis nilai pecahan bahagian yang diwarnakan pada jalur
ketiga tadi.
Langkah 2 (10 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
Guru : Apakah nilai pecahan yang diwarnakan pada jalur pertama?
Murid : ½
Guru : Apakah nilai pecahan yang diwarnakan pada jalur kedua?
Murid : 2/4
Guru : Apakah nilai pecahan yang diwarnakan pada jalur ketiga?
Murid : 4/8
2. Guru meminta murid membandingkan bahagian yang diwarnakan pada jalur
pertama, kedua dan ketiga dengan menampalnya di dalam buku latihan secara
bertingkat. Guru bersoal jawab dengan murid.
Guru : Apakah yang boleh kamu katakan tentang bahagian yang diwarnakan
pada setiap jalur tersebut?
Murid : Setiap bahagian yang diwarnakan sama besar.
Guru : Apakah yang boleh kamu katakan tentang nilai pengangka dan
penyebut pada setiap jalur tersebut?
Murid : Setiap pengangka dan penyebut pada setiap jalur adalah tidak sama.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 15
Guru : Apakah yang boleh kamu katakan tentang pemerhatian ini?
Murid : Setiap bahagian yang berwarna adalah sama besar walaupun nilai
pengangka dan penyebut tidak sama.
3. Guru menerangkan konsep Pecahan Setara kepada murid.
Pecahan Setara ialah pecahan yang berbeza penyebut dan pengangka tetapi
mempunyai bahagian yang sama besar.
Langkah 3 (10 minit)
1.. Guru menunjukkan beberapa lagi contoh menggunakan carta pecahan. Murid
menyatakan pecahan yang setara.
Contoh : 1 = 2
2 4
1 = 2
3 6
1 = 2
4 8
1 = 2
5 10
2. Guru membimbing murid menggunakan contoh di atas untuk mengaitkan operasi
darab untuk mendapatkan nilai pecahan setara.
Contoh : 1 x 2 = 2
2 x 2 4
1 x 2 = 2
3 x 2 6
1 x 2 = 2
4 x 2 8
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 16
1 x 2 = 2
5 x 2 10
3. Guru membimbing murid meneguhkan kaedah pendaraban untuk mendapatkan nilai
pecahan setara melalui contoh lain.
Contoh : 3 x 3 = 9
5 x 3 15
1 x 4 = 4
2 x 4 8
2 x 2 = 4
7 x 2 14
Langkah 4 (10 minit)
Penilaian
1. Guru mengedarkan lembaran kerja mencari nilai pecahan setara melalui gambarajah
dan operasi darab.
Langkah 5 (10 minit)
Penutup
1. Guru mengadakan kuiz untuk mengukuhkan konsep pecahan setara melalui operasi
darab.
2. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kumpulan tempat duduk di dalam
kelas.
3. Guru memberi soalan mengikut giliran. Guru menyediakan kad imbasan yang
mengandungi pecahan wajar dan nilai pengangka atau penyebut bagi pecahan
setaranya. Murid perlu melengkapkan pecahan setaranya.
4. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah pensel yang bernilai 80 sen sebatang.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 17
GAMBAR ALAT BANTU MENGAJAR (BAHAN KONKRIT)
JALUR KERTAS
CARTA PECAHAN
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 18
CARTA PECAHAN
KAD IMBASAN
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 19
LEMBARAN KERJA MATEMATIK
NAMA : ____________________________ TAHUN : 4 ARIF
Tuliskan pecahan setara berpandukan gambarajah pecahan.
Lengkapkan pecahan setara berikut.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 20
JANGKAAN REFLEKSI
Dalam pengajaran topik pecahan yang melibatkan jalur kertas sebagai bahan bantu
mengajar sangat berseuaian kerana ia melibatkan murid dalam pengajaran. Murid perlu
membahagikan jalur kertas tersebut akan mengukuhkan lagi kefahaman murid bahawa
pecahan ialah bahagian yang sama besar. Sekiranya murid tidak membahagi bahagian
tersebut sama besar, guru dapat mengesannya kerana murid perlu menampalnya di dalam
buku latihan mereka. Guru mengarahkan murid mewarnakan bahagian pecahan mengikut
nilai yang diberi. Ini juga membantu murid menguasai kemahiran mengenal pecahan wajar.
Guru mungkin menghadapi masalah di sini kerana murid lewat mewarnakan nilai
pecahan yang dikehendaki. Guru boleh meminta murid melorekkan untuk mempercepatkan
proses tersebut. Guru perlu menyediakan jalur kertas supaya ia sama besar dan saiznya
bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan bahagian pecahan yang dikehendaki..
Jika ia terlalu kecil, ia menyukarkan murid membahagikannya kepada 8 bahagian. Jika ia
terlalu besar, ia melewatkan proses mewarna.
Langkah seterusnya, guru telah menggunakan jalur kertas yang sama untuk
membandingkan setiap nilai pecahan. Penggunaan bahan yang dipilih telah digunakan
secara optimum. Jalur kertas yang sama dalam langkah set induksi telah digunakan dalam
langkah kedua untuk membandingkan nilai pecahan. Teknik penyoalan yang berkesan oleh
guru dapat membantu murid membuat penemuan konsep pecahan setara. Guru boleh
mengulangi aktiviti dengan penyebut yang lain untuk mengukuhkan ia.
Guru telah menggunakan langkah pengajaran dari konkrit ke abstrak kerana pada
langkah yang seterusnya, melalui analisa dan teknik penyoalan yang bersesuaian murid
dapat melihat kaedah yang mudah untuk mencari pecahan setara bagi pecahan wajar iaitu
melalui konsep darab. Sebelum murid di bawa ke langkah ini, guru perlu memastikan murid
benar-benar menguasai konsep pecahan setara. Jika boleh, apabila murid melihat nilai
pecahan, dimindanya telah menggambarkan gambarajah pecahannya. Penggunaan carta
pecahan dilangkah ini boleh membantu murid mengukuhkan lagi konsep pecahan setara
sebelum mereka menggunakan konsep darab dalam mencari pecahan setara. Guru perlu
menegaskan bahawa nilai pendarab perlu sama bagi pengangka dan penyebutnya. Guru
perlu
Dalam langkah 3, guru telah menggunakan contoh yang lain untuk mengukuhkan
konsep pecahan setara melalui pendaraban. Disini, guru perlu menegaskan selalu bahawa
nilai pendarab yang dipilih mestilah sama untuk mendarab pengangka dan penyebut. Guru
boleh juga memilih satu contoh untuk menunjukkan konsep yang salah iaitu nilai pengangka
dan penyebut didarabkan dengan nombor yang berbeza. Sekiranya murid boleh mengesan
kesalahan ini, murid sudah menguasai konsep mencari nilai pecahan setara melalui operasi
darab.
Guru telah memilih lembaran kerja yang menyediakan latihan dari yang mudah ke
sukar. Bermula dari mencari nilai pecahan setara berpandukan gambarajah pecahan
kepada latihan yang menggunakan operasi darab. Guru perlu menyediakan lembaran kerja
untuk pengayaan dan pemulihan.
Langkah penutup adalah langkah yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana ia boleh mendorong murid kembali kepada objektif pembelajaran yang diingini oleh
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 21
guru. Penegasan juga boleh dilakukan di sini untuk mengingatkan murid perkara-perkara
yang penting dalam pengajaran guru. Guru telah memilih aktiviti kuiz dalam langkah penutup
sebagai latih tubi lisan untuk memahirkan murid menguasai mencari pecahan setara.Aktiviti
ini juga merangsang murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerana ia menyeronokkan.
Guru perlu berhati-hati dari segi disiplin murid dan masa. Guru telah menyediakan kad
imbasan untuk mempercepatkan aktiviti dan ia menjimatkan masa. Aktiviti kuiz yang
menyeronokkan ini akan mengakhiri pengajaran dan pembelajaran matematik murid pada
hari tersebut dengan perasaan yang menggembirakan.
KRM 3013 ASAS NOMBOR
SURIATI ZURAIDA BINTI MUHAMAD SHARIF(D20102043051) Page 22
RUJUKAN
Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2.(2011).
Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Haslina Jaafar. Rosli Maun. (2011).Wan Yusof Wan Ngah.Buku Teks Matematik Tahun
2.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang. (1992).Penyuburan dan Perkaedahan Matematik. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang. (1992).Psikologi, Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik.Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.
Noraini Idris.(2005).Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.
Sugara binti Abd. Latif.(2011).Buku Teks Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan.Dewan
Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.