19
Jenis-jenis terjemahan Al-qur’an Disediakan untuk : DR. Maheram binti Ahmad Disediakan oleh : Ramadanti binti idrus ( A142324) Terjemahan Arab-Melayu-Arab II

Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Jenis-jenis terjemahan Al-qur’anDisediakan untuk :

DR. Maheram binti Ahmad

Disediakan oleh :

Ramadanti binti idrus ( A142324)

Terjemahan Arab-Melayu-Arab II

Page 2: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Jenis-jenis terjemahan al-Qur’an menurut para sarjana islam

Menurut Al-zarqaniy.

I. Terjemahan harfiyyat atau lafziyyat

II. Terjemahan tafsiriyyat atau ma’nawiyah

)al-Zarqaniy, 1988: 2: 111(

Menurut mahmud syaltut selain daripada terjemahan

harfiyyat dan tafsiriyyat terdapat satu lagi

terjemahan Al-qur;an iaitu terjemahan uslub.

Page 3: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Defenisi terjemahan harfiyyat

Ibn taymiyyat

Semata-mata terjemahan lafaz,

seperti menterjemahkan sesuatu

lafaz yang seerti dengannya. Pada

terjemahan ini, penterjemah

hendaklah menggetahui makna

yang benar-benar dengan sesuatu

kalimat yang hendak

diterjemahkannya itu ( al-Hanbaliy,

1977: 4: 115. )

Al-zarqaniy

Terjemahan kata demi kata, di

samping memelihara susunan dan

urutan kata-kata teks asal,sehinggalah

terjemahan itu sama seperti teks

asal.sesetangah orang menamakan

terjemahan ini dengan terjemahan

lafziyyat dan sebahagian pula

menamakn terjemahan muswiyat

(persamaan) (al-Zarqaniy, 1988: 2:

111 )

Page 4: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Al-sabuniy

Menukilkan Al-qur’an dari segi lafaz,mufrodat (kosa kata), ungkapan kata

mahupun susunan ayat dan kata bahasa sumber, sebagai dasar

penterjemahannya kepada bahasa sasaran seperti bahasa inggeris, jerman, atau

perancis (al-Sabuniy, 1970:229 )

Al-Qattan

Memindahkan atau menukilkan lafaz-lafaz daripada bahasa sumber kepada

bahasa sasaran, dan pemindahan itu memyebabkan berlakunya persamaan

persamaan antara nuzum dengan nuzum dan susunan ayat dengan susunan

ayat (al-Qattan, 1993: 313 )

Dalam defenisi al-Sabuniy dan al-Qattan mereka sependapat dalam bahasa

sasaran mestilah benar-benar menyamai struktur bahasa asal al-Qur’an

Page 5: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Muhammad Husayn al-Dhahabiy

Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat terbahagi kepada dua jenis

1. Terjemahan harfiyyat bi al-Mithl

Menterjemahkan ayat al-Qur’an (daripada bahasa asalnya) kepada bahasa

sasaran dengan mengekalkan susunan ayat bahasa asal iaitu mufradat

bahasa terjemahan menepati mufradat bahasa asal al-Qur’an, susunan

perkataan bahasa terjemahan menepati susunan perkataan bahasa asalnya

sehinggakan terjemahan ini dapat mendukung makna sebagai mana yang

terkandung dalam susunan ayat bahasa asal secara sempurna dari segi

balaghat dan hukum syara’ (al-Dhahabiy, 1989: 1: 25 )

Page 6: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

2. Terjemahan harfiyyat bi dun al-Mithl

Menterjemah susunan ayat al-Qur’an (daripada bahasa

asalnya kepada bahasa sasaran, dengan mengekalkan atau

mengubah susunan ayat bahasa asalnya) berdasarkan

kemampuan penterjemah dan keluasan bahasanya (al-

dhahabiy, 1989: 1: 26)

Page 7: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Kesimpulan : terjemahan al-Qur’an secara harfiyyah

Penterjemah al-Qur’an secara harfiyyat hanya merupakan salinan al-

Qur’an dalam bahasa lain (sasaran) dengan mengekalkan setiap

kedudukan perkataan asalnya sama ada ada dari nuzum, uslub, dan

susunan ayatnya. Dalam erti kata lain bahasa terjemahan mengikuti

aturan atau susunan bahasa sumbernya. Oleh itu kerana itu untuk

mengekalkan susunan kata teks asal al-Qur’an sambil merangkumi

semua maknanya merupakan sesuatu yang mustahil dilakukan.

Kerana hukum bahasa bagi setiap bahasa itu berbeza daripada

bahasa-bahasa lain terutama pada susunan lafaz dan susunan ayat.

Page 8: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Sebagai contoh dalam bahasa arab jumlah fi’liyyat (ayat yang

menunjukkan perkataan) dimulakan dengan fe’el kemudian fa’il

(al-Qattan, 1993:313) tetapi struktur ayat dalam bahasa Melayu

dimulakan dengan pelaku terlebih dahul, kemudian perbuatan.

Secara jelasnya tidak ada persamaan pada hukum bahasa bagi

setiap bahasa. Muhammad al-Ghazaliy menjelaskan: jika

diperhatikan pada bahasa2 lain seperti bahasa inggeris dan

perancis, kedua2 bahasa ini meletakkan kata kerja to be

bersama-sama subjek dan prediket sedangkan b.Arab tidak

menggunakanya.

Page 9: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Kesesuaian penterjemahan al-Qur’an secara harfiyyat

Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat ini akan

dibincangkan dalam dua bentuk :

i. Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi al-

Mithl

ii. Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi dun al-

Mithl

Page 10: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi al-Mithl

Menurut Muhammad Husayn al-Dhahabiy, terjemahan al-Qur’an secara Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi al-Mithl adalah sesuatu yang mustahil dan tidak mungkin boleh digunakan terhadap kitab suci al-Qur’an. Kerana terdapat beberapa tujuan pokok kitab suci al-Qur’an diturunkan oleh Allah S.W.T. antaranya sebagai wahyu dan untuk mebuktikan kebenaran nabi muhammad s.a.w. oleh itu tidak mungkin ia disampaikan dengan menterjemahkan secara Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi al-Mithl kerana al-Qur’an adalah mu’jiz.

Seandainya al-Qur’an diterjemahkan secara Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi al-Mithl, kekhususan ketinggian nilai sastera al-Qur’an itu akan menjadi rendah dari kedudukannya yang mulia berupa mu’jizat,malah akan sama dengan karangan manusia. Akhirya tujuan al-Qur’an diturunkan tidak akan tercapai

Page 11: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Sebagai Contoh terjemahan al-Qur’an secara Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi al-Mithl.

البسط كل تبسطها وال عنقك إلى مغلولة يدك تجعل ال ومحسورا ملوما فتقعد

jika ayat ini diterjemahkan secara harfiyyat bi al-Mithl maka terjemahnnya adalah : dan janganlah membuatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu dan jangan juga menghulurkannya dengan segala huluran atau kamu akan dudduk tecela, menyesal ( Q.S Isra’ :29; Othman Ali 1995:257). Ayat ini diterjemah secara harfiyyat bi al-Mithl, ia terlalu terikat dengan susunan lafaznya, mufradatnya, dan nuzumnya sehingga ia menjadi kaku dan sukar untukk difahami dan makna yang terkandung dalam terjemahan seumpama ini memang tidak sama dengan makna teks asal.

Page 12: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi dun al-Mithl

Terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat bi dun al-Mithl pula, merupakan suatu terjemahan yang mungkin boleh diterima pakai. Namun ia hanya terbatas pada kalam manusia sahaja dan tidak boleh diterapkan penggunaanya kepada kitab suci al-Qur’an yang mu’jiz. Kerana dalam terjemahan ini terdapat percubaan mengubah susunan ayat-ayat al-Qur’an yang akan merosakkan makna asalnya dan boleh meghilangkan keindahan uslub dan nuzum al-Qur’an (al-Dhabiy, 1989:1:26)

Hujah diatas dikuatkan lagi oleh al-Sabuniy yang menyatakan bahawa bahasa-bahasa bukan Arab yang tidak mempunyai lafaz mufradat dan damir-damir yang boleh menyamai lafaz bahasa Arab. (al-Sabuniy, 1970: 230).

Page 13: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Misalnya, lafaz al-Ma’rifat dan al-’ilmu. Walaupun kedua-dua lafaz ini mempunyai makna sama tetapi antara satu sama lain mempunyai keistimewaan dan penggunaan yang berbeza. Perkataan عرفت hanya memerlukan satu maf’ul sahaja seperti ayat زيدا yang bermaksud :” aku عرفتmengenali zaid”. Manakala perkataan علمتpula memerlukan dua maf’ul seperti ayat ناجحا زيدا yang علمتbemaksud : “aku mengenali zaid seorang yang berjaya”.

Kesimpulan: terjemahan al-Qur’ansecara harfiyyat bi dun al-Mithl tidak boleh diterima dan masih dibatasi juga, walaupun pada awalnya menampakkan ia agak mudah dilakukan.

berhubung dengan jenis penterjemahan inilah para ulama islam beselisih pendapat dan tidak mencapai kata sepakat )’Abd al-Ghaniy, 1992:107 )

Page 14: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Defenisi terjemahan tafsiriyyat

Ibn taiymiyyat

Menterjemahkan makna dan menghuraikannya. Jenis terjemahan ini, hanyalah

sekadar dijelaskan makna yang difahami oleh seseorang penterjemah. Ia

melebihi terjemahan lafaz. (al-Hanbaliy, 1977: 4: 116 )

Muhammad Husayn al-Dhahabiy

Menerang atau menjelaskan makna sesuatu kalimat dengan menggunakan

bahasa lain, tanpa memelihara susunan dan urutan ayat bahasa asal. Begitu

juga tidak perlu mengungkapkan keseluruhan makna yang dimaksudkannya,

(yang dipentingkan ialah maksud atau pengertiannya tercapai) al-Dhahaiy,

1989: 1: 27 )

Page 15: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

al-Qattan

Menerangkan makna kalimat dengan menggunakan bahasa

lain, tanpa terikat dengan susunan kalimat bahasa asal atau

memelihara nuzumnya (al-Qattan,1993: 313 )

Kesimpulan : terjemahan tafsiriyyat bermaksud

menjelaskan makna atau maksud al-Qur’an kepada bahasa

lain tanpa terikat dengan lafaz, nuzum dan uslubnya

penekanan hanyalah pada aspek makna sahaja.

Page 16: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Kesesuaian penterjemahan Al-Qur’an secara tafsiriyyat.

Terjemahan al-Qur’an secara tafsiriyyat merupakan sesuatu

yang agak mudah diterapkan penggunaanya, berbanding

dengan terjemahan al-Qur’an secara harfiyyat. Dalam pada

itu ia mestilah mengikuti beberapa syarat dan kaedah yang

telah ditetapkan. Meskipun begitu, perlu diingatkan bahawa

masih juga terdapat beberapa persoalan dalam terjemahan

ini kerana sesetengah perkataan al-Qur’an mempunyai

lebih daripada satu makna tetapi yang dapat diterjemahkan

hanyalah salah satu daripada makna-makna itu sahaja.

Page 17: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

Rumusan

Yang dimaksudkan dengan terjemahan al-Qur’an ialah Memindahkan sesuatu perkataan atau ayat al-Qur’an

daripada bahasa asalnya kepada bahasa sasaran tanpa diberi sebarang penjelasan. Ini dilakukan dengan mengekalkan nuzum dan uslub bahasa al-Qur’an tanpa mengubah maknanya. Terjemahan ini lebih dikenali terjemahan harfiyyat ( Mohd Shukri Hanapi, 2003:22).

Menukilkan makna sesuatu perkataan atau ayat al-Qur’an serta mentafsirkannya dengan menggunakan bahasa lain. Apa yang penting makna dan tujuan yang hendak disampaikan oleh ayat al-Qur’an itu tercapai. Terjemahan ini lebih dikenali dengan terjemahan tafsiriyyat ( Mohd Shukri Hanapi, 2003:22)

Page 18: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat

kesimpulan Sebenarnya tidak ada jenis terjemahan al-Qur’an yang dapat

menjelaskan erti perkataan-perkataan al-Qur’an dengan lebih

meluas dan mendalam.

Dengan hanya menggunakan perkataan yang terhad dalam

bahasa sasaran, kekayaan idea-idea, keindahan nuzum al-

Qur’an dan ketinggian uslubnya tidak mungkin dapat

diungkapkan dalam bentuk yang sama dan begitu juga dengan

hasil terjemahan yang dibuat secara tidak langsung daripada

teks asal al-Qur’an sudah tentu jauh daripada menepati maksud

asalnya.

Page 19: Syarat syarat sebagai penterjemah al-qur’an secara tafsiriyyat