15
3.07.1 Sumber Mineral 1. Malaysia mempunyai pelbagai sumber mineral. 2. Sumber mineral terdiri daripada mineral logam dan mineral bukan logam. 3.  Antara mineral l ogam termas uklah bijih timah, bi jih besi, emas, b auksit, dan kup rum (tembaga) . 4.  Antara mineral b ukan logam ter- mas uklah bahan bakar ( bahan api/ fosi l) seperti petro leum, gas asli , dan arang batu serta pasir dan batu permata. Taburan Sumber Petroleum dan Gas Asli 1. Di Malaysia, semua aktiviti penggerudian sumber petroleum dan gas asli dijalankan di kawasan laut China Selatan, iaitu diluar pantai Terengganu, Sarawak , dan Sabah. Peta 3.07.1 Taburan kawasan perlombongan petroleum dan gas asli di Malaysia  

T3 B7 Taburan Pelbagai Sumber

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.....

Citation preview

3.07.1 Sumber Mineral1. Malaysia mempunyai pelbagai sumber mineral.2. Sumber mineral terdiri daripadamineral logamdanmineral bukan logam.3. Antara mineral logam termasuklah bijih timah, bijih besi, emas, bauksit, dan kuprum (tembaga).4. Antara mineral bukan logam ter- masuklah bahan bakar (bahan api/ fosil) seperti petroleum, gas asli, dan arang batu serta pasir dan batu permata.Taburan Sumber Petroleum dan Gas Asli1. Di Malaysia, semua aktiviti penggerudian sumber petroleum dan gas asli dijalankan di kawasan laut China Selatan, iaitu diluar pantai Terengganu,Sarawak, danSabah.

Peta 3.07.1Taburan kawasan perlombongan petroleum dan gas asli di Malaysia

2. Kawasan perlombongan petroleum adalah seperti dalam Jadual 3.07.1.

NegeriLombong Petroleum

Luar pantai TerengganuDulang, Semangkok, Tapis, Guntong, Tiong, Selidi, Duyong, Bekok, Sotong, Pilong, Pilai

Luar pantai SarawakTemana, Bokor, Baronia, Baram, Tukau, Lutong Barat, Betty, Salbiah

Luar pantai SabahSt. Joseph, Erb West, Semarang, Ketam, Barton, South Furious, Tembungo

Jadual 3.07.1Kawasan perlombongan petroleum di Malaysia

3. Sarawakmerupakanpengeluar utama gas aslidi Malaysia diikuti oleh Terengganu dan Sabah.4. Jadual 3.07.2 menunjukkan kawasan perlombongan gas asli di Malaysia.

NegeriLombong Petroleum

Luar pantai TerengganuPilong, Damar, Lawit, Noring, Jerneh, Bujang, Tangga Barat, Angsi, Telok, Bintang, Inas, Resak, Bedong

Luar pantai SarawakTLaila, Beryl, Telaga-telaga E11, E8, E6, E5, M1, F6, F23, F13, B11, B12, M4, F18, F14

Luar pantai SabahKinarut, Glayer, Semarang Kecil

Jadual 3.07.2Kawasan perlombongan gas asli di Malaysia

5. Loji penapisan petroleumterletak diLutong,Kertih,Port Dickson, danTangga Batu.6. Loji di Port Dickson dan Tangga Batu menapis petroleum yang diimport.7. Loji mencairkan gas asliterletak diBintulu, yang merupakan loji yang terbesar di Asia Tenggara.8. Di Kertih terdapat loji memproses gas.Taburan Sumber Emas, Bijih Besi, Kuprum, Bauksit, Kaolin, dan Batu Kapur1. Emas dan bijih besi terdapat di kawasan beralun dan berbukit.2. Emasdilombong di:a. sekitarPenjom,Kuala Lipis, danRaubdiPahang;b. sekitarRusiladiTerengganu;c. Hulu Kelantan.3. Pahangmerupakan negeripengeluar emas utamadi Malaysia.4. Malaysia mempunyai banyak kawasan emas lain tetapi kebanyakannya tidak sesuai dilombong kerana:a. kurang bermutu;b. kos yang tinggi diperlukan untuk perlombongan;c. kurang menguntungkan.5. Terdapat lombong bijih besi di Pahang, di Perak, dan di Terengganu.6. Di kawasan-kawasan berikut, terdapat simpananbijih besiyang masih belum diusahakan lagi, iaitu:a. di daerahKota Tinggi,Batu Pahat, danMersingdiJohor;b. di sekitarBukit BesidiTerengganu;c. di sekitarTemangandiKelantan;d. daerahYandiKedah;e. sekitarTambundiPerak.7. Kuprumdilombong dalam jumlah yang kecil di sekitarMamutdi Sabah.Peta 3.07.2Kawasan simpanan emas, bijih besi, tembaga (kuprum), bauksit, batu kapur, dan kaolin di Malaysia

8. Bauksitdilombong diTeluk Ramunia, iaitu di tenggara Johor.9. Terdapat lombongkaolindi daerahBidordanTapahdi Perak,MachapdanAir Hitamdi Johor.10. Kawasanbatu kapurutama di Malaysia ialah:a. di sekitarBatu Cavesdi Selangor;b. kawasantanah tinggi berhampiran Dataran Hilir Perak;c. diPulau Langkawi, Kedah;d. Gua Niah, danGua MuluSarawak;e. daerahTawau, Sabah.Taburan Sumber Bijih Timah dan Arang Batu

Peta 3.07.3Taburan kawasan bijih timah dan arang batu di Malaysia

1. Terdapat24 lombong bijih timahyang sedang beroperasi dan kesemuanya terletak di Semenanjung Malaysia.2. Lombong-lombong ini terletak di Selangor, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, dan Negeri Sembilan.3. Contohnya,Lembah Kintadi Perak sertaDengkildanKuala Langatdi Selangor.4. Perlombonganarang batudiBatu Arang,Selangor, danBukit Arang di Perlisdijalankan secara berskala kecil.5. Di Sarawak, arang batu dilombong di sekitarMukah,Merit-Pila, danSilantek.6. Di Sabah, kawasan arang batu terdapat diSilimpopon.

3.07.2 Sumber Hutan1. Terdapat empat jenis hutan di Malaysia, iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung.2. Sarawak mempunyai keluasan hutan yang paling besar.3. Hutan Malaysia kaya dengan banyak spesies tumbuhan dan hidupan liar.Hutan Hujan Tropika1. Hutan hujan tropikaadalah hutan yangpaling luasdi Malaysia.

Peta 3.07.3Taburan kawasan bijih timah dan arang batu di Malaysia

2. Hutan hujan tropika terdapat dibahagian tengah Semenanjung Malaysiadanbahagian pedalaman SabahdanSarawak.3. Hutan ini ditumbuhi pokok kayu keras seperti meranti, cengal, keruing, mersawa, merbau, nyatuh, dan jelutung.4. Tumbuhan yang lain adalah seperti rotan, orkid, paku pakis, dan semak samun.5. Hidupan liar dalam hutan ini ialah gajah, harimau, orang utan, kera, dan kancil.Hutan Paya1. Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya air tawar dan hutan paya air masin.2. Hutan paya air tawarterdapat di kawasan:a. sekitarTasik ChinidanTasik Beradi negeriPahang;b. sebahagian Sabak BernamdiSelangor;c. tenggara Pahang;d. muara sungaiseperti diDelta Rajang,Sarawak.3. Contoh tumbuhan ini ialah:a. Semenanjung Malaysia: mengkuang, meranti paya, mersawa paya, dan kempas;b. Sarawak: pokok sepetir paya, meranti paya, ramin, jongkong, semayur, dan kapur paya.4. Di hutan ini juga terdapat palma, nipah, mengkuang, dan keladi air.5. Hutan ini menjadi habitat hidupan liar seperti katak, burung, kera, ular, dan ikan.6. Hutan paya air masin terdapat di kawasan:a. Larut MatangdiPerak(kawasan pantai sepanjang 50 kilometer);b. sebahagian pantai Kuala Selangor;c. Pantai Samarahan-SadongdiSarawak;d. Delta Labuk-SugutdiSabah.7. Hutan ini ditumbuhi pokok bakau apiapi, bakau kurap, dan bakau minyak, nipah, lenggadai, tumu merah, pakupakis, gelam, ramin, jongkong, dan nibung.8. Hutan ini juga menjadi habitat kepada hidupan liar seperti keluang, burung, kera, ular, serangga, ikan, ketam, siput, dan udang.Hutan Pantai1. Hutan jenis ini terdapat di kawasan:a. di sepanjangPantai Cahaya BulandiKelantan;b. Pantai Tanjung RhudiPulau Langkawi;c. Desarudi tenggaraJohor;d. Pantai Batu FeringghidiPulau Pinang;e. Pulau SipadandiSabah;f. Pulau Talang-TalangdiSarawak.2. Antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan jenis ini ialah pokok ru, kelapa, bintangor laut, jemerlang laut, bebaru, mengkuang laut, dan tapak kuda.3. Hidupan liar yang terdapat di hutan ini adalah seperti burung, tupai, ular, kera, biawak, dan serangga.Hutan Gunung1. Antara beberapa tempat yang diliputi hutan gunung ialah kawasan seperti:a. Gunung KinabaludiSabah;b. Gunung Tahan,Bukit Fraser, danTanah Tinggi CamerondiPahang;c. Gunung JeraidiKedah.2. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan gunung ialah rafflesia, periuk kera, orkid, pain, paku pakis, lumut, dan kulampair.3. Hidupan liar dalam hutan ini adalah seperti harimau dahan, beruang, musang, tikus, katak, burung, dan serangga.

3.07.3 Sumber Tenaga di Negara Malaysia1. Sumber tenaga yang terdapat di Malaysia termasuklahpetroleum,gas asli,tenaga suria,arang batu, danbiomas/biojisim.2. Sebahagian besar sumber tenaga Malaysia adalah bahan api fosil, iaitu petroleum, gas asli, dan arang batu.3. Petroleum, gas asli, dan arang batu digunakan sebagaibahan bakardan untukmenjana kuasa elektrikhaba atau terma.Petroleum1. Sebelum dapat digunakan sebagai sumber tenaga, petroleum terlebih dahulu ditapis melalui loji penapisan minyak.2. Kaedah penapisan yang digunakan dikenal sebagaiproses penyulingan berperingkat.

Rajah 3.07.1Proses penyulingan berperingkat

Peta 3.07.5Taburan gas asli, petroleum, arang batu, dan stesen kuasa elektrik terma di Malaysia

3. Contoh beberapa kegunaan petroleum ialah:a. menjana tenaga elektrik;b. petrol dan diesel untuk menggerakkan kenderaan bermotor;c. gas petroleum cecair digunakan untuk kenderaan dan memasak;d. minyak tar digunakan untuk menurap jalan raya;e. membuat kosmetik;f. industri petrokimia untuk menghasilkan baja kimia, plastik, dan cat.Gas Asli1. Gas asli adalah sumber tenaga penting untuk menjana kuasa elektrik.2. Contohnya, diPaka, Terengganu.3. Kira-kira 80% daripada penggunaan gas asli adalah untuk menghasilkan kuasa elektrik.4. Contoh kegunaan gas asli adalah seperti:a. membuatbaja ureadi Bintulu, Sarawak;b. sebagaibahan apiuntukkegunaan domestikdankenderaan;c. industripetrokimiadan membuatbarangan farmaseutikal(ubatubatan).5. Gas asli banyak kelebihannya jika dibandingkan dengan bahan bakar yang lain kerana:a. merupakan sumber tenaga yang bersih;b. dapat digunakan terus selepas diproses;c. harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga bahan bakar lain;d. gas asli tidak beracun kerana tidak mempunyai karbon dioksida;e. merupakan jenis tenaga yang selamat.Arang Batu1. Arang batu seperti petroleum dan gas asli digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik terma.2. Terdapat beberapa stesen tenaga elektrik yang menggunakan sumber arang batu, iaitu:a. Perbadanan Pembekalan Elektrik SarawakdiSejingkat;b. Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Kapar,Klang Selangor.c. Stesen Jana Kuasa Elektrik ManjungdiPerak.3. Walau bagaimanapun, terdapat masalah pengeluaran sumber ini, iaitu:a. deposit arang batuterletak di pedalamanyangkurang kemudahan;b. penerokaan sumber tenagakurang ekonomikkeranakos tinggi;c. mencemarkan alam sekitar.Tenaga Suria1. Tenaga suria merupakan sumber tenaga yang mempunyai beberapa kegunaan seperti:a. memanaskan airdi rumah;b. menyalakan rumah apidi laut;c. membekalkantenaga elektrik;d. radar mengesan kelajuan kenderaan di lebuh raya;e. membekalkan tenaga bagi lampu lintasan kereta api,mesin tiket meletak kenderaan,kalkulator, danjam tangan.Biomas/Biojisim1. Biomas atau biojisim diperoleh hasil daripadasisa-sisa buanganhasilpertanian,industri, ataubuangan haiwan.2. Contohnya,kayu api,najis ayam,najis lembu, dansisa sawit.3. Gas metana dan gas etana diperoleh hasil daripada pereputan sisa-sisa tersebut.4. Gas-gas ini digunakan sebagai bahan api seperti sebagai bahan bakar untuk kegunaan domestik.5. Contohnya, hampas dan tandan kelapa sawit menghasilkan tenaga biogas seperti metana untuk digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak.6. Loji Jana Kuasa Landfill di Puchong,Selangormenggunakan gas dari tapak pelupusan sampah sebagai bahan api.7. Tenaga biomas juga digunakan untuk memasak air untuk perusahaan batik di Kelantan, Terengganu, dan Perak.Tenaga Nuklear1. Malaysia masih belum mempunyai loji jana kuasa tenaga nuklear kerana:a. kos pembinaandanpengendalian yang tinggi;b. kekurangan tenaga mahirdankepakaran;c. sisa radioaktifdankesan kebocoran nuklear sangat berbahayakepada manusia, haiwan, dan alam sekitar.2. Penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear dijalankan oleh Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) di Bangi, Selangor.3. Tenaga nuklear digunakan dalam bidang pertanian, perubatan, perindustrian, dan kawalan alam sekitar.Kuasa Hidroelektrik1. Kuasa hidroelektrik merupakan kuasa yang paling penting di Malaysia.2. Malaysia dapat menjana kuasa hidroelektrik kerana:a. menerima hujan sepanjang tahun;b. mempunyaisungai-sungai yang beraliran derasserta mempunyaiisipadu air yang banyakdantetapsepanjang tahun;c. Empangan dibina di bahagian hulu sungai kerana aliran deras;d. Air yang deras akan menggerakkan turbin untuk menghasilkan kuasa elektrik;e. Contohnya, Empangan Chenderoh di Sungai Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu, dan Empangan Pergau di Sungai Pergau.3. Kos pembinaan loji adalah tinggi, tetapi kos penggendalian masa jangka panjang adalah murah kerana menggunakan sumber air yang percuma.4. Tenaga hidro berbanding dengan sumber tenaga lain seperti arang batu mempunyai kelebihan kerana lebihbersih,mudah digunakan, danpenghantarannya adalah cepat.

Peta 3.07.6Stesen jana kuasa hidroelektrik dan kuasa elektrik terma utama di Malaysia

3.07.4Penggunaan Sumber Tenaga Di Negara Malaysia Pada Masa Depan

Kemajuan Teknologi1. Penggunaan sumber tenaga suria dan biomas adalah terhad di Malaysia kerana penggunaan sumber petroleum dan gas asli yang meluas.2. Penggunaan tenaga alternatif ini di Malaysia dan negara-negara membangun adalah terhad kerana:a. kekurangan tenaga pakar;b. kos yang tinggi.3. Pusat Tenaga Malaysiasertainstitusi pengajian tinggi awam (IPTA)daninstitusi pengajian tinggi swasta (IPTS)meneruskan penyelidikan dan kajian untuk mencipta kaedah memerangkap tenaga suria yang lebih murah dan cekap.4. Pada masa depan, dijangkakan penggunaantenaga suriaakan meningkat apabila:a. teknologi untuk memerangkap tenaga suria semakin murah dan berkesan;b. sumber petroleum dan gas asli semakin berkurangan dan mahal;c. teknik melupuskan biomas dimajukan dan dapat menghasilkan tenaga elektrik dan haba yang maksimum.5. Penggunaantenaga biomasakan meningkat kerana Malaysia mempunyai sumber biomas yang banyak.Kitar Semula1. Tenaga biomas merupakan sumber tenaga yang dapat diperoleh melalui proses kitar semula.2. Kayu api merupakan sumber tenaga biomas utama.3. Tenaga biomas mempunyai potensi tinggi sebagai sumber tenaga alternatif kerana:a. dapat dikitar semula bagi menghasilkanminyak untuk kenderaan (biobahan api);b. ditukarkan sebagai minyak atau gas bagi menghasilkan tenagaelektrik (biotenaga);c. dijadikan bahan kimia untuk membuatbarangan penggunayang asalnya dibuat daripada petroleum(bioproduk)seperti barangan plastik, tekstil, dan fabrik sintefik;d. dapat ditukarkan terus menjadietanoldanbiodiesel.4. Etanol dan biodiesel dapat digunakan sebagai minyak untuk kegunaan kereta, bas, trak, kapal terbang, dan kereta api. Penggunaan bahan ini kurang mencemari alam sekitar.5. Di kilang biotenaga, sisa tumbuhan ladang dibakar untuk menghasilkan wap.6. Wap ini diperangkap dalam turbin dan ditukarkan oleh generator menjadi kuasa elektrik.7. Wap ini digunakan juga untuk memanaskan bangunan atau kegunaan pemprosesan.8. Pelbagai jenis barangan yang dibuat daripada minyak fosil dapat dihasilkan daripada biomas.

3.07.5 Sumber Tenaga di Negara LainTenaga Suria di Jepun1. Jepun adalah sebuah negara yang maju dalam penggunaan tenaga suria sebagai tenaga alternatif.2. Tenaga ini dimajukan untuk pelbagai kegunaan dan keperluan termasuklah:a. kegunaan domestik seperti memanaskan rumah dan air;b. digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.3. Tenaga ini digunakan secara meluas di kawasan-kawasan terpencil yang tidak mempunyai talian elektrik seperti tenaga untuk stesen pemancar televisyen, radio, dan telefon.4. Di beberapa kawasan, tenaga ini digunakan:a. untuk mengepam air ke rumah dan kawasan pertanian;b. untuk kegiatan rekreasi;c. oleh bateri bot dan kenderaan kecil di padang golf dan kawasan taman tema;d. pada alat komunikasi dan pemberi amaran seperti rumah api, papan tanda di tepi jalan raya dan lebuh raya;e. di kawasan pelancongan yang terpencil untuk menjana kuasa elektrik.5. Masalah-masalah penjanaan tenaga suria:a. kos penjanaan tinggi;b. tenaga yang dapat diperangkapterhad pada waktu siang;c. penggunaan tenaga suria terhad.Tenaga Ombak di Perancis

Rajah 3.07.2Satu sistem tenaga ombak

1. Perancis adalah negara pertama di dunia yang memperkenalkan penjanaan tenaga ombak.2. Pada tahun 1799, tenaga ini diperoleh untuk menggerakkan pam air, gergaji, dan mesin.3. Empangan yang dibina di Sungai Rhine, St. Malo adalah untuk memerangkap ombak untuk menjana elektrik.4. Penjanaan tenaga ini dapat dilakukan melalui kaedah saluran terus, pelampung, kolam berayun, dan turbin bawah air.Tenaga Pasang Surut di Negara China1. Negara China mempunyai kawasan pantai yang mengalami arus pasang surut yang deras dan berupaya untuk menggerakkan turbin kecil bagi menghasilkan tenaga elektrik.2. Stesen-stesen utama penjana tenaga ini di China ialah stesen Jiangxia, Baishakou, Xinfuyang, Yuepu, Haishan, Shashan, Kuihe, dan Guozishan.3. Stesen Wenzhou di Zhejiang adalah yang paling besar di Asia.4. Di negara China, kuasa tenaga elektrik yang dijana daripada arus pasang surut digunakan untuk lampu rumah, kilang kecil, dan kawasan pertanian secara kecil-kecilan.5. Negara China merancang bagi menambahkan kegunaan sumber pasang surut kerana:a. tenaga ini tidak mencemarkan alam sekitar;b. penghasilannya tidak memerlukan petroleum.6. Masalah penjanaan tenaga pasang surut ialah kos pembinaan tinggi.Tenaga Angin di Belanda1. Sumber tenaga angin sesuai dimajukan di Belanda kerana kedudukan pantainya yang menghadap Laut Utara dan terdedah kepada tiupan angin yang kuat dan berterusan.2. Kincir angin digunakan bagi memasukkan air ke kawasan ladang semasa ladang kekurangan air.3. Kincir angin juga digunakan untuk menghasilkan tenaga bagi mengisar bijirin dan memecahkan biji sawi.4. Di Belanda, tenaga angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik dengan memasang turbin angin di tempat lapang, luas, dan terdapat angin yang kuat, stabil, dan berterusan.

Rajah 3.07.3Bmilah penjana tenaga angin

5. Di Belanda, turbin angin dipasang pada menara tiang yang tinggi di kawasan lapang di tepi pantai dan di tengah laut.6. Masalah-masalah penjanaan tenaga angin:a. terhadkepada kawasan lapang;b. masalah mendapat kuasa yang stabil keranahalaju angin tidak stabil;c. hanya sesuai untuk penghasilansecara kecil-kecilan.Tenaga Biomas di India1. Di India,sisa ladang,rumput,pokok,kulit tumbuhan,habuk kayu gergaji, dansisa tanamanmenjadi sumber bahan mentah untuk memperoleh tenaga biomas.2. Pereputan bahan biomas sepertinajis lembudigunakan untuk menghasilkan gas metana yang digunakan untuk memasak.3. Secara tradisi tumbuhan digunakan sebagai kayu api untuk memasak dan sebagai bahan bakar dalam industri kecil seperti membuat batu-bata dan peralatan porselin.4. Sumber tenaga mudah dihasilkan, murah, dan banyak digunakan oleh penduduk berpendapatan rendah.5. Tenaga ini luas digunakan di kawasan perumahan dan industri di bandarbandar besar yang berpenduduk padat seperti Chennai, New Delhi, dan Mumbai.6. Tenaga biomas digunakan juga secara meluas di China, Filipina, dan Korea Selatan.7. Masalah-masalah penjanaan tenaga biomas:a. memerlukan bekalanbahan mentahyangbanyak;b. masalah pergudanganuntuk menyimpan bahan mentah;c. pengeluaranhaba rendah;d. menyebabkanpencemaran baudanpencemaran udaraseperti asap hitam dan jelaga.Tenaga Geoterma di Iceland1. Di Iceland, tenaga geoterma merupakan sumber tenaga yang terpenting.2. Jenis tenaga yang lain adalah petroleum, hidroelektrik, dan arang batu.3. Iceland terkenal dengan penjanaan tenaga ini kerana terletak dikawasan gunung berapi yang masih aktif.4. Tenaga ini diperoleh daripada kolam geoterma, iaitu kolam air bawah tanah yang dipanaskan oleh magma.

Rajah 3.07.4Tenaga geoterma

5. Wap panas dihasilkan apabila air kolam dipanaskan mencapai takat didih.6. Wap panas ini akan meresap dan muncul di permukaan bumi melalui rekahan dan membentuk perigi air panas (geiser).

Rajah 3.07.5Mata air panas dan geiser di kawasan gunung berapi

7. Penggunaan tenaga geoterma bergantung kepada suhu kawasan geoterma.8. Di kawasan kolam geoterma yang bersuhu kurang daripada 150C, tenaga ini digunakan bagimemanaskan rumah,membasuh, danmemasakseperti di Reykjavik.9. Sumber tenaga yang dihasilkan daripada kolam tenaga geoterma yang bersuhu lebih daripada 200C digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.10. Jenis kolam bersuhu tinggi terdapat di seluruh negara.11. Kini, sumber tenaga geoterma digunakan di kilang, memanaskan kolam renang, rumah hijau, dan mencairkan salji.12. Sumber tenaga ini juga dijanakan di Jepun, China, Indonesia, Filipina, dan Daerah Rotorua di New Zealand yang terletak di kawasan yang mengalami aktiviti gunung berapi.13. Masalah-masalah penjanaan tenaga geoterma:a. penjanaan terhadkepada kawasangempa bumidangunung berapi;b. air buangan dari stesen geoterma yang mengandungi bahan seperti sulfur dioksidamengganggu ekosistem;c. kos penjanaantinggi.